MURID

Seseorang yang ingin mati harus minta petunjuk kepada para ahli atau yang sempurna tentang asal muasal. Ajaran makrifat yang disusun oleh para waliyullah yang diajar guru dengan ajaran yang diterima melalui telinga kiri. Iman tauhid dan makrifat yang sampai pada kesempurnaan,apabila masih sedar akan makrifatnya,itu tanda belum sempurna,jadi masih batal pengetahuannya,lantaran masih merasa sedar. Kesempurnaan makrifat pada Allah, terhisap dalam Tuhan selamanya, tidak punya tingkah laku lagi, tidak punya kehendak apa-apa, telah menjadi buta, tuli,bisu dan lenyap perasaan. Gerak dan tingkahlaku nya dari Tuhan. Ajaran ini bukan pada khalimat dan huruf...lebih amat lebih dari itu. Siapa bermain huruf tanpa memakrifatkan hakikat titik,jawapan nya batal dan sia-sia. Siapa yang gagal memakrifati hakikat zat Nya, tapi mengaku belajar makrifat, sesungguh berlaku syirik yang amat besar kerana menyifati Tuhan nya. Faham-faham kanlah!

Menurut ajaran Sunan Ampel:
Syarat-syarat menjadi murid :
-Teliti
-Berani menderita
-Membiasakan diri
-Teguh hati
-Dewasa
-Baik Ingatan
-Terampil
-Tahan diuji

Yang mustahil menjadi murid :
-Gila
-Tuli
-Ayan
-Bisu
-Belum dewasa
-Tua nyanyuk
-Orang sakit yang kurang ingatan

Kewajiban menjadi murid :
-Mengimankan, pantang mendustakan
-Memperlihatkan, pantang menafikan
-Memperhatikan, pantang mengabaikan
-Menerangkan, pantang bertanya
-Memusyawarahkan, pantang bertindak gelabah
-Membentangkan, pantang bertindak gelabah
-Meluluskan, pantang mendiamkan
-Melaksanakan,pantang membatalkan

Dari Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri
Syarat-syarat murid :
-Syarat murid itu bahawa jangan disertainya daripada segala Syeikh itu melainkan yang jatuh baginya dalam hatinya hormat
-Syarat murid itu bahwa baiah ia dengan Syeikh pada yang digemar dan yang di benci
-Bahwa jangan dibencikannya pada Syeikh-nya itu sesuatu daripada yang bergerak pada citanya.
-Bahwa jangan dii'tiradh atasnya pada barang yang ada daripadanya sekali-kali.
-Bahwa jangan ditiliknya pada segala perbuatan Syeikh itu,maka diikutnya akan dia. Melainkan disuruhkannya akan dia oleh Syeikh itu dengan demikian itu.
-Bahwa jangan dilaluinya suruh Syeikhnya itu dan jangan ditakwilkannya atas kalamnya tetapi berhenti ia pada zahir katanya itu,hingga naik ia kepada segala pintu isyarat dan dibukakan baginya tatkala itu.
-Bahwa jangan ia menuntut atas 'illat pekerjaan yang disuruhkannya akan dia oleh Syeikh nya itu,tetapi bersegera ia bagi mengikut dia.
-Bahwa jangan ditanyakan akan Syeikh nya itu pada sesuatu,seperti tanya orang menuntut jawab daripadanya.
-Jangan ia khianat akan Syeikh nya pada sesuatu pekerjaan.
-Bahwa selesai ia daripada segala pekerjaan kerana menghormati Syeikh nya serta dengan menghidup hatinya dengan zikir yang diberi akan dia oleh Syeikh nya.
-Syarat murid itu mengekalkan lapar,dan jaga dan minum,dan mengasingkan diri kemudian daripada taubatnya.Maka jika tiada ia kuasa atas khalwat,maka sesetengah daripada syaratnya bertolan dengan orang yang soleh.
-Syaratnya itu benar ia pada martabatnya akan dia daripada Allah itu dan lagi mengerjakan segala sebab yang membawa kepada segala taat.
-Syarat murid itu keluar daripada khilaf kepada ijma' segala ulama.
-Syarat murid itu bahawa mengikut ia bagi suruh orang yang didahulukan oleh Syeikh nya atasnya,dan jika ada yang didahulukannya itu sedikit ilmu daripadanya sekali pun.
-Syarat murid itu bahawa dii'tiqadkannya bahawa jalannya itu semulia-mulia jalan.
-Syarat murid itu menundukkan kepala dan ketiadaan berpaling.
-Syarat murid itu bahawa dii'tiqadkannya pada Syeikh nya itu bahawa ia atas syariat daripada Tuhannya dan kenyataan daripadaNya.Dan jangan ditimbang segala hal Syeikh nya itu dengan timbangan dirinya.Maka sanya terkadang keluar daripada Syeikh nya itu rupa yang dicela pada zahirnya.Dan iaitu dipuji pada batinnya dan pada hakikatnya. Maka wajiblah mentaslimkan dia.
-Syarat murid itu rajin dan bangkit kepada ibadat dan jangan dibuangkannya dirinya kepada lambat dan segan.
-Syarat murid itu menyempurnakan tiap-tiap yang diisyaratkan akan dia oleh Syeikh itu,sama ada yang demikian itu sukar atasnya atau mudah.
-Syarat murid itu bahawa jangan diberatinya akan seseorang berbuat sesuatu yang kuasa ia atas berbuat dia.

Popular posts from this blog

KITAB BARENCONG BHG 11

KITAB BARENCONG BHG 3

SHAMSUDDIN PASAI