KESULTANAN PATANI

Bab 1: Tanah Melayu Pada Zaman Purbakala

Tanah Melayu

Ialah suatu Semenanjung yang mengajur ke arah selatan dan duduknya di pihak tenggara benua Asia dengan mempunayi kawasan yang luas iaitu di utaranya mulai dari Segenting Kra hingga kepada Tanah Melayu serta pulau Singapura di selatannya.

Di utara semenanjung ini bersambung dengan tanah Siam yang terletak di tengah-tengah antara dua buah kerajaan iaitu di kirinya kerajaan Burma dan di kanannya kerajaan Annam yang dipanggil Indo-China Perancis, kerajaan- kerajaan Siam, Annam dan Burma ini adalah terletak di dalam Semenanjung yang besar iaitu Semenanjung Indochina.

Yang demikian Semenanjung Tanah Melayu ini mempunyai dua bahagian iaitu bahagian utara dan selatan, adapun bahagian utaranya mulai dari Segenting Kra hingga kepada sempadan jajahan Sentul Singgora, Yala dan Bangnara, sekarang jajahan-jajahan ini telah termasuk di bawah takluk kerajaan Siam atau Thailand. Sebilangan banyak penduduk-penduduk dalam bahagain utara Semenanjung ini ialah orang Siam-Thai kecuali didalam eanm buan jajahan sahaja iaitu Sentul, Cenak, Tiba, Patani, Yala dan Bangnara kerana pendudul-penduduk yang banyak sekali didalam jajahan –jajahan ini ialah orang-orang Melayu.

Adapaun bahagian selatan Semenanjung ini. Mulai dari sempadan jajahan-jajahan Siam-Thai yang tersebut itu hingga sampai kepada hujung Tanah Melayu termasuk pulau Singapura. Dalam bahagian inlah terdirinya beberapa buah kerajaan Melayu pada hari ini iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Pulau Pinang, dan Singapura

Sungguhpun semenanjung ini telah dinamakan Tanah Melayu tetapi bukanlah orang-orang Melayu itu bangsal yang awal mendudukinya. Kerana orang-orang Melayu itu bangsa yang akhir sekali datang menduduki dan mendiami di dalamnya setelah didiami oleh beberapa yang lain lebih dahulu.

Adapun bangsa yang lebih dahulu sekali mendiami di dalam Semenanjung Tanah Melayu, mengikut kenyataan dalam kitab-kita sejarah ialah orang-orang bangsa liar. Kemudian daripada itu diduduki oleh orang-orang Hindu yang datang dari negeri India. Setelah itu dikuasai pula oleh orang-orang Siam asli yang datang dari tanah Siam dan akhirnya baharulah kedatangan orang Melayu.

Dengan secara ringkasnya di bawah ini diterangkan serba sedikit sejarah yang berkenaan dengan hal Tanah Melayu pada zaman purbakala.

Adalah pada masa beberapa ratus tahun sebelum daripada diperanakkan Nabi Allah Isa a.s dikalaitu dalam Tanah Melayu ini belum lagi diduduki oleh bangsa-bangsa yang bertamadun seperti hari ini. Keadaan buminya adalah penuh dengan hutan rimba atau belukar belantara yang hanya didiami oleh segala jenis binatang buas sahaja. Maka dibawah lindungan pokok yang tebal serta diantara jenis binatang-binatang buas itu adalah dua jenis manusia dari bangsa liar yang telah sedia membuat tempat kediaman mereka. Mereka itu ialah orang-orang Seman (Pagan) orang Sakai. Sekalipun kedua-dua jenis bangsa ini dipanggilkan juga manusia tetapi sebenarnya keadaan dan cara penghidupan mereka itu sedang di dalam keliaran istimewanya sangatlah jauh bezanya dengan secara masnusia yang bertamadun.

Setelah beratus-ratus tahun lamanya hingga sampai dikala hampir kezahiran Nabi Isa a.s dewasa itulah orang-orang Hindu dari India mulai mendatangi Tanah Melayu. Dewasa itu juga orang-orang Hindu telah terkenal suatu bangsa yang telah meningkat kemajuan dan mempuanyai kedudukan yang tinggi dalam India. Kedatangan mereka itu ke Tanah Melayu adalah dengan maksud hendak meluaskan penghidupan mereka di luar negeri istimewa dengan kekayaan, kemakmuran dan kemasyhuran Tanah Melayu telah dapat memikat hari mereka itu mendatanginya oleh kawasan yang lebih banyak sekali didatangi oleh orang Hindu itu ialah kawasan yang di sebelah timur Asia ini.

Adapun kedatangan orang Hindu ke timur Asia pada masa itu ialah dengan menerusi dua jalan iaitu darat dan laut. Dengan jalan daratan mereka itu keluar dari tanah India melalui tanah Burma kemudian terus masuk ke tanah Siam serta Annam. Dan dengan jalan lautan itu mereka merantau dari tanah India dengan mengendarai perahu-perahu atau kapal-kapal menyeberangi lautan India kemudian masuk ke Tanah Melayu serta seluruh pulau-pulau yang di selatan seperti Pulau Sumatera, Jawa, Bali, Brunei, dan lain-lain hingga terus juga masuk ke tanah Siam, Kemboja dan Annam.

Dengan kerana suatu bangsa yang telah mempunyai kebudayaan yang tinggi dalam India, maka orang Hindu itu telah ada memiliki adat resam serta agamanya sendiri. Kebiasaanya apabila mereka itu tinggal mendiami di mana-mana tempat juga maka segala adat resam dan agamanya itu sentiasalah dipegang teguh dan dikerjakan oleh mereka sama jua seperti mereka sedang berada dalam tanah ari mereka dalam India.

Dengan sebab orang-orang Hindu itu telah mempunyai kebudayaan yang tinggi tambahan pula adat resam mereka telah teratur dengan kemas, apabila dipandang oleh penduduk-penduduk di sebelah timur ini akan keindahan adat resam dan agama mereka itu maka sangatlah gemar serta masing-masing pun tertarik hati pada meniru atau mengikut akan perbuatan orang-orang Hindu itu. Hingga jadilah orang-orang Hindu itu sebagai guru yang mengajar penduduk-penduduk di sebelah timur ini akan keindahan adat resam serta agama dengan tidak sengaja. Dengan hal yang demikian lama kelamaan seleruh pendudu-penduduk sebelah timur ini pun habis menerima akan adat resam dan agama orang-orang Hindu itu.

Adapun agama orang-orang Hindu itu sekalipun banyak jenisnya tetapi yang masyhurnya ialah dua agama iaitu agama Brahman dan agama Buddha. Agama Brahman itu ialah agama yang menyembah segala dewa-dewa atau dewi-dewi serta hantu-hantu puaka-puaka iaitu terbahagi pula kepada beberap mazhab mengikut nama dewa-dewa yang disembah itu. Seperti orang yang menyembah dewa-dewa umpanya maka dipanggil mereka itu orang mazhab Siva atau mereka yang menyembah dewa Vishnu dipanggil orang mazhab Vishnu demikianlah juga pada mazhab-mazhab yang lain.

Segala dewa-dewa yang disembah oleh orang-orang Hindu itu sangatlah banyak dan tiadalah gunanya kita sebutkan disini hanya agama ini ialah agama yang terua sekali dalam tanah India yang dipercayai dan disembah oleh seluruh umatnya beberapa lama. dalam pada itu diantara masa dua ribu tahun lebih yang lalu hingga sekarang timbullah seorang purbakala itu serta diajarnya suatu persembahan yang baharu kepada umatnya iaitu yang dinamakan agama Buddha

Kemudian apabila maha guru Buddha itu telah mati maka agama Buddha ini telah berpecah pula menjadi bebrapa mazhab tetapi di antaranya dua mazhab yang besar iaitu Hinayana dan Mahayana. Adapaun Hinayana itu ertinya kenderaan yang pendek iaitu pengikut-pengikutnya adalah semata-mata berpegang dengan ajaran maha gurunya yang asal sahaja dengan tidak diubah-ubah pun. Dikala itu pengikut mazhab ini yang terbaik sekali ialah orang-orang India selatan dengan hal ini ada pun dipanggilkan mazhab Daqsina Nika’i ertinya mazhab selatan tetapi dengan lama-kelamaanya pengajaran mazhab ini telah layu dalam tanah India hingga akhirnya terus terhapus melainkan didalam pulau Ceylo sahaja yang masih kekal lagi. Selain daripada pengikutnya ialah orang-orang Siam-Thai sekarang ini.

Adapun mazhab Mahayana ertinya kenderaan yang luas, ajaran-ajaran di dalam mazhab ini telah banyak dipinda dan ubah mengikut fikiran dari pengikut-pengikutnya, ada pula sesetengahnya telah persatukan dengan ajaran-ajaran Brahman yang asal hingga jadilah perbezaan yang jauh di antara kedua-dua mazhab Hinayana dengan Mahayana ini. Dikala itu mazhab Mahayana ini telah dipegang dan diikuti oleh orang India utara oleh itu ada pula digelarkan mazhab Utru Niki’i ertinya mazhab utara dan pengikutnya dipanggil orang Mahanikka yakni orang bermazhab Mahayana. Pengajaran dalam mazhab ini semakin lama semakin merebak dengan luasnya hingga masih kekal lagi dalam tanah India. Pada masa ini mazhab inilah yang banyak sekali diikuti oleh orang yang di sebelah timur itu seperti orang di dalam pulau Sumatera, Jawa, Bali, dan lain-lain termasuk juga Semenanjung Tanah Melayu pada zaman jahiliyyah. Demikian juga mazhab ini masih kuat dipegang dan di percayai hingga sekarang oleh orang-orang didalam tanah Annam, Kemboja, Jepun dan Korea.

Adapun sebab-sebab yang menjadikan merebak dan luas agama Buddha mazhab Mahayana di sebelah timur ini ialah apabila orang yang datang dari India mengembangkan agama mereka itu. Kebanyakannya daripada orang-orang India Utara seperti dari negeri Kashmir dan lain-lainnya, mereka itu lebih banyak sekali ialah daripada orang Buddha yang bermazhab Mahayana.

Oleh yang demikian itulah orang-orang di sebelah timur ini selain dari mengikut agama Brahman maka banyaklah pula yang megikut agama Buddha yang bermazhab Mahayana ini kecuali orang Siam-Thai yang masih tetap mengikut mazhab Hinayana.

Adapun kedatangan orang-orang Hindu ke sebelah timur pada masa itu biasanya mereka itu tinggal berkumpul-kumpul setelah perkumpulan mereka banyak jadilah ditempat itu negeri. Dengan hal itu dalam Tanah Melayu dan lain-lain pun mulailah terbuka negeri yang awal sekali yang belum pernah terbuka laig. Orang Hindu itu kedudukannya di dalam India suka dengan keadaan beraja-raja manakala mereka itulah mulai menduduki Tanah Melayu perasaan beraja-raja itu tidaklah juga hilang. Setelah negeri itu terbuka mulalah pula orang-orang Hindu itu melantik seorang penghulu atau rajanya yang menjalankan pemerintahan untuk keamanan dan keselamatan bangsa mereka. Oleh itu tiap-tiap sebuah negeri yang terbuka adalah pula dengan seorang raja pemerintahan sehingga terbukalah negeri itu sebuah lepas sebuah mengikut dimana adanya orang-orang Hindu itu berkumpul. Waktu itulah dalam bahagian utara Tanah Melayu mulai terbuka beberapa buah negeri-negeri seperti negeri Tambarlinggam, Gerahi, Takula, Langkasuka (Kedah) dan lain-lain kesemuanya negeri-neger- ini dikuasai oleh orang Hindu. Negeri Tambarlinggam itu ialah negeri Nakorn Sri Tammarat, atau Ligor yang ada di bawah pemerintahan Siam-Thai pada hari ini.

Orang-orang Hindu itu ialah bangsa yang tidak lupa kepada adat resam dan agamanya, dimana juga mereka tinggal sentiasalah dikerjakannya. Bila mereka telah mulai berkuasa dalam Tanah Melayu. Mereka pun membangunkan binaan-binaan agama mereka seperti rumah-rumah candi, berhala, dan lain-lainnya tempat pujaannya. Dengan yang demikian di mana-mana sahaja tempat yang telah pernah di diami oleh orang Hindu itu dapatlah diketahui daripada bekas-bekas atau kesan dari binaan yang tersebut itu.

Orang-orang Hindu itu bila mereka tinggal di mana-mana tempat sahaja sentiasalah mereka berbaik-baik dan bercampur gaul dengan penduduk-penduduk di tempat itu, akhirnya mereka dapat bersemenda-semendi dan berkahwin di antaranya. Oleh itu jadilah bertambah-tambah ramailah zuriat keturunan mereka denga kerana percampuran itu yang akhirnya zuriat keturunan itulah yang menerima pusaka dapat mengusai seluruh kawasan timur ini.

Di sin marilah kita memeriksakan sedikit hal ehwal penduduk-penduduk di salam Semenanjung Besar Indochina iaitu tempat terdirinya negeri Siam pada hari ini supaya senanglah kita memahamkan bila disebut-sebut hal-hal yang berkenaan dengan Tanah Melayu yang akan disebut dibelakang.

Bahawa dalam masa sebelum kedatangan orang-orang Hindu. Ke sebelah timur ini adalah di tengah-tengah Semenanjung Besar Indochina pada masa itu telah didiami oleh beberapa bangsa daripada penduduk-penduduk tempatan yang telah ada denga negeri dan kerajaan masing-masing. Manakala sampai kedatangan orang-orang Hindu ke sana maka berlakulah juga keadaannya seperti kedatangan mereka di Tanah Melayu iaitu orang-orang Hindu telah diangkat oleh anak-anak negeri itu menjadi gurunya. Dengan yang demikian tiadalah payah jika agama mereka terlalu senang menjadi kembang dan biak hingga akhir seluruh penduduk di dalam negeri-neger itu telah berpaling memeluk agama-agama yang dibawa oleh orang-orang Hindu itu. Anak-anak negeri itu sangatlah menghormati dan memuliakan kedatangan orang-orang Hindu hingga ada di antaranya yang telah suka menyerahkan daulat pemerintahan negeri kepada orang-orang Hindu itu menjadi sebagai juru-juru khidmat kepadanya.

Adapun di tengah Semenanjung Besar Indochina pada masa itu telah terdiri 3 buah kerajaan yang berasing-asing iaitu kerajaan bangsa Khmer duduknya di sebelah timur, kerajaan Lao duduknya di tengah-tengah Semenanjung yang menjadi tempat negeri Siam pada hari ini dan ketiga kerajaan bangsa Mon. Sekalipun ketiga-tiga bangsa ini mempunyai pemerintahan masing-masing akan tetapi adat istiadat agama serupa sahaja kecuali bangsa Mon dan bangsa Khmer itulah sahaja yang lebih banyak terpengaruh oleh Hindu hingga raja-rajanya pun daripada orang-orang Hindu juga.

Adalah cara-cara pemerintahan Lao pada masa itu telah dibahagikan kepada empat buah jajahan dan masing-masing mempunyai ibu negerinya sendiri. Maka diantara empat buah jajahan itu yang lebih terkenal sekali ialah jajahan yang bernama Siam dan ibu negerinya terletak dibahagian utara jajahan Bangkok, jajahan inilah yang lebih besar sekali daripada jajahan-jajahan yang lain itu.

Apabila orang-orang Thai yang duduk di selatan negeri China telah datang menakluk kawasan atau jajahan itupun digelarkan negerinya dengan nama negeri Siam juga. Dengan sebaba inilah hingga sampai pada hari ini pun orang Thai itu telah masyhur dan dikenali oleh dunia dengan nama Siam ini juga.

Adapun ketiga-tiga buah kerajaan itu telah kekal kekuasaanya masing-masing hingga sampai pada kurun Masehi yang ke-9 kemudian baharulah kedudukan mereka berubah iaitu kekuasaan kerajaan Lao telah jatuh dan telah ditakluk oleh bangsa Khmer dan akhirnya kekuasaan bangsa Khmer ini telah dirampas oleh orang Thai hingga dalam kurun Masehi yang habis termasuk dibawah kekuasaan orang Thai. Dari semenjak itu terhapus semua sekali kuasa bangsa Khmer dalam tanah Siam itu seperti juga bangsa Lao.

Sungguhnya ketiga-tiga buah kerajaan yang tersebut selalu membuat perhubungan dengan seluruh negeri dan kerajaan yang lain. Di antaranya termasuk kerajaan-kerajaan yang memerintah yang ada dalam seluruh pulau-pulau yang di selatan. Pada masa itulah juga orang daripada ke tanah Siam telah mulai beransur-ansur turun ke selatan dan menumpu ke Tanah Melayu kerana meluaskan penghidupan mereka.

Dan dengan kerana orang yang datang itu dari tanah Siam maka itulah sebabnya orang-orang dalam Tanah Melayu memanggil mereka dengan orang-orang Siam. Supaya jangan bersubahat dengan orang-orang Thai yang ada sekarang ini maka kita panggilkannya Siam asli ertinya orang Siam asli yang menduduki dalam tanah Siam yang tersebut itu dahulu daripada kedatangan orang Siam-Thai sekarang ini.

Adapun kedatangan orang-orang Siam asli ke Tanah Melayu ini ialah dengan cara beransur-ansur dari suatu puak kepada suatu puak. Maka mengikut kenyataan dalam kitab-kitab sejarah bahawa masa kedatangan mereka itu ke Tanah Melayu ialah dalam kurun Masehi yang ke-4 dan yang ke-5 lagi dengan keadaan yang begitu lama menjadi ramailah mereka itu menduduki dalam Tanah Melayu. Setelah orang-orang Siam asli mulai mendesak kekuasaan orang-orang Hindu dengan jalan bercampur gaul dan bersemenda-semendi. Akhirnya menyebabkan darah-darah orang Hindu itu bercampur dengan darah Siam asli yang membawa kekuasaan orang-orang Hindu itu lemah hingga akibat dari percampuran ini raja Hindu pun telah berubah menjadi darah Siam asli. Akhirnya dengan beransur-ansur kekuasaan orang Hindu dalam Tanah Melayu itu pun jatuhlah pula ke orang-orang Siam asli.

Setelah orang-orang Siam asli dapat berkuasa dalam Tanah Melay, maka sentiasa mereka mendesak hingga bertambah-tambah maju dan jauh masuk ke Selatan Tanah Melayu seperti negeri-neger Gelangggayu, Gangga Negara, Pahang dan lain-lain pada masa itulah yang dikatakan orang Siam asli telah berkuasa dalam Tanah Melayu.

Maka kekuasaan orang-orang Siam asli dalam Tanah Melayu itu telah kekal beberapa ratus tahun lamanya hingga sampai dalam kurun Masehi yang ke-8. kekuasaan mereka pun mulai lemah kerana pada masa itu terdiri sebuah kerajaan orang-orang Melayu dalam Pulau Sematera iaitu kerajaan Sri Wijaya. Kerajaan ini telah datang menakluk negeri orang Siam asli dalam Tanah Melayu dan akhir sekali seluruh Tanah Melayu dapat ditakluk oleh kerajaan Sri Wijaya itu dan terhapus semua sekali kekuasaan orang-orang Siam asli. Tambahan pula pada masa itu juga pusat pemerintahan orang-orang yang dalam tanah Siam telah dapat dirampas kekuasaannya oleh orang-orang Thai yang datang dari selatan negeri China, hingga di sini hilanglah kekuasaan orang-orang Siam asli dalam Tanah Melayu.

Adapun asalnya tempat kedudukan orang-orang Thai itu dalam daerah-daerah yang di selatan iaitu dalam jajahan Sze Chuan, Yunnan dan lain-lain. Oleh kerana orang-orang Thai dalam negeri China itu sentiasa ditindas, dihimpit dan diserang oleh orang-orang China yang lebih kuat kuasanya maka teraksalah orang-orang Thai melarikan diri merantau turun ke sebelah selatan melalui di tengah-tengah Semenanjung Besar Indochina dengan beransur-ansur dari suatu puak ke suatu puak, di mana sahaja tempat yang mereka rasa aman dan selamat daripada himpitan orang-orang China, maka di situlah mereka membuat negeri. Setelah beberapa tahun lamanya banyaklah negeri yang telah dibuka oleh orang-orang Thai iaitu dalam kawasan yang di utara negeri Siam yang tersebut.

Di antaranya datanglah pula sebuah angkatan orang Thai yang melarikan diri itu membuka negeri berhampiran dengan kawan tanah Siam yang dikuasai oleh bangsa Khmer. Kemudian mulalah orang-orang Thai itu menyerang mendesak kekuasaan bangsa Khmer itu hingga akhirnya seluruh tanah Siam pun dapatlah ditakluk oleh orang Thai. Kemudian bangsa Khmer itu telah terpaksa melarikan diri ke sebelah tenggara dan dapatlah mereka mendirikan sebuah kerajaannya semula dalam negeri Kemboja sehingga kerajaan telah kekal sampai sekarang.

Demikianlah juga seluruh tanah Siam itupun telah dapat ditakluk oleh orang Thai dan mereka telah mendirikan sebuah kerajaan yang tetap dan telah kekal kekuasaannya hingga telah terkenal dengan nama kerajaan Thai sampai pada hari ini.

Sekarang marilah pula kita mengetahui akan hal ehwal keturunan orang-orang Melayu itu dan dari mana asalnya kedatangan mereka masuk menduduki dalam Semenanjung Tanah Melayu ini. Adapun datuk nenek orang-orang Melayu itu asalnya bertempat dalam pulau Perca atau pulau Sumatera. Dalam masa kedatangan orang-orang Hindu ke Tanah Melayu maka beberapa banyak pula di antara mereka itu yang telah belayar arah ke timur dengan menumpu kepada pulau yang di selatan dan yang timur Tanah Melayu itu, diantara pulau-pulau itu ialah pulau Sumatera, manakala orang Hindu itu datang ke sana tinggallah mereka itu dengan bercampur gaul dengan penduduk-penduduk asli dalam pulau itu sehingga terdirilah beberapa buah kerajaan yang didirikan oleh zuriat orang-orang Hindu itu.

Pada masa itu kedudukan orang-orang Jakun itu tidak bernegeri tetapi mereka ada berkampung halaman ada dengan ketua-ketua mereka dan pandai pula mencari penghidupan seperti menangkap ikan dan lain-lain. Demikian juga mereka pandai membuat dan menggunakan perahu dalam lautan sertan berani mereka melayarkan perahu-perahu itu hingga jauh ke tengah lautan kerana mencari penghidupannya.

Apabila orang-orang Hindu itu datang ke sana dan bercampur gaul dengan bangsa Jakun itu hingga sampai beranak dan bercucu cicit menjadi zuriat keturunannya yang besar. Maka daripada zuriat keturunan inilah yang menjelmakan pula sejenis bangsa manusia yang baharu yang menggelarkan dirinya “orang Melayu” ertinya orang mulia.

Sungguhnya orang Melayu ini keadaannya adalah lebih maju dan bertamadun lebih tinggi daripada datuk nenek mereka yang asal itu. Oleh kerana mereka telah dapat mempukasai kebudayaan dan kemajuan dari dua belah pihak iaitu dari pihak bangsa Jakun dan dari pihak orang-orang Hindu. Melayu ini adalah juga beragama dengan mengikut agama-agama datuk neneknya iaitu agama Buddha mazhab Mahayana atau Mahanika dan agama Brahman.

Manakala kedudukan orang-orang Melayu ini bertambah hari bertambah ramai maka terpaksalah mereka berpindah dan merantau ke seluruh daerah dan daripada orang-orang Melayu inilah yang telah membuka beberapa buah negeri dalam pulau Sumatera itu. Setengah daripada mereka itu telah keluar dari pantai-pantai pulau Sumatera dengan pelayarannya merantau ke seluruh pulau-pulau dan bumi-bumi besar yang di sebelah tenggara benua Asia seperti gugusan pulau Melayu termasuk juga pulau Hawai dan pulau Jepun yang di dalam bahagian lautan Pasifik dan ke pulau-pulau Andaman. Ceylon, Naikobar, Mandagaskar dan lain-lain yang di dalam bahagian lautan India. Sehingga ada pula di antara pelayaran orang-orang Melayu itu telah mendarat dan bernegeri di sebelah pantai-pantai tenggara benua Asia.

Maka pelayaran mereka ada yang berulang-alik dan pula sesetengahnya telah langsung tinggal mendiami pada tempat-tempat itu sehingga beranak dan bercucu cicit menjadi penduduk-penduduk dalam seluruh tempat-tempat tersebut. Oleh sebab itulah segala pulau-pulau di dalam lautan Pasifik dan lautan Hindi serta dalam beberapa tempat di pantai-pantai tanah besar benua Asia ini, telah di dapati penduduk-penduduknya adalah keturunan orang Melayu purbakala. Demikian itulah juga beberapa buah pulau-pulau yang ada di sebelah timur ini digelarkannya “gugusan pulau-pulau Melayu” iaitu gugusan pulau yang diduduki oleh orang Melayu yang berketurunan daripada datuk nenek mereka purbakala.

Adapun pada beberapa tempat di pantai-pantai benua Asia ini banyaklah di antaranya yang telah pernah dilawati dan di diamai oleh orang-orang Melayu purbakala. Istimewanya di Semenanjung Tanah Melayu ini yang telah digelarkan dengan nama Tanah Melayu khasnya maka diantara tempat-tempat yang tersebut itu sesungguhpun pada masa ini telah tiada lagi diduduki oleh orang-orang Melayu akan tetapi daripada riwayat dan sejarah serta melihat kepada kesan-kesan serta nama-nama tempat atau kampung dan sebagainya nyatalah telah pernah diduduki oleh orang-orang Melayu pada zaman purbakala. Setengah daripadanya ialah di dalam bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu iaitu kawasan yang di bawah takluk kerajaan Siam-Thai sekarang telah didapati banyak tempat-tempat atau kampung-kampung yang masih bergelar dengan nama Bahasa Melayu hingga sampai pada hari ini.

Didalam buku Tarawikh Siam-Thai, Singgora ada menyatakan bahawa pada suatu tempat yang di pantai utara kuala negeri Singgora atas suatu pinggir bukit yang bernama Kho Deng atau Bukit Merah, Pada masa purbakal telah terdiri sebuah negeri orang-orang Melayu di sana tetapi bilakah negeri itu terdiri dan apakah nama negerinya tidaklah dapat diketahui dengan sah. Dalam hal itupun telah dipercayai barangkali negeri inilah yang digelarkan negeri Singgora dari awalnya kerana Singgora itu ertinya ialah bukit.

Lebih lanjutnya telah didapati di dalam buku tawarikh negeri Pathlung ada menyatakan bahawa adalah raja yang memerintah negeri yang tersebut itu telah beragama Islam namanya Sultan Sulaiman. Kerajaan orang-orang Melayu ini pada akhirnya telah ditewaskan oleh musuhnya. Dan Sultan Sulaiman itu telah mati di dalam peperangan. Oleh sebab itu sekalian rakyat negerinya telah menjadi berpecah-belah dan berporak-peranda setengah daripada mereka itu telah melarikan diri ke utara lalu membuka negeri baharu di dalam jajahan Pathalung atau Bedelung yang ada dibawah pemerintah kerajaan Siam-Thai pada hari ini. Adapun mayat al-Marhum Sultan Sulaiman itu telah dikuburkan di negeri bagindanya juga. Kawasan makam perkuburan itu masih lagi dapat dilihat pada masa ini yang hanya penuh dengan hutan rimba sahaja. orang-orang Melayu di dalam negeri Singgora dan Nakorn Sri Thammarat memanggil makam perkuburan itu “Hum” yakni al-Marhum hingga sekarangpun maih banyak juga dilawati oleh pendduduk negeri itu pada tiap-tiap tahun.

Selain daripada itu ada pula sebuah negeri yang terebut di dalam buku sejarah bangsa-bangsa dalam Indochina Perancis, iaitu namanya negeri Champa. Negeri ini ialah neeri yang dibuka oleh orang-orang Melayu yang melawat ke sana pada zaman purbakala. Ibu negerinya bernama Inderapura, negeri ini sangatlah masyhur kekuasaannya pada zaman itu, iaitu Masehi 1471 negeri itupun dapatlah ditewas oleh musuhnya. Kemudian telah jatuh tertakluk kepada orang-orang Annam hingga sekarang tiadalah lagi dapat diketahui di mana duduknya negeri Champa itu hanya yang menjadi sebutan ialah di dalam buku-buku sejarah sahaja.

Maka daripada kenyataan-kenyataan yang tersebut di atas itu telah menunjukkan bagaimana kuatnya semangat mereka hingga dapat berkuasa di dalam negeri orang yang nama sangatlah jauh bezanya dengan orang-orang Melayu pada hari ini.

Adapun kedatangan orang-orang Melayu dari Sematera ke Tanah Melayu, mula-mulanya mereka itu berkediaman di tepi-tepi pantai dan pulau-pulau yang berhampiran dengannya sahaja iaitu mulai dari pantai-pantai selatan kemudian beransur-ansur masuk ke utara Tanah Melayu. Sungguhpun pada masa itu orang-orang Siam asli sedang berkuasa di dalam Tanah Melayu tetapi kekuasaannya ialah di dalam kawasan yang di tengah-tengah bumi yang jauh dari laut sahaja kerana biasanya orang-orang Siam asli itu tidak berapa suka tinggal di tepi-tepi laut. Oleh itu didapati bahawa negeri-neger yang dibuka oleh mereka itu. Banyak terdiri di tengah-tengah bumi yang jauh dari laut sahaja.

Yang demikian bila orang-orang Melayu yang datang ke Tanah Melayu hanya tinggal di tepi-tepi pantai sahaja itu tidak menjdai apa-apa pertilangkahan atau permusuhan dengan orang Siam asli itu kerana masing-masing ada tempat kediamannya. Istimewanya pula orang-orang Melayu pada masa itu telah memakai adat istiadat dan agama yang sejenis degan orang-orang Siam asli maka dapatkalah mereka hidup berbaik-baik. Sebenarnya kedatangan orang-orang Melayu pada masa itu tidak adalah tujuan selain daripada menumpang hidup bersama-sama di dalam Tanah Melayu tetapi maka semakin hari semakin banyak kedatangan orang-orang Melayu sehingga rata seluruh Tanah Melayu diduduki oleh mereka itu iaitu di seluruh pantai-pantai timur, barat dan selatan sampai ke utara. Berbetulan pula pada masa itu kerajaan Sri Wijaya dalam pulau Sumatera telah meningkatkan kekuasaan maka dewasa itu berubahlah tujuan orang-orang Melayu dari secara orang menumpang kepada cara hendak mengambil kekuasaan di dalam Tanah Melayu. Langkah ini telah dimulai dengan seorang daripada anak Sri Wijaya yang bernama Raja Nila Utama telah datang membuka negeri Temasek dan di situlah telah sedia didiami oleh orang-orang Melayu lebih dahulu lagi sehingga telah menjadi sebuah kerajaan serta memerintah di situ dengan bergelar Singapura dan di situlah negeri yang awal sekali didirikan oleh orang-orang Melayu yang akhirnya negeri mereka itu pun habislah ditakluk oleh Raja Siam asli di dalam Tanah Melayu.

Sekarang marilah pula kita mengetahui dan mengambil kedudukan kerajaan Sri Wijaya itu dengan secara ringkasnya. Adapun kerajaan Sri Wijaya purbakala di dalam pulau Sumatera iaitu kerajaan yang pertama sekali bagi orang Melayu yang berkuasa di dalam pulau itu dan telah terkenal semenjak kurun Masehi yang pertama lagi pusat pemerintahannya ialah di dalam negeri Palembang pada masa ini. Orang-orang yang membuka negeri itu ialah orang-orang Melayu yang beragama Hindu yang dipanggil juga orang-orang Melayu Hindu, kerajaannya telah diperintah oleh beberapa orang keturunan rajanya dan dinamakan keturunan Raja Silen. Maka dipercayai juga raja yang awal membuka dan memerintah diatas takhta kerajaan Sri Wijaya itu bernama Raja Silen. Ada juga sebagai keterangan atas ketinggian kekuasaan pada masa itu.

Sesungguhnya kerajaan Sri Wijaya telah maju dengan luasnya hingga kepada kurun yang ke-14 baharulah terhapus kuasanya. Di dalam masa ia berkuasa itulah semua negeri yang diperintah oleh orang Siam asli telah habis sekali ditakluknya seperti Tanah Melayu. Sumatera, Jawa, Bali dan lain-lain. Hingga di dalam kurun yang ke-8 Sri Wijaya telah berjaya dapat menakluk negeri Melaka dan kemudian dalam kurun Masehi yang ke-9 kekuasaan Sri Wijaya makin bertambah-tambah besar merebak sehingga baginda dapat menakluk negeri Nakorn Sri Thammarat serta beberapa buah negeri di sebelah selatan Siam hingga ke utara iaitu dapat menakluk negeri Nakorn Pathum atau Nika Patam yang duduk di sebelah barat kota Bangkok pada hari ini.

Dewasa itulah Sri Wijaya telah membangunkan rumah-rumah candi yang besar di dalam negeri Nakorn Sri Thammarat dan Nakorn Pathum maka di antara rumah-rumah candi itu masih lagi ada tertinggal di dalam dua buah negeri yang tersebut hingga pada hari ini. Dari semenjak itulah kekuasaan orang-orang Siam asli dalam Tanah Melayu bertukar kepaa orang-orang Melayu dari Sumatera. Pada masa itu, orang Melayu sentiasalah datang ke Tanah Melayu dengan bebasnya sehingga mereka telah mendesak masuk ke seluruh Tanah Melayu dan membuka beberapa buah negeri iaitu Johor kemudian Selangor, Terengganu, Perak, Kelantan, dan Patani. Semua negeri-neger ini tertunduk di bawah Sri Wijaya juga.

