CIKGU JANTAN ANAK BAHAMAN


Mat Lela (meninggal pada usia 137 thn pada 1998) dan Mat Husin (Cikgu Jantan) berkain.

Pada 1837, Tuanku Imam Noh iaitu Orang Besar Bengkinang,Kampar Kanan,Sumatera telah membawa diri ke Tanah Melayu kerana konflik dengan beberapa Orang Besar disitu.Tuanku Imam Noh menuju ke Pahang melalui Linggi,Pedas,Kuala Pilah,Sri Menanti dan Jelebu hingga ke Sungai Semantan. Di Kampung Rantau Panjang, Tuanku Imam Noh diperkenalkan kepada Tok Setia Perkasa Semantan Abdul Rahman. Diberikan anak nya Rokiah sebagai isteri Tuanku Imam Noh kerana berkenan dengan tingkahlaku. Tok Setia adalah anak Monjok,Orang Besar Bugis dari Selebes yang berhijrah ke Tanah Melayu kerana tekanan Belanda.

Isteri Tuanku Imam Noh, Rokiah atau lebih dikenali Tok Rik telah didatangi mimpi yang memberi alamat anak nya Bahaman adalah bertuah dan perlu diserahkan kepada Sultan.

Datuk Bahaman
Ketika berusia 9 tahun, Bahaman diserahkan kepada Bendahari Ali (1806-1847) untuk tinggal di istana. Bahaman bersahabat karib dengan Putera Sultan, Wan Ahmad yang dua tahun lebih tua. Melihat kedua-dua begitu akrab, Bendahara Ali telah meludah dalam mulut Wan Ahmad dan memerintah nya supaya jangan bercerai dengan Bahaman. Bendahara Ali menghantar Bahaman mempelajari ilmu dunia dan akhirat. Bahaman bertapa di Bukit Bongkok,Hulu Teris,Jambu Rias,Bukit Hulu Sungai Jeralis dan Semantan untuk menuntut ilmu Pendekar. Cerita lisan turun temurun yang masyhur tentang Bahaman ialah beliau dapat mengerat keting gajah.

Bahaman dijodohkan oleh Wan Ahmad dengan Cik Mukut,anak Cina Taicu yang menjadi anak angkat Bendahara Ali. Bersama Cik Mukut beliau mendapat 4 orang anak, Tok Muda Idrus, Tok Muda Mat Lela, Siti Hajar dan Matebah. Bersama isteri ke 2, Cik Nik,ada 4 anak,Yang Saadiah,Muhammad,Teh dan Awang Ahmad. Dengan isteri ke 4,Cik Baiyah mendapat Bai'ah, Cik Awang Perang dan Saidah. Isteri ke 5,Yang Burdah anak Tok Setia Lela Kerdau,dikurniakan anak bernama Jantan.. Isteri ke 6, Yang Chik Aman dari Permatang Pasir,Klang iaitu hadiah daripada Tengku Kudin sebagai membalas jasa Bahaman dalam Perang Kelang.

Cikgu Jantan bersama bondanya di sembunyikan dihutan semasa perang Semantan.Semasa muda beliau pernah mudik ke Hulu Tembeling pada 1916 untuk berguru. Walaupun ilmu telah banyak didada tetapi pencarian ilmu amat dititikberatkan. Pernah menuntut Seni Silat Sendeng 2 Beradik. Silat ini bermula dari Paya Kumbuh, Minangkabau yang dikembangkan oleh 2 beradik, Guru Amat dan Guru Che Soh. Guru Amat datang ke Tanah Melayu pada 1891 dan terus menuju ke Kuala Tembeling. Silat ini di wariskan pula kepada Guru Wan Chik.Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai Wan Muhammad bersama anak nya Wan Chik dan cucu.

Cikgu Jantan membuka bangsal sendiri di Kampung Paya Jejawi,Bukit Pinang,Kerdau. Secara misteri Cikgu Jantan pernah hilang/ghaib. Ketika berita kehilangan itu tersebar, ada khabar angin mengatakan beliau telah mati dibunuh Bintang Tiga. Ada juga yang menyatakan menemui nya di Trengganu dan ada yang pernah melihat kelibat nya di bumi Pahang sendiri.


Cikgu Jantan selalu nya mengulangi kata-kata ini apabila diajukan soalan:"Dengan Nur Allah Nur Muhammad,tajalli kepada Adam maka bersifatlah Adam,Dia semulajadi dahh!". Dikatakan badan beliau keras. Ilmu nya masa sesak baru datang,kalau saja-saja nak tunjuk,tak menjadi.

Cikgu Jantan hilang/ghaib beberapa kali.Kali terakhir beliau ditemui di Kampung Durian Tawar bersama seorang lelaki tua. Apabila ditanya siapa gerangan lelaki tua itu,jawap nya lelaki tua itu orang tua Jawa. Tetapi yang sebenarnya itu adalah ayah beliau Datuk Bahaman.

