HUBUNGAN KELANTAN-JAWA

Mungkin ramai yang sudah lupa dengan sejarah ini. Wajib untuk BENDERA membaca dan mengkaji nya!

Kelantan dan Jawa bagi orang zaman moden ini, dua budaya ini nampak terlalu asing untuk ada kaitan antara satu sama lain. Seperti tidak pernah berketemu antara satu sama lain.

Namun sejarah yang dilupakan akan dibongkar kembali. Dahulu Kelantan dan Jawa mempunyai hubungan yang amat rapat. Sebelum pergi dengan lebih lanjut atau sebelum dikatakan merapu, sila kaji beberapa fakta:

1) Keris kebesaran Sultan Kelantan bernama Keris Majapahit.

2) Sebut wayang kulit, maka orang tahu ianya daripada Kelantan, dan juga

Jawa.

3) Orang Kelantan sangat suka pakai kain batik Jawa. Sehingga

zaman tahun 60an, orang lelaki Kelantan menggunakan kain

batik Jawa sebagai semutar di atas kepala dan diikat pada

pinggang. Inilah trade mark orang Kelantan. Kain batik Jawa

merupakan pakan harian yang wajib.

4) Ada banyak perkataan Jawa yang difahami oleh orang

Kelantan, tetapi tidak Difahami oleh orang Kuala Lumpur.

5) Orang Kelantan mungkin tidak pernah bertemu orang Jawa

pada tahun 1960an-70an, tetapi mereka secara lisan dan

tradisi amat anti orangJawa

Kelantan purba dikenali dengan gelaran Jawa Kotti yang bermaksud ‘TITIK JAWA’. Pada zaman yang paling awal dalam tahun Masehi, pusat penyebaran budaya Melayu dan Jawa berpusat di Kelantan. Ini kerana zaman dahulu kala Kelantan dikenali orang sebagai Jawa Kotti ( Jawa Point). Kalau menurut dalam “Ikhtisar Sejarah Kelantan” oleh Abdul Razak Mahmud (Ustaz Mat), Bab 2, muka surat 7 & 8, negeri Kelantan dikatakan bernama “Medang Kamulan”. Dalam History Of Java oleh Stamford Raffles muka surat 74, pada lebih kurang tahun 600 Masehi seorang lelaki bernama Aji Saka dari negara asing ( quote: Aji Saka from a foreign country) datang ke Jawa dan memerintah. Menurutnya Aji Saka dari Medang Kamulan.

” The controversy over the true location of Sri Wijaya arises because of the fact that after the death of Maharaja Sri Jayanaga around 692, during the mission to capture Jawa Island, Sri Wijaya seems to have been divided into two states. The eldest son Maharaja Dipang ruled over Amdan Negara, that is, the Malay Isthmus, probably Kelantan/Kedah. The second son, Maharaja Dhiraja, ruled the islands (Sumatera and other islands of the Indonesian archipelago), based at Palembang. After the division into east and west, the name of Sri Wijaya remained in Sumatera, but on the Malay peninsula, a poetic title emerged for the Kelantan/Kedah area, namely, Tanah Serendah Sekebun Bunga (Valley of Flower Garden Land). This title is still found in traditional performing arts such as Mak Yong dance, Wayang Kulit puppet theatre, etc. By 730 the capital of Sri Wijaya in Sumatera moved from Palembang, known as Langkapura, to Kota Mutajap near the river mouth of Jambi in Sumatera.

It is reasonable to speculate that some elements of the Sri Wijayan culture originated in Sumatera, but later spread to other parts of South East Asia from Kelantan/Kedah. Yawakoti meaning Jawa Point, is situated at Bukit Panau hill along the upper Kelantan river near Pergau; some believe this place to be from which Jawanese politics and culture spread out. Jawa Duipa, an ancient name for Kelantan means Tanah Jawa (“land owned by the Jawanese”), or Kawasan Jawa (“Jawanese area”).

Al Tabari states that the word Jawa or Jva was used more widely in ancient times. Jawa in those days meant “Jawanese culture” (i.e. Malay culture), including its centres on the Isthmus, as compared to now when Jawa only refers to Jawa Island in Indonesia. According to one tradition, the Jawanese moved down from Kemboja and spread out to the archipelago.”

Dalam bahasa Jawa asli, tiada perkataan GAJAH. Oleh itu Patih Gajah Mada ini sebenarnya agak misteri bagi ahli sejarah Jawa sendiri.

Gajah Mada is a mysterious historical figure. No historical records about his origin, there’s no tomb to commemorate his magnificent achievement.
He’s probably the only Majapahit historical figure quite unknown where he’s born and where he died. But his legacy, the unified archipelagic empire of Majapahit is quite is the testament of his ambition and genius vision, a bright politician and warrior. Majapahit as the ancient incarnation of modern Indonesia stay forever as inspirations, source of pride and dignity for Indonesian.

