MASJID KAMPUNG LAUT
Sejarah Masjid Kampung Laut , Nilam Puri , Kelantan Masjid kg laut (Gambar ihsan Arkib Yusof Rawa) Masjid yang sekarang dibangunkan semula di Nilam Puri, aslinya terletak di Kampung Laut, sebuah kampung di tepi Sungai Kelantan, di seberang sebelah hilir bandar Kota Bharu. Adalah dipercayai bahawa masjid ini menjadi masjid tertua di negeri Kelantan, meskipun tarikh ia dibangunkan tidak diketahui. Ada dugaan yang menyatakan bahawa masjid ini telah dibina sejak lebih 300 tahun yang lalu. Reka bentuk bangunannya agak unik dan berbeza daripada reka bentuk masjid-masjid lain yang terdapat di negeri Kelantan atau di negeri-negeri Melayu yang lain. Ada yang menyebut bahawa rekabentuk masjid ini mirip atau hampir manyerupai rekabentuk sebuah masjid tua di Demak, Jawa Timur. Oleh kerana persamaan ini, maka ada orang berpendapat bahawa masjid ini dibina oleh sekumpulan orang-orang Jawa yang terkandas di Pantai Kelantan dalam perjalanan ulang-ali...