Dari tranungkite :
PENDEKAR HUSSIN/CIKGU JANTAN
Tidak banyak info yang saya dapat melalui pencarian saya di internet berkenaan anak Datuk Bahaman ini. Hanya terdapat beberapa blog sahaja yang menceritakan secara jelas kisah hidup Cikgu Jantan. Bagaimana pun ia masih belum lagi dapat menjelaskan siapa Cikgu Jantan Sebenarnya. Saya masih ingat lagi, suatu ketika dahulu. Ayah saya ada membaca senaskah majalah Mastika. Dalam majalah tersebut ada menceritakan bahawa waris Datuk Bahaman ini masih hidup. Ayah saya agak terkejut, kerana menurut beliau, arwah aki (atuk) saya pernah berguru/seguru dengan Pendekar Hussin (Cikgu Jantan).

Arwah aki saya bernama Bidin. Di kampung Kilang, dekat Benom Temerloh, aki saya merupakan seorang guru silat. Saya masih ingat, ayah saya pernah mengatakan bahawa terdapat satu jurus/ilmu yang dipanggil "gores laksamana" atau "sudu laksamana" (rujuk pada tajuk Ayat dan mentera, ada ayat Gerak Laksamana didalamnya) jika tidak silap saya. Ilmu tersebut menurut ayah saya hanya dimiliki oleh pendekar-pendekar dahulu kala. Jika terkena jurus itu memang harapan untuk hidup adalah tipis (wallauahlam..)

Dibawah adalah kisah yang diambil dari dua buah blog yang dikreditkan di bawah artikel ini :
Suatu hari Cikgu Jantan mudik ke hulu bertujuan mencari bapanya yang dikatakan lari ke Negeri Siam kerana Sultan Ahmad II mengisytiharkan Datok Bahaman telah menderhaka di atas desakan penjajah British. Apabila tiba di Kuala Tembeling, Cikgu Jantan singgah untuk berehat. Pada malam itu Cikgu Jantan pergi ke sebuah bangsal silat, semasa itu Pendekar Wan Chik sedang mengajar. Setelah melihat murid Wan Chik berlatih, Cikgu Jantan tertarik dengan silat itu dan ingin belajar. Walaupun anak Datok Bahaman ini sememangnya orang berilmu dan digeruni, namun ilmu tetap dititikberatkan. Cikgu Jantan mula belajar bersilat dengan Pendekar Wan Chik pada tahun 1916. Dalam hayat Che’ Wan Chik beliau telah menurunkan segala ilmu dan kepandaiannya kepada anak muridnya. Setelah tamat berguru dengan Wan Chik, Cikgu Jantan pulang ke Semantan (Daerah Temerloh). Cikgu Jantan mula mengajar bersilat di Kampung Paya Jejawi, Bukit Pinang, Kerdau. Kemudian silat ini terus berkembang di seluruh Semantan.

Mat Hussin b. Bahaman (Cikgu Jantan):
Cikgu Hj. Ismail Ali lahir pada 1918 mula belajar bersilat dengan salah seorang murid Cikgu Jantan, Cikgu Mat Nor. Disebabkan ingin merasakan sendiri buah tangan serta sentuhan Cikgu Jantan, Cikgu Ismail pergi berguru pula dengan Cikgu Jantan pada tahun 1939 sehingga ditauliahkan untuk menjadi guru. Ketika Cikgu Ismail belajar dengan Cikgu Jantan ketika itu Pendekar Long adalah guru kaka yang membantu mengajar. Sehinggalah pada suatu ketika dalam tahun 1946, Cikgu Jantan di datangi sekumpulan Komunis Bintang Tiga yang ingin menangkapnya. Pada masa itu Cikgu Jantan antara penentang kuat Bintang Tiga di Semantan (Temerloh), dan kehandalan Cikgu Jantan dan pengikutnya menjadi satu halangan besar kepada mereka. Apabila sampai ke kawasan yang dikatakan terletaknya rumah Cikgu Jantan, sekumpulan tentera Bintang Tiga itu hairan kerana mereka tidak melihat sebuah rumah pun di kawasan itu.

Apa yang mereka nampak hanyalah hutan tebal. Komunis Bintang Tiga pulang ke markas mereka dan mengadukan hal itu kepada ketua mereka. Mereka fikir mereka telah ditipu penduduk kampung. Keesokan hari Bintang Tiga kembali lagi ke Kampung Durian Tawar dan memeras penduduk kampung menanyakan rumah Cikgu Jantan, penduduk yang ketakutan memberitahu letaknya rumah Cikgu Jantan. Bintang Tiga kurang percaya kerana ketika mereka ke kawasan itu, mereka hanya menemui sebidang tanah lapang. Selepas beberapa kali diyakinkan penduduk, mereka pergi sekali lagi ke kawasan yang ditunjukkan itu. Gerila Bintang Tiga masih lagi gagal menemukan rumah Cikgu Jantan itu.

