Saturday, August 16, 2008

AKU TERIMA KETENTUAN MU








Kesejukan dibasahi embun
Kebiruan bibirku menahan
Kemerahan badan ku digigit semut
Tuhan telah menyelamatkan aku
Dari di gonggong anjing liar

Mengapa aku dibuang?
Apa salah ku
Tidak kah kau dengar tangisan ku?
Dimana jiwa keibuan mu
Dimana tanggungjawab mu wahai ayah
Inikah tindakan hasil kerakusan nafsu mu?

Apakah masa depan ku secerah pelangi?
Atau segelap mendung hitam?
Panjangkah umur ku untuk mengharungi hari esok?
Biar lah kesengsaraan ku menyedar dan mengajari
Jangan dosa-dosa menghantui mereka
Selamat ibubapa ku
Aku terima ketentuan Mu

Tuhan ...tolong lah aku
Selamat kan aku
Cekal kan aku
Kerana aku tau
Ujian Mu akan datang
Lagi perit pasti getir.


***Ditulis pada 1-12-97. Terbit dari rasa kesal dan sedih dengan berita pembuangan bayi yang menjadi-jadi ketika itu.

Wednesday, August 13, 2008

ASAL

Asal kejadian bermula
Bermula dengan berkamil roh rohani dan roh jasmani
Dari kudrat Allah Taala
Menitis ke bumi suci
Mula dengan gerak..dengan denyut
Bulan ketiga sudah berkulit
Bulan keempat sudah ada keinginan
....sudah berotak
Berurat pada bulan kelima
Bulan keenam sudah bertulang
Berupa dengan rambut,darah dan daging pada bulan ketujuh
Bersama kembar didalam kandungan
...air ketuban,bungkus,uri dan darah
Lahir lah
Bersama akal,rasa,angan-angan dan hidup
Tuhan mengatur istana dalam dada manusia
Dalam dada ada hati
Diantara hati ada jantung
Dalam jantung ada akal
Dalam akal ada angan-angan
Dalam angan-angan ada roh
Dalam roh ada rahsia
Dalam rahsia itu...

Lahir lah
yakni dibuka kudrat Allah Taala
Menangis,itulah hidup
Dikatakan dalam zaman maha mulia.
Bermula syahadah..adanya manusia
Ada nya Allah menjadi kenyataan
Roh itu rahsia Allah
Tidak ada hakikat roh selain keadaan Allah Taala
Menjadi lenyap nya segala.

Saturday, August 9, 2008

BERPINDAH

Guru ku mursyid
Tiada yang lain diri batin ku
Kemana ku bawa tiada berpisah
Muhammad nama nya
Rasulullah anugerah diberi
Mengajar ku sebagai murid
Menjadi fana'
Terus baqa' didalam Tuhan

Aku diajar bersyahadah
Lagu cinta dua jiwa
Saksi bersaksi saling memahami
Tenggelam dilautan ilahiyyah
kamil berkamil esa nama nya.

Nikmat nya kematian
Mati itu berpindah alam
Dalam mati aku hidup