FUTUHAT AL MAKKIYAH IBN ARABI - ALLAH MELAMPAUI SEGALA SESUATU
Mengenai Allah yang
tanzih (putus hubungan) daripada sebarang bentuk tasybih
(ada-perhubungan) atau penjelmaan, terkandung di dalam ayat-ayat yang
menunjukkan dengan jelas keadaan-Nya di dalam Kitab-Nya atau melalui
lidah Rasul-Nya.
“Maha suci Allah dan maha tinggi, melampaui apa yang mereka katakan.” (17:43).
Pada penyaksian hamba terhadap Tuhannya
dalam ketulenan dan putusnya kekuatan
dan ketinggiannya daripada dihubungkan dengan “bagaimana”
atau yang seumpamanya
adalah petanda yang memberikan keputusan muktamad
tentang kedudukan hamba dan pujiannya
keteguhan pengetahuan dan pengesahannya
dan penolakan terhadap tuduhan dan perubahan
[Segala pengetahuan dibekalkan kepada Akal Awal]
Ketahuilah yang menanggung segala
ilmu, baik mengenai yang di langit mahupun yang di bumi, adalah Akal
yang menerimanya daripada Allah s.w.t tanpa perantaraan. Tiada sebarang
pengetahuan mengenai makhluk alam tinggi dan alam rendah tersembunyi
daripadanya. Semuanya datang daripada kurniaan dan kemurahan-Nya, dan
daripada penerangan-Nya, cahaya-Nya dan ketulenan limpahan-Nya. Akal
mempelajari daripada Allah s.w.t dan ia mengajar kepada diri. Diri yang
belajar daripada Akal melahirkan tindakan. Ia meliputi sekalian
pengetahuan mengenai apa yang berhubungan dengan Akal , iaitu segala
yang di bawah daripadanya. Kita disempadani oleh “apa yang di bawah
daripadanya” dalam hubungan pembelajaran yang dikatakan. Berhati-hati
bila kamu fikirkan, ingatlah Allah s.w.t berfirman, “sehingga Kami tahu” 47:31).
Dia yang mengetahui segala-galanya, oleh itu akuilah sumber segala sesuatu.
[…melainkan dunia yang membingungkan]
Ketahuilah bahawa dunia yang
menipu-daya ini tidak mempelajari apa-apa daripada Akal Awal, dan Akal
Awal tidak ada kuasa terhadap mereka yang dibingungkan oleh cinta dunia.
Mereka dan dunia yang membingungkan itu berada pada taraf yang sama,
seperti individu-individu yang keluar daripada kawalan Kutub, walaupun
Kutub itu sendiri adalah satu daripada individu-individu. Tetapi Akal
dipilih untuk menyampaikan sebagaimana Kutub dipilih bagi pengangkatan
di kalangan individu.
[…dan melainkan pengetahuan mengenai tauhid tajrid (pengasingan)]
Prinsip pengajaran Akal kepada apa
yang di bawahnya menjadi kenyataan pada semua, bahawa tiap sesuatu ada
perhubungan dengan pengetahuan Akal – melainkan bagi ‘tauhid tajrid
(tauhid pengasingan)’. Kaedah tauhid tajrid berbeza daripada segala
perkara yang diketahui dalam semua hal, kerana dalam kaedah ini tidak
ada sebarang hubungan di antara Allah s.a.w dengan ciptaan-Nya, walaupun
jika ‘hubungan’ itu digunakan pada hal tertentu sebagaimana yang
dilakukan oleh Imam Abu Hamid al-Ghazali di dalam bukunya dan juga oleh
beberapa orang lain. Itu adalah satu gaya penyampaian, dan ianya sangat
berbeza daripada kebenaran. Hubungan apakah yang ada di antara sesuatu
yang disempadani oleh masa dengan yang melampaui masa. Atau bagaimanakah
diadakan persamaan terhadap Dia yang tidak mungkin ada persamaan,
dengan sesuatu yang menerima persamaan. Ini adalah tidak mungkin seperti
kata Abu’l-‘Abbas ibn al-‘Arif as-Sanhaji dalam Mahasin al-Majalis,
“Tidak ada perhubungan di antara Allah dengan hamba kecuali urusan. Di
sana tidak ada asbab melainkan keputusan dan tidak ada masa melainkan
azali. Apa juga yang lain adalah kegelapan dan kekaburan yang menipu
daya.” Satu kelainan mempunyai ‘pengetahuan’ menggantikan ‘kegelapan’.
Perhatikanlah betapa unggulnya perkataan ini dan betapa lengkapnya
makrifat Allah ini dan betapa tulen musyahadahnya. Semoga Allah
mengurniakan faedah kepada kita melalui perkataannya.
[Kelemahan akal dalam mencapai makrifat tentang Allah]
Pengetahuan tentang Allah terlalu
sukar bagi keupayaan yang ada pada akal dan diri untuk mengerti,
melainkan sekadar pengakuan bahawa Dia wujud dan suci. Akal yang waras
mengakui bahawa Allah berlainan daripada apa yang dikatakan tentang-Nya,
baik dalam bentuk nyata atau khayalan, dalam apa juga anasir atau apa
sahaja. Khayalan tidak sampai kepada kebenaran tentang-Nya. Ungkapan
juga tidak mampu menerangkan hal-Nya seperti menerangkan tentang
makhluk. Ianya digunakan itu hanyalah untuk memudahkan pendengar
memahami akan keteguhan wujud menurut apa yang mampu diterima oleh
pendengar, bukan untuk mengemukakan yang sebenarnya tentang Yang Haq.
Allah berfirman,
“Tiada sesuatu menyerupai-Nya” (47:19).
Walau bagaimanapun, mengenal
Allah adalah fardu bagi kita menurut peraturan Syariat kerana Allah
berfirman kepada Rasulullah s.a.w,
“Ketahuilah, bahawa tiada Tuhan melainkan Allah” (47:19).
Dia mengatakan, “Kenalilah Aku melalui
perkhabaran daripada-Ku, yang harmoni dengan renungan kamu supaya
kepercayaanmu akan melahirkan pengetahuan yang benar, seperti boleh jadi
benarnya pengetahuan yang menimbulkan tidak percaya yang datang
melalui kepastian”. Jadi, keadaannya adalah demikian.
Oleh kerana sebahagian orang
berpandangan dan berpendapat demikian, kita renungkan tentangnya untuk
melihat bagaimana makrifat mengenai-Nya boleh dicapai. Kita kaji secara
adil dan munasabah. Akal yang sempurna tidak berupaya mencapainya
melalui usaha dan ikhtiar yang gigih. Kita hanya mencapai kepada
makrifat mengenai-Nya melalui ketidakupayaan untuk mengenali-Nya.
Sesuatu yang wujud yang tidak menyerupai sesuatu dan tidak boleh difikir
dan dikhayalkan, bagaimana mungkin akal menguasai perkara ini? Hal ini
tidak boleh berlaku sekalipun pengetahuan mengenai kewujudan-Nya
diyakini sunguh-sungguh. Kita tahu bahawa Dia wujud dan Esa pada
Zat-Nya. Ini adalah pengetahuan yang dituntut daripada kita, bukanlah
kita mengetahui hakikat Zat-Nya yang Dia ketahui, yang Dia miliki. Ini
adalah pengetahuan tanpa pengetahuan, yang dituntut daripada kita. Dia
tidak menyerupai sebarang makhluk dalam pandangan akal, dan tidak ada
sesuatu yang menyerupai-Nya. Ia menjadi fardu kepada kita apabila
dikatakan kepada kita, “Ketahuilah tiada Tuhan melainkan Allah” untuk
mengetahui apakah pengetahuan itu. Kita mempelajarinya dan kita
mempelajari apa yang mula-mula difardukan kepada kita untuk mengetahui
apakah pengetahuan itu.
[Induk kepada tuntutan ilmu pengetahuan]
Ada empat hujah ilmu: iakah?,
apakah?, bagaimanakah?, mengapakah?. ‘Ia?’ dan ‘mengapa?’ adalah
tuntutan kerohanian yang satu disusuli oleh apakah ianya. ‘Ia?’ dan
‘mengapa?’ adalah dua sumber bagi anasir yang mudah sementara ‘apakah
ianya?’ adalah sesuatu yang boleh dikatakan kompleks. Tuntutan yang
empat ini tidak boleh ditanyakan tentang Allah, sesuai dengan kenyataan
kerana ianya tidak benar bahawa sebarang pengetahuan tauhid boleh
diketahui melainkan melalui penafian pada apa yang wujud kecuali Dia.
Oleh itu Dia mengatakan,
“Tiada sesuatu menyerupai-Nya”(41:11)
dan
“Maha suci Tuhan kamu, Tuhan yang memiliki benteng yang teguh, melampaui apa yang mereka sifatkan”(37:180).
[Pengetahuan tentang penafian adalah pengetahuan tentang Allah]
Pengetahuan tentang penafian
adalah pengetahuan tentang Allah. Begitu juga kita tidak dibenarkan
bertanya “bagaimana” mengenai roh. Ianya adalah terlalu seni untuk
dipersoalkan dan hakikatnya berlainan daripada apa yang diucapkan. Alat
bagi pertanyaan yang tidak dapat diajukan kepada roh, tidak boleh juga
diajukan kepada Allah. Yang Haq tidak mampu diketahui melalui
tuntutan-tuntutan ini.
[Yang kelihatan melalui zat dirinya, yang kelihatan melalui perbuatannya dan yang tidak kelihatan sama sekali]
Jika kita pandang kepada yang
selain Allah kita akan temui dua kategori. Kategori pertama adalah yang
kelihatan melalui zat dirinya, iaitu sesuatu yang padat dan boleh
dicapai oleh pancaindera. Keduanya adalah yang kelihatan melalui
tindakannya, iaitu sesuatu yang seni dan dapat ditangkap oleh akal. Yang
dapat ditangkap oleh akal lebih tinggi daripada yang dapat ditangkap
oleh pancaindera: zatnya terlalu seni untuk menjadikan dirinya
kelihatan, tetapi tindakannya ada kenyataan. Keadaan ini adalah keadaan
makhluk, Allah bukan makhluk. Dia terlalu murni untuk disaksikan Zat-Nya
seperti kategori pancaindera, ataupun tindakan-Nya untuk disamakan
dengan kategori seni, kerana tidak ada hubungan langsung di antara-Nya
dengan makhluk ciptaan-Nya. Zat-Nya tidak kelihatan kepada kita untuk
menjadikan-Nya seperti makhluk yang dapat ditangkap oleh pancaindera,
tidak juga perbuatan-Nya untuk menjadikan-Nya seperti makhluk yang dapat
ditangkap oleh akal. Perbuatan Yang Haq adalah permulaan kepada sesuatu
bukan daripada sesuatu. Makhluk rohani yang seni memperolehi sesuatu
daripada sesuatu. Jadi, apakah hubungan keduanya? Bila hubungan tidak
mungkin pada perbuatan, maka semestinya juga tidak mungkin pada zat.
Jika kamu berhasrat untuk mencapai
sebahagian daripada kesedaran dalam tahap ini, perhatikan kepada kesan
tindakan menurut tahap kesan-kesan tersebut, misalnya kesan kerja-tangan
seperti baju dan kerusi. Kita dapati tukang itu tidak dikenali
melainkan dia sendiri memberi gambaran akan kewujudannya dan ilmunya
mengenai kerja-tangannya. Begitu juga dengan kesan pembentukan makhluk –
cakerawala dan bintang-bintang – yang tidak mengenali penggubahnya dan
yang membentuknya. Ia adalah Diri Universal yang melingkungi mereka.
Begitu juga dengan kesan semulajadi – seperti penghasilan bahan logam,
tumbuh-tumbuhan dan haiwan, yang memberi kesan semulajadi yang menjadi
sebahagian daripada kesan pembentukan makhluk. Tetapi mereka tidak dapat
mengongkong sesuatu yang bertindak bagi mereka, iaitu cakerawala dan
bintang-bintang.
Jadi, pengetahuan mengenai
cakerawala bukanlah apa yang kamu lihat pada jisimnya dan bukan apa yang
kamu saksikan mengenai mereka. Di manakah jisim matahari dalam hubungan
dengan dirinya sendiri pada pandangan kita yang melihatnya? Pengetahuan
mengenai cakerawala datang daripada roh dan tujuannya yang Allah
bawakan kepada kewujudan daripada Diri Universal yang meliputi, yang
menjadi asbab bagi cakerawala dan apa yang terkandung di dalamnya.
Begitu juga dengan kesan
penjelmaan Diri Sejagat atau Diri Universal, menjelma daripada Akal
sebagai Dihya[1}, bentuk yang datang daripada pembentukan Jibrail. Diri
Universal tidak mengetahui penjelmaan itu daripada apa kerana ia adalah
di bawah jagaannya dan dilengkunginya lantaran ia adalah satu daripada
khawatirnya. Jadi, bagaimana Diri Universal tahu apa yang di atasnya
sedangkan apa yang pada Diri itu daripada apa yang di atasnya hanyalah
apa yang di dalamnya? Ia hanya mengetahui apa yang ada dengannya. Jadi,
ia mengetahui dirinya, tetapi tidak penyebabnya!
[1] Dihya al-Kalbi, salah
seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w. Jibril pernah berjumpa dengan
Rasulullah s.a.w dengan menjelma dalam rupa Dihya al-Kalbi.
Ia juga sama dengan kesan
permulaan yang dinamakan Hakikat Muhammadiah, atau ada yang memanggilnya
Akal Awal. Ia adalah Qalam Tertinggi yang Allah jadikan daripada tiada.
Ia tidak mempunyai keupayaaan dan dihjijab daripada menyaksikan
Pembuatnya melebihi daripada kesan yang sudah dinyatakan kerana di
antara setiap kesan dan pembuatnya, ada sesuatu hubungan dan persamaan.
Jadi, ia tahu mengenainya menurut kadar hubungan di antara mereka,
samada dalam bentuk yang nyata atau sebaliknya. Di sana tidak ada
hubungan di antara yang pertama diciptakan dengan Yang Hakiki – maha
suci Dia! Kesan yang muncul daripada penyebab tidak berupaya mengenali
Pembuat atau Penyebabnya. Ketidakupayaan kesan tersebut, yang menyerupai
penyebabnya yang aktif dalam beberapa hal, adalah tidak berupaya untuk
menyaksikannya dan mengetahuinya. Jadi, fahamilah hal ini dan hayatinya.
Ia amat berguna bagi urusan tauhid dan ketidakupayaan untuk
menghubungkan pengetahuan yang sementara kepada Allah Yang Maha Besar.
[Lima bakat dan pengertiannya yang sebenar]
Manusia memperolehi segala pengetahuan
melalui salah satu daripada lima bakat: deria yang lima – bau, rasa,
sentuh, dengar dan lihat. Pandangan menyaksikan warna, benda-benda
berwarna dan individu menurut had dan jarak jauhnya. Apa yang dipandang
satu batu jauhnya berbeza dengan apa yang dipandang dua batu jaraknya.
Apa yang dipandang 20 langkah tidak sama dengan yang satu batu. Apa yang
dipandang yang hampir seperti tangan sendiri, tidak sama dengan apa
yang dipandang 20 langkah jaraknya. Pada jarak 2 batu disaksikan bentuk
individu tetapi tidak dapat dikenali samada ianya pokok atau manusia. Pada
jarak satu batu ia dikenali sebagai manusia. Pada jarak 20 langkah
dikenali pula samada putih atau hitam. Bila saling berhadapan dikenali
dengan pasti samada biru atau biru air laut. Begitulah keadaan semua
pancaindera dalam pengertiannya menurut dekat atau jauh
Pencipta tidak dapat ditangkap
oleh bakat pancaindera dalam kita cuba mengenali-Nya. Kita tidak boleh
mengenali-Nya melalui keupayaan bakat pancaindera. Bakat khayalan hanya
menerima apa yang dibekalkan oleh bakat pancaindera, samada gambaran
atau bentuk dalam fikiran, daripada apa yang bakat pancaindera bekalkan.
Jalan manusia akal dalam menyingkapkan tentang Allah berakhir di sini
(melalui bakat khayalan dan fikiran). Ini adalah ungkapan mereka
(manusia akal), bukan ungkapan kami. Sekalipun jalan mereka benar, kami
sandarkan pendapat tersebut kepada mereka dan ia diungkapkan oleh
mereka. Bakat fikiran dan khayalan ini akan berterusan selagi ia
menerima persepsi daripada bakat pancaindera (deria). Kami berpendapat
apa juga perkaitan deria dengan Allah tidak boleh dijadikan pegangan,
begitu juga perkaitan fikiran dan khayalan dengan-Nya.
Bagi kebolehan bertafakur pula,
manusia hanya mampu menyatakan perkara-perkara yang ada dengannya, yang
dia pelajari dengan derianya, persepsi akal dan daripada jalanan fikiran
tentang perkara-perkara yang di dalam bidang imaginasinya sesuai dengan
pengetahuan tentang benda-benda tersebut yang padanya dia melihat
perhubungan. Di sana tidak ada hubungan di antara Allah dengan
ciptaan-Nya. Jadi, pengetahuan mengenai-Nya tidak terpakai melalui cara
renungan. Oleh kerana itu orang arif melarang berfikir tentang Zat
Allah.
Bagi bakat akal pula, akal tidak
berupaya menyaksikan-Nya. Akal hanya mampu menerima apa yang
diketahuinya secara spontan atau renungan yang sesuai dengan kita.
Fikiran tidak ada keupayaan untuk mengkaji tentang-Nya melalui pemikiran
dan renungan, jadi akal bukanlah alat yang sebenar untuk mengkaji
mengenai-Nya melalui renungan. Apa juga akal itu hadnya ialah untuk
memahami dan mengambil apa yang mampu diperolehinya. Jadi, mungkin Yang
Haq akan kurniakan penyingkapan mengenai-Nya dan akal akan faham, tetapi
bukan melalui pemikiran. Ini bukanlah mustahil. Allah kurniakan
pembukaan ini kepada sesiapa yang Dia kehendaki dari kalangan hamba-Nya.
Akal tidak memiliki sepenuhnya persepsi tentang makrifat, tetapi ia
menerimanya apabila didatangkan kepadanya. Jadi, tiada pembuktian dan
peruntukan didasarkan padanya kerana penyingkapan (makrifat) adalah
melampaui persepsi akal.
Sifat-sifat yang wajib tidak boleh dinyatakan kerana ianya melampaui perumpamaan dan ibarat
“Tidak ada sesuatu menyerupai-Nya” (41:11).
Akal yang tidak dibukakan tentang makrifat
ini bertanyakan akal lain yang dibukakan sebahagian kepadanya. Tetapi
ianya bukanlah di dalam keupayaan akal yang ditanyakan itu untuk
menerangkannya, malah ianya adalah tidak mungkin. Sebab itulah Abu Bakr
as-Siddiq mengatakan, “Ketidakupayaan memahami itulah pemahaman.”
Kenyataan ini ada dua tahap, jadi fahamkanlah. Sesiapa yang mencari
Allah melalui pemikiran dan pengkajiannya akan sesat. Walau
bagaimanapun, persediaan yang ada dengan akal mungkin mencukupi untuk
menjadikannya sebagai bekas yang sesuai bagi menerima apa yang Allah
kurniakan kepadanya, fahamkanlah!
Bagi keupayaan mengingat pula,
tiada jalan baginya untuk mencapai pengetahuan tentang Allah. Ia
mengingati apa yang telah diketahui oleh akal sebelumnya dan kemudian
mengabaikannya atau melupakannya dengan tidak disedari. Jadi bakat atau
daya ingatan tidak mempunyai jalan kepada-Nya.
Jadi, pengertian manusia terbatas
kepada kemanusiaan itu sendiri, apa yang zat dirinya berikan kepadanya
dan apa yang dia boleh pelajari. Selebihnya adalah persediaan akal untuk
menerima apa yang Allah kurniakan daripada makrifat-Nya. Manusia tidak
akan mengenali Yang Haq melalui pembuktian secara logik – melainkan
sekadar mengakui Dia Wujud dan Dia adalah Yang Esa yang disembah.
Pemikiran manusia tidak berupaya untuk memikirkan sesuatu melainkan
perkara yang difikirkan itu sudahpun ada dengannya. Jika tidak kerana
itu ia tidak akan memikirkannya sama sekali dan tidak juga mengenalinya.
Oleh kerana manusia tidak mengenali sesuatu melainkan dia memiliki
sesuatu menyamai perkara yang dikenali itu, sebenarnya manusia hanya
mengenali apa yang menyerupainya. Di sana tidak ada sesuatu menyamai
Pencipta dan tidak ada apa yang mempunyai sesuatu menyerupai-Nya, jadi
Dia tidak akan dikenali.
[Benda-benda alam semulajadi hanya menerima bekalan daripada yang seumpama dengannya]
Sebahagian daripada perkara yang
menyokong apa yang telah kami katakan ialah benda-benda semulajadi hanya
menerima makanan daripada benda-benda yang daripada jenisnya juga, dan
tidak sekali-kali menerima makanan daripada jenis lain. Contoh bagi
perkara ini ialah bahan-bahan daripada galian, tumbuh-tumbuhan dan
haiwan adalah campuran daripada jenisnya, dan tidak menerima makanan
daripada sumber lain. Ini adalah kerana sebahagaian daripadanya adalah
untuknya. Jika makhluk mahu membuat makanan untuk tubuhnya, yang terdiri
daripada bahan-bahan ini, daripada anasir yang lain daripada
bahan-bahan tersebut, atau apa yang dicampurkan daripada yang lain, ia
tidak akan dapat melakukannya. Kerana ianya hanyalah mungkin bagi tubuh
yang asli menerima makanan daripada sesuatu yang dicampurkan daripada
anasir-anasir yang serupa dengannya, jadi adalah tidak mungkin bagi
seseorang untuk mengetahui sesuatu melainkan dia memiliki sesuatu
menyerupainya.Tidakkah kamu perhatikan diri hanya menerima daripada akal
apa yang ia kongsikan dengannya dan apa yang menyamainya? Ia tidak tahu
apa yang ia tidak sedikitpun berkongsi dengannya. Tiada sesuatu yang
dinisbahkan kepada Allah ada dengan sesuatu yang lain, hal ini tidak
mungkin dalam segi apa sekalipun, jadi tiada sesiapa yang mengenali-Nya
melalui dirinya dan renungannya. Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah
terhijab bagi akal sebagaimana Dia terhijab bagi mata. Makhluk alam
tinggi mencari-Nya sebagaimana kamu mencari-Nya.” Jadi, Rasulullah s.a.w
menceritakan bahawa akal tidak ada pengenalan tentang-Nya melalui
renungannya, tidak juga melalui mata dalamnya dan tidak juga melalui
mata luarnya. Inilah yang dinyatakan sebelum ini dalam tajuk ini. Segala
puji bagi Allah yang mengilhamkan kita dan mengajar kita apa yang kita
tidak tahu. Kemurahan Allah maha luas.
[Tanzih ('tiada-hubungan') dan penafian terhadap tasybih (penyifatan dan perhubungan)]
Jadi, pegangan mestilah
berkonsepkan ‘tiada-hubungan’ (tanzih) dan ‘penafian’ terhadap
penyifatan dan perhubungan. Sesiapa dari kalangan yang menggunakan
perhubungan dan menjadi sesat adalah disesatkan oleh pemahaman tentang
ibarat dan menggunakan ayat-ayat dan hadis yang tidak difahaminya tanpa
melihat kepada aspek tanzih (’tiada-perhubungan’) yang Allah fardukan.
Itu membawa mereka kepada kejahilan yang sebenar dan kesesatan yang
nyata. Jika mereka berpegang kepada yang benar dan membiarkan hadis dan
ayat-ayat berkenaan tanpa mengubahsuai apa-apa padanya kepada sesuatu
yang lain dan menyerahkan pengetahuan itu kepada Allah dan Rasul-Nya dan
berkata, “Kami tidak tahu”, itu adalah lebih baik bagi mereka.
Firman Allah semestinya memadai bagi mereka,
“Tiada sesuatu menyerupai-Nya” (41:11).
Bila sesuatu hadis sampai kepada mereka,
hadis yang menceritakan tentang perhubungan yang menggambarkan Allah
seumpama sesuatu, Dia menafikan persamaan itu dalam hubungan Diri-Nya.
Jadi, yang tinggal adalah hadis itu memiliki satu aspek ‘tiada-hubungan’
(tanzih) yang Allah akui dan ia dibawa kepada kefahaman orang Arab yang
melalui lidah Arab Quran dibukakan.
Sebenarnya tidak kedapatan satu
ungkapan pun di dalam hadis atau ayat yang boleh dijadikan hujah bagi
menegakkan pegangan ‘ada-hubungan’. Apa yang ditemui ialah ia menyokong
berbagai-bagai aspek, ada yang menunjukkan kepada ‘ada-hubungan’ dan ada
yang menunjukkan kepada ‘tiada-hubungan’. Penterjemah ibarat atau misal
menggunakan ungkapan berkenaan dengan memaksudkan ‘ada-hubungan’ secara
menyalahi maksud sebenar ungkapan tersebut kerana dia tidak memahami
kedudukan ungkapan berkenaan menurut kehendak tata-bahasa. Dia telah
melanggar peraturan Allah apabila dia meletakkan sesuatu yang tidak
benar kepada-Nya. Insya’ Allah, kita akan bawakan sebahagian hadis yang
menunjukkan kepada ‘ada-hubungan’ tetapi sebenarnya tidak bermaksud
demikian.
“Kepunyaan Allah bukti yang jelas nyata. Jika Dia kehendaki Dia beri petunjuk kepada kamu semua.” (6:149).
[Tasybih ('ada-hubungan') dan penyifatan dalam ungkapan Sunnah]
Contoh yang demikian ialah sabda Rasulullah s.a.w,
“Hati orang mukmin berada di antara dua jari Allah.” (A-Tarmizi).
Akal melihat kepada apa yang diperlukan oleh
keadaan sebenar dan kiasan, dan anggota adalah mustahil bagi Allah!
‘Jari’ dalam dalam ungkapan ini boleh difahamkan sebagai anggota ataupun
rahmat. Pengembala[2] berkata:
Kelemahan tongkat, dari orang Badwi,
kamu melihatnya atas mereka
bila manusia yang tidak mendapat rahmat berakhir dengan kemarau
[2] ia-itu pengembala yag baik menjaga untanya dengan baik.
Dia mengatakan, “Kamu melihatnya
atas mereka” menunjukkan kepada rahmat secara menjaga mereka dengan
baik. Bila orang Arab berkata, “Alangkah baiknya jari si anu menjaga
hartanya”, ia bermakna hasilnya yang membuat hartanya bertambah lantaran
pengurusan yang baik.
Menggerakkan sesuatu benda dengan
tepat adalah dengan menggunakan jari kerana saiznya kecil dan sesuai
untuk kerja yang demikian. Jadi pergerakannya lebih kemas daripada
tangan dan bahagian yang lain. Bila Allah balikkan hati hamba-Nya, ia
adalah pergerakan yang tepat. Rasulullah s.a.w sangat memahami tentang
orang Arab, dan penyampaiannya adalah dengan cara yang mereka faham.
Bagi kita, sesuatu benda digerakkan dengan tangan, baginda menggunakan
pergerakan dengan ‘jari’ kerana jari adalah bahagian tangan, dan lebih
pantas. Rasulullah s.a.w bermunajat,
“Wahai Yang membalikkan hati-hati, jadikan hatiku teguh di dalam jagaan-Mu!“ (Ibnu Majah).
Allah membalikkan hati-hati bermaksud apa
yang Dia jadikan iaitu kecenderungan hati kepada kebaikan dan
kecenderungannya kepada kejahatan. Bila seseorang menyedari perubahan
dalam hatinya ini bermaksud ‘Allah membalikkan hati’. Pengetahuan
manusia tidak berubah daripada dirinya sendiri. Sebab itulah Rasulullah
s.a.w mengatakan, “Wahai Yang membalikkan hati-hati, jadikan hatiku
teguh di dalam jagaan-Mu!”
Merujuk kepada hadis ini, salah
seorang daripada isteri-isteri baginda s.a.w bertanya kepada baginda,
“Adakah engkau takut, wahai Rasul Allah?”. Baginda s.a.w menjawab,
“Hati orang mukmin berada di antara dua jari Allah”,
jadi Rasulullah s.a.w menunjukkan kepada
kecepatan pertukaran daripada beriman kepada tidak dan apa yang
terkandung pada kedua-duanya. Allah berfirman,
“Allah mengilhamkan kepada mereka kejahatan dan kebaikan” (91:8).
Ilham ini adalah pertukaran dan jari-jari
itu adalah kecepatannya. Maksud bagi dua (’dua jari’) adalah
kecenderungan kepada kebaikan dan rangsangan kepada kejahatan.
Jadi, ‘jari-jari’ hendaklah
difahamkan sebagaimana kami telah terangkan. ‘Jari-jari’; boleh membawa
maksud anggota dan boleh juga bermaksud rahmat. Jadi, daripada dua aspek
ini yang manakah kamu guna-pakai bagi memenuhi kehendak konsep
‘tiada-hubungan’?Samada kita hanya mendiamkan diri dan membiarkan maksud
yang sebenar kepada Allah dan mereka yang Allah bukakan mengenainya –
Rasul-rasul-Nya atau wali yang diilhamkan, selagi anggota itu dinafikan,
atau mungkin kita dikuasai oleh rasa ingin tahu, walaupun kita
menyandarkannya kepada golongan pembaharuan yang mengadakan penyerapan
kepada penyifatan. Rasa ingin tahu tidak boleh dijadikan alasan. Setiap
orang yang mengetahui berkewajipan memperjelaskan aspek ‘tiada-hubungan’
dalam ungkapan-unkapan berkenaan supaya membatalkan alasan-alasan
mereka yang bermain-main dengan istilah. Semoga Allah mengasihani kita
dan mereka dan memberikan kepada mereka Islam! Jika kita membincangkan
keadaan Allah yang tasybih, penerangannya hendaklah menjurus kepada hal
yang sesuai bagi Allah – maha suci Dia! Ini adalah bahagian akal dalam
tata-bahasa kesusasteraan.
Tiupan roh ke dalam hati
[Bahagian hati daripada dua jari menurut aspek ghaib]
‘Dua jari’ adalah rahsia bagi
kesempurnaan yang perlu yang kerananya apabila ia dibukakan pada Hari
Kebangkitan, anak akan menangkap bapanya yang derhaka dan
mencampakkannya ke dalam neraka tanpa berasa sedih dan dukacita,
semuanya kerana rahsia ‘dua jari’ ini, yang mempunyai satu makna sahaja
walaupun perkataannya dua. Syurga dan neraka diciptakan dan nama
diterangi ataupun digelapkan, dan Yang Maha Pengampun dan Yang Maha
Keras menyata. Janganlah membayangkan ‘dua jari’ ini sebagai dua jari
daripada sepuluh jari!
Rahsia ini mesti ditonjolkan dalam
bahagian ini. Hadis mengatakan, “Kedua-dua tangan-Nya adalah tangan
kanan”. Inilah rahsia penyingkapan makrifat. Ahli syurga mendapat dua
nikmat: pertama ialah nikmat syurga dan satu lagi ialah nikmat hukuman
terhadap ahli neraka di dalam api neraka. Begitu juga ahli neraka
mendapat dua seksaan. Kedua-dua golongan tersebut melihat Allah melalui
Nama-nama seperti yang mereka lakukan di dunia. Mengenai ‘dua genggaman’
yang datangnya daripada Rasulullah s.a.w, dalam hubungan dengan Allah
ialah rahsia kepada apa yang telah kami nyatakan.
“Allah mengatakan kebenaran dan memberi petunjuk kepada jalan yang lurus”.(33:4).
Genggaman dan tangan kanan: Allah berfirman,
“Bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya” (39:67)
dan,
“Langit digulung dalam tangan kanan-Nya” (39:67).
Akal haruslah melihat sebagaimana keadaan
kehendaki. Allah melarang Dia diadakan persamaan dan penyifatan yang
mana akal yang lemah telah berbuat demikian lantaran keliru dengan ayat
dan hadis. Kemudian, selepas ‘tiada-hubungan’ (tanzih) di mana mereka
yang berakal memahaminya, Allah berfirman,
“Bumi sekaliannya berada dalam genggaman-Nya” (39:67).
Salah satu tata-bahasa Arab yang
diketahui, apabila dikatakan, “Si anu berada dalam tangan saya (qabda),”
ia bermakna berada di bawah penguasaan, sekalipun saya tidak memegang
apa-apa daripada orang itu di dalam tangan saya. Tetapi keputusan saya
boleh dikuatkuasakan ke atas orang tersebut, sama seperti keputusan saya
terhadap apa yang benar-benar ada dalam tangan saya. Saya katakan,
“Harta saya berada dalam tangan saya”, bermakna ia adalah milik saya dan
saya berkuasa ke atasnya. Saya boleh menggunakannya mengikut kehendak
saya. Apabila saya menggunakannya, pada ketika itu saya boleh berkata,
“Dalam tangan saya untuk menggunakan barang ini”, sekalipun ianya adalah
hamba saya yang menggunakan barang tersebut dengan izin saya.
Oleh kerana anggota badan adalah
mustahil bagi Allah maka akal hendaklah mengubahsuai tanggapannya dan
maksud ‘genggaman’ itu. Ia adalah pemilikan yang dikuasai ketika itu,
walaupun tidak ada apa dalam genggaman orang itu sebenarnya. Ia adalah
pemilikan semata-mata. Alam maya ini berada dalam genggaman Yang Haq.
Bumi dan akhirat ditentukan juga sebagai sebahagian daripada milik-Nya,
seperti apa yang kamu maksudkan bila berkata, “Hamba saya berada dalam
genggaman saya”, walaupun hanya sebahagian sahaja daripada hamba itu
dalam genggaman kamu.
Dalam pandangan kami ‘tangan
kanan’ adalah tempat bagi urusan mutlak yang kuat. ‘Kiri’ tidak memiliki
kekuasaan ke atas ‘kanan’. Jadi, dalam ayat Quran, tangan kanan
menunjukkan kepada penguasaan penuh. Ia menunjukkan kepada kekuasaan
untuk bertindak. Jadi, makna Quran sampai kepada orang Arab melalui
ungkapan yang mereka ketahui dan mudah fahami. Penyair berkata:
Bila panji dikibarkan tanda kemenangan, ‘Araba mengambilnya dengan tangan kanan
Kemenangan bukanlah benda yang
nyata, jadi anggota badan iaitu tangan kanan tidak dapat memegangnya.
Perkataannya seolah-olah berbunyi: Seandainya kemenangan menampakkan
panji yang nyata, tempatnya ataupun orang yang layak membawanya adalah
‘Araba al-Awsi (salah seorang orang Ansar), bermakna sifat kemenangan
itu lengkap padanya. Orang Arab masih menggunakan ungkapan yang
digunakan kepada anggota sedangkan perkara itu tidak dapat dipegang oleh
anggota sebenar kerana maknanya boleh difahamkan.
Tiupan roh ke dalam hati
[Bahagian hati dalam tangan kanan dan kiri: menurut aspek ghaib]
Apabila Yang Haq menyatakan
Diri-Nya kepada rahsia (sirr) hamba-Nya yang memiliki semua
rahsia-rahsia dimasukkannya ke dalam golongan mereka yang bebas, dan
hamba-Nya ini memiliki kebebasan mengambil tindakan yang perlu berhubung
dengan tangan kanan. Kemuliaan tangan kiri adalah dengan sesuatu yang
lain sementara kemuliaan tangan kanan adalah dengan zatnya sendiri.
Kemuliaan tangan kanan adalah secara khitab atau diamanatkan padanya,
sementara kemuliaan tangan kiri secara tajalli atau dilekatkan padanya.
Kemuliaan seseorang adalah dengan mengenali hakikat dirinya dan menjadi
perihatin dengannya, dan ia adalah yang kiri = ‘kedua-dua tangan’
berhubung dengan seseorang adalah kiri sebagaimana kedua-dua bagi Allah
adalah tangan kanan!
Berhubung dengan makna penyatuan
(ittihad), kedua-dua tangan hamba adalah kanan. Merujuk kepada tauhid,
sebelah tangan Allah adalah kanan dan sebelah lagi kiri. Kadang-kadang
aku berada dalam ‘persatuan’ dan ‘persatuan pada persatuan’ dan
kadang-kadang aku berada dalam keadaan ‘perpisahan’ dan ‘perpisahan pada
perpisahan’ menurut suasana warid yang dikurniakan kepadaku.
Satu hari aku temui orang yang dikurniakan nikmat (yaman),
dia adalah Yemeni.
Jika aku temui seseorang yang menjangkau lebih jauh (mu’addhi),
dia adalah ‘Adnani
Kehairanan, ketawa, gembira dan marah.
Kehairanan terjadi daripada
sesuatu yang pada mulanya tidak diketahui apakah yang menghairankan itu,
dan kemudian dia mengetahuinya dan itu yang membuatnya hairan. Lalu,
ketawa berlaku padanya. Ini tidak mungkin bagi Allah. Tidak ada apa yang
diluar daripada pengetahuan-Nya, jadi apabila sesuatu berlaku yang
membuat kita hairan, kehairanan dan ketawa itu jika ditujukan kepada
Yang Esa yang tidak boleh hairan atau ketawa, kerana sesuatu yang
kadang-kadang membuat kita hairan dan ketawa, seumpama pemuda yang tidak
ada nafsu muda, adalah sesuatu yang menghairankan, tetapi bagi Allah
tidak ada kedudukan seumpama apa yang kita hairankan.
Ketawa dan kesukaan datangnya
daripada penerimaan dan keseronokan. Jika kamu lakukan sesuatu untuk
seseorang, dan kerana itu dia ketawa dan gembira, bermakna dia menerima
perbuatan itu dan gembira dengannya. Jadi, ketawa-Nya dan
kegembiraan-Nya adalah penerimaan-Nya dan keredaan-Nya terhadap
hamba-Nya. Begitu juga, kemurkaan-Nya tidak ada kena mengena dengan
keadaan darah mendidih, hati yang mahu membalas dendam, kerana Dia
terlalu suci untuk disamakan dengan keadaan pancaindera dan yang mungkin
atau tidak mungkin berlaku. Ia merujuk kepada tindakan seseorang yang
sedang marah dan dibenarkan untuk menjadi marah. Ia adalah hukuman-Nya
kepada orang yang derhaka dan yang menentang perintah dan peraturan-Nya.
Allah berfirman, “Dia murka kepadanya” bermakna Dia membalasnya
sebagaimana dilakukan terhadap orang yang dimurkai. Jadi Yang Maha Keras
itu murka dan kenyataan tindakan itu menunjukkan kepada nama berkenaan.
Senyum adalah sebahagian daripada ketawa. Hadis mengatakan,
“Allah senyum kepada orang yang berjalan ke masjid untuk bersembahyang dan mengingati-Nya”.
Oleh kerana dunia ini ditutup oleh makhluk
yang nyata dan dipenuhi oleh yang selain Allah, mereka melakukan
tindakan ini dalam keadaan tidak ada kehadiran Allah. Seandainya mereka
datang kepada-Nya membawa salah satu daripada berbagai-bagai jenis
kehadiran, Allah menghantarkan kepada hati mereka sebahagian daripada
rasa kelazatan yang lahir daripada nikmat kehadiran (muhadara) itu,
munajat dan musyahadah yang jelira dalam hati mereka. Rasulullah s.a.w
bersabda,
“Cinta Allah kepada kesejahteraan yang Dia kurniakan kepada kamu daripada rahmat-Nya.”
Senyuman menggambarkan perbuatan-Nya ini
kerana ia adalah kenyataan kepada kegembiraan bila kamu datang
kepada-Nya. Bila seseorang memudahkan kamu untuk datang, tanda
kegembiraan ialah menunjukkan kebaikan dan kasih sayang kepada kamu dan
menghantarkan sebahagian nikmat yang dia miliki kepada kamu. Bila hal
yang seperti ini muncul dari Allah kepada hamba-Nya, itu dikatakan
’senyuman’.
Kelupaan.
Allah berfirman,
“Dia melupakan mereka” (9:67).
Adalah mustahil bagi Allah untuk dihinggapi
oleh lalai dan lupa. Tetapi bila Allah hukumkan mereka dengan seksaan
yang kekal abadi dan tidak memberikan kepada mereka pengampunan, keadaan
mereka yang demikian diistilahkan sebagai dilupakan oleh-Nya,
seolah-olah Dia menjadi lupa kepada mereka. Ini adalah perbuatan
seseorang yang lupa dan seseorang yang tidak mengingati kesakitan
hukuman yang dia sedang jalani. Ia adalah kerana semasa hidupnya di
dalam dunia mereka lupa kepada Allah, jadi Dia membalasnya dengan
perbuatannya sendiri dan perbuatannya kembali kepada dirinya sendiri
sebagaimana wajarnya.
Maksud “Allah lupa kepada mereka”
ialah Dia tidak menghiraukan mereka dan maksud “mereka lupa kepada
Allah” ialah mereka tidak menghiraukan perintah Allah dan tidak
melaksanakannya. Jadi, Allah tidak menghiraukan mereka di dalam api
neraka, sementara sebahagian yang lain dikeluarkan-Nya daripada neraka.
Hampir dengan yang demikian ialah menggambarkan Yang Haq sebagai
mengadakan tipu-daya dan memperolok-olok. Allah berfirman,
“Allah memperolok-olokkan mereka” (9:79), “Allah mengadakan tipu-daya” (3:54)
dan
“Allah akan perolok-olokkan mereka” (2:15).
Nafas:
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Jangan mengutuk angin. Ia adalah daripada nafas Yang Maha Pemurah”.
Baginda juga bersabda,
“Aku merasakan nafas Yang Maha Pemurah datang kepadaku dari arah Yaman”.
Semua ini adalah kesenangan (tanfis). Ia
adalah seumpama baginda s.a.w mengatakan, “Jangan mengutuk angin. Ia
adalah sebahagian daripada apa Yang Maha Pemurah guna bagi menyenangkan
(naffasa) atau mengangkat beban hamba-Nya”. Rasulullah s.a.w bersabda,
“kamu dibantu dengan angin timur”.
Ucapan baginda, “Aku merasakan nafas…”
bermaksud Yang Maha Pemurah mengangkat daripadaku apa yang
mendukacitakan daku. Ini adalah dukacita yang Rasulullah s.a.w rasakan
tatkala berhadapan dengan mereka yang menolak seruan baginda dan menolak
peraturan Allah. Baginda bersabda, “Dari arah Yaman”, jadi kaum Ansar
adalah di dalam golongan yang melalui mereka Allah hilangkan dukacita
Rasul-Nya yang disebabkan oleh puak yang menolak seruan baginda s.a.w.
Allah Yang Maha Besar tidak terikat dengan nafas dalam bentuk hembusan
udara.
“Allah melampaui apa yang mereka sifatkan tentang-Nya!” (17:43).
Bentuk atau rupa (sura).
Bentuk menunjukkan kepada jisim
dan apa yang diketahui oleh manusia dan yang lain. Hadis yang
menyifatkan bentuk Allah dalam sahih dan kitab-kitab yang lain, misalnya
hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ikrima, Rasulullah s.a.w bersabda,
“Aku melihat Tuhanku dalam rupa jejaka tampan”.
Ini adalah suasana Rasulullah s.a.w, dan ia
adalah ungkapan yang biasa digunakan dalam bahasa Arab. Ia adalah
seperti sabda Rasulullah s.a.w,
“Allah ciptakan Adam dalam rupa-Nya”.
Ketahuilah nilai persamaan yang
dibawa oleh Quran adalah istilah bahasa, bukan yang nyata, kerana
persamaan yang nyata adalah mustahil bagi Allah. Zaid adalah singa dari
segi kekuatan. Zaid adalah Zuhar dari segi puisi. Bila kamu gambarkan
sesuatu dengan satu atau dua sifat dan kemudian menggambarkan yang lain
dengan sifat tersebut, walaupun terdapat perbezaan yang jelas di antara
mereka menurut keadaan yang sebenarnya, mereka memiliki hakikat sifat
tersebut. Ini bermakna setiap mereka memiliki rupa bentuk yang lainnya
dalam sifat itu khususnya. Jadi, fahamkan dan ambil perhatian!
Perhatikan, nilai-nilai yang ada
dengan diri kamu itulah kamu gunakan terhadap-Nya – Maha Suci Dia!
Tidakkah kamu ceritakan mengenai sifat-sifat kesempurnaan-Nya melalui
nilai-nilai sifat yang ada dengan kamu? Fahamkan! Apabila kamu memasuki
pintu yang membuang persamaan, kamu menafikan ketidaksempurnaan yang
kamu tidak dibenarkan berbuat demikian, walaupun jika kamu berdasarkan
kepada yang demikian sama sekali. Walau bagaimanapun apabila seseorang
meletakkan nilai yang demikian kepada dirinya, kamu menafikan penyifatan
tersebut. Jika orang tersebut tidak ditutupi oleh bayangan, kamu tidak
perlu menafikannya. Ketahuilah sekalipun rupa bentuk itu ada banyak
pintu, namun kami tidak menyebutnya kerana kami mahu mengelakkan
daripada menjadikan buku ini terlalu panjang.
“Allah mengatakan yang benar dan memberi petunjuk kepada jalan yang benar” (33:4).
Lengan.
Ia berkaitan dengan hadis Rasulullah s.a.w,
“Geraham orang kafir di dalam neraka
seperti Bukit Uhud dan kulitnya setebal empat puluh hasta daripada hasta
Yang Maha Perkasa”.
Ini adalah penyifatan bagi memuliakan dengan
kadar yang Allah sifatkan bagi-Nya. Ia seperti kamu katakan, “Benda ini
beberapa hasta raja”, bermaksud hasta terpanjang yang raja lakukan,
walaupun misalnya lengan raja sama seperti lengan orang ramai dan hasta
orang ramai lebih panjang daripada hasta raja. Dalam kenyataannya
bukanlah lengannya, tetapi adalah anggaran pemilikannya dan kemudian
dinisbahkan kepada pembuatnya, jadi ketahuilah! Menurut loghat bahasa
“Yang Maha Perkasa” adalah Raja Yang Besar.
Begitu juga dengan kaki.
“Yang Maha Perkasa meletakkan kaki-Nya (dalam neraka)”. Kaki adalah
anggota badan. Dikatakan, “Si anu memiliki kecekapan dalam perniagaan”,
bermakna kedudukannya teguh. Kaki adalah nama bersama dalam ciptaan,
jadi kaki adalah satu bentuk penyifatan. Yang Perkasa itu adalah
malaikat dan kaki itu kepunyaan malaikat kerana yang demikian tidak
mungkin bagi Allah!
Bersemayam (istawa) menunjukkan
kepada kestabilan, petunjuk dan yang menguasai. Kestabilan adalah salah
satu nilai tubuh badan dan yang demikian tidak boleh digunakan bagi
Allah! melainkan dalam aspek kestabilan. Petunjuk adalah kehendak dan ia
salah satu sifat kesempurnaan. Allah berfirman,
“Dia mengangkat (istiwa) Diri-Nya ke langit,” (3:29),
iaitu bertujuan.
“Dia bersemayam di atas arasy” (7:54)
bermaksud menguasai.
Terdapat banyak kepercayaan dan
ayat-ayat, sebahagiannya kuat dan sebahagian yang lain lemah. Tidak ada
hadis yang tidak mempunyai aspek tanzih (’tiada-hubungan’). Jika kamu
mahu fahamkan dengan lebih mudah, maka letakkan pada diri kamu ungkapan
yang menunjukkan kepada tasybih dan ambillah faedahnya atau rohnya atau
apa yang datang daripadanya. Letakkannya dalam apa yang sewajarnya bagi
Yang Haq dan kamu akan memperolehi darjat tanzih (’tiada-hubungan’)
tatkala orang lain memperolehi tahap tasybih (’ada-hubungan’). Jadi,
lakukan demikian dan sucikan pakaian kamu! Ini sudah memadai bagi
kepercayaan berkenaan kerana tajuknya sudah panjang.
Tiupan Roh Kudus ke lubuk Hati
[Maksud simbolik bagi ungkapan tasybih di dalam Syariat]
“Tiupan roh yang paling suci ke
lubuk hati” adalah dalam ungkapan yang terdahulu: bila yang berasa kagum
(Raja) kagum terhadap yang muncul daripada bentuk-Nya (Adam),
Penciptanya dalam kesedaran batinnya, kegirangan dalam kewujudannya,
ketawa dalam penyaksiannya dan murka apabila dia membelakangi, tersenyum
bila dia mendekati, melupakan keadaan luarannya dan menarik nafas.
Jadi, Dia membiarkan kapal mengambil haluannya dan teguh di atas
kerajaan-Nya dan mentadbir kerajaan-Nya dengan kekuasaan. Apa yang Dia
kehendaki berlaku dan kembali kepada Allah!
Ini adalah roh-roh yang terasing
yang ditunggu oleh bentuk sokongan (ashbah). Bila tiba ketikanya, masa
berakhir, langit bergoyang, matahari digulungkan, bumi digantikan,
bintang-bintang berguguran, segala sesuatu berubah, Alam Akhirat muncul
dan manusia serta yang lain dikumpulkan dalam keadaan asal (Lihat
19:10). Kemudian bentuk-bentuk itu akan memberikan pujian, roh-roh akan
bergembira, Yang Membuka akan menyata, pelita akan dinyalakan, arak
berkilauan, cinta sejati (wudd) muncul, permohonan menghilang, sayap
dikembangkan, dan Qubah [3] didirikan daripada permulaan malam hingga ke
pagi. Perhentian yang sangat indah! Betapa gembiranya diri-diri yang
dalam keadaan sempurna. Semoga Allah mengizinkan kita menikmatinya!
PERMULAAN ALAM DAN KEDUDUKAN NAMA-NAMA YANG INDAH
Asbab Kepada Permulaan Alam Dan Kedudukan Nama-nama Yang Indah Dalam Alam Keseluruhannya Dalam sebab kepada permulaan dan peraturannya,
dan penghabisan pembentukan dan pengertiannya,
Dan perbezaan di antara anasir-anasir tinggi
dalam tempat asalnya dan pemerintahnya,
Bukti yang menunjukkan Pencipta menggubahkan semuanya melalui peraturan-Nya.
[Ketinggian tempat dan kehebatan Syurga]
Wali yang benar telah mengambil
pengertian tentang permulaan alam dalam buku kami yang bertajuk, ‘Anqa’
Mughrib fi ma’rifa khatmi’l-awliya’ wa shamsu’l-Maghrib dan dalam buku
kami bertajuk Insha’ ad-Dawa’ir yang sebahagiannya kami tulis di rumah
sahabat kami yang mulia (Imam Abu Muhammad ÔAbdu’l-’Aziz al-Mahdawi
al-Qurashi) sewaktu kami mengunjunginya dalam tahun 598, dalam
perjalanan kami mengerjakan hajji. Khadamnya, ‘Abdul-Jabbar (semoga
Allah menaikkan darjatnya) menyalinkan untuk tuannya apa yang telah kami
tuliskan. Saya telah pergi ke Makkah bersama-samanya dalam tahun itu
untuk menyiapkannya di sana. Buku ini (Futuhat) telah menarik kami
daripadanya dan daripada yang lain kerana kami diilhamkan untuk
menuliskannya, tambahan pula ada saudara-saudara kami dan para fuqara’
meminta kami melakukannya kerana mereka ingin menambahkan pengetahuan
mereka dan juga untuk mendapatkan berkat Rumah Suci ini, tempat yang
dirahmati, tempat yang membawa petunjuk dan tempat yang kedapatan
padanya tanda-tanda yang jelas. Di tempat ini juga kami ingin mengenali
seorang suci yang mulia, Abu Muhammad ‘Abdul-’Aziz (al-Mahdawi
al-Qurashi), dengan berkat yang diberikan Makkah, dan ia juga adalah
cara ibadat terbaik dan tempat yang paling mulia di muka bumi.
Barangkali semangat yang lahir daripada rasa kerinduan akan muncul dan
keinginan untuk menambahkannya akan turun. Ia dibukakan kepada orang
yang “diberikan segala perkataan” dan menyaksikan Tuhannya lebih hampir
daripada “kadar dua busur panah”, meskipun dengan anggaran kesempurnaan
ini dan bahagian yang penuh,
“Katakanlah, ‘Tuhan menambahkan pengetahuanku.” (20:114)
Sebahagian daripada syarat awal
bagi seseorang berilmu yang menyaksikan, iaitu ahli dalam setesen ghaib
dan nyata, ialah dia mengetahui bahawa tempat tersebut (Makkah)
mempunyai pengaruh yang kuat kepada hati nurani. Jika hati berada di
mana-mana tempat di dalam dunia ini, keadaannya menjadi paling mulia dan
lengkap di Makkah. Sebagaimana tahap kerohanian berbeza-beza dalam
keutamaannya, begitu juga dengan tahap jasmani. Adakah
permata sama dengan batu, kecuali ia berada dengan orang tertentu?
Seorang ahli pada makam ini yang telah disempurnakan menemui perbezaan
pada yang demikian sebagaimana Yang Haq mengadakan perbezaan yang
demikian. Adakah rumah yang dibina daripada batu dan jeramai sama dengan
rumah yang dibina daripada emas dan perak? Orang arif yang sampai
adalah yang menyerahkan segala hak kepada yang berhak. Dia menjadi luar
biasa dalam hayatnya dan menjadi orang arif dalam zamannya. Jadi,
terdapat perbezaan yang besar di antara kota yang bangunannya adalah
yeng menyelerakan nafsu dengan kota yang bangunannya adalah tanda-tanda
yang jelas!
Sahabatku bersetuju bahawa kewujudan hati
kita pada sesetengah tempat lebih berpengaruh daripada tempat yang lain?
Semoga Allah merahmatinya. Dia meninggalkan khalwat di dalam rumah
menara yang dijaga, di bahagian timur Tunis dipinggir pantai, dan dia
memasuki ar-Rabita ditengah-tengah liang kubur, berhampiran dengan
menara itu, pada bahagian yang hampir dengan pintu. Ia dikaitkan dengan
al-Khidr. Saya bertanya kepadanya mengenai hal tersebut dan dia berkata,
“Aku lebih menemui hatiku di sana daripada di dalam menara”. Saya juga mengalami di sana apa yang Syeikh itu katakan.
Para wali mengetahui bahawa,
lantaran seseorang yang mendiami sesuatu tempat, samada yang
berkedudukan sebagai malaikat yang mulia atau jin yang ikhlas, atau ia
lantaran himmah seseorang yang pernah mengunjungi atau mendiami tempat
tersebut – seperti rumah Abu Yazid yang dipanggil “Rumah orang salih”,
atau zawiyya al-Junayd di Shuniziyya, atau gua Ibn Adham di Yaqin dan
lain-lain tempat, sekalipun orang-orang salih yang berkenaan telah
meninggalkan dunia ini namun, kesannya masih kedapatan di tempat
berkenaan dan ia mempengaruhi hati nurani. Inilah sebabnya mengapa
masjid-masjid memberi kesan yang berbeza-beza kepada hati, tetapi tidak
dari segi pahalanya. Kamu lebih menemui hati kamu di masjid tertentu
tetapi tidak di masjid lain. Ini bukanlah kerana bumi, tetapi kerana
kumpulan jemaah dan keberkatan mereka. Orang yang tidak mendapati
perbezaan pada hatinya di antara di masjid dan di pasar hanya memiliki
suasana tetapi tidak memiliki makam.
Saya tidak ragui, melalui
penyingkapan dan pengetahuan, sekiranya para malaikat dengan pangkat
yang berbeza-beza mendiami bumi ini, yang paling tinggi kedudukan mereka
dalam ilmu dan makrifat akan mendiami Masjid al-Haram. Keadaan kamu
menurut mereka yang kamu jadikan sahabat. Himmah mereka yang dalam satu
kumpulan memberi kesan kepada orang yang duduk bersama kumpulan tersebut
dan himmah mereka adalah menurut pangkat mereka. Jika persaingan
didasarkan kepada himmah, maka 124,000 Nabi-nabi, tidak termasuk aulia,
telah tawaf Rumah yang suci itu. Tidak ada Nabi atau wali yang tidak ada
himmah dengan Rumah ini.
Kota ini adalah kota suci kerana
ia adalah Rumah yang Allah pilih di atas rumah-rumah yang lain. Ia
memiliki rahsia sebagai tempat yang pertama dijadikan tempat beribadat
seperti Allah katakan,
“Rumah pertama yang didirikan buat
umat manusia adalah yang di Bakka, tempat yang dirahmati, dan petunjuk
kepada seluruh alam. Padanya terdapat tanda-tanda yang jelas – makam
Ibrahim, dan sesiapa memasukinya menjadi aman” (3:97)
daripada segala ketakutan. Banyak lagi
ayat-ayat yang lain. Jika orang yang bersih berjalan ke kota suci ini,
dia akan mengalami makrifat dan peningkatan yang belum pernah dia
saksikan sebelumnya dan tidak pernah terlintas dalam fikirannya.
Diri akan dikumpulkan dalam bentuk
ilmunya sementara tubuh akan dikumpulkan dalam bentuk amalannya. Bentuk
ilmu dan amalan lebih lengkap di Makkah berbanding dengan tempat-tempat
lain. Jika seseorang yang mempunyai hati yang terbuka memasukinya untuk
satu jam sahaja, dia akan memperolehi yang demikian. Jadi, betapa
banyak yang akan diperolehinya jika dia berada hampir dengannya dan
mendiami di sana dan melaksanakan segala tuntutan dan peraturannya?
Tidak diragukan bahawa penyaksiannya di sana lebih lengkap dan luhur,
dan apa yang dikurniakan kepadanya lebih murni, lazat dan
menggembirakan. Sahabatku memberitahuku bahawa dia merasakan penambahan
dan pengurangan menurut tempat, dan dia tahu bahawa suasana yang
demikian juga muncul daripada keadaan orang yang tinggal di sana atau
himmahnya seperti yang telah dinyatakan. Kami tidak meragui kaedah ini,
iaitu perakuan terhadap tempat dan daya-rasa yang bertambah dan
berkurang muncul daripada kesempurnaan ahli makrifat dalam mengenal, dan
ketinggian makam serta kedudukannya daripada yang lain, dan juga
kekuatan kearifannya. Semoga Allah menuliskan kebaikan untuk wali
tersebut dan mengurniakan kepadanya segala kebaikan lantaran dia telah
mendapatkannya dan layak untuk yang demikian.
[Nama-nama Yang Indah dan hakikat kewujudan]
Ketahuilah, semoga Allah
memngurniakan kejayaan kepada kita semua, sekalian orang Islam! bahawa
kebanyakan mereka yang mengenali Allah dari kalangan mereka ahli kasyaf
dan ahli hakikat, tidak memiliki pengetahuan tentang sebab permulaan
alam maya melainkan sekadar hubungan Azali dengan keadaannya yang dibawa
kepada kewujudan. Allah kurniakan kepada makhluk-Nya apa yang Dia
ketahui wajar bagi makhluk-Nya. Di sini, kebanyakan manusia berhenti.
Kami, dan mereka yang Allah perkenalkan apa yang Dia perkenalkan kepada
kami, telah mencapai hal yang lain. Ini ialah bila kamu perhatikan
kepada alam maya secara terperinci dengan kebenaran dan anggarannya,
kamu dapati ia terhad dengan peringkat dan tahap yang diketahui, dan
golongan yang terbatas dengan benda-benda yang serupa dan tidak serupa.
Jika kamu faham perkara ini, kamu ketahui bahawa ia mempunyai rahsia
yang seni dan perkara yang ajaib di mana hakikatnya tidak dapat
disaksikan dengan jelas melalui fikiran dan penyelidikan. Sebaliknya, ia
adalah satu daripada ilmu diberikan melalui kasyaf dan hasil daripada
mujahadah yang disertai oleh himmah (semangat yang tinggi). Mujahadah
tanpa himmah tidak menghasilkan apa-apa, tidak juga memberi kesan kepada
ilmu, tetapi ia memberi kesan kepada keelokan dan kesucian yang dirasai
oleh orang bermujahadah itu.
Ketahuilah, semoga Allah
mengajarkan kepada kamu rahsia pengertian dan mengurniakan kepada kamu
semua perkataan! bahawa Nama-nama Yang Indah, yang di atas daripada
nama-nama yang boleh dihitung dan membawa turun kebahagiaan di bawah
nama-nama yang dihitung itu, mempunyai kesan kepada alam maya. Mereka
adalah ‘kunci-kunci pertama’ yang hanya Dia mengetahuinya. Setiap yang
nyata dalam kewujudan memiliki salah satu daripada nama-nama yang khusus
baginya. Yang nyata yang dimaksudkan ialah yang mengumpulkan bersama
golongan daripada perkara-perkara yang nyata tersebut. Tuhan bagi
hakikat tersebut ialah nama dan hakikat itu adalah hamba-Nya dan di
bawah penguasaan-Nya. Hanya itu sahaja.
Jika sesuatu mengumpulkan beberapa
nama bagi kamu, perkara itu bukanlah seperti yang kamu bayangkan. Kamu
perhatikan kepada benda itu, kamu dapati ia mempunyai ciri-ciri yang
bersesuaian dengan apa yang ditunjukkan oleh nama berkenaan, iaitu
hakikat yang kami nyatakan. Itu adalah seperti apa yang telah
diperakukan bagi kamu di dalam ilmu yang di dalam akal luaran dan di
bawah penguasaannya menurut keadaan sesuatu yang satu dan tidak boleh
dipecahkan – seberti anasir yang satu (jauhar) yang merupakan bahagian
yang tidak boleh dipecahkan. Sekalipun demikian, jauhar ini mengandungi
berbagai-bagai hakikat yang memerlukan sebanyak itu juga Nama-nama
Ilahi. Hakikatnya ia dibawa kepada kewujudan dengan memerlukan nama Yang
Maha Berkuasa. Dalam aspek kerapiannya ia memerlukan nama Yang Maha
Mengetahui. Dalam aspek kuasa memilih ia memerlukan nama Yang Membentuk.