Adapun kekuasaan kerajaan Sri Wijaya itu masih terus berdiri dan majunya hingga hampir pada akhir kurun Masehi yang ke-14. setelah itu maka kekuasaannya mulalah beransur-ansur lemah kerana pada masa itu negeri Palembang pusat pemerintahannya dalam Sumatera telah terjatuh ke tangan kerajaan Majapahit iaiatu sebuah kerajaan yang baharu berkuasa di pulau Jawa iaitu dalam tahun Masehi 1377. Dan pada tahun ini juga kerajaan Majapahit telah dapat menakluk negeri Singapura hingga seluruh negeri-neger dalam Tanah Melayu.

Pada masa kerajaan Sri Wijaya mulai beransur-ansur hilang kekuasaan ini maka orang-orang Thai yang telah dapat menduduki dan berkuasa di tanah Siam itu pun datanglah mereka menyerang dan menakluk negeri Nakorn Sri Thammarat serta negeri yang di selatan Siam. Sehingga di sini kekuasaan Sri Wijaya di dalam Tanah Melayu dan di tanah Siam pun terhapus semua sekali tiada berketinggalan lagi, pada masa itu Tanah Melayu terasing menjadi dua bahagian iaitu bahagian utaranya telah diperintah oleh kerajaan Thai dan bahagian selatannya telah ditakluk oleh kerajaan Majapahit.

Sungguhpun seluruh negeri Melayu telah tertakluk kepaa kerajaan Majapahit tetapi oleh kerana pusat pemerintahannya terletak dalam Pulau Jawa yang terlalu jauh duduknya dari Tanah Melayu, maka terbiarlah negeri-neger Melayu itu diperintah oleh rajanya masing-masing. Apabila kerajaan Majapahit itu telah hilang kuasanya kerana ditakluk oelh sebuah kerajaan Islam yang di tanah Jawa semakinlah terbiar hal ehwalnya dalam Tanah Melayu. Kemudian kekuasaan pemerintahan terpulanglah semula kepada raja-raja Melayu itu memerintah negeri masing-masing dan dari semenjak itu tetaplah raja-raja Melayu menduduki atas takhta kerajaannya dengan bebas tidak diganggu oleh siapa-siapa lagi. Itulah asas bagi kemerdekaan negeri-neger dalam Tanah Melayu hingga sampai ke hari ini.

Tatkala lahirnya agama Islam dalam Semenanjung Tanah Arab yang dibawa oleh junjungan Nabi Muhammad s.a.w. maka menjalarlah ia ke tanah India dan dari tanah India itulah agama Islam telah dibawa ke Tanah Melayu serta pulau-pulau yang di sebelah timur ini. Ahli-ahli tawarikh telah menyatakan bahawa dalam negeri Kedah ialah awal-awal negei Melayu yang diduduki oleh orang Islam dari semenjak kurun Masehi yang ke-9 lagi mereka itu ialah saudagar Arab, India dan Parsi yang datang berniaga ke Tanah Melayu.

Di dalam tahun Masehi 1403 seorang daripada raja Melayu Hindu yang memerintah atas kerajaan Melaka dengan suka harinya sendiri telah memeluk agama Islam. Baginda ini dlaam masa beragama Hindu bergelar Raja Parameswara dan manaka beragama Islam baginda bergelar Sultan Muhammad Syah. Kemudian daripada itu Raja Maha Wangsa yang memerintah negeri Kedah pula telah memeluk agama Islam serta digelarkan dengan nama Sultan Mansur Syah. Semenjak itu agama Islam telah bertambah-tambah luas dan merebak ke seluruh negeri di dalam Tanah Melayu hingga ke dalam beberapa buah jajahan yang di bawah pemerintahan Siam. Demikian jua orang-orang Siam sendiri pun ada juga memeluk agama Islam itu iaitu dipanggil orang-orang Sam-sam.


Bab 2 :Pembangunan Negeri Patani Dan Keturunan Raja-Rajanya

Dalam masa negeri Kedah telah dibuka menjadi sebuah negeri yang masyhur serta terbuka pula pulau Singapura dan Melaka oleh orang-orang Melayu yang datang dari pulau Sumatera maka dewasa itu negeri Patani belum lagi tersebut namanya sehingga beberapa tahun kemudian, dalam hal itupun telah dipercayai bahawa dalam kawasan negeri Patani. Pada masa itu juga telah diduduki oleh orang-orang Siam asli kerana telah diketahui dengan sahnya pada zaman purbakala seluruh Tanah Melayu memang lebih dahulu diduduki oleh mereka itu. Sungguhpun pada masa itu telah ada orang-orang Melayu yang datang dari pulau Sumatera menduduki di tepi pantai laut Tanah Melayu hingga setengah daripada mereka itu telah dapat berkuasa dan bernegeri sebelah selatannya seperti Singapura dan Melaka. Akan tetapi kekuasaan orang-orang Melayu itu belum lagi meliputi hingga ke sebelah utaranya oleh kerana itu juga terdiri kekuasaan orang-orang Siam asli di utara Tanah Melayu dengan bebasnya seperti dalam Pahang, Kedah, Kelantan demikian juga Patani dan lain-lain. Sekalian pemerintahan orang Siam asli dalam negeri ini adalah bernaung kepada pusat pemerintahan yang terdiri di Ligor atau Nakorn Sri Thammarat.

Maka dalam masa itulah juga didalam Patani telah terdiri sebuah kerajaan orang-orang Siam asli yang terletak pusat pemerintahan dalam di daerah Perawan (1) tetapi nama negerinya yang sebenar belum didapati yang sah hanya ada tersebut dalam Cetera Negeri Patani mengatakan iaitu bergelar negeri “Kota Mahligai” (2). Melihat daripada kesan-kesannya yang ada sekarang, nyatakan negeri ini sebuah negeri yang besar juga dan diperintah oleh beberapa orang raja-rajanya dan akhir sekali diperintah oleh seorang raja yang bernama (3). Di dalam masa pemerintahan Raja Sri Wangsa di Kota Mahligai itu telah pun ada orang-orang Melayu yang datang dari negeri-neger yang baharu dibuka disebelah selatan Tanah Melayu dan juga daripada Pulau Sumatera, mereka juga datang menduduki dan mendiami pada tepi-tepi pantai lautan. Maka adalah negeri Kota Mahligai itu diduduknya terlalu jauh ke daratan hingga berpuluh-puluh batu jauhnya dari muka laut kerana kebiasaannya orang-orang Siam asli itu tidak berapa suka tinggal di tepi-tepi laut. Dengan hal yang demikian negeri Kota Mahligai sangatlah sukar hendak didatangi oleh orang-orang dagang dan ahli-ahli perdagangan kerana duduknya terlalu jauh dari muka laut, menyebabkan kemakmuran dan kemewahan dalam Kota Mahligai itu pun semakin hari semakinlah kurang. Akhirnya penduduk dalam negeri itu terpaksa keluar mencari penghidupan di luar kota negeri. Dan mulalah negeri Kota Mahligai kekurangan penduduknya sebaliknya pula, dalam kampung-kampung yang baharu dibuka oleh orang-orang Melayu di tepi pantai-pantai laut itu semakin bertambah-tambah maju dan ramai. Apabila dalam kawasan itu telah dibuka menjadi kampung makan perahu-perahu dagangan pun selalulah singgah menjual dagangan. Demikian juga ahli-ahli perdagangan itu ada pula yang suka tigngal berkerja dan berniaga di situ.

Dewasa itulah juga di pantai laut negeri Patani telah terdiri sebuah kampung yang asalnya didiami oleh seorang tua Melayu mendai nelayan (penangkap ikan) bernama “Tani” orang tua ini sangatlah baik budi bahasanya istimewa menjadi ketua kaum nelayan di situ. penduduk-penduduk dalam kampung itu sentiasalah menghormat dan muliakan dia sehingga diberi gelarang sebagai seorang bapa iaitu dipanggilnya “Pak Tani”. Dan kampung itu pun semakin hari semakin banyaklah orang yang datang menumpang hingga akibatnya dinamakan mereka Kampung Pak Tani.

Kampung ini terletak di dalam suatu kawasan yang sangat elok iaitu tanahnya datar dan tinggi sangat jauh dari tenggelam. Bila kedatangan musim bah pantainya menjadi sebuah teluk yang luas serta di hadapannya menganjur sebuah tanjung yang panjang sehingga dalam teluk itu boleh menjadi sebuah pelabuhan perahu-perahu dan kapal-kapal yang sangat baik kerana terselamat dari bahaya ombak dan tiupan angin ribut. ahli-ahli nelayan di dalam Kampung Pak Tani itu selalulah mereka berkerja menangkap ikan dan barang-barang laut dalam teluk ini dengan tidak payah lagi mereka keluar hingga jauh ke tengah laut. Di dalam kawasan tanah datar yang tinggi itulah pula penduduk Kampung Pak Tani berbuat bendang padi serta berhampiran dengan Kampung mereka ada pula sebuah anak sungai yang menjadi jalan kepada perahu-perahu kelaur masuk dari laut ke daratan dengan senang iaitu Sungai Gerisik sekarang ini. Oleh itu tidak berapa lama kampung Pak Tani itu pun semakin besar penduduknya semakin ramai sehingga jadilah ia sebuah bandar yang besar pula di tepi pantai itu dan sentiasalah ia menjadi tumpuan ahli-ahli perniagaan serta kedatangan mereka ke bandar itu pun tiadalah berkeputusan.

Dalam masa Kampung Pak Tani sedang bertambah besar hingga menjadi sebuah bandar itu, maka dalam negeri Kota Mahligai semakin pula sunyi kerana banyak penduduknya berpindah keluar. Akhirnya Raja Sri Wangsa sendiri pun mengambil keputusan akan pindah dari Kota negeri itu. Kerana telah bertambah kurang rakyat jelatanya setelah itu baginda pun berpindahlah dengan sekalian kaum kerabat diraja dan rakyat jelata, mendirikan sebuah istana yang besar berhampiran dengan Kampung Pak Tani itu iaitu dalam daerah Gerisik. Kota istana ini telah didirikan di seberang sungai yang berhadapan dengan Kampung Pak Tani itu dan pintu kotanya menghadap arah ke sungai sampai senang berulang-alik denga perahu. Sungai itu dinamakan Sungai Penyeri bukannya Sungai Parit yang ada sekarang ini (Sungi Penyeri sekarang telah tertimbus)

Setelah siaplah kota istana baginda itu lalu diperintah galikan sebuah parit di sekelilling kota itu sebagai kubu yang akan menahankan segala serangan musuh ke dalam kota iaitu mengikut caranya pertahanan dizaman itu. Parit itu telah digali mulai Sunga Gerisik melalui di sebelah belakang kota baginda hingga bertemu pula dengan sungai itu dalam Kampung Parit. Semenjak itu Raja Sri Wangsa dengan sekalian kaum kerabat diraja dan rakyat jelata pun tetap bersemayam di dalam kota istana di Kampung Gerisik itu. Dan tertinggallah negeri Kota Mahligai dalam keadaan yang sunyi.

Pada masa itu tempat yang didirikan kota istana oleh Raja Sri Wangsa itu belumlah ada mempunyai nama lagi, tetapi dengan kerana duduknya berhampiran engan Kampung Pak Tani itu maka oleh orang ramai digelar dengan nama negeri Pak Tani tetapi dengan lama kelamaan kerana hendak menyenangkan panggilannya maka akhirnya disebutkan sahaja “negeri Patani” iaitu diringkas dari perkataan “Pak Tani”. Begitu juga bagi pihak orang-orang Arab yang datang berniaga di Patani selalu menyebutnya dengan “Fathoni” mengikut kesenangan lidah mereka. Semenjak iatu negeri Patani pun mulalah terkenal ke seluruh didunia timur dan barat hingga tetap mempunyai beberapa riwayat yang aneh dan ganjil dari dahulu hingga sampai di hari ini.

Setelah tetaplah Raja Sri Wangsa berkerajaan dalam negeri Patani maka negeri pun bertambah-tambah ramai dan perniagaan pun bertambah-tambah maju didatangi oleh ahli-ahli perdagangan luar negeri. Hingga beberapa tahun lamanya Raja Sri Wangsa itu pun mangkat dan takhta kerajaan Patani diganti oleh seorang puteranya yang bernama Raja Antira (Indera)

Pada masa itu raja pemerintah dan sekalian rakyat jelata dalam negeri Patani sedang beragama yang dibawa oleh orang-orang Hindu iaitu agama Buddha mazhab Mahayana. Berbetulan dewasa itu dalam Pulau Sumatera telah terdiri sebuah negeri yang bernama Pasai seluruh rakyat telah memeluk agama Islam tetapi disekeliling negerinya masih orang yang beragama Hindu. Dengan hal itu negeri Patani selalu diserang oleh orang-orang Hindu menyebabkan orang-orang Islam di dalam negeri Pasai sentiasa hidup menderita kesusahan sehingga setengah dari mereka itu telah berpindah ke negeri yang lain menyelamatkan diri masing-masing, diantara mereka itu ada yang telah melarikan diri menuju ke negeri Patani. Semenjak itu negeri Patani mulalah menerima kedatangan orang Islam dari negeri Pasai mereka telah membuat sebuah Kampung di situ, sekalian penduduk ialah dari orang-orang Pasai belaka kemudian kampung itu digelarkan kampung Pasai hingga sekarang gelaran Kampung Pasai masih ada lagi dalam negeri Patani.

Di antara Kumpulan orang-orang Islam Pasai itu adalah seorang orang tuanya yang alim dalam hukum-hukum agama Islam bernama Syeikh Safiyy al-Din. Orang tua ini selain dari alimnya, juga ia telah terkenal seorang dukun yang pandai mengubat bermacam-macam jenis penyakit. Demgan hal ini penduduk-penduduk dalam negeri Patani sangatlah menghormati dan memuliakan tuan Syeikh itu.

Pada suatu masa Raja Antira (Raja Patani) itupun menghidapi sejenis penyakit pecahlah tubuhnya atau penyakit kusta semakin lama semakin hebat penyakit itu. Banyaklah dukun-dukun atau tabib-tabib dari orang Siam asli telah dipanggil mengubati baginda, tetapi jangankan sembuh malahan semakin pula bertambah-tambah. Habislah sekalian dukun-dukun yang bijak dari segala bangsa telah mencuba mengubati baginda itu tidaklah juga sembuh. Lalu disuruh oleh baginda seorang hambanya memalu canang di seluruh ceruk negeri mencari siapa yang sanggup mengubati panyakit baginda itu serta menawarkan bebrapa hadiah yang banyak. Berjalanlah raja itu sambil memukul canang di serata-rata kampung dan dusun mencari dukun yang sanggup mengubati penyakit baginda tetapi tiadalah juga dapat sehingga masuklah hamba raja itu ke dalam kampung orang-orang Pasai. Manakala didengar oleh Syeikh Safiyy al-Din akan orang memalu canang itu keluarlah ia bertanya, “kenapa engkau memalu canang itu.” Jawab hamba raja itu, “adalah raja kami sedang menghadapai penyakit kusta, habis sekalian dukun dalam negeri ini mencuba mengubatinya tetapi tidak berjaya. Dengan sebab inilah berjalan memalu canang mencari sesiapa yang sanggup mengubat penyakit baginda itu dan baginda telah berjanji akan memberi sebaik-baik hadiah kepada mereka yang sanggup mengubatinya,” Maka berkata Syeikh Safiyy al-Din, “Berilah tahu kepada raja engkau, aku sanggup mengubat penyakitnya.”

Beberapa hari kemudian kelihatanlah Syeikh Safiyy al-Din datang ke kota istana dan masuk mengadap baginda Raja Antira. Sambil baginda bertitah, “Betulkah Tuan Syeikh sanggup penyakit kami?” Sembahnya, “Daulat Tuanku, ribuan ampun sangguplah patik mengubatnya tetapi dengan syarat hendaklah tuanku membuat perjanjian dengan patik terlebih dahulu.” Titah baginda, “apakah janji yang engkau kehendak itu?” jawab Syeikh Safiyy al-Din, “kehendak patik ialah sekiranya penyakit Duli Tuanku itu dapat patik sembuhkan hendaklah tuanku meninggalkan agama Buddha itu dan ikutlah agama patik iaitu agama Islam.” Kehendak Syeikh Safiyy al-Din itu telah diizinkan oleh baginda hingga beberapa hari kemudian penyakit baginda itu dapatlah disembuhkan oleh Tuan Syeikh itu. Maka amatlah sukacitanya baginda lalu dikurniakan beberapa banyak harta benda kepada Syeikh Safiyy al-Din tetapi janji baginda hendak mengubah agama itu tidaklah ditunaikan.

Dalam hal itu tiada berapa lama kemudian, penyakit baginda itu berbaliklah semula, disuruh baginda memanggil Syeikh Safiyy al-Din mengubatnya pula. Syeikh Safiyy al-Din sangguplah juga mengubatnya tetapi dengan syarat yang tersebut mana raja pun mengakulah. Setelah diubatkan beberapa hari kemudian penyakit itu pada kali baginda pun mungkir juga kehendak Syeikh itu tidak diturut hingganya penyakit itu berbalik pula kali ketiga maka disuruh pula Syeikh Safiyy al-Din mengubatnya. Pada kali ini Syeikh Safiyy al-Din berdatang semabah kepada raja itu menyatakan, “selagi Tuanku tidak menyempurkan janji Tuanku dengan patik selama itulah penyakit tuanku tidak akan sembuh.” Mendengar perkataan Syeikh ini bertitah bagind, “jika sembuhlah penyakit kali ini wajiblah aku sempurnakan janji aku itu,” Lalu Syeikh Safiyy al-Din pun mengubatlah pula penyakit baginda itu sehingga akhirnya sembuhlah dan sihat kembali tubuh baginda sebagai sedia kala.

Setelah itu baginda pun mempersilakan Syeikh Safiyy al-Din ke istananya serta disuruh ajar kepadanya mengucap dua kalimah syahadat. Syeikh Safiyy al-Din pun sangatlah sukacita kerana kehendaknya telah berjaya dan diajarkan baginda itu mengucapkan dua kalimah syahadat. Semenjak itu baginda pun tetaplah memeluk agama Islam dan perpaling dari agama Buddha.

Dengan kehendak Raja Antira itu maka Syeikh Safiyy al-Din telah dilantik menjadi guru mengajar hukum-hukum Islam di dalam istananya dan diberi gelaran kebesaran kepadanya “Datuk Sri Raja Fiqih. Yang demikian tinggallah Datuk Sri Raja Fiqih

Mengajar hukum-hukum Islam kepada baginda, kaum kerabat diraja dan orang-orang besarnya sehingga bebrapa lama habislah sekalian mereka itu memeluk agama Islam. Setelah itu mulalah pula agama Islam menjalar keluar dari istana di raja itu beransur-ansur masuk ke tengah masyarakat rakyat kelata negeri Patani dan akhirnya habislah orang-orang Patani memeluk agama Islam serta agama Hindu itupun mulalah beransur-ansur lemah dengan tidak diperduli lagi oleh orang-orang Patani. Seterusnya patung-patung berhala Buddha dan tempat persembahan mereka habislah runtuh dan binasa.

Semenjak itulah rakyat-rakyat dalam negeri Patani telah menerima agama Islam dan menjadi agama kebangsaannya hingga sampai pada hari ini. Pada suatu hari Datuk Sri Raja Fiqih Itu telah mengadakan suatu keramaian menabalkan Raja Antira menjadi Sultan mengikut istiadat secara Islam serta digelarkan nama baginda itu “Sultan Muhamad Syah”. kemudian diatur gelaran nama sekalian orang-orang besar raja mengikut sebagaimana gelaran yang dipakai di dalam negeri-negeri Melayu iaitu gelaran pada pangkat menteri-menterinya dipanggil datuk danorang kaya sehingga gelaran itu telah terlekat beberapa lamanya.

Manakala telah sempurnalah mengatur hal ehwal di dalam negeri maka Sultan Muhamad Syah menyusun pula urusan luar negeri iaitu telah dikirim suatu rombongan utusannya kepada Sultan Melaka guna merapatkan tali persahabatan diantara dua buah negeri ini. Istimewa neger Melaka telah terkenal sebuah negeri Melayu yang tertua dan lebih dahulu sekali memeluk agama Islam. Pada masa itu sultan yang memerintah neger Melaka ialah Sultan Muhamad Syah (4) manakala sampai rombongan utusan kerajaan Melayu Patani itu ke Melaka, telah disambut oleh sultan Melaka dengan penuh kehormatannya, sewaktu utusan itu kemabali ke Patani banyaklah pula dikirim barang-barang persembahan hadiah kepada sultan Patani.

Tiada berapa tahun kemudian, Sultan Muhamad Syah menghatar pula suatu utusannya ke negeri Siam (5) yang berkerajaan di Ayuthia kerana menyambung persahabatan baginda dengan Raja Siam-Thai. Dari semenjak itulah negeri Patani pun mulailah dikenal oleh dunia luar sehingga namanya telah dikenali oleh seluruh bangsa timur dan barat lebih daripada mara kerajaan ayahandanya lagi. ahli-ahli perniagaan mulalah menumpu ke negeri Patani menjual beli barang dagangan mereka. Mereka itu ialah orang-orang Siam-Thai, China, Jepun, Jawa, India dan Arab melainkan orang-orang Eropah sahaja yang belum tiba ke Patani.

Keadaan di dalam negeri Patani semakin hari semakin bertambah ramai serta perniagaan antarabangsa itu sentiasalah maju. Manakala di kuala atau muara sungai Patani selalulah disinggah oleh kapal perniagaan yang membawa barang dagangan dari luar negeri sehingga kemajuan di dalam negeri Patani pada masa itu tiadalah kurangnya dari negeri Melaka yang lebih tua daripadanya. Kemajuan dalam negeri Patani masih terus berjalan hingga sampai pada tahun Masehi 1516 iaitu abad kedatangan bangsa-bangsa Eropah ke Asia Timur. Dalam tahun inilah negeri Patani

Mula merima kedatangan sebuah kapal orang-orang Portugis dari Melaka membawa berbagai-bagai jenis barang dagangan dengan maksud akan berniaga dalam negeri Patani. Pada masa itu negeri Melaka telah dapat ditakluk oleh orang-orang Portugis Manakala sampai kapal Portugis itu di Kuala Patani naiklah kaptennya ke darat mengadap baginda sultan dan meminta kebenaran hendak berniaga di negeri Patani. Permintaan itu telah diizinkan oleh baginda lalu naiklah orang-orang Portugis itu ke darat mendiri sebuah gedung perniagaannya di bandar Patani. Maka inilah tarikhnya negeri Patani mulai menerima kedatangan bangsa Eropah yang pertama kali masuk berniaga dalam negeri Patani.

Kedatangan orang-orang Portugis ke timur Asia ini adalah semata-mata dengan maksud mahu berniaga, di benua Eropah mereka telah menubuhkan sebuah syarikat perdagangan yang bermaksud hendak meluaskan perniagaan mereka dalam kawasa timur ini. Pada awal kurun Masehi ke-15 itulah kapal perniagaan orang-orang Portugis telah mula bertolak dari Eropah menuju ke tanah India. Dari sini baharu mereka mendengar akan kemasyhuran negeri Melaka di dalam segi perniagaan. Semenjak itulah Melaka telah menjadi sasaran kedatangan orang-orang Portugis, tetapi manakala mereka melihat kedudukan Melaka itu elok dalam segi perniagaan lebih dari yang disangkanya istimewa perniagaan didalamnya telah terlalu maju maka timbullah nafsu imperialis orang Portugis itu hendak menjajah negeri Melaka. Oleh itu pada bulan April tahun Masehi 1511 tibalah sepasukan kapal perang Portugis yang diketuai oleh Alfoso de Albuqerque, menyerang dan mendarat tenteranya di pantai Melaka, hingga berlakulah peperangna hebat dengan orang Melayu Melaka. Pertahanan kota Melaka yang masyhur kebal itu telah dapat juga dihancurkan dan negeri Melaka itu pun jatuh ke tangan orang-orang Portugis. Semenjak itu negeri Melaka telah menjadi sebuat pusat perniagaan Portugis di Tenggara Asia ini, dari sinilah orang-orang Portugis ini mulai menghatar kapal perniagaannya ke negeri Patani.

Di dalam Patani perniagaan orang-orang Portugis itu sentiasa maju kerana dewasa itu belum lagi ada bangsa-bangsa Eropah yang lain melainkan bangsanya sahaja yang menjalankan perniagaan dengan dapat berleluasa. Suatu dagangan yang ganjil sekali pada mata orang-orang Melayu Patani yang dibawa oleh orang-orang Portugis pada masa itu ialah senjata api iaitu senapang dan pelurunya. Senjata-senjata ini belum pernah diketahui oleh orang-orang Melayu Patani manakala dibawa oleh orang-orang Portugis baharulah mereka tahu adan pandai menggunanya. Semenjak itu berduyun-duyun datang kapal perniagaan dan orang-orang Portugis masuk berniaga di dalama Patani.

Seorang ahli perniagaan Portugis bernama Pinto yang telah datang berniaga di Patani dalam tahun 1538 Masehi telah menulis dalam buku perniagaan berbunyi begini:

Pada masa saya datang ke Patani dalam tahun ini, saya telah berjumpa hampir 300 orang Portugis yang tinggal dalam bandar Patan, selain dari bangsa Portugis itu, didapati juga bangsa-bangsa timur iaitu Siam-Thai, China, Jepun, orang-orang Jepun besar juga perniagaannya dalam bandar ini.

Mengikut catatan dalam buku Sejarah Patani telah menerangkan bahawa Sultan Muhamad Syah yang menduduki takhta kerajaan Melayu Patani itu, baginda sentiasa menjalakan pemerintahan dengan adil saksama menyebabkan negeri Patani telah beransur-ansur meningkat kemajuan. Beberapa tahun kemudian baginda pun mangkat denga meninggalkan dua orang putera iaitu Raja Muzaffar dan Raja Mansur serta seorang putera Raja Aishah, Raja Aishah ini telah berkahwin dengan Raja Jalaludin yang memerintah negeri Sai.

Dengan persetujuan kaum kerabat diraja dan orang besarnya. Maka Raja Muzaffar itu telah ditabalkan menjadi sultan menggatikan ayahandanya al-Marhum Sultan Muhamad Syah. Dan digelarkan Sultan Muzaffar Syah, adindanya Raja Mansur dilantik menjadi Raja Muda serta anak cucu dari Datuk Sri Raja Fiqih pula telah dilantik oleh baginda menjadi orang-orang besarnya. Demikianlah keadaannya sehingga turun temurun.

Setelah beberapa lama Sultan Muzaffar Syah menduduki takhta kerajaan Patani suatu hari berfikirlah baginda akan melawat ke neger Siam-Thai berkenal-kenalan dan merapatkan persahabatan dengan rajanya. Setelah siap diatur kelengkapan maka baginda menyerahkan pemerintahan negeri sementara kepada adindanya Raja Mansur. kemudian belayarlah baginda dengan beberapa buah kapal yang diiringi oleh orang besar dan angkatan tenteranya menuju ke negeri Siam-Thai. Beberapa hari lamanya di dalam pelayaran, baginda pun sampailah di muara Sungai Chao Praya iaitu kuala negeri Siam. Dengan menerusi sungai ini angkatan baginda itu mudik terus ke Kota Ayuthia (6) tetapi lawatan baginda itu tidaklah mendapat sambutan yang baik dari Raja Siam-Thai kerana Raja Siam-Thai memandang darjat baginda itu sangat rendah daripadanya. Tiadalah berapa hari baginda tinggal di sana, baginda pun berangkatlah pulang ke Patani dengan membawa perasaan dendam dan tidak puas hati melihat pekerti kesombongan orang-orang Siam-Thai itu. Dalam hal itu pun sewaktu baginda berangkat pulang itu telah diberi juga oleh Raja Siam-Thai itu beberapa orang hamba tawannya daripada orang Pegu (Burma) dan orang-orang Khmer (Kemboja) sebagai hadiah atas lawatan baginda. Sekalian hamba tawanan itu telah dibawa pulang ke Patani serta diberi baginda sebuah kampung tempat kediaman mereka hingga hari ini anak cucu dari mereka itu masih lagi ada di dalam kampung itu. Oleh itu sebab orang-orang itu masih beragam Buddha maka perbuatlah di dalam kampung mereka tempat kediaman Tok Sami yang dinamakan Kedi ertinya Rumah Sami, oleh itu orang Melayu Patani menggelarkan nama kampung itu Kampung Kedi hingga tetap sampai sekarang.

Dalam tahun Masehi 1563 sampailah berita kepada Sultan Muzaffar Syah mengatakan negeri Siam telah diserang oleh orang Burma. Maka teringatlah baginda akan kesombongan budi pekerti orang-orang Siam-Thai yang telah ditunjukkan di dalam masa lawatan baginda ke Kota Ayuthia yang demikian bermesyuaratlah baginda dengan adindanya serta orang-orang besar hingga telah dapat mengambil satu keputusan akan menyerang Kota Ayuthia. Sebagai membela dan membalas dendam terhadap orang Siam-Thai itu. Serta adindanya Raja Mansur bersama-sama dengan sekalian menteri dan panglima perangnya sangguplah akan menyertai baginda didalam peperangan.

Setelah itu bertitahlah baginda melengkapkan dua ratus buah kapal perang, seribu orang tentera dan seratus orang perempuan yang bergabung menjadi sebuah angkatan perang dan akan dipimpin oleh baginda menyerang negeri Siam. Beberapa hari kemudian beredarlah angkatan perang dari negeri Patani itu menuju ke negeri Siam-Thai manakal pemerintahan dalam negeri telah diserahkan kepada seorang pembesar baginda menjaganya, lalu belayarlah degan angkatan perangnya ke negeri Siam.

Setelah sampai Sultan Muzaffar Syah dengan angkatan perangnya ke negeri Siam-Thai didapatinya Kota Ayuthia telah dikepung oleh tentera-tentera Burma. Maka dengan segera baginda mendaratkan angkatan perangnya dan terus menyerbu ke dalam kota Raja Siam-Thai pasukan orang-orang Siam-Thai yang mengawal di mukka kota itu habis menjadi korban oleh tentera-tetera Melayu Patani. Akhirnya lemah segala pertahanan orang-orang Siam-Thai, masing-masing pun lari membawa diri. Waktu itu rajanya ada di dalam istananya, bila terdengar tempik sorak tentera-tentera Melayu yang berjaya merobohkan pintu kota itu pun melarikan diri mengikut pintu belakang kota dan lari bersembunyi di suatu tempat yang bernama “Kok Mahaphram”. Di sini orang-orang Siam-Thai itu telah mengumpulkan kekuatan semual akan menyerang balas angkatan perang orang-orang Melayu Patani itu.

Setelah puaslah mereka mengamuk dan membunuh orang-orang Siam-Thai itu maka angkatan perang orang-orang Melayu itu pun mengundur keluar dari kota dan masing-masing turun ke kapal lalu terus mengangkat sauhnya belayar pulang ke Patani. Tetapi bila angkatan mereka telah keluar sampai di muara Sungai Chao Praya dengan kehendak tuhan yang maha kuasa baginda Sultan Muzaffar Syah pun mangkatlah dengan terkejut. Dan terpaksalah dikebumikan di kuala negeri Siam itu juga. Kemudian pulanglah angkatan perang orang-orang Melayu itu ke Patani dengan beberapa dukacitanya kerana kehilangan seorang rajanya yang dikasihi.

Adapun Sultan Muzaffar Syah pada masa baginda berangkat menyerang negeri Siam itu, maka permaisurinya di Patani sedang mengandung. Setelah baginda mangkat dan kembalinya Raja Mansur ke Patani, permaisurinya belum juga bersalin. Disini timbulah suatu soalan iaitu siapakah yang akan dilantik menggantikan takhtak al-Marhum Sultan itu, pada masa itu telah ada seorang putera baginda yang tua namanya Raja Mambang iaitu anak uang didapati dengan seorang gundik itu tidak boleh dilantik menjadi sultan meggantikan al-Marhum itu, oleh itu bermesyuarat sekalian kerabat diraja dan orang-orang besar. Keputusannya masing-masing bersetuju menabal Raja Mansur itu menjadi sultan dan diberi gelaran Sultan Mansur Syah.

Setelah sempurna istiadat menabal Raja Mansur itu, permaisuri al-marhum tadi bersalin seorang putera dan diberi nama Raja Patik Siam. Tidak berapa lama kemudian terberitalah mengatakan bahawa Raja Jalaludin yang memerintah negeri Sai suami Raja Aishah telah mangkat dengan tiada meninggalkan seorang anak pun, maka Sultan Mansur Syah telah melantik seoang pembesarnya memerintah di negeri itu dan dijemput Raja Aishah kembali bersemayam bersama-sama baginda di Patani.

