BAHASA KEBANGSAAN

Sementara kereta di workshop, aku ke restoran mamak. Dengan segelas teh panas, helai demi helai akhbar Berita Harian (Isnin,2 Ogos 2010) dibaca. Paling menarik didalam nya ialah kenyataan Prof Dr Teo Kok Seng iaitu Felo Penyelidikan Utama ATMA. Kenyataan nya berkenaan kegagalan belia dan remaja Cina menguasai Bahasa Kebangsaan. Yang paling menyedihkan dalam kenyataan nya ialah ada golongan tersebut lansung tidak boleh berbahasa kebangsaan.

Sebetul nya slogan 'Bahasa Jiwa Bangsa' telah di 'bakulsampah'kan. Kemana condong jiwa mereka boleh dipersoalkan! Lihat di Indonesia dan Thailand, bahasa kebangsaan mereka di martabatkan.

Andaikata ada NGO yang membawa isu Warganegara Malaysia dan Bahasa Kebangsaan ini menggesa setiap warganegara mesti menguasai bahasa kebangsaan, apakah akan ada pihak-pihak yang menuduh NGO tersebut NGO perkauman? Jangan Bahasa Melayu itu Bahasa Kebangsaan maka ianya dipandang remeh.

Teringat juga aku pada tahun 80an dulu, ramai orang Cina Malaysia merasakan Sekolah Cina tidak akan 'kemana-mana'. Mungkin ada statistik bagaimana sambutan kaum Cina terhadap sekolah kebangsaan ketika itu. Ketika itu tiada lagi internet. Info berkenaan Negara China amat terhad. Didalam passport masih tertera bahawa China adalah negara yang tidak boleh dikunjungi. Tapi bila semua telah 'terbuka', di internet kelihatan bandaraya-bandaraya di China begitu moden malah mengalahkan kotaraya-kotaraya di Barat dan tiada lagi sekatan rakyat untuk ke China, tanpa disedari semuanya sedikit demi sedikit mula berubah.

Perubahan negara China begitu ketara. China sudah mula menjadi salah satu kuasa ekonomi dunia yang ditakuti.Dari gelombang perubahan ini, timbul satu semangat baru dikalangan kaum Cina Malaysia iaitu semangat 'orang Cina adalah yang terbaik'. Semangat ini muncul semada secara sedar atau tidak berpunca dari rasa terpegun dan bangga dengan kemajuan ditanah dan negara nenek moyang. Maka timbul lah perasaan 'Bahasa Cina lah yang terbaik', 'Sekolah Cina lah yang terbaik', 'Pemimpin Cina lah yang terbaik' dan lain lain. Semangat ingin tahu berkobar-kobar sekira nya seseorang itu berbangsa Cina. Berapa ramai kah tertanya-tanya siapakah Mulyani iaitu bekas Menteri Kewangan Indonesia,"is she a Chinese?" soalan yang mula-mula ditanya. Kiranya bukan,'curiousity' itu bernoktah disitu tanpa minat lagi.

Mungkin penolakan Bahasa Kebangsaan kerana bahasa itu adalah Bahasa Melayu yang bukan bahasa terbaik pada anggapan setengah orang. Mungkin keadaan yang sama juga akan berlaku kira nya negara India munyusuli China yang bakal menjadi salah satu kuasa ekonomi dunia. Alangkah baik nya 1Bahasa menjadi tunjang kepada 1Malaysia.


















Bersedih negaraku
Memudar warna mu

Tanah airku
Ku tetap setia

Tetap bersatu Malaysiaku
Jangan bersedih ibu pertiwiku

Berdiri disini
Membela negaraku

Malaysia
Kau kan ku bela

Meski kau lara kau kan selalu ku puja
Meski kau jatuh kau kan selalu ku rengkuh

Popular posts from this blog

KITAB BARENCONG BHG 11

KITAB BARENCONG BHG 3

SHAMSUDDIN PASAI