According to books and articles I’ve reads here’s the speculations about his origin:

” Using animal name as people name is quite common in ancient Java, Lembu Tal, Kebo Ijo, Kebo Anabrang, Mundingwangi Dikusumah, Ciung Wanara, Mahesa Cempaka, etc. Gajah (means elephant) is known in ancient Java, In Borobudur relief we can find the image of Elephant, probably back then there’s an original Javanese elephant sub-species, but if not it’s possible to import them from Sumatra, since ancient Indonesian ship quite reliable to transport large things. But Gajah is abundant in Sumatra up until now. So the speculations arose.

Gajah Mada probably Malayu or Srivijayan origin, but since young he serve Javanese Majapahit special forces (Bhayangkara, the royal guard).
This theory probably based after the congquest of Malayu by Singhasari. The Pamalayu expedition led by King Kertanegara conquer the court of Malayupura (now Jambi), part of Srivijayan empire that already weaken. Malayupura once stood as rival for Srivijaya before Srivijaya conquer it. Then as Srivijaya weaken, Malayu began to be more important and enjoy certain degree of independence.

This conquest (some says alliance, cause Kertanegara gave gift for the people of Malayu, a huge 6 metres statue made in Java, then transport it to Sumatra) brough many royalties (princess of Malayu like Dara Jingga and Dara Petak), scholars, Buddhist priest (Dharmaputras), artisans, warriors, etc, to Javanese courts. Gajah Mada vast knowledge about various kingdoms, islands, and area around archipelago probably due to Srivijayan knowledge, is he Malayu soldier, that’s why he really know his way when he launch naval attack to Srivijayan capital like he’s ever been there before.”

Siapa Pateh Gajah Mada ?
Pateh Gajah Mada adalah anak dari Puteri Linang Cahaya anak perempuan Raja Kelantan. Ayah Pateh Gajah Mada pula ialah Syeikh Hussein Jamaluddin Al-Kubra. Syeikh Jamaludin Al-Kubra ini banyak melahirkan keturunan yang menjadi pemimpin dan Ulamak yang berpusat di Patani-Kelantan seterusnya tersebar Islam ke seluruh Kepulauan Melayu dan Jawa. Pada masa itu Patani-Kelantan dikenali sebagai Kerajaan Cermin kerana banyak ulamak berada di situ sehinggakan belajar agama Islam di Kota Mekah mesti sambung belajar di Patani-Kelantan. Patani-Kelantan diberi nama jolokan Kerajaan Cermin Mekah. Sebab itulah sehingga sekarang Kelantan digelar “Kelantan Negeri di bawah Serambi Mekah”. Orang Kelantan sejak lebih 800 tahun telah memilih Islam sebagai kehidupan mereka.
-------------------------------

Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan), telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 besama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Syeikh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar). Mereka ini merupakan sebahagian daripada 7 orang Wali bersaudara yang telah belayar ke Nusantara untuk tujuan dakwah. Pada masa itu Kelantan telah pun menerima Islam lebih awal daripada pedagang-pedagang Arab yang belayar ke China untuk berdagang. Batu bersurat Terengganu merupakan bukti yang nyata lagi kukuh tentang kedatangan Islam yang lebih awal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386.

Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Hussein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin yang ketika itu, ibu kotanya bernama ‘Jeddah’ terletak 3 batu dari Bukit Panau, Kelantan Darul Naim. Jeddah bermaksud permata. Kini kawasan ini lebih dikenali dengan nama Danau Tok Uban. Kota tersebut telah tenggelam ke dalam bumi dan kawasan itu telah dibanjiri dengan tasik yang luas sekali sehingga berombak apabila angin kencang bertiup.

Dari isteri Saiyid Hussein Jamadil Kubra yang pertama, Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang) dia mendapat dua orang anak, yang lelaki bernama Maulana Malik Ibrahim (pelopor Wali Songo) dan yang perempuan bernama Siti Aisyah.

Perkahwinan Saiyid Hussein Jamadil Kubra dengan Ramawati puteri kepada Raja Champa, Sultan Zainol Abidin (Ce Bo Nga) dan Permaisuri Siti Zubaidah pula melahirkan generasi yang tersenarai di dalam kumpulan Wali Songo dari titisan anak mereka, Ibrahim Asmaro.