Dalam aspek yang membawanya menjadi nyata ia memerlukan nama Yang Maha
Mengetahui dan Yang Maha Melihat, dan lain-lain. Walaupun bahan ini
adalah satu, ia mempunyai aspek-aspek ini dan aspek yang lain yang kami
tidak nyatakan. Setiap aspek mempunyai banyak aspek yang memerlukan nama
yang berpadanan. Aspek-aspek itu adalah hakikat dan mereka bukanlah
yang utama pada pandangan kami dan ianya sukar untuk memegangnya dan
lebih sukar untuk memperolehinya melalui kasyaf.
[Wadah Nama-nama Ilahi]
Ketahuilah kami tidak akan
menyentuh Nama-nama dengan kepelbagaiannya bila kami melihat kepada
aspek yang diperlukan oleh makhluk di dalam alam. Bila kita tidak
melihat kepada yang tersebut, kita melihat wadah yang dituntut oleh ilmu
yang diperlukan dan kami mendapati bahawa Nama-nama yang menjadi wadah
yang mereka berdiri di atasnya adalah juga wadah bagi Nama-nama itu.
Jadi, ia mudah untuk diperhatikan, melengkapkan tujuannya dan ia mudah
untuk pergi melepasi wadah-wadah ini kepada cabang-cabangnya,
sebagaimana mudah untuk kembali daripada cabang kepada wadah itu. Jika
kamu perhatikan kepada semua Nama-nama yang diketahui di bumi dan di
langit, kamu akan dapati tujuh nama ditujukan kepada Sifat-sifat oleh
mereka yang mengetahui ilmu Kalam yang membicarakan mengenainya. Kami
telah bincangkan perkara ini dalam buku kami bertajuk Insha’ ad-Dawa’ir.
Matlamat kami dalam buku ini
bukanlah tujuh wadah yang dirujukkan kepada Sifat ini, tetapi tujuan
kami ialah wadah-wadah yang perlu bagi membawa alam ini kepada kewujudan
yang nyata. Sama juga, kami tidak memerlukan pembuktian akal tentang
Yang Haq melebihi kenyataan bahawa Dia wujud, mengetahui, berkuasa,
mencipta, hidup. Tidak ada yang lain diperlukan. Tidak ada yang lebih
daripada ini dipertanggungjawabkan. Rasulullah s.a.w telah membuat kita
mengakui bahawa Dia Berkata-kata. Fardu membuat kita mengakui bahawa Dia
mendengar, melihat dan seterusnya sebagaimana dinamakan. Apa yang kita
perlukan di sini untuk mengenali nama-nama adalah bagi kewujudan alam
maya ini. Nama-nama ini adalah Tuan bagi Nama-nama dan semua nama-nama
lain adalah di bawah jagaan mereka seperti mana sebahagian daripada
tuan-tuan ini menjaga sebahagian yang lain.
Wadah bagi Nama-nama Ilahi adalah:
Yang Hidup, Yang Mengetahui, Yang Berkehendak, Yang Berkata-kata, Yang
Pemurah, Yang Adil. Ini adalah cabang bagi dua Nama Ilahi: Yang
Mentadbir dan Yang Membahagikan. Yang Hidup menentukan kefahaman kamu
selepas dan sebelum kamu wujud. Yang Mengetahui menentukan keteguhan
kamu pada wujud kamu, dan sebelum wujud kamu menentukan ketetapan kamu.
Yang Berkehendak menentukan pilihan kamu. Yang Berkuasa menentukan
ketidakwujudan kamu. Yang Berkat-kata menentukan keabadian kamu. Yang
Pemurah menentukan kedudukan kamu yang dibawa kepada kewujudan. Yang
Adil menentukan pangkat atau kedudukan kamu. Pangkat atau kedudukan
adalah yang terakhir bagi peringkat kewujudan.
Hakikat-hakikat ini mesti wujud,
dan nama-nama mereka yang menjadi Tuan-tuan adalah juga perlu. Yang
Hidup adalah Tuan kepada Tuan-tuan dan rakyat. Ia adalah Penghulu atau
Imam. Yang kedua kedudukannya ialah Yang Mengetahui, kemudian Yang
Berkehendak, kemudian Yang Berkata-kata, kemudian Yang Berkuasa,
kemudian Yang Pemurah, dan yang akhirnya Yang Adil. Ia adalah Tuan
kepada segala pangkat atau kedudukan dan peringkat kewujudan yang
terakhir. Baki nama-nama yang lain adalah di bawah kekuasaan
Penghulu-Tuan-tuan.
[Penghulu (Imam) kepada Nama-nama Ilahi]
Nama-nama tersebut menyerahkan
Nama-nama yang selebihnya dengan hakikat-hakikat mereka kepada nama
Allah dalam membawa alam maya kepada kewujudan. Menurut kenyataan bahawa
Imam-imam kepada nama-nama, tanpa mengambil kira alam maya, hanyalah
empat – Yang Hidup, Yang Berkata-kata, Yang Mendengar dan Yang Melihat –
bila Allah mendengar tutur-kata-Nya dan melihat Zat Diri-Nya, Wujud-Nya
adalah sempurna dalam Zat-Nya (tanpa mengambil kira alam maya). Kami
hanya maksudkan nama-nama yang dengannya alam maya didirikan. Kami
mempunyai banyak nama-nama, jadi kami serahkan kepada tuan mereka dan
datang kepada mereka dalam kehadiran mereka dan hanya menemui apa yang
telah kami nyatakan. Kami sampaikan menurut apa yang kami saksikan.
Jadi, inilah sebabnya tuan-tuan kepada nama-nama itu menyerahkan
nama-nama yang lain kepada Allah bila asal usul kita dibawa kepada
kewujudan.
Yang pertama mengadakan tuntutan
terhadap alam maya ini ialah Nama Ilahi, Yang Mentadbir (al-Mudabbir)
dan Nama Ilahi, Yang Membahagikan (al-Mufassil) diatas kehendak nama
Raja. Kemudian dua nama ini menghadap kepada benda-benda yang
daripadanya misal wujud dalam alam maya ini sendiri tanpa ia terlebih
dahulu tidak-wujud, tetapi lebih tepat daripada peringkat yang
terdahulu, bukan kewujudan yang terdahulu – seperti terbit matahari
mendahului permulaan siang. Sekalipun kita hubungkan permulaan siang
dengan terbitnya matahari, ia adalah jelas bahawa sebab bagi kemunculan
siang ialah terbitnya matahari yang menemaninya dalam kemunculannya.
Beginilah duduk perkaranya.
Kemudian dua Nama Ilahi ini
mentadbirkan alam maya ini dan membahagikannya tanpa didahului oleh
kejahilan mengenainya ataupun kurang pengetahuan mengenainya. Jadi,
bentuk yang digubah itu muncul di dalam alam maya itu sendiri.
Kemudian, Nama-Nya, Yang Mengetahui, dihubungkan kepada model (misal)
tersebut sebagaimana ia dihubungkan kepada bentuk yang daripadanya
diambil, walaupun jika ianya tidak dilihat kerana ia tidak wujud seperti
yang akan dinyatakan dalam tajuk ini. “Daripada apakah alam maya ini
wujud?”
[Permulaan nama-nama bagi alam maya]
Permulaan nama-nama bagi alam maya ialah dua
Nama Ilahi ini: Yang Mentadbir dan Yang Membahagi. Nama Yang Mentadbir
ialah yang merealisasikan masa yang ditentukan untuk membawa kepada
kewujudan. Nama Yang Berkehendak berhubung dengannya menurut kadar yang
Yang Mentadbir membawanya keluar dan mentadbirnya. Kedua-dua nama ini
tidak melakukan apa-apa dalam penciptaan misal ini tanpa penyertaan
nama-nama yang lain, tetapi daripada belakang tirai dua nama ini. Jadi
kedudukan sebagai Penghulu adalah wajar buat mereka, sementara yang lain
tidak menyedarinya sehinggalah bentuk misal (model) muncul. Kemudian
mereka menyaksikan di dalam hakikat-hakikat ianya bersesuaian dengan
mereka, dan yang demikian menerbitkan rasa kasih terhadapnya. Jadi
setiap nama melahirkan rasa kasih pada hakikatnya yang wujud dalam Misal
itu, tetapi ia tidak dapat memperolehi sebarang kesan dalamnya kerana
ia tidak dibenarkan oleh kehadiran yang misal ini menyatakan dirinya.
Oleh itu, cinta dan kasih itu membawa mereka kepada pencarian, usaha
yang gigih dan keinginan untuk membawa bentuk itu kepada kewujudan
supaya kuasa mereka boleh menyata dan kewujudan mereka menjadi sah dalam
kenyataan. Tidak ada yang memiliki himmah yang lebih tinggi daripada
yang berkuasa yang tidak mendapati seseorang yang berkuasa untuk
dikuasai dan meletakkannya di bawah kekuatannya agar kekuasaan
kekuatannya akan menjadi sah – atau seseorang yang kaya yang tidak
menemui seseorang yang yang memerlukan hartanya! Ia sama dengan semua
nama-nama ini. Jadi, nama-nama yang lain berlindung di bawah Tuan
mereka, Penghulu Yang Tujuh yang telah dinyatakan, memohon mereka
membawa sumber misal ini yang mereka lihat pada zat seseorang yang
mengetahui kepada kewujudan. Inilah yang ditunjukkan sebagai alam maya.
[Nama-nama Ilahi berada dalam kesatuan berhubung dengan Zat, berpisah berhubung dengan 'ada-hubungan']
Ada orang yang mungkin bertanya, “Wahai yang
mengenal! Bagaimanakah Nama-nama Ilahi yang lain melihat misal ini
sedangkan kenyataannya hanya Yang Melihat melihatnya dan setiap Nama
Ilahi memiliki hakikat yang nama lain tidak miliki?” Kita boleh
menjawabnya. Semoga Allah kurniakan kejayaan kepada kamu! Kamu patut
tahu bahawa setiap Nama Ilahi mengandungi semua Nama-nama Ilahi dan
setiap nama digambarkan oleh semua nama pada ufuknya. Setiap nama itu
hidup, berkuasa, mendengar, melihat, berkata-kata dalam ufuknya dan
dalam pengetahuannya. Jika tidak bagaimanakah setiap Nama Ilahi menjadi
Tuan kepada sesuatu yang berkhidmat kepadanya? Sungguh tidak munasabah!
Betapa jauhnya daripada kesan yang nyata!
Walau bagaimanapun, di sana ada petunjuk
seni yang kebanyakan orang tidak menyedarinya. Ia adalah bahawa kamu
mengetahui dengan yakin yang setiap biji gandum atau yang seumpamanya
mengandungi hakikat yang tidak dimiliki oleh saudaranya, sebagaimana
kamu tahu yang benih ini tidak sama dengan benih yang lain, walaupun
mereka memiliki hal yang sama ataupun mereka serupa. Jadi carilah
kenyataan atau hakikat ini yang membuatkan kamu membezakan dua benih
tersebut dan mengatakan, ” Yang ini tidak sama dengan yang itu”. Hal ini
benar bagi semua perkara yang serupa dalam hal yang menyerupakan mereka
itu. Ia juga sama dengan
Nama-nama Ilahi: setiap nama mempunyai hakikat yang nama itu kandungkan.
Kemudian kamu ketahui nama ini bukanlah nama yang lain secara nilai
seni (latifah) yang kamu gunakan bagi membezakan biji-biji gandum dan
setiap yang serupa. Jadi, carilah makna ini sehingga kamu mengenalinya
melalui zikir, bukan melalui renungan.
Walau bagaimanapun, saya ingin
membawakan kepada kamu tentang hakikat yang tidak dibentangkan oleh
sesiapapun sebelum ini. Boleh jadi ianya tidak dibukakan atau
diperjelaskan dan saya tidak tahu samada ianya akan diberikan kepada
sesiapa sesudah saya atau tidak daripada kehadiran yang memberikannya
kepada saya. Jika ianya dibaca dan difahami melalui buku saya, maka saya
adalah yang pertama mengajar mengenainya sementara mereka yang
terdahulu tidak menemuinya. Ianya ialah Nama-nama Ilahi, seperti yang
kami nyatakan, mengandungi hakikat bagi nama-nama tersebut sementara
latifah ini wujud yang memberikan kepada kamu perbezaan di antara dua
benda yang serupa. Bagi nama Yang Pengampun dan Yang Menghukum, iaitu
Yang Zahir dan Yang Batin, setiap nama ini mengandungi apa yang
dikandungi oleh penjaga-penjaganya, daripada permulaannya hingga ke
akhirnya. Walau bagaimanapun, Tuan bagi Nama-nama tersebut dan nama-nama
yang lain ada tiga martabat. Sebahagiannya berhubung dengan darjat Tuan
Nama-nama tersebut, sebahagiannya memiliki darjatnya sendiri,
sebahagiannya dihubungkan dengan darjat Yang Memberi Rahmat,
sebahagiannya dihubungkan kepada darjat Yang Memberi Hukuman. Nama-nama
ini adalah nama-nama alam maya yang dihitungkan, dan Allah jualah
Penolong!
[Nama Allah Yang Teragung]
Kemudian
semua nama-nama merujuk kembali kepada Penghulu-penghulu dan
Penghulu-penghulu merujuk kembali kepada nama Allah dan nama Allah
merujuk pula kepada Zat kerana ia merdeka daripada nama-nama, dan
memohon bantuan dalam apa yang dipinta oleh nama-nama tersebut. Jadi,
“Yang Pemurah, Yang Penyayang” mengabulkannya dan berkata, “Berbicaralah
dengan Penghulu-penghulu yang berhubung dengan urusan membawa alam
kepada kenyataan menurut hakikat-hakikat mereka.” Nama Allah keluar
kepada mereka dan mengkhabarkan kepada mereka berita tersebut dan mereka
sukacita, gembira dan ceria dan mereka masih demikian. Mereka
memandang kepada kehadiran yang dinyatakan dalam Tajuk Enam dan membawa
alam maya kepada kewujudan yang nyata sebagaimana yang kami akan
nyatakan dalam tajuk berikutnya, Insya’ Allah.
“Allah mengatakan yang benar dan memimpin kepada jalan yang lurus” (33
Permulaan ciptaan rohani
[Mengenai permulaan ciptaan rohani]
Siapakah yang pertama wujud dalamnya? Daripada apa ia wujud? Dalam apa ia wujud?
Bagaimanakah keadaan kewujudannya? Apakah matlamatnya?
Mengenai alam semesta dan bahagian-bahagianya.
Perhatikah kewujudan yang rapi ini
wujud kita umpama jubah yang digubah.
Perhatikan khalifah-khalifah-Nya dalam kerajaan mereka
mereka yang berbahasa Arab dan tidak berbahasa Arab
Tidak ada di antara mereka yang menyintai Allah tanpa mencampurkanya dengan kecintaan kepada wang.
Ia dikatakan: Ini adalah hamba kepada makrifat
dan inilah hamba syurga dan mereka yang menjadi hamba Jahannam
Melainkan sebahagian kecil daripada mereka yang mabuk dengan Dia
tanpa rangsangan khayalan.
Mereka adalah hamba Allah yang tiada siapa mengetahuinya kecuali Dia,
bukan hamba kesenangan.
Dia biarkan mereka mendapat laba daripada setiap ilmu yang kelam
bila Dia mahu mereka kembali ke istana mereka.
Pengetahuan yang terdahulu adalah dalam anasir-anasir sahaja,
dan asas daripadanya tidak berkurangan.
Kenyataan bagi kata penerangan ialah yang menyingkapnya daripada yang menyerupainya,
dan keserupaan ini tidak disembunyikan.
Dan pengetahuan mengenai asbab
yang dengannya sumber alam wujud dalam jenis yang paling lama.
Dan penghabisan perkara yang tiada kesudahan menyaksikan baginya
dalamnya ialah Yang Paling Perkasa.
Ilmu-ilmu mengenai sfera kewujudan, besar dan kecil,
adalah hanya untuk mereka yang tidak menemui kesilapan.
Ini adalah ilmu orang yang mengenali penyingkapan mereka,
dan ia memandu hati ke jalan yang lurus.
Segala puiji bagi Allah yang memiliki segala ilmu
dan mengetahui apa yang tidak diketahui.
[Keterangan Ringkas]
Permulaan ciptaan adalah habuk
(haba’) yang halus, dan yang pertama wujud dalamnya ialah Hakikat
Muhammad daripada ar-Rahman. Ia tidak terkandung dalam mana-mana tempat
kerana ia tidak dikandung. Daripada apakah alam muncul kepada kewujudan?
Ia muncul kepada kewujudan daripada hakikat yang diketahui yang
diterangkan sebagai bukan wujud dan bukan juga tidak wujud. Dalam apakah
ia wujud? Ia wujud dalam habuk yang halus. Bagaimanakah keadaan
kewujudannya? Ia wujud dalam bentuk diketahui dalam diri Hakikat.
Mengapa ia wujud? Ia wujud bagi menyatakan hakikat-hakikat Ilahi. Apakah
matlamatnya? Matlamatnya ialah untuk menjadi campuran yang murni,
supaya setiap alam akan mengenali bahagiannya daripada asal tanpa
campuran. Jadi, matlamat alam ialah menyatakan hakikat-hakikatnya
(ia-itu hakikat-hakikat bagi Yang Haq ataupun hakikat-hakikat
penciptaan), dan mengenali sfera-sfera alam semesta daripada alam ini.
Dalam penggunaan orang sufi, ia adalah apa yang selain manusia. Jenis
alam semesta yang kecil, iaitu manusia, adalah roh, punca dan asbab bagi
alam ini. Sfera-sfera alam adalah setesen-setesennya,
pergerakan-pergerakan dan pengasingan kedudukannya. Ini adalah ringkasan
yang terkandung dalam tajuk ini.
[Manusia adalah alam kecil]
Sebagaimana manusia adalah alam
kecil secara jasadnya, maka dia tidak boleh diambil kira lantaran dia
berada pada masanya. Menyerupai hal ketuhanan adalah layak baginya
kerana dia adalah Khalifah Allah dalam dunia ini dan dunia ini di bawah
penguasaannya, taklukan hal-hal ketuhanan sebagaimana manusia adalah
taklukan hal-hal ketuhanan.
Ketahuilah pembentukan manusia
yang paling sempurna adalah dalam dunia ini. Di akhirat, setiap manusia
berada dalam salah satu golongan berdasarkan suasana kesaksamaan, bukan
ilmu. Setiap golongan mengetahui suasana yang berlawanan dengannya.
Jadi, manusia samada beriman atau kufur. Ianya samada kebahagiaan atau
kesengsaraan, sejahtera atau seksa. Jadi pengenalan pada dunia ini lebih
lengkap walaupun kenyataan (tajalli) di akhirat lebih luhur dan suci.
Jadi, fahamkanlah! Bukakan kunci ini! Dalam setesen ini, kita memiliki
simbol sesiapa yang cerdik dan ianya adalah ungkapan yang buruk dan
memalukan yang maksudnya adalah elok dan belum pernah berlaku
sebelumnya.
[Roh alam semesta adalah alam kecilnya]
Roh kewujudan yang besar adalah kewujudan yang kecil ini
Jika tidak kerana itu, Dia tidak akan berkata,
“Aku Maha Besar, Maha Berkuasa.
“Ruang masa-Ku tidak seharusnya menghijab kamu tidak juga kebinasaan dan tidak juga kebangkitan.
“Jika kamu renungkan tentang-Ku, Aku adalah Yang Meliputi, Yang Maha Besar,
“Wujud-Ku adalah dahulu-kala, dan yang baharu adalah kenyataan.”
Allah Esa, tidak dikongkong oleh masa. Kekurangan tidak menyentuh-Nya.
Makhluk yang nyata adalah ciptaan baharu yang di dalam genggaman-Nya.
Daripada ini ia menyatakan bahawa Aku adalah wujud yang tidak boleh diperhitungkan,
dan setiap kewujudan berkisar di sekeliling wujud-Ku.
Tidak ada malam seperti malam-Ku dan tiada cahaya seperti cahaya-Ku
jadi jika ada yang mengatakan aku seorang hamba, maka aku adalah hamba yang hina.
Atau jika dia mengatakan aku wujud, maka aku adalah Wujud Yang Mengenal.
Istiharkan satu kerajaan buatku dan kamu akan menemui ku atau orang kebanyakan,
selagi kamu tidak melanggar batasan.
O kamu jahil tentang kuasa-Ku! Adakah kamu mengetahui, melihat?
Kewujudanku menceritakan tentang ku, walaupun ucapan boleh jadi benar dan bohong.
Katakan kepada umat kamu: Aku adalah Yang Mengasihani, Yang Mengampun.
Katakan: Hukumanku adalah hukuman yang membinasakan.
Katakan: Aku lemah, tidak berupaya, seorang tawanan.
Jadi bagaimana ada yang dirahmati atau dihapuskan oleh tangan ku?
[Huraian secara lebih panjang lebar mengenai tajuk ini.]
(Daripada Allah datangnya bantuan dan pertolongan.)
[Empat perkara yang diketahui mengenai kewujudan]
Ketahuilah perkara-perkara yang
diketahui ada empat: Hakikat, yang diceritakan sebagai wujud mutlak
kerana Dia bukanlah asbab oleh sesuatu dan bukan juga asbab bagi
sesuatu. Dia adalah Pencipta asbab dan wujud dengan Zat-Nya daripada
Zat-Nya sendiri. Ilmu-Nya merujukkan kepada ilmu mengenai wujud-Nya, dan
wujud-Nya tidak lain daripada Zat-Nya. Walau bagaimanapun, Zat-Nya
tidak boleh diketahui, tetapi sifat-sifat yang dinisbahkan kepada-Nya
adalah diketahui. Ini bermakna sifat-sifat bagi maksud, adalah
sifat-sifat bagi kesempurnaan. Ilmu mengenai hakikat Zat adalah tidak
mungkin kerana ia tidak diketahui samada melalui pembuktian atau logik
akal dan tidak mampi disentuh oleh huraian. Allah tidak menyerupai
sesuatu dan tidak ada sesuatu menyerupai-Nya. Jadi mana mungkin sesuatu
yang serupa dengan sesuatu serupa juga dengan yang Esa yang tidak
menyerupai sesuatu dan tiada sesuatu menyerupai-Nya? Pengenalan
tentang-Nya ialah
“tiada sesuatu menyerupai-Nya” (42:10)
dan
“Allah melarang kamu tentang Diri-Nya: (3:27). “
Syariat termasuk larangan memikirkan tentang Zat Allah.
[Hakikat kepada hakikat-hakikat]
Yang kedua diketahui ialah hakikat
alam yang menjadi milik Yang Haq dan alam, yang tidak dinyatakan
sebagai wujud atau tidak wujud, dikandung oleh masa atau tidak dikandung
oleh masa. Ia adalah tidak dikandung oleh masa jika keadaan demikian
dinyatakan olehnya, dan dikandung oleh masa jika keadaan demikian
dinyatakan olehnya. Perkara-perkara yang dikandung oleh masa dan yang
tidak dikandung oleh masa tidak diketahui sebelum hakikat ini diketahui,
tetapi hakikat ini tidak muncul sehinggalah perkara yang dinyatakan
olehnya muncul. Jika sesuatu muncul tanpa didahului oleh ketiadaan
wujudnya, seperti kewujudan Yang Haq dan sifat-sifat-Nya, ia dikatakan
kewujudan yang tidak dikandung oleh masa kerana dijelaskan secara
demikian. Jika sesuatu wujud daripada tidak wujud seperti kewujudan yang
selain Allah, yang dikandung oleh masa dan muncul melalui yang lain
daripada dirinya, ia dikatakan dikandung oleh masa. Ia berada dalam
setiap kewujudan menurut hakikat alamnya. Ia tidak menerima pemecahan,
jadi “setiap” dan “sebahagian” tidak boleh digunakan baginya. Seseorang
tidak dapat mencapai makrifatnya yang bebas daripada bentuk melalui
pembuktian atau pertunjukan. Alam wujud daripada hakikat ini melalui
perantaraan Yang Haq. Hakikat ini tidak wujud dalam zatnya, jadi Allah
bawa kita kepada kewujudan daripada kewujudan yang tidak dikandung oleh
masa (zaman). Jadi yang tidak dikandung oleh masa didirikan untuk kita.
Begitu juga kamu patut tahu bahawa
hakikat alam ini tidak dinyatakan sebagai muncul sebelum alam, tidak
juga dinyatakan alam muncul selepasnya. Sebaliknya, ia adalah akar bagi
kewujudan benda-benda secara umumnya. Ia adalah sumber kepada unsur
(jauhar), bulatan kehidupan, yang sebenarnya melaluinya penciptaan
berlaku (Lihat Quran 15:85) dan perkara-perkara lain. Ia
adalah Sfera Meliputi yang mampu diterima oleh akal. Jika kamu katakan
ia adalah alam, kamu berkata yang benar. Jika kamu katakan ia bukan
alam, kamu juga berkata yang benar. Jika kamu katakan ia adalah yang Haq
atau bukan Yang Haq, kamu juga berkata yang benar. Ia menerima semua
ini. Ia berbilang-bilang dengan perbilangan manusia di dunia dan
‘tiada-hubungan’ dengan ‘tiada-hubungan’nya bagi Yang Haq.
Jika kamu mahukan contoh yang
mempermudahkan kefahaman kamu, lihatkan kepada zat kayu pada sekeping
papan, kerusi, minbar, kotak dan seumpamanya. Perhatikan juga kepada
bentuk empat persegi dan yang seumpamanya dalam bentuk pada segala macam
bilik yang empat persegi, kotak dan sehelai kertas. Keadaan empat
persegi dan zat kayu adalah menurut hakikatnya pada setiap benda-benda
tersebut (tanpa berbilang-bilang atau berada dalam keadaan
berpecah-pecah). Perhatikan juga kepada warna-warna: keputihan pakaian,
permata, kertas, gandum, minyak dan lain-lain, tanpa menyatakan
keputihan pakaian yang boleh diterima oleh akal sebagai bahagian lain
daripada pakaian itu sendiri. Sebenarnya hakikat putih itu yang nyata
pada pakaian sebagaimana ia nyata pada kertas. Begitulah keadaannya
dengan pengetahuan, kuasa, kehendak, pendengaran, penglihatan dan
sebagainya. Ini akan membuat kamu memahami alam ini. Kami bincangkan
dengan panjang lebar mengenainya dalam buku kami yang bertajuk Insha’
al-Jadawil w ad-Dawa’ir.
Ada pula yang ketiga diketahui,
iaitu keseluruhan alam ini: malaikat dan cakerawala, dan langit yang
dikandunginya, air dan tanah dan alam yang dikandungi antara keduanya.
Ia adalah Kerajaan yang lebih besar. Akhirnya adalah perkara keempat
yang diketahui iaitu manusia, khalifah yang dilantik oleh Allah dalam
dunia ini, yang dunia ini menjadi penguasaannya. Allah berfirman,
“Dia permudahkan bagi kamu apa yang di langit dan apa yang di bumi, semuanya, daripada-Nya” (45:120).
Sesiapa mengetahui perkara-perkara
yang diketahui ini, tidak ada lagi perkara yang boleh diketahui yang
dicarinya. Daripada empat yang diketahui itu adalah yang hanya
kewujudannya yang diketahui – Yang Haq, semoga Dia dipersucikan!
Perbuatan-Nya dan sifat-Nya hanya diketahui secara mengadakan
perumpamaan. Sebahagiannya diketahui dengan mengadakan misal – seperti
pengetahuan Hakikat Alam. Sebahagiannya diketahui melalui kedua-dua
aspek, dan melalui ‘apakah ia’ dan ‘bagaimanakah ia’: alam dan manusia.
[Bahagian Permulaan alam dan misalnya: habuk (haba') Hakikat Muhammad]
“Telah ada Allah dan tiada sesuatu
beserta Dia” (Bukhari). Kemudian beliau tambahkan kepada Hadis ini,
“Dia kini sebagaimana Dia dahulu”. Tidak ada nilai yang Dia belum
tujukan kepada Diri-Nya melalui kenyataan bahawa Dia membawa alam kepada
wujud. Dia menyatakan tentang Diri-Nya sebelum penciptaan-Nya dan
dinamakan dengan Nama yang makhluk-Nya panggil Dia dengan-Nya. Bila Dia
berkehendakkan alam ini wujud dan memulakannya menurut had yang Dia
ketahui melalui ilmu-Nya, ia dihasilkan daripada kehendak yang suci
murni oleh sesuatu tajalli daripada kenyataan ‘tiada-hubungan’ atau
tanzih kepada Hakikat Alam. Hakikat yang terhasil daripadanya dipanggil
habuk atau nebula (haba’) yang seumpama gipsum yang yang dibentuk oleh
pembentuk yang dalamnya dia boleh bukakan sebarang bentuk dan rupa yang
dia mahu. Ini adalah wujud pertama dalam alam sebagaimana diceritakan
oleh’Ali ibn Abi Talib, Sahl ibn ÔAbdullah at-Tustari dan mereka yang
mempunyai makrifat, mereka yang kasyaf akan kewujudan.
Kemudian Allah menyatakan Diri-Nya
melalui cahaya-Nya dan habuk itu. Ahli falsafah menamakannya
keseluruhan yang utama (al-Hayula al-Kull). Ia mengandungi seluruh alam
maya secara keupayaan dan kemampuan. Jadi setiap sesuatu menerima
daripada-Nya dalam habuk itu menurut keupayaan dan yang mudah
diperolehinya, seperti sudut bilik menerima cahaya daripada lampu, dan
kekuatan sinarannya dan penerimaannya bergantung kepada kehampirannya
dengan cahaya itu. Allah berfirman,
” Perumpamaan cahaya-Nya adalah seperti misykat (lubang) yang dalamnya ada lampu” (24:35).
Dia jadikan cahaya-Nya seumpama lampu. Jadi,
tidak ada yang terdekat untuk menerimanya di dalam habuk itu kecuali
Hakikat Muhammad s.a.w, yang dinamakan Akal. Jadi ia adalah penghulu
(imam) bagi sekalian alam maya dan yang pertama untuk muncul dalam
kewujudan. Wujudnya datang daripada Cahaya Ilahi dan daripada habuk dan
daripada Hakikat Alam. Sumbernya
wujud dalam habuk itu. Sumber alam maya datang daripada tajallinya.
Orang yang paling hampir dengannya ialah ÔAli ibn Abi Talib, dan
rahsia-rahsia Nabi-nabi.
Bagi model (misal) di mana seluruh alam maya ini wujud tanpa perpisahan, ia adalah pengetahuan yang bergantung kepada Yang Haq. Allah
mengetahui kita dengan pengetahuan tentang Diri-Nya dan membawa kita
kepada kewujudan menurut apa yang Dia ajarkan kepada kita. Kita
mempunyai bentuk khusus ini dalam ilmu-Nya. Jika perkara itu bukan
seperti ini, bentuk ini datang kepada kita secara kebetulan, bukan
disengajakan, kerana tentunya Dia tidak akan mengetahuinya. Adalah
mustahil rupa bentuk diberikan kepada kewujudan secara tidak sengaja.
Jika ianya bukan demikian bentuk rupa yang khusus ini diketahui oleh
Allah dan dikehendaki oleh-Nya, Dia tidak akan membawa kita kepada
kewujudan atasnya, dan rupa bentuk ini tidak akan diperolehi daripada
yang lain kerana ternyata bahawa Allah “telah ada Dia dan tiada sesuatu
beserta Dia”. Jadi yang tinggal ialah rupa bentuk yang Dia bawa keluar
dalam Diri-Nya. Dia mengetahuinya sendirinya. Begitulah keadaan ilmu-Nya
mengenai kita. Misal kita, yang sama dengan ilmu-Nya mengenai kita,
adalah diluar kandungan masa dengan di luar kandungan masa bagi Allah
kerana ia adalah sifat-Nya, dan yang terkandung oleh masa tidak
bersangkutan dengan-Nya. Dia terlalu mulia untuk yang demikian!
[Matlamat alam maya]
Sebagaimana kenyataan kami, “Mengapa alam dibawa kepada kewujudan? Apakah matlamatnya?” jawapannya Allah berfirman,
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku” (51:56).
Dia telah memberikan kenyataan yang jelas
mengenai sebab Dia membawa kita kepada kewujudan. Ianya sama dengan alam
maya seluruhnya apabila Allah katakan jin dan manusia secara khusus. Di
sini jin adalah semua yang tersembunyi, samada malaikat atau sesuatu
yang lain. Allah berfirman mengenai langit dan bumi,
“Datanglah dengan rela atau terpaksa! Mereka menjawab,‘Kami datang dengan rela’” (41:11)
Dia juga berfirman,
“Tetapi mereka enggan membawanya” (33:72).
Itu kerana ianya tawaran. Jika
ianya perintah, mereka akan mentaatinya dan melaksanakannya kerana
mustahil mereka boleh ingkar. Mereka diciptakan untuk itu (taat), tetapi
jin yang dijadikan daripada api dan manusia tidak diberikan demikian.
[Sekalian alam maya adalah hidup dan nyata]
Demikian juga ada sebahagian ahli
falsafah dari kalangan mereka yang berpegang kepada pemnyelidikan dan
pembuktian yang terikat dengan pancaindera, keperluan dan dalil-dalil,
yang mengatakan orang yang bertanggungjawab mesti memiliki pertimbangan
terhadap apa yang dikatakan kepadanya. Mereka mengatakan yang benar.
Perkara itu adalah demikian bagi kami memandangkan keseluruhan alam maya
ini adalah bijaksana, hidup dan nyata. Ini adalah sah menurut pembukaan
melalui kekeramatan yang seseorang miliki, iaitu perolehan ilmu kami
mengenai ini. Bagaimanapun mereka mengatakan, “Ini adalah benda yang tak
bernyawa yang tidak boleh berfikir”. Mereka berhenti pada apa yang
pandangan mereka ceritakan kepada mereka. Menurut kami, kedudukannya
berbeza daripada yang demikian.
Bila dikhabarkan kepada Rasulullah
s.a.w mengenai batu bercakap, atau biri-biri atau batang kayu, mereka
katakan Allah ciptakan kehidupan dan pengetahuan padanya ketika itu. [1]
Itu bukanlah pandangan kami mengenai kedudukan perkaranya. Ia adalah
rahsia kehidupan yang mengalir melalui seluruh alam maya dan semua “yang
mendengar seruan muazzzan, basah atau kering, akan menjadi saksi
baginya” [Ibn Majah, Nasa'i, Abu Dawud] dan ia hanya menyaksikan
daripada pengetahuan. Keadaan ini disahkan melalui pembukaan kepada
kami, bukan melalui pemikiran orang yang melihat kepada apa yang
ditunjukkan oleh maklumat yang kelihatan dan tidak lebih dari itu.
Sesiapa yang mahu memperolehinya haruslah mengembara pada jalan Sufi dan
berpegang kepada khalwat dan zikir. Kemudian Allah akan
memperkenalkannya dengan semua ini secara langsung. Jadi dia akan tahu
bahawa manusia adalah buta daripada pengertian hakikat-hakikat ini.
[Kewujudan alam maya adalah kenyataan bagi kekuasaan Nama-nama]
Allah membawa alam maya kepada
kewujudan bagi menyatakan kekuasaan Nama-nama. Kuasa tanpa bahan
kekuasaan, kemurahan tanpa kurniaan, pemberi tanpa pemberian, penolong
tanpa pertolongan, belas kasihan tanpa bahan yang dikasihankan adalah
hakikat yang kosong daripada kesan. Allah jadikan makhluk dalam alam ini
campuran seperti Dia campurkan dua genggam pada tanah liat. Kemudian
Dia asingkan individu-individu daripadanya dan menjadikan satu genggam
memasuki genggam yang satu lagi. Setiap genggam dicampurkan dengan
saudaranya, tetapi keadaannya tidak diketahui. Ahli fikir berbeza dalam
kebolehan mereka dalam mengeluarkan kecacatan daripada kebaikan dan
kebaikan daripada kecacatan. Matlamatnya ialah penyucian daripada
campuran tersebut dan membezakan dua genggaman tersebut sehingga yang
satu ini terasing dengan dunianya. Ia adalah seperti firman Allah,
“Sehingga Dia akan bezakan yang sesat daripada yang benar. Dia
akan letakkan sebahagian yang sesat itu di atas yang lain, dan
demikianlah Dia akan susun mereka semuanya dan masukkannya ke dalam
Jahannam” (8:37)
Sesiapa yang ada dengannya
sebahagian daripada campuran itu ketika dia meninggal dunia dia tidak
akan dimasukkan ke dalam golongan yang benar pada Hari Kebangkitan.
[Lihat Qur'an 15:46; 34:37: 41:40: 44:55, tetapi terutamanya, 27:89.]
Walau bagaimanapun, sebahagian manusia bebas daripada campuran ini
dihisabkan, dan sebahagiannya hanya bebas di dalam Jahannam. Bila dia
sudah dipersucikan, dia keluar daripadanya. Mereka adalah golongan yang
disyafaatkan. Bagi mereka yang digolongkan ke dalam salah satu genggaman
di sini, dia akan berjalan dengan kebenaran ke akhirat daripada
kuburnya kepada pengampunan, atau seksaan dan Jahim. Dia sudah
dipersucikan.
Ini adalah penjelasan mengenai
matlamat dunia ini. Dua genggaman ini adalah dua hakikat yang
menunjukkan kembali kepada sifat yang dimiliki oleh Yang Haq dalam
zat-Nya (seperti dua kami). Dari sini kami katakan golongan ahli neraka
menyaksikan-Nya sebagai Yang Menghukum dan ahli syurga menyaksikan-Nya
sebagai Yang Merahmati. Ini adalah rahsia yang mulia. Mungkin kamu akan
memperolehinya pada tempat tinggal akan datang secara penyaksian, Insya’
Allah. Mereka yang arif memperolehinya dalam dunia ini.
[Pengetahuan mengenai langit dan bumi dan yang seumpamanya pada manusia]
Mengenai apa yang kami katakan
dalam tajuk ini berkenaan sfera alam besar dan alam kecil iaitu manusia,
dengannya kami maksudkan dunia pada keseluruhan dan golongannya.
Penguasanya adalah mereka yang memberi kesan kepada orang lain. Saya
jadikan sfera alam besar dan alam kecil bertimbal-balik. Yang satu
adalah salinan kepada yang satu lagi. Kami berikan kepada mereka lakaran
dalam bentuk sfera dan susunan mereka dalam buku, Insha’ ad-Dawa’ir
wa’l-Jawadil yang kami mulakan penulisannya di Tunis di rumah Imam Abu
Muhammad ÔAbdu’l-’Aziz (al-Mahdawi al-Qurashi) [2], sahabat dan penjaga
kami, semoga Allah merahmatinya! Dalam tajuk ini kami masukkan ringkasan
mengenai apa yang bersangkutan dengannya.
Kami katakan alam ini empat: alam
langit, iaitu alam yang bergerak; alam perubahan, iaitu alam pemusnahan;
kemudian alam kehidupan iaitu alam yang bergerak dan musnah; dan alam
asbab. Alam-alam ini berada pada dua tempat: dalam alam besar, iaitu
yang di luar manusia, dan dalam alam kecil, iaitu manusia.
Alam tertinggi ialah Hakikat
Muhammadiah. Sferanya ialah kehidupan. Ia ada persamaan pada manusia
dalam latifah dan Ruh Suci. Ia termasuklah Arasy Yang Meliputi yang
persamaan dengan manusia adalah jasadnya. Di sana juga Kursi, yang
persamaannya dalam manusia ialah diri. Ada pula Rumah Kediaman yang
persamaan dalam manusia ialah hati. Ada pula malaikat yang persamaannya
dalam manusia ialah roh dan bakat-bakat yang ada dengannya. Ada juga
Saturn dalam bulatannya, yang persamaannya pada manusia ialah bakat ilmu
dan nafas. Ada pula Jupiter yang persamaannya pada manusia ialah bakat
mengingat dan bahagian belakang otak. Ada juga Mars dan bulatannya yang
persamaannya pada manusia ialah bakat akal dan ubun-ubun. Ada juga
matahari dan bulatannya yang persamaannya ialah bakat berfikir dan
bahagian tengah otak. Ada juga Venus dan bulatannya yang persamaannya
ialah kebolehan berangan-angan dan roh haiwan. Ada pula Mercury dan
bulatannya yang persamaannya ialah kebolehan berkhayal dan bahagian
hadapan otak. Kemudian ada bulan dan bulatannya yang persamaannya ialah
kebolehan indera dan anggota yang ada daya-rasa. Ini adalah kumpulan
alam atas dan persamaannya dalam manusia.
Alam perubahan termasuk bulatan
ether yang rohnya panas dan kering. Ia adalah bulatan api dan
persamaannya pada manusia ialah cecair perang kekuningan yang rohnya
ialah kekuasaan penghadaman. Ia termasuklah udara yang rohnya panas dan
basah dan persamaannya ialah darah. Rohnya ialah kebolehan menarik. Ia
termasuklah air yang rohnya ialah sejuk dan basah dan persamaannya ialah
air liur.Rohnya ialah kebolehan mengeluarkan. Ia termasuk tanah yang
rohnya sejuk dan kering dan persamaannya ialah cecair hitam. Rohnya
ialah kebolehan menyimpan.
Ada tujuh jenis tanah: tanah
hitam, tanah berdebu, tanah merah, tanah kuning, tanah putih, tanah biru
dan tanah hijau. Persamaan pada tubuh manusia ialah: kulir, lemak,
daging, urat, saraf, otot-otot dan tulang.
Alam kehidupan termasuk makhluk
rohani yang persamaannya adalah bakat-bakat pada manusia. ia termasuk
alam haiwan yang persamaannya apa yang ditangkap oleh deria pada
manusia. ia termasuk alam tumbuh-tumbuhan yang persamaannya apa yang
tumbuh pada manusia. ia termasuk alam yang tidak bernyawa yang
persamaannya ialah apa yang tidak dapat ditangkap oleh deria pada
manusia.
Alam asbab termasuklah yang tidak
perlu yang persamaannya ialah hitam dan putih, warna-warna dan
benda-benda (akwan). Kemudian ada pula “bagaimana” yang persamaannya
ialah keadaan seeprti sihat dan sakit. Kemudian ada “berapa banyak” yang
persamaannya “peha lebih panjang daripada lengan”. Kemudian ada pula
“di mana” yang persamaannya ialah tengkuk sebagai tempat bagi kepala dan
kaki sebagai tempat bagi peha. Kemudian ada “masa” yang persamaannya
“saya gerakkan kepala saya pada ketika tangan saya bergerak”. Kemudian
ada pula perbandingan (idafa) yang persamaannya ialah “Ini bapa saya,
maka saya anaknya”. Ada pula tempat yang persamaannya ialah “bahasa saya
dan loghat saya”. Ada pula kata-kerja yang aktif yang persamaannya
ialah “Saya sudah makan”. Ada pula kata-kerja yang pasif yang
persamaannya ialah “Saya sudah kenyang”. Sebahagiannya mempunyai bentuk
yang berbeza dalam acuan tersebut (tiga yang lain) seperti gajah,
keldai, singa dan lipas. Persamaannya ialah kebolehan manusia yang
menerima bentuk makna yang wajar dipersalahkan dan juga yang wajar
disanjungkan. “Yang ini cerdik, maka ia adalah gajah. Yang itu bodoh
maka ia adalah keldai. Yang ini pula berani maka ia adalah singa. Yang
itu pula penakut maka ia adalah lipas”.
“Allah katakan kebenaran dan memimpin ke jalan yang lurus” (33:4)
Permulaan Jasad Manusia
[Yang pertama muncul kepada kewujudan dalam Alam Besar dan kumpulan terakhir yang dikeluarkan]
Hakikat dalaman manusia tumbuh
menjadi kerajaan dengan kekuasaan yang nyata
Kemudian zatnya bersemayam di atas singgahsana Adam
sebagaimana Arasy diduduki oleh Yang Maha Pemurah.
Hakikat jasadnya muncul dalam bentuk asalnya,
dan kerajaan bagi kewujudan kedua lengkap dengannya.
Pengenalan ilmunya lahir dalam kenyataannya
di kalangan yang mulia dan yang membenci
Maka mimpinya menjadi remeh-temeh lantaran pengetahuannya
dan syaitan yang direjam menjadi bangga.
Mereka mencari kehampiran Allah dalam Malakut-Nya
tetapi syaitan kecil membawa kesesatan kepada mereka.
[Kejadian alam yang didiami]
Ketahuilah! Semoga Allah membantu
kamu! – masa didiami alam semulajadi ini yang dikongkong oleh masa dan
dikandung oleh ruang adalah 71,000 tahun yang diketahui dalam dunia ini.
Tempuh masa ini adalah 11 hari daripada hari-hari nama-nama yang lain.
Dan satu dua perlima hari daripada hari-hari Pemilik Pendakian. Ada
berbagai-bagai jenis hari. Allah berfirman,
“Dalam satu hari yang ukurannya 50,000 tahun” (4:70)
dan
“satu hari pada sisi Tuhan kamu seumpama 1000 tahun bilangan kamu”(22:47).
Hari yang paling singkat ialah yang diukur melalui pergerakan sfera yang meliputi yang menyata dalam hari kita 24 jam. Hari
yang paling singkat bagi orang Arab, iaitu yang ini, kepunyaan sfera
yang paling besar. Itu adalah kerana pengaruhnya terhadap sfera di
dalamnya kerana pergerakan apa yang di bawahnya pada malam dan siang
pergerakan permukaannya mengheret baki sfera yang diliputinya.
[Pergerakan asas dan pergerakan permukaan sfera]
Setiap pergerakan sfera diikuti
oleh pergerakan permukaannya. Setiap sfera di bawahnya ada dua
pergerakan pada pergerakan yang sama: pergerakan asas dan pergerakan
permukaan. Setiap pergerakan asas pada setiap sfera mempunyai hari
tertentu berlaku daripada Sfera Yang Meliputi yang dinyatakan dengan
firman-Nya, “menurut kiraan kamu”. Semuanya melintasi Sfera Yang
Meliputi. Bilamana ia melintasinya secara keseluruhannya, harinya
menjadi kepunyaannya dan lakarannya berpusing. Hari yang paling singkat
ialah 28 hari “menurut kiraan kamu”. Ia adalah ukuran lintasan
pergerakan bulan dalam Sfera Yang Meliputi.
Allah dirikan tujuh planet di langit supaya pandangan manusia boleh menyaksikan lintasan sfera-sfera dalam Sfera Yang Meliputi
“bagi mengetahui bilangan tahun dan
hitungan” (10:5). “Dia tentukannya melalui setesen-setesen supaya kamu
mengetahui bilangan tahun dan hitungan” “Kami akan bezakan segala
perkara” (17:11) “Ia adalah ketentuan Yang maha Berkuasa, Maha
Mengetahui” (6:96).
Setiap planet ada hari yang ditentukan yang
membezakan mereka di antara satu sama lain menurut kelajuan pergerakan
aslinya atau kecil-besar saiz sferanya.
[Penciptaan Qalam dan Loh Mahfuz]
Ketahuilah Allah kemudiannya
menciptakan Qalam dan Loh Mahfuz dan memanggilnya Akal dan Roh. Dia
kurniakan kepada Roh dua sifat: sifat ilmu dan sifat amal atau
perbuatan. Dia menjadikan Akal sebagai pengajar dan menyampaikan secara
menggunakan penyaksiannya, seperti keadaan memotong daripada bentuk
pisau tanpa ia mengatakan apa-apa mengenainya. Allah ciptakan unsur
(jauhar) tanpa diri iaitu Roh yang telah diceritakan yang dipanggil
habuk (debu). Ini adalah istilah yang sampai kepada kita daripada ‘Ali
ibn Abi Talib.
[Penciptaan habuk (haba')]
Habuk disebut dalam bahasa Arab. Allah berfirman,
“ia bertaburan seperti habuk” (56:6).
Ia adalah demikian bila ‘Ali ibn Abi Talib
menyaksikannya, bermakna unsur ini bertaburan dalam bentuk aslinya, dan
tiada bentuk yang terlepas daripadanya kerana anasir yang dipanggil
habuk ini membentukkan bentuk rupa.. Ia ada dengan setiap bentuk oleh
hakikatnya. Ia tidak boleh dipecahkan ataupun dinyatakan secara
pengurangan. Ia seumpama keputihan yang wujud pada setiap benda putih
oleh zatnya dan hakikatnya. Tidak dikatakan ada pengurangan keputihan menurut kadar benda itu menerima keputihan. Ini menyerupai keadaan unsur ini.
[Empat peringkat di antara Roh dengan Habuk]
Allah mengadakan empat tahap di
antara Roh ini yang dinyatakan oleh dua sifat tersebut dan habuk itu.
Dia jadikan setiap peringkat sebagai satu tahap bagi empat malaikat. Dia
melantik malaikat-malaikat ini sebagai penjaga kepada apa yang Dia
keluarkan pada alam di bawah mereka, daripada ‘Illiyun’ hingga ke “yang
paling bawah”. Dia kurniakan kepada setiap malaikat ini pengetahuan yang
perlu di bawa ke dalam alam.
Yang pertama Allah bawa kepada
kewujudan dalam bentuk asal yang berhubung dengan ilmu dan pentadbiran
malaikat-malaikat ini ialah Badan Sejagat (Universal). Bentuk pertama
yang Allah bukakan dalam badan ini ialah bentuk sfera (seperti bola)
kerana ia adalah bentuk yang terbaik. Kemudian Allah membawanya kepada
kewujudan dengan kesempurnaan gubahan, dan jadikan semua yang Dia
ciptakan di bawah penjagaan malaikat-malaikat ini. Dia amanahkan kepada
mereka urusan berkenaan dalam dunia ini dan juga akhirat dan
memeliharanya daripada melanggar apa yang Dia perintahkan kepada mereka.
Dia menceritakan kepada kita bahawa mereka,
“tidak menderhakai Allah pada yang Dia perintahkan dan mereka melaksanakan apa yang mereka diperintahkan” (66:6).
[Penciptaan benda-benda (muwalladat)]
Kemudian Dia selesai menciptakan
bahan-bahan yang tidak bernyawa, tumbuh-tumbuhan dan haiwan pada akhir
71,000 tahun dunia yang kamu hitung dan aturkan dunia ini dalam keadaan
yang paling rapi. Daripada ciptaan yang pertama hinggalah yang terakhir,
iaitu haiwan, Dia tidak menggunakan kedua-dua tangan-Nya dalam ciptaan
apa sahaja kecuali manusia. Manusia adalah bentuk habuk yang berjasad.
Segalanya kecuali untuk itu Dia ciptakan daripada perintah Ilahi atau
dengan sebelah tangan. Allah berfirman,
“Apabila Kami berkehendak menjadikan sesuatu Kami hanya katakan ‘jadi!(Kun)’ maka jadilah ia” (16:40).
Ini adalah perintah Ilahi. Dalam hadis ada
mengatakan Allah ciptakan syurga Adn dengan tangan-Nya, menulis Taurat
dengan tangan-Nya, menanam pokok Thuba dengan tangan-Nya dan menciptakan
Adam, iaitu manusia, dengan kedua-dua tangan-Nya. Bagi menunjukkan
kemuliaan bagi Adam, Allah berfirman kepada iblis,
“Apa yang menghalang engkau sujud kepada apa yang Aku ciptakan dengan tangan-tangan-Ku?” (38:75).
[Sfera paling rendah dan Buruj Dua Belas (zodiak)]
Bila Allah ciptakan sfera yang
paling rendah, iaitu yang pertama dinyatakan di atas, Dia
membahagikannya kepada 12 bahagian dipanggil “Buruj”. Allah berfirman,
“dan langit dengan buruj-buruj” (85:1).
Setiap bahagian ada buruj dan
bahagian-bahagian tersebut ada empat suasana. Dia ulangi setiap bahagian
daripada empat bahagian itu pada tiga tempat. Dia jadikan
bahagian-bahagian ini seumpama tempat perhentian dan takungan air di
mana pengembara berhenti, dan dalamnya pelayar yang dalam pelayaran
mengembara maka pada perhentian inilah sampainya perjalanan
planet-planet yang melalui mereka. Apa yang Allah adakan dalam sfera
planet-planet ini yang laluannya melalui buruj-buruj tersebut supaya,
melalui lintasan dan perjalanan mereka, diadakan apa yang Dia
berkehendak pada alam anasir dan semulajadi. Dia jadikan mereka sebagai
tanda perjalanan bagi kesan pergerakan sfera buruj-buruj, maka
ketahuilah akan yang demikian!
[Alam semulajadi dan empat anasir]
Alam semulajadi pada satu bahagian
daripada empat bahagian itu ialah panas dan kering; keduanya sejuk dan
kering; ketiganya panas dan basah; dan keempatnya sejuk dan basah. Dia
jadikan bahagian kelima dan kesembilan seperti bahagian yang pertama,
yang keenam dan kesepuluh seperti yang kedua, yang ketujuh dan kesebelas
seperti yang ketiga, dan yang kelapan dan kedua belas seperti yang
keempat dalam keadaan semulajadinya. Jadi Allah isikan badan semulajadi
menurut perbezaan, dan badan anasir tanpa perbezaan, dalam yang empat
ini iaitu: panas, sejuk, kering dan basah. Walaupun mereka empat acuan,
Allah jadikan dua daripadanya sebagai asas kepada kewujudan dua yang
lain. Haba mengeluarkan kekeringan dan sejuk mengeluarkan kebasahan. Ini
dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya,
“Tidak ada yang basah atau yang kering melainkan sudah ada dalam Buku Yang Nyata” (6:59)
lantaran sebab itu, oleh kerana ia
dikeranakan, mesti ada kewujudan sebab, atau jika ia adalah kesan, maka
ia mesti ada sebab, bagaimanapun kamu meletakkannya. Kewujudan sebab
tidak memerlukan kewujudan sesuatu akibat.
[Al-Falak al-Atlas]
Bila Allah ciptakan sfera yang
pertama ini, ia berpusing dengan lakaran yang penghujungnya hanya Allah
sahaja mengetahuinya kerana tiada badan terhad di atasnya untuk
melintasinya. Ia adalah badan tipis (jarang) yang pertama. Pergerakan
menurut perkiraan dan dijadikan jelas. Allah tidak ciptakan apa-apa
dalamnya. Kemudian pergerakan menjadi jelas dan berakhir pada sesuatu
yang berada di dalamnya. Jika tidak demikian, pergerakan di dalamnya
tidak akan menjadi jelas samasekali kerana tidak ada planet dalam
al-Falak al-Atlas, dan ia menyerupai dirinya sendiri. Jadi ukuran satu
pergerakan dalamnya tidak diketahui dan tidak juga ditentukan. Sekiranya
ada sebahagian daripadanya di dalamnya ia adalah berbeza daripada
bahagian yang lain, maka tanpa keraguan pergerakannya akan dikira
dengannya. Tetapi Allah mengetahui ukurannya, akhirannya dan ulangannya.
Hari terjadi daripada pergerakan itu. Di sana tidak ada malam atau
siang pada hari itu.
Kemudian perjalanan sfera ini
berterusan dan Allah ciptakan 35 malaikat sebagai tambahan kepada 16
malaikat yang telah kami nyatakan. Jadi jumlahnya menjadi 411 malaikat.
Malaikat-malaikat ini termasuklah Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail.
Kemudian Dia ciptakan 974 malaikat dan tambahkan mereka kepada golongan
malaikat yang telah kami nyatakan. Dia bukakan kepada mereka dan
perintahkan mereka menurut bakat mereka yang Dia ciptakan. Mereka
berkata,
“Kami tidak turun, melainkan dengan
perintah Tuhanmu. Kepunyaan-Nya apa yang di hadapan dan apa yang di
belakang kita, dan yang di antara keduanya. Dan Tuhanmu tidak pernah
lupa” (19:64).
Allah berfirman kepada mereka,
“Mereka tidak menderhakai Allah pada apa yang diperintahkan kepada mereka,” (66:6).
Mereka adalah malaikat yang khususnya
menjadi penjaga. Allah ciptakan malaikat yang menjadi penghuni langit
dan bumi untuk beribadat kepada-Nya. Tidak ada tempat di langit dan di
bumi yang tidak ada malaikat padanya. Allah terus menciptakan malaikat
daripada nafas dunia selagi ia bernafas.
[Penciptaan Kediaman yang paling hampir]
Bila pergerakan sfera ini, yang tempuhnya
54,000 tahun menurut kiraan kamu, sudah lengkap, Allah jadikan dunia ini
dan tentukan baginya ketentuan yang jelas yang mana ia akan berakhir
dan bentuknya akan terhapus. Ia
akan ditukarkan daripada menjadi tempat kediaman kita dan menerima
bentuk tertentu, iaitu apa yang kita lihat hari ini, kepada
“bumi digantikan dengan bumi lain, dan langit juga”.
Bila 36,000 tahun kiraan kamu mencukupi bagi
pergerakan sfera ini, Allah jadikan alam baharu: Syurga dan Neraka yang
Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya, kedua-duanya yang bahagia dan
yang celaka. Di sana 9,000 tahun kiraan kamu di antara penciptaan alam
ini dan penciptaan alam akhirat. Sebab itulah ia dinamakan “yang
kemudian” kerana ciptaannya diperlambatkan sehingga selepas penciptaan
alam ini yang dipanggil “yang pertama” kerana ia diciptakan sebelumnya.
Allah berfirman,
“Yang kemudian adalah lebih baik bagi kamu daripada yang terdahulu” (97:4).
Dia menyampaikan kepada Rasul-Nya s.a.w, dan tidak mengadakan ketentuan binasa bagi Alam Akhirat. Ia adalah abadi.
[Bumbung Syurga ialah al-Falak al-Atlas]
Allah jadikan sfera ini sebagai bumbung
Syurga. Kita panggilnya Arasy yang pergerakannya tidak khusus dan tidak
juga jelas. Pergerakannya berterusan, tiada kesudahan. Tidak ada ciptaan
yang telah kami nyatakan diciptakan tanpa matlamat kedua, iaitu
menghubungkan dirinya kepada kewujudan manusia yang menjadi Wakil Raja
dalam dunia ini. Saya katakan “matlamat kedua” kerana matlamat pertama
penciptaan ialah mengenal Allah dan beribadat kepada-Nya kerana inilah
tujuan seluruh alam maya diciptakan. Tidak ada apa kecuali yang
meninggikan puji-pujian-Nya. Makna matlamat kedua dan pertama ialah
hubungan kehendak, bukan dalam ruangan masa berkehendak, kerana kehendak
Allah adalah sifat mutlak sebagaimana Zat-Nya di ceritakan seperti juga
semua sifat-sifat-Nya.
[Pegerakan langit dan Pegerakan bumi]
Kemudian Allah ciptakan
sfera-sfera ini dan langit-langit, dan mengilhamkan kepada setiap langit
dengan perintah-Nya dan mengaturkan cahaya-cahaya dan lampu-lampu di
dalamnya, dan mengisikannya dengan para malaikat dan menjadikannya
bergerak. Jadi semuanya bergerak kerana mentaati Allah, datang
kepada-Nya, mencari kesempurnaan kehambaan yang layak bagi
masing-masingnya, kerana Allah perintahkan kepada langit dan bumi, “Datanglah dengan rela atau terpaksa” dengan perintah yang ditujukan kepada mereka. Mereka menjawab, “Kami datang dengan rela”.
Jadi, mereka terus menerus datang dan terus bergerak, sekalipun
pergerakan bumi tersembunyi daripada kita. Ia bergerak mengelilingi
pusat kerana ia berpusing. Bagi langit pula, ia datang dengan rela
apabila Allah perintahkan. Bumi datang dengan rela apabila ia mengetahui
akan dipaksa dan Allah mesti membawanya bila Dia berfirman, “atau dengan terpaksa”. Itulah yang dimaksudkan dengan firman-Nya, “atau dengan terpaksa”. Ia datang dengan rela secara terpaksa!
“Dia dirikan tujuh langit dalam dua hari, dan Dia mengilhamkan kepada setiap langit dengan perintah-Nya” (41:12).
[Penciptaan bumi dan ketentuan makanan padanya]
Allah ciptakan bumi dan tentukan
makanan padanya menurut bahan-bahan keluarannya. Dia sediakan khazanah
bagi keperluan pemakanan mereka. Kami telah sentuh mengenai aturan
pembentukan dunia dalam buku al-’Aql al-Mustawfir. Sebahagian daripada
ketentuan makanannya ialah kewujudan air, udara dan api, begitu juga apa
yang dikandungi sebagai wap, awan, kilat, guruh, dan kesan-kesan
daripada langit.
“Itu adalah ketentuan Yang Maha Gagah, Maha Mengetahui” (6:96).
Dia jadikan jin daripada api, dan burung,
reptilia di darat dan di laut, dan serangga daripada kereputan bumi agar
udara menjadi bersih bagi kita, bebas daripada wap kereputan. Jika wap
kereputan itu bercampur dengan udara yang dalamnya Allah amanahkan
kehidupan dan kesejahteraan manusia dan haiwan, akan membuatkan mereka
jatuh sakit, lemah dan kepayahan. Jadi Allah sucikan atmosfera untuknya
sebagai kasihan belas-Nya bila Dia jadikan makhluk ini daripada
benda-benda reput. Dengan demikian hanya kedapatan sedikit penyakit.