Kali ini mereka hanya nampak kawasan itu adalah sebuah tasik yang luas. Sekali lagi penduduk di seksa hanya untuk mengetahui rumah Cikgu Jantan. Seorang daripada penduduk memberitahu mereka harus bertemu dengan adik ipar Cikgu Jantan dahulu. Lalu mereka terus bergerak ke rumah adik ipar Cikgu Jantan dan anak saudara telah menunjukkan cara untuk ke rumah Cikgu Jantan. Apabila nampak sahaja rumah Cikgu Jantan, mereka terus memecah masuk dan mengikat anak-anak dan isteri Cikgu Jantan, akan tetapi Cikgu Jantan tiada di rumah pada masa itu kerana beliau pergi ke tebing sungai untuk berwudhu’ bagi mengimamkan keluarganya solat Maghrib.

Apabila naik ke rumah beliau melihat kesemua keluarganya telah diikat. Gerila Bintang Tiga mengugut akan membunuh seluruh keluarganya jika Cikgu Jantan tidak mahu menyerah diri. Cikgu Jantan terpaksa untuk menyerah diri, beliau diikat dan di bawa ke markas Bintang Tiga dan ditanam hidup-hidup. Pada keesokan harinya mereka hanya menemukan batang pisang tertanam di tempat Cikgu Jantan di tanam itu. Selepas dari kejadian itu Cikgu Jantan terus menghilangkan diri tanpa diketahui khabar berita. Ada yang mengatakan beliau telah mati ditembak Bintang Tiga dan ada yang mengatakan beliau melarikan diri ke Terengganu, malah ada yang mengatakan beliau masih di Pahang.

Cikgu Ismail(sila rujuk blog kredit di bawah) merasakan Cikgu Jantan masih hidup. Sekitar tahun 1980an Cikgu Ismail bersama Cikgu Nazri pergi mencari Cikgu Jantan di beberapa tempat yang dikatakan beliau ditemui. Cikgu Jantan ditemui di Daerah Maran ketika Cikgu Ismail bersama Cikgu Nazri berehat minum di sebuah gerai. Tanpa diragui lagi murid begitu kenal akan gurunya walaupun wajah Cikgu Jantan begitu berbeza berbanding ketika beliau muda, Cikgu Jantan di bawa pulang ke Kampung Raja Songsang. Beliau di sambut dengan ramai penduduk kampung.

Kenduri doa selamat dan tahlil diadakan bagi meraikan kepulangan guru yang dikatakan hilang sejak puluhan tahun itu. Dua ekor kerbau ditumbangkan bagi merayakan majlis menyambut kepulangan Cikgu Jantan dan persembahan silat dihidangkan. Dalam ramai yang hadir, ada yang ragu akan kesahihan tentang kepulangan guru tua ini. Kerana wajah guru itu begitu berbeza dengan wajah ketika beliau muda, tanpa ada sedikit iras pun. Apabila bersalaman dengan Cikgu Jantan beliau berkata kepada orang yang meraguinya “ Kalau tok cayo ko kito, buat apo mari sini”. Kata Cikgu Jantan dalam dialek Kelantan. Bagi mengesahkan samada itu adalah Cikgu Jantan, Mak Chu Tekah dan Pakwa Akob dipanggil. Mereka cukup kenal dengan Cikgu Jantan.

Apatah lagi Pakwa Akob seguru dan sebangsal dengan Cikgu Jantan. Sekilas ikan di air dah tahu jantan atau betina. Apabila Cikgu Nazri menggayakan Tari Pahang (Bunga Benang Kusut)melihat saja Cikgu Jantan, Pakwa Akob terus memeluk dan mencium Cikgu Jantan. Pakwa Akob menanggalkan baju Cikgu Jantan. Kesan parut pada badan Cikgu Jantan sewaktu mereka sama-sama bersilat dulu tidak dapat menyorokkan rahsia ini. Beliau menghilangkan diri untuk mengabdikan jiwa raga kepada Allah.

Beliau berpuasa selama empat puluh hari dan hanya berbuka dengan bertih jagung. Beliau bertahajjut, dan solat hajat meminta izin Allah mengubah raut wajahnya supaya tidak ada lagi orang boleh mengenalinya. Di sekitar rumah Cikgu Ismail ada sebatang pokok bidara, Cikgu Jantan terperasan akan pokok itu dan beliau menegur, “ Ah, ande lagi pokok bedare ni yak. Pokok ni jarang berbuah, kalau berbuah, buahnya besar” dalam dialek Daerah Temerloh. Cikgu Ismail mengiyakan kata-kata Cikgu Jantan itu dan berkata, “ Ha’ah, pokok ni lain sikit dari pokok-pokok lain”.

Sebelum tidur, Cikgu Nazri sering memicit-micit belakang badan Cikgu Jantan. Kata Cikgu Nazri “badan Cikgu Jantan keras macam guni beras”. Kalau ditanyakan soalan Cikgu Jantan sering mengulangi kata-kata ini, “Daripada Nur Allah, Nur Muhammad terjeli kepada lembaga Adam. Dia dah semula jadi dah”. Jika orang yang kurang mengaji mungkin tak faham dengan kata-kata beliau. Setelah tiga hari bersama, Cikgu Jantan hilang semula.

