Posts

Showing posts from January, 2011

SALUT MOHAMED BOUAZIZI

Image
Lahir 29 March 1984 Sidi Bouzid, Tunisia Mangkat January 4, 2011 (umur 26) SALUT MOHAMED BOUAZIZI bila aku baca berita tentang kau yang berani maka aku tunduk segan bila aku baca berita kau mangkat gugurlah si ayer mata tamatlah riwayat kau yang yang pendek 26 kali kau beramadan 26 kali kau bermusim bunga 26 kali musim dingin sampai tapi hidup kau penuh sengsara kau membesar dibawah telunjuk leila si first lady kau belajar kau berjaya kau ke universiti kau berijazah tapi kau hanya menunggu kerja seperti beribu ribu anak muda dengan penuh harapan yang setia lalu kau membuat kereta sorong menjaja buah dan sayur inilah satu kehidupan yang bukan asing lagi di negara dibawah pemerintahan leila si first lady betapalah susahnya hidup ibu adik dan kakak semua menunggu rezeki dari jualan kamu maka ditakdirkan datanglah mala petaka lalu kereta sorong kau dimusnah lalu sayur kau di rampas lalu buah buah kau terbarai kau menjaja tanpa lesen lesen yang wajib dibayar untuk leila si first lady wahai ...

ISLAM JAWA

Islam Jawa tidak terlepas dari tuduhan sebagai agama "sempalan". Konsep santri,abangan dan priyayi yang sebenarnya sudah dimunculkan pada masa awal kemunculan Islam politis, kembali diusung dikalangan akademis, sejak penelitian Clifford Geertz dipublikasikan. Islam jawa diposisikan hanya sebagai lapisan tipis yang mengemas ajaran Hindu, Buddha dan paham animisme-dinamisme dalam masyarakat Jawa. Antropolog Robert Wolff juga menyatakan bahwa Islam Jawa ibarat suatu almari yang didalamnya tersimpan aneka ragam pajangan budaya luar. Atas dasar ini pula, kebanyakan sarjana Barat seperti Richard Winstedt, Wilconsin, William Maxwell dan Snouck Hurgronje dan juga peneliti tempatan berkesimpulan bahawa Islam Jawa tidak mencerminkan sebagai kelompok muslim yang komited atau istiqomah. Ditengah serangan bertubi-tubi itulah lahir karya monumental Marshal Hodgson, The Venture of Islam; Conscience and History in a World Civilization , yang mengkritik pedas pendapat-pendapat tersebut. Sel...

CHENG HO KETUA ARMADA CHINA

Image
Menjadi tanda tanya kemana hilang nya nama ketua armada China, Laksamana Cheng Ho (Zheng He) daripada catatan sejarah pelayar terbilang dunia. Apakah kerana beliau adalah seorang Tionghua Islam? Cheng Ho telah merentasi benua-benua dunia melalui Lautan Hindi 7 kali berturut-turut dan mengunjungi tidak kurang 30 negara di Asia, Asia Barat dan Amerika dalam masa 28 tahun (1405M-1433M). Ia lebih dahulu daripada Vasco Da Gama yang belayar ke India pada 1497M. Ferdinand Magellan hanya merintis pelayaran mengelilingi dunia pada 1519 atau 114 tahun lewat daripada pelayaran Cheng Ho. Cheng Ho mempunyai darah keturunan Nabi Muhammad SAWW. Fakta itu banyak ditulis dalam buku-buku lama China. Cheng Ho yang dilahirkan pada 1371. Ibunya Mi Li Jin dan bapa adalah Ma Hazhi merupakan daripada susur galur keluarga Saidina Ali dan isterinya Fathimah melalui keturunan putera mereka Hou-Sai-Ni (Saidina Husain). Nama kecil Cheng Ho ialah Ma Sam Po sewaktu dikampung asalnya Hodai, daerah Bao San, Yunan. Per...

'AYN AL-QUDDAT AL-HAMADANI

Tokoh sufi legendaris Abu al-Mughits al-Husain bin Mansur bin Muhammad al-Baidhawi yang berketurunan Abu Ayyub, sahabat Rasulullah SAWW atau lebih dikenali sebagai Al-Hallaj telah dijatuhi fatwa hukuman mati kerana 'Ana al-Haqq' nya. 18 Zulhijjah 309 H, jatuhlah hukuman kepada nya. Dia terlebih dahulu disebat lalu disalib kemudian dipotong kedua tangan dan kaki nya, dipenggal leher kemudian potongan tubuh itu dibiarkan beberapa hari, kemudian baru dibakar serta abunya dihanyutkan di sungai Dajilah. Syihab al-Din Syuhrawardi dikenali sebagai 'Syaikh al-Isyraq' dengan filsafat Iluminatif yang pertama kali muncul dalam tradisi sufi. Hampir sama dengan Al-Hallaj, Syuhrawardi wafat dihukum mati atas perintah Gabernor Syria Malik al-Dzahir . Di Tanah Jawa, nasib yang sama juga dialami oleh Kiai Mutamakkin yang mana Ketib Anom dari Kudus mengusulkan kepada Amangkurat hukuman bakar hidup-hidup keatas Kiai Mutamakkin, Syekh Siti Jenar dihukum mati semasa Kerajaan Demak, Suna...