[Penciptaan manusia]
Dan kemudian Kerajaan siap
disusunkan dan disediakan, namun tidak ada makhluk yang mengetahui
daripada jenis apakah Wakil Raja itu akan diwujudkan, sedangkan demi
kewujudannya Allah sediakan kerajaan ini. Apabila masa yang ditentukan
menurut ilmu-Nya sampai bagi mengwujudkan Wakil Raja tersebut, 17,000
tahun sesudah dunia ini didiami dan 8,000 tahun selepas alam kemudian,
yang tidak ada kesudahan, didiami, Allah perintahkan malaikat membawakan
segenggam tanah yang berbagai-bagai jenis daripada bumi. Berbagai-bagai
kisah yang panjang diceritakan mengenai perihal malaikat mengambil
tanah tersebut. Allah mengambilnya dan mengulinya dengan
tangan-tangan-Nya. Ini adalah perkataan-Nya,
“apa yang Aku ciptakan dengan tangan-tangan-Ku” (38:75).
Allah mengamanahkan setiap malaikat yang telah disebutkan dengan amanah bagi Adam. Dia berfirman,
“‘Aku ciptakan manusia daripada tanah liat” (38:71).
Amanah ini yang ada dengan kamu adalah
miliknya. Bila Aku ciptakannya, setiap kamu berikan kepadanya apa yang
kamu ada yang Aku amanahkan kamu baginya.
“Bila Aku siap menciptakannya dan Aku tiupkan daripada roh-Ku kepadanya, maka sujudlah kepadanya” (15:29).
Kemudian Allah uli tanah liat bagi ciptaan
Adam dengan kedua-dua tangan-Nya, sehingga ditukarkan baunya iaitu
kebusukan tanah liat. Itu adalah bahagian yang udara berada di dalam
binaannya. Dia jadikan bahagian luarnya sebagai tempat bagi anak-cucunya
yang bahagia dan yang celaka. Dia amanahkan apa yang ada dalam
tangan-tangan-Nya. Allah menerangkan bahawa yang bahagia di dalam tangan
kanan-Nya dan yang celaka di dalam tangan kiri-Nya. “Kedua-dua tangan Tuhanku adalah tangan kanan yang suci”. Dia berfirman,
“Itu adalah bagi syurga dan yang melakukan kebaikan ahli syurga. Itu
adalah untuk neraka dan mereka yang melakukan amalan ahli neraka”.
Dia amanahkan keseluruhannya dalam
tanah liat Adam, dan gabungkan yang bertentangan di dalamnya secara
prinsip anggaran. Dia bentuknya atas pergerakan lurus, dan ia di bawah
penguasaan Virgo. Dia jadikan enam arah baginya: atas, iaitu yang
melepasi kepalanya, bawah yang bertentangan dengannya iaitu di bawah
kakinya, kanan yang berada di sebelah bahagiannya yang kuat, dan kiri
yang bertentangan dengannya yang disebelah bahagiannya yang lemah,
hadapan ialah yang sebelum mukanya, dan belakang yang bertentangan iaitu
yang di belakang tengkuknya. Dia bentukkan, seimbangkan dan
susunkannya. Kemudian Dia tiupkan daripada roh-Nya kepadanya. Bila ia
sudah ditiupkan kepadanya, apabila ia menjalar ke seluruh bahagian
tubuhnya, empat perkara muncul . Empat perkara itu ialah: cecair kuning (hempedu), cecair hitam, darah dan air liur.
Cecair kuning dari anasir api yang daripadanya ia dijadikan, firman-Nya,
“daripada tanah liat seumpama pembuat periuk (dari tanah liat yang dibakar)” (55:14).
Cecair hitam daripada tanah, firman-Nya,
“Dia ciptakannya daripada tanah” (15:26).
Darah daripada udara, dan daripada
perkataan-Nya, “tanah liat yang busuk”. Air liur daripada air yang
dengannya tanah diuli dan menjadi tanah liat. Kemudian Allah datangkan
kuasa daya tarikan yang dengannya haiwan menarik makanan, kemudian kuasa
mencengkam yang dengannya haiwan memegang apa yang menjadi makanannya,
kemudian kuasa penghadaman yang dengannya makanan dihadamkan, dan
kemudian kuasa membuang yang dengannya dia mengeluarkan daripada dirinya
– peluh, wap, udara, najis dan lain-lain.
Bagi penyebaran wap dan
pembahagian darah di dalam urat daripada hati dan setiap bahagian
haiwan, ia dengan kuasa penarikan, bukan kuasa pembuangan. Bahagian
kuasa pembuangan hanya apa yang ia keluarkan, iaitu bahan-bahan buangan.
Kemudian Allah datangkan kuasa memberi makan, membesar, deria-deria,
imaginasi, ilusi, kebolehan menyimpan dan ingatan. Semuanya ini dalam
manusia sama sahaja dengan yang dalam haiwan, tidaklah meletakkannya
pada taraf manusia melainkan kerana empat kebolehan: kebolehan
imaginasi, ilusi, kebolehan menyimpan dan daya ingatan. Kebolehan ini
lebih kuat dalam manusia daripada dalam haiwan.
Kemudian Dia kurniakan kepada
manusia bakat atau kebolehan untuk mengerti, pemikiran dan akal, dan ini
menjadikannya berbeza daripada haiwan. Dia letakkan sekalian
bakat-bakat ini pada jasad manusia sebagai alat bagi Diri Zahir
memperolehi segala manfaat daripadanya.
“Kemudian Dia bentuknya kepada makhluk yang lain” (23:14),
iaitu kemanusiaan. Dia jadikan manusia
mengenal melalui bakat-bakat tersebut, dan dia menjadi hidup,
mengetahui, berkuasa, berkehendak, berkata-kata, mendengar dan melihat
menurut sempadan yang dimilikinya.
“Segala puji bagi Allah, sebaik-baik Pencipta” (23:14).
Kemudian Allah tidak menamakan
Diri-Nya dengan sebarang nama tanpa meletakkan sebahagian daripada sifat
nama tersebut kepada manusia sebagai bahagian yang daripada-Nya yang
menyata dalam dunia menurut apa yang wajar baginya. Kerana itulah ada
orang yang memahamkan perkataan Rasulullah s.a.w, “Allah ciptakan
manusia dalam rupa-Nya” sebagai membawa maksud ini. Dia hantarkan
manusia sebagai Wakil Raja iaitu wakil-Nya di bumi kerana bumi merupakan
sebahagian daripada alam perubahan dan pertukaran, yang bertentangan
dengan Alam Tinggi. Pengadilan berlaku di kalangan penghuni bumi menurut
perubahan yang berlaku pada alam langit. Dengan demikian
prinsip-prinsip bagi semua nama-nama Ilahi menyata. Maka Adam lebih
tepat merupakan khalifah di bumi daripada di langit dan syurga. Di sana
apa yang Dia perintahkan adalah: pengetahuan Nama-nama, sujudnya
malaikat-malaikat, dan keingkaran iblis sebagaimana yang akan
dibicarakan pada bahagian yang sesuai nanti, Insya’ Allah.
[Jasad manusia dan jenisnya]
Tajuk ini dikhususkan untuk
membicarakan tentang permulaan jasad manusia. Ada empat jenis: jasad
Adam, jasad Hawa, jasad Isa dan jasad keturunan Adam. Setiap jasad ini
berbeza daripada pembentukan jasad-jasad lain menurut hukum sebab
musabab, sekalipun bersamaan dalam bentuk zahiriah dan rohaniah. Kami
katakan ini, dan membicarakan mengenainya agar akal yang lemah tidak
terdorong untuk membayangkan kuasa Ilahi atau hakikat sebagai tidak
cukup berkuasa, dan menganggapkan bahawa makhluk bangsa manusia ini
muncul daripada hanya satu penyebab yang zatnya memperkenankan
pembentukan ini. Allah menyangkal keraguan ini lantaran pembentukan
manusia ini muncul pada Adam dengan cara yang ia tidak muncul pada Hawa;
jasad Hawa muncul melalui perantaraan yang jasad Adam tidak muncul
melaluinya; dan jasad keturunan Adam muncul melalui cara yang jasad Isa
tidak melaluinya. Setiap daripada semua ini dipanggil manusia menurut
istilah. Ianya begitulah seharusnya diketahui bahawa Allah mempunyai
ilmu mengenai segala perkara dan bahawa Dia berkuasa berbuat apa sahaja.
Kemudian, Allah gabungkan semua empat jenis makluk ini dalam satu ayat Quran, Surah al-Hujurat (49:13) Dia berfirman,
” Wahai manusia, Kami yang ciptakan kamu”
bermaksud Adam, “daripada lelaki” bermaksud
Hawa dan “daripada perempuan” bermaksud Isa, dan digabungkan “daripada
lelaki dan perempuan” bermaksud melalui perkahwinan dan kelahiran. Ayat
ini adalah sebahagian daripada “semua perkataan” dan “ungkapan yang
jelas” yang disampaikan kepada Rasulullah s.a.w.
[Jasad Adam dan jasad Hawa]
Kemudian jasad Adam muncul sebagaimana yang
dinyatakan, dan dia tidak ada keinginan untuk berkahwin. Allah sudah
mengetahui ketentuan untuk kelahiran, pembiakan dan perkahwinan dalam
kewujudan ini. Perkahwinan
pada tempat ini adalah bagi kesinambungan kewujudan jenis-jenis.
Kemudian Dia ciptakan Hawa daripada tulang rusuk Adam yang paling kecil.
Oleh sebab itu perempuan berada pada peringkat yang lebih rendah
daripada lelaki seeprti firman Allah,
“Lelaki ada kelebihan di atas perempuan” (2:228).
Jadi perempuan tidak dapat mengatasi lelaki.
Hawa memiliki kebengkokan yang ada pada tulang rusuk, maka dengannya
dia mempunyai kecenderungan kepada anak-anak dan suami. Kecenderungan
lelaki (=kemesraan) kepada perempuan adalah kecenderungannya terhadap
dirinya sendiri kerana perempuan adalah sebahagian daripadanya.
Perempuan tertarik kepada lelaki kerana dia diciptakan daripada tulang
rusuk, dan tulang rusuk ada kelengkungan dan kecenderungan.
[...cinta Adam dan cinta Hawa]
Allah isikan bahagian Adam yang daripadanya
muncul Hawa dengan keinginan terhadapnya (Hawa) kerana tidak seharusnya
ada kekosongan pada kewujudan. Bila Dia isikan pada Adam keinginan, Adam
merindui Hawa sebagaimana dia merindui dirinya sendiri kerana Hawa
adalah daripadanya. Hawa merindui Adam kerana Adam adalah asalnya di
mana dia diciptakan. Cinta Hawa adalah kecintaan kepada asal usul, dan
kecintaan Adam adalah cintakan diriny sendiri. Kerana sebab itu,
kecintaan lelaki kepada perempuan menyata kerana perempuan adalah sama
dengannya, dan perempuan pula diberikan bakat yang ditentukan dengan
sifat pemalu dalam menyintai lelaki. Perempuan mampu berahsia kerana
asal usulnya tidak disatukan kepadanya seperti Adam disatukan kepada
Hawa.
Allah gubahkan dalam tulang rusuk itu semua
yang Dia gubahkan dan ciptakan pada jasad Adam. Pembentukan jasad Adam
dalam bentuknya sama seperti pembuat periuk menggubahkan daripada tanah
liat dan bakaran. Pembentukan
jasad Hawa sama seperti tukang kayu gubah ukiran pada kayu. Bila dia
ukirkan Hawa dalam tulang rusuk dan tentukan bentuknya, sempurnakan
pembentukannya, ditiupkan padanya daripada roh-Nya. Hawa mendapat tempat
sebagai perempuan yang hidup dan boleh berkata-kata, mengambil
tempatnya dalam pembiakan. Adam
berasa tenteram dengan Hawa dan Hawa berasa tenteram dengan Adam. Hawa
adalah “pakaian Adam dan Adam pakaian Hawa” Allah berfirman,
“Mereka adalah pakaian kamu dan kamu pakaian mereka” (2:187).
Keinginan menjalar kepada seluruh bahagian jasadnya dan dia mencari Hawa.
[Kejadian jasad jenis ketiga]
Kemudian Adam menutupi Hawa dan
menuangkan air ke dalam kandungannya dan dengan setitik air itu, darah
haid yang Allah tentukan untuk perempuan mengalir, dan dalam jasad itu
terbentuk jasad ketiga yang berbeza daripada cara pembentukan jasad Adam
dan Hawa. Inilah jasad jenis ketiga. Allah peliharakan pembentukan di
dalam kandungan itu seperingkat demi seperingkat dengan perubahan
daripada air mani kepada darah beku kepada segumpal daging kepada
tulang. Kemudian Allah pakaikan daging kepada tulang. Bila pertumbuhan
kehaiwanan ini lengkap, Dia bentukkan makhluk lain dan dengannya
meniupkan roh manusia ke dalamnya.
“Segala puji bgai Allah, Pencipta yang paling baik” (23:14).
Sekiranya bukan kerana terlalu
panjang, tentuk mai terangkan pembentukan manusia di dalam kandungan
seperingkat demi seperingkat, dan malaikat yang menjaga yang mengawasi
pembentukan janin dalam kandungan sehinggalah ia keluar. Tetapi kami
mahu perkatakan tentang tubuh manusia. Walaupun sama menurut takrif,
kenyataan, perasaan dan bentuk yang khusus, sebab bagi komposit berbeza
agar tidak ada orang yang membayangkan bahawa ia kepunyaan zat penyebab.
Maha Tinggi Allah! Itu merujuk kepada Pelakun yang dipilih yang
melakukan apa yang Dia kehendaki bila Dia kehendaki tanpa larangan atau
tidak berupaya dalam satu perkara berbanding dengan perkara lain.
“Tiada Tuhan melainkan Dia, Maha gagah, Maha Bijaksana” (3:18).
[Kejadian jasad Isa]
Pengkaji haiwan dan
tumbuh-tumbuhan mengatakan mani perempuan tidak mempunyai apa-apa yang
dibentuk daripadanya – walaupun janin yang dalam kandungannya datang
daripada mani lelaki. Oleh yang demikian kami jadikan pembentukan Isa
sebagai pembentukan yang lain, sekalipun peraturannya di dalam kandungan
menyamai peraturan bagi jasad-jasad bayi yang lain. Kejadian jasad Isa
adalah daripada mani perempuan kerana Roh zahir kepadanya tanpa
menyalahi peraturan, atau ianya daripada tiupan nafas tanpa air. Jasad
Isa adalah jasad jenis keempat, yang berbeza cara kejadiannya dengan
jasad-jasad yang lain. Allah berfirman,
“Sesungguhnya, kesamaan Isa” (2:56)
iaitu kejadian Isa,
“dengan Allah adalah umpama kesamaan Adam. Dia ciptakannya daripada habuk”.
Gantinama itu merujukkan kepada Adam.
Kesamaan itu merujuk kepada kejadian Isa tanpa bapa, iaitu keadaan
kejadiannya menyerupai kejadian Adam, sekalipun Dia ciptakan Adam
daripada habuk. Kemudian Allah katakan, “Jadi!”.
Isa tidak berada dalam kandungan
Maryam selama tempuh kandungan biasa. Pembentukannya berlaku dengan
cepat kerana Allah berkehendak menjadikannya sebagai tanda bagi manusia
dan menjadikannya sebagai penafian kepada anggapan mereka yang berpegang
kepada hukum alam yang biasa, tidak dengan kejadian yang rahsia dan
ajaib yang Allah pertaruhkan dalamnya. Sebahagian mereka yang berakal
merumuskan hal ini sebagai hukum alam dan berkata, “Kami hanya tahu apa
yang Engkau beritahu, dan ia mengandungi perkara-perkara yang kami tidak
tahu”.
[Manusia di bumi seperti akal di langit]
Inilah sebabnya kami nyatakan
permulaan kejadian jasad manusia dan kenyataan bahawa terdapat empat
jenis jasad yang terbentuk secara berbeza dan manusia merupakan kejadian
yang paling akhir. Maka ia adalah seumpama akal dan berhubungan
dengannya kerana kewujudan ini adalah bulatan. Permulaan bulatan ialah
kewujudan Akal Awal seperti yang dinyatakan dalam hadis: “Yang pertama
Allah ciptakan ialah Akal”. Ia merupakan jenis pertama. Kejadian
berakhir pada jenis manusia, maka bulatan menjadi lengkap dan manusia
dihubungkan degan akal, sebagaimana titik akhir bulatan disambungkan
dengan awalnya. Begitulah keadaannya. Di antara dua hujung bulatan itu
adalah semua jenis atau bangsa yang Allah ujudkan dalam alam ini, di
antara Akal Awal, iaitu Qalam, dan manusia, iaitu kejadian terakhir.
Kemudian garisan muncul daripada
titik yang berada di tengah-tengah bulatan kepada garis lengkung bulatan
yang muncul daripadanya, dan muncul bersamaan pada setiap bahagian
garis lengkung. Ia serupa dengan hubungan Allah dengan semua yang wujud.
Ia adalah hubungan yang sama. Perubahan tidak berlaku sama sekali.
Semua perkara bergantung kepada-Nya dan menerima apa yang Dia kurniakan
seperti bahagian garis lengkung bergantung kepada titik pusat.
Allah binakan bentuk manusia
secara pergerakan lurus seumpama bentuk kayu pemyokong kepada khemah.
Dia jadikan manusia sebagai penyokong bumbung langit. Allah menahannya
daripada jatuh kerananya. Jadi manusia adalah seumpama kayu penyokong
khemah. Bila bentuk manusia ini dihapuskan, dan tiada seorang manusia
yang masih ada di muka bumi, maka langit pun runtuh, pada hari itu ianya
akan jatuh kerana kayu penyokongnya iaitu manusia sudah terhapus.
Kemudian kehidupan akan berpindah
ke Alam Kemudian kerana manusia sudah berpindah ke sana. Dunia ini akan
menjadi satu keruntuhan disebabkan manusia telah meninggalkannya. Jadi
kita ketahui dengan jelas bahawa manusialah yang menjadi tujuan
diwujudkan dunia ini dan manusialah khalifah-Nya yang sebenar dan
manusia itulah bekas yang menyatakan nama-nama Ilahi. Manusia membawa
bersamanya semua hakikat-hakikat alam – malaikat, sfera (cakerawala),
tubuh, alam semulajadi, bahan-bahan galian dan haiwan. Ini adalah
menurut apa yang hanya diberikan kepadanya daripada pengetahuan tentang
nama-nama Ilahi, sekalipun saiz dan jisimnya yang kecil. Allah
berfirman,
“Tentunya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia” (40:57)
kerana manusia dihasilkan daripada langit
dan bumi, maka mereka menyerupai ibu bapa mereka. Allah menaikan darjat
mereka kerananya,
“tetapi kebanyakan manusia tidak tahu” (7:187).
Dia tidak maksudkan lebih besar pada ukuran kerana yang demikian dapat ditangkap oleh pancaindera.
[Ujian bagi Manusia yang paling utama (al-Insan al-Akbar)]
Walau bagaimanapun, Allah menguji
manusia dengan ujian yang tidak dikenakan kepada makhluk yang lain,
samada Dia akan jadikannya bahagia atau Dia akan jadikannya celaka
menurut apa yang Dia benarkan dia menggunakannya. Ujian yang Dia gunakan
bagi menguji manusia ialah Dia jadikan pada manusia itu bakat atau
kebolehan berfikir dan jadikan bakat ini berkhidmat kepada bakat lain
yang dinamakan akal. Dia jadikan akal, seklipun ia tuan kepada fikiran,
mengambil apa yang fikiran berikan kepadanya. Dia tidak berikan kepada
fikiran sebarang bidang kecuali kebolehan berimaginasi. Dia jadikan
bakat imaginasi sebagai bekas yang mengumpulkan apa yang bakat-bakat
pancaindera berikan kepadanya. Dia juga berikan kepadanya bakat yang
dinamakan pemahaman. Jadi dalam bakat imaginasi, tidak ada apa yang
diperolehi kecuali apa yang diberikan oleh deria atau apa yang bakat
pemahaman berikan. Anasir pemahaman
datangnya daripada benda-benda yang berhubung dengan deria. Ia
mengumpulkan bentuk-bentuk yang tidak ada sumber, sekalipun semua
bahagiannya wujud dalam deria.
Itu kerana akal dijadikan bersih tanpa
tipudaya dan tanpa pengetahuan yang agak-agak. Fikiran diberitahukan,
“Bezakan di antara yang benar dan yang salah yang ada dalam bakat
imaginasi ini.” Fikiran mengkaji menurut apa yang ia ada. Ia mungkin
memperolehi keraguan dan ia juga mungkin menemui pembuktian tanpa ia
mengetahui yang demikian, sekalipun ia mengakui yang ia mengetahui
bentuk keraguan daripada pembuktian. Ia
memperolehi pengetahuan sementara ia tidak mengambil kira kekurangan
anasir yang ia jadikan asas perolehan pengetahuannya. Akal menerima
daripadanya dan membuat keputusan dengannya. Jadi kejahilannya boleh
jadi lebih besar daripada pengetahuannya.
Kemudian Allah perintahkan akal
supaya mengenali-Nya agar ia boleh merujuk kepada-Nya, tidak kepada
sesuatu yang lain. Akal memahami yang bertentangan daripada apa yang
Yang Haq kehendaki daripadanya, bila Dia berfirman,
“tidakkah mereka fikirkan?” (7:184) “kepada mereka yang berfikir” (10:24 dll).
Ia bergantung kepada fikiran dan jadikannya
penghulu yang diikuti dan mengabaikan apa yang Allah maksudkan bila Dia
sebut fikiran. Dia memberitahunya supaya berfikir agar ia dapat melihat
bahawa tiada cara untuk mengetahui Allah melainkan dengan kurniaan
makrifat Allah. Oleh kerana itu perkara yang sebenarnya akan
disingkapkan kepadanya. Tidak semua akal memiliki pemahaman ini – ianya
hanya akal yang dipilih oleh Allah dari kalangan anbia dan aulia.
Sekiranya saya ketahui jika mereka
telah berkata, “Ya, bahkan!” dengan pemikiran mereka bila Allah bawakan
mereka mengaku dengan diri mereka [terhadap ketuhanan Allah sebelum
mereka diciptakan] di dalam genggaman keturunan anak-cucu Adam! Dia buat
mereka mengakui demikian bila Dia mengambil mereka daripada
pinggang-pinggang mereka adalah lantaran kekhuatiran. Walau
bagaimanapun, bila mreka beralih kepada kebolehan berfikir mereka
mengenai makrifat Allah, mereka tidak bersetuju sama sekali walaupun
kepada satu keputusan mengenai makrifat Allah. Setiap kumpulan
menubuhkan pengajiannya sendiri, dan kenyataan mereka mengenai kehadiran
Ilahi yang dilindungi bertambah-tambah. Ahli-ahli fikir ini bertindak
terlalu berani terhadap Allah. Semua ini menjadi sebahagian daripada
ujian yang kami katakan bila Allah jadikan fikiran pada manusia.
Ahli Allah memerlukan Allah dalam
mempercayai-Nya yang Dia pertanggungjwabkan kepada mereka mengenai
makrifat-Nya. Mereka mengetahui bahawa yang dikehendaki daripada mereka
ialah mereka merujuk kepada-Nya dalam hal tersebut, dan dalam segala
hal. Sebahagian daripada mereka berkata, “Maha Suci Dia yang tidak
mengadakan jalan untuk mengenali-Nya melainkan ketidakupayaan untuk
mengenali-Nya!” Ada yang berkata, “Ketidakupayaan mencapai pengertian
itulah pengertian”. Rasulullah s.a.w bersabda, “Aku tidak berupaya
menghitung puji-pujian-Mu!” Allah berfirman,
“Mereka tidak berupaya melingkungi-Nya dengan ilmu mereka” (20:110).
Mereka kembali kepada Allah dalam
mengenali-Nya dan meninggalkan anggapan mengenai darjat-Nya dan
melaksanakan tuntutan-Nya. Mereka tidak meletakkan-Nya pada apa yang
tidak harus difikirkan mengenai-Nya. Telah dinyatakan bahawa adalah
ditegah daripada memikirkan tentang Zat Allah. Allah berfirman,
“Allah memberi amaran kepada kamu tentang Diri-Nya” (3:28,30).
Allah kurniakan makrifat-Nya kepada mereka
iaitu kurniaan-Nya dan menjadikan mereka saksi bagi makhluk-Nya dan
kenyataan apa yang Dia jadikan mereka saksi. Jadi mereka tahu apakah
yang secara logiknya mustahil melalui fikiran, adalah tidak mustahil
melalui hubungan Ilahiah. Sebahagian daripada yang tersebut akan
diketahui dalam tajuk “Bumi dijadikan daripada baki tanah liat Adam” dan
tempat yang lain.
Iaitu yang manusia berakal
berhutang budi kepada Allah lantaran dirinya mengetahui bahawa Allah
berkuasa berbuat apa sahaja, mungkin atau mustahil – dan bukan segalanya
mustahil. Dia memiliki kuasa yang berkesan dan kurniaan yang melimpah.
Tidak ada ulangan pada apa yang Dia bawa kepada kewujudan – lebih tepat
perkara yang serupa berlaku dalam anasir yang Dia bawa kepada kewujudan
dan inginkan kesinambungan. Jika demikian kehendaknya, ia akan
dihapuskan dengan tiupan.
“Tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Gagah, Yang Bijaksana” (3:18).
Kewujudan Makhluk Rohani
[Kewujudan makhluk rohani yang diciptakan daripada api yang tiada asap (jin)]
Dia campurkan api dan tumbuh-tumbuhan, maka bentuk jin dijadikan
sebagai ruang di antara dua keadaan.
Ia adalah di antara roh yang berjasad dengan tempat yang dalam
dan roh yang tiada “di mana”.
Yang menerima jasad mencari makanan
untuk pembesaran tanpa kepalsuan,
Dan yang menerima malaikat-malaikat, menerima hati bagi
mengambil bentuk dalam keasliannya.
Kerana sebab ini, ia mentaati pada satu ketika dan menentang pada ketika lain
Dia akan balas mereka yang tidak taat dengan dua api.
[Penciptaan Jin, malaikat dan manusia]
Allah berfirman,
“Dia ciptakan jin daripada pucuk api yang tiada asap” (55:14).
Hadis menceritakan,
“Allah ciptakan malaikat daripada
nur, dan Allah ciptakan jin daripada api, dan Dia ciptakan manusia
daripada apa yang telah dikhabarkan kepada kamu”.
Apa yang Rasulullah s.a.w katakan mengenai
ciptaan manusia “seperti yang telah diceritakan kepada kamu”, baginda
memberi ketegasan dan tidak menjelaskannya seperti yang baginda lakukan
pada menceritakan ciptaan malaikat dan jin. Rasulullah s.a.w “diberikan
segala perkataan”. Ini adalah sebahagian daripadanya. Asas ciptaan
malaikat dan jin tidak berubah. Asas ciptaan manusia berubah kerana ada
empat kategori kejadian manusia. Kejadian Adam tidak menyerupai kejadian
Hawa. Kejadian Hawa tidak meneyrupai kejadian keturunan Adam yang lain.
Kejadian Isa tidak menyerupai yang lain. Di sini Rasulullah s.a.w
memberi penjelasan. Baginda menyampaikan kepada kita perincian kejadian
manusia. Adam diciptakan daripada tanah liat, Hawa daripada tulang
rusuk, Isa daripada tiupan Roh, keturunan Adam daripada
“air yang hanyir” (77:20).
[Konsep perkaitan langit dan bumi]
Bila Allah dirikan empat anasir
asas dan asap naik ke bahagian bawah Sfera Bintang-bintang Yang Tetap,
tujuh langit dibentangkan di dalam asap itu, setiap satu berpisah
daripada yang lain. Dia
“bukakan pada setiap langit ketentuannya”
selepas
“Dia adakan dalamnya rezekinya”
dan semua ini
“dalam empat hari”.
Kemduian Dia berfirman,
“kepada langit dan bumi: Datanglah dengan rela atau terpaksa”. (41:9-11).
Kemudian Allah adakan perkaitan di antara
langit dan bumi dan arah yang dengannya Dia berkehendak mengadakan
benda-benda di bumi dalam bentuk bahan galian, tumbuh-tumbuhan dan
haiwan. Dia jadikan bumi
seumpama isteri dan langit seumpama suami. Langit menyalurkan perintah
Allah kepada bumi sebagaimana suami memindahkan air mani kepada
isterinya. Dengan demikian bumi membawa keluar jenis-jenis pembentukan
yang Allah sembunyikan di dalamnya.
[Empat anasir dan pembentukan manusia dan jin]
Bila udara dinyalakan dan
dipanaskan, ia membakar seperti pelita. Pembakaran api itu adalah
nyalaan udara dan ianya tidak berasap (marj, bercampur-aduk) kerana ia
bercampur dengan udara dan adalah udara yang terbakar. Marj adalah
campuran dan daripada ini yang tidak berasap itu adalah marj kerana
tumbuh-tumbuhan bercampur di dalamnya.
Jin adalah campuran dua anasir
iaitu api dan udara, sebagaimana manusia merupakan campuran dua anasir
iaitu air dan tanah diuli bersama yang menjadikannya tanah liat. Begitu
juga campuran udara dan api dinamakan ‘api yang tidak berasap’. Allah
ciptakan bentuk jin dalam api yang tidak berasap itu. Oleh kerana anasir
udara ada dengan jin, maka jin boleh mengambil berbagai-bagai bentuk
yang mereka mahu. Oleh kerana ada anasir api dengannya maka ia menjadi
tidak nyata dan seni, dan mereka mencari kekuasaan, kemegahan dan
kekuatan kerana api merupakan bahagian yang paling tinggi dalam
anasir-anasir itu dan ia mempunyai pengaruh yang kuat untuk menukarkan
sesuatu sebagaimana hukum alam kehendaki. Inilah sebabnya jin iblis
menyombong dan enggan sujud kepada Adam bila Allah memerintahkannya
berbuat demikian lantaran pandangannya yang tinggi terhadap dirinya. Dia
berkata,
“Aku lebih baik daripadanya” (7:12),
bermaksud menurut dasar bahawa Allah lebih menyukai api daripada anasir-anasir yang lain.
Jin tidak tahu bahawa anasir air yang
daripadanya Adam diciptakan lebih kuat daripada api kerana air boleh
memadamkan api dan tanah adalah lebih teguh daripada api melalui
kesejukan dan kekeringan. Adam
memiliki kekuatan dan kemantapan melalui penguasaan dua anasir tersebut
yang Allah jadikannya. Walaupun dia juga memiliki anasir-anasir yang
lain – udara dan api, anasir tersebut tidak ada kekuasaan atasnya. Jin
juga memiliki anasir-anasir selebihnya….
Adam dikurniakan sifat rendah diri
berdasarkan sifat tanah yang ada dengannya. Bila dia menjadi megah, itu
hanyalah yang datang kemudian (bukan sifat semulajadinya). Dia menerima
sifat tersebut kerana anasir api yang ada dengannya sebagaimana
imaginasi dan keadaannya menerima berbagai-bagai suasana kerana anasir
udara dengannya. Jin bersifat menyombong kerana sifat api yang ada
dengannya. Jika mereka merendah diri, itu adalah yang datang kemudian
(bukan sifat asli), ia boleh datang kerana anasir tanah yang ada
dengannya. Mereka juga menerima ketetapan dalam menggunakan tipu daya
jika mereka syaitan, dan menerima ketetapan untuk berbuat taat jika
mereka bukan syaitan.
[Keadaan jin bila surah ar-Rahman (surah 55 dalam Quran) dibacakan]
Bila Rasulullah s.a.w membacakan
surah ar-Rahman kepada para sahabat baginda, baginda bersabda, “Aku
membacakannya kepada kumpulan jin. Mereka mendengarkannya lebih baik
daripada kamu. Bila aku katakan,’Nikmat Tuhan kamu yang manakan kamu
nafikan?’ mereka melafazkan,’kami tidak nafikan sebarang nikmat Tuhan
kami!’ Ia meneguhkan mereka dan tidak menggeletar bila dibacakan,’Nikmat
Tuhan kamu yang manakah kamu nafikan?’ dalam bacaannya. Ini adalah
cetusan sifat jin yang keluar daripada aanasir tanah dan air yang
memadamkan nyalaan api. Sebahagian daripada mereka adalah taat kepada
Allah dan sebahagiannya menderhaka, seperti manusia: tetapi mereka boleh
mengambil berbagai-bagai bentuk seperti malaikat.
[Bentuk asasnya ialah rohani]
Allah jadikan mereka tidak
kelihatan kepada pandangan manusia melainkan bila Allah angkatkan
tutupan kepada orang-orang tertentu untuk mereka melihatnya. Oleh kerana
jin tidak nyata dan seni, mereka boleh mengambil apa juga bentuk yang
boleh dicapai oleh pancaindera menurut kemahuan mereka. Bentuk asasnya
ialah kerohanian yang merupakan bentuk pertama yang diterima oleh jin
pertama tatkala Allah membawanya kepada kewujudan. Kemudian ia mengambil
berbagi-bagai bentuk menurut apa yang Allah kehendaki. Jika Allah
bukakan pandangan kita sehingga kita dapat melihat bentuk-bentuk yang
dapat disaksikan pancaindera melalui khayal, maka pada masa yang
berlainan kamu akan dapat melihat manusia dalam berbagai-bagai bentuk
yang tidak serupa antara satu sam alain.
[Pembiakan jin dan manusia]
Kemudian Allah tiupkan roh ke
dalam nyalaan api yang bergolak lantaran keadaannya yang tidak pejal
itu. Tiupan menambahkana pergolakan tersebut dan udara menguasainya dan
ia tidak tinggal dalama keadaan yang sama. Alam jin muncul dalam bentuk
demikian. Sebagaimana persetubuhan berlaku dalam kehidupan manusia
secara memasukkan air ke dalam kandungan lalu menghasilkan pembiakan dan
kelahiran dalam bangsa Adam yang fana, begitu juga dengan pembiakan
berlaku pada jin secara memindahkan udara ke dalam kandungan perempuan
dan pembiakan serta kelahiran berlaku pada jin. Mereka keluar melalui
Sagittarius dan keadaannya yang berapi-api. Ini telah diceritakan oleh
orang yang telah sampai – semoga Allah melindunginya!
[Tempuh di antara penciptaan jin dan penciptaan manusia]
Tempuh di antara penciptaan Jann
(jin pertama) dengan penciptaan Adam ialah 60,000 tahun. Ini adalah
perlu menurut dakwaan sesetengah orang bahawa kelahiran jin berakhir
selepas 4,000 tahun dan kelahiran manusia berakhir selepas 7,000 tahun.
Walau bagaimanapun, ianya tidak berlaku berdasarkan yang demikian. Ianya
akan berlaku menurut kehendak Allah. Jin masih membiak dan akan terus
membiak. Jadi bilakah manusia bermula, berapa tahun pembiakannya yang
masih tinggal, berapa lama lagikah sebelum berakhirnya dunia ini dan
bangsa manusia terhapus dari muka bumi ini dan mereka dipindahkan ke
Alam Kemudian? Ini bukanlah pegangan mereka yang kukuh dalam ilmu. Ia
dikatakan oleh sebilangan kecil sahaja dan tidak akan diulangi.
[Jin adalah ruang di antara malaikat dengan manusia]
Malaikat adalah roh yang ditiupkan ke dalam nur (cahaya). Jin
adalah roh yang ditiupkan ke dalam angin. Manusia adalah roh yang
ditiupkan ke dalam bentuk. Ada yang mengatakan bahawa yang perempuan
tidak berpisah daripada jin yang mula-mula wujud, seperti Hawa berpisah
daripada Adam. Salah seorang daripada mereka mengatakan Allah ciptakan
anggota pada jin pertama, maka satu bahagiannya bersetubuh dengan
bahagiannya yang lain dan keturunannya dilahirkan seperti keturunan Adam
dilahirkan: lelaki dan perempuan berkahwin. Jadi sifat jin ialah
memiliki kedua-dua jantina. Oleh kerana itu jin merupakan sebahagian
daripada ruang di antara: mereka menyerupai manusia dan menyerupai
malaikat kerana kedua-dua jantina menyerupai lelaki dan perempuan.
[Makanan dan perkahwinan jin]
Anasir udara dan api menguasai
kejadian jin. Oleh kerana itu makanannya ialah apa yang di bawa oleh
udara iaitu lemak di dalam tulang. Allah jadikan persediaan ini dalam
mereka. Jadi kita dapati bahawa tulang dan dagingnya tidak berkurangan
sama sekali dan kita tahu bahawa Allah berikan kepada mereka zat dalam
tulang itu. Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w mengenai tulang,
“Tulang adalah makanan saudara kamu dari golongan jin”. Dalam satu
hadis, “Allah taruhkan zat pemakanan mereka di dalamnya”. Orang yang hal
ini dibukakan kepadanya menceritakan kepada kami dia telah melihat jin
mendapatkan tulang dan menghidunya seperti haiwan menghidu mangsanya.
Kemudian mereka pergi sesudah mengambil makanannya. Makanannya diambil
melalui penghiduan itu. Segala puji bagi Yang Maha Lemah-lembut
(al-Latiff) dan Yang Maha Mengerti!
Bagi penyatuan mereka dalam
perkahwinan, ia dalam bentuk berpusing – seperti apa yang kelihatan pada
asap yang keluar dari tempat bakaran. Asap itu bercampur-gaul dan
setiap individu jin itu menikmati kemasukan yang berbalas-balasan itu.
Pancutan maninya seperti biji palma dan dalam bentuk bau yang asli, sama
seperti makanannya.
[Puak dan kumpulan jin]
Mereka berpuak-puak dan
berkumpulan. Dikatakan mereka tergolong kepada dua belas puak dan
kemudian bercabang kepada puak-puak yang lebih kecil. Biasa berlaku
peperangan besar di antara mereka, dan sebahagian daripada angin puting
beliung adalah sebenarnya di tengah-tengah pertempuran mereka. Puting
beliung itu merupakan perlawanan yang berbalas-balasan di antara dua
angin yang bertentangan, masing-masing menghalang yang satu lagi
daripada melepasi. Jadi penahanan itu membawa kepada bulatan yang dapat
disaksikan oleh mata sebagai debu yang nyata yang merupakan kesan kepada
perlawanan dua angin itu. Pertempuran mereka adalah seperti itu, tetapi
bukanlah pula setiap puting beliung itu pertempuran mereka. Kisah jin
‘Amr merupakan kisah yang terkenal. Ia terbunuh di dalam puting beliung
yang kelihatan. Ia pecah daripadanya ketika ia hampir mati. Ia tidak
mengambil masa yang lama untuk mati. Ia adalah jin yang salih. Jika asas
buku ini adalah untuk menceritakan sejarah dan budaya kami tentu
ceritakan sebahagian daripadanya, tetapi buku ini adalah mengenai maksud
ilmu pengetahuan. Kamu boleh mencari ceritanya pada tempat yang lain,
dalam buku sejarah dan puisi.
[Cara alam makhluk rohani muncul dalam rupa bentuk]
Bila alam rohani mengambil bentuk
dan muncul dalam bentuk yang boleh ditangkap oleh pancaindera, mata
mengurung makhluk rohani itu kerana makhluk rohani itu tidak dapat
melepaskan bentuk yang ia muncul itu kerana mata terus melihat kepadanya
walaupun yang melihat itu ialah manusia. Bila mata manusia jelas
mengenai makhluk rohani itu, ia tidak mempunyai tempat untuk
menghilangkan diri, maka makhluk rohani itu menjelmakan bentuk yang ia
gunakan untuk menutupi dirinya. Kemudian makhluk rohani itu membuat
manusia mengkhayalkan yang bentuk itu telah meninggalkannya pada satu
arah, lalu mata mengikuti arah tersebut. Bila mata mengikutinya, makhluk
rohani itu meninggalkan kurungan mata tadi dan menghilang. Bila ia
menghilang, bentuk itu hilang dari pandangan orang yang sedang memandang
kepadanya dan mengikutinya dengan pandangannya. Dalam hubungan dengan
makhluk rohani itu, bentuk itu adalah umpama cahaya yang di dalam bekas
lampu yang cahayanya dihamburkan di penjuru-penjuru. Bila badan lampu
itu tiada cahaya pun hilang. Beginilah keadaan bentuk itu. Jika
seseorang mengetahui hal ini, dan mahu mengurung makhluk rohani itu, dia
tidak harus mengikuti makhluk rohani itu dengan matanya. Ini adalah
salah satu rahsia Ilahi yang hanya diketahui oleh mereka yang mendapat
petunjuk Allah. Bentuk itu tidak lain daripada makhluk rohani itu.
Sebenarnya ia adalah sama, sekalipun ia berada pada seribu tempat, atau
pada setiap tempat, dengan bentuk yang berlainan.
Andaikata salah satu bentuk itu
dibunuh dan kelihatan mati, makhluk rohani itu meninggalkan kehidupan
dunia ini dan pergi ke ruang antara sebagaimana kita pergi apabila kita
meninggal. Tidak ada maklumat mengenainya tinggal di dalam dunia ini,
seperti keadaan kita juga. Bentuk yang boleh ditangkap oleh pancaindera
yang diambil oleh makhluk rohani itu dinamakan ‘tubuh’. Allah berfirman,
“Kami adakan hanya jasad di atas singgahsananya” (38:34)
dan
“Kami tidak berikan kepada mereka tubuh yang tidak memakan makanan” (21:8).
Perbezaan di antara jin dengan malaikat,
walaupun secara kerohaniannya mereka serupa, ialah makanan jin
mengandungi makanan yang didapati dalam tubuh asli. Malaikat tidak
demikian. Itulah sebabnya Allah ceritakan tentang tetamu Nabi Ibrahim
a.s,
“Bila dia melihat tangan mereka tidak mengambilnya, dia mencurigai mereka” (11:70),
iaitu malaikat tidak menjamah daging panggang dan mereka tidak memakannya yang membuat Nabi Ibrahim a.s curiga.
[Pembentukan alam jin]
Apabila sampai masa dijadikan alam
jin, Dia memerintahkan tiga daripada malaikat yang kepercayaan dalam
sfera pertama yang membawa pembantu-pembantu mereka yang diperlukan
untuk tugas ini dari langit kedua. Mereka turun ke langit-langit dan
mengambil dua pembantu dari langit ke dua dan ke enam. Mereka turun ke
anasir dan menyediakan tempat tersebut. Tiga lagi penjaga mengikuti
mereka, dan mereka membawa apa juga pembantu yang diperlukan daripada
langit kedua, kemudian turun ke langit ke tiga, dan daripada sana kepada
yang ke lima. Mereka mengambil dua malaikat. Mereka melalui langit ke
enam dan dan mengambil dua pembantu daripada malaikat. Kemudian mereka
turun ke anasir bagi melengkapkan pembentukan itu. Enam yang lebihnya
turun dan mengambil pembantu yang selebihnya di dalam langit ke dua dan
langit-langit. Semuanya dikumpulkan bagi susunan kejadian ini dengan
izin Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.
Bila kejadian alam jin selesai,
Allah perintahkan roh daripada Alam Pemerintahan dan tiupkan kepada
bentuk yang telah sedia itu dan kehidupan pun mengalir ke dalamnya. Ia
pun berdiri mengucapkan puji-pujian kepada Penciptanya: ini merupakan
ketentuan semulajadi yang Dia aturkan. Terkandung di dalamnya ialah
kekuatan dan kebesaran yang penyebabnya tidak dikenali dan tidak ditemui
kerana pada masa itu tidak ada makhluk lain yang wujud dalam alam
semulajadi ini selain ia. Ia beribadat kepada Tuhannya, memperakui
kekuasaan-Nya, merendah diri kepada Tuhannya yang telah mewujudkannya
sebagai satu makhluk sehinggalah Adam diciptakan. Bila jin ini melihat
lembaga Adam, salah seorang daripada mereka yang bernama al-Harith,
dikuasai oleh kebencian kepada lembaga tersebut dan kemarahannya
menyala-nyala tatkala menyaksikan lembaga Adam itu. Puaknya yang lain
melihat keadaannya dan mengkeritiknya lantaran mereka melihat ia
bersedih dan berdukacita di atas kejadian Adam itu. Bila kejadian Adam
telah siap, al-Harith menunjukkan apa yang tersirat dalam dirinya dengan
mengingkari perintah Penciptanya supaya sujud kepada Adam dan ia
menjadi angkuh terhadap Adam berbangga dengan asal usulnya (daripada api
yang ia rasakan lebih mulia daripada tanah). Ia gagal melihat rahsia
kekuatan air yang daripadanya Allah jadikan setiap makhluk yang hidup
ini, dan daripadanya juga datangnya kehidupan jin sekalipun ia tidak
menyedarinya.
[Penciptaan Adam dan kejadian manusia]
Jika kamu terdiri daripada mereka yang tidak disingkapkan, fikirkanlah tentang firman Allah,
“dan singgahsana-Nya di atas air” (11:7).
Jadi, singgahsana dan makhluk di sekelilingnya memperolehi kehidupan melalui air.
“Tidak ada yang tidak meninggikan puji-pujian terhadap-Nya” (17:44).
Dia menggunakan yang negatif. Hanya yang
hidup mengagungkan. Dala satu hadis yang baik Rasulullah s.a.w bersabda,
“Malaikat berkata,’Wahai Tuhan (dalam hadis yang panjang)!adakah Engkau
ciptakan sesuatu yang lebih kuat daripada api?’ Dia menjawab,’Iya,
air.’” Jadi, Dia jadikan air lebih kuat daripada api. Sekiranya anasir
udara dalam struktur jin tidak dinyalakan oleh api, maka jin tentunya
menjadi lebih kuat daripada keturunan Adam, kerana udara lebih kuat
daripada air. Dalam hadis ini malaikat bertanya, “Wahai Tuhan, adakah
Engkau ciptakan sesuatu yang lebih kuat daripada api?” Dia menjawab,
“Ya, keturunan Adam.” Allah jadikan organisma manusia lebih kuat
daripada udara. Air lebih kuat daripada api, dan ia merupakan anasir
utama dalam manusia sebagaimana api menjadi anasir utama dalam jin.
Inilah sebabnya Allah katakan tentang syaitan,
“Sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah” (4:76).
Ia tidak menganggap berkekuatan terhadapnya sama sekali. Ia tidak menafikannya kepada Gobernor Mesir tatkala ia bertkata,
“sesungguhnya tipu daya kamu kuat” (12:27)…
Sebab bagi yang demikian ialah
organisma manusia memiliki kesesuaian untuk melahirkan sikap
berhati-hati, keteguhan hati, bertafakur dan berfikir lantaran pengaruh
anasir tanah dan air dalam sifat manusia. Jadi manusia memiliki akal
yang lebih kerana tanah memegangnya dan menahannya sementara air
menjadikannya lemah-lembut dan mudah. Jin tidak demikian. Akal jin tidak
memiliki yang demikian yang boleh membuatnya berpegang kepada sesuatu
sebagaimana manusia boleh lakukan. Sebab itu kita katakan, “Si anu
‘ringan’ akalnya dan ‘malap’ fikirannya” bila dia berkelakuan bodoh dan
dungu! Ini merupakan sifat jin, dan dengannya jin sesat daripada jalan
petunjuk kerana sifat aslinya yang dungu dan kurang kecerdasannya dalam
berfikir. Jadi ia berkata,
“Aku lebih mulia daripadanya” (7:12)
dan menggabungkan kejahilan dan akhlak yang buruk kerana sifat dungunya.
[Syaitan pertama dari golongan jin]
Mana-mana jin yang derhaka adalah
syaitan, iaitu yang tercampak jauh daripada rahmat Allah. Al-Harith
adalah jin pertama yang dipanggil syaitan. Allah menghalaunya dalam
keadaan putus asa, iaitu menghalaunya keluar dari rahmat-Nya dan
mengharamkan rahmat ke atasnya. Daripadanya cabang-cabang syaitan
muncul. Mana-mana jin yang beriman, seperti Hama ibn Alham ibn Laqis ibn
Iblis, bergabung dengan jin yang beriman. Mana-mana yang tinggal dalam
keingkaran adalah syaitan. Ia hanya merupakan sedikit perselisihan
pendapat di kalangan ulama Syariat. Ada yang mengatakan syaitan tidak
pernah tunduk, berpandukan daripada apa yang Rasulullah s.a.w katakan
tentang syaitan yang menjadi sahabatnya, “Allah berikan daku kekuatan ke
atasnya maka dia tunduk (aslama).” Mereka yang mentafsirkan baginda
sebagai berkata “aslamu” mengambil kefahaman “Daku selamat daripadanya”
dan ia tidak mempunyai jalan ke atasku. Jadi, terjemahannya berbeza.
Jika ia diterjemahkan sebagai “aslama” maka ia tunduk. Ia bermakna ia
tunduk walaupun ia menjadi musuh maka ia tidak menyuruhku melainkan
kepada kebaikan, dipaksakan berbuat demikian oleh Allah dan sebagai
perlindungan kepada Rasulullah s.a.w. Yang bertentangan berkata bahawa
“aslama” bermakna bahawa ia percaya kepada Allah seperti yang tidak
percaya bertukar menjadi Muslim dan beriman. Ini adalah lebih tepat dan diterima.
[Iblis adalah jin celaka yang pertama]
Kebanyakan orang berpendapat al-Harith
adalah jin yang pertama, dan ia merupakan jin yang sama kedudukannya
dengan jin-jin yang lain seperti umat manusia dengan Adam. Kami tidak
berpendapat demikian. Al-Harith adalah salah satu daripada jin, tetapi
yang menyamai seperti kedudukan Adam bagi umat manusia adalah jin yang
lain. Inilah sebabnya Allah berfirman,
“Iblis adalah salah satu jin” (18:50),
iaitu ia adalah dalam kategori penciptaan
ini. Sama juga Qabil adalah salah seorang manusia, tetapi Allah
catitkannya di kalangan yang celaka. Dia adalah yang pertama dari
kalangan manusia yang celaka, dan iblis adalah yang pertama yang celaka
di kalangan jin. Kebanyakan seksaan bagi syaitan bangsa jin di dalam
neraka ialah dengan kesejukan yang amat sangat, bukan dengan kepanasan,
walaupun mereka mungkin diseksa dengan api. Kebanyakan seksaan untuk
keturunan Adam ialah dengan api.
Satu hari aku berjumpa dengan seorang wali yang meracau. Dia menangis dan berkata kepada orang ramai,
“Jangan berhenti dengan perkataan-Nya, ‘Aku akan penuhkan Jahannam dengan kamu’” (38:85)
dan memaksudkannya dengan iblis sahaja.
Perhatikan bagaiamana Dia menyampaikan kepada kamu secara tidak langsung
bila Dia berfirman, ‘…jahannam dengan kamu.’ Iblis dijadikan daripada
api maka dia kembali kepada asal usulnya – semoga Allah melaknatinya!
Jika iblis diseksa dengannya, seksaan bagi periuk belangan dengan api
adalah lebih lagi, maka ambillah perhatian!
Bila Jahannam disebutkan, wali ini hanya
memikirkan api secara khusus, dan lupa akan kenyataan bahawa Jahannam
adalah nama bagi kedua-duanya iaitu panas yang bersangatan dan sejuk
yang bersangatan. Ia dipanggil jahannam kerana rupanya yang masam
(jahama. Jahuma bermakna ‘memiliki rupa yang hodoh’) kerana rupanya yang
menimbulkan rasa kebencian. Jaham adalah perkataan bagi awan yang
sudahpun mencurahkan air yang dikandungnya. Hujan yang lebat merupakan
rahmat Allah. Bila Allah sudah mengeluarkan hujan daripada awan, maka
nama jaham digunakan baginya kerana rahmat iaitu hujan yang lebat sudah
tiada lagi. Begitu juga, Allah telah menghilangkan rahmat daripada
Jahannam yang dibenci menurut pandangan dan lapuran. Ia dinamakan
Jahannam kerana ia terlalu dalam. Ada yang mengatakan, “sedalam
Jahannam” bila menyatakan sesuatu yang sangat dalam. Kita bermohon kepada Allah Yang Maha Besar agar dikurniakan kepada kita dan sekalian orang yang beriman keselamatan daripadanya!
Penanggung Arasy
Mengenai Penanggung Arasy]
Dengan Allah, Arasy menanggung ar-Rahman, dan mereka menanggungnya -
kenyataan ini mudah dimengerti.
Apakah kuasa yang ada pada makhluk dan apakah kekuatannya
sekiranya bukan kerananya yang akal dan Penyingkapan bawakan?
Tubuh dan roh dan makanan serta kedudukan
tiada apa lagi yang pembahagian aturkan.
Itulah Arasy, seandainya engkau ketahui kemuliaannya!
Yang bersemayam di atasnya dengan nama ar-Rahman yang diharapkan.
Mereka berlapan, dan Allah mengetahui mereka. Kini di sana adalah empat,
dan tiada kesalahan pada mereka:
Muhammad, kemudian Ridwan dan Malik, Adam
dan Khalil (Ibrahim) dan kemudian Jibrail,
Diikuti oleh Mikail dan Israfil. Hanya lapan di sini -
mendapat kekuatan daripada “La ilah illa Llah”.
[Arasy (singgahsana) dalam bahasa Arab]
Semoga Allah membantu wali-Nya!
Ketahuilah dalam bahasa Arab singgahsana membawa maksud sesuatu yang
menunjukkan kepada kewujudan kerajaan. Dikatakan, “Singgahsana raja
diruntuhkan,” bila berlaku kekacauan di dalam kerajaannya. Singgahsana
(takhta) juga membawa maksud kerusi. Bila singgahsana dimaksudkan
sebagai penunjuk bagi sesuatu kerajaan, pembawanya adalah penanggungnya.
Bila singgahsana itu adalah kerusi, penanggungnya ialah kakinya yang
menanggungnya, ataupun sesiapa sahaja yang membawanya di atas galas
mereka. Bilangan ditentukan bagi penanggung singgahsana Arasy.
Rasulullah s.a.w mengatakan ada empat di dalam dunia ini, dan lapan pada
Hari Kebangkitan. Rasulullah s.a.w membacakan,
“Pada hari itu lapan akan membawa Arasy Tuhan kamu” (69:17)
dan kemudian baginda bersabda, “Kini mereka
adalah empat,” maksudnya dalam dunia ini. Firman Allah, “Pada hari itu
mereka menjadi lapan”, bermaksud Hari Kebangkitan.
[Arasy terkandung dalam tubuh, roh, penyuburan dan darjat]
Kami bawakan daripada Ibn Masarra al-Jabali,
salah seorang yang terkemuka dalam bidang kerohanian, mengatakan, dan
menyingkapkan, “Arasy yang dibawa itu adalah kerajaan. Ia terkandung di
dalam tubuh, roh, penyuburan dan darjat. ” Adam dan Israfil dari
golongan bentuk; Jibrail dan Muhammad dari roh; Mikail dan Ibrahim dari
pembekalan; dan Malik dan Ridwan dari Janji dan Ancaman. Dalam kerajaan
itu hanya ada apa yang dinyatakan. Penyuburan, iaitu pembekalan, adalah
yang boleh dicapai dengan pancaindera dan juga rohaniah. Apa yang akan
kami nyatakan dalam tajuk ini ialah satu cara, yang membawa makna
kerajaan, melaluinya segala manfaat berhubung. “Penanggungnya” mengatur
mereka yang menjalankan urusan. Satu pengurus dalam bentuk anasir atau
bentuk yang bercahaya; satu pengurus dalam bentuk roh; satu pengurus
kepunyaan bentuk anasir; satu pengurus adalah roh dan satu diuruskan dan
dikuasai oleh bentuk yang bercahaya. Penyuburan adalah kepunyaan bentuk
anasir dan penyuburan ilmu dan makrifat roh. Ada darjat kebahagiaan
yang boleh dialami oleh pancaindera dengan memasuki syurga dan ada
darjat kecelakaan yang boleh dialami oleh pancaindera diperolehi dengan
memasuki Jahannam dan darjat ilmu secara kerohanian.
Tajuk ini berdasarkan empat isu.
Persoalan pertama ialah bentuk; keduanya roh; ketiga ialah penyuburan;
dan keempat ialah darjat, iaitu penghujung. Setiap persoalan ini ada dua
bahagian, jadi semuanya menjadi lapan. Mereka adalah penanggung Arasy,
iaitu apabila yang lapan itu hadir, kerajaan pun didirikan dan muncul,
lalu Raja bersemayam di atasnya.
[Badan yang bercahaya dan Malaikat Utama]
Persoalan pertama menyentuh bentuk
dan ia mempunyai dua bahagian: bentuk tubuh beranasir yang mengandungi
bentuk tubuh khayali, dan bahagian lain ialah tubuh fizikal yang
bercahaya. Kita mulakan dengan tubuh yang bercahaya. Tubuh-tubuh pertama
yang Allah jadikan adalah tubuh roh kemalaikatan bergerak dengan cinta
dalam keagungan Allah. Ia termasuklah Akal Awal dan Diri Sejagat
(Universal) dan tubuh yang bercahaya, diciptakan daripada cahaya
keagungan berakhir di sana. Tidak ada daripada malaikat ini yang
diciptakan melalui cara lain kecuali melalui Diri (an-Nafs) yang di
bawah Akal. Setiap malaikat yang diciptakan selepas malaikat-malaikat
ini adalah dibawah taklukan alam semulajadi. Mereka adalah daripada
keturunan sfera-sfera yang daripadanya mereka diciptakan dan padanya
mereka menghuni. Ia sama juga dengan malaikat anasir. Malaikat darjat
terakhir ialah yang diciptakan daripada amalan dan nafas ahli ibadat.
Kami akan nyatakannya sedarjat demi sedarjat dalam tajuk ini, Insya’
Allah.
Ketahuilah bahawa telah ada Allah
sebelum Dia ciptakan makhluk dan di sana tidak ada masa sebelumnya. Itu
adalah ungkapan secara ‘ada-hubungan’ yang menunjukkan perhubungan yang
melaluinya matlamat dicapai pada pendengar. Allah berada di dalam ‘ama’
yang di bawah dan di atasnya tidak ada udara. Ia adalah kenyataan Ilahi
yang pertama muncul yang dalamnya mengalir cahaya Zat, seperti
dijelaskan oleh firman-Nya,
“Allah adalah cahaya langit dan bumi” (24:35).
Bila ‘ama’ itu diwarnai oleh cahaya, Dia
bukakan dalamnya rupa malaikat yang terpukau oleh kecintaan yang di atas
daripada badan alam semulajadi. Tidak ada singgahsana atau malaikat
yang mendahului mereka. Bila Dia bawa mereka kepada kewujudan, Dia
berikan mereka kenyataan. Kenyataan itu menjadi tidak kelihatan kepada
mereka, dan yang tidak kelihatan itu menjadi roh mereka, iaitu bagi
rupa-bentuk itu. Dia berikan kepada mereka kenyataan dalam Nama-Nya,
Yang Maha Indah, lalu mereka kehairanan dan kebingungan dengan kecintaan
dalam keagungan keindahan-Nya, dan mereka tidak pulih daripadanya.
[Akal Awal adalah Paksi bagi Alam Catatan dan Rakaman]
Bila Allah berkehendak menciptakan
alam catatan dan penulisan, Dia khususkan salah seorang daripada
malaikat Karubiyun. Ia adalah malaikat pertama daripada cahaya itu yang
dinamakan Akal dan Qalam. Ia dikurniakan tajalli dalam tempat di mana
ilmu yang dikurniakan menyata menurut kewujudan yang Dia kehendaki
terhadap makhluk-Nya, bukan untuk akhiran dan batasan. Dengan zatnya,
Akal menerima apa yang sepatutnya dan Nama-nama Ilahi yang yang inginkan
kemunculan alam ciptaan. Daripada Akal ini muncul kewujudan lain yang
dipanggil Loh. Dia perintahkan Qalam agar turun kepadanya dan
mengamanahkan kepadanya hanya apa yang akan berlaku sehingga Hari
Kebangkitan. Dia kurniakan kepada Qalam 360 tahun penulisan, iaitu
menjadi Qalam. Bermula daripada ia menjadi qalam, Allah kurniakan
kepadanya 360 tajalli atau raqa’iq (berus). Setiap tahun atau raqa’iq
mengeluarkan 360 jenis ilmu yang lengkap, dan Qalam memperincikannya
dalam Loh. Ini meliputi ilmu mengenai alam semesta sehingga Hari
Kebangkitan. Loh mengetahuinya apabila Qalam menyerahkan pengetahuan itu
kepadanya. Ini adalah sebahagian daripada alam semulajadi, dan ia
adalah ilmu pertama yang Loh terima mengenai ilmu yang bersangkutan
dengan apa yang Allah kehendaki pada makhluk-Nya. Ini adalah lebih tepat
dikira sebagai semulajadi daripada diri. Semua itu berada di dalam alam
cahaya yang murni.
[Arasy dan malaikat yang menghuninya]
Kemudian Allah bawa kepada
kewujudan kegelapan yang murni yang bertentangan dengan cahaya ini, yang
berada dalam keadaan ketiadaan yang menyeluruh bertentangan dengan
kewujudan yang menyeluruh. Bila Dia membawanya kepada kewujudan, cahaya
itu mengalir ke atasanya dengan pengaliran keluar yang perlu dengan
bantuan semulajadi. Maka cahaya memperbaiki keadaannya yang berselerakan
dan badan muncul yang ditunjukkan sebagai Arasy. Kemudian nama
ar-Rahman bersemayam di atasnya dengan nama, Kenyataan Zahir. Itu adalah
kemunculan yang pertama bagi alam ciptaan. Daripada cahaya yang
bercampur itu, yang seumpama cuaca subuh, Dia ciptakan malaikat yang
mengelilingi Singgahsana itu. Inilah firman-Nya,
“Kamu akan lihat malaikat mengelilingi Arasy sambil membesar dan memuji Tuhan mereka” (39:75).
