MASJID KAMPUNG LAUT

Sejarah Masjid Kampung Laut , Nilam Puri , Kelantan

masjid-kawe1masjidkglautno51
 Masjid kg laut (Gambar ihsan Arkib Yusof Rawa)

Masjid yang sekarang dibangunkan semula di Nilam Puri, aslinya terletak di Kampung Laut, sebuah kampung di tepi Sungai Kelantan, di seberang sebelah hilir bandar Kota Bharu. Adalah dipercayai bahawa masjid ini menjadi masjid tertua di negeri Kelantan, meskipun tarikh ia dibangunkan tidak diketahui. Ada dugaan yang menyatakan bahawa masjid ini telah dibina sejak lebih 300 tahun yang lalu. Reka bentuk bangunannya agak unik dan berbeza daripada reka bentuk masjid-masjid lain yang terdapat di negeri Kelantan atau di negeri-negeri Melayu yang lain. Ada yang menyebut bahawa rekabentuk masjid ini mirip atau hampir manyerupai rekabentuk sebuah masjid tua di Demak, Jawa Timur. Oleh kerana persamaan ini, maka ada orang berpendapat bahawa masjid ini dibina oleh sekumpulan orang-orang Jawa yang terkandas di Pantai Kelantan dalam perjalanan ulang-alik an tara Jawa dengan. Champa. Oleh kerana bangunan masjid ini terletak di tepi Sungai Kelantan yang sentiasa banjir, maka ia sangat terdedah kepada bahaya atau ancaman kemusnahan. Pada waktu banjir besar melanda negeri Kelantan pada bulan ]anuari 1967, sebahagian tapak kawasan masjid ini telah jatuh ke dalam sungai menyebabkan kedudukan masjid jadi senget dan goyah. Bagi menyelamatkan warisan yang sangat berharga ini, usaha-usaha tdah diambil oleh Persatuan Sejarah Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan bagi memindahkannya ke tempat lain yang lebih selamat, iaitu dalam kawasan kampus Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan di Nilam Puri, Kota Bharu. Bangunan masjid ini telah dibina semula, seberapa yang boleh, menurut rekabentuk asalnya. Sekumpulan tukang¬tukang Melayu yang mahir, diketuai oleh Encik Husin bin Saleh dari Kampung Bunut Payong, Kota Bharu, telah bekerja keras membangunkannya semula. Kerja-kerja ini tdah dimulai pada bulan November tahun 1968 dan siap sepenuhnya setahun kemudian. Pada bulan Mei tahun 1970, bangunan masjid ini telah diserahkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia kepada Kerajaan Negeri Kelantan dalam suatu majIis penyerahan rasmi di Nilam Puri.
Rujukan: Ikhtisar SEJARAH KELANTAN (Tanah Serendah Sekebun Bunga), Abdul Razak Mahmud, Pustaka Aman Press Sdn Bhd., Kota Bharu, 2002.



***Perkahwinan/pernikahan juga dikata dan dikias kan sebagai membina masjid. Apakah kata dan kiasan itu hanya gurauan yang tidak perlukan difikirkan. Dalam bab mengenal diri ,masjid 'diri' yang mesti dikenal. Bila dah kenal masjid 'diri', akan kita faham apa yang dikatakan masjid. Dikatakan masjid bila ada kubah dan menara. Dikatakan pernikahan bila melibatkan lelaki dan perempuan. Simbol perempuan adalah kubah dan lelaki adalah menara??? Seterus nya akan kita faham apa erti solat, ibadat utama didalam masjid.***

Popular posts from this blog

KITAB BARENCONG BHG 11

SHAMSUDDIN PASAI

KITAB BARENCONG BHG 3