Wednesday, July 30, 2008

YANG TERSEMBUNYI 4

Fahami lah dengan 'Penyatuan Telanjang' dari Rumi
Keintiman Allah dan jiwa adalah nyanyian sumbang didalam kelambu
Tangga menuju langit bermula dengan tarian
Berputar!!berputar!! berputar!! itulah tarian Maulavi
Seluruh alam terasa tertarik kesatu pusat
Rumi mengajak mencari Titik
Mencari tujuan sejati...menuju kebersatuan
'Yang tersembunyi' sangat mengharap
Rindu untuk 'dipenuhi' dengan kasih sayang Ilahiyah

Tuesday, July 29, 2008

YANG TERSEMBUNYI 3

Mengapa Ia tersembunyi?
Jawaban nya kerana Cinta
Kerana Cinta Ia suka dikenali
'Yang tersembunyi' juga memanggil manusia mengerjakan ibadah Haji
Apakah yang dilihat ketika Kucup?
Untuk menyaksi 'Yang tersembunyi' !!!!
Tapi dimana Dia?
Cinta biasa hanya melihat kosong didalam Kaabah
Cinta biasa tidak bisa merobek nya Rahsia
Tahattuk hanya jawapan dari Cinta yang ghairah
Cinta itu telah menanggal rasa malu
Gila!!!!!kini Sang Mahdzub nama nya
Yang tersembunyi tiada berlawanan
Tuhan ada lah Satu.

YANG TERSEMBUNYI 2

Aku bersaksi 'yang tersembunyi'
Benar kata Ali, Ia tidak berlawanan
Syafaat Muhammad Rasulullah memberi aku azam
Mengharungi cubaan dan cabaran
Tiada kata mampu ku ucap
Rasa terpegun menyelinap didalam diri
Dari kau menjadikan aku buku yang jelas
...jelas tapi berahsia
Kepada kau,tulisan-tulisan boleh disingkap
Kepada kau,terbit satu ketenangan
Kembali ketanah air
Asal mula kenegeri asal nya.

Saturday, July 26, 2008

YANG TERSEMBUNYI 1

Dimana kah 'yang tersembunyi' itu?
Apakah 'yang tersembunyi' itu?
Mungkin kah ia nya berkait dengan Alif dan Ba'?
Atau Lauh dan Mahfudz?
Atau alam Lahut dan alam nasut?
Atau Makrokosmos dan Mikrokosmos?
Atau Alam Saghir dan Alam Kabir?
Atau Adam dan Hawa?
Atau lelaki dan perempuan?

Maafkan aku juga Imam Ali
Tubuh kecil dan tubuh besar bagi ku ada perbandingan yang sangat dekat
Bukan antara tubuh manusia dan dunia besar
Kerana 'yang tersembunyi' takan kau lihat didunia besar
Jalan ini bukan cinta biasa
Bukan juga keghairahan cinta
Tapi ini lah cinta yang ghairah.
Bila telah terzahir 'yang tersembunyi'
Baru lah aku setuju seperti kata mu
Ianya tiada perbedaan dan berlawanan
Cuma ia tersembunyi

YANG TERSEMBUNYI

Banyak orang berkata dengan Cinta dapat mencari Tuhan
Apakah benar?
Apakah cinta bisa mencari Nya yang tersembunyi?
Rumi!maafkan aku kiranya apa yang ku katakan..tidak sama dengan maksud cinta kau
Apakah hanya cinta semata dapat menyingkap apa yang tersembunyi?
Cinta makna nya luas
Seluas lautan yang tanpa sempadan
Cinta yang ghairah dan berahi itu maksudku
Yang tersembunyi akan terzahir

Sekiranya aku tergelincir dari titian mustaqim
Aku terjatuh kedalam bahang api yang amat dahsyat
Biarlah!!
Ku terus kan jua meniti
Bersama panas api itu
Dengan ghairah cinta, panas neraka menjadi sejuk
Tenang,aman ...menyaksi aliran kautsar.