Mereka tidak mempunyai tugas lain kecuali
mengelilingi Arasy, membesar dan memuji-Nya. Kami telah terangkan
tentang penciptaan alam maya dalam buku kami, ‘Uqla al-Mustawfiz. Kami
gunakan prinsip berkenaan dalam tajuk ini.
[Kursi dan malaikat yang mendiaminya]
Kemudian Dia bawakan Kursi ke
dalam kewujudan Arasy ini dan meletakkan padanya malaikat yang dari
jenisnya. Setiap sfera merupakan asas penghuninya yang diciptakan di
dalamnya sama seperti anasir yang daripadanya penghuninya diciptakan.
Adam diciptakan daripada tanah maka keturunannya menghuni bumi. Dalam
Kursi yang mulia ini, Perkataan dibahagikan kepada rakaman dan
pengadilan: ini adalah dua kaki yang turun daripada Arasy sebagaimana
dinyatakan oleh hadis. Kemudian di dalam Kursi itu Allah ciptakan
sfera-sfera, satu di dalam yang lain. Dalam setiap sfera Dia ciptakan
alam daripadanya yang mereka diami, yang dinamakan malaikat iaitu
utusan. Dia hiaskan sfera-sfera dengan bintang-bintang, dan mengilhamkan
kepada setiap langit dengan perintah-Nya sehingga Dia ciptakan bentuk
benda-benda (muwalladat).
[Roh bentuk yang bercahaya, bentuk khayali dan bentuk anasir]
Bila Allah lengkapkan bentuk-bentuk yang
bercahaya dan anasir ini yang tidak mempunyai roh yang tidak kelihatan
oleh bentuk-bentuk tersebut, Dia kurniakan kenyataan kepada setiap
golongan bentuk-bentuk tersebut menurut asas masing-masing. Roh
bentuk-bentuk itu muncul daripada bentuk-bentuk tersebut dan daripada
tajalli. Ini merupakan persoalan kedua. Allah ciptakan roh-roh dan
perintahkan mereka menguruskan bentuk-bentuk tersebut dan Dia jadikan
mereka ghaib, zat yang satu tetapi dijadikan berbeza di antara satu sama
lain. Mereka berbeza menurut bentuk yang mereka terima daripada tajalli
itu. Bentuk-bentuk itu bukanlah kepunyaan roh-roh secara kenyataannya
menurut “di mana berada”. Bentuk-bentuk ini dimiliki oleh roh-roh
sebagai kerajaan berhubung dengan bentuk anasir, dan seumpama tempat
menyatakan berhubung dengan semua bentuk-bentuk.
Kemudian Allah hasilkan bentuk
khayali fizikal melalui tajalli lain di antara lataif (yang seni) dan
bentuk, dan bentuk bercahaya dan menyala muncul kepada pandangan dalam
tubuh fiikal itu. Bentuk yang dapat ditangkap oleh pancaindera yang
menyata itu membawa bentuk maksud dalam bentuk fizikal ini di dalam
tidur, selepas kematian dan sebelum dibangkitkan – ia adalah bentuk di
antara ruang (barzakh). Ia adalah tanduk cahaya yang atasnya luas dan
bawahnya sempit. Bahagian tertingginya ialah ‘ama’ dan bahagian
terendahnya ialah bumi. Badan-badan bagi bentuk ini yang mana jin,
malaikat dan bahagian batin manusia muncul adalah arah ke luar semasa
tidur dan bentuk-bentuk Taman Syurga. Bentuk inilah yang menghuni bumi
khayali yang sudah kami katakan dalam tajuk yang sesuai ini.
[Penyuburan roh-roh dan penyuburan bentuk-bentuk]
Kemudian Allah tentukan penyuburan bagi
bentuk-bentuk dan roh-roh ini. Ia termasuk dalam persoalan ketiga.
Mereka hidup dengan penyuburan itu. Ia mengandungi penyuburan
pancaindera dan penyuburan maksud. Penyuburan maksud adalah penyuburan
ilmu pengetahuan, tajalliyat dan hal-hal (ahwal) atau suasana.
Penyuburan pancaindera sudah diketahui umum. Ia adalah apa yang
bentuk-bentuk itu makan dan minum yang membawakan maksud kerohanian,
iaitu bakat-bakat. Setiap bentuk, samada yang bercahaya, haiwan atau
fizikal, disuburkan oleh apa yang sesuai dengannya. Ia mengambil tempat
yang panjang untuk diperincikan di sini.
[Darjat alam dalam kebahagiaan dan kecelakaan]
Kemudian Allah kurniakan kepada setiap alam
darjat dalam kebahagiaan dan kecelakaan dan satu setesen; dan
perinciannya tidak terhitung. Kebahagiaannya menurutnya: sebahagiannya
kebahagiaan nafsu, kebahagiaan kesempurnaan, kebahagiaan kerana
dipenuhi, dan kebahagiaan tempat, iaitu Syariat. Kecelakaan adalah
seperti itu dalam pembahagian apa yang tidak disetujui oleh nafsu,
kesempurnaan, kelakuan (iaitu tidak dipenuhi), dan bukan Syariat. Semua
itu boleh ditangkap oleh pancaindera dan akal. Bahagiannya yang
ditangkap oleh pancaindera berkait dengan Kediaman kecelakaan, kesakitan
pada dunia ini dan alam kemudian, dan berkait dengan Kediaman
kebahagiaan bagi kesenangan dalam dunia ini dan alam kemudian.
Sebahagiannya murni dan sebahagiannya bercampur. Yang murni berhubung
dengan Alam Kemudian. Yang bercampur berhubung dengan Kediaman sekarang.
Jadi yang bahagia mungkin muncul dalam bentuk yang celaka dan yang
celaka mungkin muncul dalam bentuk bahagia sementara mereka akan menjadi
jelas berbeza pada Kediaman Kemudian. Boleh jadi yang celaka menyatakan
kecelakaannya dalam dunia ini dan ia berhubung dengan kecelakaan di
Alam Kemudian. Begitu juga dengan keadaan bahagia. Walau bagaimanapun,
mereka tidak diketahui dalam dunia ini, tetapi mereka menjadi jelas
dalam Alam Kemudian:
“Sekarang asingkan diri-diri kamu, wahai mereka yang berdosa, pada hari ini!” (35:59).
Jadi darjat dihubungkan dengan orang berkenaan dengan hubungan yang tidak akan putus ataupun berubah.
[Penanggung Arasy dalam alam ini dan alam kemudian]
Jadi maksud lapan, iaitu jumlah
kerajaan ditunjukkan oleh Arasy, sudah dijelaskan kepada kamu. Ini
adalah persoalan keempat. Maksud lapan sudah jelas bagi kamu. Lapan ini
kepunyaan lapan asbab Ilahi yang melaluinya Allah diceritakan. Mereka
ialah: kehidupan, pengetahuan, kuasa, kehendak, pertuturan, pendengaran,
penglihatan, dan kesempurnaan kecapan, bau dan rasa dengan sifat yang
berhubung dengannya. Pengertian ini mengenai mereka ada hubungan,
seperti pendengaran menyaksikan benda-benda yang didengar dan
penglihatan menyaksikan benda-benda yang dilihat. Jadi kerajaan itu
terkandung di dalam lapan. Empat daripadanya menyata dalam alam ini:
bentuk, makanan dan dua darjat itu. Pada Hari Kebangkitan, kesemua yang
lapan itu akan kelihatan pada pandangan. Allah berfirman,
“Pada hari itu lapan akan menangung di atas mereka Arasy Tuhan kamu” (69:17).
Rasulullah s.a.w bersabda, “Kini mereka berempat”. Inilah penjelasan mengenai Arasy sebagai Kerajaan.
Bagi Arasy, iaitu singgahsana, ia
kepunyaan Allah dan malaikat-malaikat membawanya di atas belakang
mereka. Hari ini mereka berempat, dan esok mereka berlapan berhubung
dengan tanggungan di bumi yang dikumpulkan. Ia berhubung dengan empat
yang menanggungnya kira-kira menyamai apa yang Ibn Masarra katakan.
Dikatakan satunya mempunyai rupa manusia, satu singa, satu helang dan
keempatnya lembu. Itulah yang dilihat dan dikhayalkan oleh Samiri
sebagai Tuhan Musa. Jadi dia bina anak lembu untuk kaumnya dan berkata,
“Inilah Tuhan kamu dan Tuhan Musa” (20:88),
menurut kisahnya. Allah menceritakan yang benar dan memimpin ke jalan yang benar.
Ilmu : Darjat & Pangkat
Sebab bertambah dan berkurangannya ilmu dan firman Allah,
“Katakanlah:’Wahai Tuhan, tambahkanlah ilmuku!”
dan sabda Rasulullah s.a.w,
“Allah tidak menghilangkan ilmu dengan mencabutnya dari dada ulama, tetapi Dia menghilangkannya dengan mematikan ulama.”
Tajalli wujud Yang Haq dalam sfera diri kenyataan bagi berkurangannya ilmu.
Jika seseorang tidak menyedari hal tersebut dengan dirinya
mampukah dia menyaksikan Tuhannya melalui penyelidikan dan pertanyaan?
Seandainya kepelbagaian ilmu lahir dalam diri,
penutupan yang disedari ditetapkan oleh kata-kata tersebut.
Tiada apa kecuali cakra matahari kewujudan muncul
dan cahayanya jatuh ke atas alam arwah.
Yang Asal hanya disaksikan bila ada kenyataan
sekalipun manusia dimusnahkan oleh kekuatan tamak.
Tidak syak lagi pada kenyataan yang aku bukakan
dan ianya bukan gambaran kebohongan yang salah atau dugaan.
[Ilmu: darjat dan peringkatnya]
Ketahuilah bahawa setiap benda
yang hidup dan setiap orang dinyatakan oleh pengertian, berada dalam
pengetahuan baharu pada setiap nafas menurut pengertian tersebut. Walau
bagaimanapun, boleh jadi individu yang menyaksikan itu bukanlah seorang
daripada yang berpengetahuan penuh mengenainya. Sebenarnya, ilmu, maka
ilmu boleh dinyatakan sebagai berkurangan berhubung dengan orang yang
berilmu. Ia terhasil daripada fakta bahawa seharusnya ada pengertian
sekiranya penghalang mengganggu di antaranya dan benda-benda yang dia
lihat, seperti keadaan orang yang buta atau pekak atau seumpamanya.
Oleh yang demikian ilmu naik dan
turun mengikut apa yang diketahui. Kerana itulah apabila himma
berhubungan dengan ilmu yang mulia yang melaluinya manusia dinyatakan,
dirinya (nafs) dipersucikan dan darjatnya dipertingkatkan. Tahap ilmu
yang tertinggi ialah ilmu mengenai Allah. Jalan tertinggi kepada ilmu
mengenai Allah ialah ilmu tentang tajalliyat. Di bawahnya ialah ilmu
tentang penyelidikan akal (nadhar). Tidak ada ilmu Ilahi di bawah
penyelidikan. Ia adalah kepercayaan atau pendapat bagi manusia umum,
bukan ilmu.
Ilmu-ilmu ini ialah apa yang Allah perintahkan kepada Rasul-Nya supaya menambahkannya.
Allah berfirman,
“dan jangan terburu-buru dengan Quran
sebelum pembukaan kepada kamu selesai dan katakan, ‘Wahai Tuhan,
tambahkan bagiku ilmu’” (20:114),
iaitu tambahkan bagiku dengan Perkataan-Mu
yang Engkau kehendaki aku mengetahuinya. Di sini pertambahan ilmu ialah
ilmu tentang penyingkapan secara perlahan, di luar adab dengan guru yang
membawakannya kepadanya daripada Tuhannya. Kerana sebab ini, Dia
letakkan ayat ini sesudah perkataan-Nya,
“dan segala muka merendah diri kepada Yang Hidup, Yang Berdiri Sendiri,” (20:111)
iaitu merendah diri. Dia maksudkan ilmu
tentang tajalli. Tajalli adalah jalan yang paling mulia bagi memperolehi
ilmu – ia adalah ilmu yang dirasai dengan segera.
[Ilmu: bertambah dan berkurangan]
Kami akan nyatakan pertambahan dan
pengurangan ilmu dalam tajuk lain, Insya’ Allah. Allah mengurniakan
segala-galanya – dan diri (nafs) manusia salah satunya – zahir dan
batin. Diri manusia secara zahirnya menyaksikan dengan mata, dan
batinnya dengan ilmu. Allah adalah Yang Zahir dan Yang Batin. Adalah dengan-Nya pengertian diperolehi. Bukanlah
kuasa sesuatu yang selain Allah untuk menyaksikan sesuatu dengan
sendirinya. Dia menyaksikan dengan apa yang Allah letakkan padanya dan
tajalli Allah. Sesiapa yang memperolehi tajalli daripada mana-mana alam,
baik alam ghaib dan tidak kelihatan, adalah daripada Nama, Yang Zahir.
Bagi nama, Yang Batin, sebahagian daripada hakikat hubungan ini ialah
tidak pernah ada tajalli dalamnya, tidak dalam alam ini ataupun alam
kemudian kerana tajalli menunjukkan kenyataan Allah kepada seseorang
yang menerima kenyataan itu. Itu kepunyaan nama Yang Zahir. Hubungan
yang mudah difaham oleh akal tidak berubah, sekalipun mereka tidak
mempunyai sumber yang melaluinya mereka keluar. Walau bagaimanapun,
mereka mempunyai kewujudan yang lojik, maka mereka adalah mudah
difahami.
Apabila Allah kurniakan tajalli,
samada sebagai kurniaan semata-mata ataupun sebagai jawapan kepada
permohonan, tajali itu dikurniakan kepada diri yang zahir, dan
pengertian oleh indera berlaku dalam bentuk itu, dan ia mengambil tempat
pada ruang antara (barzakh) dan membentuk gambaran. Maka orang yang
menerima kenyataan itu akan mendapat pertambahan pengetahuan jika dia
seorang ulama dalam Syariat, bertambah pengetahuan dalam kriteria maksud
jika dia seorang ahli dialek, dan bertambah pengetahuan dalam ukuran
ucapan jika dia seorang ahli bahasa. Ianya menjadikannya pakar dalam
setiap pengetahuan mengenai makhluk dan bukan makhluk. Ilmunya bertambah
dalam bidang yang dia ceburi.
Mereka yang di atas jalan ini
mengetahui bahawa pertambahan ini datangnya daripada tajalli Ilahi
kepada kumpulan-kumpulan tersebut, agar mereka tidak dapat menafikan apa
yang telah dibukakan kepada mereka. Penangkapan deria orang yang bukan
ahli makrifat bertambah dan ia disandarkan kepada pemikiran. Pengalaman
bagi yang selain dua ini bertambah tetapi tidak mengetahui yang mereka
menjadi bertambah dalam perkara apa. Dalam gambaran
“gambaran mereka adalah seperti
keldai yang membawa buku yang tebal. Betapa buruknya gambaran mereka
yang menafikan ayat-ayat Allah!” (62:5).
Ayat-ayat itu adalah pertambahan ini dan
sumber pertambahannya. Keajaiban diungkapkan bagi mereka yang
menyandarkannya kepada pemikiran mereka! Mereka tidak tahu bahawa
pemikiran mereka, renungan dan kajian dalam sebarang persolan adalah
pertambahan pengetahuan dalam diri mereka yang datangnya daripada
tajalli tersebut yang telah kami nyatakan. Pemikir sibuk dengan hubungan
pemikirannya dan penghujung pencariannya. Dia terhijab daripada
pengetahuan mengenai hal yang sebenar. Pengetahuannya bertambah tetapi
dia tidak menyedarinya.
Apabila tajalli berlaku, ianya
melalui nama Yang Zahir kepada bahagian batin seseorang. Pengertian
berlaku tentang dalaman mengenai alam hakikat dan maksud melepaskan
perkara fizikal. Ini ditunjukkan sebagai “catatan-catatan” lantaran
catatan-catatan Ilahi tidak mempunyai kekeliruan atau kemungkinan dalam
aspek tertentu. Ia hanya berlaku dalam maksud. Maka orang yang ada
maksud bebas daripada pemikiran yang berat, dan dalam tajalli dia
menjadi bertambah dalam pegetahuan ketuhanan, ilmu tentang rahsia-rahsia
dan ilmu tentang batin, dan apa yang berhubungan dengan Alam Kemudian.
Ini dititikberatkan oleh mereka yang di atas jalan kami – ia adalah
jalan ilmu.
[Ilmu: pengurangannya]
Ilmu boleh berkurangan kerana dua
sebab, samada melalui sifat buruk dalam asas organismanya atau
ketidak-sempurnaan sampingan dalam bakat yang berhubung dengan itu.
Sifat buruk dalam asas organisma tidak boleh diubah, sebagaimana kata
al-Khidr tentang seorang kanak-kanak,
“sifatnya ialah ingkar” (18:80).
Ini adalah asas organisma. Bagi
ketidak-sempurnaan sampingan, ia boleh hilang – jika ianya dalam bakat
itu – dengan ubat. Jika ianya dalam diri, sebagaimana apabila kecintaan
kepada kepimpinan dan menurut hawa nafsu mengalih dia daripada
menambahkan ilmu yang mengandungi darjat dan kebahagiannya, ini boleh
dihilangkan apabila Hakikat menyeru dari dalam hatinya dan dia kembali
kepada tafakur yang benar, dan dia mengetahui bahawa dunia ini adalah
salah satu pentas bagi pengembara dan jambatan yang perlu diseberangi,
dan seandainya manusia tidak menghiaskan dirinya dengan ilmu, kelakuan
yang mulia dan sifat-sifat Alam Malakut di sini dalam bentuk penyucian
dan pembebasan daripada hawa nafsu yang menghalang dia daripada renungan
yang benar, tiada jalan untuknya memperolehi kebahagiaan yang abadi.
Maka dia mulakan dengannya. Ketidak-sempurnaan ini juga sebab bagi
pertambahan ilmu.
Saya tidak maksudkan apabila ilmu
itu berkurangan ia adalah semata-mata kesalahan manusia – kecuali ilmu
ketuhanan. Kebenarannya menunjukkan bahawa tidak ada pengurangan sama
sekali dan manusia itu sentiasa dan terus menerus bertambah ilmunya dan
dalam hubungan apa yang inderanya berikan kepadanya, turun naik suasana
dan aliran pemikiran dalam dirinya. Ilmunya bertambah, tetapi tidak ada
manfaat dalamnya. Pendapat, keraguan, spekulasi, kejahilan, kelalaian
dan kelupaan: semua ini dan perkara-perkara seumpamanya tidak disertai
oleh ilmu yang apa yang kamu di dalamnya dalam hubungan pendapat,
keraguan, spekulasi, kelalaian atau kelupaan.
[Ilmu tajalli: pertambahan dan pengurangannya]
Bagi pertambahan dan pengurangan
ilmu tajalli, manusia itu samada berada dalam salah satu suasana:
bagaimana anbia bawakan mereka muncul keluar secara pancaran, atau aulia
melalui prinsip menjadi pewaris anbia. Inilah seperti yang dikatakan
kepada Abu Yazid al-Bistami apabila jubah perwakilan dipakaikan
kepadanya, “Pergilah kepada makhluk-Ku dengan sifat-sifat-Ku. Sesiapa
yang melihat kamu melihat Aku!” Tidaka ada apa yang boleh dia lakukan
kecuali mentaati perintah Tuhannya. Dia maju selangkah ke arah dirinya
dan dia pengsan. Kedengaran jeritan, “Kembalikan Kekasih-Ku kepada-Ku!
Dia tidak dapat menahan perpisahan dengan-Ku!” Dia telah larut ke dalam
al-Haq, seperti Abu ‘Iqal al-Maghribi, maka roh-roh diamanahkan
dengannya dan sesiapa yang membantunya apabila dia diperintahkan keluar
kembalikan dia kepada setesen penyerapan (istihlak) dalam-Nya. Dia
dikembalikan kepada Allah dan pakaian rendah hati, kemiskinan, dan
kehinaan dipakaikan kepadanya. Hidup ini menggembirakan dan dia
menyaksikan Tuhannya dan bertambah dalam keakraban dan memperolehi
kerehatan daripada
“amanah yang dipertaruhkan” (33:72)
yang perlu diangkatkan daripadanya.
[Kenaikan (Mikraj) manusia atas Tangga Makrifat]
Sejak saat saat permulaan
seseorang itu memulakan tangga kenaikan, dia mempunyai tajalli ketuhanan
menurut tangga yang dia daki. Setiap orang dari kalangan ahli Allah
mempunyai tangga khusus untuknya yang tidak ada orang lain mendakinya.
Jika seseorang boleh mendaki tangga orang lain, maka kenabian boleh
diperolehi. Dengan zatnya, setiap
tangga memberikan darjat khusus untuk orang yang mendakinya. Sekiranya
keadaan sebaliknya, ulama boleh memanjat tangga anbia dan memperolehi
kenabian dengan berbuat demikian. Keadaannya
tidak demikian. ‘Keupayaan ketuhanan’ akan hilang sekiranya perkara itu
berulang. Dalam pandangan kami, ianya sah bahawa tidak ada pengulangan
dalam kehadiran itu.
Walau bagaimanapun, semua langkah
bagi maksud – anbia, aulia, yang beriman, dan utusan – semuanya sama.
Satu tangga tidak mempunyai anak tangga yang lebih daripada tangga lain.
Langkah pertama ialah Islam. Ia adalah penyerahan. Langkah terakhir
ialah penghapusan (fana) dalam kenaikan itu dan berjalan terus dalam
perjalanan keluar itu. Apa yang tinggal ialah di antara dua mereka. Ia
adalah iman, ihsan, ilmu, kesatuan sejati (taqdis), ‘tiada-hubungan’
(tanzih), kekayaan, kemiskinan, kehinaan, kekuasaan, perubahan (talwin),
penetapan dalam perubahan itu, penghapusan (fana) jika kamu keluar dan
berjalan terus jika kamu masuk. Setiap langkah yang dalamnya kamu
tinggalkkannya mengurangkan pengetahuan tajalli dalam keseimbangan batin
kamu dengan apa yang bertambah pada zahir kamu sehingga kamu mencapai
langkah terakhir.
Jika kamu keluar dan mencapai
langkah terakhir, maka Dia menyata dengan Zat-Nya dalam zahir kamu
menurut nilai kamu dan kamu menyatakan-Nya dalam makhluk-Nya. Dalam
batin kamu tidak ada apa lagi yang tinggal dan tajalliyat kebatinan
meninggalkan kamu secara keseluruhannya. Apabila kamu dipanggil untuk
masuk, panggilan ini adalah langkah pertama yang akan dinyatakan kepada
kamu melalui tajalli dalam batin kamu menurut apa yang berkurangan bagi
tajalli itu dalam zahir kamu, sehingga kamu mencapai langkah terakhir.
Kemudian Dia dinyatakan kepada batin kamu dengan Zat-Nya dan tidak ada
tajalli sama sekali tinggal dalam zahir kamu. Sebab bagi yang demikian
ialah hamba dan Tuhan terus bersama, setiap satu dengan kewujudan yang
sempurna bagi dirinya: hamba tetap hamba dan Tuhan tetap Tuhan,
sekalipun berlaku pertambahan dan pengurangan ini.
Inilah sebab bagi pertambahan dan
pengurangan ilmu tajalliyat dalam zahir dan batin. Sebab bagi itu ialah
peraturan. Inilah sebabnya semua yang Allah ciptakan dan bawakan kepada
kewujudan dalam keasliannya adalah komposit (dalam keadaan banyak
bahagian tetapi merupakan kesatuan) – ia ada zahir dan batin. Apa yang
kami rujukkan sebagai anasir yang mudah (basa’it) adalah perkara yang
mudah difahami yang tidak ada kewujudan dalam sumbernya. Setiap benda
yang wujud, selain Allah, adalah komposit. Kami ketahui ini melalui
kasyaf yang benar yang tidak ada keraguan dalamnya. Ia mewajibkan
pergantungan yang sesuai kepada-Nya, kerana ia adalah gambaran yang
perlu bagi-Nya.
Jika kamu faham, kami sudah
jelaskan jalannya untuk kamu mulakan pendakian bagi diri kamu. Maka
mengembaralah! Dan naiklah! Kamu akan lihat dan saksikan apa yang sudah
kami jelaskan kepada kamu. Kami telah perincikan langkah-langkah
pendakian bagi kamu yang kami simpan bagi kamu dalam nasihat yang
berguna apabila Rasulullah s.a.w perintahkan kita melakukannya (dalam
hadis). Sekiranya kami ceritakan buah dan hasilnya kepada kamu tanpa
perincian jalannya kepada kamu, kami akan membuatkan kamu teringinkan
sesuatu yang besar yang kamu tidak ketahui jalan memperolehinya. Dengan
yang Esa yang diriku dalam tangan-Nya, ia adalah Mikraj.
“Allah katakan yang benar dan membimbing kepada jalan yang benar”.
Masa Yang Ada Masa Yang Ditentukan
[Mengenai masa yang ada dan masa yang ditentukan]
Bila engkau pastikan bahawa bahan masa
ditentukan dan diketahui melalui ilusi,
Seumpama alam semulajadi dalam memberi kesan kuasanya
Sumber alam semulajadi dan masa adalah tidak wujud.
Perkara-perkara ditentukan dengannya, tetapi ia tidak
mmeiliki sumber yang dengannya ia diputuskan.
Akal tidak mampu menyaksikan bentuknya
kerana sebab itu, kami katakan masa adalah ilusi.
Seandainya bukan kerana ‘tiada-hubungan’, kewujudan Allah tidak akan jadi
ditentukan olehnya. Maka Dia meninggi di dalam hati.
Bila kamu adil dengan akar masa daripada sebelum-masa
keputusannya ialah azali, dan ia dikawal.
Seperti kekosongan yang sambungannya tidak ada kesudahan dalam
badan lain melalui ilusi dan penjelmaan dalamnya.
[Kepertamaan Yang Haq dan Wujud-Nya dan kepertamaan alam maya dan wujudnya]
Ketahuilah, mula-mulanya, bahawa Allah adalah Permulaan
dan tiada yang lain mendahului-Nya, dan tiada apa yang bergantung
kepada-Nya memiliki kepertamaan tidak juga ada sesuatu yang mempunyai
sempadan yang sama dengan-Nya. Dia adalah Esa – maha suci Dia! dalam
kepertamaan-Nya. Tidak ada sesuatu yang wujudnya perlu dengan dirinya
sendiri melainkan Dia. Dia Kaya dengan Zat-Nya, tidak memerlukan kepada
sesiapapun. Allah berfirman,
“Allah itu Kaya daripada sebarang keperluan daripada sesiapa” (3:97) melalui bukti lojik dan Syariat.
Jadi wujud alam ini mestilah samada memiliki
kewujudannya yang daripada Allah kepada Diri-Nya, atapun perkara
tambahan yang bukan Dia kerana, seandainya itu adalah Dia, maka tidak
ada tambahan. Sekiranya itu adalah Dia, ia akan menjadi perkara yang
kompleks dalam dirinya dan kepertamaan akan menjadi kepunyaan perkara
tambahan itu. Kami telah tetapkan bahawa tiada kepertamaan kepada apa
sahaja dengan-Nya dan tidak juga sebelum-Nya.
Oleh kerana perkara tambahan itu bukan Diri-Nya, ia
mestilah wujud atau tidak wujud. Adalah mustahil ia menjadi tidak wujud.
Yang tidak wujud tidak dapat memiliki kesan untuk membawa kepada
kewujudan dalam apa yang dinyatakan sebagai tidak wujud, iaitu alam
maya. Jadi tidaklah daripada kedua-duanya itu yang lebih memiliki kesan
membawa kepada kewujudan melebihi yang satu lagi kerana kedua-duanya
adalah tidak wujud. Yang tidak wujud tidak memberi kesan kerana ia tidak ada.
Adalah mustahil ia menjadi wujud. Maka dalam itu ia
semestinya samada menjadi wujud dengan dirinya atau tidak. Mustahil
wujudnya terjadi dengan dirinya, kerana bukti sudah dinyatakan tentang
mustahil di sana ada kewujudan dua yang wujudnya perlu buat diri mereka.
Maka hanya tinggal kewujudannya oleh yang lain daripada dirinya, dan
tidak ada makna bagi kemungkinan alam maya melainkan kewujudannya adalah
oleh yang lain daripadanyha. Jadi ia adalah alam atau daripada alam.
Seandainya kewujudan alam maya ini adalah daripada Allah
melalui hubungan tertentu, sekiranya bukan kerana hubungan itu, alam
maya ini tidak mungkin wujud. Hubungan itu dipanggil kehendak atau
kemahuan atau ilmu atau apa sahaja yang kamu suka daripada kewujudan itu
pada keperluan yang harus. Jadi tanpa keraguan Yang Haq lakukan sesuatu
melalui hubungan tersebut. Keperluan tidak memberi makna melainkan ini,
dan ia adalah mustahil bagi Allah. Allah berfirman,
“Allah Maha Kaya, tidak memerlukan sesiapapun” (3:97).
Sekiranya dikatakan apa yang dimaksudkan dengan hubungan
ini sama seperti Zat-Nya, kami katakan benda ini tidak memrlukan
dirinya. Dia kaya dengan diri-Nya. Maka yang memerlukan adalah yang
tidak berpunya. Semua itu bagi Allah adalah mustahil. Kami nafikan
perkara tambahan. Itu memestikan bahawa kewujudan alam maya ini, oleh
kerana ia wujud daripada yang selainnya, terikat dengan Keperluan
kewujudan dengan Diri-Nya. Adalah mustahil sumber yang harus memebri
kesan kepada Keperluan kewujudan melalui Diri-Nya dengan
pembawaan-kepada -kewujudan. Perkara ini hanya mampu difahami demikian.
Kehendak, kemahuan, ilmu dan kuasa-Nya adalah Zat-Nya.
Allah meninggi atau melampaui dalam Zat-Nya. Sesungguhnya, Dia memiliki
kesatuan yang mutlak, dan Dia yang Esa, yang Tunggal, Allah, as-Samad
“yang tidak beranak”
yang seharusnya menjadi yang terdahulu
“tidak juga diperanakkan”
yang menjadi hasil,
“dan tiada sesuatu menyamai-Nya” (112:3-4),
maka kewujudan alam maya oleh-Nya adalah daripada dua dasar – daripada Yang Haq dan yang bersamaan. Allah melampaui sesuatu!
Demikianlah Dia nyatakan Diri-Nya dalam Kitab-Nya
apabila Rasulullah s.a.w ditanya tentang sifat Tuhannya. Kemudian Surah
al-Ikhlas diturunkan dan bebaskannya daripada dipersekutukan dengan yang
lain. Allah melampaui penyifatan dan gambaran yang murni itu. Tiada apa
yang Dia nafikan atau isbatkan dalam surah ini tetapi pengisbatan atau
penafian itu adalah apa yang sebahagian orang katakan tentang Allah.
[Hubungan azali dengan Allah seeprti hubungan masa dengan yang fana]
Kami telah terangkan bagaimana kita wajib berkehendak kepada-Nya – dan
Dia adalah allah, maha suci Dia! Kami akan perjelaskan lagi. Ketahuilah
hubungan azali dengan Allah adalah umpama hubungan amsa dengan kita.
Hubungan azali adalah sifat negatif tanpa sumber. Kewujudan bukan
daripada hakikat ini. Jadi masa adalah kepunyaan yang harus dengan
hubungan yang kewujudannya ilusi, bukan wujud, kerana dalam hal apa
sahaja yang kamu boleh bahagikan, kamu boleh tanya “bila” mengenainya.
Bila
adalah soalan tentang masa, masa mestilah perkara yang ilusi, bukan
wujud. Kerana sebab ini, Allah menunjukkan kepada Diri-Nya apabila Dia
berfirman,
“dan Allah mengetahui segala perkara” (33:40) “dan kepunyaan Allah segala perintah sebelum dan selepas” (30:4).
Dalam sunnah perkataan penanya disahakan bila dia bertanya, “Di manakah
Tuhan kita sebelum Dia ciptakan makhluk-Nya?” Sekiranya masa adalah
perkara yang wujud dalamnya, maka Allah yang melampaui pembatasan tidak
boleh dipakai kerana prinsip masa mengongkong-Nya. Maka kami perakui
bahawa bentuk-bentuk ini tidak ada perkara kewujudan di bawah mereka.
[Masa: mudah difahami dan terbukti]
Kemudian kami katakan manusia mempunyai pendapat yang
berbeza tentang ungkapan “masa” dan apa yang difahamkan dengannya dan
dibuktikan dengannya. Orang yang bijaksana menggunakannya dalam perkara
yang berbeza-beza. Kebanyakan mereka mengatakan ia adalah tempuh ilusi
yang disilang oleh pergerakan sfera-sfera. Mutakallimun menggunakannya
kepada sesuatu yang lain: perbandingan dalam-masa kepada dalam-masa
mengenai sesuatu yang ditanyakan “Bila?” Orang Arab menggunakannya untuk
memaksudkan malam dan siang. Ia terkeluar dari tajuk ini. Malam dan
siang membahagikan hari. Daripada terbitnya matahari hingga terbenamnya
dipanggil “hari siang”, dan daripada terbenamnya hingga terbitnya
dipanggil “malam”. Sumber yang dibahagikan ini dipanggil hari. Hari yang
diperkatakan ini menyatakan pergerakan yang lebih besar. Ianya hanya
dalam kewujudan yang khusus kewujudan Penggerak. ia bukanlah sumber
masa. Hasil daripadanya ditujukan kepada masa sebagai perkara ilusi yang
tidak ada kenyataan.
Oleh kerana ini sudah dipastikan, yang mudah difahami
yang ditentukan ditunjukkan oleh masa yang ada. Dengannya minggu, bulan
dan tahun dinyatakan. Mereka dipanggil hari-hari dan ditentukan dengan
hari kecil yang biasa yang dibahagikan kepada malam dan siang. “Masa
yang ditentukan” adalah apa yang menjadi tambahan kepada hari yang kecil
ini yang dengannya semua hari-hari besar ditentukan. Dikatakan,
“pada hari yang ukurannya seribu tahun menurut hitungan kamu,” (32:5)
dan
“pada hari yang ukurannya lima puluh ribu tahun hitungan kamu” (70:4).
[Bagaimana hari dikira pada zaman Dajjal]
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Pada hari Dajjal, satu hari seumpama setahun, satu hari umpama
satu bulan, dan satu hari umpama satu minggu, dan semua hari-harinya
adalah seperti hari kamu.”
Ini mungkin disebabkan oleh ketakutan yang amat sangat. Baginda membuang
kesamaran secara zahir pada akhir hadis bila Aisyah berkata, “Bagaimana
seseorang lakukan sembahyang pada hari itu?”. Baginda s.a.w menjawab,
“Seseorang itu akan tentukan”. Sekiranya bukan kerana perkara itu dalam
pergerakan sfera-sfera masih ada apa yang telah ada tanpa diganggu,
ianya tidak sah ia ditentukan dengan jam yang melalui bentuknya orang
yang berpengetahuan tentang ini bertindak dan melaluinya mereka tahu
masa pada hari yang dipenuhi oleh awan bila matahari tidak terbit.
Pada permulaan kemunculan Dajjal, akan ada banyak awan
dan ia akan mengikuti yang lain hingga ke tahap kewujudan siang dan
malam kelihatan sama kepada pandangan mata. Itu merupakan sat daripada
bentuk yang jarang berlaku akan berlaku pada masa hampit kiamat. Awan-awan
yang berbondong-bondong itu akan datang di antara kita dengan langit,
tetapi pergerakan langit adalah seperti biasa. Jadi pergerakan akan
muncul dalam peekrjaan yang sebenar yang akan diketahui oleh mereka yang
bertugas dengan ilmu mengenai kemunculan dan lakaran bintang-bintang.
Dengannya mereka tentukan malam dan siang dan jam bagi sembahyang tanpa
keraguan.
Jika hari itu yang satu tahun seperti satu hari, ianya
tidak diwajibkan bagi kita untuk tentukan sembahyang. Kita menantikan
tengahhari menurut matahari. Jika ia tidak turun, kita tidak lakukan
smebahyang Zuhur. Jika matahari berhenti dan tidak turun selama dua
puluh ribu tahun, Allah tidak mewajibkan kita sesuatu yang lain. Bila
Pemberi peraturan perintahkan kita beribadat menurut ketentuan, kita
tahu bahawa pergerakan sfera-sfera ada dalam kawasan itu dan strukturnya
tidak rosak.
[Satu masa (zaman fard) dan satu jauhar]
Kami telah nyatakan apakah masa itu dan apakah maksud
hubungan kewujudannya dan hubungan ketentuan. Di sana ada banyak
hari-hari, keduadua-nya kecil dan besar. Yang paling kecil di antara
mereka ialah satu masa yang berdasarkan kepadanya muncul
“setiap hari Dia di dalam urusan” (55:29).
Satu masa (zaman fard) dipanggil satu hari kerana “hal” yang
diperkatakan mengenainya adalah masa yang paling kecil dan paling halus.
Tidak ada sempadan bagi hari-hari yang besar yang padanya ia berhenti.
Di antara mereka ialah hari pertengahan, yang pertama ialah hari biasa
diketahui umum yang dibahagikan kepada jam. Jam dibahagikan kepada minit
dan minit dibahagikan kepada saat dan seterusnya sehingga ke infiniti
bagi sesetengah manusia. Mereka bahagikan minit kepada saat. Bila
keputusan nombor-nombotr memasuki mereka, keputusannya ialah nombor itu
dan nombor tidak berakhir maka pembahagian juga tiada kesudahan.
Sebahagian manusia bercakap tentang akhiran dalam yang demikian dan
melihatnya dalam hubungan nombor. Merekalah yang menyatakan masa ada
sumber kewujudan. Semua yang masuk kepada kewujudan sampai kepada
akhirannya tanpa keraguan lagi. Yang berlawanan dengan mereka mengatakan
“yang dinomborkan” oleh kerana ia dinomborkan, tidak masuk ke dalam
kewujudan maka ia tidak digambarkan sebagai pergi kepada akhiran kerana
nombor tidak digambarkan sebagai berakhir. Mereka yang menafikan “zat
yang satu (satu jauhar)” membawa ini sebagai hujah. Tubuh dibahagikan
terus menerus dalam akal. Ianya hanya perkara yang dipertikaikan oleh
mereka yang membuat spekulasi yang kurang dalam pertimbangan yang wajar
dan penyelidikan dalam apa yang dibuktikan oleh ungkapan. Ianya
berhubung dengan hadis yang sahih bahawa masa (dahr) adalah salah satu
nama Allah. Keadaan masa yang mudah difahami sudah diketahui umum dan
kami akan nyatakannya, Insya’ allah, dalam buku ini.
“Allah katakan yang benar dan memimpin ke jalan yang benar”.
Rahsia Syariat dan Nama Ilahi
[Mengenai rahsia Syariat, zahir dan batin, dan Nama Ilahi yang membawanya kepada kewujudan]
Yang Memiliki Keagungan menuntut keagungan daripada Yang Memiliki Keagungan.
Lalu Yang Memiliki Keagungan enggan menyaksikan selain keagungan.
Apabila dia menyaksikan kewujudan keperkasaan Allah,
hamba Allah bermain mata.
Dia sejahtera dengan dirinya
bangga, sombong, meninggi diri, bongkak.
Dia beritahunya tentang Syariat yang dipelihara
lalu kuasanya menghinanya sungguh-sungguh.
Hamba menjerit dengan kehilangan dan kehinaan,
“Wahai Engkau yang keagungan-Mu dimuliakan dan ditinggikan!”
[Nama-nama Ilahi adalah bahasa bagi suasana yang sesuai dengan hakikat-hakikat]
Allah berfirman,
“Katakanlah: Sekiranya di bumi ini kedapatan malaikat berjalan
dengan aman. Kami tentunya akan utuskan daripada langit kepada mereka
malaikat juga yang menjadi Utusan” (17:95)
dan Dia berfirman,
“Kami tidak datangkan hukuman sehinggalah Kami hantarkan Utusan” (17:15).
Ketahuilah bahawa Nama-nama Ilahi mempunyai lidah hal
yang sesuai dengan hakikat-hakikat mereka. Penuhilah diri kamu dengan
apa yang kamu dengar dan jangan khayalkan yang berbilang-bilang atau
perkumpulan yang bebas bertindak sendiri. Dalam tajuk ini banyak
daripada hakikat-hakikat yang mampu difikirkan akan disusun menurut
hubungan itu, bukan menurut sumber kewujudan. Zat Allah adalah Esa
sebagaimana keadaan zat. Daripada pandangan itu kewujudan kita,
keperluan dan kemungkinan, kita ketahui bahawa kita mesti ada sesuatu
yang harus yang boleh kita pegangi. Dasar yang daripadanya kewujudan
kita tuntuti mesti ada beberapa asbab. Nabi memanggil mereka Wahai
Nama-nama Yang Paling Indah. Dia memanggil diri-Nya “Berkata-kata”
melalui mereka oleh kerana Dia berkata-kata dalam darjat kewujudan bagi
Wujud ketuhanan-Nya yang tidak boleh dikongsikan. Sesungguhnya Dia
adalah Tuhan yang Esa. Tiada Tuhan kecuali Dia.
[Pertemuan Nama-nama dalam hadrat Yang Dinamai dan kenyataan keputusan mereka]
Selepas kepastiannya pada permulaan perkara ini dan
keutamaan dan penguasaan dalam alam yang mungkin ini, saya katakan
bahawa nama-nama dikumpulkan bersama dalam hadrat (kehadiran) yang di
Namai. Mereka menyaksikan hakikat-hakikat mereka dan maksudnya dan
memintakan kenyataan bagi keputusan mereka agar sumber mereka akan
terpisah daripada kesannya. Pencipta adalah Dia Yang Menentukan, Yang
Mengetahui, Yang Mentadbir, Yang Membezakan, Yang Membentuk, Yang
Memulakan, Yang Mengulangi, Dia yang mengadakan kematian, Yang Mewarisi,
Yang Bersyukur. Semua nama-nama Ilahi memandang kepada zat mereka,
tetapi tidak melihat apa yang sudah diciptakan, diuruskan, dibezakan
atau dibekalkan. Mereka berkata, “Bagaimana ada tindakan kecuali
sumber-sumber ini dinyatakan yang dalamnya keputusan kami muncul lalu
penguasaan kami menyata?”
Jadi selepas kemunculan sumber bagi alam, Nama-nama
Ilahi yang sebahagian daripada hakikat alam tuntutkan mencari
perlindungan Nama, al-Bari (Permulaan). Mereka berkata kepada-Nya,
“Bolehkah Engkau bawakan kepada kewujudan sumber-sumber ini agar menyata
keputusan kami dan penguasaan kami didirikan kerana kehadiran yang kami
berada di dalamnya tidak menerima kesan kami?” Al-Bari berkata, “Itu
mesti dirujukkan kepada Nama, Yang Berkuasa. Aku di bawah kuasa-Nya”.
[Yang harus dalam suasana mereka yang tidak wujud dan bagaimana sumber mereka muncul]
Asas ini ialah dalam keadaan mereka tidak wujud, ‘yang
mungkin’ membuat permohonan kepada Nama-nama Ilahi daripada keadaan
kehinaan dan pergantungan. Kata mereka, “Ketidakwujudan membutakan kami
daripada pengertian satu sama lain dan kepada mengenali apa yang kami
berhutang denganmu. Jika kamu menyatakan sumber kami dan pakaikan kami
dengan pakaian wujud, kamu merahmati kami dengannya dan kami akan
menanggung kemuliaan dan ketinggian itu kewajipan berhubung dengan kamu.
Penguasaan adalah sah bagi kamu dalam kenyataan kami yang sebenarnya.
Kini kamu adalah Tuan bagi kami semua melalui kuasa dan keupayaan.
Inilah yang kami cari daripada kamu adalah lebih banyak daripadanya
dalam hubungannya dengan kami.” Nama-nama menjawab, “Ini, apa ‘yang
mungkin’ katakan itu adalah sah.” Mereka bergerak untuk mencari yang
demikian.
Kemudian mereka menghadap nama, al-Qadir (Yang
Berkuasa). Dia berkata, “Aku di bawah penguasaan Yang Menjadikan. Aku
tidak boleh membawa sebarang sumber daripada kamu kepada kewujudan
melainkan dengan arahan-Nya. Tidak ada yang mungkin bagi-Ku kecuali
perintah daripada Yang Memerintah datang kepadanya daripada Tuhannya.
Apabila Dia perintahkannya supaya mengambil bentuk dan berkata, ‘Jadi!’
maka Aku boleh melakukannya dan hubungkannya kepada pembawaannya kepada
kewujudan, maka Aku berikannya bentuk dari saat itu. Pergilah kepada
nama Yang Menjadikan. Boleh jadi Dia akan berkenan dan jadikan lebih
berpengaruh aspek kewujudan di atas aspek tidak wujud. Yang Memerintah,
Yang Berkata-kata dan Diri-Ku akan bergabung bersama dan membawa kamu
kepada kewujudan.”
Mereka pergi kepada nama, Yang Menjadikan, dan berkata
kepada-Nya, “Kami telah bertanyakan nama Yang Berkuasa, untuk membawa
sumber kami kepada kewujudan. Dia merujukkan perkara ini kepada kamu.
Apakah kata kamu?” Yang Menjadikan berkata, “Yang Berkuasa berkata
benar, tetapi aku tidak memiliki berita tentang nama Yang Mengetahui
telah putuskan berhubung dengan kamu, samada ilmu-Nya untuk membawa kamu
kepada kewujudan sudah mendahului secara khusus ataupun tidak. Aku di
bawah penguasaan nama Yang Mengetahui. Pergilah kepada-Nya dan ceritakan
hal kamu”.
Mereka kemudian pergi kepada nama, yang Mengetahui, dan
menceritakan kepada-Nya apa yang nama, Yang Menjadikan katakan kepada
mereka. Yang Mengetahui berkata, “Yang Menjadikan berkata benar. Ilmu-Ku
mengenai kamu keluar kepada kewujudan sudahpun mendahului, tetapi adab
adalah lebih sesuai. Di sana ada hadrat (kehadiran) yang mengawal kita,
dan ia adalah nama Allah. Kita mesti menghadap-Nya, kerana ia adalah
kehadiran bagi perkumpulan.”
Semua nama-nama berkumpul dalam kehadiran Allah. Dia
berkata, “Apakah keperluan kamu?” Mereka menceritakan kepada-Nya. Dia
berkata, ” Aku adalah nama yang mengumpulkan semua hakikat-hakikat kamu.
Aku adalah bukti bagi yang dinamakan, dan ianya adalah Zat yang murni
yang memiliki sifat kesempurnaan dan ‘tiada-hubungan’ (tanzih). Tunggu
sehingga Aku masuk kepada pembuktian-Ku.” Dia pergi kepada
pembuktian-Nya dan memberitahu-Nya apakah yang dikatakan oleh ‘yang
mungkin’ kepada-Nya dan apa yang nama-nama rundingkan. Dia berkata,
“Pergilah dan beritahu setiap Nama itu agar mengikat dirinya kepada apa
yang hakikatnya tuntut dalam ‘yang mungkin’ itu. Aku adalah Esa dengan
Diri-Ku dalam hubungan Diri-Ku. ‘Yang mungkin’ memerlukan darjat-Ku, dan
darjat-Ku memerlukan mereka. Semua Nama-nama Ilahi kepunyaan darjat
itu, bukan kepada-Ku, kecuali untuk Yang Esa. Ia adalah Nama khusus
bagi-Ku, dan tidak ada yang berkongsikannya dengan-Ku dalam hakikatnya
dalam aspek apa sekalipun, samada di kalangan nama-nama, darjat atau
‘yang mungkin’.
[Perseimbangan yang diketahui, had yang ditentukan dan Imam yang dipelihara]
Nama Allah keluar, dan dengan-Nya keluar nama, Yang Berkata-kata, untuk
menterjemahkan bagi-Nya kepada ‘yang mungkin’ dan Nama-nama. Dia
nyatakan kepada mereka apa Yang Dinamakan nyatakan. Maka Yang
Mengetahui, Yang Menjadikan, Yang Berkata-kata dan Yang Berkuasa
dihubungkan, dan ‘yang mungkin’ pertama muncul, melalui pilihan Yang
Menjadikan dan keputusan Yang Mengetahui.
Apabila sumber dan kesan muncul dalam makhluk, sebahagian mula menekan
yang lain dan mengatasi mereka menurut apa yang mereka diasaskan
daripada nama-nama dan ini membawa kepada perselisihan dan perbalahan.
Mereka berkata, “Kami bimbang susunan kami akan menjadi buruk dan kami
akan disatukan dengan yang tidak wujud yang kami berada dalamnya”. ‘Yang
mungkin’ mengingatkan Nama-nama tentang apa yang telah diberitahu
kepada mereka oleh Nama-nama, Yang Mengetahui dan Yang Mentadbir. Mereka
berkata, “Wahai Nama-nama! Jika keputusan kamu di atas perseimbangan
yang diketahui, dan had yang ditentukan oleh Penghulu yang kamu
rujukkan, kewujudan kami akan dipelihara untuk kami dan kami akan
pelihara kesan kamu di atas kami untuk kamu. Itu adalah lebih baik bagi
kami dan kamu. Jika tidak, kami akan musnah dan hilang”. Mereka berkata,
“Ini adalah pendapat yang berguna dan benar”. Maka mereka lakukan yang
demikian.
Mereka berkata, “Nama, Yang Mentadbir, adalah
yang menentukan hal kamu”. Mereka pergi kepada Yang Mentadbir membawa
hal mereka. Dia berkata, “Aku akan lakukannya”.
Dia masuk dan muncul dengan perintah Hakikat kepada
Nama, Rab. Dia berkata kepada-Nya, “Lakukan apa yang kemanfaatan
perlukan bagi menjadikan sumber kepada yang mungkin ini
berkesinambungan”. Dia melantik dua menteri untuk membantu-Nya
sebagaimana perintah-Nya. Satu ialah Nama Yang Mentadbir dan satu lagi
Nama Yang Membezakan. Allah berfirman,
“Dia mentadbir urusan itu dan membezakan tanda-tanda. Boleh jadi kamu menjadi yakin akan pertemuan dengan Rab kamu” (13:2)
iaitu Imam (Penghulu). Jadi perhatikan betapa bijaknya perkataan Allah
bila Dia bawakan ayat menurut suasana yang mewajibkan hal itu
didasarkan!
[Polisi (dasar) yang bijak dan peraturan yang lazim]
Nama, Rab, tentukan had bagi mereka dan letakkan peraturan bagi mereka
untuk kebaikan kerajaan itu dan sebagai ujian siapakah di antara mereka
yang baik amalannya. Allah letakkannya kepada dua lategori. Satu
kategori dipanggil polisi yang bijaksana yang Dia letakkan dalam sifat
diri-diri mereka yang ternama. Had yang ditentukan dan dan peraturan
yang digariskan melalui kuasa yang mereka temui dalam diri mereka dalam
setiap bandar, arah dan cuaca, menurut penyusunan tempat itu dan
pembawaan mereka perlukan melalui ilmu mereka mengenai apa yang sesuai
dengan kebijaksanaan. Mereka panggilnya peraturan (nawamis) yang
bermakna “sebab-sebab bagi kebaikan” kerana dalam penggunaan teknikal,
Namus adalah yang membawa kebaikan. Pengintai (jasus) adalah yang
berurusan dengan kejahatan.
Nawamis adalah peraturan kebijaksanaan yang digubalkan oleh manusia yang
bijaksana, datangnya daripada ilham yang dari Allah padahal mereka
tidak menyedarinya. Yang demikian adalah bagi kebaikan dunia,
peraturannya dan hubungannya dalam tempat-tempat yang Syariat Ilahi
tidak sampai, tidak juga ilmu tentang Yang Esa yang menurunkan peraturan
ini dan perkara ini membawa hampir dengan Allah, mewarisi syurga atau
neraka bukan juga sesuatu daripada asbab Alam Kemudian. Mereka tidak
tahu adanya Alam Kemudian dan kebangkitan jasad selepas mati dalam
bentuk jasad yang asli dan akan ada makanan, minuman, pakaian,
persetubuhan dan keseronokan, dan dalamnya akan ada seksaan dan azab.
Kewujudan yang demikian adalah harus, dan ketidak-wujudannya juga harus.
Mereka tidak mempunyai bukti yang satu daripada dua itu lebih berat
daripada yang satu lagi.
“Mereka melahirkan kependetaan” (57:27).
Oleh sebab itu asas peraturan mereka dan manfaatnya adalah untuk menjadikan faedah terlaksana di sini.
Dalam diri mereka, mereka memiliki ilmu Ilahi: tauhid
tentang Allah dan ketinggian serta kemuliaan yang mesti ada dengan-Nya,
sifat-sifat tanzih (tiada-hubungan) dan ketidak-wujudan sebarang tara
atau persamaan. Orang yang menyaksikan yang demikian dan yang
mengetahuinya menceritakannya kepada yang lain. Mereka menggalakkan
orang ramai supaya melakukan penyelidikan yang benar dan mengajar mereka
bahawa akal, dalam hubungan pemikirannya, ada had yang padanya ia
berhenti dan tidak berupaya melepasinya, dan bahawa Allah kurniakan
ilham suci kepada hati-hati sebahagian hamba-hamba-Nya yang dengannya
Dia ajarkan kepada mereka ilmu yang langsung daripada-Nya agar ia tidak
menjadi mustahil bagi mereka. Allah pertaruhkan kepada alam langit
perkara-perkara yang dirumuskan melalui adanya kesan mereka pada alam
anasir. Dia berfirman,
“Dia bukakan pada setiap langit peraturannya” (41:12).
Mereka mencari hakikat diri mereka melalui apa yang
mereka lihat – apabila jasad yang berbentuk ini mati, tidak ada daripada
pancaindera yang kurang. Lalu mereka tahu bahawa yang menyaksikan dan
yang menggerakkan tubuh fizikal ini adalah unsur lain yang menjadi
tambahan kepadanya. Mereka mencari unsur tambahan itu, maka mereka
mengenali diri mereka. Kemudian mereka melihat apa yang diketahui
sesudah kejahilan. Mereka tahu bahawa sekalipun ianya tubuh yang paling
mulia, ianya disertai oleh kemiskinan dan kehilangan. Mereka mencari
puncanya dengan penyelidikan, bergerak dari satu benda kepada yang lain.
Bila sahaja mereka sampai kepada sesuatu perkara, mereka melihatnya
memerlukan sesuatu yang lain sehinggalah pemerhatian membawa mereka
kepada sesuatu yang tidak memerlukan apa-apa bukan juga serupa dengan
sesuatu yang menyerupai sesuatu dan tidak juga sesuatu menyerupainya.
Mereka berhenti padanya dan berkata, “Inilah Yang Pertama”. Ia mestinya
Yang Satu dengan zatnya dalam hubungan zatnya, dan kepertamaannya tidak
menerima yang kedua, tidak juga keesaan-Nya kerana Dia tidak mempunyai
keserupaan dan tidak juga persamaan. Mereka mengesakan-Nya dengan tauhid
wujud. Apabila mereka melihat yang demikian, dengan diri mereka, ‘yang
mungkin’ tidak memiliki penguasaan dengan zat mereka, mereka tahu bahawa
Yang Satu ini memberikan mereka kewujudan. Mereka memerlukan dan
bergantung kepada-Nya dan kepada kekuatan-Nya untuk melepaskan daripada
mereka semua yang dengannya zat mereka digambarkan. Inilah batas akal
(dalam pemikiran).
[Polisi Syariat dan peraturan Ilahi]
Demikianlah kami jelaskan tentang mereka. Apabila
seseorang dari kalangan mereka muncul yang mereka anggapkan orang itu
tidak mempunyai darjat dalam ilmu untuk mereka percaya, dan mempunyai
fikiran yang benar serta perhatian yang wajar, dan kemudian orang itu
berkata kepada mereka, “Aku adalah Utusan Aallah kepada kamu,” mereka
berkata, “Keadilan lebih sesuai. Lihatlah kepada dasar pengakuan itu.
Adakah dia mengaku sesuatu yang mungkin ataupun mustahil?” Mereka
berkata, “Sudah teguh pegangan dengan kami bahawa Allah memiliki
limpahan suci yang Dia boleh kurniakan kepada sesiapa yang Dia kehendaki
sebagaimana Dia limpahkannya kepada roh-roh sfera-sfera dan akal-akal
ini. Semuanya berkongsikan kemungkinan. Tidak ada daripada ‘yang
mungkin’ itu lebih berhak daripada yang lain dalam apa ‘yang mungkin’.
Terpulang kepada kami untuk melihat kepada kebenaran orang yang membuat
pengakuan itu atau melihat samada dia berbohong atau tidak. Kami tidak
simpulkan salah satu daripada dua pendapat ini tanpa bukti. Ia adalah
adab yang buruk dengan ilmu kami”.
Mereka berkata, “Adakah kamu mempunyai bukti tentang
kebenaran pengakuan kamu?” Dia membawakan kepada mereka bukti-bukti, dan
mereka memerhatikan keterangan dan bukti-buktinya. Mereka memerhatikan
untuk mengetahui apakah yang orang ini miliki daripada maklumat-maklumat
mengenai hasil pemikiran dan apakah yang dia tidak perakui mengenainya.
Mereka mengetahui bahawa sebagaian daripada yang dibukakan dalam setiap
langit oleh Yang Esa, yang membukakan pada setiap langit peraturannya,
adalah mengenai kedatangan orang ini dan apa yang dia bawakan. Mereka
bersegera kepadanya dengan mempercayai dan memperakuinya. Mereka
mengetahui bahawa Allah telah memperkenalkannya dengan apa yang Dia
telah amanahkan dalam makrifat alam tinggi yang pemikiran mereka tidak
sampai. Kemudian Dia berikannya sebahagian daripada makrifat Allah yang
mereka tidak miliki.
Mereka melihat bahawa Dia menurunkan ilmu mengenai Allah
kepada manusia biasa, pendapat yang lemah, adalah dengan yang demikian
sesuai bagi akalnya dalam yang demikian, dan kepada manusia yang berakal
cerdas dan pemerhatian yang kuat adalah juga dengan yang demikian
sesuai bagi akalnya dalam yang demikian. Mereka tahu bahawa lelaki itu
telah menerima wahyu Ilahi yang melampaui tahap akal, dan bahawa Allah
telah mengurniakan kepadanya sebahagian ilmu mengenai-Nya dan kekuasaan
keatasnya yang Dia tidak berikan kepada mereka. Mereka memperkatakan
nikmat-Nya dan kelebihan yang Dia kurniakan kepadanya melebihi mereka.
Mereka percaya kepadanya dan perteguhkan dan mengikutinya. Dia adakan
bagi mereka amalan yang membawa seseorang hampir dengan Allah dan dia
ajarkan mereka apa yang Allah ciptakan dari yang mungkin yang tidak
kelihatan bagi mereka, dan apa yang Dia akan bentukkan dalam mereka pada
masa akan datang. Dia ceritakan kepada mereka tentang
Dihidupkan-semula, Kebangkitan, Dikumpulkan, Syurga dan Neraka.
[Asas pembentukan Syariat yang suci dalam dunia ini]
Kemudian Rasul-rasul diutuskan silih berganti pada masa
dan suasana yang berlainan. Setiap mereka memperakui sahabat mereka.
Mereka tidak berbeza sama sekali dalam prinsip asas yang atasnya mereka
pegang dan yang mereka tunjukkan, sekalipun perutusan berbeza.
Undang-undang Tuhan diturunkan dan perutusan juga diturunkan. Perutusan
menurut masa dan suasana sebagaimana firman-Nya,
“Kami tentukan peraturan (Syariat) dan amalan bagi setiap orang daripada kamu” (5:48).
Prinsip asas mereka bersamaan tanpa ada percanggahan dalamnya.
Mereka mengadakan perbandingan di antara risalat nabi
yang datang daripada Allah dengan apa yang ahli falsafah tetapkan
mengenai peraturan kata-kata falsafah yang mereka anggap sebagai hasil
proses pemikiran. Mereka ketahui bahawa perkara ini lebih lengkap dan ia
daripada Allah tanpa keraguan. Oleh itu mereka menerima apa yang dia
ajarkan kepada mereka daripada alam ghaib dan mereka percaya bahawa
kepada Utusan-utusan. Tidak ada dari kalangan mereka yang membantah,
tetapi sebahagiannya tidak memberikan keyakinan yang penuh kepadanya dan
ilmunya dan mereka
“menurut hawa nafsu” (7:178)
dan melantik pemimpin dari kalangan mereka sendiri. Mereka jahil tentang
diri mereka yang sebenar dan nilainya, dan mereka jahil tentang Tuhan
mereka.
Akar dan sebab bagi diturunkan Syariat kepada dunia ini
ialah untuk menjadikan dunia ini dalam keadaan sejahtera dan perakuan
tentang apa yang tidak diketahui daripada Allah yang tidak diterima oleh
akal, iaitu apa yang akal tidak miliki sendirinya dalam hubungan
pemerhatiannya. Jadi Kitab diturunkan yang mengandungi ilmu ini, dan
lidah Nabi dan rasul membacakannya. Dengan demikian orang yang berakal
menegtahui bahawa mereka kekurangan dalam perkara penegtahuan mengenai
Allah yang Rasul-rasul memilikinya dengan sempurna.
