Thursday, September 30, 2010

UPIN IPIN DAN PADI


Padi, sebuah kumpulan muzik sedang meningkat di Indonesia melancarkan album single, semalam dengan lagu berjudul "Sahabat Selamanya" untuk lagu tema siri kartun Malaysia "Upin Ipin", yang membawa pesan persabahatan Malaysia-Indonesia.

Penghormatan yang diberikan oleh produser kartun Upin Ipin itu kepada kumpulan muzik itu, sekaligus menjadi daya usaha diplomasi budaya dua negara bersahabat, di tengah-tengah ketegangan hubungan Malaysia-Indonesia sejak pertengahan Ogos lalu.

Walaupun penerbitan album single ini pada awalnya bukan bertujuan mengurangkan ketegangan suasana, namun kehadirannya diharap dapat menyejukkan hati masyarakat kedua-dua negara.

Pengarah Urusan Les Copaque Production Sdn Bhd Burhanuddin Radzi, produser siri kartun itu berkata penerbitan Upin Ipin bukan semata-mata untuk mencari keuntungan, tetapi juga berperanan menjaga hubungan kedua-dua negara.

“Pemilihan Padi adalah untuk memberi penghormatan kepada para peminat di Indonesia, yang selama ini telah menyokong Upin Ipin,” katanya.

Burhanuddin berkata ramainya peminat kartun itu di Indonesia dapat dilihat dari facebook watak dua adik beradik itu di mana peminat Indonesia mencapai 80 peratus dari sekitar tiga juta peminatnya.

Lagu "Sahabat Selamanya” menggambarkan persahabatan antara Upin Ipin dan kawan-kawannya, termasuk seorang budak perempuan bernama Susanti yang berasal
dari Indonesia.

Dalam pertengkaran tidak ada yang untung, oleh itu jadilah sahabat selamanya saja,” katanya.

Para anggota kumpulan Padi juga amat teruja dengan projek lagu tema itu tanpa rasa khuatir kehilangan populariti dan penggemar, di tengah-tengah sentimen anti Malaysia di Indonesia pada masa ini.

Dalam dunia anak-anak, mereka tidak mengenal masalah politik. Ruang imaginasi dan ruang permainan mereka tidak ada batasan. Kita cuba memasuki dunia anak-anak dan semoga ia dapat menjadi jambatan ke arah sana,” kata Piyu, gitaris Padi.

Para anggota Padi yang telah berkeluarga mempunyai rasa ghairah tersendiri untuk membuat lagu ini kerana mereka dan anak-anak masing-masing juga merupakan peminat setia siri kartun itu, yang ditayangkan oleh sebuah stesen televisyen swasta di Indonesia.

Sementara itu, jurucakap Eminent Person Group Indonesia-Malaysia, Musni Umar yang turut hadir dalam acara pelancaran single itu yakin tayangan siri Upin Ipin dapat meredakan perasaan salah faham antara masyarakat Malaysia dan Indonesia.

“Upin Ipin begitu besar pengaruhnya dalam masyarakat Indonesia. Saya berharap ia dapat mengubah persepsi negatif masyarakat di kedua-dua negara,” katanya.

Beliau juga berharap lebih banyak program positif seperti konsert muzik bersama, pertemuan belia-belia serta antara petugas media dapat dijalankan dalam usaha membantu mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dalam semua bidang lain.

Bernama
----------


Padi Sahabat Selamanya. Band Padi tidak habis ide untuk menciptakan karya-karya lagu terbarunya. Tak jarang lagu yang digarap band top Indonesia ini mampu menghipnotis para pecinta musik tanah air. Namun kali ini ada yang berbeda dari sosok band Padi. Band PADI yang dihuni oleh Fadli (vokal), Piyu (gitar), Ari (gitar), Rindra (bas), dan Yoyok (drum) sengaja merilis sebuah lagu untuk film seri animasi anak bikinan Malaysia, Upin & Ipin.

Band Padi merasa tersanjung ketika serial TV Upin Ipin yang ditayangkan TPI meminta mereka untuk membuat soundtrack untuk serial terbaru Upin Ipin. Melalui tembang Sahabat Selamanya, ciptaan Fadly dan Rindra, Padi berusaha mengetengahkan pesan pentingnya sebuah kebersamaan. Dalam liriknya,Padi memasukan pesan mendalam.Lagu Sahabat Selamanya ini mengajak semua pihak untuk bersama-sama mengatasi perbedaan, mengisi kekurangan masing-masing, dan saling menjaga kebersamaan.Lirik tersebut sesuai dengan apa yang tertuang dalam serial Upin Ipin selama ini.”Sahabat untuk selamanya, bersama untuk selamanya,kau dan aku sahabat untuk selamanya setia,” begitu penggalan lirik Sahabat Selamanya.

Padi menciptakan lagu dengan disesuaikan dengan musik anak yang easy listening, sebuah lagu yang memang mudah dicerna bagi anak-anak.Tapi,musik yang ditampilkan tidak menghilangkan konsep musik Padi . Managing Director Sony MusicIndonesia Toto Widjojo, label yang menaungi band Padi,menyambut gembira.Menurut Toto,serial Upin Ipin sangat populer di Indonesia dan lagu tersebut akan membuat band Padi disukai segala lapisan masyarakat. ”Lagu Sahabat Selama" nya ini terasa damai dan menyejukkan.

Lagu ini bisa diaplikasikan dengan siapa saja, kapan saja, di mana saja,”sebut Toto. Sementara,Fadly mengaku termasuk pria dewasa yang suka dengan animasi anak asal Malaysia ini. Sebagai kepala rumah tangga, dia sering menyaksikan tontonan tersebut bersama anaknya.Menurut pria yang punya suara khas ini, serial Upin Ipin sebagai tontonan yang mendidik.



***Ini berita besar bagi aku, berita antara Upin Ipin dan Padi, berita antara Malaysia dan Indonesia, berita serumpun.Warisan keluarga dan keturunan tidak bisa dirampas walaupun telah terpisah tanahair yang bernama negara.***

FATIHAH

Pendapat Syekh Ahmad Al-Alawi berkenaan Fatihah:
Ini adalah perbualan mesra yang mesti dilakukan oleh si hamba di Hadirat Allah SWT apabila ia berada di majlis Tuhan Yang Maha Besar dan tatkala Rahasia Ketuhanan membajiri dirinya. Siapa yang mencapai penzahiran Illahi ini, maka padanya bersinar terang Nur Kehadiran Yang Maha Quddus itu dan sampai lah si hamba itu keperingkat kehampiran yang tidak ada lagi hampir seumpama itu. Tidak ada lagi yang tinggal kecuali percaya mempercayai antara si hamba dengan Tuhannya.

Orang Sufi menamai ini Maqam Perbualan Mesra dan disitu telinga Ahli Makrifat merasa seronok mendengar apa yang dicakapkan kepadanya oleh Tuhan Rabbal 'Alamin.

*Bagaimana si hamba ingin memasuki ke Majlis Tuhan? Apakah itu Majlis Tuhan yang dimaksudkan? Apa yang dimaksudkan percaya mempercayai antara si hamba dengan Tuhannya?*

***'Tulisan' Tokku Paloh yang tidak pernah dicetak sedang disalin semula ke tulisan rumi. Bila siap kerja menyalin semula itu, aku berhasrat ingin menyediakannya kedalam bentuk ebook kepada sesiapa yang ingin dan berminat membaca buku tersebut.***

Saturday, September 25, 2010

KHATIJAH SIDEK-MALAYA MERDEKA



Mengenai nasib orang Melayu selepas negara merdeka, dengan tajuk 'Malaya Merdeka' Khatijah Sidek menulis :

Dasar kerajaan terhadap negeri-negeri Melayu ialah apa yang mereka namakan pembangunan luar bandar : Membina jalan raya, menggali parit dan membina masjid. Tapi, pengubahan tanah tidak dijalankan; tuan tanah masih berkuasa, cukai lebih tinggi dari dulu, harga padi dan getah turun, maka kehidupan rakyat lebih susah.

....Kami rasa kerajaan hanya membantu pemodal besar dan bukannya membantu rakyat sendiri, orang Melayu, sungguhpun kerajaan mendakwa itu sebuah kerajaan Melayu. Kapitalis besar ialah British dan Amerika; orang tengah pula orang Cina, kadang-kadang orang Melayu. Mereka semua menindas kaum tani Melayu. Maka, kemerdekaan tinggal pada nama saja.

....Sekarang, pengangguran ujud di kampung. Menanam padi dan getah bagi pekebun kecil menjadi semakin teruk kerana harga padi dan getah terus jatuh. Apa akan terjadi kepada anak-anak mereka setelah meningkat remaja? Kalau tak mahu terus menjadi petani penyewa yang miskin dengan bersandar kepada kelapa dan padi, satu-satunya pekerjaan dibandar yang terbuka kepada mereka ialah menjadi budak pejabat, budak suruhan atau pemandu kereta. Mereka tak boleh mendapat kerja lain.

....Saya berjuang untuk semua ini- untuk rakyat, untuk agama, untuk bahasa Melayu dan kebudayaan Melayu. Saya tahu perjuangan ini benar dan untuk rakyat. Orang Melayu menderita di bawah penjajahan jenis baru ini iaitu penjajahan sikap dan pemikiran, kerana ini bukan kemerdekaan sejati.