Sembilan tahun lamanya Sultan Mansur Syah menduduki takhta kerajaan Melayu Patani baginda pun mangkat dengan meninggalkan dua orang putera iaitu Raja Bahadur dan Raja Bima anak dari seorang gundik. Sebelum dari mangkat, baginda telah berwasiat sekiranya baginda mangkat hendaklah ditabalkan Raja Patik Siam anak saudaranya, menjadi sultan mengganti baginda sesudah baginda mangkat maka wasiat itu telah dijalankan oleh kerabat diraja dan orang besarnya iaitu telah dilantik Raja Patik Siam menaiki takhta kerajaan Melayu Patani dan diberi gelaran Sultan Patik Siam. Waktu itu usia baginda baharu sahaja sembilan tahun, yang demikian segala pemerintahan negeri telah dijalankan bersama-sama dengan seorang timbalannya iaitu Raja Aishah, bonda saudaranya.

Adapun Raja Mambang kakanda kepada Sultan itu, manakala dilihat adindanya telah menjadi sultan, timbullah perasaan hasad dengki dan tidak puas hati kepada adindanya. Istimewa selalu pula dihasut oleh raka-rakannya. Hingga perasaan itu tidak dapat hendak ditahan-tahan lagi. Yang demikian pada suatu hari waktu masih pagi lagi, fajar siang hampir menyinsing, sedang Sultan Patik Siam bersemayam di dalam istana dengan seorang dirinya, masuklah Raja Mambang ke dalam ruangan istana itu denga sebilah keris terhunus bermaksud hendak membunuh Sultan itu dari belakangnya.

Melihat hal ini, Raja Aishah pun tahulah akan kehendak Raja Mambang itu lalu segera ia berlari memeluk sultan menahan supaya jangan dapat ditikam oleh Raja Mambang. Tetapi pada saat itu Raja Mambang telah hilang fikiran yang waras serta dengan mengikut kehendak hati yang panas terus juga ditikam kedua-dua tubuh yang berpeluk itu dengan tidak merasai kasihan belas lagi. Sultan Patik Siam bersama bonda saudaranya Raja Aishah itu pun gugurlah di tengah ruangan istana penuh bergelumang darah dengan gementara sahaja kedua pun mangkat.

Setelah itu gemparlah di dalam istana mengatakan sultan dan Raja Aishah telan mangkat dibunuh oleh Raja Mambang. Maka berhimpunlah sekalian orang-orang raja masing-masing mencair Raja Mambang di dalam istana itu dan dapatlah mengepung Raja Mambang itu di dalam sebuah bilik lalu terus mereka radak dengan lembing akhirnya Raja Mambang pun mati juga dengan tidak sempat hendak melarikan diri keluar dari isatann.

Sesudah Sultan Patik Siam mangkat maka kerabat diraja dan orang-orang besarnya telah bersetuju melantik Raja Bahadur putera al-Marhum Sultan Mansur Syah menjadi sultan dan digelar Sultan Bahadur Syah. Setelah bertahun-tahun lamanya baginda menduduki takhta kerajaan pada suatu hari berlakulah perselisihan antara baginda dengan kekandanya Raja Bima. Perselisihan ini telah bertambah-tambah melarat hingga membawa Raja Bima belot kepada baginda.

Udara perselisihan itu semakin hari semakin bertambah keroh dan kesudahannya berlakulah peristiwa (kejadian) yang menyedihkan. Manakala pada suatu hari, waktu baginda sedang bersemayam di dalam di dalam istanany, masuklah Raja Bima ke dalam istana dengan penuh perlahan-lahan sambil bersembunyi. Dengan segera ia menikam dari belakang baginda, hingga kerisnya terbenam di sebalah lambungan baginda, baginda pun rebah tersungkur di situ denga tidak sempat melawan lagi, sebentar sahaja baginda pun mangkat. Begitu juga Raja Bima sebelum ia melarikan dir, telah di kepung oleh orang baginda serta di situ juga ia telah ditikam balas hingga mati. Kemangkatan Sultan Bahadur Syah itu telah meninggalkan tiga orang puteri dan tiada berputera, puteri-puteri itu ialah Raja Hijau, Raja Biru, Raja Ungu.

Di dalam menyuarat antara kaum kerabat diraja dengan pembesar-pembesar telah mengambil keputusan melantik Raja Hijau itu menaiki takhta kerajaan Patani dan inilah awal-awalnya seorang raja perempuan menjalankan pemerintahan di dalam negeri Patani.

Telah bertahun lamanya Raja Hijau menjalankan pemerintahan denga adil dan bijak sebagai seorang perempuan. Maka namanya masyhur ke seluruh negeri hingga ke benua Eropah. Banyaklah raja dalam negeri itu manghantar utusannya ke Patani mengadap baginda kerana mengikatkan tali persahabatan, begitu juga Raja Hijau selalu pula menghatar rombongan utusannya kepada raja-raja negeri itu sebagai membalas rasa persahabata, setengah dari raja-raja itu ialah raja Siam dan Jepun. Sungguhpun telah diketahui dari keterangan Pinto saundar Portugis menyatakan sebelum dari itu pun memang telah ada orang-orang Jepun datang berniaga di dalam Patani tetapi rajanya belum mengambil perhatian dan belum lagi mengadakan ikatan persahabatan yang rasmi demgan kerajaan Patan. Hanya di dalam masa pemerintahan raja perempuan inilah baharu Raja Jepun mulai mengambil perhatian serta dikirim utusan ke Patani meminta kebenaran rasmi akan berniaga di dalam negeri Patani.

Di dalam sejarah bangsa Jepun ada menyatakan bahawa dalam tahun Masehi 1592 belayarlah sebuah kapal dari negeri Jepun membawa surat rajanya serta dengan berbagai-bagai jenis barang persembahan kepada Raja Patani dan meminta kebenaran rasmi supaya orang-orang Jepun itu dibenarkan menjalankan perniagaan di dalam negeri Patani. Utusan Raja Jepun itu telah disambut dengan baiknya oleh Raja Patani dan segala pemerintahannya telah diizinkan.

Tujuh tahun kemudian iaitu dalam tahun Masehi 1599, Raja Patani itu menghantar rombongan utusannya ke negeri Jepun mengadap rajanya supaya memperkemaskan tali persahabatan dan rombongan utusannya kali yang kedua telah dihantar dalam tahun Masehi 1606. Tiap kali sampainya utusan Raja Patani itu selalu disambut denga baik oleh Raja Jepun. Semenjak itu perhubungan dalam hal perniagaan semakin maju di antara negeri Patani

Dengan Jepun.

Dewasa itu pusat perniagaan yang besar sekali dalam Jepun ialah negeri “Hirado” duduknya berhampiran dengan jajahan Nagasaki sekarang ini. Dari negeri itulah kapal-kapal perniagaan Jepun membawa barang-barang dagangan menuju ke Patan, kapal sentiasalah belayar berulang –alik dengan tiada keputusannya.

Demikianlah juga perhubunga dengan negeri Siam semakin bertambah-tambah rapat sementelah pula negei Siam duduknya berhampiran sahaja denga negeri Patani. Maka selalu kapa-kapal perniagaan berulang-alik dan berduyun-duyun pula orang-orang Siam-Thai itu datang berniaga di Patani begitu juga orang Patani selalu berniaga ke Siam. Serta Raja Patani dengan Raja Siam-Thai pun tidak putus menghantar utusannya masing-masing diantaranya kerana merapatkan perhubungan dan persahabatan.

Di dalam tiap-tiap perhubungan itu Raja Siam-Thai selalu menggelarkan Raja Patani itu dengan nama Phra Nang Cao Yang ertinya baginda raja perempuan. Gelaran ini semakin lama semakin melekat hingga raja-raja perempuan yang menduduki takhra kerajaan Patani kemudian dari Raja Hijau itu pun selalu digelar oleh Raja Siam seperti nama yang tersebut juga. Dengan gelaran ini semakin lama semakin terkenal hingga membawa orang-orang Melayu Patani sendiri turut menggela rajanya mengikut seperti yang digelar oleh raja siam itu. Tetapi dengan kerana pelat orang-orang Melayu itu maka dari gelaran Phra Nang Cao Yang telah disebut mereka perkataan “Raja Nang Cayang” sahaja. Dan gelaran ini terlekat kepada semua raja perempuan yang memerintah negeri Patani iaitu digelarkan Raja Nang Cayang belaka.

Di dalam masa Raja Hijau menduduki takhta kerajaan Patani in, negeri pun bertambah-tambah maju dan ramai penduduknya. Baginda sangatlah mengambil berat atas susah payah rakyat jelatanya, satu daripada pekerjaan yang telah diperbuat oleh baginda ialah menggali sungai. Pada masa itu sungai Gerisik yang mengalir di tengah-tengah penduduk rakyat jelata itu hampir-hampir tiadalah berguna keran airnya terlampau masin sementelah pula sungai itu tiada berulu. Segala bendang padi yang ada di situ tiadalah dapat mengeluarkan hasilnya yang baik kerana disebabkan oleh air masin itu. Yang demikian pada suatu hari baginda itu telah mengadakan kerahannya serta mengumpulkan rakyat jelatanya berkerja menggali sungai iaitu mulai dari Gerisik itu menuju ke hulu hingga bertemu dengan sunai besar di Kuala Temangan (dekat Kampung Perigi sekarang ini). Setelah tertembus denga sungai besar itu air pun turunlah mengikut sungai yang digali itu serta deras mencurah ke sungai Gerisik lalu mengalir ke laut mengikut Kuala Ra. Dengan sampainya air dari ulu itu maka ari dalam Sungai Gerisik itu pun mulalah tawr dan sekalinya bendang padi pun dapatlah mengeluarkan hasilnya dengan puas hati (7).

Semenjak negeri Patani diperintah oleh Raja Hiaju itu namanya semakin terkenal dan masyhur ke seluruh dunia timur dan barat, dalam pelabuhannya sentiasa penuh disinggah oleh kapal-kapal perniagaan dari beberapa bangsa. Pada masa itulah tiba orang-orang Belanda menjalankan perniagaan dalam negeri Patani iaitu menjadi bangsa Eropah yang kedua kemudian daripada bangsa Portugis.

kedatangan orang-orang Belanda ke timur Asia ini ialah setelah mereka mengetui akan orang-orang Portugis menjalankan perniagaan di Asia dengan mendatangkan keuntungan yang sangat baik. Dengan keran ingin melihat keuntungan orang Portugis ialah menggerakkan hati orang-orang Belanda mendirikan sebuah syarikat perdagangan di benua Eropah yang bermaksud akan mencuba menjalankan perniagaan di Asia ini. Semenjak itu mulalah orang Belanda menghantar kapal-kapal perniagaan menuju ke Asia dan negeri India ialah menjadi sasaran kedatangan mereka yang pertama kali, dari India orang Belanda itu mulalah datang ke Tanah Melayu. Kedatangan orang-orang Belanda itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati kepada orang-orang Portugis yang telah lama mencari keuntungan untuk dirinya. orang-orang Portugis merasai kedatangan orang Belanda itu akan merosakkan dasar perniagaan mereka dengan bangsa-bangsa Asia, yang demikian perasaan itu semakin lama semakin melarat. Kesudahannya membawa perkelahian di antara dua bangsa itu kerana masing-masing berebut hendak mengusai dalam tiap-tiap segi perniagaan. orang-orang Portugis mulalah bertindak menyekat segala kemajuan perniagaan orang-orang Beland.

Orang-orang Belanda terus juga menjalakan perniagaannya dengan tidak mengendahkan sebarang tindakan orang-orang Portugis itu. Sehingga dalam tahu Masehi 1641 negeri Melaka yang telah dijajah oleh orang Portugis dan menjadi pusat perdagangan merekaitu pun telah diserang pula oleh orang-orang Belanda. Perjuangan antara dua bangsa Eropah itu kerana merebut negeri Melaka telah berlaku dengan hebatnya dan dalam tahun itu juga, negeri Melaka terjatuh ke tangan orang-orang Belanda, menyebabkan kekuasaan orang-orang Portugis dalam segi perniagaan mulai mundur serta pengaruh mereka dalam Tanah Melayu mulai terhakis. Akhirnya segala perhubungannya dengan Tanah Melayu telah habis disapu oleh orang-orang Belanda semenjak itu mulalah orang Belanda membuat perhubungan dengan kerajaan Patani.

Di dalam tahun Masehi 1602, pada suatu hari sekoyong-koyong masuklah sebuah kapa perniagaan Belanda ke dalam pelabuhan negeri Patani yang diketui oleh seorang kaptennya yang bernama Daniel Van der Leck. Sesudah kapal itu berlabuh naiklah kaptennya itu ke darat serta masuk ke dalam istana diraja mengadap Raja Patani dengan barang-barang persembahan dan meminta kebenaran supaya dapat orang-orang Belanda menjalankan perniagaan di dalam negeri Patani. Permintaan ini telah diizin oleh baginda, setelah itu naiklah semua orang-orang Belanda ke darat mendirikan gedung perniagaannya. Kemasukan orang-orang Belanda ke Patani ini sangatlah mencemaskan kepada orang-orang Jepun dan Portugis. Perasaan benci kepada orang Belanda itu telah tertanam di hati orang Jepun dan Portugis tetai kerana mereka tidak ada peluang menyekat orang-orang Belanda itu terpaksalah mereka diam sahaja dengan menyimpan rasa dendam beberapa tahun.

Dewasa itulah negeri Patani semakin meningkat tangga kemajuan dan kemakmuran sukarlah hendak dicari negeri-negeri Melayu yang mempunyi kedudukan yang sama dengan negeri Patani dizaman itu. Seorang ahli perniagaan bangsa Jerman yang bernama Mandel Slohe telah sempat melawat negeri Patani di zaman itu, di dalam buku peringatannya ia ada menulis berbunyi begini :

Negeri Patani ialah sebuah negeri yang sangat makmur sekali, orang-orang Patani boleh memakan buah-buahan berpuluh jenisnya pada tiap-tiap bulan. Ayam disini bertelur dua kali sehari, padinya terlalu banyak, ada bermacam-macam jenis daging seperti daging lembu, kambing, angsa, itik, ayam, kembiri, merak, daging rusa kering, peladuk dan burung beratus-ratus jenis jenis buahan.

Demikian bunyinya tulisan dari seorang pengembara bangsa Jerman yang dapat menunjukkan bagaiman kemakmuran negeri Patani pada zaman itu. Di dalam segi perniagaan pun telah dipercayai dewasa itu negeri Patani telah menjadi sebuah pusat perdagangan yang besar di sebelah Tenggara Asia ini sehingga negeri Ayuthia puasa pemerintahan Siam di zaman itu pun tidak akan dapat menyamai denga kemajuan di negeri Patani dalam segi perniagaannya.

Nafsu keinginan Raja Siam-Thai hendak menakluk negeri Patani itu semakin bernyala-nyala hingga dalam tahun Masehi 1603, bergerak sebuah angkatan laut Siam-Thai dari Ayuthia menuju ke Patani dengan beribu-ribu orang tenteranya yang diketuai oleh seorang panglimanya bernama Upya-Deca. Maksudnya akan merampas kemerdekaan orang Melayu Patani dan menakluknya. Dewasa itu kerajaan Siam-Thai diperintah oleh rajanya yang bernama “Phra Narasuen” iaitu seorang raja yang terkenal sejarah bangsa Siam-Thai, suka meluaskan jajahan takluk dan merampas kemerdekaan orang.

Setelah angkatan laut Siam-Thai itu sampai di Patani, panglima siam itu mulalah mendarat tenteranya di Kuala Patani dan menyerang ke dalam negeri. Rakyat Patani di bawah pimpinan rajanya keluarlah melawan dan mehana serangan orang Siam-Thai itu. Dengan mendapat bantuan penuh dari ahli-ahli perniagaan di dalam Patani termasuk orang-orang Eropah telah memberi bantuan dengan senjata-senjata api, meriam dan harta benda bersama-sama melawan kecerobohan orang-orang Siam-Thai otu. Dengan menggunakan meriam itu rakyat Patani telah membedil ke atas orang Siam-Thai sehingga lemah mereka mendarat lebih jauh kerana beberapa banyak tenteranya terbunuh dan luka. Akhirnya undurlah orang-orang Siam-Thai turun ke kapalnya lalu belayar pulang dengan menanggung kerugian yang hebat.

Setelah sampai mereka ke Kota Ayuthia maka Raja Siam-Thai pun mulalah tahu akan kepentingan bedil meriam itu dalam peperangan. Beberapa tahun kemudian ia telah menghantar utusannya ke Patani membeli bedil meriam itu kerana pada masa itu senjata ini sangat banyak di dalam Patani dan telah dijual menjdi suatu dagangan yang besar sehingga Raja Jepun pun sewaktu berkedendak kepada beli meriam itu selalulah bedil-bedil itu dibeli dari Patani.

Di dalam tawarikh kebangsaan Jepun ada tertulis, bahawa dalam tahun Masehi 1606 Raja Jepun telah menghantar utusannya kepada Raja Siam di Kota Ayuthia meminta tolong raja itu belikan bedil meriam hantar ke negrinya. Kemudian dihantar pula utusannya dalam tahun Masehi 1608 meminta Raja Siam itu membeli beberapa pucuk meriam lagi akhirnya dalam tahun 1610 datanglah pula utusan dari Raja Jepun kali yang ketiga dengan berkehendak kepada senjata-senjata itu juga. Tiap-tiap kali datang utusan Raja Jepun itu maka dikirim oleh Raja Siam bedil-bedil meriam yang dikehendaki itu. Tetapi semua bedil-bedil meriam yang dikirim itu adalah dibeli oleh Raja Siam-Thai dari Patani belaka.

Sedang negeri Patani meningkati kemajuan serba aneka itu, maka dalam tahun Masehi 1605, datanglah pula bangsa Spain ke Patani dengan maksudnya hendak menumpan berniaga juga. Kedatang bangsa Spain itu telah disambut oleh orang-orang Patani dengan baik, tetapi perniagaan mereka di Patani tiadalah berapa maju dan tidak berapa lama kemudian mereka pun berpindah ke pulau Filipina.

Adapun orang-orang Jepun yang berniaga di dalam Patani pada masa itu sentiasa menaruh dendam dan tidak berpuas hati kepada orang Belanda. Bahkan selalu menjadi perkelahian di antaranya, sehingga suatu perkelahian yang hebat sekali berlaku di dalam tahun Masehi 1606. pada kali ini orang-orang Jepun telah menyerang gedung perniagaan orang-orang Belanda dan masuk ke dalam gedung-gedung itu membinasakan semua barang dagangan kepunyaan orang-orang Belanda, akhirnya gedung-gedung itu telah dibakar oleh orang-orang Jepun. Tetapi segala perbuatan orang-orang Jepun itu, tidak dihiraukan oleh orang-orang Belanda, sebaliknya dibangunkan pula gedung-gedung yang baharu serta terus juga mereka menjalankan perniagaan di dalam Patani. Kerugian yang ditanggung oleh orang-orang Belanda dengan kerana perbuatan orang-orang Jepun itu tidaklah merosakkan sekali kepada perniagaan orang-orang Belanda. Selepas daripada berlaku perkelahian itu maka masing-masing pun terus menjalankan perniagaan di dalam Patani dengan tenang hingga beberapa lamanya.

Lima tahun kemudian baharulah sampai orang-orang Inggeris menjalankan perniagaan di dalam Patani. Pada masa itu orang-orang Inggeris telah mendirikan sebuah syarikat perniagaan di London bernama East India Company, tujuan mereka hendak meluaskan perniagaan di dalam benua Asia ini, kemudian baharulah dihantar kapal-kapal perniagaannya ke sebelah timur ini, mula-mulanya pelayaran kapal-kapal itu menuju ke tanah India. Dari situlah orang Inggeris mulai mengetahui akan kemasyhuran dan kemajuan perniagaan di dalam Patani lalu mereka mencuba menghantar kapal-kapal perniagaannya.

Pada 5 Januari tahun Masehi 1611 keluarlah sebuah kapal perniagaan dari London bernama The Globe yang diketuai oleh seorang kaptennya bernama Anthony Hips pun memuat beberapa banyak barang dagangan serta barang-barang persembahan dari rajanya dengan sepucuk surat yang disampaikan kepada raja perempuan Patani. Kapal itu telah belayar berbulan-bulan lamanya menuju ke benua Asia dengan tidak singgah menyinggah, hingga pada 23 Jan tahun Masehi 1611 sampailah kapal itu ke Kuala Patani. Naiklah kaptannya ke darat mengadap Raja Perempuan Patani dengan membawa barang-barang persembahan dan surat dari rajanya, serta meminta kebenaran daripada baginda supaya membenarkan orang Inggeris berniaga di dalam Patani. Permintaannya itu telah diluluskan oleh baginda sebagai mana yang telah dikurniakan kepada bangsa Eropah yang lain.

kedatangan orang-orang Inggeris itu telah disambut oleh rakyat Patani dengan segala sukacita tetapi bagi pihat orang-orang Belanda, Portugis dan lain-lain sangat merasai tidak puas hati dan menambahkan benci mereka kepada orang-orang Inggeris. Seteleh sebulan lamanya kapal The Globe itu berlabuh di Kuala Patani maka orang Inggeris dapatkah membangun sebuah gedung perniagaan keran menyimpan barang-barang dagangan mereka, semenjak itu mulalah orang-orang Inggeris berniaga di dalam Patani.

Di antara orang Inggeris yang datang bersama-sama dengan kapal The Globe itu adalah seorang saudagar Inggeris yang bernama Peter William Floris, dia telah menulis berkenaan dengan perjalanan ke Patani itu demikian bunyi:

Pada 1 bulan Jun tahun Masehi 1611 kita telah bertolah dari Bantam (dalam Pulau Jawa) lalu berlayar ke Patani, kita sampai di Patani pada 22 Jun itu juga, kita telah bertanya khabar kepada orang yang ada di dalam sebuah kapal dalam pelabuhan kuala negeri itu berkenaan dengan adat istiadat penduduk-penduduk dalamnya. Pada 26 Jun kita pun naik ke darat membawa surat dan barang persembahan kepada Raja Perempuan Patani itu, disitu kita telah disambut oleh satu pasukan kehormatan kemudian kita telah dibawa ke dalam kota adapun surat dari raja kita itu telah disambut dan diletak diatas sebuah anak kasa emah kemudian dimuat di atas seekor gajah menuju ke dalam kota.

Adapun istana Raja Perempuan itu cantik juga perbuatnya. Kita telah dapat kebenaran daripada baginda boleh berniaga di dalam Patani sebagaimana juga orang-orang Belanda, kita kembali dari istana raja itu dengan tidak sempat mengadap baginda sendiri. Tetapi orangnya telah membawa kita ke rumah seorang pembesarnya yang bernama “Orang Kaya Seri Naga”. Pada keesokan harinya kita telah dikurniakan ke kapal kita.

Pada 3 Julai tahun itu juga adalah sebuah kapal Belanda bernama Lepri Ir bertolak dari Patani hendak ke Jepun, kita pun mengirim sepucuk surat dengan kapal itu kepada Tuan Adams yang ada berniaga di Jepun. Kita telah berikhtiar meminta kebenaran daripada Raja Patani itu mencari sebuah gedung perniagaan di dalam Patani, tetapi kita terpaksa mengeluarkan belanja bukan sedikit kerana perkara ini.

Dalam masa kita tiggal di Patani, banyak orang dalam kapal kita mengenai penyakit. Anthony Hips pun, kapten kapal kita pun terkena juga penyakit itu, dan pada 9 Julai dia pun mati, kita telah melantik Tuan Brown pula. Semenjak itu kita makin bertambah mendapat kemalangan, barang-barang dagangan kita banyak terkena curi hampir 280 kayu kayan telah dicuri.

Orang-orang yang ada di dalam rumah kita semuanya 15 orang dan pada waktu malam, lampu sentisa berpasang sampai siang hari, saya merasai syak bahawa pencuri-pencuri itu bukan lain laig melainkan salah seorang daripada orang kita juga sebabnya seekor anjing besar yang ada disisi kita sepanjang masa tidak pernah pun berbunyi salak. Saya dengan eman orang kawn telah diperintah menunggu barang-barang dagangan di Patani hingga sampai pada 1 Ogos dan kapal The Globe telah belayar ke Siam.

Perniagaan kita di dalam Patani tidak berapa maju, saya berangan-angan hendak membuka sebuah gedung perniagaan kain di negeri Makasar di dalam Pulau Celebes oleh itu pada 15 Oktober saya pun hantar Mr. John France membawa barang-barang ke sana dengan sebuah kapal. Pada keesokan hari 9 Oktober kita telah terima perkhidmatan dari Tuan France dan rakan-rakannya yang pergi ke negeri Siam itu mengatakan...(di sini hanya ditulis hal berkenaan dengan negeri Siam sahaja).

Kita tinggal di dalam Patani sehingga lepas musim dingin dan pada 31 Disember Raja Perempuan Patani telah berangkat bermain-main ke laut dengan diiringi oleh 600 buah perahu. Pada 25 Januari tahun Masehi 1612 kita telah menerima perkhabaran dari Siam mengatakan, barang-barang dagangan kita di sana telah laku dijual lebih dari separuhnya, sebahagian banyak di beli oleh Raja Siam-Thai sendiri oleh itu pada bulan Mac kita pun menghantar sebuah kapal ke negeri Ayuthia keran membawa barang tambahan ke sana.

Pada 31 Julai 1612 Sultan Pahang telah sampai ke Patani, kita telah di jemput juga oleh Raja Perempuan Patani pada 1 Ogos keran menyaksikan istiadat perkahwinan Sultan itu dengan tuan puteri adinda bongsu kepada baginda. Kita telah diberitahu sebab berlaku perkahwinan itu menyatakan, bila baginda ini hendak mengahwini adinda bongsunya dengan Sultan Pahang itu maka baginda telah menghatar utusannya kepada Sultan Pahang merundingi hal itu, serta mempersila Sultan Pahang melawat ke Patani supaya dapat menyaksikan rupa paras adinda bongsunya. Tetapi Sultan Pahang enggan memenuhi jemputan baginda oleh itu amatlah murkanya baginda kepada Sultan Pahang keran kehendaknya tidak berjaya. Lalu diperintah mengadakan satu angkatan tentera sebanyak 4 ribu orang dan 80 buah perahu pergi ke Pahang kerana hendak mengugut sultan itu supaya sanggup berkahwin denga adindanya bongsunya. Berbetulan pada masa itu negeri Pahang di dalam kesusahan. Melihat kepada angkatan tentera dari Patani yang tersebut itu maka Sultan Pahang pun takutlah negerinya akan binasa lalu sangguplah ia seperti kehendak Raja Perempuan Patani itu dan bila sampai perjanjian dan tempoh maka berangkatlah Sultan Pahang ke Patani dan perkahwinan itu pun dilangsungkan.

Pada 21 Oktober tahun Masehi 1613 kita sekalian telah mengambil keputusan akan kembali ke England lalu masuklah kita mengadap Raja Perempuan mempersembahkan kehendak kita itu, setelah kepada baginda maka Raja Perempuan itu mengurniakan kepada kapten F. Pington sebilah keris kemudian kita pun beredar keluar turun ke kapal The Globe lalu belayar ke Meslipatam dalam India.

Sekianlah bunyinya tulisan di dalam riwayat perjalanan seorang saudagar Inggeris yang telah datang ke negeri Patani di dalam masa pemerintah baginda Raja Hijau. Segala tulisan itu dapatlah memberi peringatan yang besar sekali merupakan bagaiman kemajuan dan kekuatan kerajaan Melayu Patani pada akhir kurun Masehi yang 16, yang sayugia diperingati oleh orang-orang Melayu Patani hari ini.

Adapun adinda bongsu Raja Hijau yang berkahwin dengan Sultan Pahan itu ialah Raja Ungu, sesudah berkahwin kemablilah sultan itu ke Pahang membawa Raja Ungu bersama-sama.

semenjak itu tetaplah kerajaan Patani di dalam kemajuan dan kemakmuran, seluruh rakyat kelatanya hidup dengan aman dan damai tiada lagi dikacau oleh musuhnya. Setelah kembalinya kapal The Globe ke England maka negeri Patani semakinlah terkenal dikalangan ahli-ahli perniagaan Inggeris, kapal-kapal dan ahli-ahli perniagaan Inggeris yang lain pun sentiasalah datang berniaga ke Patani.

Bukti yang terang ada tersebut di dalam buku Sejarah Negeri Patani mengatakan bahawa pada awal kurun Masehi yang ke-17, pelabuhan negeri Patani telah menjadi sasaran yang datang oleh kapal-kapal perniagaan dari beberapa bangsa dan menjadi tempat persinggahan kapal yang datang dari negeri Surati (dalam India), Goa dan dari pantai-pantai Koromandel serta terkenal pula sebuah pelabuhan yang teristimewa oleh kapal-kapal layar atau perahu-perahu-perahu yang datagn dari negeri China dan Jepun.

Sementara itu perasaan hasad dengki dan benci-membeci dalam golongan saudagar-saudagar Eropah yang berniaga di dalam Patani semakin bertambah-tambah hebat. Istimewa perasaan orang-orang Belanda kepada orang-orang Inggeris kerana ada masa itu orang-orang Belanda telah berjaya mengusai sebahagian besar pusat perniagaan di dalam pulau Jawa. Oleh itu timbullah nafsu keinginan orang-orang Belanda hendak mengusai semua urusan perniagaan di dalam seluruh timur Asia ini untuk kepentingan bangsa mereka sahaja dari itu mulalah pula mereka berikhtiar dengan berhempas pula menyekat, merosak dan membasmikan urusan perniagaan bangsa-bangsa lain terutama sekali bangsa Inggeris. Dengan hal ini sentiasa berlaku perkelahian di antara bangsa-bangsa itu serta berbangkit permusuhan sama ada di darat dan di laut. kapal-kapal Belanda manakala berjumpa sahaja kapal-kapal kepunyaan Inggeris selalu diserang dan ditembak hingga di seluruh lautan timur ini kerap kali berlaku pertempuran antara kapal-kapal Belanda dengan kapal-kapal Inggeris. Pada tiap-tiap kali berlaku pertempuran itu kapal-kapal Inggeris itulah yang lebih banyak sekali menanggung kerugian.

Dengan adanya peristiwa yang seumpama ini maka susahlah orang-orang Inggeris menjalankan perniagaannya di sebelah timur ini, lalu bermesyuarat pegawai kompeni Inggeris mencari langkah-langkah pada menyelamatkan urusan perniagaan mereka dan mencegah segala gangguan orang-orang Belanda itu. Keputusan dari permesyuaratan itu hendaklah kapal-kapal perniagaan yang dipunyai oleh kompeni Inggeris itu mesti dialatkan senjata-senjata bagi melawan serangan musuh-musuhnya. semenjak itu segala kapal-kapal perniagaan Inggeris telah mulai berubah menjadi seakan-akan kapal-kapal perang kerajaan.

Di dalam tahun Masehi 1618, pertempuran keran muslihat perniagaan itu kerap kali berlaku di antara kapal-kapal Belanda dengan kapal-kapal Inggeris. Demikian juga kejadian yang seperti itu telah berlaku di dalam Patani manakala dua buah kapal perniagaan kompeni Inggeris yang bernama Simpson dan Hound yang penuh memuat barang-barang dagangan akan belayar ke negeri Campa dalam Indochina telah sampai ke negeri Patani pada 17 Julai tahun 1619 Masehi dan telah masuk berlabuh sementara, waktu kapal-kapal Belanda sedang berkawal di situ. Manakala nampak sahaja kapal-kapal Inggeris itu masuk berlabuh, maka kapal-kapal Belanda itu pun dengan segera melancarkan serangan dan melepaskan bedilan yang hebat ke atas dua buah kapal Inggeris itu, mendengar letupan itu terkejut sekalian penduduk-penduduk di dalam bandar Patani. Pertempuran tembak menembak telah berlaku selama 5 jam baharu berhenti, didapati kapal-kapal kompeni Inggeris itu mendapat kerosakn yang teruk akhirnya diangkat bendera damai dan segala harta benda dan barang-barang dagangan di dalam kapal-kapal itu habis dirampas oleh orang-orang Belanda serta orang-orang Inggeris telah ditawan dan kedu buah kapal itu telah dibakar.

Dengan kemenangan di laut ini menjadikan orang-orang Belanda itu semakin bertambah-tambah berani dan perasaan benci mereka kepada orang-orang Inggeris itu semakin meluap hingga naik mereka ke darat dengan beramai-ramai hendak membinasakan orang-orang Inggeris yang ada di dalam bandar Patani. Tetapi baginda Raja Hijau tidak mengizinkan mereka berbuat demikian, sebaliknya memberi perintah kepada orang-orang baginda mengawal keamanan kepada orang-orang Inggeris itu dengan kuat. Maka tidaklah berani orang-orang Belanda itu hendak mencabul daulat bagind, dalam hal itu pun bila mereka berjumpa dengan orang-orang Inggeris selalu diugut-ugut sahaja dengan pedang.

Oleh sebab kapal-kapal kompeni Inggeris mendapat kerugian dengan keran perbuatan orang-orang Belanda itu, maka sekalian pegawai-pegawainya telah bersetuju hendak memberhentikan perniagaan mereka di dalam negeri-negeri Patani, Siam dan Jepun bagi sementara. Mulai dalam tahun Masehi 1623 sekalian saudagar dan orang-orang Inggeris yang ada di dalam bandar Patani itupun habislah keluar melanjutkan perniagaan di dalam negeri-negeri yang lain. Dari semenjak itu, perhubungan orang-orang Inggeris dengan negeri Patani mulai terhenti, sebaliknya kedudukan orang-orang Belanda di dalam Patani menjadi betambah-tambah baik dan terus mereka menjalankan perniagaan dengan bebas. Manakala tanah jajahannya di dalam Pulau Jawa telah tetap dijajahi oleh mereka. Baharulah orang-orang Belanda itu memindahkan pusat perniagaan mereka ke sana pula. Dalam hal itu pun perhubunga mereka dengan negeri Patani masih terus juga berkekalan beberapa lama kemudian.