[Manusia berakal yang sebenarnya dan mereka yang memiliki kekhuatiran,
perselisihan dan perkataan-perkataan]
Dengan menggunakan manusia yang berakal, saya tidak
maksudkan mutakallimun hari ini menurut kebijaksanaannya. Yang saya
maksudkan ialah sesiapa yang mengikuti jalan Rasulullah s.a.w dengan
memerhatikan dirinya, membentuk disiplin diri, bermujahadah, berkhalwat
dan persediaan untuk kedatangan waridat yang akan datang ke dalam hati
mereka apabila sifat mereka menjadi sebahagian daripada alam atas yang
dalamnya pembukaan diberikan dalam langit yang tinggi. Mereka ini, iaitu
mereka yang berakal, mengadakan celoteh, ucapan dan perbahasan dengan
mereka yang menggunakan fikiran dalam perkara yang diperkatakan yang
dikeluarkan oleh yang terdahulu. Mereka tidak melihat perkara itu
daripada apa yang orang-orang itu perolehi. Begitulah keadaan kita hari
ini, mereka tidak ada nilai dengan sebarang manusia berakal. Mereka
memperolok-olokkan dan merendahkan hamba-hamba Allah, dan mereka hanya
menghormati orang sama taraf dengan mereka. Kecintaan kepada dunia ini
menguasai jiwa mereka, begitu juga cita-cita kepada pangkat dan
kedudukan. Allah menghinakan mereka sebagaimana mereka menghina ilmu dan
Dia merendahkan mereka. Dia jadikan mereka pergi kepada pintu-pintu
raja dan gabernor yang jahil. Raja dan gabernor itu menghina mereka.
Perkataan orang-orang seperti itu tidak penting.
“Allah telah metrikan hati mereka” (7:2),
“jadikan mereka pekak dan adakan tutupan atas pandangan mereka” (47:23)
walaupun mereka mengaku merekalah yang terbaik di dalam dunia ini. Ahli
feqah dan mufti yang di dalam naungan Allah adalah lebih baik daripada
mereka sekalipun mereka kurang ketelitiannya dalam segala aspek. Orang
yang mempunyai keyakinan, sekalipun dia mengambilnya melalui tiruan,
berada dalam suasana yang lebih baik daripada mereka yang berakal itu
dalam apa yang mereka dakwakan. Jauh sekali daripada kedudukan seorang
yang berakal dengan keadaan mereka yang demikian!
Kami telah menyaksikan sebahagian daripada mereka yang
merupakan orang-orang yang paling mengetahui tentang skop Rasul-rasul
dan mengikuti sunnah dengan bersungguh-sungguh, dan sangat memelihara
Sunnahnya, ahli makrifat mengenai apa yang perlu mengenai keagungan Yang
Haq dalam ketinggian, mengetahui apa yang Allah kurniakan kepada
hamba-hamba-Nya di kalangan Nabi-nabi dan pengikut mereka dari kalangan
aulia di atas jalan mengenali Allah dari arah limpahan suci yang pilihan
yang terkeluar daripada pengajaran yang biasa pada jalan pembelajaran
dan mujahadah yang akal tidak mampu mencapainya melalui pemikirannya.
Saya dengar salah seorang daripada orang yang terkenal
dari kalangan mereka, yang telah menyaksikan sebahagian daripada apa
yang Allah telah bukakan kepada saya mengenai ilmu tentang-Nya tanpa
pemikiran dan pembacaan. Ianya daripada khlawat khusus yang saya lakukan
dengan Allah ketika saya tidak berada bersama-sama mereka yang mencari.
Dia berkata, “Segala puji bagi Allah yang mengizinkan daku berada dalam
zaman yang dalamnya daku melihat seseorang yang Allah kurnikan rahmat
daripada-Nya dan ilmu daripada hadrat-Nya!” Allah kurniakan rahmat
kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah memiliki nikmat yang luas.
“Allah katakan yang benar dan memimpin kepada jalan yang benar”.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3: ALLAH MELAMPAUI SEGALA SESUATU
Mengenai Allah yang tanzih (putus hubungan) daripada sebarang bentuk tasybih (ada-perhubungan) atau penjelmaan, terkandung di dalam ayat-ayat yang menunjukkan dengan jelas keadaan-Nya di dalam Kitab-Nya atau melalui lidah Rasul-Nya.
“Maha suci Allah dan maha tinggi, melampaui apa yang mereka katakan.” (17:43).
Pada penyaksian hamba terhadap Tuhannya
dalam ketulenan dan putusnya kekuatan
dan ketinggiannya daripada dihubungkan dengan “bagaimana”
atau yang seumpamanya
adalah petanda yang memberikan keputusan muktamad
tentang kedudukan hamba dan pujiannya
keteguhan pengetahuan dan pengesahannya
dan penolakan terhadap tuduhan dan perubahan
[Segala pengetahuan dibekalkan kepada Akal Awal]
Ketahuilah yang menanggung segala ilmu, baik mengenai yang di langit mahupun yang di bumi, adalah Akal yang menerimanya daripada Allah s.w.t tanpa perantaraan. Tiada sebarang pengetahuan mengenai makhluk alam tinggi dan alam rendah tersembunyi daripadanya. Semuanya datang daripada kurniaan dan kemurahan-Nya, dan daripada penerangan-Nya, cahaya-Nya dan ketulenan limpahan-Nya. Akal mempelajari daripada Allah s.w.t dan ia mengajar kepada diri. Diri yang belajar daripada Akal melahirkan tindakan. Ia meliputi sekalian pengetahuan mengenai apa yang berhubungan dengan Akal , iaitu segala yang di bawah daripadanya. Kita disempadani oleh “apa yang di bawah daripadanya” dalam hubungan pembelajaran yang dikatakan. Berhati-hati bila kamu fikirkan, ingatlah Allah s.w.t berfirman, “sehingga Kami tahu” 47:31).
Dia yang mengetahui segala-galanya, oleh itu akuilah sumber segala sesuatu.
[…melainkan dunia yang membingungkan]
Ketahuilah bahawa dunia yang menipu-daya ini tidak mempelajari apa-apa daripada Akal Awal, dan Akal Awal tidak ada kuasa terhadap mereka yang dibingungkan oleh cinta dunia. Mereka dan dunia yang membingungkan itu berada pada taraf yang sama, seperti individu-individu yang keluar daripada kawalan Kutub, walaupun Kutub itu sendiri adalah satu daripada individu-individu. Tetapi Akal dipilih untuk menyampaikan sebagaimana Kutub dipilih bagi pengangkatan di kalangan individu.
[…dan melainkan pengetahuan mengenai tauhid tajrid (pengasingan)]
Prinsip pengajaran Akal kepada apa yang di bawahnya menjadi kenyataan pada semua, bahawa tiap sesuatu ada perhubungan dengan pengetahuan Akal – melainkan bagi ‘tauhid tajrid (tauhid pengasingan)’. Kaedah tauhid tajrid berbeza daripada segala perkara yang diketahui dalam semua hal, kerana dalam kaedah ini tidak ada sebarang hubungan di antara Allah s.a.w dengan ciptaan-Nya, walaupun jika ‘hubungan’ itu digunakan pada hal tertentu sebagaimana yang dilakukan oleh Imam Abu Hamid al-Ghazali di dalam bukunya dan juga oleh beberapa orang lain. Itu adalah satu gaya penyampaian, dan ianya sangat berbeza daripada kebenaran. Hubungan apakah yang ada di antara sesuatu yang disempadani oleh masa dengan yang melampaui masa. Atau bagaimanakah diadakan persamaan terhadap Dia yang tidak mungkin ada persamaan, dengan sesuatu yang menerima persamaan. Ini adalah tidak mungkin seperti kata Abu’l-‘Abbas ibn al-‘Arif as-Sanhaji dalam Mahasin al-Majalis, “Tidak ada perhubungan di antara Allah dengan hamba kecuali urusan. Di sana tidak ada asbab melainkan keputusan dan tidak ada masa melainkan azali. Apa juga yang lain adalah kegelapan dan kekaburan yang menipu daya.” Satu kelainan mempunyai ‘pengetahuan’ menggantikan ‘kegelapan’. Perhatikanlah betapa unggulnya perkataan ini dan betapa lengkapnya makrifat Allah ini dan betapa tulen musyahadahnya. Semoga Allah mengurniakan faedah kepada kita melalui perkataannya.
[Kelemahan akal dalam mencapai makrifat tentang Allah]
Pengetahuan tentang Allah terlalu sukar bagi keupayaan yang ada pada akal dan diri untuk mengerti, melainkan sekadar pengakuan bahawa Dia wujud dan suci. Akal yang waras mengakui bahawa Allah berlainan daripada apa yang dikatakan tentang-Nya, baik dalam bentuk nyata atau khayalan, dalam apa juga anasir atau apa sahaja. Khayalan tidak sampai kepada kebenaran tentang-Nya. Ungkapan juga tidak mampu menerangkan hal-Nya seperti menerangkan tentang makhluk. Ianya digunakan itu hanyalah untuk memudahkan pendengar memahami akan keteguhan wujud menurut apa yang mampu diterima oleh pendengar, bukan untuk mengemukakan yang sebenarnya tentang Yang Haq. Allah berfirman,
“Tiada sesuatu menyerupai-Nya” (47:19).
Walau bagaimanapun, mengenal Allah adalah fardu bagi kita menurut peraturan Syariat kerana Allah berfirman kepada Rasulullah s.a.w,
“Ketahuilah, bahawa tiada Tuhan melainkan Allah” (47:19).
Dia mengatakan, “Kenalilah Aku melalui perkhabaran daripada-Ku, yang harmoni dengan renungan kamu supaya kepercayaanmu akan melahirkan pengetahuan yang benar, seperti boleh jadi benarnya pengetahuan yang menimbulkan tidak percaya yang datang melalui kepastian”. Jadi, keadaannya adalah demikian.
Oleh kerana sebahagian orang berpandangan dan berpendapat demikian, kita renungkan tentangnya untuk melihat bagaimana makrifat mengenai-Nya boleh dicapai. Kita kaji secara adil dan munasabah. Akal yang sempurna tidak berupaya mencapainya melalui usaha dan ikhtiar yang gigih. Kita hanya mencapai kepada makrifat mengenai-Nya melalui ketidakupayaan untuk mengenali-Nya. Sesuatu yang wujud yang tidak menyerupai sesuatu dan tidak boleh difikir dan dikhayalkan, bagaimana mungkin akal menguasai perkara ini? Hal ini tidak boleh berlaku sekalipun pengetahuan mengenai kewujudan-Nya diyakini sunguh-sungguh. Kita tahu bahawa Dia wujud dan Esa pada Zat-Nya. Ini adalah pengetahuan yang dituntut daripada kita, bukanlah kita mengetahui hakikat Zat-Nya yang Dia ketahui, yang Dia miliki. Ini adalah pengetahuan tanpa pengetahuan, yang dituntut daripada kita. Dia tidak menyerupai sebarang makhluk dalam pandangan akal, dan tidak ada sesuatu yang menyerupai-Nya. Ia menjadi fardu kepada kita apabila dikatakan kepada kita, “Ketahuilah tiada Tuhan melainkan Allah” untuk mengetahui apakah pengetahuan itu. Kita mempelajarinya dan kita mempelajari apa yang mula-mula difardukan kepada kita untuk mengetahui apakah pengetahuan itu.
[Induk kepada tuntutan ilmu pengetahuan]
Ada empat hujah ilmu: iakah?, apakah?, bagaimanakah?, mengapakah?. ‘Ia?’ dan ‘mengapa?’ adalah tuntutan kerohanian yang satu disusuli oleh apakah ianya. ‘Ia?’ dan ‘mengapa?’ adalah dua sumber bagi anasir yang mudah sementara ‘apakah ianya?’ adalah sesuatu yang boleh dikatakan kompleks. Tuntutan yang empat ini tidak boleh ditanyakan tentang Allah, sesuai dengan kenyataan kerana ianya tidak benar bahawa sebarang pengetahuan tauhid boleh diketahui melainkan melalui penafian pada apa yang wujud kecuali Dia. Oleh itu Dia mengatakan,
“Tiada sesuatu menyerupai-Nya”(41:11)
dan
“Maha suci Tuhan kamu, Tuhan yang memiliki benteng yang teguh, melampaui apa yang mereka sifatkan”(37:180).
[Pengetahuan tentang penafian adalah pengetahuan tentang Allah]
Pengetahuan tentang penafian adalah pengetahuan tentang Allah. Begitu juga kita tidak dibenarkan bertanya “bagaimana” mengenai roh. Ianya adalah terlalu seni untuk dipersoalkan dan hakikatnya berlainan daripada apa yang diucapkan. Alat bagi pertanyaan yang tidak dapat diajukan kepada roh, tidak boleh juga diajukan kepada Allah. Yang Haq tidak mampu diketahui melalui tuntutan-tuntutan ini.
[Yang kelihatan melalui zat dirinya, yang kelihatan melalui perbuatannya dan yang tidak kelihatan sama sekali]
Jika kita pandang kepada yang selain Allah kita akan temui dua kategori. Kategori pertama adalah yang kelihatan melalui zat dirinya, iaitu sesuatu yang padat dan boleh dicapai oleh pancaindera. Keduanya adalah yang kelihatan melalui tindakannya, iaitu sesuatu yang seni dan dapat ditangkap oleh akal. Yang dapat ditangkap oleh akal lebih tinggi daripada yang dapat ditangkap oleh pancaindera: zatnya terlalu seni untuk menjadikan dirinya kelihatan, tetapi tindakannya ada kenyataan. Keadaan ini adalah keadaan makhluk, Allah bukan makhluk. Dia terlalu murni untuk disaksikan Zat-Nya seperti kategori pancaindera, ataupun tindakan-Nya untuk disamakan dengan kategori seni, kerana tidak ada hubungan langsung di antara-Nya dengan makhluk ciptaan-Nya. Zat-Nya tidak kelihatan kepada kita untuk menjadikan-Nya seperti makhluk yang dapat ditangkap oleh pancaindera, tidak juga perbuatan-Nya untuk menjadikan-Nya seperti makhluk yang dapat ditangkap oleh akal. Perbuatan Yang Haq adalah permulaan kepada sesuatu bukan daripada sesuatu. Makhluk rohani yang seni memperolehi sesuatu daripada sesuatu. Jadi, apakah hubungan keduanya? Bila hubungan tidak mungkin pada perbuatan, maka semestinya juga tidak mungkin pada zat.
Jika kamu berhasrat untuk mencapai sebahagian daripada kesedaran dalam tahap ini, perhatikan kepada kesan tindakan menurut tahap kesan-kesan tersebut, misalnya kesan kerja-tangan seperti baju dan kerusi. Kita dapati tukang itu tidak dikenali melainkan dia sendiri memberi gambaran akan kewujudannya dan ilmunya mengenai kerja-tangannya. Begitu juga dengan kesan pembentukan makhluk – cakerawala dan bintang-bintang – yang tidak mengenali penggubahnya dan yang membentuknya. Ia adalah Diri Universal yang melingkungi mereka. Begitu juga dengan kesan semulajadi – seperti penghasilan bahan logam, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, yang memberi kesan semulajadi yang menjadi sebahagian daripada kesan pembentukan makhluk. Tetapi mereka tidak dapat mengongkong sesuatu yang bertindak bagi mereka, iaitu cakerawala dan bintang-bintang.
Jadi, pengetahuan mengenai cakerawala bukanlah apa yang kamu lihat pada jisimnya dan bukan apa yang kamu saksikan mengenai mereka. Di manakah jisim matahari dalam hubungan dengan dirinya sendiri pada pandangan kita yang melihatnya? Pengetahuan mengenai cakerawala datang daripada roh dan tujuannya yang Allah bawakan kepada kewujudan daripada Diri Universal yang meliputi, yang menjadi asbab bagi cakerawala dan apa yang terkandung di dalamnya.
Begitu juga dengan kesan penjelmaan Diri Sejagat atau Diri Universal, menjelma daripada Akal sebagai Dihya[1}, bentuk yang datang daripada pembentukan Jibrail. Diri Universal tidak mengetahui penjelmaan itu daripada apa kerana ia adalah di bawah jagaannya dan dilengkunginya lantaran ia adalah satu daripada khawatirnya. Jadi, bagaimana Diri Universal tahu apa yang di atasnya sedangkan apa yang pada Diri itu daripada apa yang di atasnya hanyalah apa yang di dalamnya? Ia hanya mengetahui apa yang ada dengannya. Jadi, ia mengetahui dirinya, tetapi tidak penyebabnya!
[1] Dihya al-Kalbi, salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w. Jibril pernah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dengan menjelma dalam rupa Dihya al-Kalbi.
Ia juga sama dengan kesan permulaan yang dinamakan Hakikat Muhammadiah, atau ada yang memanggilnya Akal Awal. Ia adalah Qalam Tertinggi yang Allah jadikan daripada tiada. Ia tidak mempunyai keupayaaan dan dihjijab daripada menyaksikan Pembuatnya melebihi daripada kesan yang sudah dinyatakan kerana di antara setiap kesan dan pembuatnya, ada sesuatu hubungan dan persamaan. Jadi, ia tahu mengenainya menurut kadar hubungan di antara mereka, samada dalam bentuk yang nyata atau sebaliknya. Di sana tidak ada hubungan di antara yang pertama diciptakan dengan Yang Hakiki – maha suci Dia! Kesan yang muncul daripada penyebab tidak berupaya mengenali Pembuat atau Penyebabnya. Ketidakupayaan kesan tersebut, yang menyerupai penyebabnya yang aktif dalam beberapa hal, adalah tidak berupaya untuk menyaksikannya dan mengetahuinya. Jadi, fahamilah hal ini dan hayatinya. Ia amat berguna bagi urusan tauhid dan ketidakupayaan untuk menghubungkan pengetahuan yang sementara kepada Allah Yang Maha Besar.
[Lima bakat dan pengertiannya yang sebenar]
Manusia memperolehi segala pengetahuan melalui salah satu daripada lima bakat: deria yang lima – bau, rasa, sentuh, dengar dan lihat. Pandangan menyaksikan warna, benda-benda berwarna dan individu menurut had dan jarak jauhnya. Apa yang dipandang satu batu jauhnya berbeza dengan apa yang dipandang dua batu jaraknya. Apa yang dipandang 20 langkah tidak sama dengan yang satu batu. Apa yang dipandang yang hampir seperti tangan sendiri, tidak sama dengan apa yang dipandang 20 langkah jaraknya. Pada jarak 2 batu disaksikan bentuk individu tetapi tidak dapat dikenali samada ianya pokok atau manusia. Pada jarak satu batu ia dikenali sebagai manusia. Pada jarak 20 langkah dikenali pula samada putih atau hitam. Bila saling berhadapan dikenali dengan pasti samada biru atau biru air laut. Begitulah keadaan semua pancaindera dalam pengertiannya menurut dekat atau jauh
Pencipta tidak dapat ditangkap oleh bakat pancaindera dalam kita cuba mengenali-Nya. Kita tidak boleh mengenali-Nya melalui keupayaan bakat pancaindera. Bakat khayalan hanya menerima apa yang dibekalkan oleh bakat pancaindera, samada gambaran atau bentuk dalam fikiran, daripada apa yang bakat pancaindera bekalkan. Jalan manusia akal dalam menyingkapkan tentang Allah berakhir di sini (melalui bakat khayalan dan fikiran). Ini adalah ungkapan mereka (manusia akal), bukan ungkapan kami. Sekalipun jalan mereka benar, kami sandarkan pendapat tersebut kepada mereka dan ia diungkapkan oleh mereka. Bakat fikiran dan khayalan ini akan berterusan selagi ia menerima persepsi daripada bakat pancaindera (deria). Kami berpendapat apa juga perkaitan deria dengan Allah tidak boleh dijadikan pegangan, begitu juga perkaitan fikiran dan khayalan dengan-Nya.
Bagi kebolehan bertafakur pula, manusia hanya mampu menyatakan perkara-perkara yang ada dengannya, yang dia pelajari dengan derianya, persepsi akal dan daripada jalanan fikiran tentang perkara-perkara yang di dalam bidang imaginasinya sesuai dengan pengetahuan tentang benda-benda tersebut yang padanya dia melihat perhubungan. Di sana tidak ada hubungan di antara Allah dengan ciptaan-Nya. Jadi, pengetahuan mengenai-Nya tidak terpakai melalui cara renungan. Oleh kerana itu orang arif melarang berfikir tentang Zat Allah.
Bagi bakat akal pula, akal tidak berupaya menyaksikan-Nya. Akal hanya mampu menerima apa yang diketahuinya secara spontan atau renungan yang sesuai dengan kita. Fikiran tidak ada keupayaan untuk mengkaji tentang-Nya melalui pemikiran dan renungan, jadi akal bukanlah alat yang sebenar untuk mengkaji mengenai-Nya melalui renungan. Apa juga akal itu hadnya ialah untuk memahami dan mengambil apa yang mampu diperolehinya. Jadi, mungkin Yang Haq akan kurniakan penyingkapan mengenai-Nya dan akal akan faham, tetapi bukan melalui pemikiran. Ini bukanlah mustahil. Allah kurniakan pembukaan ini kepada sesiapa yang Dia kehendaki dari kalangan hamba-Nya. Akal tidak memiliki sepenuhnya persepsi tentang makrifat, tetapi ia menerimanya apabila didatangkan kepadanya. Jadi, tiada pembuktian dan peruntukan didasarkan padanya kerana penyingkapan (makrifat) adalah melampaui persepsi akal.
Sifat-sifat yang wajib tidak boleh dinyatakan kerana ianya melampaui perumpamaan dan ibarat
“Tidak ada sesuatu menyerupai-Nya” (41:11).
Akal yang tidak dibukakan tentang makrifat ini bertanyakan akal lain yang dibukakan sebahagian kepadanya. Tetapi ianya bukanlah di dalam keupayaan akal yang ditanyakan itu untuk menerangkannya, malah ianya adalah tidak mungkin. Sebab itulah Abu Bakr as-Siddiq mengatakan, “Ketidakupayaan memahami itulah pemahaman.” Kenyataan ini ada dua tahap, jadi fahamkanlah. Sesiapa yang mencari Allah melalui pemikiran dan pengkajiannya akan sesat. Walau bagaimanapun, persediaan yang ada dengan akal mungkin mencukupi untuk menjadikannya sebagai bekas yang sesuai bagi menerima apa yang Allah kurniakan kepadanya, fahamkanlah!
Bagi keupayaan mengingat pula, tiada jalan baginya untuk mencapai pengetahuan tentang Allah. Ia mengingati apa yang telah diketahui oleh akal sebelumnya dan kemudian mengabaikannya atau melupakannya dengan tidak disedari. Jadi bakat atau daya ingatan tidak mempunyai jalan kepada-Nya.
Jadi, pengertian manusia terbatas kepada kemanusiaan itu sendiri, apa yang zat dirinya berikan kepadanya dan apa yang dia boleh pelajari. Selebihnya adalah persediaan akal untuk menerima apa yang Allah kurniakan daripada makrifat-Nya. Manusia tidak akan mengenali Yang Haq melalui pembuktian secara logik – melainkan sekadar mengakui Dia Wujud dan Dia adalah Yang Esa yang disembah. Pemikiran manusia tidak berupaya untuk memikirkan sesuatu melainkan perkara yang difikirkan itu sudahpun ada dengannya. Jika tidak kerana itu ia tidak akan memikirkannya sama sekali dan tidak juga mengenalinya. Oleh kerana manusia tidak mengenali sesuatu melainkan dia memiliki sesuatu menyamai perkara yang dikenali itu, sebenarnya manusia hanya mengenali apa yang menyerupainya. Di sana tidak ada sesuatu menyamai Pencipta dan tidak ada apa yang mempunyai sesuatu menyerupai-Nya, jadi Dia tidak akan dikenali.
[Benda-benda alam semulajadi hanya menerima bekalan daripada yang seumpama dengannya]
Sebahagian daripada perkara yang menyokong apa yang telah kami katakan ialah benda-benda semulajadi hanya menerima makanan daripada benda-benda yang daripada jenisnya juga, dan tidak sekali-kali menerima makanan daripada jenis lain. Contoh bagi perkara ini ialah bahan-bahan daripada galian, tumbuh-tumbuhan dan haiwan adalah campuran daripada jenisnya, dan tidak menerima makanan daripada sumber lain. Ini adalah kerana sebahagaian daripadanya adalah untuknya. Jika makhluk mahu membuat makanan untuk tubuhnya, yang terdiri daripada bahan-bahan ini, daripada anasir yang lain daripada bahan-bahan tersebut, atau apa yang dicampurkan daripada yang lain, ia tidak akan dapat melakukannya. Kerana ianya hanyalah mungkin bagi tubuh yang asli menerima makanan daripada sesuatu yang dicampurkan daripada anasir-anasir yang serupa dengannya, jadi adalah tidak mungkin bagi seseorang untuk mengetahui sesuatu melainkan dia memiliki sesuatu menyerupainya.Tidakkah kamu perhatikan diri hanya menerima daripada akal apa yang ia kongsikan dengannya dan apa yang menyamainya? Ia tidak tahu apa yang ia tidak sedikitpun berkongsi dengannya. Tiada sesuatu yang dinisbahkan kepada Allah ada dengan sesuatu yang lain, hal ini tidak mungkin dalam segi apa sekalipun, jadi tiada sesiapa yang mengenali-Nya melalui dirinya dan renungannya. Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah terhijab bagi akal sebagaimana Dia terhijab bagi mata. Makhluk alam tinggi mencari-Nya sebagaimana kamu mencari-Nya.” Jadi, Rasulullah s.a.w menceritakan bahawa akal tidak ada pengenalan tentang-Nya melalui renungannya, tidak juga melalui mata dalamnya dan tidak juga melalui mata luarnya. Inilah yang dinyatakan sebelum ini dalam tajuk ini. Segala puji bagi Allah yang mengilhamkan kita dan mengajar kita apa yang kita tidak tahu. Kemurahan Allah maha luas.
[Tanzih ('tiada-hubungan') dan penafian terhadap tasybih (penyifatan dan perhubungan)]
Jadi, pegangan mestilah berkonsepkan ‘tiada-hubungan’ (tanzih) dan ‘penafian’ terhadap penyifatan dan perhubungan. Sesiapa dari kalangan yang menggunakan perhubungan dan menjadi sesat adalah disesatkan oleh pemahaman tentang ibarat dan menggunakan ayat-ayat dan hadis yang tidak difahaminya tanpa melihat kepada aspek tanzih (‘tiada-perhubungan’) yang Allah fardukan. Itu membawa mereka kepada kejahilan yang sebenar dan kesesatan yang nyata. Jika mereka berpegang kepada yang benar dan membiarkan hadis dan ayat-ayat berkenaan tanpa mengubahsuai apa-apa padanya kepada sesuatu yang lain dan menyerahkan pengetahuan itu kepada Allah dan Rasul-Nya dan berkata, “Kami tidak tahu”, itu adalah lebih baik bagi mereka.
Firman Allah semestinya memadai bagi mereka,
“Tiada sesuatu menyerupai-Nya” (41:11).
Bila sesuatu hadis sampai kepada mereka, hadis yang menceritakan tentang perhubungan yang menggambarkan Allah seumpama sesuatu, Dia menafikan persamaan itu dalam hubungan Diri-Nya. Jadi, yang tinggal adalah hadis itu memiliki satu aspek ‘tiada-hubungan’ (tanzih) yang Allah akui dan ia dibawa kepada kefahaman orang Arab yang melalui lidah Arab Quran dibukakan.
Sebenarnya tidak kedapatan satu ungkapan pun di dalam hadis atau ayat yang boleh dijadikan hujah bagi menegakkan pegangan ‘ada-hubungan’. Apa yang ditemui ialah ia menyokong berbagai-bagai aspek, ada yang menunjukkan kepada ‘ada-hubungan’ dan ada yang menunjukkan kepada ‘tiada-hubungan’. Penterjemah ibarat atau misal menggunakan ungkapan berkenaan dengan memaksudkan ‘ada-hubungan’ secara menyalahi maksud sebenar ungkapan tersebut kerana dia tidak memahami kedudukan ungkapan berkenaan menurut kehendak tata-bahasa. Dia telah melanggar peraturan Allah apabila dia meletakkan sesuatu yang tidak benar kepada-Nya. Insya’ Allah, kita akan bawakan sebahagian hadis yang menunjukkan kepada ‘ada-hubungan’ tetapi sebenarnya tidak bermaksud demikian.
“Kepunyaan Allah bukti yang jelas nyata. Jika Dia kehendaki Dia beri petunjuk kepada kamu semua.” (6:149).
[Tasybih ('ada-hubungan') dan penyifatan dalam ungkapan Sunnah]
Contoh yang demikian ialah sabda Rasulullah s.a.w,
“Hati orang mukmin berada di antara dua jari Allah.” (A-Tarmizi).
Akal melihat kepada apa yang diperlukan oleh keadaan sebenar dan kiasan, dan anggota adalah mustahil bagi Allah! ‘Jari’ dalam dalam ungkapan ini boleh difahamkan sebagai anggota ataupun rahmat. Pengembala[2] berkata:
Kelemahan tongkat, dari orang Badwi,
kamu melihatnya atas mereka
bila manusia yang tidak mendapat rahmat berakhir dengan kemarau
[2] ia-itu pengembala yag baik menjaga untanya dengan baik.
Dia mengatakan, “Kamu melihatnya atas mereka” menunjukkan kepada rahmat secara menjaga mereka dengan baik. Bila orang Arab berkata, “Alangkah baiknya jari si anu menjaga hartanya”, ia bermakna hasilnya yang membuat hartanya bertambah lantaran pengurusan yang baik.
Menggerakkan sesuatu benda dengan tepat adalah dengan menggunakan jari kerana saiznya kecil dan sesuai untuk kerja yang demikian. Jadi pergerakannya lebih kemas daripada tangan dan bahagian yang lain. Bila Allah balikkan hati hamba-Nya, ia adalah pergerakan yang tepat. Rasulullah s.a.w sangat memahami tentang orang Arab, dan penyampaiannya adalah dengan cara yang mereka faham. Bagi kita, sesuatu benda digerakkan dengan tangan, baginda menggunakan pergerakan dengan ‘jari’ kerana jari adalah bahagian tangan, dan lebih pantas. Rasulullah s.a.w bermunajat,
“Wahai Yang membalikkan hati-hati, jadikan hatiku teguh di dalam jagaan-Mu!“ (Ibnu Majah).
Allah membalikkan hati-hati bermaksud apa yang Dia jadikan iaitu kecenderungan hati kepada kebaikan dan kecenderungannya kepada kejahatan. Bila seseorang menyedari perubahan dalam hatinya ini bermaksud ‘Allah membalikkan hati’. Pengetahuan manusia tidak berubah daripada dirinya sendiri. Sebab itulah Rasulullah s.a.w mengatakan, “Wahai Yang membalikkan hati-hati, jadikan hatiku teguh di dalam jagaan-Mu!”
Merujuk kepada hadis ini, salah seorang daripada isteri-isteri baginda s.a.w bertanya kepada baginda, “Adakah engkau takut, wahai Rasul Allah?”. Baginda s.a.w menjawab,
“Hati orang mukmin berada di antara dua jari Allah”,
jadi Rasulullah s.a.w menunjukkan kepada kecepatan pertukaran daripada beriman kepada tidak dan apa yang terkandung pada kedua-duanya. Allah berfirman,
“Allah mengilhamkan kepada mereka kejahatan dan kebaikan” (91:8).
Ilham ini adalah pertukaran dan jari-jari itu adalah kecepatannya. Maksud bagi dua (‘dua jari’) adalah kecenderungan kepada kebaikan dan rangsangan kepada kejahatan.
Jadi, ‘jari-jari’ hendaklah difahamkan sebagaimana kami telah terangkan. ‘Jari-jari’; boleh membawa maksud anggota dan boleh juga bermaksud rahmat. Jadi, daripada dua aspek ini yang manakah kamu guna-pakai bagi memenuhi kehendak konsep ‘tiada-hubungan’?Samada kita hanya mendiamkan diri dan membiarkan maksud yang sebenar kepada Allah dan mereka yang Allah bukakan mengenainya – Rasul-rasul-Nya atau wali yang diilhamkan, selagi anggota itu dinafikan, atau mungkin kita dikuasai oleh rasa ingin tahu, walaupun kita menyandarkannya kepada golongan pembaharuan yang mengadakan penyerapan kepada penyifatan. Rasa ingin tahu tidak boleh dijadikan alasan. Setiap orang yang mengetahui berkewajipan memperjelaskan aspek ‘tiada-hubungan’ dalam ungkapan-unkapan berkenaan supaya membatalkan alasan-alasan mereka yang bermain-main dengan istilah. Semoga Allah mengasihani kita dan mereka dan memberikan kepada mereka Islam! Jika kita membincangkan keadaan Allah yang tasybih, penerangannya hendaklah menjurus kepada hal yang sesuai bagi Allah – maha suci Dia! Ini adalah bahagian akal dalam tata-bahasa kesusasteraan.
Tiupan roh ke dalam hati
[Bahagian hati daripada dua jari menurut aspek ghaib]
‘Dua jari’ adalah rahsia bagi kesempurnaan yang perlu yang kerananya apabila ia dibukakan pada Hari Kebangkitan, anak akan menangkap bapanya yang derhaka dan mencampakkannya ke dalam neraka tanpa berasa sedih dan dukacita, semuanya kerana rahsia ‘dua jari’ ini, yang mempunyai satu makna sahaja walaupun perkataannya dua. Syurga dan neraka diciptakan dan nama diterangi ataupun digelapkan, dan Yang Maha Pengampun dan Yang Maha Keras menyata. Janganlah membayangkan ‘dua jari’ ini sebagai dua jari daripada sepuluh jari!
Rahsia ini mesti ditonjolkan dalam bahagian ini. Hadis mengatakan, “Kedua-dua tangan-Nya adalah tangan kanan”. Inilah rahsia penyingkapan makrifat. Ahli syurga mendapat dua nikmat: pertama ialah nikmat syurga dan satu lagi ialah nikmat hukuman terhadap ahli neraka di dalam api neraka. Begitu juga ahli neraka mendapat dua seksaan. Kedua-dua golongan tersebut melihat Allah melalui Nama-nama seperti yang mereka lakukan di dunia. Mengenai ‘dua genggaman’ yang datangnya daripada Rasulullah s.a.w, dalam hubungan dengan Allah ialah rahsia kepada apa yang telah kami nyatakan.
“Allah mengatakan kebenaran dan memberi petunjuk kepada jalan yang lurus”.(33:4).
Genggaman dan tangan kanan: Allah berfirman,
“Bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya” (39:67)
dan,
“Langit digulung dalam tangan kanan-Nya” (39:67).
Akal haruslah melihat sebagaimana keadaan kehendaki. Allah melarang Dia diadakan persamaan dan penyifatan yang mana akal yang lemah telah berbuat demikian lantaran keliru dengan ayat dan hadis. Kemudian, selepas ‘tiada-hubungan’ (tanzih) di mana mereka yang berakal memahaminya, Allah berfirman,
“Bumi sekaliannya berada dalam genggaman-Nya” (39:67).
Salah satu tata-bahasa Arab yang diketahui, apabila dikatakan, “Si anu berada dalam tangan saya (qabda),” ia bermakna berada di bawah penguasaan, sekalipun saya tidak memegang apa-apa daripada orang itu di dalam tangan saya. Tetapi keputusan saya boleh dikuatkuasakan ke atas orang tersebut, sama seperti keputusan saya terhadap apa yang benar-benar ada dalam tangan saya. Saya katakan, “Harta saya berada dalam tangan saya”, bermakna ia adalah milik saya dan saya berkuasa ke atasnya. Saya boleh menggunakannya mengikut kehendak saya. Apabila saya menggunakannya, pada ketika itu saya boleh berkata, “Dalam tangan saya untuk menggunakan barang ini”, sekalipun ianya adalah hamba saya yang menggunakan barang tersebut dengan izin saya.
Oleh kerana anggota badan adalah mustahil bagi Allah maka akal hendaklah mengubahsuai tanggapannya dan maksud ‘genggaman’ itu. Ia adalah pemilikan yang dikuasai ketika itu, walaupun tidak ada apa dalam genggaman orang itu sebenarnya. Ia adalah pemilikan semata-mata. Alam maya ini berada dalam genggaman Yang Haq. Bumi dan akhirat ditentukan juga sebagai sebahagian daripada milik-Nya, seperti apa yang kamu maksudkan bila berkata, “Hamba saya berada dalam genggaman saya”, walaupun hanya sebahagian sahaja daripada hamba itu dalam genggaman kamu.
Dalam pandangan kami ‘tangan kanan’ adalah tempat bagi urusan mutlak yang kuat. ‘Kiri’ tidak memiliki kekuasaan ke atas ‘kanan’. Jadi, dalam ayat Quran, tangan kanan menunjukkan kepada penguasaan penuh. Ia menunjukkan kepada kekuasaan untuk bertindak. Jadi, makna Quran sampai kepada orang Arab melalui ungkapan yang mereka ketahui dan mudah fahami. Penyair berkata:
Bila panji dikibarkan tanda kemenangan, ‘Araba mengambilnya dengan tangan kanan
Kemenangan bukanlah benda yang nyata, jadi anggota badan iaitu tangan kanan tidak dapat memegangnya. Perkataannya seolah-olah berbunyi: Seandainya kemenangan menampakkan panji yang nyata, tempatnya ataupun orang yang layak membawanya adalah ‘Araba al-Awsi (salah seorang orang Ansar), bermakna sifat kemenangan itu lengkap padanya. Orang Arab masih menggunakan ungkapan yang digunakan kepada anggota sedangkan perkara itu tidak dapat dipegang oleh anggota sebenar kerana maknanya boleh difahamkan.
Tiupan roh ke dalam hati
[Bahagian hati dalam tangan kanan dan kiri: menurut aspek ghaib]
Apabila Yang Haq menyatakan Diri-Nya kepada rahsia (sirr) hamba-Nya yang memiliki semua rahsia-rahsia dimasukkannya ke dalam golongan mereka yang bebas, dan hamba-Nya ini memiliki kebebasan mengambil tindakan yang perlu berhubung dengan tangan kanan. Kemuliaan tangan kiri adalah dengan sesuatu yang lain sementara kemuliaan tangan kanan adalah dengan zatnya sendiri. Kemuliaan tangan kanan adalah secara khitab atau diamanatkan padanya, sementara kemuliaan tangan kiri secara tajalli atau dilekatkan padanya. Kemuliaan seseorang adalah dengan mengenali hakikat dirinya dan menjadi perihatin dengannya, dan ia adalah yang kiri = ‘kedua-dua tangan’ berhubung dengan seseorang adalah kiri sebagaimana kedua-dua bagi Allah adalah tangan kanan!
Berhubung dengan makna penyatuan (ittihad), kedua-dua tangan hamba adalah kanan. Merujuk kepada tauhid, sebelah tangan Allah adalah kanan dan sebelah lagi kiri. Kadang-kadang aku berada dalam ‘persatuan’ dan ‘persatuan pada persatuan’ dan kadang-kadang aku berada dalam keadaan ‘perpisahan’ dan ‘perpisahan pada perpisahan’ menurut suasana warid yang dikurniakan kepadaku.
Satu hari aku temui orang yang dikurniakan nikmat (yaman),
dia adalah Yemeni.
Jika aku temui seseorang yang menjangkau lebih jauh (mu’addhi),
dia adalah ‘Adnani
Kehairanan, ketawa, gembira dan marah.
Kehairanan terjadi daripada sesuatu yang pada mulanya tidak diketahui apakah yang menghairankan itu, dan kemudian dia mengetahuinya dan itu yang membuatnya hairan. Lalu, ketawa berlaku padanya. Ini tidak mungkin bagi Allah. Tidak ada apa yang diluar daripada pengetahuan-Nya, jadi apabila sesuatu berlaku yang membuat kita hairan, kehairanan dan ketawa itu jika ditujukan kepada Yang Esa yang tidak boleh hairan atau ketawa, kerana sesuatu yang kadang-kadang membuat kita hairan dan ketawa, seumpama pemuda yang tidak ada nafsu muda, adalah sesuatu yang menghairankan, tetapi bagi Allah tidak ada kedudukan seumpama apa yang kita hairankan.
Ketawa dan kesukaan datangnya daripada penerimaan dan keseronokan. Jika kamu lakukan sesuatu untuk seseorang, dan kerana itu dia ketawa dan gembira, bermakna dia menerima perbuatan itu dan gembira dengannya. Jadi, ketawa-Nya dan kegembiraan-Nya adalah penerimaan-Nya dan keredaan-Nya terhadap hamba-Nya. Begitu juga, kemurkaan-Nya tidak ada kena mengena dengan keadaan darah mendidih, hati yang mahu membalas dendam, kerana Dia terlalu suci untuk disamakan dengan keadaan pancaindera dan yang mungkin atau tidak mungkin berlaku. Ia merujuk kepada tindakan seseorang yang sedang marah dan dibenarkan untuk menjadi marah. Ia adalah hukuman-Nya kepada orang yang derhaka dan yang menentang perintah dan peraturan-Nya. Allah berfirman, “Dia murka kepadanya” bermakna Dia membalasnya sebagaimana dilakukan terhadap orang yang dimurkai. Jadi Yang Maha Keras itu murka dan kenyataan tindakan itu menunjukkan kepada nama berkenaan.
Senyum adalah sebahagian daripada ketawa. Hadis mengatakan,
“Allah senyum kepada orang yang berjalan ke masjid untuk bersembahyang dan mengingati-Nya”.
Oleh kerana dunia ini ditutup oleh makhluk yang nyata dan dipenuhi oleh yang selain Allah, mereka melakukan tindakan ini dalam keadaan tidak ada kehadiran Allah. Seandainya mereka datang kepada-Nya membawa salah satu daripada berbagai-bagai jenis kehadiran, Allah menghantarkan kepada hati mereka sebahagian daripada rasa kelazatan yang lahir daripada nikmat kehadiran (muhadara) itu, munajat dan musyahadah yang jelira dalam hati mereka. Rasulullah s.a.w bersabda,
“Cinta Allah kepada kesejahteraan yang Dia kurniakan kepada kamu daripada rahmat-Nya.”
Senyuman menggambarkan perbuatan-Nya ini kerana ia adalah kenyataan kepada kegembiraan bila kamu datang kepada-Nya. Bila seseorang memudahkan kamu untuk datang, tanda kegembiraan ialah menunjukkan kebaikan dan kasih sayang kepada kamu dan menghantarkan sebahagian nikmat yang dia miliki kepada kamu. Bila hal yang seperti ini muncul dari Allah kepada hamba-Nya, itu dikatakan ‘senyuman’.
Kelupaan.
Allah berfirman,
“Dia melupakan mereka” (9:67).
Adalah mustahil bagi Allah untuk dihinggapi oleh lalai dan lupa. Tetapi bila Allah hukumkan mereka dengan seksaan yang kekal abadi dan tidak memberikan kepada mereka pengampunan, keadaan mereka yang demikian diistilahkan sebagai dilupakan oleh-Nya, seolah-olah Dia menjadi lupa kepada mereka. Ini adalah perbuatan seseorang yang lupa dan seseorang yang tidak mengingati kesakitan hukuman yang dia sedang jalani. Ia adalah kerana semasa hidupnya di dalam dunia mereka lupa kepada Allah, jadi Dia membalasnya dengan perbuatannya sendiri dan perbuatannya kembali kepada dirinya sendiri sebagaimana wajarnya.
Maksud “Allah lupa kepada mereka” ialah Dia tidak menghiraukan mereka dan maksud “mereka lupa kepada Allah” ialah mereka tidak menghiraukan perintah Allah dan tidak melaksanakannya. Jadi, Allah tidak menghiraukan mereka di dalam api neraka, sementara sebahagian yang lain dikeluarkan-Nya daripada neraka. Hampir dengan yang demikian ialah menggambarkan Yang Haq sebagai mengadakan tipu-daya dan memperolok-olok. Allah berfirman,
“Allah memperolok-olokkan mereka” (9:79), “Allah mengadakan tipu-daya” (3:54)
dan
“Allah akan perolok-olokkan mereka” (2:15).
Nafas:
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Jangan mengutuk angin. Ia adalah daripada nafas Yang Maha Pemurah”.
Baginda juga bersabda,
“Aku merasakan nafas Yang Maha Pemurah datang kepadaku dari arah Yaman”.
Semua ini adalah kesenangan (tanfis). Ia adalah seumpama baginda s.a.w mengatakan, “Jangan mengutuk angin. Ia adalah sebahagian daripada apa Yang Maha Pemurah guna bagi menyenangkan (naffasa) atau mengangkat beban hamba-Nya”. Rasulullah s.a.w bersabda,
“kamu dibantu dengan angin timur”.
Ucapan baginda, “Aku merasakan nafas…” bermaksud Yang Maha Pemurah mengangkat daripadaku apa yang mendukacitakan daku. Ini adalah dukacita yang Rasulullah s.a.w rasakan tatkala berhadapan dengan mereka yang menolak seruan baginda dan menolak peraturan Allah. Baginda bersabda, “Dari arah Yaman”, jadi kaum Ansar adalah di dalam golongan yang melalui mereka Allah hilangkan dukacita Rasul-Nya yang disebabkan oleh puak yang menolak seruan baginda s.a.w. Allah Yang Maha Besar tidak terikat dengan nafas dalam bentuk hembusan udara.
“Allah melampaui apa yang mereka sifatkan tentang-Nya!” (17:43).
Bentuk atau rupa (sura).
Bentuk menunjukkan kepada jisim dan apa yang diketahui oleh manusia dan yang lain. Hadis yang menyifatkan bentuk Allah dalam sahih dan kitab-kitab yang lain, misalnya hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ikrima, Rasulullah s.a.w bersabda,
“Aku melihat Tuhanku dalam rupa jejaka tampan”.
Ini adalah suasana Rasulullah s.a.w, dan ia adalah ungkapan yang biasa digunakan dalam bahasa Arab. Ia adalah seperti sabda Rasulullah s.a.w,
“Allah ciptakan Adam dalam rupa-Nya”.
Ketahuilah nilai persamaan yang dibawa oleh Quran adalah istilah bahasa, bukan yang nyata, kerana persamaan yang nyata adalah mustahil bagi Allah. Zaid adalah singa dari segi kekuatan. Zaid adalah Zuhar dari segi puisi. Bila kamu gambarkan sesuatu dengan satu atau dua sifat dan kemudian menggambarkan yang lain dengan sifat tersebut, walaupun terdapat perbezaan yang jelas di antara mereka menurut keadaan yang sebenarnya, mereka memiliki hakikat sifat tersebut. Ini bermakna setiap mereka memiliki rupa bentuk yang lainnya dalam sifat itu khususnya. Jadi, fahamkan dan ambil perhatian!
Perhatikan, nilai-nilai yang ada dengan diri kamu itulah kamu gunakan terhadap-Nya – Maha Suci Dia! Tidakkah kamu ceritakan mengenai sifat-sifat kesempurnaan-Nya melalui nilai-nilai sifat yang ada dengan kamu? Fahamkan! Apabila kamu memasuki pintu yang membuang persamaan, kamu menafikan ketidaksempurnaan yang kamu tidak dibenarkan berbuat demikian, walaupun jika kamu berdasarkan kepada yang demikian sama sekali. Walau bagaimanapun apabila seseorang meletakkan nilai yang demikian kepada dirinya, kamu menafikan penyifatan tersebut. Jika orang tersebut tidak ditutupi oleh bayangan, kamu tidak perlu menafikannya. Ketahuilah sekalipun rupa bentuk itu ada banyak pintu, namun kami tidak menyebutnya kerana kami mahu mengelakkan daripada menjadikan buku ini terlalu panjang.
“Allah mengatakan yang benar dan memberi petunjuk kepada jalan yang benar” (33:4).
Lengan.
Ia berkaitan dengan hadis Rasulullah s.a.w,
“Geraham orang kafir di dalam neraka seperti Bukit Uhud dan kulitnya setebal empat puluh hasta daripada hasta Yang Maha Perkasa”.
Ini adalah penyifatan bagi memuliakan dengan kadar yang Allah sifatkan bagi-Nya. Ia seperti kamu katakan, “Benda ini beberapa hasta raja”, bermaksud hasta terpanjang yang raja lakukan, walaupun misalnya lengan raja sama seperti lengan orang ramai dan hasta orang ramai lebih panjang daripada hasta raja. Dalam kenyataannya bukanlah lengannya, tetapi adalah anggaran pemilikannya dan kemudian dinisbahkan kepada pembuatnya, jadi ketahuilah! Menurut loghat bahasa “Yang Maha Perkasa” adalah Raja Yang Besar.
Begitu juga dengan kaki. “Yang Maha Perkasa meletakkan kaki-Nya (dalam neraka)”. Kaki adalah anggota badan. Dikatakan, “Si anu memiliki kecekapan dalam perniagaan”, bermakna kedudukannya teguh. Kaki adalah nama bersama dalam ciptaan, jadi kaki adalah satu bentuk penyifatan. Yang Perkasa itu adalah malaikat dan kaki itu kepunyaan malaikat kerana yang demikian tidak mungkin bagi Allah!
Bersemayam (istawa) menunjukkan kepada kestabilan, petunjuk dan yang menguasai. Kestabilan adalah salah satu nilai tubuh badan dan yang demikian tidak boleh digunakan bagi Allah! melainkan dalam aspek kestabilan. Petunjuk adalah kehendak dan ia salah satu sifat kesempurnaan. Allah berfirman,
“Dia mengangkat (istiwa) Diri-Nya ke langit,” (3:29),
iaitu bertujuan.
“Dia bersemayam di atas arasy” (7:54)
bermaksud menguasai.
Terdapat banyak kepercayaan dan ayat-ayat, sebahagiannya kuat dan sebahagian yang lain lemah. Tidak ada hadis yang tidak mempunyai aspek tanzih (‘tiada-hubungan’). Jika kamu mahu fahamkan dengan lebih mudah, maka letakkan pada diri kamu ungkapan yang menunjukkan kepada tasybih dan ambillah faedahnya atau rohnya atau apa yang datang daripadanya. Letakkannya dalam apa yang sewajarnya bagi Yang Haq dan kamu akan memperolehi darjat tanzih (‘tiada-hubungan’) tatkala orang lain memperolehi tahap tasybih (‘ada-hubungan’). Jadi, lakukan demikian dan sucikan pakaian kamu! Ini sudah memadai bagi kepercayaan berkenaan kerana tajuknya sudah panjang.
Tiupan Roh Kudus ke lubuk Hati
[Maksud simbolik bagi ungkapan tasybih di dalam Syariat]
“Tiupan roh yang paling suci ke lubuk hati” adalah dalam ungkapan yang terdahulu: bila yang berasa kagum (Raja) kagum terhadap yang muncul daripada bentuk-Nya (Adam), Penciptanya dalam kesedaran batinnya, kegirangan dalam kewujudannya, ketawa dalam penyaksiannya dan murka apabila dia membelakangi, tersenyum bila dia mendekati, melupakan keadaan luarannya dan menarik nafas. Jadi, Dia membiarkan kapal mengambil haluannya dan teguh di atas kerajaan-Nya dan mentadbir kerajaan-Nya dengan kekuasaan. Apa yang Dia kehendaki berlaku dan kembali kepada Allah!
Ini adalah roh-roh yang terasing yang ditunggu oleh bentuk sokongan (ashbah). Bila tiba ketikanya, masa berakhir, langit bergoyang, matahari digulungkan, bumi digantikan, bintang-bintang berguguran, segala sesuatu berubah, Alam Akhirat muncul dan manusia serta yang lain dikumpulkan dalam keadaan asal (Lihat 19:10). Kemudian bentuk-bentuk itu akan memberikan pujian, roh-roh akan bergembira, Yang Membuka akan menyata, pelita akan dinyalakan, arak berkilauan, cinta sejati (wudd) muncul, permohonan menghilang, sayap dikembangkan, dan Qubah [3] didirikan daripada permulaan malam hingga ke pagi. Perhentian yang sangat indah! Betapa gembiranya diri-diri yang dalam keadaan sempurna. Semoga Allah mengizinkan kita menikmatinya!
[3] Baitul Makmur pada langit ke tujuh menyerupai Kaabah pada bumi.
4: PERMULAAN ALAM DAN KEDUDUKAN NAMA-NAMA YANG INDAH
Asbab Kepada Permulaan Alam Dan Kedudukan Nama-nama Yang Indah Dalam Alam Keseluruhannya
Dalam sebab kepada permulaan dan peraturannya,
dan penghabisan pembentukan dan pengertiannya,
Dan perbezaan di antara anasir-anasir tinggi
dalam tempat asalnya dan pemerintahnya,
Bukti yang menunjukkan Pencipta menggubahkan semuanya melalui peraturan-Nya.
[Ketinggian tempat dan kehebatan Syurga]
Wali yang benar telah mengambil pengertian tentang permulaan alam dalam buku kami yang bertajuk, ‘Anqa’ Mughrib fi ma’rifa khatmi’l-awliya’ wa shamsu’l-Maghrib dan dalam buku kami bertajuk Insha’ ad-Dawa’ir yang sebahagiannya kami tulis di rumah sahabat kami yang mulia (Imam Abu Muhammad ÔAbdu’l-’Aziz al-Mahdawi al-Qurashi) sewaktu kami mengunjunginya dalam tahun 598, dalam perjalanan kami mengerjakan hajji. Khadamnya, ‘Abdul-Jabbar (semoga Allah menaikkan darjatnya) menyalinkan untuk tuannya apa yang telah kami tuliskan. Saya telah pergi ke Makkah bersama-samanya dalam tahun itu untuk menyiapkannya di sana. Buku ini (Futuhat) telah menarik kami daripadanya dan daripada yang lain kerana kami diilhamkan untuk menuliskannya, tambahan pula ada saudara-saudara kami dan para fuqara’ meminta kami melakukannya kerana mereka ingin menambahkan pengetahuan mereka dan juga untuk mendapatkan berkat Rumah Suci ini, tempat yang dirahmati, tempat yang membawa petunjuk dan tempat yang kedapatan padanya tanda-tanda yang jelas. Di tempat ini juga kami ingin mengenali seorang suci yang mulia, Abu Muhammad ‘Abdul-’Aziz (al-Mahdawi al-Qurashi), dengan berkat yang diberikan Makkah, dan ia juga adalah cara ibadat terbaik dan tempat yang paling mulia di muka bumi. Barangkali semangat yang lahir daripada rasa kerinduan akan muncul dan keinginan untuk menambahkannya akan turun. Ia dibukakan kepada orang yang “diberikan segala perkataan” dan menyaksikan Tuhannya lebih hampir daripada “kadar dua busur panah”, meskipun dengan anggaran kesempurnaan ini dan bahagian yang penuh,
“Katakanlah, ‘Tuhan menambahkan pengetahuanku.” (20:114)
Sebahagian daripada syarat awal bagi seseorang berilmu yang menyaksikan, iaitu ahli dalam setesen ghaib dan nyata, ialah dia mengetahui bahawa tempat tersebut (Makkah) mempunyai pengaruh yang kuat kepada hati nurani. Jika hati berada di mana-mana tempat di dalam dunia ini, keadaannya menjadi paling mulia dan lengkap di Makkah. Sebagaimana tahap kerohanian berbeza-beza dalam keutamaannya, begitu juga dengan tahap jasmani. Adakah permata sama dengan batu, kecuali ia berada dengan orang tertentu? Seorang ahli pada makam ini yang telah disempurnakan menemui perbezaan pada yang demikian sebagaimana Yang Haq mengadakan perbezaan yang demikian. Adakah rumah yang dibina daripada batu dan jeramai sama dengan rumah yang dibina daripada emas dan perak? Orang arif yang sampai adalah yang menyerahkan segala hak kepada yang berhak. Dia menjadi luar biasa dalam hayatnya dan menjadi orang arif dalam zamannya. Jadi, terdapat perbezaan yang besar di antara kota yang bangunannya adalah yeng menyelerakan nafsu dengan kota yang bangunannya adalah tanda-tanda yang jelas!
Sahabatku bersetuju bahawa kewujudan hati kita pada sesetengah tempat lebih berpengaruh daripada tempat yang lain? Semoga Allah merahmatinya. Dia meninggalkan khalwat di dalam rumah menara yang dijaga, di bahagian timur Tunis dipinggir pantai, dan dia memasuki ar-Rabita ditengah-tengah liang kubur, berhampiran dengan menara itu, pada bahagian yang hampir dengan pintu. Ia dikaitkan dengan al-Khidr. Saya bertanya kepadanya mengenai hal tersebut dan dia berkata, “Aku lebih menemui hatiku di sana daripada di dalam menara”. Saya juga mengalami di sana apa yang Syeikh itu katakan.
Para wali mengetahui bahawa, lantaran seseorang yang mendiami sesuatu tempat, samada yang berkedudukan sebagai malaikat yang mulia atau jin yang ikhlas, atau ia lantaran himmah seseorang yang pernah mengunjungi atau mendiami tempat tersebut – seperti rumah Abu Yazid yang dipanggil “Rumah orang salih”, atau zawiyya al-Junayd di Shuniziyya, atau gua Ibn Adham di Yaqin dan lain-lain tempat, sekalipun orang-orang salih yang berkenaan telah meninggalkan dunia ini namun, kesannya masih kedapatan di tempat berkenaan dan ia mempengaruhi hati nurani. Inilah sebabnya mengapa masjid-masjid memberi kesan yang berbeza-beza kepada hati, tetapi tidak dari segi pahalanya. Kamu lebih menemui hati kamu di masjid tertentu tetapi tidak di masjid lain. Ini bukanlah kerana bumi, tetapi kerana kumpulan jemaah dan keberkatan mereka. Orang yang tidak mendapati perbezaan pada hatinya di antara di masjid dan di pasar hanya memiliki suasana tetapi tidak memiliki makam.
Saya tidak ragui, melalui penyingkapan dan pengetahuan, sekiranya para malaikat dengan pangkat yang berbeza-beza mendiami bumi ini, yang paling tinggi kedudukan mereka dalam ilmu dan makrifat akan mendiami Masjid al-Haram. Keadaan kamu menurut mereka yang kamu jadikan sahabat. Himmah mereka yang dalam satu kumpulan memberi kesan kepada orang yang duduk bersama kumpulan tersebut dan himmah mereka adalah menurut pangkat mereka. Jika persaingan didasarkan kepada himmah, maka 124,000 Nabi-nabi, tidak termasuk aulia, telah tawaf Rumah yang suci itu. Tidak ada Nabi atau wali yang tidak ada himmah dengan Rumah ini.
Kota ini adalah kota suci kerana ia adalah Rumah yang Allah pilih di atas rumah-rumah yang lain. Ia memiliki rahsia sebagai tempat yang pertama dijadikan tempat beribadat seperti Allah katakan,
“Rumah pertama yang didirikan buat umat manusia adalah yang di Bakka, tempat yang dirahmati, dan petunjuk kepada seluruh alam. Padanya terdapat tanda-tanda yang jelas – makam Ibrahim, dan sesiapa memasukinya menjadi aman” (3:97)
daripada segala ketakutan. Banyak lagi ayat-ayat yang lain. Jika orang yang bersih berjalan ke kota suci ini, dia akan mengalami makrifat dan peningkatan yang belum pernah dia saksikan sebelumnya dan tidak pernah terlintas dalam fikirannya.
Diri akan dikumpulkan dalam bentuk ilmunya sementara tubuh akan dikumpulkan dalam bentuk amalannya. Bentuk ilmu dan amalan lebih lengkap di Makkah berbanding dengan tempat-tempat lain. Jika seseorang yang mempunyai hati yang terbuka memasukinya untuk satu jam sahaja, dia akan memperolehi yang demikian. Jadi, betapa banyak yang akan diperolehinya jika dia berada hampir dengannya dan mendiami di sana dan melaksanakan segala tuntutan dan peraturannya? Tidak diragukan bahawa penyaksiannya di sana lebih lengkap dan luhur, dan apa yang dikurniakan kepadanya lebih murni, lazat dan menggembirakan. Sahabatku memberitahuku bahawa dia merasakan penambahan dan pengurangan menurut tempat, dan dia tahu bahawa suasana yang demikian juga muncul daripada keadaan orang yang tinggal di sana atau himmahnya seperti yang telah dinyatakan. Kami tidak meragui kaedah ini, iaitu perakuan terhadap tempat dan daya-rasa yang bertambah dan berkurang muncul daripada kesempurnaan ahli makrifat dalam mengenal, dan ketinggian makam serta kedudukannya daripada yang lain, dan juga kekuatan kearifannya. Semoga Allah menuliskan kebaikan untuk wali tersebut dan mengurniakan kepadanya segala kebaikan lantaran dia telah mendapatkannya dan layak untuk yang demikian.
