GUA KOTA GELANGGI


Dibawah tajuk Tok Gajah?? bertarikh 25 Mei 2010, Thursday telah membuat aku berminat untuk mengetahui misteri Kota Gelanggi di Jerantut,Pahang. Didalam keratan akhbar itu, orang tua yang aku yakin adalah Tok Gajah berkata bahawa pahlawan-pahlawan Melayu berkumpul di Gua Kota Gelanggi.

Didalam Gua Kota Gelanggi ada 7 kota. Hanya 4 kota saja yang dapat dimasuki.
1- Kota Tongkat : Adalah Kota yang mula-mula sekali dilalui yang merupa kan pintu gerbang tersergam dengan hebatnya.

2- Kota Gelap : Kira-kira suku batu dari Kota Tongkat. Didalam Kota ini terdapat suatu jurang yang dalam dan gelap dimana dasarnya ada sebuah sungai.

3- Kota Angin : Terdapat beberapa lembaga manusia daripada batu yang sedang bersanding. Kini lubang yang menuju ke tempat lembaga tersebut telah tertutup oleh proses alam dan lembaga itu tidak lagi dapat dilihat. Dikota ini dipercayai sebagai tempat puteri-puteri bunian bermain-main. Menerusi Kota Angin ini, boleh mendaki ke puncak nya. Disitu terdapat sepohon mempelam yang bercabang dua. Jika pohon mempelam itu berbuah, buahnya dari tiap-tiap cabang itu dikatakan mempunyai rasa yang berlainan.

4- Kota Balai : Dikatakan tempat orang Bunian mengadakan upacara-upacara ,jamuan dan sebagainya. Satu lembaga dari batu yang menyerupai seekor penyu yang besar didalamnya. Didalam salah satu lorong di Kota Balai itu akan bertemu satu kesan tapak kaki yang panjang nya lebih dari satu hasta. Beberapa buah batu besar yang bergemerlapan dan bersinar-sinar seperti ditaburi dengan intan boleh dijumpai.
Gua Balai menurut cerita,dijadikan tempat bertapa serta tempat berkumpul Mat Kilau dan rakan-rakan seperjuangannya.

5-Kota Papan
6-Kota Jin
7-Kota Kepayang

Gua Sanding

Selain dari 7 Kota itu, ada lagi Kota-kota lain :
Kota Tinggi mempunyai sebuah gua besar yang umpama sebuah dewan dimana terdapat sangat banyak kelawar bergayutan. Disini terdapat seekor ular putih kira-kira 5 kaki panjang nya. Ganjilnya ular putih itu mempunyai kulit yang berwarna hitam dan ditengah badannya sampai ke bahagian ekornya.Kota Rehok adalah Kota yang tidak diketahui orang.

DiKota Gelanggi dikatakan terdapat tempat-tempat yang bernama Pasir Nilai dan Padang Berembun iaitu tempat tinggal orang Bunian. Nama Sang Kelembai juga dikaitkan dengan misteri Kota ini.Terdapat dakwaan lisan daripada penduduk setempat bahawa gua ini boleh dihubungkan dengan negeri-negeri pantai Timur iaitu Trengganu,Kelantan dan Siam. Dakwaan itu berpunca perihal dengan Mat Kilau yang berjaya lari ke Siam tanpa diketahui oleh orang ramai.

Sebenarnya Kota Gelanggi sangat susah hendak ditemui. Orang-orang tertentu dan orang yang tersesat saja yang bertemu.

Bersambung
(akan dikemaskinikan dari semasa kesemasa)

Popular posts from this blog

KITAB BARENCONG BHG 11

KITAB BARENCONG BHG 3

SHAMSUDDIN PASAI