Posts

Showing posts from June, 2010

GUA KOTA GELANGGI

Image
Dibawah tajuk Tok Gajah?? bertarikh 25 Mei 2010, Thursday telah membuat aku berminat untuk mengetahui misteri Kota Gelanggi di Jerantut,Pahang. Didalam keratan akhbar itu, orang tua yang aku yakin adalah Tok Gajah berkata bahawa pahlawan-pahlawan Melayu berkumpul di Gua Kota Gelanggi. Didalam Gua Kota Gelanggi ada 7 kota. Hanya 4 kota saja yang dapat dimasuki. 1- Kota Tongkat : Adalah Kota yang mula-mula sekali dilalui yang merupa kan pintu gerbang tersergam dengan hebatnya. 2- Kota Gelap : Kira-kira suku batu dari Kota Tongkat. Didalam Kota ini terdapat suatu jurang yang dalam dan gelap dimana dasarnya ada sebuah sungai. 3- Kota Angin : Terdapat beberapa lembaga manusia daripada batu yang sedang bersanding. Kini lubang yang menuju ke tempat lembaga tersebut telah tertutup oleh proses alam dan lembaga itu tidak lagi dapat dilihat. Dikota ini dipercayai sebagai tempat puteri-puteri bunian bermain-main. Menerusi Kota Angin ini, boleh mendaki ke puncak nya. Disitu terdapat sepohon mempe...

DUITOLOGI

Image
Ideologi yang diminati ramai masa kini Oleh puak kanan dan puak kiri Boleh dinamakan Duitologi Yakni bukan lagi Demokrasi Fahaman sosialisme kini sudah basi Begitu juga kesatuan sekerja dan koperasi Kerana budak-budak pejabat dan kerani Para pegawai serta menteri pun duit cari Para sasterawan mencetak, menjual antologi Yang mengandungi puisi-puisi yang dah basi Ada yang rugi dan tak dapat royalti Tapi mereka megah kerana dipuji-puji Kerana tak naik gaji mereka pun mencuri Ada yang mengedar dadah benda yang keji Dan ada pula yang cuba main judi Nak dapat duit setinggi berdiri Tiap-tiap hari kita dengar darihal duit Di Bayan Lepas terjumpa duit satu kampit Di Johor Bharu hilang RM500,000 duit exibit Di Puduraya RM200,000 hilang sebab terhimpit Dalam Tabung Haji ramai yang cari duit Sehelai sejadah dijual 48 ringgit Orang-orang parti politik ramai terbabit Duitologi kini menjadi sejenis penyakit Apabila dapat duit banyak-banyak Mulalah mereka itu mendongak berlagak Mulalah membeli benda-b...

RATIB AL-AYDRUS

Image
AL IMAM HABIB ABDULLAH ALAYDRUS BIN ABUBAKAR ASSAKRAN BIN ABD RAHMAN ASSAGGAF( SHOHIBUL RAATIB ALAYDRUS) Beliau adalah penyusun Raatib al-Aydrus yang sering dibaca dibeberapa majlis ta’lim, marga beliau bergelar Alaydrus yang artinya ketua orang-orang tasauf, lahir di tarim pada tanggal 10 zulhijah tahun 811H ayah beliau bernama habib Abu Bakar as-Syakran ibunya bernama Mariam dari seorang zuhud bernama Syekh Ahmad bin Muhamad Barusyaid. Imam Habib Abdulloh al-Aydrus Akbar seorang wali qutub( imamnya para wali) dan seorang ahli sufi .Sejak kecil beliau gemar sekali membaca karya-karya ulama termasyhur seperti kitab Ihya Ulumudin karangan Imam Gozhali hingga beliau hampir menghafal karena seringnya membacanya. Namun beliau selalu tawadhu’ beliau selalu duduk diatas tanah dan senantiasa sujud ditanah sebagai rasa bahwa diri nya tidak ada apa-apanya di hadapan Allah SWT, kerap kali beliau mengangkat sendiri barang-barang keperluannya dan tidak memperkenankan orang lain untuk membantu memb...

CIKGU JANTAN ANAK BAHAMAN

Image
Mat Lela (meninggal pada usia 137 thn pada 1998) dan Mat Husin (Cikgu Jantan) berkain. Pada 1837, Tuanku Imam Noh iaitu Orang Besar Bengkinang,Kampar Kanan,Sumatera telah membawa diri ke Tanah Melayu kerana konflik dengan beberapa Orang Besar disitu.Tuanku Imam Noh menuju ke Pahang melalui Linggi,Pedas,Kuala Pilah,Sri Menanti dan Jelebu hingga ke Sungai Semantan. Di Kampung Rantau Panjang, Tuanku Imam Noh diperkenalkan kepada Tok Setia Perkasa Semantan Abdul Rahman. Diberikan anak nya Rokiah sebagai isteri Tuanku Imam Noh kerana berkenan dengan tingkahlaku. Tok Setia adalah anak Monjok,Orang Besar Bugis dari Selebes yang berhijrah ke Tanah Melayu kerana tekanan Belanda. Isteri Tuanku Imam Noh, Rokiah atau lebih dikenali Tok Rik telah didatangi mimpi yang memberi alamat anak nya Bahaman adalah bertuah dan perlu diserahkan kepada Sultan. Datuk Bahaman Ketika berusia 9 tahun, Bahaman diserahkan kepada Bendahari Ali (1806-1847) untuk tinggal di istana. Bahaman bersahabat karib dengan Puter...

BA'ALAWI

Ba'alawi - Siapakah Mereka? Ba'alawi ialah gelaran yang diberi kepada mereka yang bersusur-galur daripada Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad bin Isa Al-Muhajir Ahmad bin Isa Al-Muhajir(1) telah meninggalkan Basrah di Iraq bersama keluarga dan pengikut-pengikutnya pada tahun 317H/929M untuk berhijrah ke Hadhramaut di Yaman Selatan. Cucu Ahmad bin Isa yang bernama Alawi, merupakan orang pertama yang dilahirkan di Hadralmaut. Oleh itu anak-cucu Alawi digelar Ba'alawi(2), yang bermakna Keturunan Alawi. Panggilan Ba'alawi juga ialah bertujuan memisahkan kumpulan keluarga ini daripada cabang-cabang keluarga yang lain yang berketurunan daripada Nabi Muhammad s.a.w. Ba'alawi juga dikenali dengan kata-nama Saiyid (Sadah bagi bilangan lebih daripada seorang). Keluarga yang bermula di Hadhramaut ini, telah berkembang dan membiak, dan pada hari ini ramai di antara mereka menetap disegenap pelusuk Nusantara, India dan Afrika. Ahmad bin Isa Al-Muhajir Ilallah Dalam abad ke-10 Masehi,...