[Nama-nama Yang Indah dan hakikat kewujudan]
Ketahuilah, semoga Allah memngurniakan kejayaan kepada kita semua, sekalian orang Islam! bahawa kebanyakan mereka yang mengenali Allah dari kalangan mereka ahli kasyaf dan ahli hakikat, tidak memiliki pengetahuan tentang sebab permulaan alam maya melainkan sekadar hubungan Azali dengan keadaannya yang dibawa kepada kewujudan. Allah kurniakan kepada makhluk-Nya apa yang Dia ketahui wajar bagi makhluk-Nya. Di sini, kebanyakan manusia berhenti. Kami, dan mereka yang Allah perkenalkan apa yang Dia perkenalkan kepada kami, telah mencapai hal yang lain. Ini ialah bila kamu perhatikan kepada alam maya secara terperinci dengan kebenaran dan anggarannya, kamu dapati ia terhad dengan peringkat dan tahap yang diketahui, dan golongan yang terbatas dengan benda-benda yang serupa dan tidak serupa. Jika kamu faham perkara ini, kamu ketahui bahawa ia mempunyai rahsia yang seni dan perkara yang ajaib di mana hakikatnya tidak dapat disaksikan dengan jelas melalui fikiran dan penyelidikan. Sebaliknya, ia adalah satu daripada ilmu diberikan melalui kasyaf dan hasil daripada mujahadah yang disertai oleh himmah (semangat yang tinggi). Mujahadah tanpa himmah tidak menghasilkan apa-apa, tidak juga memberi kesan kepada ilmu, tetapi ia memberi kesan kepada keelokan dan kesucian yang dirasai oleh orang bermujahadah itu.
Ketahuilah, semoga Allah mengajarkan kepada kamu rahsia pengertian dan mengurniakan kepada kamu semua perkataan! bahawa Nama-nama Yang Indah, yang di atas daripada nama-nama yang boleh dihitung dan membawa turun kebahagiaan di bawah nama-nama yang dihitung itu, mempunyai kesan kepada alam maya. Mereka adalah ‘kunci-kunci pertama’ yang hanya Dia mengetahuinya. Setiap yang nyata dalam kewujudan memiliki salah satu daripada nama-nama yang khusus baginya. Yang nyata yang dimaksudkan ialah yang mengumpulkan bersama golongan daripada perkara-perkara yang nyata tersebut. Tuhan bagi hakikat tersebut ialah nama dan hakikat itu adalah hamba-Nya dan di bawah penguasaan-Nya. Hanya itu sahaja.
Jika sesuatu mengumpulkan beberapa nama bagi kamu, perkara itu bukanlah seperti yang kamu bayangkan. Kamu perhatikan kepada benda itu, kamu dapati ia mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian dengan apa yang ditunjukkan oleh nama berkenaan, iaitu hakikat yang kami nyatakan. Itu adalah seperti apa yang telah diperakukan bagi kamu di dalam ilmu yang di dalam akal luaran dan di bawah penguasaannya menurut keadaan sesuatu yang satu dan tidak boleh dipecahkan – seberti anasir yang satu (jauhar) yang merupakan bahagian yang tidak boleh dipecahkan. Sekalipun demikian, jauhar ini mengandungi berbagai-bagai hakikat yang memerlukan sebanyak itu juga Nama-nama Ilahi. Hakikatnya ia dibawa kepada kewujudan dengan memerlukan nama Yang Maha Berkuasa. Dalam aspek kerapiannya ia memerlukan nama Yang Maha Mengetahui. Dalam aspek kuasa memilih ia memerlukan nama Yang Membentuk. Dalam aspek yang membawanya menjadi nyata ia memerlukan nama Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Melihat, dan lain-lain. Walaupun bahan ini adalah satu, ia mempunyai aspek-aspek ini dan aspek yang lain yang kami tidak nyatakan. Setiap aspek mempunyai banyak aspek yang memerlukan nama yang berpadanan. Aspek-aspek itu adalah hakikat dan mereka bukanlah yang utama pada pandangan kami dan ianya sukar untuk memegangnya dan lebih sukar untuk memperolehinya melalui kasyaf.
[Wadah Nama-nama Ilahi]
Ketahuilah kami tidak akan menyentuh Nama-nama dengan kepelbagaiannya bila kami melihat kepada aspek yang diperlukan oleh makhluk di dalam alam. Bila kita tidak melihat kepada yang tersebut, kita melihat wadah yang dituntut oleh ilmu yang diperlukan dan kami mendapati bahawa Nama-nama yang menjadi wadah yang mereka berdiri di atasnya adalah juga wadah bagi Nama-nama itu. Jadi, ia mudah untuk diperhatikan, melengkapkan tujuannya dan ia mudah untuk pergi melepasi wadah-wadah ini kepada cabang-cabangnya, sebagaimana mudah untuk kembali daripada cabang kepada wadah itu. Jika kamu perhatikan kepada semua Nama-nama yang diketahui di bumi dan di langit, kamu akan dapati tujuh nama ditujukan kepada Sifat-sifat oleh mereka yang mengetahui ilmu Kalam yang membicarakan mengenainya. Kami telah bincangkan perkara ini dalam buku kami bertajuk Insha’ ad-Dawa’ir.
Matlamat kami dalam buku ini bukanlah tujuh wadah yang dirujukkan kepada Sifat ini, tetapi tujuan kami ialah wadah-wadah yang perlu bagi membawa alam ini kepada kewujudan yang nyata. Sama juga, kami tidak memerlukan pembuktian akal tentang Yang Haq melebihi kenyataan bahawa Dia wujud, mengetahui, berkuasa, mencipta, hidup. Tidak ada yang lain diperlukan. Tidak ada yang lebih daripada ini dipertanggungjawabkan. Rasulullah s.a.w telah membuat kita mengakui bahawa Dia Berkata-kata. Fardu membuat kita mengakui bahawa Dia mendengar, melihat dan seterusnya sebagaimana dinamakan. Apa yang kita perlukan di sini untuk mengenali nama-nama adalah bagi kewujudan alam maya ini. Nama-nama ini adalah Tuan bagi Nama-nama dan semua nama-nama lain adalah di bawah jagaan mereka seperti mana sebahagian daripada tuan-tuan ini menjaga sebahagian yang lain.
Wadah bagi Nama-nama Ilahi adalah: Yang Hidup, Yang Mengetahui, Yang Berkehendak, Yang Berkata-kata, Yang Pemurah, Yang Adil. Ini adalah cabang bagi dua Nama Ilahi: Yang Mentadbir dan Yang Membahagikan. Yang Hidup menentukan kefahaman kamu selepas dan sebelum kamu wujud. Yang Mengetahui menentukan keteguhan kamu pada wujud kamu, dan sebelum wujud kamu menentukan ketetapan kamu. Yang Berkehendak menentukan pilihan kamu. Yang Berkuasa menentukan ketidakwujudan kamu. Yang Berkat-kata menentukan keabadian kamu. Yang Pemurah menentukan kedudukan kamu yang dibawa kepada kewujudan. Yang Adil menentukan pangkat atau kedudukan kamu. Pangkat atau kedudukan adalah yang terakhir bagi peringkat kewujudan.
Hakikat-hakikat ini mesti wujud, dan nama-nama mereka yang menjadi Tuan-tuan adalah juga perlu. Yang Hidup adalah Tuan kepada Tuan-tuan dan rakyat. Ia adalah Penghulu atau Imam. Yang kedua kedudukannya ialah Yang Mengetahui, kemudian Yang Berkehendak, kemudian Yang Berkata-kata, kemudian Yang Berkuasa, kemudian Yang Pemurah, dan yang akhirnya Yang Adil. Ia adalah Tuan kepada segala pangkat atau kedudukan dan peringkat kewujudan yang terakhir. Baki nama-nama yang lain adalah di bawah kekuasaan Penghulu-Tuan-tuan.
[Penghulu (Imam) kepada Nama-nama Ilahi]
Nama-nama tersebut menyerahkan Nama-nama yang selebihnya dengan hakikat-hakikat mereka kepada nama Allah dalam membawa alam maya kepada kewujudan. Menurut kenyataan bahawa Imam-imam kepada nama-nama, tanpa mengambil kira alam maya, hanyalah empat – Yang Hidup, Yang Berkata-kata, Yang Mendengar dan Yang Melihat – bila Allah mendengar tutur-kata-Nya dan melihat Zat Diri-Nya, Wujud-Nya adalah sempurna dalam Zat-Nya (tanpa mengambil kira alam maya). Kami hanya maksudkan nama-nama yang dengannya alam maya didirikan. Kami mempunyai banyak nama-nama, jadi kami serahkan kepada tuan mereka dan datang kepada mereka dalam kehadiran mereka dan hanya menemui apa yang telah kami nyatakan. Kami sampaikan menurut apa yang kami saksikan. Jadi, inilah sebabnya tuan-tuan kepada nama-nama itu menyerahkan nama-nama yang lain kepada Allah bila asal usul kita dibawa kepada kewujudan.
Yang pertama mengadakan tuntutan terhadap alam maya ini ialah Nama Ilahi, Yang Mentadbir (al-Mudabbir) dan Nama Ilahi, Yang Membahagikan (al-Mufassil) diatas kehendak nama Raja. Kemudian dua nama ini menghadap kepada benda-benda yang daripadanya misal wujud dalam alam maya ini sendiri tanpa ia terlebih dahulu tidak-wujud, tetapi lebih tepat daripada peringkat yang terdahulu, bukan kewujudan yang terdahulu – seperti terbit matahari mendahului permulaan siang. Sekalipun kita hubungkan permulaan siang dengan terbitnya matahari, ia adalah jelas bahawa sebab bagi kemunculan siang ialah terbitnya matahari yang menemaninya dalam kemunculannya. Beginilah duduk perkaranya.
Kemudian dua Nama Ilahi ini mentadbirkan alam maya ini dan membahagikannya tanpa didahului oleh kejahilan mengenainya ataupun kurang pengetahuan mengenainya. Jadi, bentuk yang digubah itu muncul di dalam alam maya itu sendiri. Kemudian, Nama-Nya, Yang Mengetahui, dihubungkan kepada model (misal) tersebut sebagaimana ia dihubungkan kepada bentuk yang daripadanya diambil, walaupun jika ianya tidak dilihat kerana ia tidak wujud seperti yang akan dinyatakan dalam tajuk ini. “Daripada apakah alam maya ini wujud?”
[Permulaan nama-nama bagi alam maya]
Permulaan nama-nama bagi alam maya ialah dua Nama Ilahi ini: Yang Mentadbir dan Yang Membahagi. Nama Yang Mentadbir ialah yang merealisasikan masa yang ditentukan untuk membawa kepada kewujudan. Nama Yang Berkehendak berhubung dengannya menurut kadar yang Yang Mentadbir membawanya keluar dan mentadbirnya. Kedua-dua nama ini tidak melakukan apa-apa dalam penciptaan misal ini tanpa penyertaan nama-nama yang lain, tetapi daripada belakang tirai dua nama ini. Jadi kedudukan sebagai Penghulu adalah wajar buat mereka, sementara yang lain tidak menyedarinya sehinggalah bentuk misal (model) muncul. Kemudian mereka menyaksikan di dalam hakikat-hakikat ianya bersesuaian dengan mereka, dan yang demikian menerbitkan rasa kasih terhadapnya. Jadi setiap nama melahirkan rasa kasih pada hakikatnya yang wujud dalam Misal itu, tetapi ia tidak dapat memperolehi sebarang kesan dalamnya kerana ia tidak dibenarkan oleh kehadiran yang misal ini menyatakan dirinya. Oleh itu, cinta dan kasih itu membawa mereka kepada pencarian, usaha yang gigih dan keinginan untuk membawa bentuk itu kepada kewujudan supaya kuasa mereka boleh menyata dan kewujudan mereka menjadi sah dalam kenyataan. Tidak ada yang memiliki himmah yang lebih tinggi daripada yang berkuasa yang tidak mendapati seseorang yang berkuasa untuk dikuasai dan meletakkannya di bawah kekuatannya agar kekuasaan kekuatannya akan menjadi sah – atau seseorang yang kaya yang tidak menemui seseorang yang yang memerlukan hartanya! Ia sama dengan semua nama-nama ini. Jadi, nama-nama yang lain berlindung di bawah Tuan mereka, Penghulu Yang Tujuh yang telah dinyatakan, memohon mereka membawa sumber misal ini yang mereka lihat pada zat seseorang yang mengetahui kepada kewujudan. Inilah yang ditunjukkan sebagai alam maya.
[Nama-nama Ilahi berada dalam kesatuan berhubung dengan Zat, berpisah berhubung dengan 'ada-hubungan']
Ada orang yang mungkin bertanya, “Wahai yang mengenal! Bagaimanakah Nama-nama Ilahi yang lain melihat misal ini sedangkan kenyataannya hanya Yang Melihat melihatnya dan setiap Nama Ilahi memiliki hakikat yang nama lain tidak miliki?” Kita boleh menjawabnya. Semoga Allah kurniakan kejayaan kepada kamu! Kamu patut tahu bahawa setiap Nama Ilahi mengandungi semua Nama-nama Ilahi dan setiap nama digambarkan oleh semua nama pada ufuknya. Setiap nama itu hidup, berkuasa, mendengar, melihat, berkata-kata dalam ufuknya dan dalam pengetahuannya. Jika tidak bagaimanakah setiap Nama Ilahi menjadi Tuan kepada sesuatu yang berkhidmat kepadanya? Sungguh tidak munasabah! Betapa jauhnya daripada kesan yang nyata!
Walau bagaimanapun, di sana ada petunjuk seni yang kebanyakan orang tidak menyedarinya. Ia adalah bahawa kamu mengetahui dengan yakin yang setiap biji gandum atau yang seumpamanya mengandungi hakikat yang tidak dimiliki oleh saudaranya, sebagaimana kamu tahu yang benih ini tidak sama dengan benih yang lain, walaupun mereka memiliki hal yang sama ataupun mereka serupa. Jadi carilah kenyataan atau hakikat ini yang membuatkan kamu membezakan dua benih tersebut dan mengatakan, ” Yang ini tidak sama dengan yang itu”. Hal ini benar bagi semua perkara yang serupa dalam hal yang menyerupakan mereka itu. Ia juga sama dengan Nama-nama Ilahi: setiap nama mempunyai hakikat yang nama itu kandungkan. Kemudian kamu ketahui nama ini bukanlah nama yang lain secara nilai seni (latifah) yang kamu gunakan bagi membezakan biji-biji gandum dan setiap yang serupa. Jadi, carilah makna ini sehingga kamu mengenalinya melalui zikir, bukan melalui renungan.
Walau bagaimanapun, saya ingin membawakan kepada kamu tentang hakikat yang tidak dibentangkan oleh sesiapapun sebelum ini. Boleh jadi ianya tidak dibukakan atau diperjelaskan dan saya tidak tahu samada ianya akan diberikan kepada sesiapa sesudah saya atau tidak daripada kehadiran yang memberikannya kepada saya. Jika ianya dibaca dan difahami melalui buku saya, maka saya adalah yang pertama mengajar mengenainya sementara mereka yang terdahulu tidak menemuinya. Ianya ialah Nama-nama Ilahi, seperti yang kami nyatakan, mengandungi hakikat bagi nama-nama tersebut sementara latifah ini wujud yang memberikan kepada kamu perbezaan di antara dua benda yang serupa. Bagi nama Yang Pengampun dan Yang Menghukum, iaitu Yang Zahir dan Yang Batin, setiap nama ini mengandungi apa yang dikandungi oleh penjaga-penjaganya, daripada permulaannya hingga ke akhirnya. Walau bagaimanapun, Tuan bagi Nama-nama tersebut dan nama-nama yang lain ada tiga martabat. Sebahagiannya berhubung dengan darjat Tuan Nama-nama tersebut, sebahagiannya memiliki darjatnya sendiri, sebahagiannya dihubungkan dengan darjat Yang Memberi Rahmat, sebahagiannya dihubungkan kepada darjat Yang Memberi Hukuman. Nama-nama ini adalah nama-nama alam maya yang dihitungkan, dan Allah jualah Penolong!
[Nama Allah Yang Teragung]
Kemudian semua nama-nama merujuk kembali kepada Penghulu-penghulu dan Penghulu-penghulu merujuk kembali kepada nama Allah dan nama Allah merujuk pula kepada Zat kerana ia merdeka daripada nama-nama, dan memohon bantuan dalam apa yang dipinta oleh nama-nama tersebut. Jadi, “Yang Pemurah, Yang Penyayang” mengabulkannya dan berkata, “Berbicaralah dengan Penghulu-penghulu yang berhubung dengan urusan membawa alam kepada kenyataan menurut hakikat-hakikat mereka.” Nama Allah keluar kepada mereka dan mengkhabarkan kepada mereka berita tersebut dan mereka sukacita, gembira dan ceria dan mereka masih demikian. Mereka memandang kepada kehadiran yang dinyatakan dalam Tajuk Enam dan membawa alam maya kepada kewujudan yang nyata sebagaimana yang kami akan nyatakan dalam tajuk berikutnya, Insya’ Allah.
“Allah mengatakan yang benar dan memimpin kepada jalan yang lurus” (33:4)
06. Permulaan ciptaan rohani
[Mengenai permulaan ciptaan rohani]
Siapakah yang pertama wujud dalamnya? Daripada apa ia wujud? Dalam apa ia wujud?
Bagaimanakah keadaan kewujudannya? Apakah matlamatnya?
Mengenai alam semesta dan bahagian-bahagianya.
Perhatikah kewujudan yang rapi ini
wujud kita umpama jubah yang digubah.
Perhatikan khalifah-khalifah-Nya dalam kerajaan mereka
mereka yang berbahasa Arab dan tidak berbahasa Arab
Tidak ada di antara mereka yang menyintai Allah tanpa mencampurkanya dengan kecintaan kepada wang.
Ia dikatakan: Ini adalah hamba kepada makrifat
dan inilah hamba syurga dan mereka yang menjadi hamba Jahannam
Melainkan sebahagian kecil daripada mereka yang mabuk dengan Dia
tanpa rangsangan khayalan.
Mereka adalah hamba Allah yang tiada siapa mengetahuinya kecuali Dia,
bukan hamba kesenangan.
Dia biarkan mereka mendapat laba daripada setiap ilmu yang kelam
bila Dia mahu mereka kembali ke istana mereka.
Pengetahuan yang terdahulu adalah dalam anasir-anasir sahaja,
dan asas daripadanya tidak berkurangan.
Kenyataan bagi kata penerangan ialah yang menyingkapnya daripada yang menyerupainya,
dan keserupaan ini tidak disembunyikan.
Dan pengetahuan mengenai asbab
yang dengannya sumber alam wujud dalam jenis yang paling lama.
Dan penghabisan perkara yang tiada kesudahan menyaksikan baginya
dalamnya ialah Yang Paling Perkasa.
Ilmu-ilmu mengenai sfera kewujudan, besar dan kecil,
adalah hanya untuk mereka yang tidak menemui kesilapan.
Ini adalah ilmu orang yang mengenali penyingkapan mereka,
dan ia memandu hati ke jalan yang lurus.
Segala puiji bagi Allah yang memiliki segala ilmu
dan mengetahui apa yang tidak diketahui.
[Keterangan Ringkas]
Permulaan ciptaan adalah habuk (haba’) yang halus, dan yang pertama wujud dalamnya ialah Hakikat Muhammad daripada ar-Rahman. Ia tidak terkandung dalam mana-mana tempat kerana ia tidak dikandung. Daripada apakah alam muncul kepada kewujudan? Ia muncul kepada kewujudan daripada hakikat yang diketahui yang diterangkan sebagai bukan wujud dan bukan juga tidak wujud. Dalam apakah ia wujud? Ia wujud dalam habuk yang halus. Bagaimanakah keadaan kewujudannya? Ia wujud dalam bentuk diketahui dalam diri Hakikat. Mengapa ia wujud? Ia wujud bagi menyatakan hakikat-hakikat Ilahi. Apakah matlamatnya? Matlamatnya ialah untuk menjadi campuran yang murni, supaya setiap alam akan mengenali bahagiannya daripada asal tanpa campuran. Jadi, matlamat alam ialah menyatakan hakikat-hakikatnya (ia-itu hakikat-hakikat bagi Yang Haq ataupun hakikat-hakikat penciptaan), dan mengenali sfera-sfera alam semesta daripada alam ini. Dalam penggunaan orang sufi, ia adalah apa yang selain manusia. Jenis alam semesta yang kecil, iaitu manusia, adalah roh, punca dan asbab bagi alam ini. Sfera-sfera alam adalah setesen-setesennya, pergerakan-pergerakan dan pengasingan kedudukannya. Ini adalah ringkasan yang terkandung dalam tajuk ini.
[Manusia adalah alam kecil]
Sebagaimana manusia adalah alam kecil secara jasadnya, maka dia tidak boleh diambil kira lantaran dia berada pada masanya. Menyerupai hal ketuhanan adalah layak baginya kerana dia adalah Khalifah Allah dalam dunia ini dan dunia ini di bawah penguasaannya, taklukan hal-hal ketuhanan sebagaimana manusia adalah taklukan hal-hal ketuhanan.
Ketahuilah pembentukan manusia yang paling sempurna adalah dalam dunia ini. Di akhirat, setiap manusia berada dalam salah satu golongan berdasarkan suasana kesaksamaan, bukan ilmu. Setiap golongan mengetahui suasana yang berlawanan dengannya. Jadi, manusia samada beriman atau kufur. Ianya samada kebahagiaan atau kesengsaraan, sejahtera atau seksa. Jadi pengenalan pada dunia ini lebih lengkap walaupun kenyataan (tajalli) di akhirat lebih luhur dan suci. Jadi, fahamkanlah! Bukakan kunci ini! Dalam setesen ini, kita memiliki simbol sesiapa yang cerdik dan ianya adalah ungkapan yang buruk dan memalukan yang maksudnya adalah elok dan belum pernah berlaku sebelumnya.
[Roh alam semesta adalah alam kecilnya]
Roh kewujudan yang besar adalah kewujudan yang kecil ini
Jika tidak kerana itu, Dia tidak akan berkata,
“Aku Maha Besar, Maha Berkuasa.
“Ruang masa-Ku tidak seharusnya menghijab kamu tidak juga kebinasaan dan tidak juga kebangkitan.
“Jika kamu renungkan tentang-Ku, Aku adalah Yang Meliputi, Yang Maha Besar,
“Wujud-Ku adalah dahulu-kala, dan yang baharu adalah kenyataan.”
Allah Esa, tidak dikongkong oleh masa. Kekurangan tidak menyentuh-Nya.
Makhluk yang nyata adalah ciptaan baharu yang di dalam genggaman-Nya.
Daripada ini ia menyatakan bahawa Aku adalah wujud yang tidak boleh diperhitungkan,
dan setiap kewujudan berkisar di sekeliling wujud-Ku.
Tidak ada malam seperti malam-Ku dan tiada cahaya seperti cahaya-Ku
jadi jika ada yang mengatakan aku seorang hamba, maka aku adalah hamba yang hina.
Atau jika dia mengatakan aku wujud, maka aku adalah Wujud Yang Mengenal.
Istiharkan satu kerajaan buatku dan kamu akan menemui ku atau orang kebanyakan,
selagi kamu tidak melanggar batasan.
O kamu jahil tentang kuasa-Ku! Adakah kamu mengetahui, melihat?
Kewujudanku menceritakan tentang ku, walaupun ucapan boleh jadi benar dan bohong.
Katakan kepada umat kamu: Aku adalah Yang Mengasihani, Yang Mengampun.
Katakan: Hukumanku adalah hukuman yang membinasakan.
Katakan: Aku lemah, tidak berupaya, seorang tawanan.
Jadi bagaimana ada yang dirahmati atau dihapuskan oleh tangan ku?
[Huraian secara lebih panjang lebar mengenai tajuk ini.]
(Daripada Allah datangnya bantuan dan pertolongan.)
[Empat perkara yang diketahui mengenai kewujudan]
Ketahuilah perkara-perkara yang diketahui ada empat: Hakikat, yang diceritakan sebagai wujud mutlak kerana Dia bukanlah asbab oleh sesuatu dan bukan juga asbab bagi sesuatu. Dia adalah Pencipta asbab dan wujud dengan Zat-Nya daripada Zat-Nya sendiri. Ilmu-Nya merujukkan kepada ilmu mengenai wujud-Nya, dan wujud-Nya tidak lain daripada Zat-Nya. Walau bagaimanapun, Zat-Nya tidak boleh diketahui, tetapi sifat-sifat yang dinisbahkan kepada-Nya adalah diketahui. Ini bermakna sifat-sifat bagi maksud, adalah sifat-sifat bagi kesempurnaan. Ilmu mengenai hakikat Zat adalah tidak mungkin kerana ia tidak diketahui samada melalui pembuktian atau logik akal dan tidak mampi disentuh oleh huraian. Allah tidak menyerupai sesuatu dan tidak ada sesuatu menyerupai-Nya. Jadi mana mungkin sesuatu yang serupa dengan sesuatu serupa juga dengan yang Esa yang tidak menyerupai sesuatu dan tiada sesuatu menyerupai-Nya? Pengenalan tentang-Nya ialah
“tiada sesuatu menyerupai-Nya” (42:10)
dan
“Allah melarang kamu tentang Diri-Nya: (3:27). “
Syariat termasuk larangan memikirkan tentang Zat Allah.
[Hakikat kepada hakikat-hakikat]
Yang kedua diketahui ialah hakikat alam yang menjadi milik Yang Haq dan alam, yang tidak dinyatakan sebagai wujud atau tidak wujud, dikandung oleh masa atau tidak dikandung oleh masa. Ia adalah tidak dikandung oleh masa jika keadaan demikian dinyatakan olehnya, dan dikandung oleh masa jika keadaan demikian dinyatakan olehnya. Perkara-perkara yang dikandung oleh masa dan yang tidak dikandung oleh masa tidak diketahui sebelum hakikat ini diketahui, tetapi hakikat ini tidak muncul sehinggalah perkara yang dinyatakan olehnya muncul. Jika sesuatu muncul tanpa didahului oleh ketiadaan wujudnya, seperti kewujudan Yang Haq dan sifat-sifat-Nya, ia dikatakan kewujudan yang tidak dikandung oleh masa kerana dijelaskan secara demikian. Jika sesuatu wujud daripada tidak wujud seperti kewujudan yang selain Allah, yang dikandung oleh masa dan muncul melalui yang lain daripada dirinya, ia dikatakan dikandung oleh masa. Ia berada dalam setiap kewujudan menurut hakikat alamnya. Ia tidak menerima pemecahan, jadi “setiap” dan “sebahagian” tidak boleh digunakan baginya. Seseorang tidak dapat mencapai makrifatnya yang bebas daripada bentuk melalui pembuktian atau pertunjukan. Alam wujud daripada hakikat ini melalui perantaraan Yang Haq. Hakikat ini tidak wujud dalam zatnya, jadi Allah bawa kita kepada kewujudan daripada kewujudan yang tidak dikandung oleh masa (zaman). Jadi yang tidak dikandung oleh masa didirikan untuk kita.
Begitu juga kamu patut tahu bahawa hakikat alam ini tidak dinyatakan sebagai muncul sebelum alam, tidak juga dinyatakan alam muncul selepasnya. Sebaliknya, ia adalah akar bagi kewujudan benda-benda secara umumnya. Ia adalah sumber kepada unsur (jauhar), bulatan kehidupan, yang sebenarnya melaluinya penciptaan berlaku (Lihat Quran 15:85) dan perkara-perkara lain. Ia adalah Sfera Meliputi yang mampu diterima oleh akal. Jika kamu katakan ia adalah alam, kamu berkata yang benar. Jika kamu katakan ia bukan alam, kamu juga berkata yang benar. Jika kamu katakan ia adalah yang Haq atau bukan Yang Haq, kamu juga berkata yang benar. Ia menerima semua ini. Ia berbilang-bilang dengan perbilangan manusia di dunia dan ‘tiada-hubungan’ dengan ‘tiada-hubungan’nya bagi Yang Haq.
Jika kamu mahukan contoh yang mempermudahkan kefahaman kamu, lihatkan kepada zat kayu pada sekeping papan, kerusi, minbar, kotak dan seumpamanya. Perhatikan juga kepada bentuk empat persegi dan yang seumpamanya dalam bentuk pada segala macam bilik yang empat persegi, kotak dan sehelai kertas. Keadaan empat persegi dan zat kayu adalah menurut hakikatnya pada setiap benda-benda tersebut (tanpa berbilang-bilang atau berada dalam keadaan berpecah-pecah). Perhatikan juga kepada warna-warna: keputihan pakaian, permata, kertas, gandum, minyak dan lain-lain, tanpa menyatakan keputihan pakaian yang boleh diterima oleh akal sebagai bahagian lain daripada pakaian itu sendiri. Sebenarnya hakikat putih itu yang nyata pada pakaian sebagaimana ia nyata pada kertas. Begitulah keadaannya dengan pengetahuan, kuasa, kehendak, pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ini akan membuat kamu memahami alam ini. Kami bincangkan dengan panjang lebar mengenainya dalam buku kami yang bertajuk Insha’ al-Jadawil w ad-Dawa’ir.
Ada pula yang ketiga diketahui, iaitu keseluruhan alam ini: malaikat dan cakerawala, dan langit yang dikandunginya, air dan tanah dan alam yang dikandungi antara keduanya. Ia adalah Kerajaan yang lebih besar. Akhirnya adalah perkara keempat yang diketahui iaitu manusia, khalifah yang dilantik oleh Allah dalam dunia ini, yang dunia ini menjadi penguasaannya. Allah berfirman,
“Dia permudahkan bagi kamu apa yang di langit dan apa yang di bumi, semuanya, daripada-Nya” (45:120).
Sesiapa mengetahui perkara-perkara yang diketahui ini, tidak ada lagi perkara yang boleh diketahui yang dicarinya. Daripada empat yang diketahui itu adalah yang hanya kewujudannya yang diketahui – Yang Haq, semoga Dia dipersucikan! Perbuatan-Nya dan sifat-Nya hanya diketahui secara mengadakan perumpamaan. Sebahagiannya diketahui dengan mengadakan misal – seperti pengetahuan Hakikat Alam. Sebahagiannya diketahui melalui kedua-dua aspek, dan melalui ‘apakah ia’ dan ‘bagaimanakah ia’: alam dan manusia.
[Bahagian Permulaan alam dan misalnya: habuk (haba') Hakikat Muhammad]
“Telah ada Allah dan tiada sesuatu beserta Dia” (Bukhari). Kemudian beliau tambahkan kepada Hadis ini, “Dia kini sebagaimana Dia dahulu”. Tidak ada nilai yang Dia belum tujukan kepada Diri-Nya melalui kenyataan bahawa Dia membawa alam kepada wujud. Dia menyatakan tentang Diri-Nya sebelum penciptaan-Nya dan dinamakan dengan Nama yang makhluk-Nya panggil Dia dengan-Nya. Bila Dia berkehendakkan alam ini wujud dan memulakannya menurut had yang Dia ketahui melalui ilmu-Nya, ia dihasilkan daripada kehendak yang suci murni oleh sesuatu tajalli daripada kenyataan ‘tiada-hubungan’ atau tanzih kepada Hakikat Alam. Hakikat yang terhasil daripadanya dipanggil habuk atau nebula (haba’) yang seumpama gipsum yang yang dibentuk oleh pembentuk yang dalamnya dia boleh bukakan sebarang bentuk dan rupa yang dia mahu. Ini adalah wujud pertama dalam alam sebagaimana diceritakan oleh’Ali ibn Abi Talib, Sahl ibn ÔAbdullah at-Tustari dan mereka yang mempunyai makrifat, mereka yang kasyaf akan kewujudan.
Kemudian Allah menyatakan Diri-Nya melalui cahaya-Nya dan habuk itu. Ahli falsafah menamakannya keseluruhan yang utama (al-Hayula al-Kull). Ia mengandungi seluruh alam maya secara keupayaan dan kemampuan. Jadi setiap sesuatu menerima daripada-Nya dalam habuk itu menurut keupayaan dan yang mudah diperolehinya, seperti sudut bilik menerima cahaya daripada lampu, dan kekuatan sinarannya dan penerimaannya bergantung kepada kehampirannya dengan cahaya itu. Allah berfirman,
” Perumpamaan cahaya-Nya adalah seperti misykat (lubang) yang dalamnya ada lampu” (24:35).
Dia jadikan cahaya-Nya seumpama lampu. Jadi, tidak ada yang terdekat untuk menerimanya di dalam habuk itu kecuali Hakikat Muhammad s.a.w, yang dinamakan Akal. Jadi ia adalah penghulu (imam) bagi sekalian alam maya dan yang pertama untuk muncul dalam kewujudan. Wujudnya datang daripada Cahaya Ilahi dan daripada habuk dan daripada Hakikat Alam. Sumbernya wujud dalam habuk itu. Sumber alam maya datang daripada tajallinya. Orang yang paling hampir dengannya ialah ÔAli ibn Abi Talib, dan rahsia-rahsia Nabi-nabi.
Bagi model (misal) di mana seluruh alam maya ini wujud tanpa perpisahan, ia adalah pengetahuan yang bergantung kepada Yang Haq. Allah mengetahui kita dengan pengetahuan tentang Diri-Nya dan membawa kita kepada kewujudan menurut apa yang Dia ajarkan kepada kita. Kita mempunyai bentuk khusus ini dalam ilmu-Nya. Jika perkara itu bukan seperti ini, bentuk ini datang kepada kita secara kebetulan, bukan disengajakan, kerana tentunya Dia tidak akan mengetahuinya. Adalah mustahil rupa bentuk diberikan kepada kewujudan secara tidak sengaja. Jika ianya bukan demikian bentuk rupa yang khusus ini diketahui oleh Allah dan dikehendaki oleh-Nya, Dia tidak akan membawa kita kepada kewujudan atasnya, dan rupa bentuk ini tidak akan diperolehi daripada yang lain kerana ternyata bahawa Allah “telah ada Dia dan tiada sesuatu beserta Dia”. Jadi yang tinggal ialah rupa bentuk yang Dia bawa keluar dalam Diri-Nya. Dia mengetahuinya sendirinya. Begitulah keadaan ilmu-Nya mengenai kita. Misal kita, yang sama dengan ilmu-Nya mengenai kita, adalah diluar kandungan masa dengan di luar kandungan masa bagi Allah kerana ia adalah sifat-Nya, dan yang terkandung oleh masa tidak bersangkutan dengan-Nya. Dia terlalu mulia untuk yang demikian!
[Matlamat alam maya]
Sebagaimana kenyataan kami, “Mengapa alam dibawa kepada kewujudan? Apakah matlamatnya?” jawapannya Allah berfirman,
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku” (51:56).
Dia telah memberikan kenyataan yang jelas mengenai sebab Dia membawa kita kepada kewujudan. Ianya sama dengan alam maya seluruhnya apabila Allah katakan jin dan manusia secara khusus. Di sini jin adalah semua yang tersembunyi, samada malaikat atau sesuatu yang lain. Allah berfirman mengenai langit dan bumi,
“Datanglah dengan rela atau terpaksa! Mereka menjawab,‘Kami datang dengan rela’” (41:11)
Dia juga berfirman,
“Tetapi mereka enggan membawanya” (33:72).
Itu kerana ianya tawaran. Jika ianya perintah, mereka akan mentaatinya dan melaksanakannya kerana mustahil mereka boleh ingkar. Mereka diciptakan untuk itu (taat), tetapi jin yang dijadikan daripada api dan manusia tidak diberikan demikian.
[Sekalian alam maya adalah hidup dan nyata]
Demikian juga ada sebahagian ahli falsafah dari kalangan mereka yang berpegang kepada pemnyelidikan dan pembuktian yang terikat dengan pancaindera, keperluan dan dalil-dalil, yang mengatakan orang yang bertanggungjawab mesti memiliki pertimbangan terhadap apa yang dikatakan kepadanya. Mereka mengatakan yang benar. Perkara itu adalah demikian bagi kami memandangkan keseluruhan alam maya ini adalah bijaksana, hidup dan nyata. Ini adalah sah menurut pembukaan melalui kekeramatan yang seseorang miliki, iaitu perolehan ilmu kami mengenai ini. Bagaimanapun mereka mengatakan, “Ini adalah benda yang tak bernyawa yang tidak boleh berfikir”. Mereka berhenti pada apa yang pandangan mereka ceritakan kepada mereka. Menurut kami, kedudukannya berbeza daripada yang demikian.
Bila dikhabarkan kepada Rasulullah s.a.w mengenai batu bercakap, atau biri-biri atau batang kayu, mereka katakan Allah ciptakan kehidupan dan pengetahuan padanya ketika itu. [1] Itu bukanlah pandangan kami mengenai kedudukan perkaranya. Ia adalah rahsia kehidupan yang mengalir melalui seluruh alam maya dan semua “yang mendengar seruan muazzzan, basah atau kering, akan menjadi saksi baginya” [Ibn Majah, Nasa'i, Abu Dawud] dan ia hanya menyaksikan daripada pengetahuan. Keadaan ini disahkan melalui pembukaan kepada kami, bukan melalui pemikiran orang yang melihat kepada apa yang ditunjukkan oleh maklumat yang kelihatan dan tidak lebih dari itu. Sesiapa yang mahu memperolehinya haruslah mengembara pada jalan Sufi dan berpegang kepada khalwat dan zikir. Kemudian Allah akan memperkenalkannya dengan semua ini secara langsung. Jadi dia akan tahu bahawa manusia adalah buta daripada pengertian hakikat-hakikat ini.
[Kewujudan alam maya adalah kenyataan bagi kekuasaan Nama-nama]
Allah membawa alam maya kepada kewujudan bagi menyatakan kekuasaan Nama-nama. Kuasa tanpa bahan kekuasaan, kemurahan tanpa kurniaan, pemberi tanpa pemberian, penolong tanpa pertolongan, belas kasihan tanpa bahan yang dikasihankan adalah hakikat yang kosong daripada kesan. Allah jadikan makhluk dalam alam ini campuran seperti Dia campurkan dua genggam pada tanah liat. Kemudian Dia asingkan individu-individu daripadanya dan menjadikan satu genggam memasuki genggam yang satu lagi. Setiap genggam dicampurkan dengan saudaranya, tetapi keadaannya tidak diketahui. Ahli fikir berbeza dalam kebolehan mereka dalam mengeluarkan kecacatan daripada kebaikan dan kebaikan daripada kecacatan. Matlamatnya ialah penyucian daripada campuran tersebut dan membezakan dua genggaman tersebut sehingga yang satu ini terasing dengan dunianya. Ia adalah seperti firman Allah,
“Sehingga Dia akan bezakan yang sesat daripada yang benar. Dia akan letakkan sebahagian yang sesat itu di atas yang lain, dan demikianlah Dia akan susun mereka semuanya dan masukkannya ke dalam Jahannam” (8:37)
Sesiapa yang ada dengannya sebahagian daripada campuran itu ketika dia meninggal dunia dia tidak akan dimasukkan ke dalam golongan yang benar pada Hari Kebangkitan. [Lihat Qur'an 15:46; 34:37: 41:40: 44:55, tetapi terutamanya, 27:89.] Walau bagaimanapun, sebahagian manusia bebas daripada campuran ini dihisabkan, dan sebahagiannya hanya bebas di dalam Jahannam. Bila dia sudah dipersucikan, dia keluar daripadanya. Mereka adalah golongan yang disyafaatkan. Bagi mereka yang digolongkan ke dalam salah satu genggaman di sini, dia akan berjalan dengan kebenaran ke akhirat daripada kuburnya kepada pengampunan, atau seksaan dan Jahim. Dia sudah dipersucikan.
Ini adalah penjelasan mengenai matlamat dunia ini. Dua genggaman ini adalah dua hakikat yang menunjukkan kembali kepada sifat yang dimiliki oleh Yang Haq dalam zat-Nya (seperti dua kami). Dari sini kami katakan golongan ahli neraka menyaksikan-Nya sebagai Yang Menghukum dan ahli syurga menyaksikan-Nya sebagai Yang Merahmati. Ini adalah rahsia yang mulia. Mungkin kamu akan memperolehinya pada tempat tinggal akan datang secara penyaksian, Insya’ Allah. Mereka yang arif memperolehinya dalam dunia ini.
[Pengetahuan mengenai langit dan bumi dan yang seumpamanya pada manusia]
Mengenai apa yang kami katakan dalam tajuk ini berkenaan sfera alam besar dan alam kecil iaitu manusia, dengannya kami maksudkan dunia pada keseluruhan dan golongannya. Penguasanya adalah mereka yang memberi kesan kepada orang lain. Saya jadikan sfera alam besar dan alam kecil bertimbal-balik. Yang satu adalah salinan kepada yang satu lagi. Kami berikan kepada mereka lakaran dalam bentuk sfera dan susunan mereka dalam buku, Insha’ ad-Dawa’ir wa’l-Jawadil yang kami mulakan penulisannya di Tunis di rumah Imam Abu Muhammad ÔAbdu’l-’Aziz (al-Mahdawi al-Qurashi) [2], sahabat dan penjaga kami, semoga Allah merahmatinya! Dalam tajuk ini kami masukkan ringkasan mengenai apa yang bersangkutan dengannya.
Kami katakan alam ini empat: alam langit, iaitu alam yang bergerak; alam perubahan, iaitu alam pemusnahan; kemudian alam kehidupan iaitu alam yang bergerak dan musnah; dan alam asbab. Alam-alam ini berada pada dua tempat: dalam alam besar, iaitu yang di luar manusia, dan dalam alam kecil, iaitu manusia.
Alam tertinggi ialah Hakikat Muhammadiah. Sferanya ialah kehidupan. Ia ada persamaan pada manusia dalam latifah dan Ruh Suci. Ia termasuklah Arasy Yang Meliputi yang persamaan dengan manusia adalah jasadnya. Di sana juga Kursi, yang persamaannya dalam manusia ialah diri. Ada pula Rumah Kediaman yang persamaan dalam manusia ialah hati. Ada pula malaikat yang persamaannya dalam manusia ialah roh dan bakat-bakat yang ada dengannya. Ada juga Saturn dalam bulatannya, yang persamaannya pada manusia ialah bakat ilmu dan nafas. Ada pula Jupiter yang persamaannya pada manusia ialah bakat mengingat dan bahagian belakang otak. Ada juga Mars dan bulatannya yang persamaannya pada manusia ialah bakat akal dan ubun-ubun. Ada juga matahari dan bulatannya yang persamaannya ialah bakat berfikir dan bahagian tengah otak. Ada juga Venus dan bulatannya yang persamaannya ialah kebolehan berangan-angan dan roh haiwan. Ada pula Mercury dan bulatannya yang persamaannya ialah kebolehan berkhayal dan bahagian hadapan otak. Kemudian ada bulan dan bulatannya yang persamaannya ialah kebolehan indera dan anggota yang ada daya-rasa. Ini adalah kumpulan alam atas dan persamaannya dalam manusia.
Alam perubahan termasuk bulatan ether yang rohnya panas dan kering. Ia adalah bulatan api dan persamaannya pada manusia ialah cecair perang kekuningan yang rohnya ialah kekuasaan penghadaman. Ia termasuklah udara yang rohnya panas dan basah dan persamaannya ialah darah. Rohnya ialah kebolehan menarik. Ia termasuklah air yang rohnya ialah sejuk dan basah dan persamaannya ialah air liur.Rohnya ialah kebolehan mengeluarkan. Ia termasuk tanah yang rohnya sejuk dan kering dan persamaannya ialah cecair hitam. Rohnya ialah kebolehan menyimpan.
Ada tujuh jenis tanah: tanah hitam, tanah berdebu, tanah merah, tanah kuning, tanah putih, tanah biru dan tanah hijau. Persamaan pada tubuh manusia ialah: kulir, lemak, daging, urat, saraf, otot-otot dan tulang.
Alam kehidupan termasuk makhluk rohani yang persamaannya adalah bakat-bakat pada manusia. ia termasuk alam haiwan yang persamaannya apa yang ditangkap oleh deria pada manusia. ia termasuk alam tumbuh-tumbuhan yang persamaannya apa yang tumbuh pada manusia. ia termasuk alam yang tidak bernyawa yang persamaannya ialah apa yang tidak dapat ditangkap oleh deria pada manusia.
Alam asbab termasuklah yang tidak perlu yang persamaannya ialah hitam dan putih, warna-warna dan benda-benda (akwan). Kemudian ada pula “bagaimana” yang persamaannya ialah keadaan seeprti sihat dan sakit. Kemudian ada “berapa banyak” yang persamaannya “peha lebih panjang daripada lengan”. Kemudian ada pula “di mana” yang persamaannya ialah tengkuk sebagai tempat bagi kepala dan kaki sebagai tempat bagi peha. Kemudian ada “masa” yang persamaannya “saya gerakkan kepala saya pada ketika tangan saya bergerak”. Kemudian ada pula perbandingan (idafa) yang persamaannya ialah “Ini bapa saya, maka saya anaknya”. Ada pula tempat yang persamaannya ialah “bahasa saya dan loghat saya”. Ada pula kata-kerja yang aktif yang persamaannya ialah “Saya sudah makan”. Ada pula kata-kerja yang pasif yang persamaannya ialah “Saya sudah kenyang”. Sebahagiannya mempunyai bentuk yang berbeza dalam acuan tersebut (tiga yang lain) seperti gajah, keldai, singa dan lipas. Persamaannya ialah kebolehan manusia yang menerima bentuk makna yang wajar dipersalahkan dan juga yang wajar disanjungkan. “Yang ini cerdik, maka ia adalah gajah. Yang itu bodoh maka ia adalah keldai. Yang ini pula berani maka ia adalah singa. Yang itu pula penakut maka ia adalah lipas”.
“Allah katakan kebenaran dan memimpin ke jalan yang lurus” (33:4)
[1] Merujukkan kepada hadis tertentu daripada Nabi s.a.w
[2] Murid Abu Madyan yang meninggal dalam tahun 621H.
07. Permulaan Jasad Manusia
Permulaan Jasad Manusia
[Yang pertama muncul kepada kewujudan dalam Alam Besar dan kumpulan terakhir yang dikeluarkan]
Hakikat dalaman manusia tumbuh
menjadi kerajaan dengan kekuasaan yang nyata
Kemudian zatnya bersemayam di atas singgahsana Adam
sebagaimana Arasy diduduki oleh Yang Maha Pemurah.
Hakikat jasadnya muncul dalam bentuk asalnya,
dan kerajaan bagi kewujudan kedua lengkap dengannya.
Pengenalan ilmunya lahir dalam kenyataannya
di kalangan yang mulia dan yang membenci
Maka mimpinya menjadi remeh-temeh lantaran pengetahuannya
dan syaitan yang direjam menjadi bangga.
Mereka mencari kehampiran Allah dalam Malakut-Nya
tetapi syaitan kecil membawa kesesatan kepada mereka.
[Kejadian alam yang didiami]
Ketahuilah! Semoga Allah membantu kamu! – masa didiami alam semulajadi ini yang dikongkong oleh masa dan dikandung oleh ruang adalah 71,000 tahun yang diketahui dalam dunia ini. Tempuh masa ini adalah 11 hari daripada hari-hari nama-nama yang lain. Dan satu dua perlima hari daripada hari-hari Pemilik Pendakian. Ada berbagai-bagai jenis hari. Allah berfirman,
“Dalam satu hari yang ukurannya 50,000 tahun” (4:70)
dan
“satu hari pada sisi Tuhan kamu seumpama 1000 tahun bilangan kamu”(22:47).
Hari yang paling singkat ialah yang diukur melalui pergerakan sfera yang meliputi yang menyata dalam hari kita 24 jam. Hari yang paling singkat bagi orang Arab, iaitu yang ini, kepunyaan sfera yang paling besar. Itu adalah kerana pengaruhnya terhadap sfera di dalamnya kerana pergerakan apa yang di bawahnya pada malam dan siang pergerakan permukaannya mengheret baki sfera yang diliputinya.
[Pergerakan asas dan pergerakan permukaan sfera]
Setiap pergerakan sfera diikuti oleh pergerakan permukaannya. Setiap sfera di bawahnya ada dua pergerakan pada pergerakan yang sama: pergerakan asas dan pergerakan permukaan. Setiap pergerakan asas pada setiap sfera mempunyai hari tertentu berlaku daripada Sfera Yang Meliputi yang dinyatakan dengan firman-Nya, “menurut kiraan kamu”. Semuanya melintasi Sfera Yang Meliputi. Bilamana ia melintasinya secara keseluruhannya, harinya menjadi kepunyaannya dan lakarannya berpusing. Hari yang paling singkat ialah 28 hari “menurut kiraan kamu”. Ia adalah ukuran lintasan pergerakan bulan dalam Sfera Yang Meliputi.
Allah dirikan tujuh planet di langit supaya pandangan manusia boleh menyaksikan lintasan sfera-sfera dalam Sfera Yang Meliputi
“bagi mengetahui bilangan tahun dan hitungan” (10:5). “Dia tentukannya melalui setesen-setesen supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan” “Kami akan bezakan segala perkara” (17:11) “Ia adalah ketentuan Yang maha Berkuasa, Maha Mengetahui” (6:96).
Setiap planet ada hari yang ditentukan yang membezakan mereka di antara satu sama lain menurut kelajuan pergerakan aslinya atau kecil-besar saiz sferanya.
[Penciptaan Qalam dan Loh Mahfuz]
Ketahuilah Allah kemudiannya menciptakan Qalam dan Loh Mahfuz dan memanggilnya Akal dan Roh. Dia kurniakan kepada Roh dua sifat: sifat ilmu dan sifat amal atau perbuatan. Dia menjadikan Akal sebagai pengajar dan menyampaikan secara menggunakan penyaksiannya, seperti keadaan memotong daripada bentuk pisau tanpa ia mengatakan apa-apa mengenainya. Allah ciptakan unsur (jauhar) tanpa diri iaitu Roh yang telah diceritakan yang dipanggil habuk (debu). Ini adalah istilah yang sampai kepada kita daripada ‘Ali ibn Abi Talib.
[Penciptaan habuk (haba')]
Habuk disebut dalam bahasa Arab. Allah berfirman,
“ia bertaburan seperti habuk” (56:6).
Ia adalah demikian bila ‘Ali ibn Abi Talib menyaksikannya, bermakna unsur ini bertaburan dalam bentuk aslinya, dan tiada bentuk yang terlepas daripadanya kerana anasir yang dipanggil habuk ini membentukkan bentuk rupa.. Ia ada dengan setiap bentuk oleh hakikatnya. Ia tidak boleh dipecahkan ataupun dinyatakan secara pengurangan. Ia seumpama keputihan yang wujud pada setiap benda putih oleh zatnya dan hakikatnya. Tidak dikatakan ada pengurangan keputihan menurut kadar benda itu menerima keputihan. Ini menyerupai keadaan unsur ini.
[Empat peringkat di antara Roh dengan Habuk]
Allah mengadakan empat tahap di antara Roh ini yang dinyatakan oleh dua sifat tersebut dan habuk itu. Dia jadikan setiap peringkat sebagai satu tahap bagi empat malaikat. Dia melantik malaikat-malaikat ini sebagai penjaga kepada apa yang Dia keluarkan pada alam di bawah mereka, daripada ‘Illiyun’ hingga ke “yang paling bawah”. Dia kurniakan kepada setiap malaikat ini pengetahuan yang perlu di bawa ke dalam alam.
Yang pertama Allah bawa kepada kewujudan dalam bentuk asal yang berhubung dengan ilmu dan pentadbiran malaikat-malaikat ini ialah Badan Sejagat (Universal). Bentuk pertama yang Allah bukakan dalam badan ini ialah bentuk sfera (seperti bola) kerana ia adalah bentuk yang terbaik. Kemudian Allah membawanya kepada kewujudan dengan kesempurnaan gubahan, dan jadikan semua yang Dia ciptakan di bawah penjagaan malaikat-malaikat ini. Dia amanahkan kepada mereka urusan berkenaan dalam dunia ini dan juga akhirat dan memeliharanya daripada melanggar apa yang Dia perintahkan kepada mereka. Dia menceritakan kepada kita bahawa mereka,
“tidak menderhakai Allah pada yang Dia perintahkan dan mereka melaksanakan apa yang mereka diperintahkan” (66:6).
[Penciptaan benda-benda (muwalladat)]
Kemudian Dia selesai menciptakan bahan-bahan yang tidak bernyawa, tumbuh-tumbuhan dan haiwan pada akhir 71,000 tahun dunia yang kamu hitung dan aturkan dunia ini dalam keadaan yang paling rapi. Daripada ciptaan yang pertama hinggalah yang terakhir, iaitu haiwan, Dia tidak menggunakan kedua-dua tangan-Nya dalam ciptaan apa sahaja kecuali manusia. Manusia adalah bentuk habuk yang berjasad. Segalanya kecuali untuk itu Dia ciptakan daripada perintah Ilahi atau dengan sebelah tangan. Allah berfirman,
“Apabila Kami berkehendak menjadikan sesuatu Kami hanya katakan ‘jadi!(Kun)’ maka jadilah ia” (16:40).
Ini adalah perintah Ilahi. Dalam hadis ada mengatakan Allah ciptakan syurga Adn dengan tangan-Nya, menulis Taurat dengan tangan-Nya, menanam pokok Thuba dengan tangan-Nya dan menciptakan Adam, iaitu manusia, dengan kedua-dua tangan-Nya. Bagi menunjukkan kemuliaan bagi Adam, Allah berfirman kepada iblis,
“Apa yang menghalang engkau sujud kepada apa yang Aku ciptakan dengan tangan-tangan-Ku?” (38:75).
[Sfera paling rendah dan Buruj Dua Belas (zodiak)]
Bila Allah ciptakan sfera yang paling rendah, iaitu yang pertama dinyatakan di atas, Dia membahagikannya kepada 12 bahagian dipanggil “Buruj”. Allah berfirman,
“dan langit dengan buruj-buruj” (85:1).
Setiap bahagian ada buruj dan bahagian-bahagian tersebut ada empat suasana. Dia ulangi setiap bahagian daripada empat bahagian itu pada tiga tempat. Dia jadikan bahagian-bahagian ini seumpama tempat perhentian dan takungan air di mana pengembara berhenti, dan dalamnya pelayar yang dalam pelayaran mengembara maka pada perhentian inilah sampainya perjalanan planet-planet yang melalui mereka. Apa yang Allah adakan dalam sfera planet-planet ini yang laluannya melalui buruj-buruj tersebut supaya, melalui lintasan dan perjalanan mereka, diadakan apa yang Dia berkehendak pada alam anasir dan semulajadi. Dia jadikan mereka sebagai tanda perjalanan bagi kesan pergerakan sfera buruj-buruj, maka ketahuilah akan yang demikian!
[Alam semulajadi dan empat anasir]
Alam semulajadi pada satu bahagian daripada empat bahagian itu ialah panas dan kering; keduanya sejuk dan kering; ketiganya panas dan basah; dan keempatnya sejuk dan basah. Dia jadikan bahagian kelima dan kesembilan seperti bahagian yang pertama, yang keenam dan kesepuluh seperti yang kedua, yang ketujuh dan kesebelas seperti yang ketiga, dan yang kelapan dan kedua belas seperti yang keempat dalam keadaan semulajadinya. Jadi Allah isikan badan semulajadi menurut perbezaan, dan badan anasir tanpa perbezaan, dalam yang empat ini iaitu: panas, sejuk, kering dan basah. Walaupun mereka empat acuan, Allah jadikan dua daripadanya sebagai asas kepada kewujudan dua yang lain. Haba mengeluarkan kekeringan dan sejuk mengeluarkan kebasahan. Ini dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya,
“Tidak ada yang basah atau yang kering melainkan sudah ada dalam Buku Yang Nyata” (6:59)
lantaran sebab itu, oleh kerana ia dikeranakan, mesti ada kewujudan sebab, atau jika ia adalah kesan, maka ia mesti ada sebab, bagaimanapun kamu meletakkannya. Kewujudan sebab tidak memerlukan kewujudan sesuatu akibat.
[Al-Falak al-Atlas]
Bila Allah ciptakan sfera yang pertama ini, ia berpusing dengan lakaran yang penghujungnya hanya Allah sahaja mengetahuinya kerana tiada badan terhad di atasnya untuk melintasinya. Ia adalah badan tipis (jarang) yang pertama. Pergerakan menurut perkiraan dan dijadikan jelas. Allah tidak ciptakan apa-apa dalamnya. Kemudian pergerakan menjadi jelas dan berakhir pada sesuatu yang berada di dalamnya. Jika tidak demikian, pergerakan di dalamnya tidak akan menjadi jelas samasekali kerana tidak ada planet dalam al-Falak al-Atlas, dan ia menyerupai dirinya sendiri. Jadi ukuran satu pergerakan dalamnya tidak diketahui dan tidak juga ditentukan. Sekiranya ada sebahagian daripadanya di dalamnya ia adalah berbeza daripada bahagian yang lain, maka tanpa keraguan pergerakannya akan dikira dengannya. Tetapi Allah mengetahui ukurannya, akhirannya dan ulangannya. Hari terjadi daripada pergerakan itu. Di sana tidak ada malam atau siang pada hari itu.
Kemudian perjalanan sfera ini berterusan dan Allah ciptakan 35 malaikat sebagai tambahan kepada 16 malaikat yang telah kami nyatakan. Jadi jumlahnya menjadi 411 malaikat. Malaikat-malaikat ini termasuklah Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail. Kemudian Dia ciptakan 974 malaikat dan tambahkan mereka kepada golongan malaikat yang telah kami nyatakan. Dia bukakan kepada mereka dan perintahkan mereka menurut bakat mereka yang Dia ciptakan. Mereka berkata,
“Kami tidak turun, melainkan dengan perintah Tuhanmu. Kepunyaan-Nya apa yang di hadapan dan apa yang di belakang kita, dan yang di antara keduanya. Dan Tuhanmu tidak pernah lupa” (19:64).
Allah berfirman kepada mereka,
“Mereka tidak menderhakai Allah pada apa yang diperintahkan kepada mereka,” (66:6).
Mereka adalah malaikat yang khususnya menjadi penjaga. Allah ciptakan malaikat yang menjadi penghuni langit dan bumi untuk beribadat kepada-Nya. Tidak ada tempat di langit dan di bumi yang tidak ada malaikat padanya. Allah terus menciptakan malaikat daripada nafas dunia selagi ia bernafas.
[Penciptaan Kediaman yang paling hampir]
Bila pergerakan sfera ini, yang tempuhnya 54,000 tahun menurut kiraan kamu, sudah lengkap, Allah jadikan dunia ini dan tentukan baginya ketentuan yang jelas yang mana ia akan berakhir dan bentuknya akan terhapus. Ia akan ditukarkan daripada menjadi tempat kediaman kita dan menerima bentuk tertentu, iaitu apa yang kita lihat hari ini, kepada
“bumi digantikan dengan bumi lain, dan langit juga”.
Bila 36,000 tahun kiraan kamu mencukupi bagi pergerakan sfera ini, Allah jadikan alam baharu: Syurga dan Neraka yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya, kedua-duanya yang bahagia dan yang celaka. Di sana 9,000 tahun kiraan kamu di antara penciptaan alam ini dan penciptaan alam akhirat. Sebab itulah ia dinamakan “yang kemudian” kerana ciptaannya diperlambatkan sehingga selepas penciptaan alam ini yang dipanggil “yang pertama” kerana ia diciptakan sebelumnya. Allah berfirman,
“Yang kemudian adalah lebih baik bagi kamu daripada yang terdahulu” (97:4).
Dia menyampaikan kepada Rasul-Nya s.a.w, dan tidak mengadakan ketentuan binasa bagi Alam Akhirat. Ia adalah abadi.
[Bumbung Syurga ialah al-Falak al-Atlas]
Allah jadikan sfera ini sebagai bumbung Syurga. Kita panggilnya Arasy yang pergerakannya tidak khusus dan tidak juga jelas. Pergerakannya berterusan, tiada kesudahan. Tidak ada ciptaan yang telah kami nyatakan diciptakan tanpa matlamat kedua, iaitu menghubungkan dirinya kepada kewujudan manusia yang menjadi Wakil Raja dalam dunia ini. Saya katakan “matlamat kedua” kerana matlamat pertama penciptaan ialah mengenal Allah dan beribadat kepada-Nya kerana inilah tujuan seluruh alam maya diciptakan. Tidak ada apa kecuali yang meninggikan puji-pujian-Nya. Makna matlamat kedua dan pertama ialah hubungan kehendak, bukan dalam ruangan masa berkehendak, kerana kehendak Allah adalah sifat mutlak sebagaimana Zat-Nya di ceritakan seperti juga semua sifat-sifat-Nya.
[Pegerakan langit dan Pegerakan bumi]
Kemudian Allah ciptakan sfera-sfera ini dan langit-langit, dan mengilhamkan kepada setiap langit dengan perintah-Nya dan mengaturkan cahaya-cahaya dan lampu-lampu di dalamnya, dan mengisikannya dengan para malaikat dan menjadikannya bergerak. Jadi semuanya bergerak kerana mentaati Allah, datang kepada-Nya, mencari kesempurnaan kehambaan yang layak bagi masing-masingnya, kerana Allah perintahkan kepada langit dan bumi, “Datanglah dengan rela atau terpaksa” dengan perintah yang ditujukan kepada mereka. Mereka menjawab, “Kami datang dengan rela”. Jadi, mereka terus menerus datang dan terus bergerak, sekalipun pergerakan bumi tersembunyi daripada kita. Ia bergerak mengelilingi pusat kerana ia berpusing. Bagi langit pula, ia datang dengan rela apabila Allah perintahkan. Bumi datang dengan rela apabila ia mengetahui akan dipaksa dan Allah mesti membawanya bila Dia berfirman, “atau dengan terpaksa”. Itulah yang dimaksudkan dengan firman-Nya, “atau dengan terpaksa”. Ia datang dengan rela secara terpaksa!
“Dia dirikan tujuh langit dalam dua hari, dan Dia mengilhamkan kepada setiap langit dengan perintah-Nya” (41:12).
