IBN RUSYD

Dunia Islam moden sangat memerlukan tokoh seperti Ibn Rusyd yang mampu menguasai tradisi Islam dan tradisi Barat sekaligus. Pada zaman Ibn Rusyd,'Barat' yang dimaksudkan adalah Yunani,sedangkan pada masa moden 'Barat' adalah Eropah dan perluasannya seperti Amerika Syarikat dan Australia. Ditengah ramainya melihat pertembungan antara Islam dan Barat, susuk Ibn Rusyd amatlah penting. Islam dan Barat bukanlah sesuatu yang harus diper'lawan'kan,tapi harus di harmonikan. Kaum Muslim harus belajar dari Barat dan bersikap terbuka pada kemajuan dan pencapaian yang telah dihasilkan peradaban Barat.

Abu al-Walid Muhammad Ibn Ahmad Ibn Muhammad Ibn Rusyd dilahirkan di Cordova pada 520H/1126M.Lebih dikenali sebagai Averroes di Barat. Ayah nya adalah seorang hakim dan datuk nya pernah menjadi ketua hakim di Andalusia. AlQuran dan tafsir,hadis,ilmu feqah,bahasa dan sastera Arab dipelajari. Beliau mempelajari dan menhafal buku Malikiah, Al-Muwatta bersama ayahnya Abu al-Qasim.

Ibn Rusyd hidup dalam keadaan politik yang sedang berkecamuk. Dilahirkan dalam masa pemerintahan Al-Murafiah yang akhirnya digulingkan oleh golongan Al-Muhadiah dengan penaklukan Cordova pada 543H/1148M.

Dengan kebingungan dan ketidakfahaman Amir iaitu Abu Ya'qub dengan ungkapan-ungkapan dari Aristotles dan juga dengan keuzuran dan kesuntukan masa penasihat baginda, Ibn Tufail, maka bermula lah Ibn Rusyd atas permintaan Ibn Tufail menulis ulasan-ulasan terhadap buku-buku Aristotle sehingga beliau dipanggil 'Juru Ulas' dan dikenali oleh masyarakat Eropah Abad Pertengahan. Dante dalam karyanya Divine Comedi menyebut nama Ibn Rusyd sebaris dengan nama Euclid,Ptolomeus,Hippocrates,Avicenna (Ibn Sina) dan Galen dan menjuluki beliau sebagai 'Juru Ulas yang Agung'. Sebagai contoh, Ibn Rusyd akan mengambil satu paragraf tulisan Aristotle dan memberikan penafsiran serta ulasan nya sendiri kepada paragraf tersebut. Dengan ulasan-ulasan itu, beliau bukan sahaja mengemukakan filsafat Aristotle tetapi juga mengungkap filsafat beliau sendiri. Buku yang berjudul Majmu'ah atau Jawami adalah satu ringkasan keatas enam buku Aristotle iaitu Physic,De Caelo et Mundo,De Generatione et Corruptione,Meteorologica,De Anima dan Metaphysica yang diterbitkan dalam bahasa Arab. Dalam ulasan-ulasan didalam buku itu,Ibn Rusyd tidak mengikuti teks asli karya dan juga pemikiran Aristotle. Sebahagian besar ulasan-ulasan Ibn Rusyd diterjemah kedalam bahasa Latin atau Ibrani,tetapi teks asli nya dalam bahasa Arab lebih jelas dan tepat.

Ibn Rusyd mengambil Aristotle iaitu puncak falsafah Yunani sebagai objek kajiannya. Ini berbeza dari pendahulunya seperti Al-Farabi dan Ibn Sina yang memilih Plato sebagai fokus kajian mereka. Bagi Ibn Rusyd, Aristotle bukan sahaja sebagai puncak dari pemikiran Yunani tapi juga seorang 'realis' yang percaya sepenuhnya pada fungsi akal. Berbeza dengan Plato yang 'idealis' (dalam pengertian meyakini keabadian ide dialam metafizik), Aristotle adalah seorang rasionalis sejati yang meletakkan dasar-dasar Ilmu Logika yang lebih meyakini sistem dan cara kerja akal fikiran.

Pandangan-pandangan filosofis Ibn Rusyd termaktub dalam tiga buku penting, Fashl,Kasyf dan Thahafut dan sebuah risalah pendek al-Ittisal. Karya nya Colliget (Kulliyah) yang membahaskan ilmu perubatan dianggap setaraf dengan Canon Ibn Sina, juga telah diterjemahkan kedalam bahasa Latin tetapi malang tidak begitu terkenal sebagaimana buku Ibn Sina.