Kali terakhir beliau di temui di Kampung Durian Tawar bersama seorang lelaki tua. Apabila ditanya siapakah lelaki tua bersamanya itu, beliau menjawab lelaki tua itu adalah rakannya yang berbangsa Jawa. Walhal yang sebenarnya orang tua itu adalah bapanya sendiri, Datuk Bahaman Orang Kaya Semantan.

Dari majalah Mastika
Seorang anak angkat Cikgu Jantan yang bernama Haji Ismail menceritakan siapa Cikgu Jantan. menurutnya Cikgu Jantan adalah anak tunggal Datuk Bahaman bersama salah seorang isterinya yang bernama Che Yang. Pada malam ketiga selepas beliau dilahirkan, barulah Datuk Bahaman balik ke rumah. "Engkau gantikan aku" kata Datuk Bahaman. Lalu dia mengunyah sirih, baca jampi dan sembur air sirih itu ke seluruh banda Cikgu Jantan. Dia cakap pada orang rumahnya, "biarkan ia kering begitu sahaja" Jangan lap. Dia pewaris aku". Selepas itu Datuk Bahaman turun pergi ke pulau semula.

Dari sendengduaberadik.blogspot.com
SILAT SENDENG DUA BERADIKPERGURUAN SENI
SEJARAH SENI SILAT SENDENG DUA BERADIK, PAHANG

Sejarah Seni Silat Sendeng Dua Beradik bermula di Kampung Paya Kumbuh, Pagar Ruyong Minangkabau, Sumatera Indonesia dimana terdapat dua orang adik beradik bernama Che’ Amat dan Che’ Soh. Apabila sudah cukup umur dewasa, mereka berhajat untuk berkelana untuk mencari ilmu persilatan. Maka mereka mula berkelana menuju ke sebuah gunung yang dikenali dengan nama Gunung Sakti untuk mencari ilmu, dengan berbekalkan secupak beras seorang. Setelah penat mendaki gunung dan merentasi hutan, mereka kepenatan dan berehat di sebuah kaki air terjun lalu terleka apabila terlihat sekuntum bunga yang mengelak dari terjahan air yang deras tanpa cacat cela sedikit pun. Dalam keasyikan mereka memikirkan hal tersebut, mereka terlena seketika.

Dalam lena itu mereka bermimpi datangnya seorang lelaki tua berjubah putih mengajarkan mereka ilmu persilatan dan meminta mereka mendirikan sebuah bangsal yang lengkap dengan dinding dan bumbungnya. Setelah terjaga dari lena, mereka bercerita tentang mimpi mereka dan menggayakan apa yang telah diajar oleh lelaki tua itu. Lalu mereka pulang ke rumah tetapi masih merasakan ilmu yang dipelajari itu belum sempurna. Kemudian mereka berkelana semula selama tiga hari membawa tiga cupak beras mereka membina sebuah bangsal yang dikatakan oleh lelaki tua itu. Setelah penat bekerja mereka terlena lagi dan di datangi lagi oleh lelaki tua yang sama mengajarkan mereka bersilat. Setelah tiga hari berada gunung yang digelarkan Gunung Sakti itu, mereka pulang semula ke kampung kerana bekalan makanan sudah habis. Che’ Amat serta Che’ Soh mentelaah semula ilmu yang diajarkan dalam mimpi mereka itu. Akan tetapi mereka merasakan ilmu yang dipelajari itu masih belum lengkap dan sempurna, lalu dua beradik itu masuk ke hutan semula untuk menambah lagi ilmu persilatannya. Kali ini mereka membawa bekal sebanyak tujuh cupak beras. Selama seminggu mereka berkelana mereka masih lagi bermimpi seorang tua mengajarkan ilmu persilatan. Mereka musykil siapakah guru tua itu dan benarkah kewujudan beliau. Mereka pulang lagi ke rumah dan berbincang tentang guru tua itu dan mentelaah semula ilmu yang dipelajari. Mereka tetap merasakan ilmu mereka masih belum cukup lalu berkelana lagi. Sepencarian mereka akhirnya bertemu juga dengan guru tua itu. Mereka begitu tekun belajar bersilat sehingga tamat tiga bulan. Mereka pulang ke kampung dengan perasaan sangat gembira dan berlatih lagi sehingga masak dengan gerak silat itu serta mengamalkan ilmu kebatinan yang dipelajari.

Berbaktilah mereka pada penduduk Kampung Paya Kumbuh dengan kepandaian mereka berdua itu. Pada suatu masa Sultan di Istana Pagar Ruyong mengadakan satu pertandingan bertujuan mencari panglima bagi Negeri Pagar Ruyong Minangkabau. Che’ Amat dan Che Soh tertarik dengan pertandingan itu dan ingin menyertainya. Semasa pertandingan berlangsung Che’ Amat dan Che’ Soh berjaya menewaskan lawannya satu persatu, sehinggalah akhirnya mereka bertembung sesama sendiri. Lalu Che Amat sebagai abang terpaksa beralah dan memberikan kemenangan kepada adiknya Che’ Soh. Maka Che’ Soh dilantiklah menjadi panglima di istana.