[Penciptaan bumi dan ketentuan makanan padanya]
Allah ciptakan bumi dan tentukan makanan padanya menurut bahan-bahan keluarannya. Dia sediakan khazanah bagi keperluan pemakanan mereka. Kami telah sentuh mengenai aturan pembentukan dunia dalam buku al-’Aql al-Mustawfir. Sebahagian daripada ketentuan makanannya ialah kewujudan air, udara dan api, begitu juga apa yang dikandungi sebagai wap, awan, kilat, guruh, dan kesan-kesan daripada langit.
“Itu adalah ketentuan Yang Maha Gagah, Maha Mengetahui” (6:96).
Dia jadikan jin daripada api, dan burung, reptilia di darat dan di laut, dan serangga daripada kereputan bumi agar udara menjadi bersih bagi kita, bebas daripada wap kereputan. Jika wap kereputan itu bercampur dengan udara yang dalamnya Allah amanahkan kehidupan dan kesejahteraan manusia dan haiwan, akan membuatkan mereka jatuh sakit, lemah dan kepayahan. Jadi Allah sucikan atmosfera untuknya sebagai kasihan belas-Nya bila Dia jadikan makhluk ini daripada benda-benda reput. Dengan demikian hanya kedapatan sedikit penyakit.
[Penciptaan manusia]
Dan kemudian Kerajaan siap disusunkan dan disediakan, namun tidak ada makhluk yang mengetahui daripada jenis apakah Wakil Raja itu akan diwujudkan, sedangkan demi kewujudannya Allah sediakan kerajaan ini. Apabila masa yang ditentukan menurut ilmu-Nya sampai bagi mengwujudkan Wakil Raja tersebut, 17,000 tahun sesudah dunia ini didiami dan 8,000 tahun selepas alam kemudian, yang tidak ada kesudahan, didiami, Allah perintahkan malaikat membawakan segenggam tanah yang berbagai-bagai jenis daripada bumi. Berbagai-bagai kisah yang panjang diceritakan mengenai perihal malaikat mengambil tanah tersebut. Allah mengambilnya dan mengulinya dengan tangan-tangan-Nya. Ini adalah perkataan-Nya,
“apa yang Aku ciptakan dengan tangan-tangan-Ku” (38:75).
Allah mengamanahkan setiap malaikat yang telah disebutkan dengan amanah bagi Adam. Dia berfirman,
“‘Aku ciptakan manusia daripada tanah liat” (38:71).
Amanah ini yang ada dengan kamu adalah miliknya. Bila Aku ciptakannya, setiap kamu berikan kepadanya apa yang kamu ada yang Aku amanahkan kamu baginya.
“Bila Aku siap menciptakannya dan Aku tiupkan daripada roh-Ku kepadanya, maka sujudlah kepadanya” (15:29).
Kemudian Allah uli tanah liat bagi ciptaan Adam dengan kedua-dua tangan-Nya, sehingga ditukarkan baunya iaitu kebusukan tanah liat. Itu adalah bahagian yang udara berada di dalam binaannya. Dia jadikan bahagian luarnya sebagai tempat bagi anak-cucunya yang bahagia dan yang celaka. Dia amanahkan apa yang ada dalam tangan-tangan-Nya. Allah menerangkan bahawa yang bahagia di dalam tangan kanan-Nya dan yang celaka di dalam tangan kiri-Nya. “Kedua-dua tangan Tuhanku adalah tangan kanan yang suci”. Dia berfirman, “Itu adalah bagi syurga dan yang melakukan kebaikan ahli syurga. Itu adalah untuk neraka dan mereka yang melakukan amalan ahli neraka”.
Dia amanahkan keseluruhannya dalam tanah liat Adam, dan gabungkan yang bertentangan di dalamnya secara prinsip anggaran. Dia bentuknya atas pergerakan lurus, dan ia di bawah penguasaan Virgo. Dia jadikan enam arah baginya: atas, iaitu yang melepasi kepalanya, bawah yang bertentangan dengannya iaitu di bawah kakinya, kanan yang berada di sebelah bahagiannya yang kuat, dan kiri yang bertentangan dengannya yang disebelah bahagiannya yang lemah, hadapan ialah yang sebelum mukanya, dan belakang yang bertentangan iaitu yang di belakang tengkuknya. Dia bentukkan, seimbangkan dan susunkannya. Kemudian Dia tiupkan daripada roh-Nya kepadanya. Bila ia sudah ditiupkan kepadanya, apabila ia menjalar ke seluruh bahagian tubuhnya, empat perkara muncul . Empat perkara itu ialah: cecair kuning (hempedu), cecair hitam, darah dan air liur.
Cecair kuning dari anasir api yang daripadanya ia dijadikan, firman-Nya,
“daripada tanah liat seumpama pembuat periuk (dari tanah liat yang dibakar)” (55:14).
Cecair hitam daripada tanah, firman-Nya,
“Dia ciptakannya daripada tanah” (15:26).
Darah daripada udara, dan daripada perkataan-Nya, “tanah liat yang busuk”. Air liur daripada air yang dengannya tanah diuli dan menjadi tanah liat. Kemudian Allah datangkan kuasa daya tarikan yang dengannya haiwan menarik makanan, kemudian kuasa mencengkam yang dengannya haiwan memegang apa yang menjadi makanannya, kemudian kuasa penghadaman yang dengannya makanan dihadamkan, dan kemudian kuasa membuang yang dengannya dia mengeluarkan daripada dirinya – peluh, wap, udara, najis dan lain-lain.
Bagi penyebaran wap dan pembahagian darah di dalam urat daripada hati dan setiap bahagian haiwan, ia dengan kuasa penarikan, bukan kuasa pembuangan. Bahagian kuasa pembuangan hanya apa yang ia keluarkan, iaitu bahan-bahan buangan. Kemudian Allah datangkan kuasa memberi makan, membesar, deria-deria, imaginasi, ilusi, kebolehan menyimpan dan ingatan. Semuanya ini dalam manusia sama sahaja dengan yang dalam haiwan, tidaklah meletakkannya pada taraf manusia melainkan kerana empat kebolehan: kebolehan imaginasi, ilusi, kebolehan menyimpan dan daya ingatan. Kebolehan ini lebih kuat dalam manusia daripada dalam haiwan.
Kemudian Dia kurniakan kepada manusia bakat atau kebolehan untuk mengerti, pemikiran dan akal, dan ini menjadikannya berbeza daripada haiwan. Dia letakkan sekalian bakat-bakat ini pada jasad manusia sebagai alat bagi Diri Zahir memperolehi segala manfaat daripadanya.
“Kemudian Dia bentuknya kepada makhluk yang lain” (23:14),
iaitu kemanusiaan. Dia jadikan manusia mengenal melalui bakat-bakat tersebut, dan dia menjadi hidup, mengetahui, berkuasa, berkehendak, berkata-kata, mendengar dan melihat menurut sempadan yang dimilikinya.
“Segala puji bagi Allah, sebaik-baik Pencipta” (23:14).
Kemudian Allah tidak menamakan Diri-Nya dengan sebarang nama tanpa meletakkan sebahagian daripada sifat nama tersebut kepada manusia sebagai bahagian yang daripada-Nya yang menyata dalam dunia menurut apa yang wajar baginya. Kerana itulah ada orang yang memahamkan perkataan Rasulullah s.a.w, “Allah ciptakan manusia dalam rupa-Nya” sebagai membawa maksud ini. Dia hantarkan manusia sebagai Wakil Raja iaitu wakil-Nya di bumi kerana bumi merupakan sebahagian daripada alam perubahan dan pertukaran, yang bertentangan dengan Alam Tinggi. Pengadilan berlaku di kalangan penghuni bumi menurut perubahan yang berlaku pada alam langit. Dengan demikian prinsip-prinsip bagi semua nama-nama Ilahi menyata. Maka Adam lebih tepat merupakan khalifah di bumi daripada di langit dan syurga. Di sana apa yang Dia perintahkan adalah: pengetahuan Nama-nama, sujudnya malaikat-malaikat, dan keingkaran iblis sebagaimana yang akan dibicarakan pada bahagian yang sesuai nanti, Insya’ Allah.
[Jasad manusia dan jenisnya]
Tajuk ini dikhususkan untuk membicarakan tentang permulaan jasad manusia. Ada empat jenis: jasad Adam, jasad Hawa, jasad Isa dan jasad keturunan Adam. Setiap jasad ini berbeza daripada pembentukan jasad-jasad lain menurut hukum sebab musabab, sekalipun bersamaan dalam bentuk zahiriah dan rohaniah. Kami katakan ini, dan membicarakan mengenainya agar akal yang lemah tidak terdorong untuk membayangkan kuasa Ilahi atau hakikat sebagai tidak cukup berkuasa, dan menganggapkan bahawa makhluk bangsa manusia ini muncul daripada hanya satu penyebab yang zatnya memperkenankan pembentukan ini. Allah menyangkal keraguan ini lantaran pembentukan manusia ini muncul pada Adam dengan cara yang ia tidak muncul pada Hawa; jasad Hawa muncul melalui perantaraan yang jasad Adam tidak muncul melaluinya; dan jasad keturunan Adam muncul melalui cara yang jasad Isa tidak melaluinya. Setiap daripada semua ini dipanggil manusia menurut istilah. Ianya begitulah seharusnya diketahui bahawa Allah mempunyai ilmu mengenai segala perkara dan bahawa Dia berkuasa berbuat apa sahaja.
Kemudian, Allah gabungkan semua empat jenis makluk ini dalam satu ayat Quran, Surah al-Hujurat (49:13) Dia berfirman,
” Wahai manusia, Kami yang ciptakan kamu”
bermaksud Adam, “daripada lelaki” bermaksud Hawa dan “daripada perempuan” bermaksud Isa, dan digabungkan “daripada lelaki dan perempuan” bermaksud melalui perkahwinan dan kelahiran. Ayat ini adalah sebahagian daripada “semua perkataan” dan “ungkapan yang jelas” yang disampaikan kepada Rasulullah s.a.w.
[Jasad Adam dan jasad Hawa]
Kemudian jasad Adam muncul sebagaimana yang dinyatakan, dan dia tidak ada keinginan untuk berkahwin. Allah sudah mengetahui ketentuan untuk kelahiran, pembiakan dan perkahwinan dalam kewujudan ini. Perkahwinan pada tempat ini adalah bagi kesinambungan kewujudan jenis-jenis. Kemudian Dia ciptakan Hawa daripada tulang rusuk Adam yang paling kecil. Oleh sebab itu perempuan berada pada peringkat yang lebih rendah daripada lelaki seeprti firman Allah,
“Lelaki ada kelebihan di atas perempuan” (2:228).
Jadi perempuan tidak dapat mengatasi lelaki. Hawa memiliki kebengkokan yang ada pada tulang rusuk, maka dengannya dia mempunyai kecenderungan kepada anak-anak dan suami. Kecenderungan lelaki (=kemesraan) kepada perempuan adalah kecenderungannya terhadap dirinya sendiri kerana perempuan adalah sebahagian daripadanya. Perempuan tertarik kepada lelaki kerana dia diciptakan daripada tulang rusuk, dan tulang rusuk ada kelengkungan dan kecenderungan.
[...cinta Adam dan cinta Hawa]
Allah isikan bahagian Adam yang daripadanya muncul Hawa dengan keinginan terhadapnya (Hawa) kerana tidak seharusnya ada kekosongan pada kewujudan. Bila Dia isikan pada Adam keinginan, Adam merindui Hawa sebagaimana dia merindui dirinya sendiri kerana Hawa adalah daripadanya. Hawa merindui Adam kerana Adam adalah asalnya di mana dia diciptakan. Cinta Hawa adalah kecintaan kepada asal usul, dan kecintaan Adam adalah cintakan diriny sendiri. Kerana sebab itu, kecintaan lelaki kepada perempuan menyata kerana perempuan adalah sama dengannya, dan perempuan pula diberikan bakat yang ditentukan dengan sifat pemalu dalam menyintai lelaki. Perempuan mampu berahsia kerana asal usulnya tidak disatukan kepadanya seperti Adam disatukan kepada Hawa.
Allah gubahkan dalam tulang rusuk itu semua yang Dia gubahkan dan ciptakan pada jasad Adam. Pembentukan jasad Adam dalam bentuknya sama seperti pembuat periuk menggubahkan daripada tanah liat dan bakaran. Pembentukan jasad Hawa sama seperti tukang kayu gubah ukiran pada kayu. Bila dia ukirkan Hawa dalam tulang rusuk dan tentukan bentuknya, sempurnakan pembentukannya, ditiupkan padanya daripada roh-Nya. Hawa mendapat tempat sebagai perempuan yang hidup dan boleh berkata-kata, mengambil tempatnya dalam pembiakan. Adam berasa tenteram dengan Hawa dan Hawa berasa tenteram dengan Adam. Hawa adalah “pakaian Adam dan Adam pakaian Hawa” Allah berfirman,
“Mereka adalah pakaian kamu dan kamu pakaian mereka” (2:187).
Keinginan menjalar kepada seluruh bahagian jasadnya dan dia mencari Hawa.
[Kejadian jasad jenis ketiga]
Kemudian Adam menutupi Hawa dan menuangkan air ke dalam kandungannya dan dengan setitik air itu, darah haid yang Allah tentukan untuk perempuan mengalir, dan dalam jasad itu terbentuk jasad ketiga yang berbeza daripada cara pembentukan jasad Adam dan Hawa. Inilah jasad jenis ketiga. Allah peliharakan pembentukan di dalam kandungan itu seperingkat demi seperingkat dengan perubahan daripada air mani kepada darah beku kepada segumpal daging kepada tulang. Kemudian Allah pakaikan daging kepada tulang. Bila pertumbuhan kehaiwanan ini lengkap, Dia bentukkan makhluk lain dan dengannya meniupkan roh manusia ke dalamnya.
“Segala puji bgai Allah, Pencipta yang paling baik” (23:14).
Sekiranya bukan kerana terlalu panjang, tentuk mai terangkan pembentukan manusia di dalam kandungan seperingkat demi seperingkat, dan malaikat yang menjaga yang mengawasi pembentukan janin dalam kandungan sehinggalah ia keluar. Tetapi kami mahu perkatakan tentang tubuh manusia. Walaupun sama menurut takrif, kenyataan, perasaan dan bentuk yang khusus, sebab bagi komposit berbeza agar tidak ada orang yang membayangkan bahawa ia kepunyaan zat penyebab. Maha Tinggi Allah! Itu merujuk kepada Pelakun yang dipilih yang melakukan apa yang Dia kehendaki bila Dia kehendaki tanpa larangan atau tidak berupaya dalam satu perkara berbanding dengan perkara lain.
“Tiada Tuhan melainkan Dia, Maha gagah, Maha Bijaksana” (3:18).
[Kejadian jasad Isa]
Pengkaji haiwan dan tumbuh-tumbuhan mengatakan mani perempuan tidak mempunyai apa-apa yang dibentuk daripadanya – walaupun janin yang dalam kandungannya datang daripada mani lelaki. Oleh yang demikian kami jadikan pembentukan Isa sebagai pembentukan yang lain, sekalipun peraturannya di dalam kandungan menyamai peraturan bagi jasad-jasad bayi yang lain. Kejadian jasad Isa adalah daripada mani perempuan kerana Roh zahir kepadanya tanpa menyalahi peraturan, atau ianya daripada tiupan nafas tanpa air. Jasad Isa adalah jasad jenis keempat, yang berbeza cara kejadiannya dengan jasad-jasad yang lain. Allah berfirman,
“Sesungguhnya, kesamaan Isa” (2:56)
iaitu kejadian Isa,
“dengan Allah adalah umpama kesamaan Adam. Dia ciptakannya daripada habuk”.
Gantinama itu merujukkan kepada Adam. Kesamaan itu merujuk kepada kejadian Isa tanpa bapa, iaitu keadaan kejadiannya menyerupai kejadian Adam, sekalipun Dia ciptakan Adam daripada habuk. Kemudian Allah katakan, “Jadi!”.
Isa tidak berada dalam kandungan Maryam selama tempuh kandungan biasa. Pembentukannya berlaku dengan cepat kerana Allah berkehendak menjadikannya sebagai tanda bagi manusia dan menjadikannya sebagai penafian kepada anggapan mereka yang berpegang kepada hukum alam yang biasa, tidak dengan kejadian yang rahsia dan ajaib yang Allah pertaruhkan dalamnya. Sebahagian mereka yang berakal merumuskan hal ini sebagai hukum alam dan berkata, “Kami hanya tahu apa yang Engkau beritahu, dan ia mengandungi perkara-perkara yang kami tidak tahu”.
[Manusia di bumi seperti akal di langit]
Inilah sebabnya kami nyatakan permulaan kejadian jasad manusia dan kenyataan bahawa terdapat empat jenis jasad yang terbentuk secara berbeza dan manusia merupakan kejadian yang paling akhir. Maka ia adalah seumpama akal dan berhubungan dengannya kerana kewujudan ini adalah bulatan. Permulaan bulatan ialah kewujudan Akal Awal seperti yang dinyatakan dalam hadis: “Yang pertama Allah ciptakan ialah Akal”. Ia merupakan jenis pertama. Kejadian berakhir pada jenis manusia, maka bulatan menjadi lengkap dan manusia dihubungkan degan akal, sebagaimana titik akhir bulatan disambungkan dengan awalnya. Begitulah keadaannya. Di antara dua hujung bulatan itu adalah semua jenis atau bangsa yang Allah ujudkan dalam alam ini, di antara Akal Awal, iaitu Qalam, dan manusia, iaitu kejadian terakhir.
Kemudian garisan muncul daripada titik yang berada di tengah-tengah bulatan kepada garis lengkung bulatan yang muncul daripadanya, dan muncul bersamaan pada setiap bahagian garis lengkung. Ia serupa dengan hubungan Allah dengan semua yang wujud. Ia adalah hubungan yang sama. Perubahan tidak berlaku sama sekali. Semua perkara bergantung kepada-Nya dan menerima apa yang Dia kurniakan seperti bahagian garis lengkung bergantung kepada titik pusat.
Allah binakan bentuk manusia secara pergerakan lurus seumpama bentuk kayu pemyokong kepada khemah. Dia jadikan manusia sebagai penyokong bumbung langit. Allah menahannya daripada jatuh kerananya. Jadi manusia adalah seumpama kayu penyokong khemah. Bila bentuk manusia ini dihapuskan, dan tiada seorang manusia yang masih ada di muka bumi, maka langit pun runtuh, pada hari itu ianya akan jatuh kerana kayu penyokongnya iaitu manusia sudah terhapus.
Kemudian kehidupan akan berpindah ke Alam Kemudian kerana manusia sudah berpindah ke sana. Dunia ini akan menjadi satu keruntuhan disebabkan manusia telah meninggalkannya. Jadi kita ketahui dengan jelas bahawa manusialah yang menjadi tujuan diwujudkan dunia ini dan manusialah khalifah-Nya yang sebenar dan manusia itulah bekas yang menyatakan nama-nama Ilahi. Manusia membawa bersamanya semua hakikat-hakikat alam – malaikat, sfera (cakerawala), tubuh, alam semulajadi, bahan-bahan galian dan haiwan. Ini adalah menurut apa yang hanya diberikan kepadanya daripada pengetahuan tentang nama-nama Ilahi, sekalipun saiz dan jisimnya yang kecil. Allah berfirman,
“Tentunya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia” (40:57)
kerana manusia dihasilkan daripada langit dan bumi, maka mereka menyerupai ibu bapa mereka. Allah menaikan darjat mereka kerananya,
“tetapi kebanyakan manusia tidak tahu” (7:187).
Dia tidak maksudkan lebih besar pada ukuran kerana yang demikian dapat ditangkap oleh pancaindera.
[Ujian bagi Manusia yang paling utama (al-Insan al-Akbar)]
Walau bagaimanapun, Allah menguji manusia dengan ujian yang tidak dikenakan kepada makhluk yang lain, samada Dia akan jadikannya bahagia atau Dia akan jadikannya celaka menurut apa yang Dia benarkan dia menggunakannya. Ujian yang Dia gunakan bagi menguji manusia ialah Dia jadikan pada manusia itu bakat atau kebolehan berfikir dan jadikan bakat ini berkhidmat kepada bakat lain yang dinamakan akal. Dia jadikan akal, seklipun ia tuan kepada fikiran, mengambil apa yang fikiran berikan kepadanya. Dia tidak berikan kepada fikiran sebarang bidang kecuali kebolehan berimaginasi. Dia jadikan bakat imaginasi sebagai bekas yang mengumpulkan apa yang bakat-bakat pancaindera berikan kepadanya. Dia juga berikan kepadanya bakat yang dinamakan pemahaman. Jadi dalam bakat imaginasi, tidak ada apa yang diperolehi kecuali apa yang diberikan oleh deria atau apa yang bakat pemahaman berikan. Anasir pemahaman datangnya daripada benda-benda yang berhubung dengan deria. Ia mengumpulkan bentuk-bentuk yang tidak ada sumber, sekalipun semua bahagiannya wujud dalam deria.
Itu kerana akal dijadikan bersih tanpa tipudaya dan tanpa pengetahuan yang agak-agak. Fikiran diberitahukan, “Bezakan di antara yang benar dan yang salah yang ada dalam bakat imaginasi ini.” Fikiran mengkaji menurut apa yang ia ada. Ia mungkin memperolehi keraguan dan ia juga mungkin menemui pembuktian tanpa ia mengetahui yang demikian, sekalipun ia mengakui yang ia mengetahui bentuk keraguan daripada pembuktian. Ia memperolehi pengetahuan sementara ia tidak mengambil kira kekurangan anasir yang ia jadikan asas perolehan pengetahuannya. Akal menerima daripadanya dan membuat keputusan dengannya. Jadi kejahilannya boleh jadi lebih besar daripada pengetahuannya.
Kemudian Allah perintahkan akal supaya mengenali-Nya agar ia boleh merujuk kepada-Nya, tidak kepada sesuatu yang lain. Akal memahami yang bertentangan daripada apa yang Yang Haq kehendaki daripadanya, bila Dia berfirman,
“tidakkah mereka fikirkan?” (7:184) “kepada mereka yang berfikir” (10:24 dll).
Ia bergantung kepada fikiran dan jadikannya penghulu yang diikuti dan mengabaikan apa yang Allah maksudkan bila Dia sebut fikiran. Dia memberitahunya supaya berfikir agar ia dapat melihat bahawa tiada cara untuk mengetahui Allah melainkan dengan kurniaan makrifat Allah. Oleh kerana itu perkara yang sebenarnya akan disingkapkan kepadanya. Tidak semua akal memiliki pemahaman ini – ianya hanya akal yang dipilih oleh Allah dari kalangan anbia dan aulia.
Sekiranya saya ketahui jika mereka telah berkata, “Ya, bahkan!” dengan pemikiran mereka bila Allah bawakan mereka mengaku dengan diri mereka [terhadap ketuhanan Allah sebelum mereka diciptakan] di dalam genggaman keturunan anak-cucu Adam! Dia buat mereka mengakui demikian bila Dia mengambil mereka daripada pinggang-pinggang mereka adalah lantaran kekhuatiran. Walau bagaimanapun, bila mreka beralih kepada kebolehan berfikir mereka mengenai makrifat Allah, mereka tidak bersetuju sama sekali walaupun kepada satu keputusan mengenai makrifat Allah. Setiap kumpulan menubuhkan pengajiannya sendiri, dan kenyataan mereka mengenai kehadiran Ilahi yang dilindungi bertambah-tambah. Ahli-ahli fikir ini bertindak terlalu berani terhadap Allah. Semua ini menjadi sebahagian daripada ujian yang kami katakan bila Allah jadikan fikiran pada manusia.
Ahli Allah memerlukan Allah dalam mempercayai-Nya yang Dia pertanggungjwabkan kepada mereka mengenai makrifat-Nya. Mereka mengetahui bahawa yang dikehendaki daripada mereka ialah mereka merujuk kepada-Nya dalam hal tersebut, dan dalam segala hal. Sebahagian daripada mereka berkata, “Maha Suci Dia yang tidak mengadakan jalan untuk mengenali-Nya melainkan ketidakupayaan untuk mengenali-Nya!” Ada yang berkata, “Ketidakupayaan mencapai pengertian itulah pengertian”. Rasulullah s.a.w bersabda, “Aku tidak berupaya menghitung puji-pujian-Mu!” Allah berfirman,
“Mereka tidak berupaya melingkungi-Nya dengan ilmu mereka” (20:110).
Mereka kembali kepada Allah dalam mengenali-Nya dan meninggalkan anggapan mengenai darjat-Nya dan melaksanakan tuntutan-Nya. Mereka tidak meletakkan-Nya pada apa yang tidak harus difikirkan mengenai-Nya. Telah dinyatakan bahawa adalah ditegah daripada memikirkan tentang Zat Allah. Allah berfirman,
“Allah memberi amaran kepada kamu tentang Diri-Nya” (3:28,30).
Allah kurniakan makrifat-Nya kepada mereka iaitu kurniaan-Nya dan menjadikan mereka saksi bagi makhluk-Nya dan kenyataan apa yang Dia jadikan mereka saksi. Jadi mereka tahu apakah yang secara logiknya mustahil melalui fikiran, adalah tidak mustahil melalui hubungan Ilahiah. Sebahagian daripada yang tersebut akan diketahui dalam tajuk “Bumi dijadikan daripada baki tanah liat Adam” dan tempat yang lain.
Iaitu yang manusia berakal berhutang budi kepada Allah lantaran dirinya mengetahui bahawa Allah berkuasa berbuat apa sahaja, mungkin atau mustahil – dan bukan segalanya mustahil. Dia memiliki kuasa yang berkesan dan kurniaan yang melimpah. Tidak ada ulangan pada apa yang Dia bawa kepada kewujudan – lebih tepat perkara yang serupa berlaku dalam anasir yang Dia bawa kepada kewujudan dan inginkan kesinambungan. Jika demikian kehendaknya, ia akan dihapuskan dengan tiupan.
“Tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Gagah, Yang Bijaksana” (3:18).
9: KEWUJUDAN MAKHLUK ROHANI
[Kewujudan makhluk rohani yang diciptakan daripada api yang tiada asap (jin)]
Dia campurkan api dan tumbuh-tumbuhan, maka bentuk jin dijadikan
sebagai ruang di antara dua keadaan.
Ia adalah di antara roh yang berjasad dengan tempat yang dalam
dan roh yang tiada “di mana”.
Yang menerima jasad mencari makanan
untuk pembesaran tanpa kepalsuan,
Dan yang menerima malaikat-malaikat, menerima hati bagi
mengambil bentuk dalam keasliannya.
Kerana sebab ini, ia mentaati pada satu ketika dan menentang pada ketika lain
Dia akan balas mereka yang tidak taat dengan dua api.
[Penciptaan Jin, malaikat dan manusia]
Allah berfirman,
“Dia ciptakan jin daripada pucuk api yang tiada asap” (55:14).
Hadis menceritakan,
“Allah ciptakan malaikat daripada nur, dan Allah ciptakan jin daripada api, dan Dia ciptakan manusia daripada apa yang telah dikhabarkan kepada kamu”.
Apa yang Rasulullah s.a.w katakan mengenai ciptaan manusia “seperti yang telah diceritakan kepada kamu”, baginda memberi ketegasan dan tidak menjelaskannya seperti yang baginda lakukan pada menceritakan ciptaan malaikat dan jin. Rasulullah s.a.w “diberikan segala perkataan”. Ini adalah sebahagian daripadanya. Asas ciptaan malaikat dan jin tidak berubah. Asas ciptaan manusia berubah kerana ada empat kategori kejadian manusia. Kejadian Adam tidak menyerupai kejadian Hawa. Kejadian Hawa tidak meneyrupai kejadian keturunan Adam yang lain. Kejadian Isa tidak menyerupai yang lain. Di sini Rasulullah s.a.w memberi penjelasan. Baginda menyampaikan kepada kita perincian kejadian manusia. Adam diciptakan daripada tanah liat, Hawa daripada tulang rusuk, Isa daripada tiupan Roh, keturunan Adam daripada
“air yang hanyir” (77:20).
[Konsep perkaitan langit dan bumi]
Bila Allah dirikan empat anasir asas dan asap naik ke bahagian bawah Sfera Bintang-bintang Yang Tetap, tujuh langit dibentangkan di dalam asap itu, setiap satu berpisah daripada yang lain. Dia
“bukakan pada setiap langit ketentuannya”
selepas
“Dia adakan dalamnya rezekinya”
dan semua ini
“dalam empat hari”.
Kemduian Dia berfirman,
“kepada langit dan bumi: Datanglah dengan rela atau terpaksa”. (41:9-11).
Kemudian Allah adakan perkaitan di antara langit dan bumi dan arah yang dengannya Dia berkehendak mengadakan benda-benda di bumi dalam bentuk bahan galian, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Dia jadikan bumi seumpama isteri dan langit seumpama suami. Langit menyalurkan perintah Allah kepada bumi sebagaimana suami memindahkan air mani kepada isterinya. Dengan demikian bumi membawa keluar jenis-jenis pembentukan yang Allah sembunyikan di dalamnya.
[Empat anasir dan pembentukan manusia dan jin]
Bila udara dinyalakan dan dipanaskan, ia membakar seperti pelita. Pembakaran api itu adalah nyalaan udara dan ianya tidak berasap (marj, bercampur-aduk) kerana ia bercampur dengan udara dan adalah udara yang terbakar. Marj adalah campuran dan daripada ini yang tidak berasap itu adalah marj kerana tumbuh-tumbuhan bercampur di dalamnya.
Jin adalah campuran dua anasir iaitu api dan udara, sebagaimana manusia merupakan campuran dua anasir iaitu air dan tanah diuli bersama yang menjadikannya tanah liat. Begitu juga campuran udara dan api dinamakan ‘api yang tidak berasap’. Allah ciptakan bentuk jin dalam api yang tidak berasap itu. Oleh kerana anasir udara ada dengan jin, maka jin boleh mengambil berbagai-bagai bentuk yang mereka mahu. Oleh kerana ada anasir api dengannya maka ia menjadi tidak nyata dan seni, dan mereka mencari kekuasaan, kemegahan dan kekuatan kerana api merupakan bahagian yang paling tinggi dalam anasir-anasir itu dan ia mempunyai pengaruh yang kuat untuk menukarkan sesuatu sebagaimana hukum alam kehendaki. Inilah sebabnya jin iblis menyombong dan enggan sujud kepada Adam bila Allah memerintahkannya berbuat demikian lantaran pandangannya yang tinggi terhadap dirinya. Dia berkata,
“Aku lebih baik daripadanya” (7:12),
bermaksud menurut dasar bahawa Allah lebih menyukai api daripada anasir-anasir yang lain.
Jin tidak tahu bahawa anasir air yang daripadanya Adam diciptakan lebih kuat daripada api kerana air boleh memadamkan api dan tanah adalah lebih teguh daripada api melalui kesejukan dan kekeringan. Adam memiliki kekuatan dan kemantapan melalui penguasaan dua anasir tersebut yang Allah jadikannya. Walaupun dia juga memiliki anasir-anasir yang lain – udara dan api, anasir tersebut tidak ada kekuasaan atasnya. Jin juga memiliki anasir-anasir selebihnya….
Adam dikurniakan sifat rendah diri berdasarkan sifat tanah yang ada dengannya. Bila dia menjadi megah, itu hanyalah yang datang kemudian (bukan sifat semulajadinya). Dia menerima sifat tersebut kerana anasir api yang ada dengannya sebagaimana imaginasi dan keadaannya menerima berbagai-bagai suasana kerana anasir udara dengannya. Jin bersifat menyombong kerana sifat api yang ada dengannya. Jika mereka merendah diri, itu adalah yang datang kemudian (bukan sifat asli), ia boleh datang kerana anasir tanah yang ada dengannya. Mereka juga menerima ketetapan dalam menggunakan tipu daya jika mereka syaitan, dan menerima ketetapan untuk berbuat taat jika mereka bukan syaitan.
[Keadaan jin bila surah ar-Rahman (surah 55 dalam Quran) dibacakan]
Bila Rasulullah s.a.w membacakan surah ar-Rahman kepada para sahabat baginda, baginda bersabda, “Aku membacakannya kepada kumpulan jin. Mereka mendengarkannya lebih baik daripada kamu. Bila aku katakan,’Nikmat Tuhan kamu yang manakan kamu nafikan?’ mereka melafazkan,’kami tidak nafikan sebarang nikmat Tuhan kami!’ Ia meneguhkan mereka dan tidak menggeletar bila dibacakan,’Nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu nafikan?’ dalam bacaannya. Ini adalah cetusan sifat jin yang keluar daripada aanasir tanah dan air yang memadamkan nyalaan api. Sebahagian daripada mereka adalah taat kepada Allah dan sebahagiannya menderhaka, seperti manusia: tetapi mereka boleh mengambil berbagai-bagai bentuk seperti malaikat.
[Bentuk asasnya ialah rohani]
Allah jadikan mereka tidak kelihatan kepada pandangan manusia melainkan bila Allah angkatkan tutupan kepada orang-orang tertentu untuk mereka melihatnya. Oleh kerana jin tidak nyata dan seni, mereka boleh mengambil apa juga bentuk yang boleh dicapai oleh pancaindera menurut kemahuan mereka. Bentuk asasnya ialah kerohanian yang merupakan bentuk pertama yang diterima oleh jin pertama tatkala Allah membawanya kepada kewujudan. Kemudian ia mengambil berbagi-bagai bentuk menurut apa yang Allah kehendaki. Jika Allah bukakan pandangan kita sehingga kita dapat melihat bentuk-bentuk yang dapat disaksikan pancaindera melalui khayal, maka pada masa yang berlainan kamu akan dapat melihat manusia dalam berbagai-bagai bentuk yang tidak serupa antara satu sam alain.
[Pembiakan jin dan manusia]
Kemudian Allah tiupkan roh ke dalam nyalaan api yang bergolak lantaran keadaannya yang tidak pejal itu. Tiupan menambahkana pergolakan tersebut dan udara menguasainya dan ia tidak tinggal dalama keadaan yang sama. Alam jin muncul dalam bentuk demikian. Sebagaimana persetubuhan berlaku dalam kehidupan manusia secara memasukkan air ke dalam kandungan lalu menghasilkan pembiakan dan kelahiran dalam bangsa Adam yang fana, begitu juga dengan pembiakan berlaku pada jin secara memindahkan udara ke dalam kandungan perempuan dan pembiakan serta kelahiran berlaku pada jin. Mereka keluar melalui Sagittarius dan keadaannya yang berapi-api. Ini telah diceritakan oleh orang yang telah sampai – semoga Allah melindunginya!
[Tempuh di antara penciptaan jin dan penciptaan manusia]
Tempuh di antara penciptaan Jann (jin pertama) dengan penciptaan Adam ialah 60,000 tahun. Ini adalah perlu menurut dakwaan sesetengah orang bahawa kelahiran jin berakhir selepas 4,000 tahun dan kelahiran manusia berakhir selepas 7,000 tahun. Walau bagaimanapun, ianya tidak berlaku berdasarkan yang demikian. Ianya akan berlaku menurut kehendak Allah. Jin masih membiak dan akan terus membiak. Jadi bilakah manusia bermula, berapa tahun pembiakannya yang masih tinggal, berapa lama lagikah sebelum berakhirnya dunia ini dan bangsa manusia terhapus dari muka bumi ini dan mereka dipindahkan ke Alam Kemudian? Ini bukanlah pegangan mereka yang kukuh dalam ilmu. Ia dikatakan oleh sebilangan kecil sahaja dan tidak akan diulangi.
[Jin adalah ruang di antara malaikat dengan manusia]
Malaikat adalah roh yang ditiupkan ke dalam nur (cahaya). Jin adalah roh yang ditiupkan ke dalam angin. Manusia adalah roh yang ditiupkan ke dalam bentuk. Ada yang mengatakan bahawa yang perempuan tidak berpisah daripada jin yang mula-mula wujud, seperti Hawa berpisah daripada Adam. Salah seorang daripada mereka mengatakan Allah ciptakan anggota pada jin pertama, maka satu bahagiannya bersetubuh dengan bahagiannya yang lain dan keturunannya dilahirkan seperti keturunan Adam dilahirkan: lelaki dan perempuan berkahwin. Jadi sifat jin ialah memiliki kedua-dua jantina. Oleh kerana itu jin merupakan sebahagian daripada ruang di antara: mereka menyerupai manusia dan menyerupai malaikat kerana kedua-dua jantina menyerupai lelaki dan perempuan.
[Makanan dan perkahwinan jin]
Anasir udara dan api menguasai kejadian jin. Oleh kerana itu makanannya ialah apa yang di bawa oleh udara iaitu lemak di dalam tulang. Allah jadikan persediaan ini dalam mereka. Jadi kita dapati bahawa tulang dan dagingnya tidak berkurangan sama sekali dan kita tahu bahawa Allah berikan kepada mereka zat dalam tulang itu. Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w mengenai tulang, “Tulang adalah makanan saudara kamu dari golongan jin”. Dalam satu hadis, “Allah taruhkan zat pemakanan mereka di dalamnya”. Orang yang hal ini dibukakan kepadanya menceritakan kepada kami dia telah melihat jin mendapatkan tulang dan menghidunya seperti haiwan menghidu mangsanya. Kemudian mereka pergi sesudah mengambil makanannya. Makanannya diambil melalui penghiduan itu. Segala puji bagi Yang Maha Lemah-lembut (al-Latiff) dan Yang Maha Mengerti!
Bagi penyatuan mereka dalam perkahwinan, ia dalam bentuk berpusing – seperti apa yang kelihatan pada asap yang keluar dari tempat bakaran. Asap itu bercampur-gaul dan setiap individu jin itu menikmati kemasukan yang berbalas-balasan itu. Pancutan maninya seperti biji palma dan dalam bentuk bau yang asli, sama seperti makanannya.
[Puak dan kumpulan jin]
Mereka berpuak-puak dan berkumpulan. Dikatakan mereka tergolong kepada dua belas puak dan kemudian bercabang kepada puak-puak yang lebih kecil. Biasa berlaku peperangan besar di antara mereka, dan sebahagian daripada angin puting beliung adalah sebenarnya di tengah-tengah pertempuran mereka. Puting beliung itu merupakan perlawanan yang berbalas-balasan di antara dua angin yang bertentangan, masing-masing menghalang yang satu lagi daripada melepasi. Jadi penahanan itu membawa kepada bulatan yang dapat disaksikan oleh mata sebagai debu yang nyata yang merupakan kesan kepada perlawanan dua angin itu. Pertempuran mereka adalah seperti itu, tetapi bukanlah pula setiap puting beliung itu pertempuran mereka. Kisah jin ‘Amr merupakan kisah yang terkenal. Ia terbunuh di dalam puting beliung yang kelihatan. Ia pecah daripadanya ketika ia hampir mati. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk mati. Ia adalah jin yang salih. Jika asas buku ini adalah untuk menceritakan sejarah dan budaya kami tentu ceritakan sebahagian daripadanya, tetapi buku ini adalah mengenai maksud ilmu pengetahuan. Kamu boleh mencari ceritanya pada tempat yang lain, dalam buku sejarah dan puisi.
[Cara alam makhluk rohani muncul dalam rupa bentuk]
Bila alam rohani mengambil bentuk dan muncul dalam bentuk yang boleh ditangkap oleh pancaindera, mata mengurung makhluk rohani itu kerana makhluk rohani itu tidak dapat melepaskan bentuk yang ia muncul itu kerana mata terus melihat kepadanya walaupun yang melihat itu ialah manusia. Bila mata manusia jelas mengenai makhluk rohani itu, ia tidak mempunyai tempat untuk menghilangkan diri, maka makhluk rohani itu menjelmakan bentuk yang ia gunakan untuk menutupi dirinya. Kemudian makhluk rohani itu membuat manusia mengkhayalkan yang bentuk itu telah meninggalkannya pada satu arah, lalu mata mengikuti arah tersebut. Bila mata mengikutinya, makhluk rohani itu meninggalkan kurungan mata tadi dan menghilang. Bila ia menghilang, bentuk itu hilang dari pandangan orang yang sedang memandang kepadanya dan mengikutinya dengan pandangannya. Dalam hubungan dengan makhluk rohani itu, bentuk itu adalah umpama cahaya yang di dalam bekas lampu yang cahayanya dihamburkan di penjuru-penjuru. Bila badan lampu itu tiada cahaya pun hilang. Beginilah keadaan bentuk itu. Jika seseorang mengetahui hal ini, dan mahu mengurung makhluk rohani itu, dia tidak harus mengikuti makhluk rohani itu dengan matanya. Ini adalah salah satu rahsia Ilahi yang hanya diketahui oleh mereka yang mendapat petunjuk Allah. Bentuk itu tidak lain daripada makhluk rohani itu. Sebenarnya ia adalah sama, sekalipun ia berada pada seribu tempat, atau pada setiap tempat, dengan bentuk yang berlainan.
Andaikata salah satu bentuk itu dibunuh dan kelihatan mati, makhluk rohani itu meninggalkan kehidupan dunia ini dan pergi ke ruang antara sebagaimana kita pergi apabila kita meninggal. Tidak ada maklumat mengenainya tinggal di dalam dunia ini, seperti keadaan kita juga. Bentuk yang boleh ditangkap oleh pancaindera yang diambil oleh makhluk rohani itu dinamakan ‘tubuh’. Allah berfirman,
“Kami adakan hanya jasad di atas singgahsananya” (38:34)
dan
“Kami tidak berikan kepada mereka tubuh yang tidak memakan makanan” (21:8).
Perbezaan di antara jin dengan malaikat, walaupun secara kerohaniannya mereka serupa, ialah makanan jin mengandungi makanan yang didapati dalam tubuh asli. Malaikat tidak demikian. Itulah sebabnya Allah ceritakan tentang tetamu Nabi Ibrahim a.s,
“Bila dia melihat tangan mereka tidak mengambilnya, dia mencurigai mereka” (11:70),
iaitu malaikat tidak menjamah daging panggang dan mereka tidak memakannya yang membuat Nabi Ibrahim a.s curiga.
[Pembentukan alam jin]
Apabila sampai masa dijadikan alam jin, Dia memerintahkan tiga daripada malaikat yang kepercayaan dalam sfera pertama yang membawa pembantu-pembantu mereka yang diperlukan untuk tugas ini dari langit kedua. Mereka turun ke langit-langit dan mengambil dua pembantu dari langit ke dua dan ke enam. Mereka turun ke anasir dan menyediakan tempat tersebut. Tiga lagi penjaga mengikuti mereka, dan mereka membawa apa juga pembantu yang diperlukan daripada langit kedua, kemudian turun ke langit ke tiga, dan daripada sana kepada yang ke lima. Mereka mengambil dua malaikat. Mereka melalui langit ke enam dan dan mengambil dua pembantu daripada malaikat. Kemudian mereka turun ke anasir bagi melengkapkan pembentukan itu. Enam yang lebihnya turun dan mengambil pembantu yang selebihnya di dalam langit ke dua dan langit-langit. Semuanya dikumpulkan bagi susunan kejadian ini dengan izin Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.
Bila kejadian alam jin selesai, Allah perintahkan roh daripada Alam Pemerintahan dan tiupkan kepada bentuk yang telah sedia itu dan kehidupan pun mengalir ke dalamnya. Ia pun berdiri mengucapkan puji-pujian kepada Penciptanya: ini merupakan ketentuan semulajadi yang Dia aturkan. Terkandung di dalamnya ialah kekuatan dan kebesaran yang penyebabnya tidak dikenali dan tidak ditemui kerana pada masa itu tidak ada makhluk lain yang wujud dalam alam semulajadi ini selain ia. Ia beribadat kepada Tuhannya, memperakui kekuasaan-Nya, merendah diri kepada Tuhannya yang telah mewujudkannya sebagai satu makhluk sehinggalah Adam diciptakan. Bila jin ini melihat lembaga Adam, salah seorang daripada mereka yang bernama al-Harith, dikuasai oleh kebencian kepada lembaga tersebut dan kemarahannya menyala-nyala tatkala menyaksikan lembaga Adam itu. Puaknya yang lain melihat keadaannya dan mengkeritiknya lantaran mereka melihat ia bersedih dan berdukacita di atas kejadian Adam itu. Bila kejadian Adam telah siap, al-Harith menunjukkan apa yang tersirat dalam dirinya dengan mengingkari perintah Penciptanya supaya sujud kepada Adam dan ia menjadi angkuh terhadap Adam berbangga dengan asal usulnya (daripada api yang ia rasakan lebih mulia daripada tanah). Ia gagal melihat rahsia kekuatan air yang daripadanya Allah jadikan setiap makhluk yang hidup ini, dan daripadanya juga datangnya kehidupan jin sekalipun ia tidak menyedarinya.
[Penciptaan Adam dan kejadian manusia]
Jika kamu terdiri daripada mereka yang tidak disingkapkan, fikirkanlah tentang firman Allah,
“dan singgahsana-Nya di atas air” (11:7).
Jadi, singgahsana dan makhluk di sekelilingnya memperolehi kehidupan melalui air.
“Tidak ada yang tidak meninggikan puji-pujian terhadap-Nya” (17:44).
Dia menggunakan yang negatif. Hanya yang hidup mengagungkan. Dala satu hadis yang baik Rasulullah s.a.w bersabda, “Malaikat berkata,’Wahai Tuhan (dalam hadis yang panjang)!adakah Engkau ciptakan sesuatu yang lebih kuat daripada api?’ Dia menjawab,’Iya, air.’” Jadi, Dia jadikan air lebih kuat daripada api. Sekiranya anasir udara dalam struktur jin tidak dinyalakan oleh api, maka jin tentunya menjadi lebih kuat daripada keturunan Adam, kerana udara lebih kuat daripada air. Dalam hadis ini malaikat bertanya, “Wahai Tuhan, adakah Engkau ciptakan sesuatu yang lebih kuat daripada api?” Dia menjawab, “Ya, keturunan Adam.” Allah jadikan organisma manusia lebih kuat daripada udara. Air lebih kuat daripada api, dan ia merupakan anasir utama dalam manusia sebagaimana api menjadi anasir utama dalam jin. Inilah sebabnya Allah katakan tentang syaitan,
“Sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah” (4:76).
Ia tidak menganggap berkekuatan terhadapnya sama sekali. Ia tidak menafikannya kepada Gobernor Mesir tatkala ia bertkata,
“sesungguhnya tipu daya kamu kuat” (12:27)…
Sebab bagi yang demikian ialah organisma manusia memiliki kesesuaian untuk melahirkan sikap berhati-hati, keteguhan hati, bertafakur dan berfikir lantaran pengaruh anasir tanah dan air dalam sifat manusia. Jadi manusia memiliki akal yang lebih kerana tanah memegangnya dan menahannya sementara air menjadikannya lemah-lembut dan mudah. Jin tidak demikian. Akal jin tidak memiliki yang demikian yang boleh membuatnya berpegang kepada sesuatu sebagaimana manusia boleh lakukan. Sebab itu kita katakan, “Si anu ‘ringan’ akalnya dan ‘malap’ fikirannya” bila dia berkelakuan bodoh dan dungu! Ini merupakan sifat jin, dan dengannya jin sesat daripada jalan petunjuk kerana sifat aslinya yang dungu dan kurang kecerdasannya dalam berfikir. Jadi ia berkata,
“Aku lebih mulia daripadanya” (7:12)
dan menggabungkan kejahilan dan akhlak yang buruk kerana sifat dungunya.
[Syaitan pertama dari golongan jin]
Mana-mana jin yang derhaka adalah syaitan, iaitu yang tercampak jauh daripada rahmat Allah. Al-Harith adalah jin pertama yang dipanggil syaitan. Allah menghalaunya dalam keadaan putus asa, iaitu menghalaunya keluar dari rahmat-Nya dan mengharamkan rahmat ke atasnya. Daripadanya cabang-cabang syaitan muncul. Mana-mana jin yang beriman, seperti Hama ibn Alham ibn Laqis ibn Iblis, bergabung dengan jin yang beriman. Mana-mana yang tinggal dalam keingkaran adalah syaitan. Ia hanya merupakan sedikit perselisihan pendapat di kalangan ulama Syariat. Ada yang mengatakan syaitan tidak pernah tunduk, berpandukan daripada apa yang Rasulullah s.a.w katakan tentang syaitan yang menjadi sahabatnya, “Allah berikan daku kekuatan ke atasnya maka dia tunduk (aslama).” Mereka yang mentafsirkan baginda sebagai berkata “aslamu” mengambil kefahaman “Daku selamat daripadanya” dan ia tidak mempunyai jalan ke atasku. Jadi, terjemahannya berbeza. Jika ia diterjemahkan sebagai “aslama” maka ia tunduk. Ia bermakna ia tunduk walaupun ia menjadi musuh maka ia tidak menyuruhku melainkan kepada kebaikan, dipaksakan berbuat demikian oleh Allah dan sebagai perlindungan kepada Rasulullah s.a.w. Yang bertentangan berkata bahawa “aslama” bermakna bahawa ia percaya kepada Allah seperti yang tidak percaya bertukar menjadi Muslim dan beriman. Ini adalah lebih tepat dan diterima.
[Iblis adalah jin celaka yang pertama]
Kebanyakan orang berpendapat al-Harith adalah jin yang pertama, dan ia merupakan jin yang sama kedudukannya dengan jin-jin yang lain seperti umat manusia dengan Adam. Kami tidak berpendapat demikian. Al-Harith adalah salah satu daripada jin, tetapi yang menyamai seperti kedudukan Adam bagi umat manusia adalah jin yang lain. Inilah sebabnya Allah berfirman,
“Iblis adalah salah satu jin” (18:50),
iaitu ia adalah dalam kategori penciptaan ini. Sama juga Qabil adalah salah seorang manusia, tetapi Allah catitkannya di kalangan yang celaka. Dia adalah yang pertama dari kalangan manusia yang celaka, dan iblis adalah yang pertama yang celaka di kalangan jin. Kebanyakan seksaan bagi syaitan bangsa jin di dalam neraka ialah dengan kesejukan yang amat sangat, bukan dengan kepanasan, walaupun mereka mungkin diseksa dengan api. Kebanyakan seksaan untuk keturunan Adam ialah dengan api.
Satu hari aku berjumpa dengan seorang wali yang meracau. Dia menangis dan berkata kepada orang ramai,
“Jangan berhenti dengan perkataan-Nya, ‘Aku akan penuhkan Jahannam dengan kamu’” (38:85)
dan memaksudkannya dengan iblis sahaja. Perhatikan bagaiamana Dia menyampaikan kepada kamu secara tidak langsung bila Dia berfirman, ‘…jahannam dengan kamu.’ Iblis dijadikan daripada api maka dia kembali kepada asal usulnya – semoga Allah melaknatinya! Jika iblis diseksa dengannya, seksaan bagi periuk belangan dengan api adalah lebih lagi, maka ambillah perhatian!
Bila Jahannam disebutkan, wali ini hanya memikirkan api secara khusus, dan lupa akan kenyataan bahawa Jahannam adalah nama bagi kedua-duanya iaitu panas yang bersangatan dan sejuk yang bersangatan. Ia dipanggil jahannam kerana rupanya yang masam (jahama. Jahuma bermakna ‘memiliki rupa yang hodoh’) kerana rupanya yang menimbulkan rasa kebencian. Jaham adalah perkataan bagi awan yang sudahpun mencurahkan air yang dikandungnya. Hujan yang lebat merupakan rahmat Allah. Bila Allah sudah mengeluarkan hujan daripada awan, maka nama jaham digunakan baginya kerana rahmat iaitu hujan yang lebat sudah tiada lagi. Begitu juga, Allah telah menghilangkan rahmat daripada Jahannam yang dibenci menurut pandangan dan lapuran. Ia dinamakan Jahannam kerana ia terlalu dalam. Ada yang mengatakan, “sedalam Jahannam” bila menyatakan sesuatu yang sangat dalam. Kita bermohon kepada Allah Yang Maha Besar agar dikurniakan kepada kita dan sekalian orang yang beriman keselamatan daripadanya!
13. Penanggung Arasy
[Mengenai Penanggung Arasy]
Dengan Allah, Arasy menanggung ar-Rahman, dan mereka menanggungnya -
kenyataan ini mudah dimengerti.
Apakah kuasa yang ada pada makhluk dan apakah kekuatannya
sekiranya bukan kerananya yang akal dan Penyingkapan bawakan?
Tubuh dan roh dan makanan serta kedudukan
tiada apa lagi yang pembahagian aturkan.
Itulah Arasy, seandainya engkau ketahui kemuliaannya!
Yang bersemayam di atasnya dengan nama ar-Rahman yang diharapkan.
Mereka berlapan, dan Allah mengetahui mereka. Kini di sana adalah empat,
dan tiada kesalahan pada mereka:
Muhammad, kemudian Ridwan dan Malik, Adam
dan Khalil (Ibrahim) dan kemudian Jibrail,
Diikuti oleh Mikail dan Israfil. Hanya lapan di sini -
mendapat kekuatan daripada “La ilah illa Llah”.
[Arasy (singgahsana) dalam bahasa Arab]
Semoga Allah membantu wali-Nya! Ketahuilah dalam bahasa Arab singgahsana membawa maksud sesuatu yang menunjukkan kepada kewujudan kerajaan. Dikatakan, “Singgahsana raja diruntuhkan,” bila berlaku kekacauan di dalam kerajaannya. Singgahsana (takhta) juga membawa maksud kerusi. Bila singgahsana dimaksudkan sebagai penunjuk bagi sesuatu kerajaan, pembawanya adalah penanggungnya. Bila singgahsana itu adalah kerusi, penanggungnya ialah kakinya yang menanggungnya, ataupun sesiapa sahaja yang membawanya di atas galas mereka. Bilangan ditentukan bagi penanggung singgahsana Arasy. Rasulullah s.a.w mengatakan ada empat di dalam dunia ini, dan lapan pada Hari Kebangkitan. Rasulullah s.a.w membacakan,
“Pada hari itu lapan akan membawa Arasy Tuhan kamu” (69:17)
dan kemudian baginda bersabda, “Kini mereka adalah empat,” maksudnya dalam dunia ini. Firman Allah, “Pada hari itu mereka menjadi lapan”, bermaksud Hari Kebangkitan.
[Arasy terkandung dalam tubuh, roh, penyuburan dan darjat]
Kami bawakan daripada Ibn Masarra al-Jabali, salah seorang yang terkemuka dalam bidang kerohanian, mengatakan, dan menyingkapkan, “Arasy yang dibawa itu adalah kerajaan. Ia terkandung di dalam tubuh, roh, penyuburan dan darjat. ” Adam dan Israfil dari golongan bentuk; Jibrail dan Muhammad dari roh; Mikail dan Ibrahim dari pembekalan; dan Malik dan Ridwan dari Janji dan Ancaman. Dalam kerajaan itu hanya ada apa yang dinyatakan. Penyuburan, iaitu pembekalan, adalah yang boleh dicapai dengan pancaindera dan juga rohaniah. Apa yang akan kami nyatakan dalam tajuk ini ialah satu cara, yang membawa makna kerajaan, melaluinya segala manfaat berhubung. “Penanggungnya” mengatur mereka yang menjalankan urusan. Satu pengurus dalam bentuk anasir atau bentuk yang bercahaya; satu pengurus dalam bentuk roh; satu pengurus kepunyaan bentuk anasir; satu pengurus adalah roh dan satu diuruskan dan dikuasai oleh bentuk yang bercahaya. Penyuburan adalah kepunyaan bentuk anasir dan penyuburan ilmu dan makrifat roh. Ada darjat kebahagiaan yang boleh dialami oleh pancaindera dengan memasuki syurga dan ada darjat kecelakaan yang boleh dialami oleh pancaindera diperolehi dengan memasuki Jahannam dan darjat ilmu secara kerohanian.
Tajuk ini berdasarkan empat isu. Persoalan pertama ialah bentuk; keduanya roh; ketiga ialah penyuburan; dan keempat ialah darjat, iaitu penghujung. Setiap persoalan ini ada dua bahagian, jadi semuanya menjadi lapan. Mereka adalah penanggung Arasy, iaitu apabila yang lapan itu hadir, kerajaan pun didirikan dan muncul, lalu Raja bersemayam di atasnya.
[Badan yang bercahaya dan Malaikat Utama]
Persoalan pertama menyentuh bentuk dan ia mempunyai dua bahagian: bentuk tubuh beranasir yang mengandungi bentuk tubuh khayali, dan bahagian lain ialah tubuh fizikal yang bercahaya. Kita mulakan dengan tubuh yang bercahaya. Tubuh-tubuh pertama yang Allah jadikan adalah tubuh roh kemalaikatan bergerak dengan cinta dalam keagungan Allah. Ia termasuklah Akal Awal dan Diri Sejagat (Universal) dan tubuh yang bercahaya, diciptakan daripada cahaya keagungan berakhir di sana. Tidak ada daripada malaikat ini yang diciptakan melalui cara lain kecuali melalui Diri (an-Nafs) yang di bawah Akal. Setiap malaikat yang diciptakan selepas malaikat-malaikat ini adalah dibawah taklukan alam semulajadi. Mereka adalah daripada keturunan sfera-sfera yang daripadanya mereka diciptakan dan padanya mereka menghuni. Ia sama juga dengan malaikat anasir. Malaikat darjat terakhir ialah yang diciptakan daripada amalan dan nafas ahli ibadat. Kami akan nyatakannya sedarjat demi sedarjat dalam tajuk ini, Insya’ Allah.
Ketahuilah bahawa telah ada Allah sebelum Dia ciptakan makhluk dan di sana tidak ada masa sebelumnya. Itu adalah ungkapan secara ‘ada-hubungan’ yang menunjukkan perhubungan yang melaluinya matlamat dicapai pada pendengar. Allah berada di dalam ‘ama’ yang di bawah dan di atasnya tidak ada udara. Ia adalah kenyataan Ilahi yang pertama muncul yang dalamnya mengalir cahaya Zat, seperti dijelaskan oleh firman-Nya,
“Allah adalah cahaya langit dan bumi” (24:35).
Bila ‘ama’ itu diwarnai oleh cahaya, Dia bukakan dalamnya rupa malaikat yang terpukau oleh kecintaan yang di atas daripada badan alam semulajadi. Tidak ada singgahsana atau malaikat yang mendahului mereka. Bila Dia bawa mereka kepada kewujudan, Dia berikan mereka kenyataan. Kenyataan itu menjadi tidak kelihatan kepada mereka, dan yang tidak kelihatan itu menjadi roh mereka, iaitu bagi rupa-bentuk itu. Dia berikan kepada mereka kenyataan dalam Nama-Nya, Yang Maha Indah, lalu mereka kehairanan dan kebingungan dengan kecintaan dalam keagungan keindahan-Nya, dan mereka tidak pulih daripadanya.
[Akal Awal adalah Paksi bagi Alam Catatan dan Rakaman]
Bila Allah berkehendak menciptakan alam catatan dan penulisan, Dia khususkan salah seorang daripada malaikat Karubiyun. Ia adalah malaikat pertama daripada cahaya itu yang dinamakan Akal dan Qalam. Ia dikurniakan tajalli dalam tempat di mana ilmu yang dikurniakan menyata menurut kewujudan yang Dia kehendaki terhadap makhluk-Nya, bukan untuk akhiran dan batasan. Dengan zatnya, Akal menerima apa yang sepatutnya dan Nama-nama Ilahi yang yang inginkan kemunculan alam ciptaan. Daripada Akal ini muncul kewujudan lain yang dipanggil Loh. Dia perintahkan Qalam agar turun kepadanya dan mengamanahkan kepadanya hanya apa yang akan berlaku sehingga Hari Kebangkitan. Dia kurniakan kepada Qalam 360 tahun penulisan, iaitu menjadi Qalam. Bermula daripada ia menjadi qalam, Allah kurniakan kepadanya 360 tajalli atau raqa’iq (berus). Setiap tahun atau raqa’iq mengeluarkan 360 jenis ilmu yang lengkap, dan Qalam memperincikannya dalam Loh. Ini meliputi ilmu mengenai alam semesta sehingga Hari Kebangkitan. Loh mengetahuinya apabila Qalam menyerahkan pengetahuan itu kepadanya. Ini adalah sebahagian daripada alam semulajadi, dan ia adalah ilmu pertama yang Loh terima mengenai ilmu yang bersangkutan dengan apa yang Allah kehendaki pada makhluk-Nya. Ini adalah lebih tepat dikira sebagai semulajadi daripada diri. Semua itu berada di dalam alam cahaya yang murni.
[Arasy dan malaikat yang menghuninya]
Kemudian Allah bawa kepada kewujudan kegelapan yang murni yang bertentangan dengan cahaya ini, yang berada dalam keadaan ketiadaan yang menyeluruh bertentangan dengan kewujudan yang menyeluruh. Bila Dia membawanya kepada kewujudan, cahaya itu mengalir ke atasanya dengan pengaliran keluar yang perlu dengan bantuan semulajadi. Maka cahaya memperbaiki keadaannya yang berselerakan dan badan muncul yang ditunjukkan sebagai Arasy. Kemudian nama ar-Rahman bersemayam di atasnya dengan nama, Kenyataan Zahir. Itu adalah kemunculan yang pertama bagi alam ciptaan. Daripada cahaya yang bercampur itu, yang seumpama cuaca subuh, Dia ciptakan malaikat yang mengelilingi Singgahsana itu. Inilah firman-Nya,
“Kamu akan lihat malaikat mengelilingi Arasy sambil membesar dan memuji Tuhan mereka” (39:75).