Perihnya masih terasa sakitnya tak terhingga
Nafsu ingin berkuasa sungguh mahal ongkosnya
Apapun yang akan terjadi aku tak akan lari
Apalagi bersembunyi takkan pernah terjadi
Air mata darah telah tumpah
Demi ambisi membangun negeri
Kalaulah ini pengorbanan
Tentu bukan milik segelintir orang
Belum cukupkah semua ini
Apakah tidak berarti lihatlah wajah ibu pertiwi
Pucat letih dan sedihnya berkarat
Berdoa terus berdoa
Hingga mulutnya berbusa-busa
Ludahnya muncrat saking kecewa
Ibu pertiwi hilang tawanya tak percaya masih ada cinta
Seluruh hidupku jadi siaga
Pagar berduri kutancapkan di hati
Untukmu negeri – yang telah memberi arti
Untukmu negeri – yang telah melukai ibu kami
Untukmu negeri – yang telah merampas anak kami
Untukmu negeri – yang telah memperkosa saudara kami
Untukmu negeri – waspadalah untukmu negeri – bangkitlah
Untukmu negeri – bersatulah
Untukmu negeri – sejahteralah
Kamu negeriku sejahteralah kamu

***Bagi aku, baik Khatijah Sidek atau siapa saja, berserban dan berjanggut ataupun tidak, sebelum kuasa ditangan, bulan dan bintang bisa dijanji. Bila kuasa telah ditangan, samada pemimpin itu kapitalis atau sosialis maupun Islamis akan terbukti....bukan sahaja rakyat akan ketahui tetapi diri pemimpin/orang politik itu sendiri mula mengenali siapa sebenar dirinya sendiri, ....oooo rupanya aku ni kapitalis!***

Wednesday, September 22, 2010

ABDUR RAHMAN LIMBONG

Haji Abdur Rahman Limbong ulama dan pahlawan Melayu
Pejuang Kemerdekaan Tanah Air

Ulama pejuang dalam artikel ini nama lengkapnya ialah Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir. Lahir tahun 1285 H/1868M, wafat di Mekah, 1347 H/1929M. Datuk neneknya berasal dari Patani dan Terengganu. Haji Abdur Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, iaitu seorang sufi pengamal Tarekat Sammaniyah. Sungguhpun Haji Abdur Rahman Limbong seorang ahli sufi, namun beliau juga bijaksana dalam seluk belok persoalan dunia. Ini dapat dibuktikan dengan berkali-kali beliau berhujah di mahkamah kerana membela rakyat yang disaman oleh pihak pemerintah Inggeris. Haji Abdur Rahman Limbong adalah seorang sufi yang pernah menjadi peguam. Saya simpulkan saja bahawa Haji Abdur Rahman Limbong perlu kita kenali, dalam dunia sufi tangannya selalu bersih membilang-bilang buah tasbih.

Di mahkamah, lisannya fasih berkata-kata membela kebenaran yang disandarkan kepada perintah Allah dan rasul. Bukannya membela undang-undang ciptaan manusia. Di gelanggang medan laga pandai bermain senjata. Hidup di dunia ini tiada sesuatu apa pun yang ditakutinya kecuali kemurkaan Allah kerana melanggar perintah Allah dan rasul-Nya. Haji Abdur Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah. Yang paling utama mencorak peribadinya ketika kanak-kanak ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya. Ketika pulang ke Terengganu beliau mendapat pendidikan dari Haji Ya’qub dan Haji Musa. Kedua-dua ulama itu tinggal di Paya Bunga. Selanjutnya yang membentuk peribadi Haji Abdur Rahman Limbong menjadi seorang sufi dan pejuang jihad ialah Tok Ku Paloh, ulama Terengganu yang terkenal.

Tok Ku Paloh juga adalah seorang pejuang (selengkapnya lihat judul Tok Ku Paloh Al-Aidrus, Pejuang Islam dan Bangsa Melayu (18 September 2006). Setelah menguasai ilmu yang padu dan memadai Haji Abdur Rahman Limbong aktif mengajar masyarakat di Hulu Terengganu. Jika kita teliti kitab-kitab yang beliau ajar meliputi beberapa disiplin ilmu. Antaranya ialah al-Ajrumiyah hingga kepada Mutammiman dan Tashil Nail al-Amani mengenai ilmu nahu, semuanya dalam bahasa Arab. Matn Umm al-Barahin, mengenai ilmu tauhid. Untuk lebih memantapkan juga diajarkan kitab-kitab tauhid bahasa Melayu, yang pasti tidak diabaikan ialah Faridah al-Faraid dan ad-Durr ats-Tsamin.

Kitab fikah bahasa Arab yang pernah diajarkan oleh Haji Abdur Rahman Limbong ialah Kitab Tahrir dan ilmu tasawuf ialah Hidayah as-Salikin dan ad-Durr an-Nafis kedua-duanya dalam bahasa Melayu. Selain mengajar, Haji Abdur Rahman Limbong adalah seorang ulama yang suka mengembara atau merantau ke beberapa buah negeri. Soal kewangan untuk mengembara tidak sukar baginya kerana di mana tempat beliau berpijak, ada saja penduduk yang mahu menjadi muridnya. Pengembaraan yang dekat dengan Terengganu di antaranya ialah Beserah, Kuantan, kedua-duanya dalam Pahang. Selanjutnya Kelantan, Patani, Kedah dan lain-lain.

Negeri-negeri seberang laut yang pernah beliau merantau ialah Sambas, Jambi, Riau dan Brunei . Di negeri-negeri seberang laut itu juga terdapat murid-murid Haji Abdur Rahman Limbong. Pengembaraan beliau ke negeri-negeri tersebut mempunyai kisah yang panjang, tetapi yang dapat diungkapkan di sini ialah tentang di Sambas dan Kepulauan Riau saja. Dalam pelayaran di laut, Haji Abdur Rahman Limbong menggunakan perahu buatan orang Terengganu sendiri. Beliau berlayar bersama-sama dengan murid-muridnya dari Terengganu dan juga ahli pelayaran pada zaman itu, bahawa mereka telah menggunakan perahu-perahu yang berukuran besar yang boleh dimuat barang-barang antara 100 hingga 350 tan.

Di antara tempat-tempat yang ramai dihuni oleh orang-orang yang berasal dari Terengganu di Kepulauan Riau yang dikenalpasti ialah di Kuala Maras dalam Kepulauan Jemaja, Kepulauan Siantan dan Pulau Midai. Di Sambas pula ialah di Kampung Dungun, Kecamatan Sentebang. Nama Dungun itu diberi oleh orang-orang Terengganu sebagai mengenang negeri asal mereka, iaitu Dungun di Terengganu. Nama Dungun itu masih kekal digunakan sampai sekarang. Dipercayai di tempat-tempat tersebut pernah dijelajahi dan menerima didikan dari Haji Abdur Rahman Limbong.

Nama Haji Abdur Rahman Limbong saya dengar sejak kecil lagi dari ibu saya, Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani ketika beliau menceritakan pembinaan sebuah masjid di Sabang Barat, Pulau Midai, bahawa bahan utama bangunan ialah kayu cengal. Semuanya dibawa dari Terengganu dengan sebuah perahu besar. Bahan-bahan itu semuanya selesai dikerjakan di Terengganu hanya tinggal pasang saja di Pulau Midai. Masjid itu hingga tahun 1969 masih berdiri dengan megahnya tetapi manakala yang menjadi pemimpin pada tahun tersebut seorang yang tidak memahami nilai-nilai sejarah, masjid itu dimusnahkan lalu didirikan bangunan yang baru. Nilai sejarah yang masih tinggal hanyalah sebuah mimbar yang dihiasi ukiran-ukiran. Mimbar tersebut juga berasal dari Terengganu. Imam yang pertama masjid yang tersebut ialah Haji Wan Abdur Rahman bin Wan Abu Bakar yang mendapat pendidikan di Mekah. Dipercayai Haji Wan Abdur Rahman bin Wan Abu Bakar berkenalan dengan Haji Abdur Rahman Limbong sejak kedua-duanya tinggal di Mekah lagi. Selanjutnya Haji Abdur Rahman Limbong juga pernah sampai di daerah Pulau Tujuh termasuk Kuala Maras dan Pulau Midai yang disebutkan di atas.

PEMBERONTAKAN
Zaman dulu dan zaman sekarang sama saja, bahawa orang yang tidak berpihak kepada kebenaran menyangka yang menang itulah yang benar. Yang kalah itulah disangkanya salah. Sejarah dunia selalu saja mencatat bahawa penyelewengan dan pengkhianat sesuatu bangsa atau pun agama apabila dalam perjuangan selalu berpihak kepada musuh. Tetapi apabila keadaan telah aman, mereka pula yang mengaku dirinya sebagai pejuang bangsa atau pun pejuang agama.