Justeru itu Che’ Amat ingin mengembangkan ilmu persilatannya ke negeri lain, dengan itu Che Amat terus mengembara, menyeberang laut ke Tanah Melayu dan terus ke Kuala Tembeling, Pahang, pada tahun 1881 dan Che’ Amat mula menapak di Pahang sebagai pekerja buruh yang membina landasan keretapi. Ketika itu adalah zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Tentera British dari bangsa Benggali semasa itu sememangnya gemar membuli pekerja-pekerja buruh. Che’ Amat melihat kejadian tersebut dan terpaksa ikut campur tangan. Kesabaran manusia juga ada hadnya, ini menyebabkan Che’ Amat hilang sabar untuk membela nasib golongan tertindas. Dengan sekejap sahaja Che’ Amat berjaya menumpaskan. Akan tetapi Che’ Amat tertangkap dan di penjarakan. Orang Kaya Jelai Che’ Wan Musa mengatakan “molek amat kalau orang muda itu dibebaskan kerana telah berjasa kepada orang Melayu dan amat molek jika ilmu persilatan & ketangkasannya diajarkan pada pemuda-pemudi di Kuala Tembeling ini.

Maka setelah bebasnya Che’ Amat. Ramailah pemuda di Kuala Tembeling pergi berjumpa dengannya ingin meminang guru untuk belajar bersilat dengan membawa setepak sirih lengkap dengan tembakau. Che’ Amat berbesar hati kerana sememangnya itulah hasrat beliau datang ke Tanah Melayu. Beliau mengarahkan pemuda-pemuda pergi ke hutan untuk menebang pokok untuk mendirikan sebuah bangsal silat. Bangsal silat siap dibina dengan berdindingkan kayu hutan dan beratapkan daun nipah, maka Che’ Amat telah mula mengajar bersilat sehingga tahun 1890. Segala ilmu kependekaran telah diwarisi oleh anak Orang Kaya Jelai sendiri iaitu Che’ Wan Chik bin Che’ Wan Musa (Pendekar Wan Chik) dan beliau telah ditauliahkan untuk menjadi guru.

Wan Chik menyambung mengajar silat di Kuala Tembeling. Kehandalan silat Wan Chik ini sangatlah digeruni sehingga sampai ke telinga Datok Bahaman (Orang Kaya Semantan). Kebetulan pula salah seorang anak Datok Bahaman ini sudah cukup dewasa, iaitu Mah Hussin bin Bahaman (Cikgu Jantan). Walaupun Datok Bahaman dan anaknya sudah sememangnya orang yang berilmu dan digeruni, namun ilmu tetap dititikberatkan. Malah pesan Rasulullah kepada umatnya “tuntutlah ilmu sehingga ke Negeri China sekalipun”. Datok Bahaman berpesan kepadana anaknya; “Jantan, sekiranya hendak belajar bersilat, pergilah ke Kuala Tembeling dan berjumpa dengan Che’ Wan Chik anak Orang Kaya Jelai. Maka, tanpa berlengah Cikgu Jantan terus berkelana mudik ke Kuala Tembeling bersama rakannya Pakwa Akob dengan sebuah perahunya. Cikgu Jantan mula belajar bersilat dengan Wan Chik pada tahun 1916. Dalam hayat Che’ Wan Chik beliau telah menurunkan segala ilmu dan kepandaiannya kepada anak muridnya. Antaranya ialah Cikgu Jantan.

Setelah tamat berguru dengan Wan Chik, Cikgu Jantan pulang ke Semantan (Daerah Temerloh). Cikgu Jantan mula mengajar bersilat di Kampung Paya Jejawi, Bukit Pinang, Kerdau. Kemudian silat ini terus berkembang di Semantan.