Sewaktu umurnya hampir 80 tahun Saiyid Hussein telah dipertemukan jodoh dengan Puteri Selindong Bulan atau Siti Syahirah iaitu cucu saudara kepada isterinya yang pertama, Puteri Linang Cahaya dan beroleh seorang anak lelaki bernama Ali Nurul Alam yang kemudiannya nanti menjadi Perdana Menteri Majapahit II di Kelantan bergelar Patih Aria Gajah yang dikaitkan dengan beberapa peristiwa dengan Laksamana Hang Tuah. (Di Patani, Ali Nurul Alam terkenal dengan nama Sultan Qunbul setelah dilantik menjadi sultan di Patani Darussalam)

Syarif Muhammad Kebungsuan adalah anaknya yang bungsu dari isterinya yang ke empat Putri Jauhar (keluarga Diraja Johor) yang kemudian terkenal sebagai pembangun Kesultanan Mindanao/Sulu (Filipina), sementara salah seorang dari abangnya menjadi Sultan Borneo yang ke-3 bergelar Sultan Berkat, moyang raja-raja Brunei sekarang.

Ke empat-empat isteri yang dikahwini Saiyid Hussein Jamadil Kubra itu ialah selepas tiap-tiap seorang daripadanya meninggal dunia.

Pada awal abad ke-15 Ibrahim Asmaro dihantar oleh ayahnya Saiyid Hussein Jamadil Kubra ke Tanah Jawa membantu serta menyambung usaha-usaha dakwah abangnya Maulana Malik Ibrahim yang meninggal dunia pada tahun 1419 dan dimakamkan di Gerisek, Tuban.

Turut serta ialah dua orang anak Ibrahim Asmaro, iaitu Maulana Rahmatullah dan Maulana Ishak meninggalkan Champa dan kemudiannya berhijrah ke Patani Darussalam.

Melalui firasat Saiyid Thana’uddin yang menjadi guru kepada cucu saudaranya Sunan Bonang dan Sunan Giri, Masjid Kampung Laut, Kelantan telah diramal akan mencetuskan kebangkitan Islam di Nusantara. Saiyid Thana’uddin telah memilih untuk bertapa di puncak Bukit Panau di Tanah Merah, Kelantan. Beliau wafat di sana dan kuburnya masih ada di sana tetapi batu nesan telah dibuang kerana menjadi tempat orang Siam dan Cina memuja nombor ekor.

Raja Empayar Chermin, Sultan Baki Syah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Syah telah menyusul bersama satu rombongan keluarga Diraja Kelantan menemui Bentara Majapahit Hayam Wuruk untuk memperbetulkan amalan Islam yang sudah bercampur baur dengan agama Buddha Shiva setelah Hayam Wuruk berkahwin dengan anak saudaranya Bidarawati (puteri Raja Champa). Beberapa orang mubaligh yang dibawanya kemudian meninggal dunia dan dimakamkan di Leran.

Sebagai membuka tirai dakwah Islam di Tanah Jawa, Maulana Malik Ibrahim muncul sebagai perintis atau pelopor yang memberi laluan kepada wali-wali yang datang kemudiannya. Dengan tidak ada perbezaan kasta dan darjat seruan dakwahnya lebih disenangi di kalangan kasta-kasta Vaisya dan Sudras. Banyaklah kalangan mereka yang datang untuk mendapat pengajian selok-belok mengenai agama Islam.

Kehilangan Maulana Malik Ibrahim diganti oleh anak saudaranya, Maulana Rahmatullah yang memakai gelaran Sunan Ampel. Jika Maulana Malik Ibrahim dianggap sebagai pencipta pondok (pesantren) yang pertama maka Maulana Rahmatullah adalah perancang negara Islam yang pertama di Tanah Jawa.

Maulana Ishak yang banyak membantu abangnya Sunan Ampel tidak ketinggalan meninggalkan jasanya. Daerah Balambangan hampir dibawanya tunduk di bawah Islam kalau tidak kerana perancangan mertuanya Raja Menak Sembayu yang bertekad hendak membunuhnya. Beliau akhirnya berhijrah ke Pasai (Aceh) dan Melaka merupakan destinasi yang terakhirnya.
Anaknya Raden Paku (Sunan Giri) telah membangunkan Giri sebagai pasak yang membawa tertegaknya Kerajaan Islam Demak. Sebagai markas gerakan dakwah yang pertama di Jawa, Giri juga memperlengkapkan gerakan mujahid yang tidak ada tolok bandingnya di samping mubaligh-mubaligh yang berkerja keras menyatukan Pulau Madura, Bawaen, Kangean, Ternate dan Maluku di bawah panji-panji Islam.