Dunia Melayu tidak terlepas dari perkara itu. Indonesia berjuang melawan Belanda, Semenanjung Tanah Melayu melawan Inggeris dan Siam, umat Islam-Melayu Patani melawan Siam dan umat Islam Mindanao melawan Filipina. Sepanjang tahun 1920 hingga tahun 1928 terjadi gerakan Haji Abdur Rahman Limbong dan rakyat tani di Hulu Terengganu menentang Inggeris. Sungguhpun ramai orang Melayu Islam yang menyokong perjuangan beliau melawan penjajahan Inggeris, namun tidak kurang juga pengkhianat bangsa dan Islam yang terlalu yakin terhadap penjajah Inggeris. Semua bangsa penjajah yang menjajah sesuatu bangsa di mana saja di dunia ini sebenarnya adalah tidak sah.

Oleh itu, dalam zaman kita yang telah merdeka sekarang ini, perjuangan Haji Abdur Rahman Limbong dan beribu-ribu pengikutnya adalah wajar dan sah dari segi undang-undang dunia. Apatah lagi ditinjau dari pandangan Islam yang mewajibkan kita berjihad apabila kita dijajah oleh orang-orang yang bukan Islam. Bagaimanapun sewaktu Inggeris masih sebagai bangsa penjajah di Terengganu, demikian liciknya H. W. Thomson dan J. L. Humphreys membuat laporan keadaan menjadi sebaliknya. Kononnya, Haji Abdur Rahman Limbong dan pengikutnya adalah sebagai penderhaka kepada pemerintahan yang sah. Akhirnya Haji Abdur Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928.


Setahun kemudian (tahun 1929 M), ulama pejuang Islam dan bangsa Melayu itu meninggal dunia. Sejarah mencatat bahawa sebab-sebab timbul pemberontakan adalah kerana rakyat golongan petani berasa dirugikan oleh pihak penjajah Inggeris.

Dalam tahun 1920-an, Inggeris campur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris.
Jika kita berfikir secara bebas dan merdeka, apa haknya bangsa Inggeris tiba-tiba mengutip cukai dalam negeri Terengganu yang sejak lama telah berkerajaan sendiri sedangkan mereka hanyalah satu bangsa pendatang. Oleh sebab itulah, Haji Abdur Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri. Mungkin maksud negeri itu adalah yang ada campur tangan penjajah Inggeris.

Haji Abdur Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah yang mereka miliki adalah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama. Dari riwayat ini dapat kita membuat kesimpulan bahawa orang-orang Melayu Islam di Hulu Terengganu dalam tahun 1920 lagi, di bawah bimbingan Haji Abdur Rahman Limbong, sudah kenal jati diri, kenal terhadap haknya, kenal terhadap tanah air, dan kenal terhadap bangsa sendiri.

Oleh itu, bangsa penjajah Inggeris yang cuba campur tangan dalam pentadbiran tanah wajib dilawan. Kita patut mengucapkan jutaan terima kasih kepada ulama seperti Haji Abdur Rahman Limbong yang telah membuka mata putera-putera bangsa mengenali ajaran Islam yang sebenar sekali gus bangsa Melayu Islam adalah mempunyai harga diri jangan dapat ditipu daya oleh bangsa penjajah.


Oleh:
Wan Mohd Saghir Abdullah
Khazanah Fathaniyah
-------------------------

Ibu beliau, Tun Tijah binti Tun Akut dipercayai dari keturunan Tun Zain Indera sementara bapanya, Haji Abdul Hamid dikatakan berasal dari Petani. Gelaran Limbong yang dilekatkan pada namanya itu berpunca dari pembabitannya sebagai guru di Kampung Limbong yang terletak di Cukai, Kemaman. Murid-murid nya terdiri daripada berbagai lapisan masyarakat, termasuk dari golongan istana, seperti Tengku Nik Maimunah (Tengku Nik Haji), Tengku Muhammad (Raja Darat) dan Tengku Ismail. Dari kalangan pelajar-pelajarnya yang ramai itu, Sayid al-Sagof adalah satu-satunya dianggap berkelayakan dan berpengaruh semasa dan setelah beliau meninggal dunia.

Peristiwa-peristiwa luar biasa yang dikaitkan dengannya menimbulkan cerita dan menyakinkan banyak pihak bahawa beliau adalah manusia keramat. Beberapa contoh daripada peristiwa-peristiwa aneh yang melibatkan Haji Abdur Rahman :

Haji Abdur Rahman Limbung dipercayai pernah menghilang diri dan muncul kembali di tempat lain. Dalam kejadian itu, beliau mulanya kelihatan bersendirian berselimut dengan kain pelikat duduk di atas batu, tetapi telah tiba-tiba berada semula di tebing di seberang sungai, sedangkan di situ tidak kedapatan perahu dan beliau juga tidak didapati berenang. Dalam satu peristiwa lain, seorang miskin yang menemui nya telah disuruh mengambil sebanyak seratus gantang padi sebagai bantuan. Tetapi oleh sebab ketamakannya, si miskin itu telah mengambil lebih daripada yang diperuntukkan. Ditakdirkan Allah, orang berkenaan tidak dapat pulang kerumahnya walaupun beberapa kali dia cuba untuk meninggalkan Haji Abdur Rahman Limbong, dengan perahunya. Hanya setelah beliau memberitahu tentang perbuatan salahnya dan kemudian meminta ampun, barulah orang miskin itu dapat melepaskan diri.

Tuesday, September 21, 2010

AMBE OGHANG TEGHANUNG

Oghang ppuang ddalang tasauh :
Oghang Supi sangak cinte pade Maghiang, ibu suci hok lahir Ise, anok ghohani. Maghiang sokmo digune kang macang lambang ghoh hok teghime ilhang Illahi dang ngandong cahye Illahi. Ssini lah peghanang ghohaniah mughni oghang ppuang sebaga pengandong. Ghosul doh kate sughge lletok bbawoh kaki mmok.

Oghang ppuang lah hok mmaccor keindahang Illahi. Nnilah hok Ibn Arabi napok, die nnulih di Mmekoh ddalang keadaang tetarek sangak ke ssorang oghang ppuang Parsi, Nizang. Die nganggak Nizang ni titisang hikmoh Illahi. Ibn Arabi dok gogeh ssikik pung dengang kate 'cinte wanita tu milek kesempurnaang ma'rifak'. Oghang ppuang ade rahsie Allah yang Maha Penyanyang. Kate Dzak tu femining hok buak Ibn Arabi gune kaedoh laing sikik hok ukak kang unsur femining pade Tuhang.

SAYA ORANG TERENGGANU
Perempuan didalam Tasauf:
Orang Sufi sangat cinta pada Mariam, ibu suci yang lahir kan Isa, anak rohani. Mariam selalu digunakan sebagai lambang roh yang terima ilham Illahi dan mengandungi cahaya Illahi. Disinilah peranan rohaniah murni perempuan sebagai orang yang mengandung. Rasul SAWW bersabda surga terletak dibawah kaki ibu.

Perempuan lah yang memancar keindahan Tuhan. Inilah apa yang Ibn Arabi nampak, dia menulis di Mekah didalam keadaan nya terlalu tertarik kepada seorang perempuan Parsi, Nizam. Dia menganggap Nizam adalah titisan hikmah Illahi. Pendapat Ibn Arabi tersangat teguh dengan kata 'cinta wanita itu milik kesempurnaan makrifat'. Perempuan ada rahsia Allah yang Maha Penyanyang. Kata Dzat itu bersifat feminin yang menjuruskan Ibn Arabi menggunakan kaedah yang berlainan dalam mengungkap kan unsur feminin pada Tuhan.


Friday, September 17, 2010

HURUF NURANIYYAH

Ulama’ membahagikan huruf-huruf hijaiyyah kepada 2 jenis huruf iaitu Huruf Nuraniyyah(gemerlapan/kilauan) dan Huruf Zulmaniyyah(kegelapan/kesuraman). Huruf Nuraniyyah sebanyak 14 huruf iaitu Sod, Ra’, Alif, Tho’, ‘Ain, Lam, Ya’, Ha, Qaf, Nun, Mim, Sin, Kaf dan Ha’. Manakala baki 14 huruf lagi merupakan huruf-huruf Zulmaniyyah.

Huraian untuk susunan huruf-huruf berikut :
Kaf- Ha'- Ya- 'Ain- Shod
Ha- Miim- 'Ain- Sin- Qaf

Huruf Kaf : Rahsia nya terbuka tabir.

Huruf Kaf ini bermakna kamalan. Kata kamalan berasal dari kata kamila-yakmalu-kamalan. Pada surah Al-Maidah 5:3, didalamnya terdapat kata berhuruf Kaf,Miim dan Lam. Firman Allah : Pada hari ini akmaltu (Aku sempurnakan) untuk kamu agama mu dan telah Aku cukupkan kepada mu nikmat Ku dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagi mu. Menariknya ayat ini diturunkan pada saat umat Islam merayakan Aidil Adha/Hari Raya Haji.

Huruf Ha' : Rahsia nya bermaksud Jiwa Keillahian yang keluar dari paru-paru sebagai ungkapan tasbih dan tahmid yang dia yakini bahawa dirinya dari Dia Al-Huwa, bermula diatas Al-Huwa dan berakhir pada Al-Huwa.