Mah Hussin b. Datok Bahaman
(Cikgu Jantan) Cikgu Hj. Ismail Ali mula belajar bersilat dengan salah seorang murid Cikgu Jantan, Cikgu Mat Nor. Disebabkan ingin merasakan sendiri buah tangan serta sentuhan Cikgu Jantan, Cikgu Ismail pergi berguru pula dengan Cikgu Jantan pada tahun 1939 sehingga ditauliahkan untuk menjadi guru. Ketika Cikgu Ismail belajar dengan Cikgu Jantan ketika itu Pendekar Long adalah guru kaka yang membantu mengajar. Sehinggalah pada suatu ketika dalam tahun 1946, Cikgu Jantan di datangi sekumpulan Komunis Bintang Tiga yang ingin menangkapnya. Pada masa itu Cikgu Jantan antara penentang kuat Bintang Tiga di Semantan (Temerloh), dan kehandalan Cikgu Jantan dan pengikutnya menjadi satu halangan besar kepada mereka. Apabila sampai ke kawasan yang dikatakan terletaknya rumah Cikgu Jantan, sekumpulan tentera Bintang Tiga itu hairan kerana mereka tidak melihat sebuah rumah pun di kawasan itu. Apa yang mereka nampak hanyalah hutan tebal. Tentera Jepun pulang ke markas mereka dan mengadukan hal itu kepada ketua mereka. Mereka fikir mereka telah ditipu penduduk kampung. Keesokan hari Bintang Tiga kembali lagi ke Kampung Durian Tawar dan memeras penduduk kampung menanyakan rumah Cikgu Jantan, penduduk yang ketakutan memberitahu di mana rumah Cikgu Jantan. Bintang Tiga kurang percaya kerana ketika mereka ke kawasan itu, mereka hanya menemui hutan tebal. Selepas beberapa kali diyakinkan penduduk, mereka pergi sekali lagi ke kawasan yang ditunjukkan itu. Gerila Bintang Tiga masih lagi gagal menemukan rumah Cikgu Jantan itu. Kali ini mereka hanya nampak kawasan itu adalah sebuah tasik yang luas. Sekali lagi penduduk di seksa hanya untuk mengetahui rumah Cikgu Jantan. Seorang daripada penduduk memberitahu mereka harus bertemu dengan anak saudara Cikgu Jantan dahulu. Lalu mereka terus bergerak ke rumah anak saudara Cikgu Jantan dan anak saudara telah menunjukkan cara untuk ke rumah Cikgu Jantan. Apabila nampak sahaja rumah Cikgu Jantan, mereka terus memecah masuk dan mengikat anak-anak dan isteri Cikgu Jantan, akan tetapi Cikgu Jantan tiada di rumah pada masa itu kerana beliau pergi ke tebing sungai untuk berwudhu’ bagi mengimamkan keluarganya solat Maghrib. Apabila naik ke rumah beliau melihat kesemua keluarganya telah diikat. Gerila Bintang Tiga mengugut akan membunuh seluruh keluarganya jika Cikgu Jantan tidak mahu menyerah diri. Cikgu Jantan terpaksa untuk menyerah diri, beliau diikat dan di bawa ke markas Bintang Tiga. Beliau ditanam hidup-hidup sehingga paras leher dan di seksa. Pada keesokan harinya mereka hanya menemukan batang pisang tertanam di tempat Cikgu Jantan di tanam itu. Selepas dari kejadian itu Cikgu Jantan terus menghilangkan diri tanpa diketahui khabar berita. Ada yang mengatakan beliau telah mati ditembak Bintang Tiga dan ada yang mengatakan beliau melarikan diri ke Terengganu, malah ada yang mengatakan beliau masih di Pahang.

Patah tumbuh hilang berganti, Pendekar Long menyambung mengajar semula silat di Kuala Sanggang. Cikgu Haji Ismail Ali pula lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mail Mata Merah itu menyambung lagi pelajaran ilmu persilatannya dengan bapa saudaranya Guru Sainuddin bin Tiran. Guru Sainuddin yang tinggal di Kampung Paya Kechik lebih dikenali dengan panggilan Tukang Sai kerana beliau bekerja sebagai penempa emas. Tukang Sai berasal dari Kampung Pengian, Pagar Ruyong Minangkabau. Buah silatnya lebih banyak kepada permainan di bawah dan banyak bergumpal manakala permainan sendeng banyak bermain di atas. Cikgu Ismail menggabungkan permainan sendeng dan Silat Pengian. Permainan Pengian ini agak keras kerana setiap geraknya memukul di tempat yang boleh melemahkan musuh. Cikgu Ismail belajar dengan Tukang Sai ilmu persilatan serta perubatan tradisional sehingga tamat pelajarannya dan beliau ditauliahkan. Beliau diberi amanah untuk mengembangkan warisan ini. Tukang Sai meninggal dunia pada tahun 1953.

Ketika Cikgu Ismail Ali bekerja sebagai penyelia pekerja membuat tali air di Daerah Pekan, DYMM Sultan Abu Bakar kenal kepada Cikgu Ismail kerana beliau adalah murid kepada Cikgu Jantan. DYMM Sultan memberi keizinan untuk mengajar silat di Daerah Di Raja itu. Namun begitu Cikgu Ismail masih belum bercadang untuk membuka bangsal silat sendiri. Pada suatu hari ketika Cikgu Ismail sedang menyelia pekerja membuat tali air, beliau berehat sebentar dan bersandar di sebatang pokok. Dalam leka mengelamun beliau terlena seketika. Dalam leka yang sekejap itu beliau bermimpi di datangi seorang tua berjubah putih dan menunggang seekor kuda putih yang mengatakan inilah masanya untuk Cikgu Ismail mengajar bersilat.