Masa terus berjalan, hari sentiasa beredar, maka beberapa tahun kemudian baginda Raja Hijau pemerintah kerajaan Patani pun mangkat, baginda ini ini juga yang digelarkan oleh rakyatnya Marhum Temangan iaitu baginda mengambil sempena di atas keberangkatan baginda melihat rakyat jelatanya menggali sungai di Kampung Temangan.

Dengan kemangkatan baginda ini, maka kaum kerabat di raja dengan pembesar-pembesarnya telah mengambil keputusan melantik adindanya Rja Biru menduduki takhta raja Patani. Dalam masa tiga tahun kemudian. Maka sungai yang digali dari Kampung Temangan sampai ke Gerisik di dalam masa kerajaan kakandanya al-Marhum Raja Hiaju itu didapati airnya mengalir terlampau kuat selalu meruntuhkan tebing yang dikaki kota istana. Sementelah pula dengan kerana air di dalam Sungai Gerisik itu telah menjadi tawar, menyebabkan segala bendang-bendang garam yang diperbuat di pantai kuala itu tiada menjadi garam keran airnya kurang masim. Oleh itu baginda Raja Biru telah bertitah membuat suatu tandak (empangan) supaya menahankan kedatangan air dari ulu mengalir ke Sungai Gerisik dan telah ditutup pula muka Sungai Penyeri. Tandak (empangan) itu telah diperbuat dengan batu dan hingga pada hari ini tempat yang diperbuatnya itu dinamakan Kampung Tandak Batu akhirnya sungai yang digali ini telah mati begitu juga Sungai Penyeri.

beberapa tahun kemudian suatu perkhabaran diterima oleh Pahang mengatakan bahawa Sultan Pahang suami Raja Ungu sudah mangkat lalu ditulis seorang pembesarnya ke Pahang menjemput Raja Ungu itu kembali ke Patani. Raja Ungu telah kembali ke Patani dengan membawa seorang puterinya yang beroleh dengan Sultan Pahang puterinya itu diberi namanya, Raja Kuning iaitu kerana kulitnya berwarna putih kuning.

Dalam masa negeri Patani diperintah oleh Raja Biru, sentiasalah datang khabar-khabar angin yang pasti mengatakan, Raja Siam-Thai yang di Kota Ayuthia sedang mengadakan angkatan perang yang besar hendak menyerang negeri Patani. Mendengar khabar-khabar itu Raja Patani itu sentiasalah khuatir dan bimbang kalau betulnya perkhabaran itu. Oleh itu baginda telah mengetahui bahawa orang-orang Siam-Thai pada zaman di waktu itu bukan lagi seperti orang-orang Siam-Thai pada zaman menyerang Patani di dalam masa pemerintahan kakandanya Raja Hijau dahulu. Sebabnya kekuatan orang-orang Siam-Thai telah bertambah-tambah lengkap dan senjata-senjata api seta meriam sudah banyak dibelinya sebaliknya di dalam angkatan perang Patani tidak berapa cukup menggunakan senjata-senjata itu. Harapan akan mendapat bantuan dari orang-orang asing sudah tipis benar kerana mereka itu banyak yang telah berpindah keluar dan sentaja-senjata api atau meriam-meriam itu sudah tidak ada lagi dijual dalam Patani.

Dengan kerana melihat bahaya-bahaya yang sebegitu maka baginda Raja Biru telah mulai berunding dengan para menteri dan pembesar-pembesarnya. Keran akam mengambil suatu persetujuan hendak melengkapkan senjata-senjata itu buat menyelamatkan kemerdekaan negeri Patani dan mengawal segala serangan musuh-musuhnya. baginda telah mencadangkan, hendaklah diperbuat meriam-meriam besar seberapa banyak yang dapat kerana telah diketahui bahawa dengan meriam-meriam yang dijual oleh orang-orang Eropah itu tidak memadai buat menyelamatkan kemerdekaan negeri Patani dan kedaulatan raja-rajanya.

Kehendak-kehendak yang dicadangkan oleh baginda itu telah bersetuju sekalian para menteri dan pembesar-pembesarnya. semenjak itu mulalah dijalankan urusan membuat meriam-meriambesar, tetapi oleh kerana di dalam Patani pada masa itu belum ada leburan besi. Terpaksalah meriam-meriam besar itu dibawa oleh orang-orang Eropah ke Patani masa itu kebanyakannya diperbuat daripada temabaga kuning juga. Tembaga kuning itu ialah sejenis leburan yang boleh didapati dengan mudah di dalam negeri Patani pada masa itu.

Soal hendak membuat meriam-meriam besar itu telah dapat dijalankan dengan cukup berjaya dan tukang yang sanggup membuatnya ialah seorang bangsa Cina yang telah memeluk agama Islam bernama “Tok Khiam” sebelum Islamnya bernama Lim Tok Kian iaitu berasal dari negeri China datang mencari penghidupan di dalam Patani. Waktu itu dia telah menumpang di rumah seorang pembesar raja dan dengan sukarelanya memeluk agama Islam dengan kerana baik budi pekertinya dia telah dilantik menjadi penjaga cukai keluar masuk di Kuala Patani.

Sementara itu datang pula adiknya perempuan ke Patani bernama Lim Kho Niew maksudnya hendak mengajak abangnya pulang tetapi bila diketahui abangnya telah masuk Islam dan tidak mahu pulang. Dukacitalah adiknya serta sangat kecil hati melihat abangnya telah menukar agama datuk neneknya. Dengan hati yang patah adiknya Lim Khow Niew itu telah membunuh diri dengan menggangtung lehernya sepohon pokok janggus (keterh). Matanya telah diambil oleh orang-orang Cina di dalam Patani dan ditanam secar adat agamanya.

Setelah diketahui Lim Kho Niew seorang perempuan yang keras hati, tidak suka membelakangkan agama datuk neneknya sehingga redha dia membunuh diri kerana perrbuatan abangnya mencabul agama itu. Maka sekalian orang-orang Cina itu pun sangatlah bersetuju kepadanya, supaya menjadi ingatan yang kekal atas pengorbanan suci itu. Mereka telam mengambil pokok telah mengmbil pokok janggus tadi dibuat dan dilukis menjadai rupa Lim Koh Niew kemudian disembah seperti sebuah patung berhala yang mulia dan patung Lim Kho Niew itu digelar oleh orang-orang Melayu Patani “Tok Pek Kong Mek” serta disimpannya di dalam Patani sampai pada hari ini.

Setelah ada seorang tukang yang sanggup membuat bedil-bedil meriam yang besar seperti yang dikehendak oleh raja perempuannya supaya memberitahu kepada seluruh rakyat jelata di dalam negeri Patani bahawa siap yang ada menaru tembaga kuning hendaklah dibawa persembahan kepada baginda kerana hendak dibuat bedil meriam. Serta ditegah sekalian rakyat jelata mengirim atau menjual tembaga kuning itu keluar negeri dalam masa 3 bulan. Barang siapa yang melanggar perintah ini akan dijatuhkan hukuman bunuh.

Dalam hal itu adalah seorang saudagar Minangkabau bernama Saudagar Gombak telah datang berniaga dalam Patani dengan membawa seorang khadamnya bernama Abdul Mukmin. Saudagar ini sangat banyak menyimpan tembaga kuning yang hendak dijualnya. Berbetulana dalam tahun itu juga datanglah sebuah perahu dari Melaka kerana hendakmembeli tembaga kuning di dalam Patani, maka tuan punya perahu itu pun berkiralah dengan Saudagar Gombak meminta beli tembaga kuning yang tersebut sekalian pun dia telah tahu akan tegahan Raja Patani. Tetapi dengan kerana tamak saudagar itu sangguplah ia hendak menjual tembaga itu dan bermuafakat hendak melarikan tembaga itu di waktu malam.

Setelah sampai waktu malam, Saudaga Gombak denga khadamnya Adul Mukmin pun membawalah tembaganya itu di dalam sebuah sampan kelaur ke muara Sungai Kuala Ra ke perahu orang Melaka yang sedang berlabuh di situ.

Dengan tidak disangka kedua-duanya berjumpa dengan orang penjaga laut lalu ditangkap dan dibawa kepada Datuk Syahbandar. Setelah hal ini dipersembahkan kepada raja, sangatlah murka baginda kepada Saudagar Gombak dan khadamnya lalu disuruh bunuh serta mayatnya dibuang ke laut di Kuala Ra kerana kesalanya menderhaka kepada perintah baginda. Sehari kemudian mayat itu telah dibawa oleh air pasang ke darat dan tinggal di situ beberapa hari lamanya hingga menjadai cemas kepada orang yang lalu lang kerana baunya terlalu busuk akhirnya terpaksa persembah keapda raja meninta izin akan menanam mayat itu. Setelah diizin oleh baginda maka mayat Saudagar Gombak dan khadamnya itu telah dibawa tanam pada suatu tempat yang terasing daripada perkuburan orang ramai dan tidak dibenar tanam di dalam perkuburan orang ramai. Kuburnya telah dipanggil “Kubur Tok Panjang” duduknya di dalam Kampung Datuk sekarang ini.

Setelah beberapa lama banyaklah terkumpul tembaga kuning yang dipersembah oleh rakyat jelata kepada baginda itu. Kemudian dimulai membuat bedil meriam di suatu tempat yang disebelah hulu kota baginda hingga tempat bekas memasak tembaga itu masih lagi dapat dilihat pada hari ini di dalam suatu tempat yang berhampiran dengan Kampung Gerisik. Kawasan tanah di situ telah menjadi hitam tidak boleh ditumbuh oleh sebarang pokok pun. Perkerjaan membuat bedil meriam itu ialah suatu peristiwa yang besar juga di dalam sejarah kerajaan Melayu Patani.

Beberapa bulan kemudian siaplah perkerjaan itu dan dapat membuat tida pucuk meriam yang besar. Dua pucuk yang lebih besar sekali itu panjangnya tida depa satu hasta sejengkal dua jadi setengah, pelurunya besar sebelas jari bulatan dan yang kecil sekali panjangnya lima hasta sejengkal sembilan jari, pelurunya besar tiga jari bulatan. Dua pucuk yang besar telah dinamakan oleh baginda meriam Seri Negara dan meriam Seri Patani, yang kecil itu telah dinamakan meriam Maha Lela. Ketiga-tiga pucuk meriam itu telah diletak diatas sebuah roda pedati serta dijadikan alat senjata peperangan yang utama sekali dalam angkatan peperangan dan pertahan negeri Patani pada masa itu.

Beberapa tahun kemudian baginda Raja Biru pun mangkat dan dilantik adindanya Raja Ungu yang menjadi Sultan Pahan menaiki takhta Kerajaan Patani menggantikan kakandanya itu. Tiada beberapa tahun kemudian datanglah utusan dari seorang anak Raja Johor yang memerintah negeri Terengganu yang bergelar yang Dipertuan Muda Johor, maksudnya hendak meminang Raja Kuning anakanda Raja Patani itu. Pinangan anak Raja Johor itu telah diterima oleh Raja Patani dengan penuh sukacitanya. Setelah itu datanglah Yang Dipertua oleh Raja Patani dengan penuh sukacitanya. Setelah itu datanglah Yang Dipertuan Muda Johor itu ke Patani dengan seorang menterinya yang bernama Encik Idris serta dengan tiga ribu rakyatnya dan berpuluh-puluh buah kapal layar kerana perkahwinan itu. Dalam hal itu Raja Patani telah menangguh selama tiga bulan kerana menyediakan kelengkapan perkahwinan itu dan terpaksalah yang Dipertua Muda Johor menunggu di Patani sehingga sampai tempohnya.

Dalam masa negeri Patani sedang sibuk melengkapkan istiadat perkahwinan agung itu maka Raja Siam-Thai di Kota Ayuthia semakin kuat nafsunya hendak menakluk negeri Patani menjadi hamba abdinya. Oleh itu dalam tahun Masehi 1632 datanglah sebuah angkatan laut Siam-Thai dengan diketui oleh panglimanya Upya-Deca juga dengan maksud hendak menyerang negeri Patani bagi kali yang kedua.

Tetapi sebelum daripada angkatan tentera Siam-Thai ini menyerang negeri Patani, maka Raja Siam-Thai telah membuat perhubungan dengan kompeni Belanda yang berpusat di Betawi (Jakarta) meminta bantuan di dalam serangan. Kompeni Belanda itu telah sanggup menghantar dua buah kelengkapan serta alat senjata membantu orang-orang Siam-Thai itu, tetapi bila sampai angkatan tentera Siam-Thai itu di Patan, bantuan yang disanggup oleh kompeni Belanda itu tidak dihantarnya.

Sekalipun begitu panglima Siam-Thai telah tetap juga akan melancarkan serangan lalu mengeluarkan perintah mendaratkan tenteranya di pantai Kuala Patani. Orang-orang Melayu Patani di bawah pimpin raja dan panglima-panglimanya telah bersaru melawan serangan tentera Siam-Thai itu dengan dibantu oleh sekalian rakyat yang dibawa oleh Yang Dipertuan Muda Johor. Peperangan itu telah berlaku dengan hebatnya di sepanjang-panjang pantai laut itu. Beberapa hari berperang tiada juga dapat tentera Siam-Thai masuk ke dalam bandar Patani kerana mendapat tentangan serta pukulan yang hebat dari orang-orang Melayu Patani. Istimewa alat senjata perang orang-orang Melayu Patani pada masa itu lebih lengkap yang disediakan oleh Raja Biru dahulu. Di dalam peperang inilah tiga pucuk meriam tadi telah digunakan dengan mendatangkan hasil yang sangat memuaskan hati mereka kerana dengan beberapa kali tembak sahaja, beratus-ratus orang tentera Siam-Thai ini telah menjadi mayat. Dan percubaan tentera Siam hendak masuk ke dalam bandar Patani telah terkecewa sahaja (sama sekali)

Setelah beberapa hari berperang, panglima Siam-Thai Upya-Deca itu, putuslah harapannya akan dapat mengalah pertahan orang-orang Melayu Patani. Sementelah dilihatnya tentera Siam-Thai telah lemah semangat kerana terlampau kuat dihentam oleh senjata perang orang-orang Melayu Patani itu, lalu dia mengambil keputusan menyuruh tenteranya berundur turun ke kapal. Setelah sempurna mengundurkan tenteranya itu lalu panglima Siam itu terus memerintah kapal perangnya belayar kembali ke Siam dengan membawa kekecewaan dan kekalahan yang sangat malu kerana tidak berjaya hendak mengalahkan pertahanan orang-orang Melayu Patani.

Bila tamat peperangan itu, baginda Raja Biru terus melangsungkan istiadat perkahwinan anaknya dengan Yang Dipertuan Muda Johor. Setelah selesai perkahwinan itu Yang Dipertuan Muda Johor pun tetap tinggal di Patani tidak mahu lagi kembali ke Terengganu.

Adapun Raja Siam setelah dia mengetahui panglima perang tidak berjaya menakluk negeri seperti yang diinginkannya itu, sangatlah panaslah hatinya bahkan bertambah kuat pula kemahuannya akan menakluk negeri Patani dengan sehabis-habisnya daya upayanya. Oleh itu di dalam tahun Masehi 1633 dihantar pula utusannya ke Betawi meminta bantuan ke kompeni Belanda dan memberitahu maksudnya hendak menyerang negeri Patani sekali lagi. Permintaan Raja Siam-Thai itu dipersetujui oleh kompeni Belanda dan sanggup hendak menghatar enam buah kapal perang serta askar dan alat senjatanya membatu orang-orang Siam-Thai itu. Setelah tetap perjanjian itu maka Raja Siam-Thai telah memberitahu kepada panglima perangnya Upya-Deca supaya melengkapkan sebuah angkatan perang yang besar dan ditambah pula beribu-ribu orang tentera Siam-Thai. Dengan penuh kepercayaannya bahawa pada kali ini akan mendapat mengalahak pertahanan orang-orang Melayu Patani itu.

Setelah itu belayarlah angkatan perangnya ke Patani, manakala mereka sampai ke Kuala Patani panglima Siam itu mulalah mendaratkan tenteranya ke Pantai kemudian bersatu menyerang ke dalam bandar Patani. Dengan tidak bertangguh lagi orang-orang Melayu Patani dengan rakyat Yang Dipertuan Muda Johor telah bersatu berkerja sama menahan serangan orang-orang Siam itu. Segala pasukan meriam pun berkerjalah membedil orang-orang Siam-Thai itu sambil menyerang dengan tidak berpatah mundur. Serangan orang-orang Siam-Thai itu semakin lama semakin kuat dan mencuba dengan sehabis-habis kekuatannya hendak menghancurkan pertahanan orang-orang Melayu Patani.

Dalam masa peperangan itu sedang berjalan, panglima Siam-Thai masih juga menunggu-nunggu kedatang bantuan yang dijanjikan oleh kompeni Belanda di bawah Betawi tetapi semakin ditunggu-tunggunya tidak juga sampai bantuan itu. Dalam hal itu pun tidak juga berpatah hati panglima siam itu melainkan terus juga berperang dengan menumpahkan segala tenaga dan kepandaiannya hendak mengalahkan pertahanan orang-orang Melayu Patani. Peperangan itu telah berlanjutan beberapa bulan lamanya hingga menyebabkan bekalan makanan yang dibawa oleh orang-orang Siam-Thai itu pun kurang dan tiada berdaya panglima Siam itu hendak mencari makanan untuk orang-orangnya yang sedang berperang itu. Serta timbul pula bermacam-macam penyakit di dalam kapal-kapal perangnya, dengan hal ini mulalah timbul kelemahan di dalam angkatan perangnya hingga tiada berdaya lagi orang-orang Siam-Thai itu hendak melanjutkan peperangan. Akhirnya panglima Siam-Thai itu terpaksalah ia mengundurkan tenteranya ke kapal lalu belayar ke Singgora dari situ terus kembali ke Ayuthia membawa kekalahan juga. Dalam masa angkatan perang Siam-Thai itu sedang di dalam pelayarannya kembali, baharulah sampai kapal perang Belanda dari Betawi yang telah sanggup akan membantu mereka menyerang negeri Patani itu mengikut seperti perjalanan antara Raja Siam-Thai dengan bertemu dengan angkatan perang Siam itu. Setelah diketahuinya kapal-kapal perang Siam-Thai itu sudah kembali, mereka pun belayarlah pulang ke Betawi.

Setelah dua tahun kemudian dari tamat peperangan dengan Siam itu maka dalam tahun Masehi 1635 baginda Raja Ungu pun mangkat. Dalam permesyuaratan di balai agung di antara kerabat diraja dengan pembesar-pembesarnya telah bersetuju melantik Raja Kuning anak baginda itu menaiki takhta kerajaan Patani serta ditimbal oleh Yang Dipertuan Muda Johor suaminya.

Di dalam sejarah hidup Raja Kuning ini ada menyatakan, bahawa baginda ialah seorang pemerintah yang sangat gemar kepada perkerjaan bercucuk tanam dan berniaga. Dalam masa baginda menjadi pemerintah itu tiada pernah baginda menggunakan wang hasil-hasil kerajaan buat perbelanjaan hari-hari walaupun baginda berhak menggunakan wang itu. Melainkan wang perbelanjaan hari-hari adalah hasil dari jualan bunga-bunga dan tanaman yang ada di dalam taman baginda sahaja.

Di dalam masa pemerintahan Raja Kuning inilah juga, seorang Raja Patani yang mula-mula sekali menjalankan perniagaan sendiri di luar negeri, baginda telah mengadakan sebuah kapal perniagaan serta dilantik seorang kapten yang dipercayainya membawa segala barang dagangan dari Patani ke seluruh negeri dan kapten itu telah dinamakan Saudagar Raja.

Sekalipun telah tiga kali orang-orang Siam menyerang negeri Patani, dan tiap-tiap kali serangannya itu tidak berjaya serta menanggung pula kerugian dan kebinasaan yang banyak akan tetapi nafsu keinginan Raja Siam hendak mankluk negeri Patani serta maksud hendak memperhambakan orang-orang Melayu itu tidak berkehilangan selama-lamanya. Dalam hal demikian sampailah berita kepadanya mengatakan Raja Ungu sudah mangkat dan pemerintahan negeri Patani telah diserahkan kepada anakandanya Raja Kuning. Mendengar berita ini, maka Raja Siam-Thai pun menghatar panglimanya Upya-Deca ke Patani dengan sepasukan tenteranya. Kedatangannya pada kali ini tidaklah bermaksudnya hendak menyerang negeri Patani, tetapi kedatangannya sebagai utusan Raja Siam kerana meminta dengan baik supaya Raja Patani itu menyerah tunduk ke bawah daulat Raja Siam-Thai. Permintaan Raja Siam itu tidak dihiraukan oleh Raja Kuning bahkan semakin mendidih darah perwiranya kerana permintaan yang seumpama itu seolah-olah menghinakan daulat baginda. Setelah Raja Siam mengetahui permintaannya itu tidak diturut oleh Raja Kuning. Bertambah panas hatinya serta bertambah kuat nafsunya akan menakluk negeri Patani dan memperhambakan orang-orang Melayu hingga sampai pada tahun Masehi 1638 negeri Siam-Thai itu pun bertukar rajanya diperintah oleh seorang Raja Siam yang baharu. Dalam hal itu pun kemahuan kerajaan Siam hendak menakluk negeri Patani tidak juga hilang.

Setelah kekuasaan negeri Siam-Thai di serah kepada raja yang baharu ini, terus diberi perintah kepada perusuhjaya Siam-Thai yang memerintah negeri Ligor membawa rakyatnya menyerang negeri Patani. Pesuruhjaya ini asalnya ialah seorang bangsa Jepun bernama Yamada, ia telah datang ke negeri Siam sebagai seorang pengawal tentera yang berkhidmat kepada Raja Siam-Thai dan mengetuai sepasukan tentera budiman Jepun di Kota Ayuthia, tetapi dengan keranan kebaikan dan jasanya kepada Raja Siam-Thai terus dilantik ia menjadi pesuruhjaya Siam di Ligor dan diberi gelaran kepadanya Upya Sina Phimuk.

Apabila ia telah menerima perintah dari Raja Siam-Thai itu datanglah ia dengan sepasukan tentera Jepun dan Siam Ligor menyerang negeri Patani, tetapi orang-orang Melayu Patani pada masa itu sudah biasa dengan peperangan dan sangat menghargakan daulat raja serta tahu kelebihan hidup yang merdeka. Maka serangan tentera Jepun dan Siam Ligor pada kali ini tidak juga berjaya hendak menghacurkan pertahanan orang-orang Melayu Patani itu. Akhirnya terpaksalah mereka itu kembali ke negeri Ligor dengan membawa kekalahan juga.

Setelah empat kali berturut-turut menerima kekalahan itu, maka Raja Siam mulah mengerti akan kelemahannya serta tahu betapa pahitnya tujuan hendak menakluk negeri Patani itu. Sekalipun negeri Patani itu hanya sebuah negeri yang kecil sahaja pada mata Raja Siam-Thai, tetapi dengan kekalahan yang berturut-turut itu nyatalah sangat payah hendak menakluknya. Tambahan pula orang-orang Melayu Patani pada masa itu masih panas darah perwiranya dan sangat setia kepada rajanya. Dengan persetiaan itulah mereka sanggup berkorban dengan berhabisan kerana mempertahankan daulat baginda, dan kemerdekaan negeri mereka.

Pada masa itu negeri Patani telah mempunyai jajahan takluk yang sangat luas serta dengan penduduk-penduduknya yang terlalu ramai. Seorang bangsa Inggeris yang bernama Hamilton telah sempat melihat negeri Patani pada masa itu dia berkata demikian bunyinya :

Negeri Patani ini pada masa itu ia ada mempunyai 43 jajahan takluk termasuk juga negeri Terengganu dan Kelantan, tetapi manakala seorang daripada anak Raja Johor datang berkahwin menjadi suami kepada puteri Raja Patani, negeri Terengganu pun termasuk menjadi jajahan takluk negeri Johor, sultan Johor telah menghantar seorang menterinya yang dipercayai memerintah di situ dan negeri Patani pun tertinggal mempunyai 42 jajahan sahaja.

Dan katanya lagi :

Negeri Patani ada mempunyai dua kuala iaitu Kuala Patani(9) dan Kuala Bekah(10), bandar Patani ini dipanggil Kota Kedil, tidak berapa lama anak Raja Johor (suami Raja Kuning) itu pun jatuh asyik kepada seorang puteri yang sangat cantik rupanya iaitu seorang daripada anak-anak raja di dalam Patani juga (11) Raja Kuning marahlah lalu dipaksa suaminya membuat sebuah caping emas besarnya satu hasta beratnya lima kati, sangatlah ajaib tukang yang membuatnya, manakala baginda memakai caping itu nampaklah seperti orang-orang sedang hamil lakunya. Yang memberi geli hati kepada orang-orang besar yang melihatnya. Tetapi tiadalah berani mereka ketawa kerana takut dimurkai oleh baginda dan suaminya.

Lebih lanjut Tuan Hamilton itu berkata :

Rakyat jelata di dalam negeri Patani pada masa itu dikira yang laki-laki (tidak termasuk perempuan) yang berumur dari 16 tahun hingga 60 tahun adalah sebanyak 150,000 orang. penduduk-penduduk di dalam bandar Patani pun terlalu ramai sehingga menjadi sebuah kota yang besar sekali serta penuh dengan rumah yang besesak banyaknya iaitu mulai dari Pintu Kota Raja hingga sampai ke Kampung Bandar tiadalah keputusan rumah. Jika seekor kucing berjalan di atas bumbung rumah-rumah itu mulai dari pangkal kota hingga ke hujungnya boleh dijalani terus sahaja dengan tidak payah lagi turun berjalan di tanah.

Setelah beberapa lamanya baginda Raja Kuning menduduki takhta kerajaan Patani maka hal perselisihan dengan Yang Dipertuan suaminya semakinlah kuat sehingga Yang Dipertuan itupun terpaksa berangkat kembali ke Johor serta dengan rakyatnya. Dan tinggallah baginda Raja Kuning memerintah negeri Patani dengan seorang diri dengan keadaan aman dan damai sehingga baginda mangkat.

Tarikh kemangkatan baginda ini tiadalah didapati kenyataan yang sah tetapi telah diketahui bahawa dalam tahun Masehi 1686, seorang bangsa Perancis telah melawat ke Patani mengatakan pada masa itu negeri Patani masih diperintah oleh raja perempuan lagi. Oleh itu telah dipercaya tarikh kemangkatan baginda ini ialah kemudian daripada tahun yang dilawati oleh seorang Perancis itu.

Baginda Raja Kuning ini ialah raja perempuan atau Raja Nang Cayang yang akhir sekali memerintah negeri Patani. Dengan kemangkatan baginda ini habislah raja Patani yang kerketurunan daripada Raja Seri Wangsa iaitu raja yang awal membuka negeri Patani. Lihatlah salasilah keturunan dari Raja Seri Wangsa itu seperti dibawah ini :

Catatan

1. sekarang dipanggil Kampung Perawan duduknya dalam daerah Jering. Nama yang sah ialah Pra Wang dalam bahasa Siam ertanya kota raja. Sekarang dalam ini ada lagi bekas kota raja dan kesan-kesan purbakala yang didirikan oleh orang-orang Siam asli dan telah dijumpai juga sebuah patung berhala Buddha yang besar yang disembah oleh orang-orang Buddha yang dibina dalam gua di atas sebuah bukit yang ada dalam daerah Yala sekarang. Patung ini telah diperbuat oleh orang-orang Siam asli itu dan ada kaitan menunjukkan bahawa masa membuat patung ini bersamaan dengan masa Maharaja Seri Wijaya Palembang membina tiang candi di negeri Ligor, melihat daripada kesan-kesan yang ada sekarang dapatlah dipercayai kerajaan orang-orang Siam asli dalam Patani sekarang itu telah lama terdiri dan tidaklah kecil kerajaannya.

2. Nama itu telah lama terdiri dalam kesamaran kerana perkataan mahligai itu daripada bahasa Parsi bukan bahasa Siam atau Hindu harus juga pengarang buku Cetera Patani telah terkeliru memakai perkataan ini daripada perkataan “mahanaki” ertinya negeri orang beragama Buddha mazhab Mahayana, tetapi boleh juga difaham daripada terjemahan Pra Wang kepada perkataan kota raja itu lalu disebut Kota Mahligai. Dalam hal itu pun belum dapat ditentu yang mana sebenarnya.

3. Nama raja ini tertulis dalam buku Cetera Negeri Patani dengan “Piakurup Mahayana” ertinya raja yang menyembah ugama Mahayana iaitu bukan nama yang sah. Di dalam kitab Sejarah Melayu disebut nama raja yang mula-mula membuka negeri Patani dengan nama Raja Seri Bangsa atau Seri Wangsa penyusun berpendapatan nama Seri Wangsa inilah yang lebih betul sekali.

4. Menaiki takhta kerajaan pada tahun Masehi 1478 baginda ialah Sultan yang akhir sekali memerintah negeri Melaka pada tahun 1511 negeri Melaka telah ditakluk oleh orang-orang Portugis.

5. Pada masa itu negeri Siam telah dikuasai oleh orang-orang Siam-Thai sekarang, pada mula-mulanya pusat pemerintahan orang-orang Siam-Thai itu dalam negeri suku Thai kemudian dipindahkan pusat. Pemerintahannya ke Kota Ayuthia.

6. iaitu pusat pemerintahan orang-orang Thai setiap negeri Siam dapat dikuasainya, rajanya bernama para Maha Chakrapat.

7. Akhirnya sungai yang digali ini telah ditutup semula oleh Raja Biru dan kembalilah masin airnya semula.

8. Telah dipercayai namanya iaitu Orang Kaya Encik Yunus , seperti yang tersebut dalam Sejarah Patani

9. Sekarang dipanggil Kuala Ra atau Kuala Tok Aguk, di situ menjadi pelabuhan segala kapal atau perahu-perahu yang masuk berniaga di dalam Patani.

10. Kuala Sungai Patani sekarang.


Bab 3: Pemerintahan Patani Zaman Kejatuhan

Manakala Raja Kuning sudah mangkat dan tiada lagi warisnya yang berketurunan daripada Raja Seri Wangsa yang boleh dilantik menjadi pemerintah menduduki takhta kerajaan Patani. Sekalian kerabat diraja dan orang-orang besarnya telah bermesyuarat mencari persetujuan untuk memilih siapa yang patut dan layak menaiki takhta kerajaan. Pada masa itu telah ada seorang pembesar yagn tertua bernama Raja Bakar duduknya di kampung Teluk yang layak sekali menjadi pemerintah itu. Di dalam permesyuaratan yang tersebut masing-masing telah bersetuju melantik Raja Bakar ini mendai pemerintah lalu dijemputnya menaiki takhta kerajaan Patani tetapi tiada berapa tahun sahaja Raja Bakar memerintah di atas takhta kerajaan itu pun mangkat.

Yang demikian soal memilih raja menaiki takhta kerajaan Patani telah membawa sekali lagi dalam majlis mesyuarat kerabat diraja dan orang-orang besarnya. Permesyuaratan pada kali ini telah mengambil keputusan bahawa mereka yang akan menjadi Raja Patani itu berkehendaklah kepada seorang yagn berketurunan raja yang tulen. Pada masa itu di dalam negeri Patani sudah habis keturunan raja-raja yang boleh menaiki takhta kerajaan oleh itu dengan persetujuan majlis mesyuarat juga telah mempersilakan seorang daripada anak raja dalam Kelantan menjadi raja di negeri Patani yagn bernama Raja Mas Kelantan. Dari semenjak itu mulalah negeri Patani ini diperintah oleh raja-raja yang berketurunan dari raja Kelantan. Raja Mas Kelantan ini telah menjalankan pemerintahan di Patani beberapa tahun lamanya hingga mangkat dan takhta kerajaan Patani diserahkan kepada puterinya bernama Raja Mas Jayam menggantinya.

Setelah beberapa tahun kemudian Raja Mas Jayam ini pun mangkat dengan tiada meninggalkan seorang waris juga. Kemudian dengan persetujuan mesyuarat telah melantik seorang anak raja bernama Raja Ahmad duduknya di kampung Dual (dalam daerah Rakak sekarang) menaiki kerajaan Patani dan digelarkan Sultan Muhamad.

Dalam masa negeri Patani diperintah oleh Raja Bakar, Raja Mas Kelantan dan Raja Mas Jayam itu keadaan di dalam negeri Patani sangatlah tenang dan aman tidak pernah diserang oleh musuh-musuhnya, terutama orang-orang Siam-Thai. Akan tetapi di dalam soal kemajuan, negeri Patani pada masa itu beransur-ansur mundur istimewa dalam perkasa perniagaan kerana dalam masa pemerintahan raja-raja Patani yang berketurunan dari Raja Seri Wangsa dahulu negeri Patani telah terkenal sebuah pusat perniagaan yang besar di Tenggara Asia dan sentiasa didatangi oleh bangsa-bangsa Eropah. Dalam masa pemerintahan raja-raja Kelantan ini kemajuan perniagaan itu makin bertambah kurang dan bangsa-bangsa Eropah pun sudah habis keluar melainkan yang masih tinggal di dalam Patani ialah bangsa-bangsa Timur sahaja iaitu Jepun, China, saudagar India-Islam dan orang-orang Arab. Mereka ini sentiasa hidup baik dengan orang-orang Melayu Patani bersama-sama menjalankan perniagaan dengan aman.