Huruf Ha' ini bermakna hidayatan. Kata akar terdiri dari huruf Ha',Dal dan Ya. Maknanya berkisar pada dua hal. Pertama, Tampil kedepan memberi petunjuk, dari sini lahir kata hadiy yang bermakna penunjuk jalan kerana ia tampil kedepan. Kedua, menyampai dengan lemah lembut. Dari sini lahir kata hadiah yang bererti penyampaian sesuatu dengan lemah lembut. Pengantin perempuan dinamai al-hadiyu kerana keluarga menghantarnya kepada suami dengan lemah lembut. Dari akar kata yang sama juga lahir kata al-hadiyu ialah 'ternakan' yang dipersembahkan ke Kaabah sebagai tanda pendekatan diri kepada Allah dan untuk memohon kasih sayang Nya.

Huruf Ya : Rahsia nya Hati Rasulullah yakni hati yang mampu untuk menampung seluruh isi alam.

Huruf Ya bermakna Yaqinan ertinya keyakinan. Yakin adalah sifat ilmu diatas makrifat.


Huruf 'Ain : Rahsia nya Hakikat Ujud. Ia asal segala yang ada.

Huruf 'Ain bermakna 'Ilman. Kata 'ilman berasal dari kata 'alima-ya'lamu-'ilman. Ilmu bererti menjangkau sesuatu sesuai dengan keadaannya yang sebenar. Bahasa Arab menggunakan semua kata yang tersusun dari huruf-huruf 'Ain, Lam dan Miim dalam berbagai bentuknya untuk menggambar kan sesuatu dengan jelas sehingga tidak menimbulkan keraguan. Allah SWT dinamai 'Alim kerana pengetahuan Nya yang amat jelas sehingga terungkap segala-gala.

Huruf Shod : Rahsia nya keteguhan ilmu Arifbillah.

Huruf Shod bermakna Shabran. Kata Shabran berasal dari kata shabara-yashbiru-shabran yang maknanya adalah kesabaran. Firman Allah : Mereka itulah orang-orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan salam didalamnya.

Huruf Ha : Rahsia nya pengisian alam dengan keindahan.

Huruf Ha bermakna Hikmatan. Kata yang menggunakan huruf Ha,Kaf dan Miim ini berkisar maknanya pada 'menghalangi'. Memilih perbuatan terbaik dari dua hal yang buruk pun dinamai hikmah dan pelaku nya dinamai hakim (bijaksana). Siapa yang tepat dalam penilaian dan dalam pengaturan nya, dialah yang hakim.

Firman Allah : Allah menganugerahkan alhikmah. Dan barangsiapa yang dianugerahkan al-hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak dan hanya orang-orang yang berakal sajalah yang dapat mengambil pelajaran. (Al-Baqarah 2:269)

Huruf Miim : Rahsia Tauhid. Rahsia nya damai.

Huruf Miim bermakna maghfiratan. Kata maghfiratan berasal dari kata ghafara-yaghfiru-ghafran-ghufranan-maghfiratan. Kata ghafara bererti menutupi sesuatu dan mengampuni dosa, yakni penutupan dosa-dosa kerana kemurahan dan anugerah Allah.

Huruf Miim juga bermakna mata'an yang maknanya kesenangan.

Huruf 'Ain : rahsia nya hakikat ujud.

Huruf 'Ain juga bermakna 'Afwan. Kata ini berasal dari kata 'afa-ya'fu-'afwan. Kata yang terdiri dari huruf 'ain,fa'dan wauw. Dari sini lahir kata 'afwu yang juga diertikan menutupi, bahkan dari rangkaian tiga huruf ini juga lahir makna terhapus atau habis tiada berbekas.

Huruf Sin : Rahsia nya Allah diatas arasy ujud.

Huruf Sin bermakna salamatan. Kata salamatan berasal dari kata salima-yaslamu-salamatan, yang maknanya keselamatan. Terdiri dari huruf sin,lam dan miim maknanya berkisar kepada keselamatan dan keterhindaran dari segala yang tercela. Allah memberi salam kepada hamba-hamba nya disurga kelak. Surah Yaasin 36:58 : Salam sebagai ucapan dari Tuhan Yang Maha Pengasih.

Huruf Sin juga bermakna sa'adatan yang berasal dari kata sa'ida-yas'adu-sa'adatan yang bermakna kebahagian dan keberuntungan.

Huruf Qaf : Rahsia nya penerimaan curahan keyakinan.

Huruf Qaf bermakna qurban. Qurban berasal dari kata qaruba-yaqrubu-qurban-qurbanan yang bermakna kedekatan.

Huruf Qaf bermakna qana'atan. Berasal dari qani'a-yaqna'u-qana'an-qana'atan yang secara bahasa bermakna rela atau suka menerima yang dibagikan kepadanya.

Thursday, September 16, 2010

HUBUNGAN KELANTAN-JAWA

Mungkin ramai yang sudah lupa dengan sejarah ini. Wajib untuk BENDERA membaca dan mengkaji nya!

Kelantan dan Jawa bagi orang zaman moden ini, dua budaya ini nampak terlalu asing untuk ada kaitan antara satu sama lain. Seperti tidak pernah berketemu antara satu sama lain.

Namun sejarah yang dilupakan akan dibongkar kembali. Dahulu Kelantan dan Jawa mempunyai hubungan yang amat rapat. Sebelum pergi dengan lebih lanjut atau sebelum dikatakan merapu, sila kaji beberapa fakta:

1) Keris kebesaran Sultan Kelantan bernama Keris Majapahit.

2) Sebut wayang kulit, maka orang tahu ianya daripada Kelantan, dan juga

Jawa.

3) Orang Kelantan sangat suka pakai kain batik Jawa. Sehingga

zaman tahun 60an, orang lelaki Kelantan menggunakan kain

batik Jawa sebagai semutar di atas kepala dan diikat pada

pinggang. Inilah trade mark orang Kelantan. Kain batik Jawa

merupakan pakan harian yang wajib.

4) Ada banyak perkataan Jawa yang difahami oleh orang

Kelantan, tetapi tidak Difahami oleh orang Kuala Lumpur.

5) Orang Kelantan mungkin tidak pernah bertemu orang Jawa

pada tahun 1960an-70an, tetapi mereka secara lisan dan

tradisi amat anti orangJawa

Kelantan purba dikenali dengan gelaran Jawa Kotti yang bermaksud ‘TITIK JAWA’. Pada zaman yang paling awal dalam tahun Masehi, pusat penyebaran budaya Melayu dan Jawa berpusat di Kelantan. Ini kerana zaman dahulu kala Kelantan dikenali orang sebagai Jawa Kotti ( Jawa Point). Kalau menurut dalam “Ikhtisar Sejarah Kelantan” oleh Abdul Razak Mahmud (Ustaz Mat), Bab 2, muka surat 7 & 8, negeri Kelantan dikatakan bernama “Medang Kamulan”. Dalam History Of Java oleh Stamford Raffles muka surat 74, pada lebih kurang tahun 600 Masehi seorang lelaki bernama Aji Saka dari negara asing ( quote: Aji Saka from a foreign country) datang ke Jawa dan memerintah. Menurutnya Aji Saka dari Medang Kamulan.

” The controversy over the true location of Sri Wijaya arises because of the fact that after the death of Maharaja Sri Jayanaga around 692, during the mission to capture Jawa Island, Sri Wijaya seems to have been divided into two states. The eldest son Maharaja Dipang ruled over Amdan Negara, that is, the Malay Isthmus, probably Kelantan/Kedah. The second son, Maharaja Dhiraja, ruled the islands (Sumatera and other islands of the Indonesian archipelago), based at Palembang. After the division into east and west, the name of Sri Wijaya remained in Sumatera, but on the Malay peninsula, a poetic title emerged for the Kelantan/Kedah area, namely, Tanah Serendah Sekebun Bunga (Valley of Flower Garden Land). This title is still found in traditional performing arts such as Mak Yong dance, Wayang Kulit puppet theatre, etc. By 730 the capital of Sri Wijaya in Sumatera moved from Palembang, known as Langkapura, to Kota Mutajap near the river mouth of Jambi in Sumatera.

It is reasonable to speculate that some elements of the Sri Wijayan culture originated in Sumatera, but later spread to other parts of South East Asia from Kelantan/Kedah. Yawakoti meaning Jawa Point, is situated at Bukit Panau hill along the upper Kelantan river near Pergau; some believe this place to be from which Jawanese politics and culture spread out. Jawa Duipa, an ancient name for Kelantan means Tanah Jawa (“land owned by the Jawanese”), or Kawasan Jawa (“Jawanese area”).

Al Tabari states that the word Jawa or Jva was used more widely in ancient times. Jawa in those days meant “Jawanese culture” (i.e. Malay culture), including its centres on the Isthmus, as compared to now when Jawa only refers to Jawa Island in Indonesia. According to one tradition, the Jawanese moved down from Kemboja and spread out to the archipelago.”

Dalam bahasa Jawa asli, tiada perkataan GAJAH. Oleh itu Patih Gajah Mada ini sebenarnya agak misteri bagi ahli sejarah Jawa sendiri.