Namun untuk menjadi guru silat bukanlah mudah, begitu banyak cabaran serta rintangannya. Ketika Cikgu Ismail menyatakan ingin mengajar bersilat, beliau telah disangkal oleh seorang jurulatih silat (guru kaka) salah satu perguruan silat di Daerah Pekan. Setelah bertarung beberapa kali dengan beberapa orang handalan di Pekan, ketangkasan Cikgu Ismail di perakui oleh penduduk dan diperkenan oleh Sultan. Beliau mula membuka gelanggang pada tahun 1946. Sepanjang beliau bekerja di Daerah Pekan beliau telah mengahwini seorang gadis yang berasal dari Kampung Pahang Tua. Sekembalinya beliau ke Temerloh beliau terus menyambung warisan dan membuka bangsal bagi mengajar silat di beberapa Kampung. Antaranya ialah Kampung Raja Songsang, Kampung Lompat, Kampung Gantok, Kuala Krau, Kampung Sentosa di Maran sehinggalah ke Kampung Janda Baik, Bentong. Pada suatu ketika di tahun 80an ada seorang Sensei Kuntao di Batu 3 Temerloh, mendakwa dirinya kebal dan mencabar handalan-handalan di daerahnya. Akan tetapi tidak seorang pun yang berjaya mengalahkan sensei tersebut. Apabila hal ini diketahui Cikgu Ismail beliau pergi berjumpa sensei berkenaan dan menyatakan hasratnya ingin mencuba kehandalan Sensei Kuntao itu. Dengan izin Allah dengan sekali tumbuk menggunakan tangan kiri Cikgu Ismail, Sensei Kuntao itu rebah dan mengerang kesakitan. Tiga hari selepas kejadian Sensei Kuntao itu di khabarkan meninggal dunia. Wallahu a’lam.

Sejarah silat yang bertali arus maka hiduplah warisan budaya Melayu. Cikgu Mohamad Nazri b. Salleh yang berasal dari Kampung Paya Kechik adalah cucu kepada Tukang Sai (Sainuddin b. Tiran) lahir pada 1 Jun 1957. beliau mula melangkah belajar silat dengan Pendekar Long atau gelaran lainnya Cikgu Long di Kampung Kuala Sanggang pada umur 13 tahun. Ketika itu nama silat ini dikenali sebagai Seni Silat Sendeng Asli Pahang. Di sebabkan kesempitan hidup dan kekurangan wang Cikgu Nazri tidak berkemampuan untuk membayar yuran belajar silat lalu beliau berkhidmat pada guru sebagai tukang masak keluarga Cikgu Long. Selama setahun beliau tinggal bersama Cikgu Long, belajar bersilat dan bekerja untuknya. Pada suatu hari, ketika Cikgu Nazri membantu gurunya Cikgu Long mengajar silat di Kampung Paya Kechik, Temerloh, bangsal silat telah dikunjungi oleh Cikgu Ismail. Cikgu Ismail memerhatikan murid-murid Cikgu Long berlatih dan dia sedar salah seorang daripada murid Cikgu Long adalah anak saudaranya. Cikgu Ismail meminta izin pada Cikgu Long bahawa beliau berhajat mengambil Cikgu Nazri sebagai muridnya dan ingin mengasuhnya. Cikgu Nazri belajar bersilat dengan Cikgu Ismail di Kampung Raja Songsang dan belajar Gendang Pahang dengan Pak Wa Zainal di Kampung Lompat. Di sebabkan Cikgu Ismail mengetahui di Negeri Perak juga terdapat silat yang namanya Silat Sendeng Asli, walaupun susur galur sejarahnya berbeza dan tiada sangkut paut dengan perguruan ini, Cikgu Ismail menukar nama perguruannya dengan nama Seni Silat Sendeng Terlak Lintar. Terlak Lintar yang bermaksud permainan kaki dan tangan.