Dengan kerana orang-orang India dan Arab itu beragama Islam maka senanglah mereka bercampur gaul dengan orang-orang Melayu dan tidak ada suatu halangan pun kepada mereka akhirnya dapatlah mereka menjadai orang-orang Melayu.

Adapun orang-orang Siam-Thai iaitu musuh yang utama kepada orang-orang pada masa itu, tiada mereka datang menyerang negeri Patani. Dewasa itu negeri Siam sedang berada di dalam kesusahan dan selalu berbangkit gerakan derhaka merebut kekuasaan sama sendiri serta peperangan saudara kerap kali berlaku sehingga takhta kerajaannya selalu bergoyang. Tambahan pula orang-orang Burma yang selalu menjadi musuhnya itu tiada berhenti-henti datang menyerang negeri Siam-Thai menyebabkan Raja Siam tiada berpeluang hendak menyerang dan menakluk negeri Patani.

Dalam tahun Masehi 1767 Kota Ayuthia pusat pemerintahan Siam pada masa itu telah dapat ditawan oleh orang-orang Burma menyebabkan sentisa berlaku kacau-bilau yang hebat dan orang-orang Burma telah masuk memerintah Kota Ayuthia itu. Sekalian raja-raja kecil yang memerintah di merata jajahan takluk Siam pada masa itu masing-masing berangan-angan mahu memerintah sendiri dan membebaskan kedudukan meraka dari takluk Raja Siam itu. Raja dalam negeri Ligor telah menggunakan kesempatan ini mendiri semula kerajaannya yang bebas dan merdeka lalu dia mengisytiharkan kerajaannya di sebelah selatan Siam. Negeri-negeri Singgora serta Pathalung telah menjadi jajahannya serta dihantar menterinya menjadi pemerintah di dalam jajahan itu.

Dalam masa negeri Siam sedang kacau-bilau dan raja-raja kecilnya di seluruh jajahan itu sedang mendirikan kerajaan masing-masing timbullah seorang pembesar Siam-Thai bernama Phya Tak Sin dia telah dapat mengumpul sekumpulan orang-orang Siam-Thai hingga menjadi suatu pasukan yang besar, kemudian dia telah mengetuai pasukan itu menyerang balas ke atas orang-orang Burma dalam Kota Ayuthia. Akhirnya dia telah berjaya dan orang-orang Burma itu habis dihalau dan dibunuh serta Kota Ayuthia itu dapatlah kembali ke tangan orang-orang Siam-Thai, lalu didirikan semula pusat kerajaan Siam-Thai itu dan dia sendiri menjadi rajanya. Tetapi pusat pemerintahan telah dipindah ke suatu tempat yang lain di dalam jajahan Thon Buri.

Setelah itu Phya Tak Sin

Raja Siam itupun menghantar angkatan tenteranya ke seluruh jajahan takluk kerana mengalahkan raja-raja kecil yang berkeras mahu merdeka dari pemerintahan Raja Siam-Thai itu. Tidak berapa lama sahaja sekalian raja-raja kecil itu habis daat ditunduk kepadanya semula hanya raja negeri Ligor sahaja yang belum dapat dikalahkan.

Oleh itu di dalam tahun Masehi 1769 Raja Siam-Thai itu telah melancarkan serangan yang besar ke atas negeri Ligor dengan kerana kekuatannya lebih besar dapatlah Raja Siam itu mengalahkan Raja Ligor dan Raja Ligor yang ingin mahu kemerdekaan itupun terpaksa melarikan diri ke Singgora tetapi diturut pula oleh Raja Siam itu akhirnya Raja Ligor, Raja Singgora dan Raja Pathalung telah membawa kaum kerabatnay melarikan diri ke negeri Patani serta meminta perlindungan kepada Sultan Muhamad.

Dalam hal itu Raja Siam-Thai mengikut juga hingga sampai di daerah Tiba iaitu sempadan negeri Patani dengan Siam pada masa itu. Dari situ dia menghantar utusannya kepada Sultan Muhamad meminta supaya ketiga orang raja yang lari dari Singgora itu ditangkap dan dihantar kepadanya.

Jika Sultan Muhamad enggan menyempurnakan kehendaknya iaitu dia akan tetap menyerang negeri Patani. Utusan Raja Siam-Thai itu telah sampai di Patani pada bulan Disember tahun Masehi 1769 juga. Oleh itu Sultan Muhamad telah bermesyuarat dengan pembesar-pembesarnya mencari keputusan mahukah diturut atau tidak akan kehendak Raja Siam-Thai itu. Keputusannya patut diturut kerana bimbang atas keselamatan dan keamanan negeri Patani nanti diserang oleh Raja Siam-Thai dengan hanya suatu sebab yang kecil sahaja. Tambahan baginda Sultan Muhamad telah merasai tidak ada bersangkut paut pun dengan Raja Ligor dan rakan-rakannya itu. Setelah itu baginda menyuruh orangnya menangkap Raja Ligor itu dihantarnya kepada Raja Siam kemudian Raja Siam-Thai belayarlah kembali dengan membawa ketiga orang raja-raja yang tersebut sebagai tawanannya. Semenjak itu negeri Ligor pun bercantum kembali ke bawah takluk Raja Siam-Thai.

Adapun perkembalian Raja Siam-Thai itu bukanlah terhapus ingatan jahatnya di atas negeri Patani akan tetapi hatinya masih kuat berkehendak supaya negeri Patani itu dapat ditakluk dan orang Melayunya dapat diperhambakan. Sebagaimana kejayaannya dapat menakluk negeri Ligor, Singgora dan Pathalung itu. Oleh kerana kekuatannya belum dapat meluluskan kehendaknya itu terpaksalah dia diam dahulu sementara menunggu masa yang baik.

Dalam hal yang demikian pada tahun Masehi 1776 orang-orang Burma pun datang pula menyerang negeri Siam utaranya. Dengan hal ini Raja Siam-Thai itu mahu mengetahui adakah Sultan Muhamad Raja Patani itu takut kepada pengaruhnya atau tidak lalu pura-pura dia menghantar utusannya ke Patani meminta bantuan Sultan Muhamad itu membantunya melawan serangan orang-orang Burma itu dan dikehendaki bantuan sebanyak 80,000 bath[1]. Tetapi permintaan itu tidak dihiraukan oleh Sultan Muhamad, bila diketahui oleh Raja Siam-Thai kehendaknya tidak berjaya sangatlah panas hatinya dan bertambah-tambah kuat azamnya hendak menakluk negeri Patani.

Di antara itu dalam tahun Masehi 1782, Raja Siam-Thai yang bernama Phya Tak Sin

Atau Raja Thon Buri itu pun mati dibunuh oleh seorang panglimanya dan panglima inilah yang dilantik menjadi Raja Siam-Thai menggantinya atau bergelar Phra Putrra Yu’ Fa Chula Lok atau Raja Rama yang pertama daripada keturunan Maha Chakri. Di dalam pemerintahan raja inilah yang mula didirikan Kota Bangkok yang ada sekarang ini.

Dua tahun kemudian iaitu di dalam tahun Masehi 1784, orang-orang Burma datanglah pula menyerang negeri Ligor yang di dalam takluk Raja Siam itu. Raja Siam telah menghantar adiknya yang menjadi Raja Muda membwa angkatan perangnya untuk melawan orang-orang Burma itu. Angkatan perang itu telah beredar dari Bangkok dengan beberapa buah kapal perang menuju ke negeri Ligor, manakala sampai di Ligor terus panglima Siam-Thai itu mendaratkan tenteranya dan bersatu dengan angkatan Siam Ligor melawan orang-orang Burma itu. Peperangan telah berlaku berbulan lamanya kesudahannya orang-orang Burma terrpaksa mengundurkan diri kembali setelah ditewas oleh angkatan perang Siam-Thai yang datang dari Bangkok itu.

Setelah tamat peperangan Raja Muda Siam itu telah membawa angkatan perangnya ke Singgora kerana mengatur urusan pemerintahan di situ. Setelah siap urusannya dia telah menghantar utusannya ke Patani meminta Sultan Muhamad tunduk kepadanya dengan baik.

Bila utusan Raja Siam-Thai sampai di Patani, Sultan Muhamad telah memanggil pembesar-pembesarnya datang mesyuarat untuk mengambil keputusan yang muktamad akhirnya tetap suara masing-masing tidak mahu tunduk kepada Raja Siam-Thai lebih lagi tidak akan melayani segala kehendak Raja Siam-Thai yang bertujuan hendak merampas kedaulatan Raja Dan kebebasab negeri Patani.

Keputusan ini telah diberitahu kepada utusan Raja Siam-Thai itu bila diketahui Raja Siam-Thai bahawa kehendaknya tidak berjaya tambahan pula dia telah mendapat jawapan yang megahdari Sultan Muhamad itu. Sangatlah bergelora nafsu penjajahan dalam hatinya dan memutus fikirannya akan menyerang negeri Patani diberitahu kepada panglimanya Phraya Kalahum membawa angkatan perasaannya menyerang negeri Patani dan memaksa panglima itu berperang secara berhabisan sehingga negeri Patani itu dapat ditakluk.

Sultan Muhamad sepeninggalan utusan Siam-Thai itu kembali telah yakin di hati baginda bahawa bagaiman pun pada kali ini sudah tentu negeri Patani akan diserang oleh orang-orang Siam-Thai. Oleh itu baginda tidak berlengah laig terus bertitah melengkapkan senjata perang dan membina kubu-kubu pertahanan serta mengatur langkah-langkah perang seberapa yang dapat.

Tetapi dukacita bahawa kedudukan negeri Patani pada masa itu di dalam kelemahan kerana telah kurang kekuatannya dan segala senjata perang sudah tidak memadai jikalau berperang dengan berlanjutan. Semenjak berhenti peperangan dengan orang-orang Siam-Thai dalam masa pemerintahan Raja Kuning dahulu hampir-hampir setengah kurun lamanya negeri Patani tidak pernah diperalatkan senjata perang kerana tidak ada musuh-musuh yang datang menyerang. Selama itulah orang-orang Melayu Patani hanya hidup dengan aman tenteram hingga terlupa menyediakan persediaan untuk berperang dan hampir-hampir pula terlupa mereka terhadap muslihat mengawal tanah air. Dengan hal itu kian lama darah perwira orang-orang Melayu itu tentu beransur-ansur lemah serta alat-alat perang yang ada tersimpan di dalam gedung-gedung senjata tentu pula terlampau buruk. Tiadalah sama darjatnya dengan senjata-senjata baru yang ada di dalam tangan orang-orang Siam-Thai kerang orang-orang Siam-Thai itu sentiasalah mengadakan senjata-senjata baru di dalam angkatan perangnya.

Sekalipun begitu keadaannya, tetapi melihat kepada sikap Raja Siam-Thai yang telah berazam penuh hendak menakluk negeri Patani itu. Maka Sultan Muhamad tidaklah berputus harap malahan terus baginda mengumpulkan senjata-senjata lama yang masih ada itu dan mengisytiharkan kepada rakyat jelatanya peperangan yang akan berlaku pada kali ini ialah peperangan yang akan menentukan buruk baik dan hidup matinya Kerajaan Melayu Patani. Serta meminta kepada rakyat jelatanya hendaklah masing-masing bersatu padu dan mengambil bahagian penuh di dalam peperangan pada kali ini untuk mempertahankan kemerdekaan bangsa dan kerajaan. Permintaan Sultan Muhamad itu telah disambut oleh rakyat jelata Patani dengan penuh gembira dan masing-masing berkesanggupan penuh untuk melawan kecerobohan orang-orang Siam-Thai. Sekalipun terpaksa mereka berkorban di medan perang kerana mempertahankan kermerdekaan itu daripada hidup dijajah dan ditakluk orang-orang Siam-Thai.

Setelah hampir angkatan perang Siam itu akan sampai di Patani sekalian rakyat jelata Patani telah dikerah oleh Sultan Muhamad berkumpul di luar kota Istana dan dibahagikan kepada dua pasukan. Pasukan yang pertama diperintah berkawal dalam kubu-kubu di tepi pantai untuk mempertahankan pendaratan orang-orang Siam-Thai dari kapal perangnya. Pasukan kedua berkawal di hadapan Kota Istana dan segala alat senjata termasuk meriam dan pelurunya telah dibahagi sama rata. Meriam besar Seri Negara dan Seri Patani yang telah pernah mengalahkan orang-orang Siam-Thai dahulu telah dibawa semula diletak diluar kota hanya menunggu perintah akan melepaskan pelurunya yang handal dan kedua-dua pasukan pertahanan itu hanya menanti saat sahaja akan menghentam serangan orang-orang Siam-Thai.

Tiada berapa hari kemudian angkatan perang Siam-Thai yang dikepalai oleh Phraya Kalahum sampailah di Kuala Patani dan berlabuh disitu sementera menunggu saat yang baik akan melancarkan serangannya di dalam saat penting itu. Tiba-tiba dalam golongan orang-orang besar Sultan Muhamad adalah seorang Siam-Thai bernama “Nai Chan Tung” iaitu berasal dari Siam Ligor telah datang menduduki dalam Patani dengan beberapa orang rakannya ia telah banyak berkhidmat kepada kerajaan Patani sehingga Sultan Muhamad menaruh kerpecayaan penuh kepadanya dan telah dilantik dia menjadai seorang pembesar raja.

Sewaktu angkatan perang Siam-Thai berlabuh di Kuala Patani itu, timbullah perasaan jahatnya kepada kerajaan Patani dan akan berbuat bakti kepada bangsa dan kerajaannya. Lalu dia mengatur rancangan jahatnya kemudian dengan terburu-buru dia masuk mengadap baginda Sultan Muhamad menyatakan bahawa dia sanggup melawan serangan orang-orang Siam-Thai. Tetapi hendaklah dilantiknya menjadi ketua dalam pasukan rakyat Melayu yang bertahanan dalam kubu di tepi pantai itu serta meminta kepada sultan mengurnia kepada sebuah perahu yang besar lima hasta cukup dengan senjata-senjata dan meriam. Dengan kerana kepercayaan itu Sultan Muhamad telah meluluskan permintaannya. Setelah itu keluarlah Nai Chan Tung dengan perahunya. Pura-pura menuju kepada pertahanan di tepi pantai itu, di sini mulalah dia menjalankan rancangan khianatnya kepada kerajaan Patani.

Manakala sampai di tengah malam waktu alam sedang gelap gelita yang akan dapat melindungi kepada seorang yang akan berbuat jahat. Di kala itu keluarlah Nai Chan Tung dengan perahunya menuju ke kapal perang orang-orang Siam-Thai dan meminta berjumpa dengan panglima Phraya Kalahum. Setelah dapat berjumpa terus dia membuka rahsia pertahanan orang-orang Melayu Patani dan memberi tahu tempat-tempat perkubuan mereka serta ditunjuk pula tempat-tempat menyimpan senjata perang kemudian dia terus melarikan diri ke Singgora.

Panglima Phraya Kalahum sangatlah sukacitanya bila dapat mengetahui rahsia pertahanan orang-orang Melayu itu. Dia yakin pada kali ini angkatan perangnya akan tetap menang serta terbayang-bayang pada matanya bahawa pada kali ini sudah tentu takhta kerajaan Patani akan berguling jatuh ditendang oleh angkatan perangnya.

Setelah sampai saat yang baik panglima itu mulalah memerintah pasukan meriamnya membedil ke atas kubu-kubu pertahanan orang-orang Melayu di pantai itu. Dengan serentak dia mendaratkan tenteranya ke pantai dengan berlindung di bawah peluru-peluru yang ditembakoleh pasukan meriam, tetapi malangnya tiap-tiap kali peluru yang dibedil oleh Siam itu telah terjatuh di dalam kubu-kubu

orang-orang Melayu. Sehingga beberapa kali tembak sahaja banyaklah orang-orang Melayu itu terbunuh dalam hal itu pun orang-orang Melayu tetap bertegas hati membedil balas dengan hebatnya. Serangan dan bedilan orang-orang Siam-Thai itu semakin lama semakin kencang sehingga angkatan perang orang-orang Siam-Thai itu dapat naik ke pantai serta mengumpul semua kekuatannya menyerbu ke kubu orang-orang Melayu. Dengan sekejap sahaja kedudukan orang-orang Melayu itu terkepung dan terputus perhubungannya dengan pasukan yang kedua yang bertahan di hadapan kota dalam negeri. Sekalipun mereka terkepung dan hadapannya telah terkecewa, orang-orang Melayu dalam kubu itu terus juga melawan dengan tidak berganjak setapak pun. Kesudahannya pertahanan orang-orang Melayu di pantai itu hancur lebur dan kubu-kubu serta meriam-meriam mereka telah ditawan oleh orang-orang Siam-Thai.

Setelah barisan pertahanan orang-orang Melayu di pantai itu jatuh, panglima Phraya Kalahum telah mengumpul sekali lagi kekuatan perangnya yang tinggal di situ terus melancarkan serangan ke dalam negeri. Serangan panglima itu telah mendapat tentangan yang hebat dair pertahanan orang-orang Melayu di hadapan Kota Istana dan Sultan Muhamad sendiri telah keluar mengatur pertahanan itu. Meriam Seri Negara dan Seri Patani pun mulalah melepaskan pelurunya yang handal itu menyekat kemaraaan orang-orang Siam-Thai dan peperangan berapat-rapat dengan menggunakan senjata-senjata pendek pun berlaku dengan hebat.

Peperangan itu terus berlaku beberapa hari dengan tidak berhenti-henti dan malangnya Sultan Muhamad telah terkena peluru meriam yang dibedil oleh Siam-Thai dengan sekejap sahaja baginda pun gugur serta mangkat ditengah-tengah pertempuran itu, pertahanan orang-orang Melayu di hadapan Kota Istana itu pun pecah. Serangan orang-orang Siam-Thai semakin kuat mendesak kesudahannya pertahanan orang-orang Melayu sampailah saaat akhir dengan berpecah belah membawa diri masing-masing. Kota Istana itu jatuh ke tangan orang-orang Siam-Thai serta peperangan pun tamat dengan kekalahan orang-orang Melayu.

Kekalahan pada kali ini ialah kekalahan yang pertama kali di dalam sejarah Kerajaan Melayu Patani. Dengan kekalahan ini bererti hilanglah kemerdekaan Kerajaan Melayu Patani dan terhapus kedaulatan raja-raja Melayu yang telah dikawal beratus-ratus tahun lamanya. Juga sampailah maksud raja Siam-Thai yang telah lama ingin hendak menakluk negeri Patani dan memperhambakan rakyat jelatanya.

Kekalahan orang-orang Melayu Patani pada kali ini adalah dengan kerana beberapa sebab yang besar sekali ialah :

1. Rahsia pertahanan dan kekuatan orang-orang Melayu telah pecah, dibuka oleh Nai Chan Tung kepada panglima Siam-Thai.

2. Sultan Muhamad telah mangkat di dalam peperangan.

3. Kelengkapan atau senjata perang orang-orang Melayu tidak memadai.

4. Kekuatan perang orang-orang Siam-Thai lebih banyak daripada orang-orang Melayu.

Setelah semua pertahanan orang-orang Melayu Patani hancur lebur, bermaknalah negeri Patani telah terjatuh dibawah kongkong penaklukan Siam-Thai. Inilah tarikh awal-awalnya kejatuhan negeri Patani yang berdaulat dan merdeka beratus-ratus tahun semenjak dari pemerintahan Raja Seri Wangsa dahulu, dalam masa kejatuhan ini adalah sangat besar ertinya dalam sejarah kerajaan Melayu Patani. Yang demikian susah dan pengorbanan raja-raja Patani semenjak beratus-ratus tahun pada mempertahankan daulat kerajaan dan kemerdekaan orang-orang Melayu itu telah jatuh terkongkong di bawah penaklukan Siam-Thai. Dengan kejatuhan inilah membawa negeri Patani terus menerus terkongkong oleh Siam-Thai hingga sampai pada hari ini.

Setelah tertawan semua pertahanan orang-orang Melayu itu, maka perkerjaan yang mula-mula sekali dibuat oleh orang-orang Siam-Thai di dalam Patani ialah menangkap dan membunuh orang-orang Melayu Patani lelaki perempuan dan kanak-kanak kecil yang tiada bersenjata serta merampas segala harta benda, alat senjata. kemudian Kota Istana al-Marhum Sultan Muhamad itu telah dibakar hingga licin licau.

Lebih kurang sebulan lamanya orang-orang Siam-Thai itu bermaharajalela di dalam Patani kerana berhabis-habisan membalas dendamnya kepada orang-orang Melayu Patani yagn telah disifatkan orang-orang Melayu itu musuh yang utama. kemudian mulalah panglima Phraya Kalahum itu mengatur undang-undang pemerintahan di dalam Patani mengikut corak undang-undang penakluk dan mengurangkan daulat raja dan orang-orang besarnya.

Setelah undang-undang itu selesai diatur maka panglima Siam itu memerintah tenteranya turu ke kapa perang lalu mengangkat suah belayar kembali ke Bangkok dengan membawa beberapa banyak orang-orang tawanan Melayu termasuk lelaki perempuan dan kanak-kanak serta harta benda rampasa perang. Di antara benda rampasan itu yang lebih berharga sekali pada orang-orang Melayu ialah meriam-meriam besar yagn dibuat di dalam masa pemerintahan Raja Biru dahulu. sepucuk daripadanya telah dibawa bersama-sama dengan tawanan itu ke Bangkok tetapi sepucuk lagi telah terjatuh ke dalam laut di hadapan Kuala Patani sewaktu orang-orang Siam-Thai itu hendak membawanya naik ke kapal perang. Hanya sepucuk sahaja yang telah dapat dibawa ke Bangkok. Hingga sekarang meriam besar Patani itu telah diletak menjadi perhiasan di hadapan bangunan Jabatan Menteri Peperangan di Bangkok pada hari ini.

Undang-undang pemerintahan yang diatur oleh panglima Siam-Thai sebelum kembali ke Bangkok itu ialah melantik seorang daripada orang Melayu menjadi pemerintah negeri Patani sebagai raja patung. Pentadbiran negeri terletak di bawah kuasa jagaan raja Siam-Thai di Ligor dan tiap-tiap tahun dipaksa menghantar ufti Bunga Emas ke Bangkok menandakan taat setia kepada Raja Siam-Thai. Raja Patung yang dilantik oleh orang-orang Siam-Thai itu ialah Raja Bendang Badang bernama Tengku Lamidin.

Setelah Tengku Lamidin diangkat oleh Siam menjadi Raja Patani maka kewajipan yang mula-mula sekali di kerajaan ialah memperbaiki Kota Istana dan mengumpulkan semula rakyat jelata Patani yagn telah melarikan ke merata-rata [sic]. Tetapi manakala dilihat kota Istana yang di Kota Gerisik itu sudah hasbis binasa dan rakyat jelatanya sudah sunyi sepi kerana banyak yang telah mati di dalam peperangan dan banyak pula yang telah ditawan oleh Siam dibawa ke Bangkok, Tengku Lamidin pun tiadalah berapa suka lagi tinggal di Kota Gerisik itu, lalu baginda berpindah pula membuat istana baru di Kota Perawan serta dilantik seorang Datuk bernama Datuk Pangkalan, duduknya di Kampung Pengkalan Besar menjadi pemerintah di Kota Gerisik itu.

Sungguhpun Tengku Lamidin ini telah dilantik oleh Raja Siam-Thai menjadi raja patung tetapi dalam hatinya telah tertanam perasaan sedih atas perbuatan orang-orang Siam-Thai kepada orang-orang Melayu Patani. Dengan kerana itu baginda telah berazam akan menuntut bela kekalahannya dan membebaskan kerajaan Patani dari kongkongan penaklukan Siam-Thai hanya baginda menunggu sahaja peluang yang baik akan dijalankan maksud itu.

Dengan hal yang demikian dalam tahun Masehi 1789, baginda pun menghantar utusannya membawa surat kepada Raja Annam (Vietnam) dalam Indochina yang bernama Raja “Ong Chieng Su” mengajak raja itu bermuafakat menyerang negeri Siam. Baginda akan menyerang di pihak selatan Siam dan hendaklah Raja Annam itu menyerang di pihak utaranya.

Gambar : Meriam Seri Patani yang dirampas oleh kerajaan Siam. Sekarang berada di hadapan Pejabat Pertahanan Siam di Bangkok

Tetapi malangnya surat Tengku Lamidin itu telah dikirim pula oleh Raja Annam kepada Raja Siam di Bangkok. Manakala diketahui oleh Raja Siam akan kehendak Raja Patani itu sangatlah murkanya lalu diperintah kepada panglimanya Phraya Kalahum menangkap Raja Patani itu, tetapi dalam masa itu juga Tengku Lamidin telah siap melengkapkan bala tenteranya. Lalu berangkatlah dengan angkatan tenteranya itu menyerang negeri Tiba manghalau orang-orang Siam-Thai di situ. kemudian terus menyerang masuk ke jajahan Cenak dengan senang dan akhirnya sampai ke Singgora manakala sampai baginda di Singgora bertempurlah baginda dengan angkatan orang-orang Siam-Thai yang sedang berkubu di Kampung Bukit Anak Gajah lalu berperanglah di situ beberapa hari lamanya.

Berita serangan orang-orang Melayu ke Singgora itu telah sampai kepada Raja Siam-Thai di Ligor lalu dia menghantar bantuan tenteranya menolong orang-orang Siam-Thai Singgora. Serangan orang-orang Melayu yang di bawah pimpinan Tengku Lamidin itu kian lama semakin kencang akhirnya pertahanan orang-orang Siam-Thai Singgora dan Ligor pun melarikan diri ke negeri Phatalung, tetapi terus juga diburu oleh orang-orang Melayu itu sehingga berlaku pula peperangan di negeri Pathalung.

Dalam hal yang demikian sampailah angkatan panglima Phraya Kalahum dari Bangkok yang bertujuan hendak menangkap Raja Patani itu. Lalu angkatanya masuk bersatu dengan Raja Singgora dan Raja Ligor bersama-sama menahan serangan orang-orang Patani itu.

Pengundurun Tengku Lamidin ini tiadalah mendatangkan kebaikan suatu pun kepada baginda kerana memberi peluang yang baik kepada orang-orang Siam melancarkan serang balasnya. Oleh itu sepanjang-panjang pengundurannya sentiasa diikut oleh orang-orang Siam-Thai akhirnya sampailah orang-orang Melayu Patani dan masing-masing masuk bertahan dalam Kota Perawan kerana menanti serangan orang-orang Siam itu.

Oleh kerana angkatan orang-orang Siam itu telah berkumpul dari tiga angkatan besar jadilah mereka lebih banyak daripada orang-orang Melayu. Kesudahannya Kota Perawan itupun dapatlah dikepung oleh orang-orang Siam dan mereka menyekat segala perhubungan orang-orang Melayu itu dengan rakan-rakannya yang ada di luar kota. Dengan hal yang demikian pertahanan orang-orang Melayu itu pun lemah akhirnya Kota Perawan itu terjatuh ke tangan orang-orang Siam dan Tengku Lamidin pun dapat ditangkap oleh orang-orang Siam. Kemudian baginda telah dihukum bunuh atas kesalahannya menderhaka kepada Raja Siam-Thai di Bangkok. Setelah itu orang-orang Melayu pun berpecah belah membawa diri masing-masing. Kekalahan ini ialah berlaku dalam tahun 1791 iaitu kekalahan yang kedua di dalam sejarah kerajaan Melayu Patani. Sebagaimana biasa orang-orang Siam-Thai itu pun masuklah ke dalam Kota Perawan menangkap dan membunuh orang-orang Melayu serta merampas segala harta benda mereka. Setelah puas mereka bermaharajalela, mereka itu pun kembalilah ke Singgora dengan membawa beberapa orang-orang tawanan Melayu.

Sebelum orang-orang Siam-Thai itu kembali, telah dipililh seorang pembesar Melayu diangkat pula menajadi raja memerintah negeri Patani. Diangkatnya “Datuk Panglakan” serta diberi gelaran “Luang” kepadanya dengan kerana itu sekalian anak-anak datuk ini semuanya dipanggil “Long” belaka. Dan supaya menjaga orang-orang Melayu itu daripada menderhaka kepadanya dilantik pula serorang orang besar Siam bernama Laksaman Dajang menjadi penjaga mengawal orang-orang besar Melayu serta disuruh pula beberapa orang orang-orang Siam-Thai tinggal berkawal di Patani.

Semenjak itu tenanglah sedikit hal ehwal di dalam Patani tetapi pemerintahan Datuk Pangkalan selalu berselisih dengan orang-orang Siam itu kerana tidak ada kebebasan menjalankan pemerintahan negeri hanya sentiasa sahaja dihalang oleh orang-orang Siam-Thai. Istimewa orang-orang Siam itu sangat jahat perangainya dan selalu membuat keganasan kepada rakyat Melayu Patani. Oleh itu dalam tahun Masehi 1808 timbullah suatu perselisihan yang hebat di antara Datuk Pangkalan dengan orang-orang Siam itu.

Setelah hilang sabarnya, Datuk Pangkalan pun datanglah dengan orang-orangnya menyerang orang-orang Siam-Thai itu secara terkejut. Sehingga terpaksalah mereka itu dengan ketuanya Laksama Dajang lari menyelamatkan diri ke Singgora. Raja Singgora pula menghantar suratnya ke Bangkok menyatakan bahawa Datuk Pangkalan dan orang-orang Melayu Patani telah belot kepada Raja Siam-Thai. Sementara itu Raja Ligor dan Raja Singgora pun datanglah dengan bala tenteranya ke Patani keran hendak menangkap Datuk Pangkalan itu.

Di Patani pun bersiaplah sekalian kerabat datuk-datuk iaitu Datuk Pangkalan, Datuk Sai, Datuk Pujud dan lain-lain. Masing-masing mengumpul kekuatan menanti kedatang orang-orang siam Ligor dan Singgora manakala sampai orang-orang Siam itu berperanglah dengan orang-orang Patani berbulan-bulan lamanya. Orang-orang Patani di bawah pimpinan datuk-datuk itu pun terus berjuang dengan cara berhabis-habisan, masing-masing berazam teguh akan menghalau orang-orang Siam itu dari negeri Patani dan membebaskan diri mereka dari kongkong penaklukan Siam-Thai. Dengan berkat azam yang suci itu maka orang-orang Siam pun kalah lalu mengundurkan diri kembali ke Singgora dan Laksama Dajang pun kembali juga ke Ligor.

Beberapa bulan kemudian angkatan orang-orang Siam-Thai dari Bangkok yang diketuai oleh Phraya Kalahum pun sampai pula dengan beberapa buah kapal perang dan di daratan telah diiringi pula oleh orang-orang Siam Singgora dan Ligor. Peperangan pada kali ini telah berlaku sekali serentak di darat dan di laut. Perjuangan di laut telah berlaku dalam Baruh Laguni dan perjuangan di darat telah berlaku di Kota Gerisik. Akhirnya orang-orang Melayu Patani pun telah kalah dan Datuk Pangkalan telah mati di dalam perjuangan itu. Sekalian datuk-datuk yang lain telah lari menyelamatkan diri masing-masing.

Setelah mendapat kemengan itu, masuklah orang-orang Siam-Thai dengan megahnya memerintah negeri Patani dan ditangkap orang-orang Melayu membuat tawanan serta merampas segal harta benda mereka itu, dan mengatur pula undang-undang pemerintahan di dalam negeri Patani mengikut kemahuannya.

Kemudian mulai orang-orang Siam itu menjalankan rancangan hendak menghapus daulat raja-raja Melayu, iaitu diangkat seorang bangsa Siam-Thai brnama “Nai Khuan Sai” menjadi raja Patani. Setelah sempurna mengatur pemerintahan dalam Patani itu, Panglima Phraya Kalahum pun kembali ke Bangkok bersama-sama dengan angkatan perangnya. Nai Khuan Sai itu ialah anak Raja Cenak yang berasal keturunannya daripada bangsa Cina yang datang berniaga di Cenak. Setelah itu Nai Khuan Sai pun datanglah memerintah Patani membawa beberapa ratus orang-orang Siam Singgora dan berbuat kampung kediaman di bandar.

Sejak itu kedaulatan raja-raja Melayu dalam negeri Patani pun mulai terhapus serta kekuasaan penuh telah tercabut ke tangan orang-orang Siam-Thai pula. Di antara beberapa tahun kemudian raja Khuan Sai itu mati dan diganti oleh adiknya bernama Nai Phya menjadi Raja Patani serta adik dari abangnya itu bernama Nai Him Sai yang bergelar Luang Sawad Phakdi, telah diangkat menjadi penolongnya.

Dalam masa Nai Phya mejadi raja memerintah negeri Patani itu, keadaan di dalam negeri Patani tidaklah menjadi aman seperti dalam masa pemerintahan raja-raja Melayu dahulu. Oleh kerana orang-orang Siam telah merasai dirinya lebih berkuasa selalulah mereka berbuat ganas dan kejam atas orang-orang Melayu Patani, malah selalu pula orang-orang Siam itu bertempur dengan orang-orang Melayu. Dengan hal itu menyebabkan orang-orang Melayu sangat benci kepada mereka.