Gajah Mada is a mysterious historical figure. No historical records about his origin, there’s no tomb to commemorate his magnificent achievement.
He’s probably the only Majapahit historical figure quite unknown where he’s born and where he died. But his legacy, the unified archipelagic empire of Majapahit is quite is the testament of his ambition and genius vision, a bright politician and warrior. Majapahit as the ancient incarnation of modern Indonesia stay forever as inspirations, source of pride and dignity for Indonesian.

According to books and articles I’ve reads here’s the speculations about his origin:

” Using animal name as people name is quite common in ancient Java, Lembu Tal, Kebo Ijo, Kebo Anabrang, Mundingwangi Dikusumah, Ciung Wanara, Mahesa Cempaka, etc. Gajah (means elephant) is known in ancient Java, In Borobudur relief we can find the image of Elephant, probably back then there’s an original Javanese elephant sub-species, but if not it’s possible to import them from Sumatra, since ancient Indonesian ship quite reliable to transport large things. But Gajah is abundant in Sumatra up until now. So the speculations arose.

Gajah Mada probably Malayu or Srivijayan origin, but since young he serve Javanese Majapahit special forces (Bhayangkara, the royal guard).
This theory probably based after the congquest of Malayu by Singhasari. The Pamalayu expedition led by King Kertanegara conquer the court of Malayupura (now Jambi), part of Srivijayan empire that already weaken. Malayupura once stood as rival for Srivijaya before Srivijaya conquer it. Then as Srivijaya weaken, Malayu began to be more important and enjoy certain degree of independence.

This conquest (some says alliance, cause Kertanegara gave gift for the people of Malayu, a huge 6 metres statue made in Java, then transport it to Sumatra) brough many royalties (princess of Malayu like Dara Jingga and Dara Petak), scholars, Buddhist priest (Dharmaputras), artisans, warriors, etc, to Javanese courts. Gajah Mada vast knowledge about various kingdoms, islands, and area around archipelago probably due to Srivijayan knowledge, is he Malayu soldier, that’s why he really know his way when he launch naval attack to Srivijayan capital like he’s ever been there before.”

Siapa Pateh Gajah Mada ?
Pateh Gajah Mada adalah anak dari Puteri Linang Cahaya anak perempuan Raja Kelantan. Ayah Pateh Gajah Mada pula ialah Syeikh Hussein Jamaluddin Al-Kubra. Syeikh Jamaludin Al-Kubra ini banyak melahirkan keturunan yang menjadi pemimpin dan Ulamak yang berpusat di Patani-Kelantan seterusnya tersebar Islam ke seluruh Kepulauan Melayu dan Jawa. Pada masa itu Patani-Kelantan dikenali sebagai Kerajaan Cermin kerana banyak ulamak berada di situ sehinggakan belajar agama Islam di Kota Mekah mesti sambung belajar di Patani-Kelantan. Patani-Kelantan diberi nama jolokan Kerajaan Cermin Mekah. Sebab itulah sehingga sekarang Kelantan digelar “Kelantan Negeri di bawah Serambi Mekah”. Orang Kelantan sejak lebih 800 tahun telah memilih Islam sebagai kehidupan mereka.
-------------------------------

Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan), telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 besama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Syeikh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar). Mereka ini merupakan sebahagian daripada 7 orang Wali bersaudara yang telah belayar ke Nusantara untuk tujuan dakwah. Pada masa itu Kelantan telah pun menerima Islam lebih awal daripada pedagang-pedagang Arab yang belayar ke China untuk berdagang. Batu bersurat Terengganu merupakan bukti yang nyata lagi kukuh tentang kedatangan Islam yang lebih awal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386.

Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Hussein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin yang ketika itu, ibu kotanya bernama ‘Jeddah’ terletak 3 batu dari Bukit Panau, Kelantan Darul Naim. Jeddah bermaksud permata. Kini kawasan ini lebih dikenali dengan nama Danau Tok Uban. Kota tersebut telah tenggelam ke dalam bumi dan kawasan itu telah dibanjiri dengan tasik yang luas sekali sehingga berombak apabila angin kencang bertiup.

Dari isteri Saiyid Hussein Jamadil Kubra yang pertama, Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang) dia mendapat dua orang anak, yang lelaki bernama Maulana Malik Ibrahim (pelopor Wali Songo) dan yang perempuan bernama Siti Aisyah.

Perkahwinan Saiyid Hussein Jamadil Kubra dengan Ramawati puteri kepada Raja Champa, Sultan Zainol Abidin (Ce Bo Nga) dan Permaisuri Siti Zubaidah pula melahirkan generasi yang tersenarai di dalam kumpulan Wali Songo dari titisan anak mereka, Ibrahim Asmaro.

Sewaktu umurnya hampir 80 tahun Saiyid Hussein telah dipertemukan jodoh dengan Puteri Selindong Bulan atau Siti Syahirah iaitu cucu saudara kepada isterinya yang pertama, Puteri Linang Cahaya dan beroleh seorang anak lelaki bernama Ali Nurul Alam yang kemudiannya nanti menjadi Perdana Menteri Majapahit II di Kelantan bergelar Patih Aria Gajah yang dikaitkan dengan beberapa peristiwa dengan Laksamana Hang Tuah. (Di Patani, Ali Nurul Alam terkenal dengan nama Sultan Qunbul setelah dilantik menjadi sultan di Patani Darussalam)

Syarif Muhammad Kebungsuan adalah anaknya yang bungsu dari isterinya yang ke empat Putri Jauhar (keluarga Diraja Johor) yang kemudian terkenal sebagai pembangun Kesultanan Mindanao/Sulu (Filipina), sementara salah seorang dari abangnya menjadi Sultan Borneo yang ke-3 bergelar Sultan Berkat, moyang raja-raja Brunei sekarang.

Ke empat-empat isteri yang dikahwini Saiyid Hussein Jamadil Kubra itu ialah selepas tiap-tiap seorang daripadanya meninggal dunia.

Pada awal abad ke-15 Ibrahim Asmaro dihantar oleh ayahnya Saiyid Hussein Jamadil Kubra ke Tanah Jawa membantu serta menyambung usaha-usaha dakwah abangnya Maulana Malik Ibrahim yang meninggal dunia pada tahun 1419 dan dimakamkan di Gerisek, Tuban.

Turut serta ialah dua orang anak Ibrahim Asmaro, iaitu Maulana Rahmatullah dan Maulana Ishak meninggalkan Champa dan kemudiannya berhijrah ke Patani Darussalam.

Melalui firasat Saiyid Thana’uddin yang menjadi guru kepada cucu saudaranya Sunan Bonang dan Sunan Giri, Masjid Kampung Laut, Kelantan telah diramal akan mencetuskan kebangkitan Islam di Nusantara. Saiyid Thana’uddin telah memilih untuk bertapa di puncak Bukit Panau di Tanah Merah, Kelantan. Beliau wafat di sana dan kuburnya masih ada di sana tetapi batu nesan telah dibuang kerana menjadi tempat orang Siam dan Cina memuja nombor ekor.

Raja Empayar Chermin, Sultan Baki Syah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Syah telah menyusul bersama satu rombongan keluarga Diraja Kelantan menemui Bentara Majapahit Hayam Wuruk untuk memperbetulkan amalan Islam yang sudah bercampur baur dengan agama Buddha Shiva setelah Hayam Wuruk berkahwin dengan anak saudaranya Bidarawati (puteri Raja Champa). Beberapa orang mubaligh yang dibawanya kemudian meninggal dunia dan dimakamkan di Leran.

Sebagai membuka tirai dakwah Islam di Tanah Jawa, Maulana Malik Ibrahim muncul sebagai perintis atau pelopor yang memberi laluan kepada wali-wali yang datang kemudiannya. Dengan tidak ada perbezaan kasta dan darjat seruan dakwahnya lebih disenangi di kalangan kasta-kasta Vaisya dan Sudras. Banyaklah kalangan mereka yang datang untuk mendapat pengajian selok-belok mengenai agama Islam.

Kehilangan Maulana Malik Ibrahim diganti oleh anak saudaranya, Maulana Rahmatullah yang memakai gelaran Sunan Ampel. Jika Maulana Malik Ibrahim dianggap sebagai pencipta pondok (pesantren) yang pertama maka Maulana Rahmatullah adalah perancang negara Islam yang pertama di Tanah Jawa.

Maulana Ishak yang banyak membantu abangnya Sunan Ampel tidak ketinggalan meninggalkan jasanya. Daerah Balambangan hampir dibawanya tunduk di bawah Islam kalau tidak kerana perancangan mertuanya Raja Menak Sembayu yang bertekad hendak membunuhnya. Beliau akhirnya berhijrah ke Pasai (Aceh) dan Melaka merupakan destinasi yang terakhirnya.
Anaknya Raden Paku (Sunan Giri) telah membangunkan Giri sebagai pasak yang membawa tertegaknya Kerajaan Islam Demak. Sebagai markas gerakan dakwah yang pertama di Jawa, Giri juga memperlengkapkan gerakan mujahid yang tidak ada tolok bandingnya di samping mubaligh-mubaligh yang berkerja keras menyatukan Pulau Madura, Bawaen, Kangean, Ternate dan Maluku di bawah panji-panji Islam.