Cikgu Jantan bersama rakan- rakan :
Naluri seorang guru begitu kuat, pada Cikgu Ismail merasakan Cikgu Jantan masih hidup. Sekitar tahun 1980an Cikgu Ismail bersama Cikgu Nazri pergi mencari Cikgu Jantan di beberapa tempat yang dikatakan beliau ditemui. Cikgu Jantan ditemui di Daerah Maran ketika Cikgu Ismail bersama Cikgu Nazri berehat minum di sebuah gerai. Tanpa diragui lagi murid begitu kenal akan gurunya walaupun wajah Cikgu Jantan begitu berbeza berbanding ketika beliau muda, Cikgu Jantan di bawa pulang ke Kampung Raja Songsang. Beliau di sambut dengan ramai penduduk kampung. Kenduri doa selamat dan tahlil diadakan bagi meraikan kepulangan guru yang dikatakan hilang sejak puluhan tahun itu. Dua ekor kerbau ditumbangkan bagi merayakan majlis menyambut kepulangan Cikgu Jantan dan persembahan silat dihidangkan. Dalam ramai yang hadir, ada yang ragu akan kesahihan tentang kepulangan guru tua ini. Kerana wajah guru itu begitu berbeza dengan wajah ketika beliau muda, tanpa ada sedikit iras pun. Apabila bersalaman dengan Cikgu Jantan beliau berkata kepada orang yang meraguinya “ Kalau tok cayo ko kito, buat apo mari sini”. Kata Cikgu Jantan dalam dialek Kelantan. Bagi mengesahkan samada itu adalah Cikgu Jantan, Mak Chu Tekah dan Pakwa Akob dipanggil. Mereka cukup kenal dengan Cikgu Jantan. Apatah lagi Pakwa Akob seguru dan sebangsal dengan Cikgu Jantan. Sekilas ikan di air dah tahu jantan atau betina. Apabila
Cikgu Nazri menggayakan
Tari Pahang (Bunga Benang Kusut)melihat saja Cikgu Jantan, Pakwa Akob terus memeluk dan mencium Cikgu Jantan. Pakwa Akob menanggalkan baju Cikgu Jantan. Kesan parut pada badan Cikgu Jantan sewaktu mereka sama-sama bersilat dulu tidak dapat menyorokkan rahsia ini. Beliau menghilangkan diri untuk mengabdikan jiwa raga kepada Allah. Beliau berpuasa selama empat puluh hari dan hanya berbuka dengan bertih jagung. Beliau bertahajjut, dan solat hajat meminta izin Allah mengubah raut wajahnya supaya tidak ada lagi orang boleh mengenalinya. Di sekitar rumah Cikgu Ismail ada sebatang pokok bidara, Cikgu Jantan terperasan akan pokok itu dan beliau menegur, “ Ah, ande lagi pokok bedare ni yak. Pokok ni jarang berbuah, kalau berbuah, buahnya besar” dalam dialek Daerah Temerloh. Cikgu Ismail mengiyakan kata-kata Cikgu Jantan itu dan berkata, “ Ha’ah, pokok ni lain sikit dari pokok-pokok lain”. Sebelum tidur, Cikgu Nazri sering memicit-micit belakang badan Cikgu Jantan. Kata Cikgu Nazri “badan Cikgu Jantan keras macam guni beras”. Kalau ditanyakan soalan Cikgu Jantan sering mengulangi kata-kata ini, “Daripada Nur Allah, Nur Muhammad terjeli kepada lembaga Adam. Dia dah semula jadi dah”. Jika orang yang kurang mengaji mungkin tak faham dengan kata-kata beliau. Setelah tiga hari bersama, Cikgu Jantan hilang semula. Kali terakhir beliau di temui di Kampung Durian Tawar bersama seorang lelaki tua. Apabila ditanya siapakah lelaki tua bersamanya itu, beliau menjawab lelaki tua itu adalah rakannya yang berbangsa Jawa. Walhal yang sebenarnya orang tua itu adalah bapanya sendiri, Datok Bahaman Orang Kaya Semantan.

Wujudnya nama Seni Silat Sendeng Dua Beradik pula diambil sempena nama dua beradik yang mengembangkan dan menyebarkan silat ini. Dengan ini dapatlah membezakan silat ini dengan silat-silat sendeng yang lain. Nama perguruan yang dahulunya diberikan kepada perguruan silat yang di bawa oleh Guru Mahidin Adam dengan nama Seni Silat Sendeng Terlak. Kerana perguruan yang dibawa oleh Guru Mahidin Adam juga salah satu silat yang telah dikembangkan oleh Cikgu Jantan. Oleh kerana naluri yang kuat untuk mencari waris keturunan dan tempat asal bertapaknya silat ini, maka pada tahun 1992 Cikgu Nazri bersama Cikgu Ismail dan Guru Aziz, guru utama Gayong 7 serta rakan-rakan pergi ke Pulau Bayor, Cerenti, Telok Kuantan, Sumatera. Pemergian mereka tidak sia-sia kerana dapat menemui orang-orang tua di Kampung Paya Kumbuh. Mereka masih mengetahui salasilah keturunan asal Seni Silat Sendeng Dua Beradik ini.

Pada awal tahun 1990an Perguruan Seni Silat Sendeng Dua Beradik telah mengadakan majlis jubli emas dimana kenduri doa selamat telah diadakan bagi merayakan sudah 100 tahun silat ini bertapak di bumi Pahang. Pada tahun 1997 pula, Perguruan Seni Silat Sendeng Dua Beradik telah bekerjasama dengan RTM dan Yayasan Pahang bagi mendokumentarikan silat untuk dijadikan sebuah khazanah yang berharga kepada Negeri Pahang malah pada negara Malaysia sendiri. Dokumentari tersebut telah di simpan di Muzium Pekan. Bangsal terakhir Cikgu Ismail di perkarangan rumahnya di Kampung Raja Songsang pada tahun 1998 dan selepas pergi menunaikan fardhu haji pada tahun 1999, beliau meninggal dunia pada tahun 2000. Lima orang Pendekar telah lahir hasil dari didikan Cikgu Ismail, mereka adalah Pendekar Ali Hussin, Tengku Mat bin Tengku Ibrahim, Pendekar Sani, Pendekar Tanmidji dan Cikgu Nazri. Mereka ini di tauliahkan untuk menjadi pengganti untuk meneruskan warisan seni budaya Melayu. Hampir 30 tahun Cikgu Nazri bersama-sama Cikgu Ismail membantu mengembangkan silat ini dan kini beliau mula membuka bangsal silat sendiri pada tahun 2002 di Kampung Paya Luas, Temerloh. Dalam generasi kini sudah beberapa buah bangsal di beberapa buah kampung lagi antaranya di Kampung Belengu dan Kampung Paya Kechik

Popular posts from this blog

KITAB BARENCONG BHG 11

SHAMSUDDIN PASAI

KITAB BARENCONG BHG 3