Ibn Rusyd lebih terkenal dan dihargai di Eropah Tengah daripada di Timur kerana beberapa sebab :
- Tulisan-tulisan nya banyak diterjemahkan kedalam bahasa Latin ,diedar dan dilestarikan. Teks nya yang asli dalam bahasa Arab dibakar dan diharam diterbitkan lantaran masyarakat ketika itu yang anti filsafat.
- Eropah pada zaman Renaissance dengan mudah menerima filsafat dan kaedah ilmiah sebagaimana yang dibawa beliau, sedangkan di Timur,ilmu dan filsafat dikurbankan demi berkembang nya gerakan-gerakan mistis dan keagamaan. Akhirnya pertentangan dan pertikaian dua bidang ini akhirnya memperlihatkan Agama telah berkembang di Timur sementara Ilmu dan filsafat berkembang di Barat.
Ibn Rusyd kurang mendapat penghargaan didunia Islam. Sejak abad ke12, namanya berkibar dipusat-pusat pengajian dan lembaga-lembaga ilmu pengetahuan. Di Universiti Paris, karya beliau dipelajari secara serius dan pandangan-pandangan nya diperbahaskan secara meluas. Beberapa sarjana disana seperti Siger of Brabant, Boethius of Dacia dan Goswin of La Chapelle bahkan mendirikan kelompok kajian khusus tentang Ibn Rusyd. Kelompok ini kemudiannya dikenali sebagai Latin Averroists. Mazhab pemikiran ini Latin Averroism terus berkembang sehingga menjadi model bagi kemajuan orang-orang Eropah.

Ibn Rusyd dipandang sangat berjasa bagi dunia intelektual Eropah kerana dialah orang yang menyakinkan penting nya pemisahan dunia akademi dari kuasa gereja yang mana pada abad pertengahan Gereja katolik sangat berkuasa. Pengikut ajaran Ibn Rusyd/ Latin Averroists adalah kelompok yang merasa terkongkong dengan keadaan dan aturan yang mengekang kebebasan ilmu pengetahuan. Latin Avertoisme adalah gerakan pertama yang memperjuangkan kebebasan akademik di Eropah. Sebelum pemisahan agama dan negara melanda Eropah,pemisahan ilmu pengetahuan dari cengkaman Gereja merupakan isu yang lebih dahulu muncul. Dan orang yang paling berjasa dalam membuka jalan kearah itu adalah Ibn Rusyd.

Pertikaian antara para agamawan dan filosof untuk mendapatkan kuasa politik tidak pernah reda sejak abad 3H/9M. Al-Kindi dalam bukunya melukiskan pertarungan ini dan beliau membela para filosof. Para penguasa memerlukan dokongan para agamawan kerana mereka lebih dekat dengan massa. Dibuang Ibn Rusyd ke Lucena dekat Cordova. Salah satu tuduhan yang dilemparkan ialah penyangkalan Ibn Rusyd terhadap kebenaran historis mengenai orang-orang 'Ad yang disebut didalam AlQuran.

Tuduhan-tuduhan yang dilancarkan oleh para agamawan itu berhasil. Akibatnya,aib dan siksaan diterima oleh Ibn Rusyd dan beliau diusir dari tanah kelahirannya pada 593H/1196M. Tulisan-tulisan nya dibakar di muka umum. Arahan bertulis untuk pengharaman filsafat dan para filosof dikeluar dan diedar disetiap tempat di Andalusia dan Marrakusy,diharamkan belajar filsafat yang dianggap bahaya dan diperintah pembakaran buku-buku yang berkait dengan ilmu seperti itu.

Filsafat Islam,sebagaimana sejarah Muslim umumnya,telah melalui lima tahap yang berlainan. Tahap pertama berlansung dari abad ke 1H/7M hingga jatuh nya Baghdad. Tahap kedua ditandai oleh kegoncangan selama setengah abad. Tahap ketiga dari awal abad ke 8H/14M hingga keawal abad ke 12H/18M. Tahap keempat yang merupakan tahap paling menyedihkan selama satu setengah abad. Inilah Zaman Kegelapan Islam. Tahap ke lima bermula pada pertengahan abad ke 13H/19M yang merupakan waktu renaissance moden.

Ibn Rusyd diampun oleh Al-Mansur dan kembali ke Marrakusy. Meninggal dunia pada 595H/1198M.


(akan dikemaskini)

Popular posts from this blog

KITAB BARENCONG BHG 11

KITAB BARENCONG BHG 3

SHAMSUDDIN PASAI