Walaupun kedatangan Raja Kemas Jiwa atau Sang Ajit Jaya Ningrat (putra kedua kepada Raja Chermin, Sultan Baki Syah) ke Jawa hanya semata-mata bermotifkan politik tetapi melalui ikatan perkahwinannya dengan Puteri Suhita (cucu Hayam Waruk), dia telah melembutkan hati Ratu Majapahit itu untuk menyerahkan Ampeldenta dan Gerisek menjadi sebahagian daripada wilayah Giri. Raja Kemas Jiwa memakai gelaran Sultan Iskander Syah Nenggiri apabila ditabalkan menjadi Sultan Kelantan setelah kematian abangnya Sultan Sadik Muhammad Maulana Nenggiri.

Semasa Sultan Iskander Syah Nenggiri menjadi Raja Kelantan dan bergelar Bentara Majapahit pada 1432 Masihi, baginda telah mengisytiharkan negeri Kelantan sebagai Majapahit II. Sampai ke hari ini keris kedaulatan negeri Kelantan dipanggil Keris Majapahit. Kerajaan Kelantan-Majapahit II ini lenyap setelah diserang oleh Empayar Melaka (dibawah Sultan Mahmud) pada tahun 1490 setelah Majapahit II lemah akibat peperangan dengan Siam sebelumnya.

Satu kejutan yang telah berlaku sehingga memutuskan nadi Kerajaan Hindu-Majapahit apabila Demak muncul sebagai Kerajaan Islam yang dicita-citakan. Desa Glagah Wangi bertukar wajah, Bintoro Demak mewujudkan ketandaan ‘rahmat’ apabila Raden Patah menjadi pemerintah bergelar Sultan Sri (Syah) Alam Akbar al-Fatah.
Penyebaran Islam di Jawa Tengah sebelah selatan, daerah yang sekarang dinamakan Surakarta dan Yogyakarta diterokai oleh seorang anak murid Sunan Kalijaga, Kiai Ageng Pandanarang atau disebut Sunan Tembayat.

Pemilihan Sunan Tembayat sebagai menggantikan tempat Syeik Siti Jenar (yang menerima hukuman bunuh oleh wali-wali kerana mendedahkan rahsia-rahsia ketuhanan) pada mulanya diragui oleh persidangan para wali kerana bekas Bupati Semarang ini ialah seorang yang kehidupannya dikelilingi kemewahan dunia malah tidak mempercayai Tuhan, tetapi kemudiannya menjadi seorang yang cukup patuh kepada ajaran agama Islam dan sangat alim.

Melalui anak-anak Ali Nurul Alam (Perdana Menteri Kelantan-Majapahit II) iaitu Wan Husein, Wan Bo dan Wan Demali, Kelantan sekali lagi telah meyumbangkan mubaligh-mubalighnya di dalam menyambung tugas-tugas Maulana Malik Ibrahim (bapa saudara mereka) dan membantu Sunan Ampel (sepupu mereka) di Gerisek dan Maulana Ishak di Pasai (Aceh).

Wan Husein dihantar ke Pulau Madura. Wan Bo ke Pasai (Aceh) dan Wan Demali ke kawasan Johor-Riau (Pulau Bentan). Dari sinilah Wan Demali mendapat jolokan Raja Laksamana Bentan.

Generasi Wan Bo (Syarif Abdullah) telah berjaya menegakkan dua buah Kerajaan Islam Banten dan Ceribon di mana anaknya Syarif Hidayatullah atau Sunan Gunung Jati telah dapat menyempurnakan cita-cita datuknya Saiyid Hussein Jamadil Kubra.
Kejayaan para wali dalam perjuangan dakwah mereka mencapai tahap yang gilang gemilang di mana Indonesia lahir sebagai negara yang majoritinya beragama Islam.

Dipetik dari :
lloni.wordpress.com


*Dahulu Trengganu juga pernah dikenali Cirebon Kuala Mengkuang atau Cirebon Kota Mengkuang???*

***Cerita lisan yang dicerita kan oleh almarhum nenek aku Tengku Dalam (Ku Dayang) bt Tengku Embong, Tengku Ngah (dikenali Tengku Ngah Cengir) pernah berkata kepada sepupunya Tengku Embong (dikenali Tengku Embong Tuli) agar menjaga anak nya bila dia meninggal dunia. Tengku Embong dengan hairan dan bertanya bila dia bernikah dan siapa isterinya? Tengku Ngah membuka rahsia yang anak dan isteri nya adalah 'orang halus'. Anak Tengku Ngah ini bernama Raja Ahmad. Raja Ahmad ada kaitannya dengan hubungan Kelantan dan Trengganu. Tentang siapa isteri Tengku Ngah, rasanya tidak perlu ditulis walau pun ada nama yang disebutkan oleh nenek .***

Wednesday, September 15, 2010

IBN AL-FARID

Ibn Al-Farid dan Ibn Arabi adalah teman sezaman. Dua guru tasawuf Arab yang terkenal pada abad 13. Ibn Arabi adalah kelahiran Sepanyol yang menuangkan pengetahuan dan pengalaman mistiknya kedalam beberapa syair dan kedalam prosa yang mengalir tanpa putus-putus. Ibn Al-Farid pula adalah penyair cendekiawan yang lemah lembut dari Kairo yang hidup menyendiri di Bukit Muqattam dan kemudian selama lima belas tahun di Hijaz, akhirnya kembali ke kota kelahiran nya dan meninggal pada 1235 iaitu lima tahun sebelum Ibn Arabi meninggal di Damaskus.

Ibn Al-Farid menurunkan pengalaman-pengalaman mistiknya kedalam jumlah kecil sajak-sajak pujian dalam bahasa Arab yang indah dan luar biasa dengan gaya puisi klasik Arab. Corak dan gayanya lebih merupakan karya seorang seniman yang sangat kritis menata permata-permata yang paling indah dan paling terpilih daripada buah pertama ilham keilahian. Orang akan bertanya-tanya bagaimana sajak-sajak itu dapat dihasilkan dalam keadaan yang sangat gairah. Menurut bentuk dan isi, sajak-sajak nya itu sempurna bahasa dan gaya Arab nya, sajak-sajak itu memperagakan kegemaran orang Arab terhadap permainan kata dan berbicara tentang kasih. Yang Mutlak dalam istilah yang diambil dari tradisi pra-Islam, menyebut-nyebut kekasih dengan nama wanita seperti Laila dan Salma.



Dari Diwan kecil Ibn Al-Farid, dua sajaknya sangat terkenal dan salah satunya adalah Khamriyya 'Syair Anggur' ; suatu pemerian dari minuman anggur kasih Illahi, yang diteguk oleh para kekasih sebelum buah anggur diciptakan dan memabukkan seluruh dunia. Kadang-kadang Ibn Al-Farid sampai kepada kelembutan dan kemurnian citraan sehingga sajak-sajaknya menyentuh hati :
Setiap anggota badanku melihatnya, meski ia tak hadir disisiku, dalam setiap zat yang halus, lembut, jernih dan bahagia.
Dalam nada kecapi dan seruling yang merdu berbaur menyatu dalam alunan yang bergetar.
Dan dalam padang rumput rusa yang hijau subur, dalam kesejukan senja dan dalam sinar-sinar cahaya pertama difajar menyinsing.
Dan dalam hujan berkabut yang turun dari awan dihamparan bunga.
Dan ketika angin sepoi-sepoi menyeret jubahnya menyebarkan kepadaku semerbak wangi harum mawar difajar yang lembut.
Dan bila ku kucup bibir piala, ku hirup anggur jernih dalam riang dan bahagia.
Aku tak terkucil dari tanah kelahiran ku bila ia ada bersamaku : fikiran ku tidak terganggu dimana pun kami berada- tempat itu tempat kelahiran ku, kalau kekasih ku ada disitu; dimana tampil bukit pasir melandai, itulah tempat ku berhenti.

Baris-baris sajak ini menyatakan perasaan kekasih yang selalu teringat akan yang dikasihi. Meski bertaburan hiasan-hiasan retoris, sajak ini membawa satu suasana yang amat romantis.

Mengenai sifat-sifat Tuhan yang dipertanyakan Ibn Al-Farid menjawab :
Mereka berkata "sifatkanlah Zat Illahiyat kepada kami!"
Kami tahu kalau anda dapat mengurai "Memanglah akan daku ilmu bagi sifat-sifatNya"
Kemurnian tanpa air, lemah lembut tanpa udara
Cahaya tanpa bara, ruh tanpa jisim
Telah mendahului segala yang baru
Yang Qadim tiada berbentuk
Dan disana...
Tiada gambar tiada lukisan
Segala sesuatu tegak berdiri...demi suatu hikmat
Dengan Zat Nya pula segalanya terhijab
Apa lagi yang tiada baginya pemahaman.