Setelah Nai Phya berpendapat bahawa orang-orang Melayu sentiasa menaruh dendam terhadap orang-orang Siam maka bimbanglah dalam hatinya jikalau orang-orang Melayu memberontak menuntut kemerdekaan pula. Oleh itu dikirimnya sepucuk surat kepada Raja Singgora menyatakan hal kebimbangannya di Patani dan Raja Singgora pun menyampaikan hal kebimbangan itu kepada Raja Siam di Bangkok, soal ini telah dibawa mesyuarat dengan para menterinya untuk mengambil keputusan pada menetapkan dasar pemerintahan dalam jajahan takluknya di Patani.

Permesyuaratan itu telah bersetuju bahawa kekuatan negeri Patani hendaklah dipecah-pecahkan supaya senang memerintah dan dengan jalan ini dapatlah ia melemahkan pendiriajn orang-orang Melayu. Setelah itu raja Siam mengutus seorang menterinya bernama Phraya Abya Songgram” datang ke Singgora dan berunding dengan Raja Singgora itu untuk membahagikan negeri Patani menjadi tujuh buah wilayah yagn kecil-kecil iaitu Patani, Jering, Nongcik, Jalur, Sai, Reman dan Legeh.

Yang demikian negeri Patani yang dahulu hanya diperintah oleh seorang raja sahaja dan tidak pernah pula dipecah-pecahkan, sekarang telah terbahagi kepada beberapa buah kawasan. Dibahagi oleh Raja Siam dengan maksudnya hendak melemahkan kekuatan orang-orang Melayu supaya senang dia memerintah dan mudah memperhambakan orang-orang Melayu itu mengikut dasar penjajah (imperialisme) iaitu “pecah-pecahkan kemudian perintah”

Setelah pekerjaan membahagi negeri Patani sudah selesai, Nai Phya telah diangkat menjadi Raja Jering dan diserah kuasa kepadanya menjaga segala wilayah-wilaya yang lain itu. Tetapi segala urusan pemerintahan dalam negeri terletak di bawah perhatian dan kawalan Raja Singgora dan pada tiap-tiap wilaya itu disuruh Nai Phya memilih orang-orangnya yang dipercayai kemudian dihantar memerintah dalam tiap-tiap buah wilaya itu serta diberi taraf kepada meraka itu seperti raja-raja juga.

Adapun orang-orang yang dipilih oleh Nai Phya dan dihantar memerintah di dalam wilayah-wilayah yang tersebut itu ialah demikian :

1. Tuan Haji Sulong diangkat menjadi Raja Patani duduknya di Kota Gerisik

2. Tuan Nik diangkat menjadi Raja Nongcik duduknya di Kota Nongchik.

3. Tuan Mansur diangkat menjadi Raja Reman duduknya di Kota Baharu.

4. Tuan Jalur diangkat menjadi Raja Jalur duduknya di Jala.

5. Nik Dah diangkat menjadi Raja Legeh duduknya di Kota Legeh.

6. Nik Dih diangkat menjadi Raja Sai duduknya di Jerenga.

Adapun Tuan Haji Sulong yang menjadi Raja Patani itu ialah seorang daripada anak cucu keluarga Datuk Pangkalan duduknya dengan berumah tangga di kampung Gerisik. Selain daripadanya ialah orang-orang yang dipercayai oleh Nai Phya belaka. Di dalam masa Tuan Haji Sulong menjadi Raja Patani, baginda sangatlah mengambil berat terhadap urusan agama Islam, dan baginda inilah yang membina masjid di pintu gerbang yagn masih ada bekasnya di Kampun Gerisik hari ini.

Dalam tahun Masehi 1871, Tuan Jalur yang memerintah wilayah Jala itu pun mangkat dan diganti oleh anaknya bernama Tuan Bangkok menjadi pemerintah di situ. Kemudian daripada itu Tuan Nik Raja Nongchik pula mati dan diangkat Tuan Kecik adik kepada Tuan Sulong Raja Patani menggantinya memerintah di wilayah Nongchik itu. beberapa tahun kemudian Tuan Mansur Raja Reman pun mati pula dan diganti oleh anaknya bernama Tuan Kundur. Demikianlah adanya pemerintahan di dalam negeri Patani sewaktu dia telah dijajah oleh kekuasaan orang-orang Siam itu cara pemerintahannya adalah di bawah kongkongan penjajahan mereka.

Mulai dari sini negeri Patani pun adalah berkaitan dengan ngeri Kedah pul. Oleh itu eloklah kita bawakan sedikit sejarah yang berkenaan dengan negeri Kedah itu dalam masa ia ada berhubung dengan sejarah kerajaan Melayu Patahi dan orang-orang Siam-Thai pada masa itu supaya senang kita memahamkannya.

Pada masa itu negeri Kedah telah diperintah oleh seorang Raja Melayu yang bergelar Sulatan Ahmad Abdul Halim Syah atau Tengku Pengiran namanya. Tetapi akhirnya baginda ini telah ditewaskan oleh Raja Siam-Thai lalu lari menyelamatkan dirinya ke Melaka dan di negeri Kedah pun diperintah oleh seorang anak raja Siam Ligor.

Pada tahun Masehi 1831 adalah seorang putera dari keluarga Raja Kedah itu bernama Tunku Kudin telah mengumpul sekalian rakyat Kedah yang masih taat setia kepada rajanya melancarkan serangan ke atas orang-orang Siam di Kedah itu. Akhirnya dapatlah merebut kembali Kota Istana yang diduduki oleh Raja Siam dan Raja Siam denga orang-orang besarnya lari kembali ke Singgora. Kemudian dia telah berunding dengan Raja Singgora serta dengan bapanya Raja Ligor untuk mengadakan sebuah angkatan yang besar bagi mengalahkan semula orang-orang Kedah itu. Masing-masing un bersetuju atas cadangan ini lalu mereak mengadakan sebuah angkatan perang yagn bergabung dari orang-orang Siam Singgora dengan orang-orang Siam Ligor.

Angkatan orang-orang Siam ini telah datang melancarkan serang balas yang hebat ke atas negeri Kedah. Tunku Din sendiri telah keluar memimpin rakyat Kedah itu melawan serangan orang-orang Siam-Thai. Peperangan ini telah berlaku dengan berlanjutan tetapi serangan angkatan orang-orang Siam itu tidak berjaya hendak meneawaskan orang-orang Kedah, dan terpaksa Raja Siam itu mengundurkan angkatan perangnya kembali ke Singgora. Sepanjang-panjang pengudurannya telah turut diserang oleh Tunki Din dengan rakyatnya hingga sampai juga ke Singgora.

Melihat kepada serangan orang-orang Kedah itu telah sampai dalam negerinya, Raja Singgora pun memberitahu hal ini kepada Raja Siam di Bangkok serta meminta bantuan dengan segeri kepadanya. Sepucuk surat pula telah dihantar kepada Raja Nai Phya di Patani meminta bantuan juga kepadanya buat melawan orang-orang Kedah itu. Setelah suratnya sampai di Patani, Raja Nai Phya pun mengarah sekalian raja-raja dari eman buah wilayah dalam Patani itu membawa rakyat masing-masing datang berkumpul di wilayah Jering (Jambu) kerana akan dihantar kepada Raja Singgora. Raja Patani, Raja Nongchik, Raja Legeh dan Raja Yala membawa rakyat masing-masing berkumpul di Jering hanya Raja Sai dan Raja Remen sahaja yang tidak datang. Nai Phya pun menyuruh raja-raja yang tersebut membawa rakyatnya berjalan ke Singgora, tetapi raja-raja itu enggan menjalankan suruhannya kerana mereka telah tahu rakyat-rakyatnya akan dibawa berperang melawan saudara-saudaranya orang-orang Kedah iaitu saudara-saudara yang sebangsa dengan mereka juga. Di sini terpaksalah Nai Phya menjalankan kekerasan dan ugutan hingga empat orang raja-raja itu sanggup hendak membawa rakyat-rakyatnya ke Singgora baharulah berhenti kekerasannya.

Gambar : Masjid lama Gerisik, Patani atau digelar Pintu Gerbang Hang Tuah

Dalam hal yang demikian empat orang raja-raja ini telah berunding dengan sulit untuk memutuskan soal ini. Keputusannya masing-masing telah tetap tidak mahu membawa rakyatnya ke Singgora berperang dengan saudaranya orang-orang Kedah itu dan masing-masing telah bersetuju mahu memberontak melawan Raja Nai Phya dan orang-orang Siam yang ada di dalam Patani.

Setelah itu empat orang raja-raja ini telah memerintah rakyat masing-masing mengakat senjata dan bersatu menyerang orang-orang Siam yang ada di dalam Patani itu. Oleh kerena orang-orang Siam itu sangat sedikit bilangannya tidak berdaya mereka hendak melawan pemberontakan orang-orang Melayu. Banyaklah orang-orang Siam itu telah dapat dibunuh oleh mereka dan banyak pula yang sempat melarikan diri ke Singgora. Tetapi telah dibunuh juga oleh orang-orang Melayu itu hingga sampai ke Tiba, Cenak dan masuk ke dalam sempadan Singgora lalu orang-orang Melayu itupun bertemulah dengan saudaranya orang-orang Kedah yang sedang berperang dengan orang-orang Siam Singgora itu.

Orang-orang Melayu Patani itu masuklah pula bersatu dengan saudaranya orang-orang Kedah sama-sama melawan orang-orang Siam-Thai. Di dalam peperangan ini orang-orang Melayu Patani telah berkubu di Bukit Anak Gajah. Sewaktu peperangan sedang berlaku dengan hebat itu, sampailah angkatan orang-orang Siam-Thai dari Bangkok diketuai oleh Phray Phrak Khlang yang dihantar oleh rajanya membantu Raja Singgora. Angkatan ini ialah suatu angkatan perang yang besar lengkap dengan senjata-senjata yang banyak, setelah di amsuk bersatu dengan orang-orang Siam Singgora itu bertambah besar kekuatan mereka melawan orang-orang Melayu. Tetapi orang-orang Melayu itu terus juga melawan dengan tidak mengendahkan kekuatan musuhnya yang lebih besar itu. Dalam hal yang demikian Tengku Kudin panglima angkatan orang-orang Kedah itu mati dalam perjuangan, dan mulalah orang-orang Kedah itu berpecah-belah melarikan diri masing-masing.

Orang-orang Melayu Patani bila melihat saudaranya itu telah berpecah-belah, serta mereka telah percaya tidak akan berdaya melawan orang-orang Siam-Thai yang lebih besar kekuatannya itu, mereka pun terpaksa mengundurkan diri kembali ke Patani dan masing-masing berazam akan membuat pertahanan yang akhir di Patani.

Setelah itu panglima Siam-Thai Phray Phrak Khlang telah mengumpul semua angkatan perang orang-orang Siam itu dan dibahaginya menjadai dua pasukan. Pasukan yagn pertama dihantar menyerang orang-orang Kedah dan pasukan yang kedua dihantar menyerang orang-orang Patani. Pasukan yang pertama itu mulalah melacarkan serangannya ke atas negeri Kedah dengan menumpahkan semua kekuatannya. Kesudahannya negeri Kedah dapatlah ditakluknya kembali dan diangkat Raja Siam yang dahulu juga menjadi pemerintah siam di situ. Setelah selesai peperangannya dengan orang-orang Kedah itu beredarlah pasukan yang kedua dengan diketuai sendiri oleh panglima Phray Phrak Khlang menuju ke Patani dengan beberapa buah kapal perangnya. Setelah sampai di Patani diapun mendaratkan orang-orangnya di pantai Kuala Patani kemudian menyerbu masuk ke dalam negeri. Orang-orang Melayu di bawah pimpinan empat orang rajanya bertahanlah dengan bersungguh-sungguh.

Adapun Tuan Sulong yang menjadi pemerintah negeri Patani pada masa itu ialah saudara kepada Sultan Kelantan yang beranam Long Muhamad. Bila diketahuinya negeri Patani diserang oleh orang-orang Siam itu baginda Long Muhamad pun menghantar bantuan sepasukan rakyat Kelantan menolong orang-orang Patani yang berperang melawan orang-orang Siam-Thai. Pasukannya diketuai oleh Raja Muda Kampung Laut serta anaknya Tengku Besar (Tengku Muhamad) dan Raja Banggol. Demikian juga Sultan Terengganu telah menghantar sebuah angkatan bantuannya ke Patani dengan diketuai oleh Panglima Tengku Idris, Panglima Encik Kulan, Panglima Wan Kamal dan Panglima Encik Ismail. Setelah angkatan bantuan ini sampai di Patani, masuklah bersatu dengan orang-orang Patani berperang melawan orang-orang Siam.

Peperangan ini telah berlaku dengan sehabis-habis dahsyat dlaam sejarah Patani. Phray Phrak Khlang telah memerintah orang-orang Siam itu berperang dengan berhabis-habisan. Dia tidak mengindahkan kerugian dan kebinasaan yang ditanggungnya lebih banyak daripada orang-orang Melayu itu. Kesudahannya pertahanan orang-orang Melayu pun roboh dan pintu kemenangan mulalah terbuka kepada orang-orang Siam itu. Orang-orang Melayu yang tidak berkuasa mempertahankan serangan mereka. Terpaksalah berpecah belah menyelamatkan diri masing-masing. Rakyat-rakyat Kelantan dan Terengganu sekali dengan panglima-panglimanya telah mengundur kembali ke negeri masing-masing.

Tuan Sulong Raja Patani dengan Tuan Kundur Raja Jalur telah undur dengan anak isterinya berlindung di Kelantan. Sementera itu Tuan Kecik Raja Nongcik dan Nik Dah Raja Legeh mengundurkan diri ke ulu negeri Patani tetapi diburu juga oleh orang-orang Siam hingga sampai ke daerah Jarum sempadan Perak. Berlaku pula perjuangan di antara dua orang raja itu dengan orang-orang Siam akhirnya Tuan Kecik mati dalam perjuangan dan Nik Dah berlepas ke Perak.

Setelah raja-raja Patani itu habis melarikan diri masing-masing, maka rakyat di dalam negeri Patani pun menderitalah kesengsaraan kerana ditindas, dibunuh dan dicabul oleh orang-orang Siam-Thai yang menyangka dirinya telah menang di dalam segala-gala perjuangan itu. Segala harta benda dan makanan orang-orang Melayu itu seperti padi, berass, ayam, itik dan lain-lain habis dipunggahnya bawa ke kapal sebagai harta rampasan perang.

Sesudah puas mereka bermaharajalela di dalam Patani itu. Phray Phrak Khlang panglima Siam telah mulai pula melengkapkan angkatan perangnya akan melanggar negeri Kelantan dan Terengganu kerana menuntut bela atas perbuatan raja-rajanya yang telah membantu orang-orang Melayu Patani berperang dengan orang-orang Siam itu.

Bila kala hal ini telah diketahui oleh Long Muhamad Sultan Kelantan itu, bimbanglah baginda nanti negeri Kelantan pula diserang dan ditakluk oleh orang-orang Siam-Thai itu. Dan supaya mengawal negeri Kelantan jangan menanggung nasib seperti negeri Patani itu. Maka Sulatan Kelantan itu teah menghantar utusan damainya kepada Phray Phrak Khlang mengaku hendak tunduk kepada Raja Siam serta sanggup membayar kesalahannya itu dengan wang sebanyak 50,000 dolar. Dan Tuan Sulong Raja Patani dengan Tuan Kundur Raja Jalur serta anak isterinya yang ada di Kelantan itu, terpaksalah dihantar kembali kepada panglima Siam itu. Dan cadangannya hendak menyerang negeri Kelantan pun diubah.

Kemudian panglim Siam-Thai itu menghantar utusannya kepda Sultan Terengganu memperingatkan kesalahannya membantu orang-orang Patani dan memaksa hendaklah menghantar kembali sekalian orang-orang Patani yang telah lari berlindung di Terengganu iut. Istimewa panglima-panglima Patani iaitu Panglima Damit, Panglima Mahmud, Panglima Pik dan Panglima Ahmad. Sekalian orang-orang Patani dengan panglima-panglimanya ini telah diserahkan oleh Sultan Terengganu kepada panglima Siam yang sedang menunggu di Patani.

Setelah pemerintahan di dalam negeri Patani diatur semula oleh panglima Siam itu. Maka dalam bulan September tahun 1832 angkataan perang orang-orang Siam-Thai itu pun kembali ke Bangkok dengan membawa beberapa banyak orang-orang tawanan perang serta dengan harta benda rampasan di dalam Patani. Orang-orang tawanan Melayu Patani yang dibawa oleh Siam pada kali ini tidak kurang daripada 4,000 orang iaitu lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Azab sengsara yang ditanggung oleh orang-orang Melayu yang dikurung di dalam kapal-kapal perang Siam-Thai sewaktu di dalam perjalanan ke Bangkok itu tidaklah dapat hendak dituliskan di sini dan beberapa banyak pula di antara mereka itu telah mati di dalam kapal sebelum sampai di Bangkok.

Sebelum orang-orang Siam itu kembali raja-raja di dalam wilayah-wilaya kecil dalam Patani yang telah ditangkap atau mati itu pun telah diangkat semula oleh panglima Siam menggatinya iaitu :

Di Patani diangkat Nik Yusuf orang Gerisik

Di Nongcik diangkat Nai Ming Orang Siam Cenak

Di Jala diangkat Nai Him Sai (Luang Sawad Phakdi) penolong raja Nai Phya

Di Legeh diangkat Nik Bongsu seorang yang setia kepada Nai Phya.

Adapun Nai Him Sai Jala itu duduknya di Kubang Teras, Nik Bongsu Raja Legeh duduknya di Tanjung Mas, Nik Yusuf Raja Patani dudukunya di Kuala Bekah iaitu di sebelah hilir gedung Cina hari ini.

Semenjak dari masa itu negeri Patani dan Kedah duduklah di bawah kekuasaan Raja Siam iaitu di Kedah diperintah oleh anak Raja Siam Ligor dan di Patani diperintah oleh rajaa-raja yang diletak oleh orang-orang Siam-Thai.

Pemerintahannya terus menerus berjalan hingga sampai pada tahun Masehi 1838, adalah dua orang anak raja dalam keluarga raja-raja Kedah bernama Tunku Muhamad Saad dan Tunku Abdullah. Kedua anak raja ini telah mengatur rancangan gerakan sulit yang bertujuan hendak menggulingkan kuasa raja Siam dan merampasa kembali takhta kerajaan Melayu Kedah. Setelah sampai hari baik ketika baik, rakyat-rakyat Kedah di bawah pimpinan kedua anak raja itu terus menyerang orang-orang Siam. Denga sekali serentak sahaja dapatlah merebut kembali Kota Istana dan membunuh orang-orang Siam yang ada di dalam Kedah tetapi rajanya telah sampai lari ke Singgora dengan rakyatnya.

Orang-orang Siam yang melarikan diri itu terus sahaja diburu dan diusir oleh orang-orang Kedah hingga sampai di Cenak. Di sini orang-orang Siam Singgora pun datanglah membantu rakan-rakannya menahan serangan orang-orang Kedah itu. Dengan kerana serangan orang-orang Kedah itu semakin lama semakin kencang, raja Singgora pun menghantar utusannya ke Bangkok, meminta bantuan dengan segera. Dan utusan yang seumpama itu dihantar juga kepda Raja Nai Phya di Jering.

Raja Nai Phya pun memanggil sekalian raja-raja dari wilayah-wilayah yang tersebut membawa rakyat masing-masing ke Singgora. Oleh sebab raja-raja itu orang yang taat setia kepada Raja Nai Phya dan telah lama menjadi perkakasan pemerintahan kepadanya, tidaklah menjadi apa-apa halangan lagi hanya raja-raja itu membawalah rakyat masing-masing ke Singgora. Tetapi bila mereka sampai di Cenak banyaklah di antara mereka tidak suka membantu orang-orang Siam. Tambahan pula mereka akan dibawa berperang melawan saudaranya orang-orang Kedah, rakyat-rakyat Patani yang lari itu telah masuk bersatu dengan saudaranya orang-orang Kedah berbalik melawan orang-orang Siam.

Peperangan ini terus berlaku beberapa lamnya hingga orang-orang Melayu pun lemah. Tunku Muhamad Saad ketua orang-orang Kedah itu telah mati di dalam perjuangan dan Tunku Abdullah pula mengundurkan orang-orangnya kembali ke Kedah. Di belakang pengundurunnya diikuti pula oleh serangan orang-orang Siam itu hingga sampai di Kedah. Oleh kerana kekuatan orang-orang Kedah itu telah habis digunakkan di dalam peperangan, dengan senang sahaja negeri Kedah pun jatuh semula ke tangan orang-orang Siam. Orang-orang Melayu Patani yang bersatu dengna orang-orang Kedah itu pun terpaksalah lari membawa diri masing-masing sahaja.

Setelah tamat peperangan itu , Raja Singgora pun menyuruh raja-raja Patani dari emam buah wilayah itu kembali membawa rakyat masing-masing kerana dia telah merasai bimbang kalau-kalau berbangkit pula pemberontakan orang-orang Melayu Patani. Tiada beberapa tahun kemudian, Raja Nai Phya yang memerintah di wilayah Jering pun mati. Kematiannya telah diberitahu kepada pusat pemerintahan di Singgora, oleh itu dengan perintah Raja Singgora telah dilantik Nai Him Sai Raja Yala menjadi raja memerintah di Jering itu menggantinya. Kemudian dilantik pula orang Siam Singgora bernama Nai Muang menjadi raja memerintah di Jala, dan Nai Muang telah berpindah dari Kota Kubang Teras mendiri sebuah kota yang baharu di Kampung Seting iaitu di seberang Sungai Besirat.

Di dalam tahun Masehi 1842 negeri Kelantan telah diperintah pula oleh Sultan Tuan Senik Mulut Merah. Pada tahun ini udara perselisihan sedang mendung dengan gelapnya di kalangan keluarga diraja Kelantan. Perselisihan ini telah berlaku di antara sultan itu dengan beberapa orang saudaranya iaitu Sultan Dewa (Raja Penambang), Raja Muda, Tengku Seri Indera dan Tengku Muhamad (Tengku Besar) anak Raja Muda Kampung Laut. Dengan kerana perselisihan ini telah membawa berlaku permusuhan dan peperangan saudara di antara sultan itu dengan raja-raja yang tersebut.

Setelah peperangan saudara itu berlaku beberapa lama dan tiada terbayang pun harapan akan dapata berdamai dengan baik. Maka kedua belah pihak itu telah mengadukan hal ini kepada Raja Siam di Bangkok, Pengaduan ini telah diterima dengan baik oleh Raja Siam lalu dia menghantar seorang orang besarnya bernama Phraya Thai Nam bersama-sama dengan Raja Ligor dan Raja Singgora datang ke Kelantan kerana menjadi orang tengah mendamaikan peperangan itu.

Berbetulan dengan masa raja-raja Siam-Thai itu berkerja mendamaikan peperangan saudara di Kelantan, Nai Him Sai (Luang Sawad Phakdi) Raja Jering pun mati dan diangkat Nik Yusuf Raja Patani menggantinya. Oleh sebab di Patani tidak ada raja yang memerintah lalu dipersilakan Tengku Muhamad (Tengku Besar) anak Raja Muda Kampung Laut itu berangkat ke Patani kemudian dengan rasmi dilantik menjadi raja memerintah negeri Patani. Manakala segala pentadbiran di dalam negeri terletak di bawah kawalan dan perhatian Raja Siam Singgora demikian juga Sultan Dewa telah berangkat ke Ligor dan tetaplah dia tinggal di sana.

Sewaktu keberangkatan Tengku Muhamad ke Patani itu adalah diiringi oleh seorang saudara perempuannya bernama Tengku Tuan Menanjiwa dan Tengku Banggol ayah saudaranya serta kaum keluarganya telah bersama-sama mengikut. Demikian juga Tengku Long Ahmad Raja Bukit, sekalian raja-raja itu pun tinggallah bersama-sama dengan Tengku Muhamad di Patani.

Pada mula-mulanya Tengku Muhamad itu telah berbuat kampung istana di Seberang Hujung Tanjung, sekarang dipanggil Kampung Tengku Besar Semerak. Tetapi tiada berapa lama kemudian telah didapati kawasan yang kampung itu tidaklah berapa baik dan sesuai dengan keadaan geografi, lalu masing-masing berpindah. Membuat kota istana yang baharu Kampung Cabang Tigaa dan di situlah telah kekal menjadi kota istana raja-raja Patani hingga sampai pada hari ini.

Setelah Tengku Muhamad itu dilantik menjadi Raja Patani, lalu digelarkan Sultan Muhamad dan di sisi Raja Siam Bangkok digelarkan “Phraya Tani”. Dengan kehendak dan perintah Raja Siam itu juga sekalian keluarga diraja yang mengikut bersama-sama dengan Tengku Muhamad ke Patani itu telah diberi jawatan masing-masing. Raja Banggol dilantik menjadi Phraya Phitak ertinya jawatan penasihat kepada Sultan Patani dan raja-raja yang lain daripadanya telah dilantik menjadi pegawai-pegawai tinggi kerajaan belaka. Setelah dua tahun kemudian Raja Banggol dan Tengku Long Ahmad Raja Bukit itu , kedua-duanya telah mangkat di Patani. kemudian dilantik Tengku Tengah anak kepada Raj Banggol itu menjadi Phraya Phitak mengganti ayahandanya.

semenjak itu negeri Patani mulalah diperintah oleh raja-raja dari Kelantan yang dilantik oleh Raja Siam. Cara-caranya pemerintahan dalam negeri telah dijalankan di bawah perhatian dan kawalan Raja Siam yang berpusat di Singgora. Yang demikian daulat Sultan Muhamad dan orang-orang besarnya itu keadaannya tidak lebih dari hujung telunjuk Raja Siam, ertinya pemerintahan dijalankan mengikut kuit telunjuk Raja Siam atas kemahuannya kerana mengikut kepada dasar-dasar penaklukan mereka. Hanya di dalam abad pemerintahan Sultan Muhamad ini, suasana di dalam negeri Patani adalah kian bertambah aman tenteram.

Tiada beberapa lama kemudian, Nai Ming raja Nongcik telah dicabut oleh Raja Siam dari jawatan, alasannya kerana lemah di dalam pemerintahan, kemudian dilantik Nai Kliang, anak kepada Nai Him Sai bekas Raja Jering dahalu, menjadi Raja Nongcik menggantinya. Nai Kliang ini telah memindahkan pusar pemerintahannya dari kota Nongcik kepada Kampung Tok Jong.

kemudian dari situ, Nai Muang Raja Jala pula dipecat dari jawatannya oleh Raja Siam kerana kurang kelayakannya dalam pemerintahan. Kemudian dilantik Tengku Muhamad Saleh (Tuan Batu Putih) menjadi raja Jala dan Tengku Muhamad Saleh ini telah memindahkan semual pusat pemerintahannya ke Kampung Jalur seperti dahulu kala.

Kemudian dari itu Nik Dah Raja Sai yang duduk di kota Jerenga pun mangkat dan dilantik Tengku Jalaludin (Nik Lebai) anaknya menjadi raja di situ pula.

Dalam tahun Masehi 1853, Nik Yusuf Raja Jeringpun mangkat, raja inilah yang digelar oleh orang-orang Patani Raja Tok Ki. Kemudian Raja Siam Singgora telah melantik Sultan Dewa yang duduk di negeri Ligor menjada Raja Jering itu menggantinya. Setelah itu berpindahlah Sultan Dewa dengan anak beranaknya memerintah di Jering dan anaknya yang bernama Tengku Sulong telah diangkat menjadi penolongnya dengan bergelar Luang Suthon Raja.

Lebih kurang setahun lamanya Sultan Dewa menjadi raja memerintah di Jering itu pun mangkat dan anaknya Tengku Sulong itu telah meminta izin kepada Raja Siam, berpindah kembali ke Kelantan keran ia tidak suka lagi tinggal di Jering. Kemudian dilantik Nik Timun anak kepada Raja Nik Yusuf bekas Raja Jering yang dahulu itu, menjadi raja memerintah di Jering pula.

Dalam tahun Masehi 1856 Sultan Muhamad Raja Patani pun mangkat, baginda ini telah dimakamkan di perkuburan Tanjung Datuk. Oleh itu digelarkan orang al-Marhum Tanjung hingga sampai sekarang. Kemangkatan baginda ini telah meninggalkan empat putera dan dua orang puteri iaitu :

1. Tengku Puthih kemudian menjadi Raja Patani yang kedua.

2. Tengku Bulat (Tengku Haji Tua)

3. Tengku Husin (Tengku Sulaiman Sharifudin) Raja Patani yang keempat.

4. Tengku Tenal bersuami kepada Raja Remen.]

5. Tengku Labuh bersuaami kepada Tengku Cik anak Tengku Banggol.

Kemudian dengan kehendak dan persetujuan Raja Siam telah melantik Tengku Putih menjadi Raja Patani mengganti ayahandanya dan diberi gelaran “Phraya Wicit Phakdi”

Di dalam masa pemerintahan Tengku Putih ini, negeri Patani telah mulai bertambah-tambah ramai penduduknya terutama abli perniagaan bangsa-bangsa asingpun banyaklah yang datang berniaga di dalam Patani. Di antara mereka itu yang lebih banyak sekali ialah orang-orang Cina, dengan kerana banyaknya orang-orang mereka lalu dipanggil kampung yang didudukinya dengan nama Kampung Cina hingga terkenal sampai hari ini.

Tiada berapa tahun kemudian Tuan Kundur Raja Remen, Tengku Muhamad Saleh (Tuan Batu Putih) Raja Jala yang kedua pun mangkat dilantik Tuan Timun anak Tuan Kundur itu menjadi Raja Remen bergelar Phraya Ratna Phakdi, raja inilah yang berpindah berbuat kampung di Kota Baharu, Remen yang ada sekarang ini. Di Jala telah dilantik Tengku Sulaiman (Tuan Kecik) anak Tengku Muhamad Saleh menjadi raja mengganti ayahandanya dengan bergelar Phraya Narongrit Phakdi.

Demikian juga di wilayah Nongcik, setelah kematian rajanya yang bernama Nai Kliang lalu dilantik seorang pembesar Siam bernama Nai Ming menjadi raja di situ dengan bergelar Phraya Phitera Phibit Narobit.

Kemudian daripada itu Tengku Jalaludin (Nik Lebai) Raja Sai dan Tuan Timun Raja Remen mangkatlah pula, lalu dilantik Tengku Abdul Kadir (Nik Kalpit) anak Tengku Jalaludin itu menjadi Raja wilayah Sai dengan bergelar Phrak Suria Suthon Phakdi dan dilantik Tengku Abdul Mutalib (Nik Pik) menjadi penolongnya dengan bergelar Phrak Ratna Montri. Tengku Abdul Kadir inilah yang mendirikan kota istana raja di Selindung Bayu atau Teluban pada masa ini.

Di wilayah Reman, dilantik Tengku Abdul Kadis (Tuan Jagung) adik kepada Tuan Timun tadi menjadi rajanya bergelar Phraya Ratna Phakdi dan dilantik Tuan Bali Jawa anak Tuan Timun itu dan Tuan Lebeh anak Tengku Abdul Kandis menjadi penolong keduanya. Tengku Putih telah terus menerus menjalankan pemerintahan di dalam negeri Patani dengan secara aman tenteram hingga memasuki tahun Masehi 1881 baginda pun mangkat setelah menduduki atas takhta kerajaan Patani selama 26 tahun. Di dalam masa hayat itu baginda telah mempunyai dua orang isteri.

Di Kelantan beristeri kepada Tengku Raja puter kepada Sultan yang menjadi penasihat raja (Phraya Phitak). Pada masa baginda mangkat itu ialah sewaktu baginda sedang gering di Kelantan hingga baginda mangkat pun di Kelantan juga oleh itu baginda digelarkan al-Marhum Mangkat di Kelantan.

Gambar : Sungai ini digali oleh Tengku Abdul Kadir, Raja Patani bertempat di Kampung Perigi; Patani.

Kemangkatan baginda telah meninggal seorang putera dan eman orang puteri iaitu :

Dengan isteri di Kelantan

1. Tengku Besar (Tengku Timun)ialah Raja Patani yang ketiga.

2. Tengku Embong isteri Raja Bendahara Kelantan.

Dengan isteri di Patani

3. Tengku Embik isteri Tengku Muhamad Kelantan

4. Tengku Tengah isteri Raja Yala

5. Tengku Pik isteri Tengku Muhamad anak Raja Belat.

6. Tengku Patani isteri Tengku Besar Indera Raja Kelantan.

7. Tengku Muhamad menjdi Raja Muda dalam pemerintahan Tengku Sulaiman Sharifudin.

Manakala Tengku putih sudah mangkat lalu dilantik puteranya Tengku Besar (Tengku Timun) duduki takhta kerajaan Patani menjadi Raja yang ketiga. Adapun pada masa itu pangkat jawatan penasihat raja belum lagi dilantik orang-orang yang memangkunya kemudian daripada mangkat Raja Banggol itu lalu dilantik Tengku Tengah anak Raja Banggol menjadi Penasihat Raja. Tengku Sulaiman menjadi Raja Muda dan dilantik Tengku Abdul Kadir anak Tengku Tengah menjadi Penolong Raja.

Dalam antara itu juga Nai Ming Raja Nongcik pun mati dan diganti oleh seorang orang Siam bernama Nai Ming serta diberi gelaran Phraya Phitcra Kibal.

