SYEIKH ABDULLAH ARIF

Diawal penyebaran Islam disekitar abad 12M, di Aceh pernah tampil tokoh sufi yang bernama Syeikh Abdullah Arif. Beliau adalah seorang wali Allah yang datang ke Aceh bersama sahabat-sahabat nya yang antaranya ialah Syeikh Ismail Zaffi. Kemungkinan besar kedua ulama sufi ini pernah kenal ataupun pernah menjadi murid kepada Syeikh Abdul Kadir Jailani (471H/1079M-561H/1166M). Dikatakan Syeikh Abdul Kadir Jailani ini pernah datang ke Aceh mengembangkan tarikat nya. Menurut beberapa catatan mengatakan bahawa Syeikh Abdullah Arif sudah memulai misi dakwah nya pada 1177M.

Diriwayatkan bahawa diantara sahabat beliau yang kemudian menjadi murid nya ialah Syeikh Burhanuddin. Muridnya ini dianjur meninggalkan Aceh dan mengembara ke Sumatera Barat daerah Pariaman. Usaha dakwah Syeikh Burhanuddin ini berhasil sehingga dikatakan beliaulah orang yang pertama mengislamkan Minangkabau. Kuburnya dijumpai di Kuntu ditepi Sungai Kampar Kiri(610H/1214M).

Karya Syeikh Abdullah Arif 'Bahrul Laahut' yang ditulis dalam bahasa Arab diperolehi dan dijumpai dari seorang keturunan Syeikh Yusuf Tajul Khalwati,iaitu seorang ulama sufi di Tanah Bugis. Kemungkinan Syeikh Yusuf menerima kitab ini dari salah seorang gurunya di Aceh yang kemudiannya kitab itu dibawa balik ke Sulawesi dan turun temurun dipusakai sehingga lama kelamaan dibawa pula oleh keturunannya ke Kalimantan Barat.

Muka surat pertama Kitab Bahrul Laahut. Tulisan tangan,tapi tidak tahu siapa yang menulis nya. Tapi asalnya diperolehi dari kepunyaan Syeikh Yusuf Tajul Khalwati,ulama yang berasal dari Bugis.

Kitab Bahrul Laahut didalamnya menceritakan kejadian Nur Muhammad secara terperinci dan mendalam. Dikatakan bahawa sebelum kejadian sesuatu, bukan diatas bukan dibawah,bukan kanan bukan kiri, melainkan hanya Dia berdiri dengan sendirinya yang bersifat tunggal maka Dia menjadikan Nur Muhammad. Allah telah menjadikan semua daripada 'Nurul Wilayah'. Nurul Wilayah dan Nurul Nubuwwah itu adalah sifat Nabi Muhammad SAWW. Nurul Wilayah itu tempat nya pada batin (tersembunyi) sedangkan Nurul Nubuwwah itu tempat nya pada zahir (nyata).

Berkenaan dengan Jauhar, Jauhar yang pertama dinamakan Alamul Kabir. Ia adalah Ruh/dhafi daripada Zat Allah. Allah menjadikan sesuatu dengan sebab 'Al-Wilayah' kerana Nur Muhammad adalah Kamal. Berkata golongan Ahli Suluk yang berjalan menuju kepada Allah : Pertama tajalli Zat Allah Taala itu turun kepada Qalam. Dari Qalam kepada 'Wujud Naqtah/permulaan titik yang dijadikan'. Dari titik itu kepada pundi-pundi (kantung) Nur Muhammad SAWW.
Huraian Kitab Bahrul Laahut tidak ubah seperti berbicara dengan rumus yang bersumber dari Abu Mansur Al-Hallaj dan Syeikh Muhyuddin Ibn Arabi.

Popular posts from this blog

KITAB BARENCONG BHG 11

KITAB BARENCONG BHG 3

SHAMSUDDIN PASAI