Beliau bersyair tentang kematian dirinya demi cinta :
Hendak lah anda mengambil apa yang ku tinggalkan
Dari nafas yang terakhir
Dalam kecintaan tiada lah baik
Kalau aku dalam kesihatan
Siapa yang mati demi cinta pada Nya
Niscaya hidup tinggi meninggi
Itulah setinggi-tinggi derajat
Diantara ahli kecintaan


Tentang penyajian roh dalam cinta, beliau syairkan :
Tiada bagiku selain rohku
Dan yang telah mengurbankan dirinya
Dalam kecintaan Yang dikasihi nya
Tidak mubadzir apabila kurela pada nya
Maka ia lah yang menolongku
Aduhai! akan sia-sialah
Apabila Ia enggan menolong

Apabila ku katakan ambillah!
Roh itu mengatakan keajaiban
Roh itu kepunyaan kami
Bawalah sesuatu dari sisi mu

Ku hamparkan baginya pipi
Wajahku sebagai injakan atas tanah
Jawabnya, bagimu berita suka
Anda berkenan mencium cadar wajah ku

Gunung-gunung telah hancur
Kerana kehebatan yang bertajalli
Aku menjadi Musa dimasaku
Semenjak sebahagian diriku menjadi kesemuanya
Mati itu berada dalam hidupku
Dan dalam hidupku pembunuhan diriku


Alangkah indahnya wajah yang Mulia, demi kecintaan, yang mana membuat diri ibn Al-Farid cair pada Nya :
Arahkan perhatian pada Wajah Nya
Nescaya anda temui semua keindahan
Terlukis pada Nya
Andaikan semua keindahan
Dapat menyempurnakan suatu gambaran
Lalu anda melihat Nya
Niscaya anda bertahlil dan bertakbir.


Imam Ibn Al-Farid telah berjasa mengenalkan kita mengetahui bagaimana cara mencintai dan kepada siapa cinta itu ditujukan.

Dari Wikipedia :
Ibn al-Farid or Ibn Farid ;Arabic, عمر بن علي بن الفارض (`Umar ibn `Alī ibn al-Fārid) (1181-1235) was an Arab poet. He was born in Cairo, lived for some time in Mecca and died in Cairo. His poetry is entirely Sufic, and he was esteemed the greatest mystic poet of the Arabs. Some of his poems are said to have been written in ecstasies.

The poetry of Shaykh Umar Ibn al-Farid is considered by many to be the pinnacle of Arabic mystical verse, though surprisingly he is not widely known in the West. (Rumi and Hafiz, probably the best known in the West of the great Sufi poets, both wrote primarily in Persian, not Arabic.) Ibn al-Farid's two masterpieces are The Wine Ode, a beautiful meditation on the "wine" of divine bliss, and The Poem of the Sufi Way, a profound exploration of spiritual experience along the Sufi Path and perhaps the longest mystical poem composed in Arabic. Both poems have inspired in-depth spiritual commentaries throughout the centuries, and they are still reverently memorized by Sufis and other devout Muslims today.

Biography :
Ibn al-Farid's father moved from his native town, Hama in Syria, to Cairo where he Umar was born. Some sources say that his father was a respected farid (an advocate for women’s causes) and others say that his profession was the allocation of shares (furūḍ) in cases of inheritance. Whichever is the case, Ibn al-Farid's father was a knowledgeable scholar and gave his son a good foundation in belles lettres.

When he was a young man Ibn al-Farid would go on extended spiritual retreats among the oases, specifically the Oasis of the Wretches (Wadi al-Mustad'afin), outside of Cairo, but he eventually felt that he was not making deep enough spiritual progress. He abandoned his spiritual wanderings and entered law school studying in the shafi'i school of law.

One day Ibn al-Farid saw a greengrocer performing the ritual Muslim ablutions outside the door of the law school, but the man was doing them out of the prescribed order. When Ibn al-Farid tried to correct him, the greengrocer looked at him and said, "Umar! You will not be enlightened in Egypt. You will be enlightened only in the Hijaz, in Mecca..."

Umar Ibn al-Farid was stunned by this statement, seeing that this simple greengrocer was no ordinary man. But he argued that he couldn't possibly make the trip to Mecca right away. Then the man gave Ibn al-Farid a vision, in that very moment, of Mecca. Ibn al-Farid was so transfixed by this experience that he left immediately for Mecca and, in his own words, "Then as I entered it, enlightenment came to me wave after wave and never left."

Shaykh Umar Ibn al-Farid stayed in Mecca for fifteen years, but eventually returned to Cairo because he heard the same greengrocer calling him back to attend his funeral. Upon return, he found the greengrocer on the point of death and they wished each other farewell.

Upon Ibn al-Farid’s return to Cairo, he was treated as a Saint. He would hold teaching sessions with judges, viziers and other leaders of the city. While walking down the street, people would come up to him and crowd around him, seeking spiritual blessings (barakah) and try to kiss his hand (he would respond by shaking their hand). Ibn al-Farid became a scholar of Muslim law, a teacher of the hadith (the traditions surrounding the sayings and life of the prophet Muhammad), and a teacher of poetry.

Unlike many other respected poets of the day such as Ibn Sana al-Mulk, Ibn Unayn, Baha al-Din Zuhayr and Ibn Matruh, Ibn al-Farid refused the patronage of wealthy governmental figures which would have required him to produce poetry for propaganda, preferring the relatively humble life of a teacher that allowed him to compose his poetry of enlightenment unhampered. One time al-Malik al-Kamil, who was the Ayubbid sultan at that time, liked sone of his odes so much that he sent the poet an exorbitant amount of money and offered to build a shrine for him. Ibn al-Farid denied both the money and the offer of the shrine, choosing to trust in God to supply for his needs. His position as a teacher at the Azhar mosque allowed him to provide for his family, which included three children.
[edit] Death and Burial

Ibn al-Farid died in the Azhar mosque. He was buried in Qarafah cemetery at the foot of Mt. Muqqattam under the al-Arid mosque. The burial was postponed because the grave was not completely dug. Some said this was to “chastise him for claiming such a high status in love” while others said it was “merely the last indignity that one of God’s chosen must suffer from the contingencies of the world below.”


------------------


***Kalau masih berpegang dengan kiasan Tuhan dan makhluk Nya sebagai'Tok Dalang dan Wayang Kulit' maka tidak akan faham apa maksud Ibn Al-Farid.***

Wednesday, September 8, 2010

SALAM AIDIL FITRI


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATHIN


1 SYAWAL 1431H

***Telah diumumkan Hari Raya jatuh pada hari Jumaat 10-9-2010***

KITAB GATOLOCO

Dipetik dari buku Ajaran Sesat tulisan Drs. Haji Wahidin Soekarno 1986 :

Ertinya perkataan Asyhadu itu yakni ibubapa kita, pernah mengadu kemaluannya. Bapa bermain dengan pusat ibu, dua-duanya mengadu kemaluannya.

Allah ertinya kemaluan bapa, rupanya buruk sekali. Sedangkan kata annahu ertinya ibu bersetubuh, kemaluannya lebih buruk.

Lailaha illallahu Muhammad Rasulullah yakni campuran rasa dan cahaya dari lelaki dan perempuan, anugerah dewa menjadi lazat nya hidup. Dua atau satu yang nyata adalah wujud satu dinamakan dua, yakni dengan nama Muhammad Rasulullah.

Bagaimana kita dapat memisahkan antara badan dan nyawa tetapi tidak dapat berkumpul selamanya, tetapi juga tidak dapat dipisahkan. Tanya lah hal ini kepada orang yang mengetahui. Kalau engkau tidak tahu, engkau akan berderajat rendah sebagai binatang. Oleh kerana itu, jika mempelai naik haji (bersetubuh) ia mengucap asyhadu alla ilaha illallaha wa asyhadu anna Muhammad Rasulullah. Ertinya : sesungguhnya aku mengetahui bahawa hidupku dari cahaya dewa serta rasa nabi adalah dengan perantara ibubapa. Aku sendiri juga ingin melakukan.

Inilah ertinya naik haji ke Mekah. Naik Baitullah dan Kaabatullah, rukun Islam kelima. Mekah itu wanita, jika mengambil posisi bersetubuh. Baitullah ertinya dibuka yakni wanita yang membuka kain nya.

Gatoloco sendiri adalah nama kemaluan laki-laki.Aku ini Tuhan berada di sentrum wujud. Rasulullah adalah hatiku, agamaku adalah agama rasa.Pedoman hidupku adalah bahrul qalbi yaitu lautan hatiku yang luas lagi dalam.Aku selalu sembahyang, tidak pernah putus-putus, sembahyangku adalah nafsuku ini, nafsu yang dari ubun-ubun adalah sembahyangku terhadap tuhan. Nafsu yang dari mulut adalah sembahyangku untuk Muhammad saw.Ada nafas yang keluar dari hidung itu adalah tali kehidupanku, oleh karena itu nafasku berbunyi Allah-Allah.Qiblatku adalah diriku sendiri yang dinamakan Baitullah. Arti lafad "baitun" adalah baito (perahu, kapal) yang berarti baitullah adalah perahu buatan Allah.Sebelum dunia ini ada, sebelum ada binatang dan matahari, yang ada hanyalah nur Muhammad, yaitu yang berada di bintang johar yang menjadi pusar (pusat) atau wudel (bhs Jawa) Nabi Muhammad.Lanang (laki-laki) artinya adalah kemaluan laki-laki.Wadon (perempuan) artinya adalah kemaluan perempuan.