Tidak berapa lama kemudian Nik Timun Raja Jering pun mangkat lalu dilantik adiknya Nik Mat menjadi raja pemerintah di situ dengan diberi gelaran Phrya Phipit Sinamat.

kemudian daripada itu Nai Ming Raja Nongcik pun mati serta Nik Bongsu Raja Legeh pula mangkat lalu dilantik Nai Tad menjadi Raja Nongcik dan dilantik Tuan Andak anak Nik Bongsu itu menjadi Raja Legeh dengan bergelar Phraya Pupha Phakdi.

Tengku Besar (Tuan Timun) telah menduduki atas takhta kerajaan Patani selama sembilan tahun iaitu menjadi Raja Patani yang ketiga menjalankan pemerintahan di bawah kawaland an perhatian Raja Siam-Thai. Dengan kerana negeri Patani pada masa itu telah terjatuh ke bawah penaklukan Raja Siam maka terkawallah soal keselamatan negeri dari diserang oleh musuh-mushnya. Oleh itu dalam sejarah pemerintahan Tengku Besar ini negeri Patani tidaklah lagi berlaku permusuhan mahupun musuh-musuhnya dari luar negeri atau musuhnya yang ada di dalam negeri iaitu orang-orang Siam-Thai sendiri.

Hingga sampai pada tahun Masehi 1890 Tengku Besar pun mangkat serta dimakamkan diperkuburan (Tok Ayah) yang ada sekarangini. Kemangkatan baginda telah meninggalkan dua orang putera dan tiga orang puteri serta mempunyai tiga orang isteri iaiu Cik Wa, Mek Puteh dan Cik Mek Cik Teh.

Dengan isteri Cik Wa :

1. Tengku Besar, isteri Raja Muda Kelantan.

2. Tengku Wok, isteri Tengku Husin (Tengku Besar Nai RA)

Dengan isteri Mek Putih :

3. Tengku Nik Haji (Tengku Ismai)

Dengan isteri Cik Mek Cik Puteh iaitu:

4. Tengku Tengah, isteri Tengk Ngah putera Raja Sai.

5. Tengku Muhamad (Tengku Cik Ku Mat)

Setelah Tengk Besar mangkat lalu dilantik Tengku Sulaiman Sharifudin Raja Muda, menaiki takhta kerajaan Patani dengan bergelar Sultan Sulaiman Sharifudin iaiut menjadi Raja Patani yang keempat dalam zaman penaklukan Siam-Thai, dan bergelar di dalam bahasa Siam Phraya Wicit Phakdi.

Kemudian dilantik Tengku Muhamad putera Tengku Besar iut juga menjadi Raja Muda, pada masa itu Tengku Tengah yagn memangku jawatan penasihat raja (Phraya Phitak) itupun mangkat pula lalu diganti oleh anaknya Tengku Abdul Kadir memangku jawatan itu. Serta dilantik Tengku Abdul Kadir putera Sulaiman itu menjadi Penolong Raja (Phra Phipit Phakdi)

Di dalam masa pemerintahan Sultan Sulaiman Sharifudin ini, banyaklah baginda membuat kebaktian terhadap keselamatan dalam penghidupan rakyat jelata Patani. Di antaranya ialah menggali sebuah sungai kerana membetulkan sugan Patani yang bengkok iaitu dikenali mulai dari kampung Perigi hingga sampai ke kampung Anak Buluh panjangnya lebih kurang 7 kilometer, sekarang telah terkenal dengan mana Sungai Baru.

Selain dari itu, baginda sangatlah mengambil berat dalam urusan agama Islam dan dengan kehendaknya juga telah terbina sebuah masjid batu yang besar hingga sekarang masih terdiri dengan kukuhnya iaitu terkenal dengan nama Masjid Besar Cabang Tiga yang ada pada hari ini. Baginda Sultan Sulaiman Sharifudin ini tidaklah bersemayam di dalam kota istana yang dibuat oleh al-Marhum Kelantan yang dahulu itu dan baginda telah berbuat sebuah kota Istana yang baru arah sebelah matahari naik kota itu, di dalamnya baginda bersemayam hingga mangkat. Di dalam kota Istana yang baharu ini juga menjadi tempat semayam Tengku Muhamad Raja Muda.

Tiada berapa tahun kemudian Tuan Andak Raja Legeh pun mangkat, lalu dilantik Tuan Tengah saudaranya iaitu anak kepada Tuan Sulong menjadi Raja Legeh menggantinya. Demikian juga apabila Nik Mat Raja Jering mangkat maka dilantik Nik Wok anaknya menjadi raja memerintah di situ pula.

Sultan Sulaiman Sharifudin telah menjalankan pemerintahan dengan adil saksama serta banyak baginda berbakti kepada rakyat jelata. Kerajaan Patani sekalipun pemerintahan baginda dijalankan di bawah kawalan perhatian Raja Siam-Thai tetapi soal menyelenggarakan kepentingan bangsa negeri dan kerajaan tidak ditinggalkan sahaja oleh baginda itu.

Setelah 10 tahun lamanya Sultan Sulaiman Sharifudin menduduki di atas takhta kerajaan Patani hingga memasuki tahun Masehi 1899 iaitu bersamaan pada hari Jumaat 4 bulan Rabiulawal 1316H baginda pun mangkat dan dimakamkan perkuburan Tok Ayah juga.

Kemangkatan baginda telah meninggalkan dua orang putera dan dua orang puteri yang didapati dari dua orang isteri iaitu:

Anak dengan bonda Kelantan :

1. Tengku Sulung isteri Tengku Bentara.

Anak dengan Tengku Nik Putih anak Raja Sai.

2. Tengku Besar Tuan Kembang isteri Tengku Muhamad Raja Muda.

3. Tengku Abdul Kadir Kamarudin kemudian menjadi Raja Patani yang kelima.

4. Tengku Muhamad Saleh.

Kemudian dari kemangkatan baginda itu, lalu dilantik puteranya Tengku Abdul Kadir Kamarudin menaiki takhta kerajaan Patani menggatikan ayahandanya iaitu menjadi Raja Patani yagn kelima daripada keturunan raja-raja Kelantan dan ialah juga seorang Raja Melayu yang akhir sekali memerintah negeri Patani.

Manakala sampai ada tahun Masehi 1902, Raja Siam-Thai di Bangkok telah mengambil keputusannya hendak mengubah cara pemerintahan di dalam jajahan takluknya di Patani iaitu berkehendak supaya tujuh buah wilayah dalam Patani itu dicamtum menjadi sebuah wilayah sahaja dan dinamakan Boriwen (kawasan). Kemudian dimansuhkan daulat atau kekuasaan raja-raja Melayu yang bertujuh itu. Serta dilantik seorang Pesuruhjaya Siam mengganti raja-raja Melayu dengan bertanggungjawap menjalankan pemerintahan di dalam negeri Patani di bawah hukuman dan perhatian Raja Singgora.

Raja Siam-Thai sangat mengerti bahawa kehendaknya ini tentu akan mendapat bantahan kuat dari raja-raja Melayu kerana iaitu bererti mencabul daulat dan kehormatan mereka sebagai raja-raja Melayu yang mempunyai hak pertuanan di atas negeri Patani. Oleh itu dia telah menghantar seorang Menteri utusannay ke Patani supaya merundingkan hal itu dengan raja-raja Melayu. Di dalam rundingannya ini dia telah meminta tanda tangan daripada raja-raja Melayu itu tanda kebenaran dan persetujuan dengan kehendak Raja Siam itu. Serta dia berjanji akan memberi gaji saraan hidup kepada raja dan kaum kerabatnya hingga sampai mati. Akan tetapi hak-hak dan pendapatan hasil mahsul di dalam negeri Patani itu semuanya hendaklah diserahkan kepada Raja Siam di Bangkok, serta tiap-tiap seorang Raja Melayu itu tidak lagi dipaksa menghantar ufti Bunga Emas ke Bangkok.

Dengan menggunakan bermacam-macam tipu muslihat. Maka banyaklah di antara raja-raja Melayu itu telah terpedaya hingga sanggup memberi tandan tangan mengaku bersetuju dengan kehendak Raja Siam-Thai. Kecuali Tengku Abdul Kadir Kamarudin Raja Patani sahaja yang berkeras membantah kehendak Raja Siam itu serta tidak mahu memberi tanda tangannya kepada Menteri utusan Siam yang datang ke Patani itu kerana baginda telah mengerti bahawa kehendak Raja Siam itu bermaknalah hendak merampas semua sekali hak-hak orang-orang Melayu yang mempunyai hak pertuanan di atas negeri Patani. Dan akhinya orang-orang Melayu juga akan jatuh terkongkong di bawah penaklukan Siam-Thai bersama-sama dengan hak kebebasan dan kemerdekaan mereka.

Dengan pengertian ini Tengku Abdul Kadir Kamarudin telah penuh berazam tidak mahu membenarkan kehendak Raja Siam-Thai. Setelah itu Menteri utusannya mulalah bertindak dengan cara kekerasan akan menangkap baginda itu. Pada suatu hari pura-pura dipersilakan baginda itu ke rumah perhentiannya konon katanya hendak mengadakan rundingan yang baik. Bala sahaja baginda datang ke rumahnya, denga segera ditahan oleh orang-orang Siam-Thai dalam sebuah bilik tidak dibenarkannya keluar. Hal ini dijalankan denga cepat ligas hingga baginda sendiri tidak sedar.

Bila hal penangkapan ini ditetahui oleh panglima-panglima dan orang-orang besar Melay, datanglah mereka beramai-ramai hendak merebut rajanya di dalam tahanan orang-orang Siam itu. Tetapi baginda berfikir tidak berguna dibiarkan rakyatnya bertumpah darah kerana telah diketahuinya kekuatan orang-orang Patani itu terlampau kecil lalu dibiarkan sahaja baginda itu di dalam tahanan. Istimewa raja-raja Melayu yang lain sudahpun berpihak kepada Raja Siam-Thai dengan memberi tanda tangan masing-masing. Melainakan Raja Legeh dan Raja Remen sahaja yang berpendatan seperti baginda. Dalam hai itupun kesudahannya dengan kerana digertak dan diugut oleh orang-orang Siam-Thai, terpaksalah raja-raja ini membenarkan kehendak Raja Siam itu.

Setelah itu Menteri utusan Siam pun kembali ke Bangkok dengan membawa bersamanya Tengku Abdul Kadir Kamarudin ke sana tujuannya hendak mendesak dan mengancam supaya baginda memberi tandangan atau bersetuju dengan kehendak Raja Siam itu. Tetapi baginda ialah seorang raja Melayu yang keras hati dan sangat menghargakan daulat Kerajan Patani terus juga membantah kehendak Raja Siam-Thai, lalu dihantar baginda itu ke dalam sebuah tempat tahanan di negeri Pitsanuloke duduknya di utara kota Bangkok.

Tatkala itu banyaklah di antara orang-orang Melayu Patani yang taat setia kepada baginda itu telah bertawakal mengikut bersama-samanya hingga sampai ke Pitsanuloke, setengah mereka ada yang telah mati di tengah jalan dan ada pula yang telah mati di sanal.

Setelah dua tahun sembilan bulan lamanya baginda ditahan di situ maka pada tahun Masehi 1905 baginda pun dapatlah kebenaran dari Raja Siam kembali ke Patani. Pasa masa itu cara-cara pemerintahan di dalam negeri Patani telah berubah dan bertukar mengikut kehendak Raja Siam-Thai. Negeri Patani telah dicantum menjadi sebuah wilayah dan duduknyadi bawah kawalan dan hukuman Raja Singgora yang diperintah oleh seorang Pesuruhjaya Siam bernama Phraya Mohibul duduknya di dalam negeri Patani.

Sekalian raja-raja yang emam itu pun terhapuslah daulat kekuasaan masing-masing hanya duduk dengan menerima gaji saraan hidup sahaja hingga sampai mati.

Setelah kembalinya Tengku Abdul Kadir Kamarudin itu ke Patani, baginda tidak suka lagi duduk di Patani lalu terus berangkat tinggal di Kelantan beberapa tahun lamanya. Hingga sampai pada tahun Masehi 1933 baginda pun mangkatlah di Kelantan dengan menghidap penyakit angin sesak.

Kemangkatan baginda telah meninggalkan tida orang putera dan tiga orang puteri iaitu :

Dengan Tengku Puteri Kelantan :

1. Tengku Ahmad Nurudin (Tengku Seri Akar Raja) Kelantan.

Dengan Tuan Namas Patani :

2. Tengku Zahedah (Tengku Besar)

3. Tengku Yusuf Samsudin.

4. Tengku Raudzah bersuami kepada Raja Haji Ahmad Bin Raja Endut @ Tengku Bongsu Kenali, Perak (Menteri Besar 1 Perlis).

5. Tengku Kamariah.

Dengan Maimunah Patani :

6. Tengku Yah bersuami kepada Tengku Abdul Kadir Petra (Tengku Petra) anak Raja Sai.

7. Tengku Mahmood Mahyiddeen.

Yang demkian tahun 1902 M ialah tahun kejatuhan negeri Patani yang penghabisan sekali iaitu kehilangan daulat raj-rajanya. Terhapus hak pertuanan orang-orang Melayu atas negeri Patani, tergadai semua hak kebebasan dan kemerdekaan mereka kepada Raja Siam-Thai. Inilah tahun yang sehabis-habis malang sekali di dalam sejarah kejatuhan Kerajaan Melayu Patani.

Dengan kemangkat Tengku Abdul Kadir Kamarudin itu habislah raja Melayu yang menduduki takhta Kerajaan Patani, daripada keturunan raja-raja Kelantan. Dari semenjak itu tidak ada siapa pun lagi yagn diangkat menjadi Raja Patani. Hanya negeri Patani mulai mejadi sebuah daripada jajahan takluk kerajaan Siam-Thai.

Di dalam tahun Masehi 1906 dengan kehendak Raja Siam juga pemerintahan secara Boriwen itu hapuskan dan diganti dengan suatu cara pemerintahan yang lebih baharu. Lalu sekalian wilayah-wilayah yang tujuh di dalam Patani itu disatukan semula menjadi sebuah jajahan provinsi Patani, dalam bahawa Siam dinamakan Monthon Patani. Kemudian di dalam provinsi Patani itu dibahagikan menjadi empat buah wilayah pula dipanggilnya iaitu wilaya Patani, Yala, Saiburi dan Narathiwat (Bangnara). Kemudian dilantik Pesuruhjaya Siam-Thai memerintah di dalam tiap-tiap buah wilayah itu.

Serta dilantik pula seorang Pesuruhjaya Tinggi (Gabenor General) berpusar di Patan, buat memerintah di atas empat buah wilayah itu dan sekalian pesuruhjaya di dalam tiap-tiap buah wilayah itu menjalankan pemerintahan masing-masing dibawah kawalannya. Pesuruhjaya Tinggi itu dinamakan dalama bahasa Siam Semo Ha Tesa Peba Monthon. Adapun orang Siam yang mula-mula sekali memangku jawatan Pesuruhjaya Tinggi dalam provinsi Patani itu ialah yang bernama Phraya Sakseni Narong dan nama gelarannya yang baharu Phraya Deca-Nucit.


Bab 4 : Negeri Patani Zaman Kebangkitan

Apabila daulat raja-raja Melayu Patani telah dapat dimansuhkan oleh kerajaan Siam dalam tahun 1902 dengan ikhtiar tipu dayanya. Kedudukan negeri Patani semakin beransur-ansur tercamtum menjadi sebahagian daripada jajahan negeri Siam-Thai dan kerakyatan orang-orang Melayu Patani pun berubah pula menjadi kerakyatan warga negara Siam-Thai. Semenjak itu pegawai-pegawai Siam yang datang dari kawasan Bangkok mulalah masuk memegang jawatan di dalam Patani. Caranya pentadbiran di dalam negeri Siam-Thai pada masa itu dijalanakan secara pemerintahan kuasa raja (autokrasi) yang demikian corak pemerintahan dalam Patani pun telah dijalankan dengan mementingkan faedah dan muslihat dalam Patani pun telah dijalankan dengan mementingkan faedah dan muslihat untuk pegawai-pegawai Siam dan kerajaannya. s

Orang-orang Melayu telah dikenakan dan dipaksa membayar cukai hasil mahsul kepada kerajaan dengan sebanyak-banyaknya serta segala kekayaan di dalam Patani hendaklah juga dipungut itu hendaklah semuanya dihantar ke Bangkok. Sebahagian kecil telah diasingkan kerana perbelanjaan gaji pegawai-pegawai Siam itu dan boleh dikatakan tidak ada satu bahagian pun dari hasil mahsul itu yang digunakan dalam urusan kebajikan orang-orang Melayu yang telah berpenat lelah membayar hasil cukai itu.

Kebanyakan daripada pegawai-pegawai Siam itu tidak pernah mengambil berat atas perkara faedah-faedah dan kebajikan orang-orang Melayu. kedatangan mereka ke Patani pada mulanya hanya membawa pangkat jawatan masing-masing sahaja tetapi bila mereka bersara, banyaklah kebun-kebun yang luas dan kampung halaman yang besar-besar yang didapatinya dalam Patani. Setengahnya pula bila telah bersaram mereka pun pulanglah ke Bangkok dengan membawa harta benda itu yang boleh menghidupkan mereka dengam limpah mewah. Pegawai-pegawai Siam-Thai itu tidak pernah menindas faham kebangsaan Melayu dan agama Islam kerana pada zaman pemerintahan autokrasi itu dasar yang seumpama ini belum lagi ada mereka telah memerintah dengan senang lenang saja, tetapi mereka tidak mengambil berat sedikit pun pada memajukana jajahan-jajahan itu melainkan pada perkara yang mengenai muslihat mereka.

Rajah : Salasilah Raja Patani dari Keturunan Raja Kelantan

Perkhidmatan dalam perkara kesihatan, pelajaran, dan kemakmuran sama sekali tidak ada, sekolah-sekolah Siam pada masa itu hanya didirikan dalam bandar untuk faedah anak-anak pegawai Siam. Sekolah Melayu tidak ada langsung. Sewaktu pemerintah hendak mengadakan jalan-jalan raya bagi menyenangkan perhubungannya di antara satu jajahan dengan satu jajahan, semuanya terpulang kepada anak negeri yang membuatnya. Mereka dikerah berkerja menjadi buruh ada kalanya terpaksa pula membawa bekalan masing-masing.

Pentadbiran kerja di mahkamah semuanya terpulang kepada Pesuruhjaya Tinggi, kepada pegawai polis dan akhirnya kepada hakim.

Ada kalanya orang yang dibawa ke mahkamah itu terpaksa menanti berbulan-bulan lamanya sebelum perkara itu dibicarakan. Hai ini ialah disebabkan pegawai-pegawai itu mahu mengetahui berapakah banyak wang yang dapat diberi oleh orangyang terdakwa itu kepada mereka apabila perkaranya dibicarakan.

Pentadbiran yang dijalankan seumpama ini semuanya dirasa oleh orang-orang Melayu itu dengan bergelisah dan tidak puas hait.

Dalam tahun 1923 orang-orang Melayu itu mula mengadakan pergerakan enggan membayar cukai kerana benci atas perbuatan pegawai-pegawai Siam-Thai yang menerima wang dan juga perbuatan mereka tidak mengambil tahu akan hal pentadbiran memperbaiki negeri. Dalam tahun ini juga orang-orang Melayu telah melancarkan pergerakan menuntut kebebasan tetapi pergerakan ini telah dapat dipadamkan oleh kerajaan Siam setelah berlaku sesuatu pertempuran di antara ahli pergerakan dengan pasukan polis Siam dalam daerah Mayor (Rakak). Beberapa banyak ketua-ketua Melayu Patani yang telah dituduh bersubahat dalam pergerakan ini telah ditangkap kemudian dihantar ke Bangkok dengan alasannya sebagai kaum penderhaka, ada di antara mereka yang telah mati dan terus berkubur di sana.

Di antara ketua-ketua Melayu yang mengetuai dalam pergerakan ini ialah Tengku Abdul Kadir Kamarudi, Raja Patani yang akhir yang telah menolak tawaran kerajaan Siam hendak menjadikannya raja patung, setelah pergerakan yang mula-mula ini kecewa, baginda pun terus berundur ke Kelantan dan terus tingal di sana hingga mangkat.

Dengan sebab berlaku kejadian ini, serta umur telah terlampau tua, maka Phraya Deca Pesuruhjaya Tinggi bagi provinsi (Monthon) Patani telah dilucutkan dari jawatan serta diganti oleh seseorang yang lain kemudian beberapa kali bertukar ganti orang-orang yang memangku jawatan ini. Hingga sampai pada tahun 1932 iaitu tahun negeri Siam sedang diperintah oleh Raja Prajadhipok Raja Siam yang ketujuh. Dalam masa pemerintahan raja ini keadaan iktisad negeri Siam sangatlah terjatuh hampir-hampir akan memerbahayakan kepada kerajaannya.

Dengan tujuan memulihkan kejatuhan iktisad ini, kerajaan Siam-Thai banyaklah mengubah cara-cara pentadbiran di dalam negerinya. Di antaranya mengurangkan jumlah pegawai-pegawai kerajaan dan memotong rancangan belanja yang tidak mustahak dan kemudian telah dihapuskan beberapa buah provinsi di seluruh negeri Siam. Satu daripadanya termasuk provinsi Patani iaitu dihapuskan serta disatukan dengan provinsi Nakhorn Sri Thammarat. Dalam Patani itu telah dihapuskan sebuah wilayah iaitu wilayah Saiburi (Teluban) setengahnya disatukan dengan wilayah Patani dan setengahnya disatukan dengan wilayah Narathiwat. Semenjak itu tinggallah hanya tiga buah wilayah sajaha iaitu Patani, Yala, Narathiwat dan ketiga-tiganya termasuk di bawah perintah Pesuruhjaya Tinggi Provinsi Nakorn Sri Thammarat yang berpusat di Singgora.

Langkah-langkah memulih iktisad ini telah dijalankan dengan tidak memberi kejayaan yang penuh, ahli-ahli politik Siam telah merasai negerinya akan jatuh meleset dan miskin serta akan menambahkan lebih banyak lagi jumlah kaum penganggur dan orang-orang yang tiada berperkerjaan.

Oleh itu pada waktu pagi 24 Jun 1932 berlakulah pemberontakan merampas kuasa dalam Bangkok yang dijalankan oleh ahli politik yang bergelar “Kumpulan Rakyat” terdiri dari pegawai-pegawai tentera darat, laut dan udara serta orang-orang periman. Tujuannya akan mengubah pemerintahan secara autokrasi itu kepada pemerintahan secara demokrasi (kedaulatan rakyat). Perkumpulan ini diketuai oleh Phray Pahon, Nai Pridi Panomyang, Luang Phibun Songgram dan lain-lain termasuk juga pemimpin-pemimpin kaum Islam dalam Bangkok seperti Haji Abdul Wahab dan Haji Shamsudin Mustafa.

Kemudian telah diisytihar dan dipakai sebuah undang-undang perlembagaan yang baharu cara-cara demokrasi iaitu memberi kesempatan kepada rakyat tiap wilayah berhak memilih seseorang wakilnya hadir ke majlis mesyuarat kerajaan di Bangkok sebagai wakil-wakil rakyat yang berketanggungan dan berhak mencampuri dalam urusan pemerintahan kerajaan. Manakala daulat Raja Siam yang tiada berhad itu telah dibataskan oleh undang-undang perlembagaan ini, mengisytiharkan enam dasar pemerintahan negeri sebagai sendi amalan demokrasinya iaitu:

-Mengawal keselamatan politik, keadilan dan ekonomi;

-Mengawal keselamatan dan ketenteraman di dalam negeri;

-Memajukan kemakmuran rakyat jelata;

-Memberi persamaan hak kepada rakyat jelata dan

-Memberi pelajaran kepada rakyat jelata dengan secukupnya.

Dalam tahun 1933 kerajaan Siam-Thai telah memansuhkan segala provinsi (Monthon) dalam negeri Siam. Dikekalkan hanya wilayah-wilayah (Changwat) sahaja dan seluruh wilayah-wilayah itu termasuk wilayah Patani, Yala dan Bangnara (Narathiwat), terus termasuk dibawah takluk dan perintah Jabatan Menteri Dalam di Bangkok. Dengan perubahan yang akhir ini negeri Patani pada hakikatnya telah mulai menjadi sebahagian dari nageri Siam-Thai jati dan keadaannya semakin bertambah jauh terpisah dari negeri Melayu dalam Semenanjung.

Di dalam susunan perlembagaan negeri baharu itu, telah termasuk pada ayat yang pertama bahawa (di negeri Siam-Thai) adalah satu di dalam segala-galanya dan tidak boleh dibahagi-bahagikan.

Dalam hal itu pun, dengan corak pemerintahan demokrasi itu, orang-orang Melayu dalam wilayah-wilayah yang tersebut telah merasai lapang dadanya. Bila mereka mendengar isytihar-isytihar demokrasi yang manis bunyinya itu dan masing-masing menunggu akan mengecap rasa demokrasi yang memberi persamaan hak dan kebebasan.

Tetapi dari setahun ke setahun tidak ada satu perubahan pun yang berlaku istimewa dalam kesihatan, pelajaran, jalanraya dan lain-lain lagi, semuanya tinggal terbiar juga seperti zaman pemerintahan autokrasi dahulu. Sekali lagi orang-orang Melayu berasa sungguh gelisah tidak puas hati.

Akan tetapii dengan cara pemerintahan demokrasi ini menjadikan orang-orang Siam bertambah dalam rasa kebangsaa lebih daripada masa yang dahulu. Dalam golongan orang-orang Siam ini teah mentafsirkan ayat pertama dalam perlembagaan tadi bahawa tiap-tiap orang yang menjadi kerakyatan Siam-Thai mestilah dihitung sebagai orang-orang Siam. Dalam segala hal ehwal ertinya mesti memakai satu bahawa, adat rasmi, pakaian yang sama dan agama yang satu. Mereka telah lupa bahawa kebebasan beragama, beribadat dan cara kedudukan kepada semua orang yang mendiami dalam negeri Siam.

Dalam tahun 1939 faham kebangsaan Siam-Thai telah mulai merebak di negeri Siam dibawa oleh Luang Phibun Songgram yang pada masa itu telah menjadi Perdana Menteri. Di kalangan orang-orang besar Siam Luang Phibun Songgram telah terkenal seorang ahli politik yang kuat memakai faham kebangsaan. Dia telah mengadakan bermacam rancangan untuk membina faham kebangsaan itu dan telah menjadi cita-citanya supaya Semenanjung Indochina serta berbagai-bagai pula ikhtiarnya hendak menindas pula puak kecil dalam negerinya.

Dalam tahun 1940, sebuah Dewan Kebudayaan Siam telah ditubuhkan di Bangkok dan terkenal dengan nama Sapha Wattanatham tujuannya hendak memajukan faham kebangsaan dan meluaskan kebudayaan Siam ke seluruh negerinya. Dewan Kebudayaan ini dengan beransur-ansur mengeluarkan perintah yang berupa sebuah undang-undang “paksa” atas orang ramai suatu daripada perintah yang mula-mula dikeluarkannya ialah memaksa semua orang-orang Siam mesti memakai pakaian cara barat dan disajakkan dengan topi bagi lelaki dan perempuan. Waktu makan mesti menggunakan garpu dan bermeja kerusi.

Orang-orang Melayu dalam wilayah Patani, Yala, Narathiwat dan Setul telah merasai perintah ini mengenai tepat atas mereka oleh kerana mereka telah dilarang memakai pakaian Melayu, mempunyai nama-nama Melayu bertutur dalam bahasa Melayu dan memeluk agama Islam.

Dalam berapa syarat undang-undang memajukan kebudayaan Siam itu ialah mengharamkan bahasa Melayu dalam segala pejabat kerajaan, pegawai kerajaan yang tahu berbahasa Melayu telah dilarang keras bercakap-cakap bahasa Melayu dengan anak negeri. Orang-orang Melayu yang mengurus sesuatu hal di pejabat kerajaan terpaksalah menggunakan bahasa Siam. Jikalau mereka tidak tahu berbahasa Siam terpaksalah diupah kepada siapa-siapa yang tahu bahasa Siam menjadi guru bahasanya dengan tiada peduli sama ada urusan itu penting atau tidak.

Dalam syarat-syarat memajukan kebudayaan itu juga menyatakan bahawa agama Buddha ialah agama rasmi dan agama Islam adalah mesti ditentang serta tiap-tiap urusan yang akan memajukan agama Islam itu mesti dihalang, lebih-lebih hebat lagi apabila orang-orang Melayu dalam daerah Saiburi (Teluban) telah dipaksa menyembah berhala Buddha. Demikianlah berhala Buddha itu telah diletak dalam sekolah-sekolah Siam dan murid-muridnya sebahagian banyak kanak-kanak Melayu telah dipaksa menyembahnya.

Sejumlah kecil anak-anak Melayu yang memegang jawatan kerajaan telah dipaksa menukar namanya dengan bahasa Siam dan segala jawatan yang tinggi telah diharamkan kepada anak-anak Melayu memegangnya istimewa orang-orang yang beragama Islam telah dilarang menuntut dalam sekolah-sekolah tentera dan memegang jawatan-jawatan yang tinggi.

Dalam tahun 1941 undang-undang kebudayaan ini telah berjalan dengan rancaknya. Dalam wilayah-wilayah Melayu itu pada mulanya ialah memaksa orang-orang Melayu berpakaian Barat, kot patalon dan bertopi bagi lelaki serta bergaun singkat dan berbaju pendek bagi perempuan. Siapa-siapa yang enggan mengikut undang-undang ini ditangkap dan didenda kadang-kadang disepak teranjang oleh polis-polis Siam. Dalam tahun inilah orang-orang Melayu dalam wilayah itu mulai bergelisah istimewa bagi pihak alim ulama, mereka juga dipaksa berpakaian Barat dan kerapkali berlaku baju-baju jubah dan serban orang-orang haji itu telah diseret oleh polis-polis Siam serta dipijak dengan kakinya. Begitulah juga orang-orang perempuan sewaktu berjual beli di pekan-pekan selalu ditendang dan dihentam dengan buntut senapang oleh polis-polis Siam itu kerana memakai baju kebaya dan berkelubung.

Yang demikian dengan anjuran Luang Phibun Songgram itu telah menjadikan pegawai-pegawai Siam dalam wilayah Melayu itu dapat bermaharajalela dengan seluasnya. Istimewa dengan adanya undang-undang kebudayaan tadi, menjadikan mereka semakin rancak mencabul kehormatan agama Islam dan menoda adat istiada Melayu serta apabila dirasuk oleh faham kebangsaan menyebabkan mereka memandang hina dan keji ke atas orang-orang Melayu.

Pada 8 Disember 1941 berlaku peperangan Asia Timur Raya, manakala tentera Jepun telah melancarkan serangannya di sekitar Tenggara Asia di antaranya telah mendarat di seluruh Pantai Timur Siam begitu juga di Patani, di sepanjang-panjang sempadan Timur Siam telah di serang oleh tentera Jepun dan perjuangan dengan tentera Siam telah berlaku beberapa jama lamanya, Luang Phibun Songgram telah memecahkan dasar perkecualinya dengan membenar tentera Jepun melalui negeri Siam meneruskan serangannya ke Burma dan Tanah Melayu. Dengan langkahnya Luang Phibun Songgram inilah telah menyebabkan Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun dengan senang. Tiada berapa hari kemudian dia telah mengisytiharkan perang ke atas pihak berikat dan mengikat setia berkerjasama dengan Jepun.

Dalam masa peperangan itu gerakan memajukan kebudayaan dan faham kebangsaan Siam semakin bertambah-tambah luas dan suatu perjanjian telah dibuat antara Dewan kebudayaan Siam dengan Dewan kebudayaan Jepun kerana berbantu-bantu dalam usaha memajukan kebudayaan masing-masing.

Dengan menggunakan kekuatan tentera dan pengaruh tangan besi, Luang Phibun Songgram telah berjaya memegang jawatan yang tinggi dalam pemerintahan. Dan dengan berlindung di sebalik Pedang Samurai dia telah mulai menjalankan pemerintahan diktator dan meniru kepada langkah-langkah yang dijalankan oleh fasis.

Dalam masa pemerintahan diktator Phibun Songgram inilah tindakan-tindak pegawai-pegawai Siam atas orang-orang Melayu semakin bertambah keras dan kejam serta gerakan hendak “mensiamkan” orang-orang Melayu itu semakin bertambah-tambah jelas. Langkahnya yang kedua telah mulai pula dijalankan iaitu mendirikan keagungan negara Siam-Thai dengan berdasar kepada Siam Maha Besar (Greater Siam). Dengan dasarnya ini diktator Phibun Songgram telah menghantar pasukan tenteranya pergi menakluk wilayah Shan dalam Burma dan masuk memerintah dalam negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah dalam tahun 1943.

Dalam tahun 1944 Phibun Songgram telah memansuhkan jawatan Qadi Islam dalam wilayah-wilayah Patani, Yala, Narathiwat dan Setul serta membatalkan undang-undang Islam yang berkenaan dengan nikah cerai dan harta pusaka yang telah dipakai oleh kerajaan Siam yang dahulu semenjak berpuluh-puluh tahun lamanya. Kemudian segala perbicaraan yang berkenaan dengan urusan Islam ini telah dipaksa mesti mengikut undang-undang sivil kerajaan dan diputuskan oleh mahkamah Siam.

