Tuesday, April 23, 2013

SUMBANGAN ULAMA MURSYID

Dalam Wacana ATMA Umdat Al-Muhtajim Panduan Perjalanan Rohani Ahlillah Alam Melayu di Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA), UKM, Felo Penyelidik Kanan Prod Madya Dr Mohd Syukri Yeoh Abdullah telah mengemukakan andaian bahwa kekuatan dan keampuhan sesuatu Kerajaan Melayu sehingga sukar ditewaskan adalah disebabkan adanya ulama mursyid dibelakang nya. Contoh yang diberi Kesultanan Acheh Darussalam dibawah kepimpinan Sultan Iskandar Muda yang menawan seluruh alam Melayu. Juga Terengganu serta Kelantan ketika dibawah naungan Kerajaan Melayu Pattani.

Kedudukan ulama mursyid disebalik kekuatan kerajaan juga boleh dilihat pada peranan Wali Songo dalam Kesultanan Cirebon di Jawa Barat.