Friday, July 11, 2008

HAKIKAT DIRI

Alam semesta tunduk dibawah kaki Muhammad. Meski pun begitu,ia menyebut dirinya 'hamba Allah'. Menjadi hamba Allah melampaui diri sendiri. Kerana pada saat yang sama,bererti ujud yang mengalami mati,namun juga hakikat yang mengandungi unsur abadi. Hakikat Muhammad bukan Arab atau Parsi. Dia manusia,lebih tua dari Adam. Kita ini beraneka warna,sedangkan 'hamba Allah' tanpa warna dan aroma.Hamba Allah! Dia berawal namun tanpa akhir. Dimanakah pagi dan petang bagi nya? Tiada seorang pun tahu rahsia 'hamba Allah'. Dia tidak lain adalah rahsia daripada 'tiada tuhan selain Allah'. Kalimat ini pedang,matanya ialah 'hamba Allah'. 'Hamba Allah' adalah 'mengapa' dan 'betapa' daripada semua penciptaan. 'Hamba Allah',rahsia tersembunyi dilubuk terdalam setiap ciptaan.

Kau tidak akan mengerti makna kalimat-kalimat itu jika tidak kau fahami ayat "bukankah kau yang meluncurkan anak panah"(AlQuran 8:17).

Muhammad Iqbal

TAHATTUK DARI IBN AL_FARIDH

Diriku lah sebenarnya rasul itu
Dan engkau terutus daripada ku
Zat diriku menjadi bukti
Atas diriku mudah dicari
Semuanya tentang pendahuluan
Makna diriku berkisar
Dalam lingkaran diriku
Ataupun yang datang dari syariatku
Walaupun aku putera Adam
Dalam bentuk gambaran
Bagi diriku suatu makna
Yang menyaksikan
Ada juga kebapaan

Tuesday, July 8, 2008

MANUSIA SETENGAH DEWA

Iwan Fals satu nama yang aku kenali sekitar awal 80an. Kawan aku JoeKid dari kumpulan Carburator Dung memberi aku kaset cetak rompak...dan ketika itu aku bayangkan 'pink floyd' atau 'Bob Dylan' Indonesia sedang bernyanyi.'Puing' dan 'Sumbang' adalah lagu favorite aku ketika itu. Hingga sekarang Iwan Fals tetap tetap no. 1 yang tiada tandingan. Kenangan di rumah 'Mok Long' membuat aku tersenyum.

Dalam kemelut ekonomi,kemelut politik dan kemelut peribadi pemimpin,aku rasa lagu Iwan Fals dibawah relevan dengan keadaan kini....sebelum terlupa,hey Joe! tahniah dgn 'Mari nyanyi menjilat'.

Carburator Dung....jangan tak jilat beb!

Manusia Setengah Dewa:
Wahai Presiden kami yang baru (tukar: Wahai Pak Lah Perdana Menteri kami)
Kamu harus dengar suara ini
Suara yang keluar dari dalam gua
Gua yang penuh lumut kebosanan

Walau hidup adalah permainan
Walau hidup adalah hiburan
Tetapi kami tidak mau dipermainkan
Dan kami juga bukan hiburan

Turunkan harga secepat nya
Berikan kami pekerjaan
Pasti ku angkat engkau
Menjadi manusia setengah dewa

Masalah moral masalah akhlak
Biar kami cari sendiri
Urus saja moral mu urus saja akhlak mu
Peraturan yang sihat yang kami mahu

Tegak kan hukum setegak tegak nya
Adil dan tegas tak pandang bulu
Pasti ku angkat engkau
Menjadi manusia setengah dewa

Wahai Presiden kami yang baru
Kamu harus dengar suara ini

Saturday, July 5, 2008

HARI KE 141-RUMI 'MASNAWI'

Badan,seperti seorang Ibu
Yang hamil mengandung roh janin
Kematian adalah kesakitan saat melahirkan
Semua roh yang sudah berlalu
Menunggu untuk melihat
Betapa bangga nya roh yang akan lahir

Daripada : Maulana Jalaluddin Rumi