Dalam tahun ini kedudukan orang-orang Melayu dan kehormatan agama Islam semakin bertambah genting bagi mempertahankan kedudukan mereka. Dalama tahun ini juga ahli-ahli ulama dengan diketuai oleh Haji Sulong bin Abdul Kadir telah mendirikan sebuah pertubuhan Islam dalam Patani yang dinamakan “Hai’ah al-Nafz al-Ahkam al-Syar’iah” tujuannya hendak memperkemaskan kerjasama di antara ketua-tua agama yang bertanggungjawab itu mempertahankan gerakan kerajaan Siam hendak mensiamkan orang-orang Melayu dan mencabul agama Islam.

Maka pada 14 haribulan Januari 1944 bersamaan 1487 tahun Siam suatu rayuan telah dihantar kepada Perdana Menteri Phibun Songgram oleh Tengku Abdul Jalal bin Tengku Abdul Muttalib pemimpin Melayu Selatan Siam yang berjiwa kebangsaan yang sejati dan Ahli Parlimen wakil Melayu dalam parlimen Siam-Thai pada masa itu. Berkenaan kecabulan dan perkuasaan undang-undang kebudayaan Siam-Thai itu terhadap kebudayaan bangsa Melayu Selatan Siam dan terhada agama Islam yang dijalankan oleh Gabenor Patani (bangsa Siam-Thai) pada masa itu. Akan tetapi malangnya telah mendapat jawapan rasmi pada 29 haribulan April tahun 1944 bersamaan 2487 tahun Siam jawapan itu datangnya dari Pejabat Setiausaha Perdana Menteri Phibun Songgram dan kandungnya oleh menyokong kelakuan Gabenor Patani itu menjalankan undang-undang kebudayaan yang zalim dengan cara kasar dan paksa, surat itu demikian bunyinya:

Saya suka memaklumkan kepada tuan bahasa surat tuan kepada Perdana Menteri bertarikh 14/2/1944 kerana memaklumkan darihal kekasaran peerjalanan Gabenor negeri Patani itu telah diperiksa, dan Pejabat Menteri Dalam telah memberi kenyataan bahawa yang diperbuat oleh Gabenor negeri Patani itu difikirkan patut tidak ada mendatangkan perasaan panas kepada rakyat yang banyak. Demikianlah dimaklumkan.:

Sekianlah jawapan kerajaan Phibun Songgram terhadap rayuan bangsa Melayu dan umat Islam selatan Siam itu yang disuarakan oleh pemimpin dan ketua mereka akan tetapi rayuan itu bukannya mendapat pertibangan yang adil malah pemerintah Siam menyokong pula kelakuan pegawainya yang zalim dan kejam itu.

Pada 14 Ogos Jepun telah mengaku kalah kepada pihak Berikat serta peperangan Asia Timur Raya pun tamat. Diktator Phibun Songgram telah ditangkap sebagai orang salah peperangan yang utama di dalam Siam kerana berkerjasamanya dengan Jepun dan dimasukkan ke dalam jel selama enam bulan.

Dengan kemenangan pihak Berikat itu menjadikan angan-angannya hendak mendirikan negara Siam yang maha besar tidak berjaya dan pergerakan memajukan kebudayaan dan faham kebangsaan Siam telah terhenti juga. Pada bulan Ogos 1945 Nai Khuang dilantik menjadi Perdana Menteri Siam serta membentuk sebuah jemaah menterinya yang baharu. Kerajaan Nai Khuang ini telah memansuhkan semua undang-undang kebudayaan yang dibuat oleh Phibun Songgram serta gerakannya hendak mensiamkan orang-orang Melayu itupun terhenti dengan sendiri.

Walaupaun begitu keganasan dan kekkejaman pegawai-pegawai Siam atas orang-orang Melayu itu tidak juga berhenti. Dengan kerana akibat dari Peperangan Dunia Kedua, telah menjadikan akhlak dan perasaan pegawai-pegawai Siam itu sangat rosak hingga undang-undang keadilan dan perikemanusiaan telah dibelakangkan oleh mereka. Pada mas itu suatu penyakit yang sangat merebak di kalangan pegawai-pegawai Siam ialah pekerjaan pecah amanah dan makan suap iaitu mulai dari pegawai-pegawai yang renda. Sesuatu perkara yang mustahak diuruskan dengan kerajaan tidaklah akan mendapat kejayaan jikalau tidak disediakan terlebih dahulu wang suap kepada pegawai-pegawai itu.

Di pihak Pegawai Polis pula, seorang jahat yang telah ditangkapnya, dengan senang sahaja boleh selamat dan biasa bila diberi wang suap kepada mereka. Acapkali berlaku apabila seseorang anak Melayu yang telah disyaki ada bersubahat dengan penjahat-penjahat terus-terus ditangkap oleh Polis Siam kemudian dibawanya ke tempat yang sunyi lalu ditembak dengan beramai-ramai sebelumnya orang-orang Melayu itu dibawa ke tempat tahanan. Begitu juga anak-anak Melayu yang dituduh ada mengambil bahagian dalam pergerakan politik melawan pemerintah, selalu diugut atau dibuat bermacam-macam fitnah oleh Polis Siam sehingga mereka dapat ditangkap kemudian ditembak sahaja dengan tidak payah dibawa ke dalam perbicaraan mahkamah.

Dalam bulan Disember 1947 suatu kejadian yang sedih dan dahsyat telah berlaku dalam Patani manakala seorang Merinyu Polis Siam telah ditembak mati oleh penjahat-penjahat berhampiran dengan sebuah kampung yang bernama “Belukar Semak”. Sepasukan Polis Siam telah datang ke kampung itu menangkap anak-anak Melayu kemudian diseksa dengan bermacam-macam perbuatan kerana hendak mengetahui siapa dia sipembunuhnya. Tuduhan mereka mengatakan anak-anak Melayu dalam kampung itu membekalkan makanan kepada penjahat-penjahat serta berpihak kepada penjahat-penjahat itu dengan memberi bantuan yang penuh. Dengan tuduah ini datanglah Polis Siam dengan beramai-ramai membakar kampung itu dengan alasannya penduduk dalam kampung itu ada bersubahat dengan penjahat. Dengan pembakaran ini menyebabkan 25 kaum keluarga anak Melayu yang tiada berumahtangga.

Pada 26 September 1947 Miss Barbara Wittingham-Jones, seorang wartawan wanita Inggeris telah melawat ke Patani bagi julung kali semenjak lepas perang. Dia telah menjelajah sejauh 250 batu melalui negeri ini kerana memerhati dan menyiasat kedudukan 700,000 orang-orang Melayu di bawah penindasan kerajaan Siam-Thai.

Dalam akhbar Straits Times, di Singapura keluaran 1 Disember, Miss Jones telah menceritakan pendapatan dari penyiasatan di Patani itu demikian katanya, “Di mana saya pergi, saya dapati dasar penindasan yang dijalankan dengan teratur dan satu gerakan sengaja dilancarkan untuk mensiamkan anak negeri. Perasaan rakyat telah menggelegak oleh larangan yang dipaksa oleh kerajaan Siam ke atas pendidikan orang-orang Melayu di sana,” kata Miss Jones sambil menerangkan bahawa sekolah-sekolah Melayu dalam Patani, telah ditutup oleh kerajaan Siam-Thai.

“Di sepanjang-panjang jalan raya lihat bangunan-bangunan sekolah ditutup dan kosong bahkan sekolah-sekolah agama pun ikut diharamkan oleh kerajaan Siam. Meskipun satu dua sekolah-sekolah Melayu masih hidup terutama sekali di Yala dan Narathiwat tetapi sehari dua selama lawatan saya ke sana, beberapa buah lagi telah dipaksa ditutup, kerana orang-orang Melayu itu tak mahu menghantarkan anak-anaknya ke sekolah Siam sehingga mereka pun berdegil juga tidak mahu mempelajari bahasa Siam. Maka kemunduran tentang pelajaran antara bangsa Melayu di Patani ini adalah menghalang kemajuan masyarakat dan ekonomi mereka.

Mengatakan bahawa dasar Siam ini telah mematikan roh dan semangat bangsa Melayu maka Miss Jones telah menerangkan bahawa akibatnya ialah jurang yang menceraikan “penakluk-penakluk Siam itu dengan orang-orang Melayu makin hari makin luas”. Penjajah Siam katanya lagi terang memandang keji dan hina rakyat Melayu iaitu mensifatkan rakyat Melayu itu sebagai satu bangsa yang buta huruf dan orang tani yang bodoh.

“Sebagai qariah dalam pergaulan masyarakat maka tidaklah hairan sekiranya setengah-setengah orang Melayu lebih keras hatinya telah menjadi musuh terhadap masyarakat iaitu denga merompak di darat dan di laut.” Demikian kata Miss Jones.

“Segenap lapisan pegawai-pegawai Siam adalah memakan suap dan kerana keburukan ini diburukkan lagi oleh perasaan pegawai-pegawai Siam itu memandang keji dan hina ke atas orang-orang Melayu maka jadilah nasib orang-orang Melayu Patani itu terus menerus menderitaaniaya kecerobohan dan dasar tuntut bela pegawai-pegawai Siam itu.” Kemudian Miss Jones pun meceritakan bagaimana Polis Siam pernah membakar kampung-kampung Melayu sampai hangus semata-mata kerana kampung itu dituduh melindungi penjahat-penjahat.

“Polis-polis Siam tidak mahu menyiasat sama ada benar atau tidak tuduhan-tuduhan itu atau membicarakan orang-orang itu di dalam mahkamah. Pegawai-pegawai Siam pernah masuk ke rumah-rumah orang-orang Melayu mencabul perempuan-perempuan Melayu dan memaksa kedai-kedai Melayu supaya membayar wang perlindungan kepada mereka wang perlindunga ini berjumlah sampai beribu-ribu dan polis Siam selalu masuk ke kedai-kedai Melayu merampas apa sahaja barang yagn disukainya” kata Miss Jones.

Menunjukkan nyawa orang-orang Melayu di Patani tidak berharga. Wartawan itu mengatakan, “Orang-orang Melayu selalu ditembak begitu sahaja dengan tidak ada usul periksa lagi atau hilang ghaib dengan tidak meninggalkan kesan dan cerita lagi.

“Kerana Patani terpencil dari dunia luar makan orang-orang Melayu tak dapat dan tak berupaya menentang pemerintahan yang kejam dan ganas ini, teguran-teguran yang sederhana kepada pemerintah Siam adalah dianggap sebagai membahayakan keselamatan negeri, oleh kerajaan Siam teguran-teguran ini pun ditindas dengan hukum bunuh atau disiksa. Orang-orang Melayu di Patani tidak ada kebebasan bercakap, tidak ada surat khabar, tidak banyak mempunyai peti-peti radio dan tidak ada badan politik. Tempat yang digunakan oleh orang-orang Melayu Patani untuk bersuara ialah di masjid-masjid. Sekali sekali sebuah surat khabar Melayu telah dibawa masuk dengan sulit ke Patani iaitu surat khabar Utusan Melayu

Lebih jauh Miss Jones menerangkan, “Bahawa walaupun sudah lebih lima puluh tahun Siam-Thai menindas orang-orang Melayu begini dahsyatnya. Tetapi dasar mensiamkan orang-orang Melayu belum lagi berjaya. Saya hairan melihat kekuatan batin orang-orang Melayu Patani menahan tindasan itu sehingga dapat mereka memelihara adat mereka.

Demikianlah ringkasan dari kenyataan wartawan Miss Jones membayangkan keadaaan yang sebenar berlaku dalam wilayah-wilayah Melayu selatan Siam dan dapatlah pengertian mengapa sebabnya orang-orang Melayu Patani telah bangkit serentak menuntut kemerdekaan dan keadilan.

Setelah berita keganasan dan gerakan hendak mensiamkan orang-orang Melayu di Patani itu terheboh ke seluruh dunia terutama di Malaya, maka pada bulan Ogos 1947 kerajaan Siam-Thai telah menghantar rombongan penyiasatnya seramai tujuh orang ke Patani, bagi menyiasat perkara-perkara yang tersebut serta akan mendengar fikiran penduduk-penduduk tempatan bagi mengadakan suatu perubahan yang sesuai dengan kehendak orang-orang Melayu itu.

Pada 24 Ogos rombongan penyiasat ini telah mengadakan perjumpaan besar dengan orang-orang Melayu di Patani serta diberi kesempatan bersoal jawap dengannya. Dalam perjumpaan ini Haji Sulong bin Abdul Kadir, Ketu Majli Islam dan Wan Othmann Ahmad ketua Persatuan Semangat Patani dengan mewakil rakyat tuntutan yang dihadapkan kepada kerajaan. Kandungan tuntutan itu ialah;

1. Hendaklah kerajaan Siam-Thai mengadakan seorang yang berjawatan tinggi dengan berkuasa penuh memerintah atas empat wilayaw iaitu Patani, Yala, Narathiwat dan Setul, yang dilantik daripada orang Islam yagn diperanakkan dalam salah satu wilayah ini dengan dipilih oleh rakyat jelatanya sendiri. Orang yang memegang jawatan ini hendaklah dikekalkan selama-lamanya dengan tidak bertukar ganti.

2. Sekalian hasil-mahsul yang didapati dalam empat wilayah ini hendaklah dibelanjakan untuknya semata-mata.

3. Hendaklah kerajaan mengadakan pelajaran bahasa Melayu dalam sekolah-sekolah mukim dalam empat wilayah ini hingga sampai darjah empat.

4. Pegawai kerajaan dalam empat wilayah ini hendaklah 80 peratus jumlahnya daripada orang-orang Islam yang diperanakkan dalam wilayah-wilayah ini.

5. Hendaklah kerajaan menggunakan bahasa Melayu dalam pejabat kerajaan bersama-sama dengan bahasa Siam.

6. Hendaklah kerajaan membenarkan Majlis Agama Islam mengeluarkan undang-undangnya sendiri yang berkenaan dengan adat istiadat agama Islam dengan persetujuan orang yang berjawatan tinggi itu.

7. Hendaklah kerajaan mengasingkan mahkamah syariah daripada mahkamah kerajaan yang ada dalam empat wilayah itu dan berkuasa menghukum perbicaraannya dengan bebas.

Gambar : Pintu Kota Cabang Tiga, Patani

Kandungan surat tuntutan ini lebih lanjut lagi mengupaskan peri amalan bahagian daripada pegawai-pegawai Siam tempatan kerap kali menceroboh hak-hak rakyat jelata Melayu sambil dirayukan kepada kerajaan Siam-Thai bahawa tuntutan mereka hari bukanlah bererti hendak memecah dasar perlembagaan kerajaan Siam-Thai malah tuntutan ini adalah dituju pada maksud untuk memperbaiki nasib bangsa dan tanah air mereka dalam masa dunia sedang sibuk merancangkan kepentingan hak dan kemerdekaan bangsa-bangsa yang telah terjajah.

Tatkala mengupas soal kerakyatan Melayu maka tuntutan itu berkata, “....kami orang-orang Melayu telah insaf bahawa hakikat yang sebenar kedudukan kami di dalam pemerintahan Siam telah tercabul dan terhina manakala kami telah dipanggil ‘Thai-Islam’ dengan panggilan ini nyatalah soal kerakyatan kami sebagai bangsa Melayu telah tiada diiktiraf oleh kerajaan Siam-Thai. Oleh itu kami atas nama seluruh rakyat jelata Melayu di Patani dengan sebulat suara menuntut hendaklah kerajaan Siam mengutamankan kerakyatan kami sebagai bangsa Melayu yang berugama Islam supaya janganlah selama-lamanya dunia memandangkan kami sebagi Thai-Islam yang sejati.

Segala tuntutan orang-orang Melayu itu telah diterima oleh rombongan penyiasat kerajaan Siam-Thai itu dan sanggup hendak menyampaikannya kepada kerajaan di Bangkok.

Sementara itu dikhabarkan bahawa orang-orang Melayu dalam wilayah Narathiwat juga bersama-sama mengemukakan tuntutan seumpama itu kepada Rombongan Penyiasat tersebut. Tuntutan dengan menerusi 55 orang ketua-ketua Melayu di sana. Di antara tuntutannya itu ialah pejabat Tetuang Udara Siam di Bangkok hendaklah mengadakan bagaiman siaran dalam bahagian Melayu pada tiap-tiap hari. Pejabat-pejabat kerajaan hendaklah ditutup pada hari Jumaat sebagai hari kelepasan dan juga pada hari kemuliaan agama Islam. Menubuhkan pelejaran cara baharu mengikut bagaimana kemajuan dunia sekarang di bawah anjuran pegawai-pegawai Islam, hasil-mahsul dalam yang didapat dalam empat wilayah hendaklah diutamakan bagi kemakmuran di dalam empat wilayah itu. Dan lain-lain lagi tuntutannya yang mengandungi 13 perkara begitu juga tiada beberapa hari kemudian itu juga, tuntutan dengan menerusi Encik Abdullah bi Muhamad Saad wakil rakyat Wilayah Setul.

Sekalian tuntutan orang-orang Melayu itu telah disampaikan kepada kerajaan di Bangkok, tetapi kesudahannya tidak mendapat layanan dari pemerintah Siam-Thai, sebaliknya di antara ahli pemerintah Siam telah berpendapat bahawa tuntutan itu sangat berlawanan dengan dasar Perlembaggan Negara dan tidak harus diberi timbangan.

Pada 30 Januari 1948 wakil khas Utusan Melayu di Bangkok telah bertanya kepada Timbalan Perdana Menteri Siam, bagaimana sikap pemerintah terhadap tuntutan itu, dia telah menjawab, “bahawa tuntutan-tuntutan itu akan dihalusi dengan saksama dan seberapa dapat tuntutan itu akan dipenuhi.” Ertinya jawapan ini mana-mana tuntutan Melayu itu yang tidak merugikan muslahat pemerintah Siam akan dipenuhi manakala mana-mana yang mengecewakan kepentingannya akan ditolak.

Setengah ahli-ahli pemerintah Siam telah mentafsirkan bahawa tuntutan itu ialah suatu pergerakan politik yang salah dalam undang-undang perlembagaan. Dan wajib dijalankan tindakan kerasa ke atas orang-orang Melayu.

Dengan perintah Pesuruhjaya Siam Patani maka pada pagi 16 Januari 1948 sepasukan polis Siam yang bersenjata telah datang menangkap Haji Sulong di rumahnya dan dua hari kemudian telah menangkap Wan Othman Ahmad, Haji Wan Husin dan Wan Muhamad Amin iaitu ketua-ketua Melayu yang menghantar tuntutan orang-orang Melayu itu atas tuduhannya “menderhaka” kepada kerajaan. Sebulan kemudian Haji Sulong dan rakannya telah dibawa ke Nakorn Sri Thammarat. Dan Mahkamah Siam di sana telah memutuskan perbicaraannya dengan hukuman jel 3 tahun dua bulan kemudian mereka telah dibawa ke Bangkok dan ditahan dalam jel besar “Bang Kuang”.

Semenjak penangkapan ini, banyaklah orang-orang Melayu Patani yang dituduh bersubahat dalam pergerakan itu, telah melarikan diri masing-masing berlindung di Malaya. Dan Majlis Agama Islam di Patani telah diharamkan oleh pemerintah dalam tahun inilah juga segala gerak-geri orang-orang Melayu Patani sentiasa dalam pemerhatian pemerintah Siam. Dan beberapa banyak pula dihantar mata-mata gelap istimewa dari Bangkok ke dalam Patani, Yala, Narathiwat. Bagi menyiasat pergerakan orang-orang Melayu itu yang telah dituduhnya mengadakan pergerakan politik menentang pemerintah dan menuntut kemerdekaan.

Soal orang-orang Melayu itu telah mendapat tempat yang utama dalam perbincangan ahli-ahli pemerintah Siam selanjutnya soal mereka telah menjadi heboh lagi di Tanah Melayu. Manakala surat-surat khabar Melayu telah berdiri menyertai dan menyokong pergerakan orang-orang Melayu Melayu di Selatan Siam. Utusan Melayu ialah akhbar kebangsaan Melayu yang utama sekali telah membela dan menyokong cita-cita mereka itu. Suara Utusan Melayu kerap kali mengharu masuk ke dalam lubang telinga ahli-ahli pemerintah Siam dan suaranya pernah pula bergema di dalam Parlimen Siam tatkala kedudukan orang-orang Melayu yang menderiata di sebalik tabir besi Siam itu telah dapat dipecahkan.

Gambar : Bekas Kota Jerenga. Wilayah Bangnara.

Sementara itu golongan akhbar Siam yang memakai faham kolot dan penganut pemerintahnya kerap kali cuab memburukkan cita-cita orang-orang Melayu itu serta menjahatkan pergerakan mereka. Dan ada pula akhbar-akhbar Siam yang memakai fahaman yang jujur dan menghargakan dasar persuratan akhbar Melayu membayangkan rasa simpatinya kepada orang-orang Melayu itu.

Pada 30 Januari 1948 pasukan polis Siam istimewa telah dihantar dari Bangkok ke wilayah-wilayah Melayu itu bagi memperkuatkan kawalan pemerintah atas orang-orang Melayu yang telah dipercayainya pergerakan mereka akan bertambah besar. Pada 28 April 1948 berlakulah pertempuran hebat di antara seribu orang-orang Melayu dengan pasukan polis Siam-Thai di kampung Dusun Nyiur dalam wilayah Narathiwat. Polis Siam lebih dahulu yang memulakan serangannya atas orang-orang Melayu itu kerana dituduhnya orang-orang Melayu di situ sedang menganjurkan pergerakan melawan pemerintah Siam. Pertempuran telah berlaku selama 36 jam, kemudian orang-orang Melayu telah mengundur diri ke hutan rimba kerana melanjutkan perjuangan cara gerila, hampir 400 orang-orang Melayu termasuk orang-orang tua, perempuan dan kanak-kanak kecil telah mati dalam pertempuran ini dan lebih daripada 30 orang polis Siam telah terbunuh.

Pada 27 April tiga buah kapal terbang pengebom Siam telah melayang di angkasa pertempuran itu mencuba hendak menggugurkan bom atas orang-orang Melayu. Kapal perang Siam yang sedang berlabuh di Kuala Bangnara telah diperintah mendaratkan tenteranya bagi membantu polis Siam kerana membunuh orang-orang Melayu itu. Kemudian Kamnan Muhamad, Penggawa Kampung Tanjung Mas dan Mustafa seorang ketua Melayu di Teluban, telah ditangkap oleh polis Siam atas tuduhan bersubahat menganjurkan pergerakan dan keduanya telah dibunuh dengan tidak dibawa bicara di mahkamah.

Pihak pemerintah Siam telah mencuba hendak menyembunyikan punca-punca yang menyebabkan berlaku pertempuran itu dan menbuat dakyah palsunya kepada dunia mengatakan kejadian itu ialah suatu pertempuran biasa sahaja di antara kaum penjahat dengan pengawal keamanan. Tetapi kebenaran tidak dapat disembunyikan kerana iaitu menjadi bukti yang terang menunjukkan bahawa orang-orang Melayu itu telah hilang rasa sabar dan lebih mendalam rasa tak puas hati mereka kepada pemerintah Siam-Thai. Dengan terkorban ratusan jiwa orang-orang Melayu itu telah menjadi suatu peristiwa yang besar sekali dalam sejarah kebangkitan orang-orang Melayu Patani, menuntut keadilan dan kebebasan.

Lebih dari itu, pemerintah Siam telah berusaha hendak mengaburkan mata dunia dengan jalan dakyahnya memperkecilkan pergerakan orang-orang Melayu itu sambil menegaskan bahawa orang-orang Melayu itu bergerak dengan kerana dihasut dan diupah oleh sebilangan kecil orang-orang Melayu Patani yang melarikan diri ke Malaya.

Bagi menentang dakyah pemerintah Siam ini maka pada 6 Februari 1948 dengan menerusi Ketu Jawatankuasa Perwakilan Melayu di Selatan Siam telah menghantar bantahan kepada Perdana Menteri Siam yang mengatakan pergerakan orang-orang Melayu itu terbit daripada sekumpulan kecil sahaja.

Ketua Jawatankuasa itu telah menghantar juga bantahannya ke Lake Success New York meminta supaya Majlis Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, mengambil tindakan campur tangan menyiasat ke Siam bagi mengadakan suatu pemilihan suara ramai untuk menentukan kedudukan dan sikap orang-orang Melayu yang sebenar di selatan Siam itu.

Salinan dari bantahan ini telah dihantar juga kepada Menteri utusan British dan Amerika di Bangkok kerana menyatakan kedudukan yang sebenar dalam pergerakan orang-orang Melayu itu. Dalam bantahan ini telah menuntut juga kepada Perdana Menteri Siam membuktikan kepada dunia betul atau tidaknya pendirian kerajaan Siam itu dengan jalan membenarkan langkah mengadakan suara ramai yang diketuai oleh wakil Bangsa-bangsa Bersatu tetapi tidak dengan menghadirkan tentera dan pegawai-pegawai Siam dalam pemilihan raya itu.

Bantahan ini telah diterima oleh pemerintah Siam di Bangkok. Tetapi tidak diendahkannya pada 8 Disember 1947 pemeberontakan rampas kuasa telah berlaku di Bangkok dan dua kemudian Luang Phibun Songgram bekas ahli jenayah peperangan telah menjadi Perdana Menteri. Pada 29 Januari 1948 kerajaan Phibun Songgram telah mengadakan pemilihan raya bagi mengkhaskan kerajaannya untuk mendapatkan pengakuan negara-negara luar terutama kuasa-kuasa dunia.

Orang-orang Melayu Patani telah mencuba hendak memulaukan pemilihan raya itu dan tidak mahu memilih wakil-wakil mereka ke Parlimen kerana kedatangan Luang Phibun Songgram kali yang kedua ini tidak sah dalam undang-undang Perlembagaan Negara. Dan meraka tidak mahu mengiktiraf kerajaan Phibun Songgram tetapi percubaan orang-orang Melayu itu tidak berjaya kerana digerak dan dipaksa oleh polis Siam. Akhirnya Luang Phibun Songgram datang sekali lagi memegang kuasa pemerintah. Kedatangan ini orang-orang Melayu rasa bergelisah tidak puas hati sebab dalam zaman pemerintahan diktator dahulu, Luang Phibun Songgram telah menjadi musuh besar orang-orang Melayu.

Dengan kedatangan Luang Phibun Songgram kali yang kedua ini telah menimbulkan tanda soal yang besar kepada orang-orang Melayu adakah dia akan menjalankan semula dasar “mensiamkan”orang-orang Melayu seperti dahulu atau langkah mana pula dia akan berjalan. Tetapi dalam beberapa bulan kemudian dia telah menghidup semula “Dewan kebudayaan” dan mulai beransur-ansur memulihkan undang-undang kebudayaan yang dahulu yang merupakan undang-undang paksa. Suatu perintah telah dikeluarkan mulai dari tahun 1950 maka 13 macam mata pencarian hidup telah diharamkan kepada orang-orang Cina di dalam Siam dan telah ada ura-uranya akan memaksa orang-orang Melayu memakai pakaian Barat semula. Hal ini sedang dirasa oleh orang-orang Melayu.

Pada 10 Oktober 1949 dengan jemputan kerajaan Siam. Maka sekumpulan wartawan-wartawan Malaya yang diwakili akhbar-akhbar Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil telah dibawa melawat dan meninjau ke dalam wilayah Patani, Yala, Narathiwat bagi memerhati dan menyiasat hal ehwal kedudukan orang-orang Melayu yang sebenar di selatan Siam. Sepanjang-panjang lawatan mereka itu senantiasa digaul dan diintip oleh polis Siam keadaan mereka samalah seperti orang-orang tawanan. Tujuannya tidak mahu memberi wartawan-wartawan itu dapat berjuma dan bercakap dengan orang-orang Melayu bagi mendapat kenyataan yang sebenar daripada mereka.

Walau bagaimanapun ditutup dan disembunyikan oleh pemerintah Siam, akan tetapi kedudukan orang-orang Melayu di selatan Siam hari ini telah terang kepada mata dunia bahawa mereka selama-lamanya hidup menderita tidak mendapat layanan baik dari pemerintah Siam-Thai. Jikalau dikaji dengan sedalam-dalamnya, bahawa semenjak kejatuhan negeri Patani dalam abad 18 Masehi yang lampau hingga sekarang telah terang bahawa pemerintahan Siam sangat kurang kebolehan dan kecakapannya dlaam hal pemerintahan. Dalam masa begitu lama, tidak ada saatu perubahan yang lebih besar berlaku dalam hal kemajuan negeri Patani yang boleh memberi kebajikan kepada orang-orang Melayu, perkara kesihatan, pelajaran, perkawalan dan iktisad dalam Patani sangat jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kemajuan dalam negeri rakan-rakannya di Malaya. Langkah pemerintah Siam membiarkan orang-orang Melayu hidup dalam kemunduruan itu memang memberi keuntungan yang besar kepada dasar mereka tetapi itulah yang menyedihkan hati orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu Patani telah dipaksa menggadaikan negerinya kepada pemerintahan Siam dengan harapannya supaya mereka diberi suatu pimpinan yang baik menuju kepada kemajuan umum sekurang-kurangnya biarlah setimbang dengan pimpinan yang diberikan kepada orang-orang Siam. Negeri Patani tidaklah begitu miskin, tetapi kaya-raya dengan hasil buminya yang asli, di antaran jajahan-jajahan yang di selatan Siam, maka Patani sebuah jajahan yang berhitung kaya tidak berkehendak menumpang kepada harta orang-orang Siam dari lain-lain jajahan untuk dibelanjakan bagi kebajikan orang-orang Melayu itu. Sekiranya dalam masa 60 tahun leboh pemerintah Siam menjajah negeri Patani itu, kalau 50 peratus sahaja dari hasil buminya dibelanjakan bagi kebajikan orang-orang Melayu, sudah tentu hari ini negeri Patani akan berupa dengan keadaan yang lebih bagus dalam perkara kemajuan sekurang-kurangnya jalan-jalan raya dalam Patani hari ini telah menjadi jalan-jalan untuk kereta-kereta lembu dan bandarnya tentulah tidak menjadi seperti bandar-bandar kaum Sakai di Malaya.

Dasar demokrasi Siam telah mendakwa hendak memberi persamaan hak kebebasan, memberi pelajaran yang cukup kepada rakyat dan berbagai-bagai rupa dakwa yang indah. Tetapi sudah 17 tahun lamanya demokrasi Siam berjalan, satu bukti tak dapat dipandang oleh orang-orang Melayu. Memang ada juga kemajuan di zaman demokrasi misalnya bentuk bandar Bangkok hari ini lebih jauh maju dari masa sepuluh tahun yang lalu. Jalan-jalan raya dalamnya telah dibuat dengan batu konkrit, beratus-ratus buah hospital telah didirikan, berpuluh-puluh buah sekolah tinggi telah diadakan, segala segi penghidupan orang-orang Siam telah diberi layanan dan bermacam-macam lagi pimpinan yagn baik kepada orang-orang Siam itu. Di Patani demokrasi yang seumpama itu rupanya tidak sampai dan tidak diketahui oleh orang-orang Melayu dalam Patani, kerana demokrasi Siam itu nampaknya bersetakat dan ada sempadan Cuma di dalam kawasan Bangkok dan jajahan yang di sekelilingnya sahaja. Tegasnya demokrasi Siam-Thai itu untuk orang-orang Siam-Thai, untuk agama Buddha, untuk menindasi orang-orang Melayu dan mencabul agama Islam. Sungguh aneh demokrasi Siam maka nyatalah demokrasi buatan Siam tidak sesuai dengan orang-orang Melayu.

Melihat kepada keadaan dunia hari ini, timbul pula satu tanda soal. Apakah kesudahannya kedudukan orang-orang Melayu Patani, memadaikah selama-lamanya mereka hidup dnegan merengkok di bawah demokrasi Siam-Thai yang kolot, pada hal sekarang dunia sedang bergerak membina faham demokrasi tulen, dasar agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lake Success, New York, ialah membebaskan bangsa-bangsa yang terjajah. Menanam rasa demokrasi kepada seluruh bangsa supaya reka cipta mesra kepada demokrasi sehingga mereka insaf bertanggungjawab bersama-sama mengawal keamanan dunia. Bilakah orang-orang Melayu Patani semuanya akan faham demokrasi, insaf kepada nasib mereka, sanggup mereka berjuang berhabis-habisan kerana demokrasi soal-soal ini menjadi kesulitan yang besar kepada ahli-ahli fikri Melayu Patani hari ini.

Di antara 100 juta bangsa Melayu dalam dunia, maka orang-orang Melayu di Patani itulah yang lebih buruk nasib mereka, walaupun orang-orang Melayu Patani telah lama hidup di dunia demokrasi, tetapi dengan kerana demokrasi Siam-Thai itu ada kelas-kelas dan bersetakat jadilah nasib orang-orang Melayu itu seperti “pokok kadok tak nak junjung”. Hanya sentiasa merengkok di pangkal junjung.

Sesungguhnya nasib orang-orang Melayu Patani tidak harus diletak dalam tangan pemerintah Siam tetapi langkah memperbaiki nasib kedudukan mereka adalah terletak di dalam tangan mereka sendiri.


Buku Sejarah Kerajaan Melayu Patani, Ibrahim Syukri


Popular posts from this blog

KITAB BARENCONG BHG 11

KITAB BARENCONG BHG 3

SHAMSUDDIN PASAI