BUKIT BUNUH MENGUBAH SEJARAH DUNIA
TAPAK PALEOLITIK .. Mokhtar (tengah) memberi penerangan kepada wakil-wakil media berkenaan formasi batu-batuan suevit yang mengambungi ratusan alat batu buatan manusia Paleolitik ketika kunjungan ke Bukit Bunuh semalam. LENGGONG, 14 Feb – Penemuan bukti di Bukit Bunuh menjadikannya salah sebuah tapak Paleolitik terpenting di dunia kerana mendedahkan sebuah kompleks Paleolitik seluas 4 km persegi dengan pentarikhan lebih 1.83 juta tahun, 40,000 dan 30,000 tahun dahulu. Ini meletakkan Bukit Bunuh sebagai tapak tertua dunia yang berada di luar Afrika, dan mempunyai pentarikhan kronometrik. Maka, penemuan Bukit Bunuh telah mengukuhkan lagi bukti prasejarah di Lembah Lenggong, dan menjadikannya sebuah lembah arkeologi yang penting di dunia. “Bukti-bukti yang ditemui dalam penyelidikan di Bukit Bunuh yang dilakukan sejak tahun 2001 menunjukkan yang tapak ini dihuni secara berterusan,” jelas Mokhtar. “Bukit Bunuh menjadi pilihan kawasan petempatan awal kerana ia menyediakan s...