Dua kalimah syahadat menurut kebatinan artinya aku menyaksikan bahwa hidupku dan cahaya Tuhan serta rasa Nabi Muhammad adalah karena persetubuhan bapa dan ibu, karena itu saya juga ingin melakukan persetubuhan itu.

*Erti Alif Lam Miim, zaalikal kitaabula raibafihi hudan lilmuttaqin menurut Darmo Gandul :
Alif : adalah huruf hidup tak kena mati
Zalikal : jika tidur kemaluannya menyengkal
Kitabula : kemaluan lelaki masuk dikemaluan perempuan
Raibafi : perempuan yang pakai kain
Hudan : telanjang
Lilmuttaqin : sesudah telanjang kemaluan lelaki termuat dalam kemaluan perempuan*

Friday, September 3, 2010

ZAIDA ISABELLA


Sumber: sanadsejarah.blogspot.com

English royal descent from Muhammad (???)
(wikibin.org)
The line has several weak links, firstly whether Ismail, Imam of Seville was the 11th generation descendent of Muhammad, and secondly if Zaida of Seville was the wife, mistress or only daughter-in-law of Alfonso VI of Castile. Many genealogists dispute the connection between al-Hasan and Ismail, claiming that it includes fictional characters specifically invented by medieval genealogists trying to link the Abbadid dynasty, founded by Ismail’s son, to Muhammad.

#Muhammad, 570 - 632
#Fatimah, 605 - 632, daughter of Muhammad and Khadijah bint Khuwaylid
#al-Hasan,624 - 670, son of Fatimah and Ali ibn Abi Talib
#Husain, 669 -, son of al-Hasan and Zhadah Kandaria
#Zohra "al-Lakhm", daughter of Husain
#Na'im al-Lakhmi, son of Zohra "al-Lakhm" and Abu Farisi
#Na'im al-Lakhmi, son of Na'im al-Lakhmi
#Itaf, son of Na'im al-Lakhmi
#Amr, son of Itaf
#Aslan, son of Amr
#Amr, son of Aslan
#Abbad, son of Amr
#Qarais, son of Abbad
#Ismail, Iman of Seville, - 1042, son of Qarais
#, - 1069, son of Kadi Abul-Kasim Muhammad I
#, 1040 - 1095, son of Abu Amr Abbad ben Muhammad al-Mu'tamid
#Zaida of Seville, 1071 - 1107, daughter of Abul-Kasim Muhammad ben Abbad al Mu'tamid and I'tamid
#Sancha de Castile, 1100 -, possibly daughter of Zaida of Seville and Alfonso VI of Castile
#Rodrigo Rodríguez de Lara, Conde de Lara, 1123 -, son of Sancha de Castile and Rodrigo González de Lara, Conde en las Asturias
#Sancha Rodríguez de Lara, daughter of Rodrigo Rodríguez de Lara, Conde de Lara, and Elvira García de Azagra
#Aldonza González Girón, daughter of Sancha Rodríguez de Lara and Gonzalo Ruíz II Girón, Señor de Carrión de los Céspedes y Autillo
#Aldonza Ramirez de Alcanices, Señora de Alcanices, daughter of Aldonza González Girón and Ramiro Fruelaz de Cifontes, Señor de Cifontes
#María Arias de Asturias, daughter of Aldonza Ramírez de Alcanices, Lady of Alcanices and Arias Díaz de Valderrabano, Señor de Valderrabano
#María Fernández de Henestrosa, daughter of María Arias de Asturias and Fernán González de Henestrosa, Señor de Henestrosa
#María de Padilla, 1334 - 1361, daughter of María Gómez Fernández de Henestrosa and Juan Diego García de Padilla
#Isabella of Castile, Duchess of York, 1355 - 1392, 3rd daughter of María de Padilla and Peter of Castile
#Richard of Conisburgh, 3rd Earl of Cambridge, 1375 - 1415, 2nd son of Isabella of Castile and Edmund of Langley
#Richard Plantagenet, 3rd Duke of York, 1411 - 1460, 1st son of Richard of Conisburgh () and Anne de Mortimer
#Edward IV of England, 1442 - 1483, 2nd son of Richard of York and Cecily Neville ()

***Banyak perbezaan antara Ahlulbait dan keturunan Ahlulbait. Firman Allah (Surah Al-Ahzab:33) "Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan noda kotoran dari kalian wahai Ahlulbait dan mensucikan kalian sesuci-sucinya". Siapa Ahlulbait yang dimaksudkan dalam firman ini?Ketika mana ayat ini diturunkan? Ahlulbait pasti suci dari noda,bagaimana dengan Zaida?Pasti Zaida bukan Ahlulbait tetapi dia adalah keturunan Ahlulbait.***

Thursday, September 2, 2010

SHEKH AHMAD AL-ALAWI

Syekh Ahmad Al-Alawi lahir pada tahun 1869M di Mostaganem, Algeria. Beliau sangat masyhur di Utara Afrika dan murid nya sampai beribu-ribu orang banyaknya. Beliau dianggap sebagai seorang wali. Beliau kembali kerahmatullah pada 1934M.

Biography of Sheikh Ahmed Al-Alawi: (1869 – 1934)

Sheikh Al Alawi

Sheikh Al Alawi

Sheik Abu El Abbas Ahmed Ben Mostfa Ben Aliwa, best known as Al Alawi originating from Mostaganem, was born in 1869, in Mostaganem where he grew up and died, in 1934. As to learning how to write, he did not make much effort in that direction and he never went to school but, he learned the Quran from his father, El Hadj Mostfa at home and reached Surate ER Rahmane (The All-Merciful). He was still young when his father passed away so he was obliged to start work; he engaged in trade to meet his family’s daily needs. He was addicted to learning and deeply religious by nature; he used to attend religious evening courses in the mosque. Later, he met his Spiritual Master, Sheikh Sidi Mohamed Ben Habib El Bouzidi; he remained his disciple till his death, in 1909.

He was designated by the wise assembly to succeed their Master, El Bouzidi. He was the new Sheikh of Darkawyya order in Mostaganem and its offshoots. Early in the second decade of the 20th century, he founded the, ‘’Alawiya order’’, his disciples urged him to give his name ‘’Ben Alioua’’ to the Tariqah (Sufi order) so it is the Shadilyya, Darkawyya, Alawiya Tariqah.

The Sheikh certainly stands as one of the greatest Sufi Masters of Islamic history; he was a renewer of Sufism, and a great spiritual educator in the twentieth century. A lot of people from inside and outside the country came to take from him. Under his guidance, many of them attained to the Ma`rifah of Allah (The Divine Knowledge of Allah) and so they became great Gnostics (Arifun). Sheikh Al Alawi was famous for the transmission of the invocation of the Supreme Divine Name.

Sheikh Al Alawi enriched the spiritual and intellectual life in the twentieth century. He left numerous books on Sufism, Sufi poems, the Unity Science, jurisprudence, Astronomy, philosophy, Quraanic Exegesis and press articles.

He also established workshops and classes for learning and gaining a job such as printing, mechanics, carpentry…, newspapers, associations and cultural clubs.

He founded Lisane Al-Din (Language of Faith), newspaper in 1923, then, Al-Balagh Al-Djazairi (Algerian Messenger) in 1926.

Sheikh Al Alawi consecrated his life to the service of ‘’ The Path of Allah’’ and to that of the man, by preaching him to correct his contact with God and with all humans. He called for the interreligious dialogue, renunciation of the ideological differences, deepening the idea of communication, tolerance and spread of peace, love, and unification principles.

All these values still exist until now thanks to his successors in his Great Zawiya in Mostaganem, and to his disciples all over the world.

Syekh Ahmad Al-Alawi berkata berkenaan Air :
Kebersihan itu dapat dilakukan dengan Air Mutlak, Air Yang Ghaib yang mana jernihnya itu membanjiri seluruh alam nyata ini. Jernihnya itu menimbulkan berbagai warna dalam penzahirannya. Kerana penzahirannya itu Ia terlindung. Mutlak dalam nisbah Nya. Inilah Air yang tidak sedikit pun ada kotor dan boleh dibuat untuk membersihkan diri. Berkenaan Air ini seorang ahli makrifat ada berkata : "Bersucilah engkau dengan Air Ghaib itu, jika engkau ada Sir (Rahsia). Jika tidak, bersucilah engkau dengan tanah atau batu".

Carilah Air Hakiki ini. Siapa yang dapat Air ini tidaklah lagi akan kekurangan. Oleh itu orang yang berakal hendaklah mencari Air ini. Carilah Air ini walaupun dengan memakan korban yang besar, walaupun mengorbankan nyawa sendiri. (Apakah Air dan mati itu bersangkutan? Mati untuk diri yang mana?).

***Petikan diatas diambil dari buku bertajuk Risalah Kesufian Syekh Ahmad Al-Alawi. Tajuk berkenaan Air hanyalah salah satu tajuk yang diperkatakan. Buku ini dibeli aku sekitar tahun 1987. Ketika itu aku berumur 23 tahun. Membaca tapi tidak memahami ketika itu. Penghormatan kepada Abdul Majid Haji Khatib kerana jasa beliau dalam arena penterjermahan buku-buku sufi.***