Walaupun kedatangan Raja Kemas Jiwa atau Sang Ajit Jaya Ningrat (putra kedua kepada Raja Chermin, Sultan Baki Syah) ke Jawa hanya semata-mata bermotifkan politik tetapi melalui ikatan perkahwinannya dengan Puteri Suhita (cucu Hayam Waruk), dia telah melembutkan hati Ratu Majapahit itu untuk menyerahkan Ampeldenta dan Gerisek menjadi sebahagian daripada wilayah Giri. Raja Kemas Jiwa memakai gelaran Sultan Iskander Syah Nenggiri apabila ditabalkan menjadi Sultan Kelantan setelah kematian abangnya Sultan Sadik Muhammad Maulana Nenggiri.

Semasa Sultan Iskander Syah Nenggiri menjadi Raja Kelantan dan bergelar Bentara Majapahit pada 1432 Masihi, baginda telah mengisytiharkan negeri Kelantan sebagai Majapahit II. Sampai ke hari ini keris kedaulatan negeri Kelantan dipanggil Keris Majapahit. Kerajaan Kelantan-Majapahit II ini lenyap setelah diserang oleh Empayar Melaka (dibawah Sultan Mahmud) pada tahun 1490 setelah Majapahit II lemah akibat peperangan dengan Siam sebelumnya.

Satu kejutan yang telah berlaku sehingga memutuskan nadi Kerajaan Hindu-Majapahit apabila Demak muncul sebagai Kerajaan Islam yang dicita-citakan. Desa Glagah Wangi bertukar wajah, Bintoro Demak mewujudkan ketandaan ‘rahmat’ apabila Raden Patah menjadi pemerintah bergelar Sultan Sri (Syah) Alam Akbar al-Fatah.
Penyebaran Islam di Jawa Tengah sebelah selatan, daerah yang sekarang dinamakan Surakarta dan Yogyakarta diterokai oleh seorang anak murid Sunan Kalijaga, Kiai Ageng Pandanarang atau disebut Sunan Tembayat.

Pemilihan Sunan Tembayat sebagai menggantikan tempat Syeik Siti Jenar (yang menerima hukuman bunuh oleh wali-wali kerana mendedahkan rahsia-rahsia ketuhanan) pada mulanya diragui oleh persidangan para wali kerana bekas Bupati Semarang ini ialah seorang yang kehidupannya dikelilingi kemewahan dunia malah tidak mempercayai Tuhan, tetapi kemudiannya menjadi seorang yang cukup patuh kepada ajaran agama Islam dan sangat alim.

Melalui anak-anak Ali Nurul Alam (Perdana Menteri Kelantan-Majapahit II) iaitu Wan Husein, Wan Bo dan Wan Demali, Kelantan sekali lagi telah meyumbangkan mubaligh-mubalighnya di dalam menyambung tugas-tugas Maulana Malik Ibrahim (bapa saudara mereka) dan membantu Sunan Ampel (sepupu mereka) di Gerisek dan Maulana Ishak di Pasai (Aceh).

Wan Husein dihantar ke Pulau Madura. Wan Bo ke Pasai (Aceh) dan Wan Demali ke kawasan Johor-Riau (Pulau Bentan). Dari sinilah Wan Demali mendapat jolokan Raja Laksamana Bentan.

Generasi Wan Bo (Syarif Abdullah) telah berjaya menegakkan dua buah Kerajaan Islam Banten dan Ceribon di mana anaknya Syarif Hidayatullah atau Sunan Gunung Jati telah dapat menyempurnakan cita-cita datuknya Saiyid Hussein Jamadil Kubra.
Kejayaan para wali dalam perjuangan dakwah mereka mencapai tahap yang gilang gemilang di mana Indonesia lahir sebagai negara yang majoritinya beragama Islam.

Dipetik dari :
lloni.wordpress.com


*Dahulu Trengganu juga pernah dikenali Cirebon Kuala Mengkuang atau Cirebon Kota Mengkuang???*

***Cerita lisan yang dicerita kan oleh almarhum nenek aku Tengku Dalam (Ku Dayang) bt Tengku Embong, Tengku Ngah (dikenali Tengku Ngah Cengir) pernah berkata kepada sepupunya Tengku Embong (dikenali Tengku Embong Tuli) agar menjaga anak nya bila dia meninggal dunia. Tengku Embong dengan hairan dan bertanya bila dia bernikah dan siapa isterinya? Tengku Ngah membuka rahsia yang anak dan isteri nya adalah 'orang halus'. Anak Tengku Ngah ini bernama Raja Ahmad. Raja Ahmad ada kaitannya dengan hubungan Kelantan dan Trengganu. Tentang siapa isteri Tengku Ngah, rasanya tidak perlu ditulis walau pun ada nama yang disebutkan oleh nenek .***

Popular posts from this blog

KITAB BARENCONG BHG 11

KITAB BARENCONG BHG 3

SHAMSUDDIN PASAI