Mereka tidak mempunyai tugas lain kecuali mengelilingi Arasy, membesar dan memuji-Nya. Kami telah terangkan tentang penciptaan alam maya dalam buku kami, ‘Uqla al-Mustawfiz. Kami gunakan prinsip berkenaan dalam tajuk ini.
[Kursi dan malaikat yang mendiaminya]
Kemudian Dia bawakan Kursi ke dalam kewujudan Arasy ini dan meletakkan padanya malaikat yang dari jenisnya. Setiap sfera merupakan asas penghuninya yang diciptakan di dalamnya sama seperti anasir yang daripadanya penghuninya diciptakan. Adam diciptakan daripada tanah maka keturunannya menghuni bumi. Dalam Kursi yang mulia ini, Perkataan dibahagikan kepada rakaman dan pengadilan: ini adalah dua kaki yang turun daripada Arasy sebagaimana dinyatakan oleh hadis. Kemudian di dalam Kursi itu Allah ciptakan sfera-sfera, satu di dalam yang lain. Dalam setiap sfera Dia ciptakan alam daripadanya yang mereka diami, yang dinamakan malaikat iaitu utusan. Dia hiaskan sfera-sfera dengan bintang-bintang, dan mengilhamkan kepada setiap langit dengan perintah-Nya sehingga Dia ciptakan bentuk benda-benda (muwalladat).
[Roh bentuk yang bercahaya, bentuk khayali dan bentuk anasir]
Bila Allah lengkapkan bentuk-bentuk yang bercahaya dan anasir ini yang tidak mempunyai roh yang tidak kelihatan oleh bentuk-bentuk tersebut, Dia kurniakan kenyataan kepada setiap golongan bentuk-bentuk tersebut menurut asas masing-masing. Roh bentuk-bentuk itu muncul daripada bentuk-bentuk tersebut dan daripada tajalli. Ini merupakan persoalan kedua. Allah ciptakan roh-roh dan perintahkan mereka menguruskan bentuk-bentuk tersebut dan Dia jadikan mereka ghaib, zat yang satu tetapi dijadikan berbeza di antara satu sama lain. Mereka berbeza menurut bentuk yang mereka terima daripada tajalli itu. Bentuk-bentuk itu bukanlah kepunyaan roh-roh secara kenyataannya menurut “di mana berada”. Bentuk-bentuk ini dimiliki oleh roh-roh sebagai kerajaan berhubung dengan bentuk anasir, dan seumpama tempat menyatakan berhubung dengan semua bentuk-bentuk.
Kemudian Allah hasilkan bentuk khayali fizikal melalui tajalli lain di antara lataif (yang seni) dan bentuk, dan bentuk bercahaya dan menyala muncul kepada pandangan dalam tubuh fiikal itu. Bentuk yang dapat ditangkap oleh pancaindera yang menyata itu membawa bentuk maksud dalam bentuk fizikal ini di dalam tidur, selepas kematian dan sebelum dibangkitkan – ia adalah bentuk di antara ruang (barzakh). Ia adalah tanduk cahaya yang atasnya luas dan bawahnya sempit. Bahagian tertingginya ialah ‘ama’ dan bahagian terendahnya ialah bumi. Badan-badan bagi bentuk ini yang mana jin, malaikat dan bahagian batin manusia muncul adalah arah ke luar semasa tidur dan bentuk-bentuk Taman Syurga. Bentuk inilah yang menghuni bumi khayali yang sudah kami katakan dalam tajuk yang sesuai ini.
[Penyuburan roh-roh dan penyuburan bentuk-bentuk]
Kemudian Allah tentukan penyuburan bagi bentuk-bentuk dan roh-roh ini. Ia termasuk dalam persoalan ketiga. Mereka hidup dengan penyuburan itu. Ia mengandungi penyuburan pancaindera dan penyuburan maksud. Penyuburan maksud adalah penyuburan ilmu pengetahuan, tajalliyat dan hal-hal (ahwal) atau suasana. Penyuburan pancaindera sudah diketahui umum. Ia adalah apa yang bentuk-bentuk itu makan dan minum yang membawakan maksud kerohanian, iaitu bakat-bakat. Setiap bentuk, samada yang bercahaya, haiwan atau fizikal, disuburkan oleh apa yang sesuai dengannya. Ia mengambil tempat yang panjang untuk diperincikan di sini.
[Darjat alam dalam kebahagiaan dan kecelakaan]
Kemudian Allah kurniakan kepada setiap alam darjat dalam kebahagiaan dan kecelakaan dan satu setesen; dan perinciannya tidak terhitung. Kebahagiaannya menurutnya: sebahagiannya kebahagiaan nafsu, kebahagiaan kesempurnaan, kebahagiaan kerana dipenuhi, dan kebahagiaan tempat, iaitu Syariat. Kecelakaan adalah seperti itu dalam pembahagian apa yang tidak disetujui oleh nafsu, kesempurnaan, kelakuan (iaitu tidak dipenuhi), dan bukan Syariat. Semua itu boleh ditangkap oleh pancaindera dan akal. Bahagiannya yang ditangkap oleh pancaindera berkait dengan Kediaman kecelakaan, kesakitan pada dunia ini dan alam kemudian, dan berkait dengan Kediaman kebahagiaan bagi kesenangan dalam dunia ini dan alam kemudian. Sebahagiannya murni dan sebahagiannya bercampur. Yang murni berhubung dengan Alam Kemudian. Yang bercampur berhubung dengan Kediaman sekarang. Jadi yang bahagia mungkin muncul dalam bentuk yang celaka dan yang celaka mungkin muncul dalam bentuk bahagia sementara mereka akan menjadi jelas berbeza pada Kediaman Kemudian. Boleh jadi yang celaka menyatakan kecelakaannya dalam dunia ini dan ia berhubung dengan kecelakaan di Alam Kemudian. Begitu juga dengan keadaan bahagia. Walau bagaimanapun, mereka tidak diketahui dalam dunia ini, tetapi mereka menjadi jelas dalam Alam Kemudian:
“Sekarang asingkan diri-diri kamu, wahai mereka yang berdosa, pada hari ini!” (35:59).
Jadi darjat dihubungkan dengan orang berkenaan dengan hubungan yang tidak akan putus ataupun berubah.
[Penanggung Arasy dalam alam ini dan alam kemudian]
Jadi maksud lapan, iaitu jumlah kerajaan ditunjukkan oleh Arasy, sudah dijelaskan kepada kamu. Ini adalah persoalan keempat. Maksud lapan sudah jelas bagi kamu. Lapan ini kepunyaan lapan asbab Ilahi yang melaluinya Allah diceritakan. Mereka ialah: kehidupan, pengetahuan, kuasa, kehendak, pertuturan, pendengaran, penglihatan, dan kesempurnaan kecapan, bau dan rasa dengan sifat yang berhubung dengannya. Pengertian ini mengenai mereka ada hubungan, seperti pendengaran menyaksikan benda-benda yang didengar dan penglihatan menyaksikan benda-benda yang dilihat. Jadi kerajaan itu terkandung di dalam lapan. Empat daripadanya menyata dalam alam ini: bentuk, makanan dan dua darjat itu. Pada Hari Kebangkitan, kesemua yang lapan itu akan kelihatan pada pandangan. Allah berfirman,
“Pada hari itu lapan akan menangung di atas mereka Arasy Tuhan kamu” (69:17).
Rasulullah s.a.w bersabda, “Kini mereka berempat”. Inilah penjelasan mengenai Arasy sebagai Kerajaan.
Bagi Arasy, iaitu singgahsana, ia kepunyaan Allah dan malaikat-malaikat membawanya di atas belakang mereka. Hari ini mereka berempat, dan esok mereka berlapan berhubung dengan tanggungan di bumi yang dikumpulkan. Ia berhubung dengan empat yang menanggungnya kira-kira menyamai apa yang Ibn Masarra katakan. Dikatakan satunya mempunyai rupa manusia, satu singa, satu helang dan keempatnya lembu. Itulah yang dilihat dan dikhayalkan oleh Samiri sebagai Tuhan Musa. Jadi dia bina anak lembu untuk kaumnya dan berkata,
“Inilah Tuhan kamu dan Tuhan Musa” (20:88),
menurut kisahnya. Allah menceritakan yang benar dan memimpin ke jalan yang benar.
19. Ilmu darjat & pangkat
Sebab bertambah dan berkurangannya ilmu dan firman Allah,
“Katakanlah:’Wahai Tuhan, tambahkanlah ilmuku!”
dan sabda Rasulullah s.a.w,
“Allah tidak menghilangkan ilmu dengan mencabutnya dari dada ulama, tetapi Dia menghilangkannya dengan mematikan ulama.”
Tajalli wujud Yang Haq dalam sfera diri
kenyataan bagi berkurangannya ilmu.
Jika seseorang tidak menyedari hal tersebut dengan dirinya
mampukah dia menyaksikan Tuhannya melalui penyelidikan dan pertanyaan?
Seandainya kepelbagaian ilmu lahir dalam diri,
penutupan yang disedari ditetapkan oleh kata-kata tersebut.
Tiada apa kecuali cakra matahari kewujudan muncul
dan cahayanya jatuh ke atas alam arwah.
Yang Asal hanya disaksikan bila ada kenyataan
sekalipun manusia dimusnahkan oleh kekuatan tamak.
Tidak syak lagi pada kenyataan yang aku bukakan
dan ianya bukan gambaran kebohongan yang salah atau dugaan.
[Ilmu: darjat dan peringkatnya]
Ketahuilah bahawa setiap benda yang hidup dan setiap orang dinyatakan oleh pengertian, berada dalam pengetahuan baharu pada setiap nafas menurut pengertian tersebut. Walau bagaimanapun, boleh jadi individu yang menyaksikan itu bukanlah seorang daripada yang berpengetahuan penuh mengenainya. Sebenarnya, ilmu, maka ilmu boleh dinyatakan sebagai berkurangan berhubung dengan orang yang berilmu. Ia terhasil daripada fakta bahawa seharusnya ada pengertian sekiranya penghalang mengganggu di antaranya dan benda-benda yang dia lihat, seperti keadaan orang yang buta atau pekak atau seumpamanya.
Oleh yang demikian ilmu naik dan turun mengikut apa yang diketahui. Kerana itulah apabila himma berhubungan dengan ilmu yang mulia yang melaluinya manusia dinyatakan, dirinya (nafs) dipersucikan dan darjatnya dipertingkatkan. Tahap ilmu yang tertinggi ialah ilmu mengenai Allah. Jalan tertinggi kepada ilmu mengenai Allah ialah ilmu tentang tajalliyat. Di bawahnya ialah ilmu tentang penyelidikan akal (nadhar). Tidak ada ilmu Ilahi di bawah penyelidikan. Ia adalah kepercayaan atau pendapat bagi manusia umum, bukan ilmu.
Ilmu-ilmu ini ialah apa yang Allah perintahkan kepada Rasul-Nya supaya menambahkannya.
Allah berfirman,
“dan jangan terburu-buru dengan Quran sebelum pembukaan kepada kamu selesai dan katakan, ‘Wahai Tuhan, tambahkan bagiku ilmu’” (20:114),
iaitu tambahkan bagiku dengan Perkataan-Mu yang Engkau kehendaki aku mengetahuinya. Di sini pertambahan ilmu ialah ilmu tentang penyingkapan secara perlahan, di luar adab dengan guru yang membawakannya kepadanya daripada Tuhannya. Kerana sebab ini, Dia letakkan ayat ini sesudah perkataan-Nya,
“dan segala muka merendah diri kepada Yang Hidup, Yang Berdiri Sendiri,” (20:111)
iaitu merendah diri. Dia maksudkan ilmu tentang tajalli. Tajalli adalah jalan yang paling mulia bagi memperolehi ilmu – ia adalah ilmu yang dirasai dengan segera.
[Ilmu: bertambah dan berkurangan]
Kami akan nyatakan pertambahan dan pengurangan ilmu dalam tajuk lain, Insya’ Allah. Allah mengurniakan segala-galanya – dan diri (nafs) manusia salah satunya – zahir dan batin. Diri manusia secara zahirnya menyaksikan dengan mata, dan batinnya dengan ilmu. Allah adalah Yang Zahir dan Yang Batin. Adalah dengan-Nya pengertian diperolehi. Bukanlah kuasa sesuatu yang selain Allah untuk menyaksikan sesuatu dengan sendirinya. Dia menyaksikan dengan apa yang Allah letakkan padanya dan tajalli Allah. Sesiapa yang memperolehi tajalli daripada mana-mana alam, baik alam ghaib dan tidak kelihatan, adalah daripada Nama, Yang Zahir. Bagi nama, Yang Batin, sebahagian daripada hakikat hubungan ini ialah tidak pernah ada tajalli dalamnya, tidak dalam alam ini ataupun alam kemudian kerana tajalli menunjukkan kenyataan Allah kepada seseorang yang menerima kenyataan itu. Itu kepunyaan nama Yang Zahir. Hubungan yang mudah difaham oleh akal tidak berubah, sekalipun mereka tidak mempunyai sumber yang melaluinya mereka keluar. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai kewujudan yang lojik, maka mereka adalah mudah difahami.
Apabila Allah kurniakan tajalli, samada sebagai kurniaan semata-mata ataupun sebagai jawapan kepada permohonan, tajali itu dikurniakan kepada diri yang zahir, dan pengertian oleh indera berlaku dalam bentuk itu, dan ia mengambil tempat pada ruang antara (barzakh) dan membentuk gambaran. Maka orang yang menerima kenyataan itu akan mendapat pertambahan pengetahuan jika dia seorang ulama dalam Syariat, bertambah pengetahuan dalam kriteria maksud jika dia seorang ahli dialek, dan bertambah pengetahuan dalam ukuran ucapan jika dia seorang ahli bahasa. Ianya menjadikannya pakar dalam setiap pengetahuan mengenai makhluk dan bukan makhluk. Ilmunya bertambah dalam bidang yang dia ceburi.
Mereka yang di atas jalan ini mengetahui bahawa pertambahan ini datangnya daripada tajalli Ilahi kepada kumpulan-kumpulan tersebut, agar mereka tidak dapat menafikan apa yang telah dibukakan kepada mereka. Penangkapan deria orang yang bukan ahli makrifat bertambah dan ia disandarkan kepada pemikiran. Pengalaman bagi yang selain dua ini bertambah tetapi tidak mengetahui yang mereka menjadi bertambah dalam perkara apa. Dalam gambaran
“gambaran mereka adalah seperti keldai yang membawa buku yang tebal. Betapa buruknya gambaran mereka yang menafikan ayat-ayat Allah!” (62:5).
Ayat-ayat itu adalah pertambahan ini dan sumber pertambahannya. Keajaiban diungkapkan bagi mereka yang menyandarkannya kepada pemikiran mereka! Mereka tidak tahu bahawa pemikiran mereka, renungan dan kajian dalam sebarang persolan adalah pertambahan pengetahuan dalam diri mereka yang datangnya daripada tajalli tersebut yang telah kami nyatakan. Pemikir sibuk dengan hubungan pemikirannya dan penghujung pencariannya. Dia terhijab daripada pengetahuan mengenai hal yang sebenar. Pengetahuannya bertambah tetapi dia tidak menyedarinya.
Apabila tajalli berlaku, ianya melalui nama Yang Zahir kepada bahagian batin seseorang. Pengertian berlaku tentang dalaman mengenai alam hakikat dan maksud melepaskan perkara fizikal. Ini ditunjukkan sebagai “catatan-catatan” lantaran catatan-catatan Ilahi tidak mempunyai kekeliruan atau kemungkinan dalam aspek tertentu. Ia hanya berlaku dalam maksud. Maka orang yang ada maksud bebas daripada pemikiran yang berat, dan dalam tajalli dia menjadi bertambah dalam pegetahuan ketuhanan, ilmu tentang rahsia-rahsia dan ilmu tentang batin, dan apa yang berhubungan dengan Alam Kemudian. Ini dititikberatkan oleh mereka yang di atas jalan kami – ia adalah jalan ilmu.
[Ilmu: pengurangannya]
Ilmu boleh berkurangan kerana dua sebab, samada melalui sifat buruk dalam asas organismanya atau ketidak-sempurnaan sampingan dalam bakat yang berhubung dengan itu. Sifat buruk dalam asas organisma tidak boleh diubah, sebagaimana kata al-Khidr tentang seorang kanak-kanak,
“sifatnya ialah ingkar” (18:80).
Ini adalah asas organisma. Bagi ketidak-sempurnaan sampingan, ia boleh hilang – jika ianya dalam bakat itu – dengan ubat. Jika ianya dalam diri, sebagaimana apabila kecintaan kepada kepimpinan dan menurut hawa nafsu mengalih dia daripada menambahkan ilmu yang mengandungi darjat dan kebahagiannya, ini boleh dihilangkan apabila Hakikat menyeru dari dalam hatinya dan dia kembali kepada tafakur yang benar, dan dia mengetahui bahawa dunia ini adalah salah satu pentas bagi pengembara dan jambatan yang perlu diseberangi, dan seandainya manusia tidak menghiaskan dirinya dengan ilmu, kelakuan yang mulia dan sifat-sifat Alam Malakut di sini dalam bentuk penyucian dan pembebasan daripada hawa nafsu yang menghalang dia daripada renungan yang benar, tiada jalan untuknya memperolehi kebahagiaan yang abadi. Maka dia mulakan dengannya. Ketidak-sempurnaan ini juga sebab bagi pertambahan ilmu.
Saya tidak maksudkan apabila ilmu itu berkurangan ia adalah semata-mata kesalahan manusia – kecuali ilmu ketuhanan. Kebenarannya menunjukkan bahawa tidak ada pengurangan sama sekali dan manusia itu sentiasa dan terus menerus bertambah ilmunya dan dalam hubungan apa yang inderanya berikan kepadanya, turun naik suasana dan aliran pemikiran dalam dirinya. Ilmunya bertambah, tetapi tidak ada manfaat dalamnya. Pendapat, keraguan, spekulasi, kejahilan, kelalaian dan kelupaan: semua ini dan perkara-perkara seumpamanya tidak disertai oleh ilmu yang apa yang kamu di dalamnya dalam hubungan pendapat, keraguan, spekulasi, kelalaian atau kelupaan.
[Ilmu tajalli: pertambahan dan pengurangannya]
Bagi pertambahan dan pengurangan ilmu tajalli, manusia itu samada berada dalam salah satu suasana: bagaimana anbia bawakan mereka muncul keluar secara pancaran, atau aulia melalui prinsip menjadi pewaris anbia. Inilah seperti yang dikatakan kepada Abu Yazid al-Bistami apabila jubah perwakilan dipakaikan kepadanya, “Pergilah kepada makhluk-Ku dengan sifat-sifat-Ku. Sesiapa yang melihat kamu melihat Aku!” Tidaka ada apa yang boleh dia lakukan kecuali mentaati perintah Tuhannya. Dia maju selangkah ke arah dirinya dan dia pengsan. Kedengaran jeritan, “Kembalikan Kekasih-Ku kepada-Ku! Dia tidak dapat menahan perpisahan dengan-Ku!” Dia telah larut ke dalam al-Haq, seperti Abu ‘Iqal al-Maghribi, maka roh-roh diamanahkan dengannya dan sesiapa yang membantunya apabila dia diperintahkan keluar kembalikan dia kepada setesen penyerapan (istihlak) dalam-Nya. Dia dikembalikan kepada Allah dan pakaian rendah hati, kemiskinan, dan kehinaan dipakaikan kepadanya. Hidup ini menggembirakan dan dia menyaksikan Tuhannya dan bertambah dalam keakraban dan memperolehi kerehatan daripada
“amanah yang dipertaruhkan” (33:72)
yang perlu diangkatkan daripadanya.
[Kenaikan (Mikraj) manusia atas Tangga Makrifat]
Sejak saat saat permulaan seseorang itu memulakan tangga kenaikan, dia mempunyai tajalli ketuhanan menurut tangga yang dia daki. Setiap orang dari kalangan ahli Allah mempunyai tangga khusus untuknya yang tidak ada orang lain mendakinya. Jika seseorang boleh mendaki tangga orang lain, maka kenabian boleh diperolehi. Dengan zatnya, setiap tangga memberikan darjat khusus untuk orang yang mendakinya. Sekiranya keadaan sebaliknya, ulama boleh memanjat tangga anbia dan memperolehi kenabian dengan berbuat demikian. Keadaannya tidak demikian. ‘Keupayaan ketuhanan’ akan hilang sekiranya perkara itu berulang. Dalam pandangan kami, ianya sah bahawa tidak ada pengulangan dalam kehadiran itu.
Walau bagaimanapun, semua langkah bagi maksud – anbia, aulia, yang beriman, dan utusan – semuanya sama. Satu tangga tidak mempunyai anak tangga yang lebih daripada tangga lain. Langkah pertama ialah Islam. Ia adalah penyerahan. Langkah terakhir ialah penghapusan (fana) dalam kenaikan itu dan berjalan terus dalam perjalanan keluar itu. Apa yang tinggal ialah di antara dua mereka. Ia adalah iman, ihsan, ilmu, kesatuan sejati (taqdis), ‘tiada-hubungan’ (tanzih), kekayaan, kemiskinan, kehinaan, kekuasaan, perubahan (talwin), penetapan dalam perubahan itu, penghapusan (fana) jika kamu keluar dan berjalan terus jika kamu masuk. Setiap langkah yang dalamnya kamu tinggalkkannya mengurangkan pengetahuan tajalli dalam keseimbangan batin kamu dengan apa yang bertambah pada zahir kamu sehingga kamu mencapai langkah terakhir.
Jika kamu keluar dan mencapai langkah terakhir, maka Dia menyata dengan Zat-Nya dalam zahir kamu menurut nilai kamu dan kamu menyatakan-Nya dalam makhluk-Nya. Dalam batin kamu tidak ada apa lagi yang tinggal dan tajalliyat kebatinan meninggalkan kamu secara keseluruhannya. Apabila kamu dipanggil untuk masuk, panggilan ini adalah langkah pertama yang akan dinyatakan kepada kamu melalui tajalli dalam batin kamu menurut apa yang berkurangan bagi tajalli itu dalam zahir kamu, sehingga kamu mencapai langkah terakhir. Kemudian Dia dinyatakan kepada batin kamu dengan Zat-Nya dan tidak ada tajalli sama sekali tinggal dalam zahir kamu. Sebab bagi yang demikian ialah hamba dan Tuhan terus bersama, setiap satu dengan kewujudan yang sempurna bagi dirinya: hamba tetap hamba dan Tuhan tetap Tuhan, sekalipun berlaku pertambahan dan pengurangan ini.
Inilah sebab bagi pertambahan dan pengurangan ilmu tajalliyat dalam zahir dan batin. Sebab bagi itu ialah peraturan. Inilah sebabnya semua yang Allah ciptakan dan bawakan kepada kewujudan dalam keasliannya adalah komposit (dalam keadaan banyak bahagian tetapi merupakan kesatuan) – ia ada zahir dan batin. Apa yang kami rujukkan sebagai anasir yang mudah (basa’it) adalah perkara yang mudah difahami yang tidak ada kewujudan dalam sumbernya. Setiap benda yang wujud, selain Allah, adalah komposit. Kami ketahui ini melalui kasyaf yang benar yang tidak ada keraguan dalamnya. Ia mewajibkan pergantungan yang sesuai kepada-Nya, kerana ia adalah gambaran yang perlu bagi-Nya.
Jika kamu faham, kami sudah jelaskan jalannya untuk kamu mulakan pendakian bagi diri kamu. Maka mengembaralah! Dan naiklah! Kamu akan lihat dan saksikan apa yang sudah kami jelaskan kepada kamu. Kami telah perincikan langkah-langkah pendakian bagi kamu yang kami simpan bagi kamu dalam nasihat yang berguna apabila Rasulullah s.a.w perintahkan kita melakukannya (dalam hadis). Sekiranya kami ceritakan buah dan hasilnya kepada kamu tanpa perincian jalannya kepada kamu, kami akan membuatkan kamu teringinkan sesuatu yang besar yang kamu tidak ketahui jalan memperolehinya. Dengan yang Esa yang diriku dalam tangan-Nya, ia adalah Mikraj.
“Allah katakan yang benar dan membimbing kepada jalan yang benar”.
59. Masa yang ada….
59: MASA YANG ADA MASA DAN MASA YANG DITENTUKAN
[Mengenai masa yang ada dan masa yang ditentukan]
Bila engkau pastikan bahawa bahan masa
ditentukan dan diketahui melalui ilusi,
Seumpama alam semulajadi dalam memberi kesan kuasanya
Sumber alam semulajadi dan masa adalah tidak wujud.
Perkara-perkara ditentukan dengannya, tetapi ia tidak
mmeiliki sumber yang dengannya ia diputuskan.
Akal tidak mampu menyaksikan bentuknya
kerana sebab itu, kami katakan masa adalah ilusi.
Seandainya bukan kerana ‘tiada-hubungan’, kewujudan Allah tidak akan jadi
ditentukan olehnya. Maka Dia meninggi di dalam hati.
Bila kamu adil dengan akar masa daripada sebelum-masa
keputusannya ialah azali, dan ia dikawal.
Seperti kekosongan yang sambungannya tidak ada kesudahan dalam
badan lain melalui ilusi dan penjelmaan dalamnya.
[Kepertamaan Yang Haq dan Wujud-Nya dan kepertamaan alam maya dan wujudnya]
Ketahuilah, mula-mulanya, bahawa Allah adalah Permulaan dan tiada yang lain mendahului-Nya, dan tiada apa yang bergantung kepada-Nya memiliki kepertamaan tidak juga ada sesuatu yang mempunyai sempadan yang sama dengan-Nya. Dia adalah Esa – maha suci Dia! dalam kepertamaan-Nya. Tidak ada sesuatu yang wujudnya perlu dengan dirinya sendiri melainkan Dia. Dia Kaya dengan Zat-Nya, tidak memerlukan kepada sesiapapun. Allah berfirman,
“Allah itu Kaya daripada sebarang keperluan daripada sesiapa” (3:97) melalui bukti lojik dan Syariat.
Jadi wujud alam ini mestilah samada memiliki kewujudannya yang daripada Allah kepada Diri-Nya, atapun perkara tambahan yang bukan Dia kerana, seandainya itu adalah Dia, maka tidak ada tambahan. Sekiranya itu adalah Dia, ia akan menjadi perkara yang kompleks dalam dirinya dan kepertamaan akan menjadi kepunyaan perkara tambahan itu. Kami telah tetapkan bahawa tiada kepertamaan kepada apa sahaja dengan-Nya dan tidak juga sebelum-Nya.
Oleh kerana perkara tambahan itu bukan Diri-Nya, ia mestilah wujud atau tidak wujud. Adalah mustahil ia menjadi tidak wujud. Yang tidak wujud tidak dapat memiliki kesan untuk membawa kepada kewujudan dalam apa yang dinyatakan sebagai tidak wujud, iaitu alam maya. Jadi tidaklah daripada kedua-duanya itu yang lebih memiliki kesan membawa kepada kewujudan melebihi yang satu lagi kerana kedua-duanya adalah tidak wujud. Yang tidak wujud tidak memberi kesan kerana ia tidak ada.
Adalah mustahil ia menjadi wujud. Maka dalam itu ia semestinya samada menjadi wujud dengan dirinya atau tidak. Mustahil wujudnya terjadi dengan dirinya, kerana bukti sudah dinyatakan tentang mustahil di sana ada kewujudan dua yang wujudnya perlu buat diri mereka. Maka hanya tinggal kewujudannya oleh yang lain daripada dirinya, dan tidak ada makna bagi kemungkinan alam maya melainkan kewujudannya adalah oleh yang lain daripadanyha. Jadi ia adalah alam atau daripada alam.
Seandainya kewujudan alam maya ini adalah daripada Allah melalui hubungan tertentu, sekiranya bukan kerana hubungan itu, alam maya ini tidak mungkin wujud. Hubungan itu dipanggil kehendak atau kemahuan atau ilmu atau apa sahaja yang kamu suka daripada kewujudan itu pada keperluan yang harus. Jadi tanpa keraguan Yang Haq lakukan sesuatu melalui hubungan tersebut. Keperluan tidak memberi makna melainkan ini, dan ia adalah mustahil bagi Allah. Allah berfirman,
“Allah Maha Kaya, tidak memerlukan sesiapapun” (3:97).
Sekiranya dikatakan apa yang dimaksudkan dengan hubungan ini sama seperti Zat-Nya, kami katakan benda ini tidak memrlukan dirinya. Dia kaya dengan diri-Nya. Maka yang memerlukan adalah yang tidak berpunya. Semua itu bagi Allah adalah mustahil. Kami nafikan perkara tambahan. Itu memestikan bahawa kewujudan alam maya ini, oleh kerana ia wujud daripada yang selainnya, terikat dengan Keperluan kewujudan dengan Diri-Nya. Adalah mustahil sumber yang harus memebri kesan kepada Keperluan kewujudan melalui Diri-Nya dengan pembawaan-kepada -kewujudan. Perkara ini hanya mampu difahami demikian.
Kehendak, kemahuan, ilmu dan kuasa-Nya adalah Zat-Nya. Allah meninggi atau melampaui dalam Zat-Nya. Sesungguhnya, Dia memiliki kesatuan yang mutlak, dan Dia yang Esa, yang Tunggal, Allah, as-Samad
“yang tidak beranak”
yang seharusnya menjadi yang terdahulu
“tidak juga diperanakkan”
yang menjadi hasil,
“dan tiada sesuatu menyamai-Nya” (112:3-4),
maka kewujudan alam maya oleh-Nya adalah daripada dua dasar – daripada Yang Haq dan yang bersamaan. Allah melampaui sesuatu!
Demikianlah Dia nyatakan Diri-Nya dalam Kitab-Nya apabila Rasulullah s.a.w ditanya tentang sifat Tuhannya. Kemudian Surah al-Ikhlas diturunkan dan bebaskannya daripada dipersekutukan dengan yang lain. Allah melampaui penyifatan dan gambaran yang murni itu. Tiada apa yang Dia nafikan atau isbatkan dalam surah ini tetapi pengisbatan atau penafian itu adalah apa yang sebahagian orang katakan tentang Allah.
[Hubungan azali dengan Allah seeprti hubungan masa dengan yang fana]
Kami telah terangkan bagaimana kita wajib berkehendak kepada-Nya – dan Dia adalah allah, maha suci Dia! Kami akan perjelaskan lagi. Ketahuilah hubungan azali dengan Allah adalah umpama hubungan amsa dengan kita. Hubungan azali adalah sifat negatif tanpa sumber. Kewujudan bukan daripada hakikat ini. Jadi masa adalah kepunyaan yang harus dengan hubungan yang kewujudannya ilusi, bukan wujud, kerana dalam hal apa sahaja yang kamu boleh bahagikan, kamu boleh tanya “bila” mengenainya. Bila adalah soalan tentang masa, masa mestilah perkara yang ilusi, bukan wujud. Kerana sebab ini, Allah menunjukkan kepada Diri-Nya apabila Dia berfirman,
“dan Allah mengetahui segala perkara” (33:40) “dan kepunyaan Allah segala perintah sebelum dan selepas” (30:4).
Dalam sunnah perkataan penanya disahakan bila dia bertanya, “Di manakah Tuhan kita sebelum Dia ciptakan makhluk-Nya?” Sekiranya masa adalah perkara yang wujud dalamnya, maka Allah yang melampaui pembatasan tidak boleh dipakai kerana prinsip masa mengongkong-Nya. Maka kami perakui bahawa bentuk-bentuk ini tidak ada perkara kewujudan di bawah mereka.
[Masa: mudah difahami dan terbukti]
Kemudian kami katakan manusia mempunyai pendapat yang berbeza tentang ungkapan “masa” dan apa yang difahamkan dengannya dan dibuktikan dengannya. Orang yang bijaksana menggunakannya dalam perkara yang berbeza-beza. Kebanyakan mereka mengatakan ia adalah tempuh ilusi yang disilang oleh pergerakan sfera-sfera. Mutakallimun menggunakannya kepada sesuatu yang lain: perbandingan dalam-masa kepada dalam-masa mengenai sesuatu yang ditanyakan “Bila?” Orang Arab menggunakannya untuk memaksudkan malam dan siang. Ia terkeluar dari tajuk ini. Malam dan siang membahagikan hari. Daripada terbitnya matahari hingga terbenamnya dipanggil “hari siang”, dan daripada terbenamnya hingga terbitnya dipanggil “malam”. Sumber yang dibahagikan ini dipanggil hari. Hari yang diperkatakan ini menyatakan pergerakan yang lebih besar. Ianya hanya dalam kewujudan yang khusus kewujudan Penggerak. ia bukanlah sumber masa. Hasil daripadanya ditujukan kepada masa sebagai perkara ilusi yang tidak ada kenyataan.
Oleh kerana ini sudah dipastikan, yang mudah difahami yang ditentukan ditunjukkan oleh masa yang ada. Dengannya minggu, bulan dan tahun dinyatakan. Mereka dipanggil hari-hari dan ditentukan dengan hari kecil yang biasa yang dibahagikan kepada malam dan siang. “Masa yang ditentukan” adalah apa yang menjadi tambahan kepada hari yang kecil ini yang dengannya semua hari-hari besar ditentukan. Dikatakan,
“pada hari yang ukurannya seribu tahun menurut hitungan kamu,” (32:5)
dan
“pada hari yang ukurannya lima puluh ribu tahun hitungan kamu” (70:4).
[Bagaimana hari dikira pada zaman Dajjal]
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Pada hari Dajjal, satu hari seumpama setahun, satu hari umpama satu bulan, dan satu hari umpama satu minggu, dan semua hari-harinya adalah seperti hari kamu.”
Ini mungkin disebabkan oleh ketakutan yang amat sangat. Baginda membuang kesamaran secara zahir pada akhir hadis bila Aisyah berkata, “Bagaimana seseorang lakukan sembahyang pada hari itu?”. Baginda s.a.w menjawab, “Seseorang itu akan tentukan”. Sekiranya bukan kerana perkara itu dalam pergerakan sfera-sfera masih ada apa yang telah ada tanpa diganggu, ianya tidak sah ia ditentukan dengan jam yang melalui bentuknya orang yang berpengetahuan tentang ini bertindak dan melaluinya mereka tahu masa pada hari yang dipenuhi oleh awan bila matahari tidak terbit.
Pada permulaan kemunculan Dajjal, akan ada banyak awan dan ia akan mengikuti yang lain hingga ke tahap kewujudan siang dan malam kelihatan sama kepada pandangan mata. Itu merupakan sat daripada bentuk yang jarang berlaku akan berlaku pada masa hampit kiamat. Awan-awan yang berbondong-bondong itu akan datang di antara kita dengan langit, tetapi pergerakan langit adalah seperti biasa. Jadi pergerakan akan muncul dalam peekrjaan yang sebenar yang akan diketahui oleh mereka yang bertugas dengan ilmu mengenai kemunculan dan lakaran bintang-bintang. Dengannya mereka tentukan malam dan siang dan jam bagi sembahyang tanpa keraguan.
Jika hari itu yang satu tahun seperti satu hari, ianya tidak diwajibkan bagi kita untuk tentukan sembahyang. Kita menantikan tengahhari menurut matahari. Jika ia tidak turun, kita tidak lakukan smebahyang Zuhur. Jika matahari berhenti dan tidak turun selama dua puluh ribu tahun, Allah tidak mewajibkan kita sesuatu yang lain. Bila Pemberi peraturan perintahkan kita beribadat menurut ketentuan, kita tahu bahawa pergerakan sfera-sfera ada dalam kawasan itu dan strukturnya tidak rosak.
[Satu masa (zaman fard) dan satu jauhar]
Kami telah nyatakan apakah masa itu dan apakah maksud hubungan kewujudannya dan hubungan ketentuan. Di sana ada banyak hari-hari, keduadua-nya kecil dan besar. Yang paling kecil di antara mereka ialah satu masa yang berdasarkan kepadanya muncul
“setiap hari Dia di dalam urusan” (55:29).
Satu masa (zaman fard) dipanggil satu hari kerana “hal” yang diperkatakan mengenainya adalah masa yang paling kecil dan paling halus. Tidak ada sempadan bagi hari-hari yang besar yang padanya ia berhenti. Di antara mereka ialah hari pertengahan, yang pertama ialah hari biasa diketahui umum yang dibahagikan kepada jam. Jam dibahagikan kepada minit dan minit dibahagikan kepada saat dan seterusnya sehingga ke infiniti bagi sesetengah manusia. Mereka bahagikan minit kepada saat. Bila keputusan nombor-nombotr memasuki mereka, keputusannya ialah nombor itu dan nombor tidak berakhir maka pembahagian juga tiada kesudahan.
Sebahagian manusia bercakap tentang akhiran dalam yang demikian dan melihatnya dalam hubungan nombor. Merekalah yang menyatakan masa ada sumber kewujudan. Semua yang masuk kepada kewujudan sampai kepada akhirannya tanpa keraguan lagi. Yang berlawanan dengan mereka mengatakan “yang dinomborkan” oleh kerana ia dinomborkan, tidak masuk ke dalam kewujudan maka ia tidak digambarkan sebagai pergi kepada akhiran kerana nombor tidak digambarkan sebagai berakhir. Mereka yang menafikan “zat yang satu (satu jauhar)” membawa ini sebagai hujah. Tubuh dibahagikan terus menerus dalam akal. Ianya hanya perkara yang dipertikaikan oleh mereka yang membuat spekulasi yang kurang dalam pertimbangan yang wajar dan penyelidikan dalam apa yang dibuktikan oleh ungkapan. Ianya berhubung dengan hadis yang sahih bahawa masa (dahr) adalah salah satu nama Allah. Keadaan masa yang mudah difahami sudah diketahui umum dan kami akan nyatakannya, Insya’ allah, dalam buku ini. “Allah katakan yang benar dan memimpin ke jalan yang benar”.
66. Rahsia syariat….
66: RAHSIA SYARIAT DAN NAMA ILAHI
[Mengenai rahsia Syariat, zahir dan batin, dan Nama Ilahi yang membawanya kepada kewujudan]
Yang Memiliki Keagungan menuntut keagungan daripada Yang Memiliki Keagungan.
Lalu Yang Memiliki Keagungan enggan menyaksikan selain keagungan.
Apabila dia menyaksikan kewujudan keperkasaan Allah,
hamba Allah bermain mata.
Dia sejahtera dengan dirinya
bangga, sombong, meninggi diri, bongkak.
Dia beritahunya tentang Syariat yang dipelihara
lalu kuasanya menghinanya sungguh-sungguh.
Hamba menjerit dengan kehilangan dan kehinaan,
“Wahai Engkau yang keagungan-Mu dimuliakan dan ditinggikan!”
[Nama-nama Ilahi adalah bahasa bagi suasana yang sesuai dengan hakikat-hakikat]
Allah berfirman,
“Katakanlah: Sekiranya di bumi ini kedapatan malaikat berjalan dengan aman. Kami tentunya akan utuskan daripada langit kepada mereka malaikat juga yang menjadi Utusan” (17:95)
dan Dia berfirman,
“Kami tidak datangkan hukuman sehinggalah Kami hantarkan Utusan” (17:15).
Ketahuilah bahawa Nama-nama Ilahi mempunyai lidah hal yang sesuai dengan hakikat-hakikat mereka. Penuhilah diri kamu dengan apa yang kamu dengar dan jangan khayalkan yang berbilang-bilang atau perkumpulan yang bebas bertindak sendiri. Dalam tajuk ini banyak daripada hakikat-hakikat yang mampu difikirkan akan disusun menurut hubungan itu, bukan menurut sumber kewujudan. Zat Allah adalah Esa sebagaimana keadaan zat. Daripada pandangan itu kewujudan kita, keperluan dan kemungkinan, kita ketahui bahawa kita mesti ada sesuatu yang harus yang boleh kita pegangi. Dasar yang daripadanya kewujudan kita tuntuti mesti ada beberapa asbab. Nabi memanggil mereka Wahai Nama-nama Yang Paling Indah. Dia memanggil diri-Nya “Berkata-kata” melalui mereka oleh kerana Dia berkata-kata dalam darjat kewujudan bagi Wujud ketuhanan-Nya yang tidak boleh dikongsikan. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan yang Esa. Tiada Tuhan kecuali Dia.
[Pertemuan Nama-nama dalam hadrat Yang Dinamai dan kenyataan keputusan mereka]
Selepas kepastiannya pada permulaan perkara ini dan keutamaan dan penguasaan dalam alam yang mungkin ini, saya katakan bahawa nama-nama dikumpulkan bersama dalam hadrat (kehadiran) yang di Namai. Mereka menyaksikan hakikat-hakikat mereka dan maksudnya dan memintakan kenyataan bagi keputusan mereka agar sumber mereka akan terpisah daripada kesannya. Pencipta adalah Dia Yang Menentukan, Yang Mengetahui, Yang Mentadbir, Yang Membezakan, Yang Membentuk, Yang Memulakan, Yang Mengulangi, Dia yang mengadakan kematian, Yang Mewarisi, Yang Bersyukur. Semua nama-nama Ilahi memandang kepada zat mereka, tetapi tidak melihat apa yang sudah diciptakan, diuruskan, dibezakan atau dibekalkan. Mereka berkata, “Bagaimana ada tindakan kecuali sumber-sumber ini dinyatakan yang dalamnya keputusan kami muncul lalu penguasaan kami menyata?”
Jadi selepas kemunculan sumber bagi alam, Nama-nama Ilahi yang sebahagian daripada hakikat alam tuntutkan mencari perlindungan Nama, al-Bari (Permulaan). Mereka berkata kepada-Nya, “Bolehkah Engkau bawakan kepada kewujudan sumber-sumber ini agar menyata keputusan kami dan penguasaan kami didirikan kerana kehadiran yang kami berada di dalamnya tidak menerima kesan kami?” Al-Bari berkata, “Itu mesti dirujukkan kepada Nama, Yang Berkuasa. Aku di bawah kuasa-Nya”.
[Yang harus dalam suasana mereka yang tidak wujud dan bagaimana sumber mereka muncul]
Asas ini ialah dalam keadaan mereka tidak wujud, ‘yang mungkin’ membuat permohonan kepada Nama-nama Ilahi daripada keadaan kehinaan dan pergantungan. Kata mereka, “Ketidakwujudan membutakan kami daripada pengertian satu sama lain dan kepada mengenali apa yang kami berhutang denganmu. Jika kamu menyatakan sumber kami dan pakaikan kami dengan pakaian wujud, kamu merahmati kami dengannya dan kami akan menanggung kemuliaan dan ketinggian itu kewajipan berhubung dengan kamu. Penguasaan adalah sah bagi kamu dalam kenyataan kami yang sebenarnya. Kini kamu adalah Tuan bagi kami semua melalui kuasa dan keupayaan. Inilah yang kami cari daripada kamu adalah lebih banyak daripadanya dalam hubungannya dengan kami.” Nama-nama menjawab, “Ini, apa ‘yang mungkin’ katakan itu adalah sah.” Mereka bergerak untuk mencari yang demikian.
Kemudian mereka menghadap nama, al-Qadir (Yang Berkuasa). Dia berkata, “Aku di bawah penguasaan Yang Menjadikan. Aku tidak boleh membawa sebarang sumber daripada kamu kepada kewujudan melainkan dengan arahan-Nya. Tidak ada yang mungkin bagi-Ku kecuali perintah daripada Yang Memerintah datang kepadanya daripada Tuhannya. Apabila Dia perintahkannya supaya mengambil bentuk dan berkata, ‘Jadi!’ maka Aku boleh melakukannya dan hubungkannya kepada pembawaannya kepada kewujudan, maka Aku berikannya bentuk dari saat itu. Pergilah kepada nama Yang Menjadikan. Boleh jadi Dia akan berkenan dan jadikan lebih berpengaruh aspek kewujudan di atas aspek tidak wujud. Yang Memerintah, Yang Berkata-kata dan Diri-Ku akan bergabung bersama dan membawa kamu kepada kewujudan.”
Mereka pergi kepada nama, Yang Menjadikan, dan berkata kepada-Nya, “Kami telah bertanyakan nama Yang Berkuasa, untuk membawa sumber kami kepada kewujudan. Dia merujukkan perkara ini kepada kamu. Apakah kata kamu?” Yang Menjadikan berkata, “Yang Berkuasa berkata benar, tetapi aku tidak memiliki berita tentang nama Yang Mengetahui telah putuskan berhubung dengan kamu, samada ilmu-Nya untuk membawa kamu kepada kewujudan sudah mendahului secara khusus ataupun tidak. Aku di bawah penguasaan nama Yang Mengetahui. Pergilah kepada-Nya dan ceritakan hal kamu”.
Mereka kemudian pergi kepada nama, yang Mengetahui, dan menceritakan kepada-Nya apa yang nama, Yang Menjadikan katakan kepada mereka. Yang Mengetahui berkata, “Yang Menjadikan berkata benar. Ilmu-Ku mengenai kamu keluar kepada kewujudan sudahpun mendahului, tetapi adab adalah lebih sesuai. Di sana ada hadrat (kehadiran) yang mengawal kita, dan ia adalah nama Allah. Kita mesti menghadap-Nya, kerana ia adalah kehadiran bagi perkumpulan.”
Semua nama-nama berkumpul dalam kehadiran Allah. Dia berkata, “Apakah keperluan kamu?” Mereka menceritakan kepada-Nya. Dia berkata, ” Aku adalah nama yang mengumpulkan semua hakikat-hakikat kamu. Aku adalah bukti bagi yang dinamakan, dan ianya adalah Zat yang murni yang memiliki sifat kesempurnaan dan ‘tiada-hubungan’ (tanzih). Tunggu sehingga Aku masuk kepada pembuktian-Ku.” Dia pergi kepada pembuktian-Nya dan memberitahu-Nya apakah yang dikatakan oleh ‘yang mungkin’ kepada-Nya dan apa yang nama-nama rundingkan. Dia berkata, “Pergilah dan beritahu setiap Nama itu agar mengikat dirinya kepada apa yang hakikatnya tuntut dalam ‘yang mungkin’ itu. Aku adalah Esa dengan Diri-Ku dalam hubungan Diri-Ku. ‘Yang mungkin’ memerlukan darjat-Ku, dan darjat-Ku memerlukan mereka. Semua Nama-nama Ilahi kepunyaan darjat itu, bukan kepada-Ku, kecuali untuk Yang Esa. Ia adalah Nama khusus bagi-Ku, dan tidak ada yang berkongsikannya dengan-Ku dalam hakikatnya dalam aspek apa sekalipun, samada di kalangan nama-nama, darjat atau ‘yang mungkin’.
[Perseimbangan yang diketahui, had yang ditentukan dan Imam yang dipelihara]
Nama Allah keluar, dan dengan-Nya keluar nama, Yang Berkata-kata, untuk menterjemahkan bagi-Nya kepada ‘yang mungkin’ dan Nama-nama. Dia nyatakan kepada mereka apa Yang Dinamakan nyatakan. Maka Yang Mengetahui, Yang Menjadikan, Yang Berkata-kata dan Yang Berkuasa dihubungkan, dan ‘yang mungkin’ pertama muncul, melalui pilihan Yang Menjadikan dan keputusan Yang Mengetahui.
Apabila sumber dan kesan muncul dalam makhluk, sebahagian mula menekan yang lain dan mengatasi mereka menurut apa yang mereka diasaskan daripada nama-nama dan ini membawa kepada perselisihan dan perbalahan. Mereka berkata, “Kami bimbang susunan kami akan menjadi buruk dan kami akan disatukan dengan yang tidak wujud yang kami berada dalamnya”. ‘Yang mungkin’ mengingatkan Nama-nama tentang apa yang telah diberitahu kepada mereka oleh Nama-nama, Yang Mengetahui dan Yang Mentadbir. Mereka berkata, “Wahai Nama-nama! Jika keputusan kamu di atas perseimbangan yang diketahui, dan had yang ditentukan oleh Penghulu yang kamu rujukkan, kewujudan kami akan dipelihara untuk kami dan kami akan pelihara kesan kamu di atas kami untuk kamu. Itu adalah lebih baik bagi kami dan kamu. Jika tidak, kami akan musnah dan hilang”. Mereka berkata, “Ini adalah pendapat yang berguna dan benar”. Maka mereka lakukan yang demikian. Mereka berkata, “Nama, Yang Mentadbir, adalah yang menentukan hal kamu”. Mereka pergi kepada Yang Mentadbir membawa hal mereka. Dia berkata, “Aku akan lakukannya”.
Dia masuk dan muncul dengan perintah Hakikat kepada Nama, Rab. Dia berkata kepada-Nya, “Lakukan apa yang kemanfaatan perlukan bagi menjadikan sumber kepada yang mungkin ini berkesinambungan”. Dia melantik dua menteri untuk membantu-Nya sebagaimana perintah-Nya. Satu ialah Nama Yang Mentadbir dan satu lagi Nama Yang Membezakan. Allah berfirman,
“Dia mentadbir urusan itu dan membezakan tanda-tanda. Boleh jadi kamu menjadi yakin akan pertemuan dengan Rab kamu” (13:2)
iaitu Imam (Penghulu). Jadi perhatikan betapa bijaknya perkataan Allah bila Dia bawakan ayat menurut suasana yang mewajibkan hal itu didasarkan!
[Polisi (dasar) yang bijak dan peraturan yang lazim]
Nama, Rab, tentukan had bagi mereka dan letakkan peraturan bagi mereka untuk kebaikan kerajaan itu dan sebagai ujian siapakah di antara mereka yang baik amalannya. Allah letakkannya kepada dua lategori. Satu kategori dipanggil polisi yang bijaksana yang Dia letakkan dalam sifat diri-diri mereka yang ternama. Had yang ditentukan dan dan peraturan yang digariskan melalui kuasa yang mereka temui dalam diri mereka dalam setiap bandar, arah dan cuaca, menurut penyusunan tempat itu dan pembawaan mereka perlukan melalui ilmu mereka mengenai apa yang sesuai dengan kebijaksanaan. Mereka panggilnya peraturan (nawamis) yang bermakna “sebab-sebab bagi kebaikan” kerana dalam penggunaan teknikal, Namus adalah yang membawa kebaikan. Pengintai (jasus) adalah yang berurusan dengan kejahatan.
Nawamis adalah peraturan kebijaksanaan yang digubalkan oleh manusia yang bijaksana, datangnya daripada ilham yang dari Allah padahal mereka tidak menyedarinya. Yang demikian adalah bagi kebaikan dunia, peraturannya dan hubungannya dalam tempat-tempat yang Syariat Ilahi tidak sampai, tidak juga ilmu tentang Yang Esa yang menurunkan peraturan ini dan perkara ini membawa hampir dengan Allah, mewarisi syurga atau neraka bukan juga sesuatu daripada asbab Alam Kemudian. Mereka tidak tahu adanya Alam Kemudian dan kebangkitan jasad selepas mati dalam bentuk jasad yang asli dan akan ada makanan, minuman, pakaian, persetubuhan dan keseronokan, dan dalamnya akan ada seksaan dan azab. Kewujudan yang demikian adalah harus, dan ketidak-wujudannya juga harus. Mereka tidak mempunyai bukti yang satu daripada dua itu lebih berat daripada yang satu lagi.
“Mereka melahirkan kependetaan” (57:27).
Oleh sebab itu asas peraturan mereka dan manfaatnya adalah untuk menjadikan faedah terlaksana di sini.
Dalam diri mereka, mereka memiliki ilmu Ilahi: tauhid tentang Allah dan ketinggian serta kemuliaan yang mesti ada dengan-Nya, sifat-sifat tanzih (tiada-hubungan) dan ketidak-wujudan sebarang tara atau persamaan. Orang yang menyaksikan yang demikian dan yang mengetahuinya menceritakannya kepada yang lain. Mereka menggalakkan orang ramai supaya melakukan penyelidikan yang benar dan mengajar mereka bahawa akal, dalam hubungan pemikirannya, ada had yang padanya ia berhenti dan tidak berupaya melepasinya, dan bahawa Allah kurniakan ilham suci kepada hati-hati sebahagian hamba-hamba-Nya yang dengannya Dia ajarkan kepada mereka ilmu yang langsung daripada-Nya agar ia tidak menjadi mustahil bagi mereka. Allah pertaruhkan kepada alam langit perkara-perkara yang dirumuskan melalui adanya kesan mereka pada alam anasir. Dia berfirman,
“Dia bukakan pada setiap langit peraturannya” (41:12).
Mereka mencari hakikat diri mereka melalui apa yang mereka lihat – apabila jasad yang berbentuk ini mati, tidak ada daripada pancaindera yang kurang. Lalu mereka tahu bahawa yang menyaksikan dan yang menggerakkan tubuh fizikal ini adalah unsur lain yang menjadi tambahan kepadanya. Mereka mencari unsur tambahan itu, maka mereka mengenali diri mereka. Kemudian mereka melihat apa yang diketahui sesudah kejahilan. Mereka tahu bahawa sekalipun ianya tubuh yang paling mulia, ianya disertai oleh kemiskinan dan kehilangan. Mereka mencari puncanya dengan penyelidikan, bergerak dari satu benda kepada yang lain. Bila sahaja mereka sampai kepada sesuatu perkara, mereka melihatnya memerlukan sesuatu yang lain sehinggalah pemerhatian membawa mereka kepada sesuatu yang tidak memerlukan apa-apa bukan juga serupa dengan sesuatu yang menyerupai sesuatu dan tidak juga sesuatu menyerupainya. Mereka berhenti padanya dan berkata, “Inilah Yang Pertama”. Ia mestinya Yang Satu dengan zatnya dalam hubungan zatnya, dan kepertamaannya tidak menerima yang kedua, tidak juga keesaan-Nya kerana Dia tidak mempunyai keserupaan dan tidak juga persamaan. Mereka mengesakan-Nya dengan tauhid wujud. Apabila mereka melihat yang demikian, dengan diri mereka, ‘yang mungkin’ tidak memiliki penguasaan dengan zat mereka, mereka tahu bahawa Yang Satu ini memberikan mereka kewujudan. Mereka memerlukan dan bergantung kepada-Nya dan kepada kekuatan-Nya untuk melepaskan daripada mereka semua yang dengannya zat mereka digambarkan. Inilah batas akal (dalam pemikiran).
[Polisi Syariat dan peraturan Ilahi]
Demikianlah kami jelaskan tentang mereka. Apabila seseorang dari kalangan mereka muncul yang mereka anggapkan orang itu tidak mempunyai darjat dalam ilmu untuk mereka percaya, dan mempunyai fikiran yang benar serta perhatian yang wajar, dan kemudian orang itu berkata kepada mereka, “Aku adalah Utusan Aallah kepada kamu,” mereka berkata, “Keadilan lebih sesuai. Lihatlah kepada dasar pengakuan itu. Adakah dia mengaku sesuatu yang mungkin ataupun mustahil?” Mereka berkata, “Sudah teguh pegangan dengan kami bahawa Allah memiliki limpahan suci yang Dia boleh kurniakan kepada sesiapa yang Dia kehendaki sebagaimana Dia limpahkannya kepada roh-roh sfera-sfera dan akal-akal ini. Semuanya berkongsikan kemungkinan. Tidak ada daripada ‘yang mungkin’ itu lebih berhak daripada yang lain dalam apa ‘yang mungkin’. Terpulang kepada kami untuk melihat kepada kebenaran orang yang membuat pengakuan itu atau melihat samada dia berbohong atau tidak. Kami tidak simpulkan salah satu daripada dua pendapat ini tanpa bukti. Ia adalah adab yang buruk dengan ilmu kami”.
Mereka berkata, “Adakah kamu mempunyai bukti tentang kebenaran pengakuan kamu?” Dia membawakan kepada mereka bukti-bukti, dan mereka memerhatikan keterangan dan bukti-buktinya. Mereka memerhatikan untuk mengetahui apakah yang orang ini miliki daripada maklumat-maklumat mengenai hasil pemikiran dan apakah yang dia tidak perakui mengenainya. Mereka mengetahui bahawa sebagaian daripada yang dibukakan dalam setiap langit oleh Yang Esa, yang membukakan pada setiap langit peraturannya, adalah mengenai kedatangan orang ini dan apa yang dia bawakan. Mereka bersegera kepadanya dengan mempercayai dan memperakuinya. Mereka mengetahui bahawa Allah telah memperkenalkannya dengan apa yang Dia telah amanahkan dalam makrifat alam tinggi yang pemikiran mereka tidak sampai. Kemudian Dia berikannya sebahagian daripada makrifat Allah yang mereka tidak miliki.
Mereka melihat bahawa Dia menurunkan ilmu mengenai Allah kepada manusia biasa, pendapat yang lemah, adalah dengan yang demikian sesuai bagi akalnya dalam yang demikian, dan kepada manusia yang berakal cerdas dan pemerhatian yang kuat adalah juga dengan yang demikian sesuai bagi akalnya dalam yang demikian. Mereka tahu bahawa lelaki itu telah menerima wahyu Ilahi yang melampaui tahap akal, dan bahawa Allah telah mengurniakan kepadanya sebahagian ilmu mengenai-Nya dan kekuasaan keatasnya yang Dia tidak berikan kepada mereka. Mereka memperkatakan nikmat-Nya dan kelebihan yang Dia kurniakan kepadanya melebihi mereka. Mereka percaya kepadanya dan perteguhkan dan mengikutinya. Dia adakan bagi mereka amalan yang membawa seseorang hampir dengan Allah dan dia ajarkan mereka apa yang Allah ciptakan dari yang mungkin yang tidak kelihatan bagi mereka, dan apa yang Dia akan bentukkan dalam mereka pada masa akan datang. Dia ceritakan kepada mereka tentang Dihidupkan-semula, Kebangkitan, Dikumpulkan, Syurga dan Neraka.
[Asas pembentukan Syariat yang suci dalam dunia ini]
Kemudian Rasul-rasul diutuskan silih berganti pada masa dan suasana yang berlainan. Setiap mereka memperakui sahabat mereka. Mereka tidak berbeza sama sekali dalam prinsip asas yang atasnya mereka pegang dan yang mereka tunjukkan, sekalipun perutusan berbeza. Undang-undang Tuhan diturunkan dan perutusan juga diturunkan. Perutusan menurut masa dan suasana sebagaimana firman-Nya,
“Kami tentukan peraturan (Syariat) dan amalan bagi setiap orang daripada kamu” (5:48).
Prinsip asas mereka bersamaan tanpa ada percanggahan dalamnya.
Mereka mengadakan perbandingan di antara risalat nabi yang datang daripada Allah dengan apa yang ahli falsafah tetapkan mengenai peraturan kata-kata falsafah yang mereka anggap sebagai hasil proses pemikiran. Mereka ketahui bahawa perkara ini lebih lengkap dan ia daripada Allah tanpa keraguan. Oleh itu mereka menerima apa yang dia ajarkan kepada mereka daripada alam ghaib dan mereka percaya bahawa kepada Utusan-utusan. Tidak ada dari kalangan mereka yang membantah, tetapi sebahagiannya tidak memberikan keyakinan yang penuh kepadanya dan ilmunya dan mereka
“menurut hawa nafsu” (7:178)
dan melantik pemimpin dari kalangan mereka sendiri. Mereka jahil tentang diri mereka yang sebenar dan nilainya, dan mereka jahil tentang Tuhan mereka.
Akar dan sebab bagi diturunkan Syariat kepada dunia ini ialah untuk menjadikan dunia ini dalam keadaan sejahtera dan perakuan tentang apa yang tidak diketahui daripada Allah yang tidak diterima oleh akal, iaitu apa yang akal tidak miliki sendirinya dalam hubungan pemerhatiannya. Jadi Kitab diturunkan yang mengandungi ilmu ini, dan lidah Nabi dan rasul membacakannya. Dengan demikian orang yang berakal menegtahui bahawa mereka kekurangan dalam perkara penegtahuan mengenai Allah yang Rasul-rasul memilikinya dengan sempurna.
[Manusia berakal yang sebenarnya dan mereka yang memiliki kekhuatiran,
perselisihan dan perkataan-perkataan]
Dengan menggunakan manusia yang berakal, saya tidak maksudkan mutakallimun hari ini menurut kebijaksanaannya. Yang saya maksudkan ialah sesiapa yang mengikuti jalan Rasulullah s.a.w dengan memerhatikan dirinya, membentuk disiplin diri, bermujahadah, berkhalwat dan persediaan untuk kedatangan waridat yang akan datang ke dalam hati mereka apabila sifat mereka menjadi sebahagian daripada alam atas yang dalamnya pembukaan diberikan dalam langit yang tinggi. Mereka ini, iaitu mereka yang berakal, mengadakan celoteh, ucapan dan perbahasan dengan mereka yang menggunakan fikiran dalam perkara yang diperkatakan yang dikeluarkan oleh yang terdahulu. Mereka tidak melihat perkara itu daripada apa yang orang-orang itu perolehi. Begitulah keadaan kita hari ini, mereka tidak ada nilai dengan sebarang manusia berakal. Mereka memperolok-olokkan dan merendahkan hamba-hamba Allah, dan mereka hanya menghormati orang sama taraf dengan mereka. Kecintaan kepada dunia ini menguasai jiwa mereka, begitu juga cita-cita kepada pangkat dan kedudukan. Allah menghinakan mereka sebagaimana mereka menghina ilmu dan Dia merendahkan mereka. Dia jadikan mereka pergi kepada pintu-pintu raja dan gabernor yang jahil. Raja dan gabernor itu menghina mereka.
Perkataan orang-orang seperti itu tidak penting.
“Allah telah metrikan hati mereka” (7:2),
“jadikan mereka pekak dan adakan tutupan atas pandangan mereka” (47:23)
walaupun mereka mengaku merekalah yang terbaik di dalam dunia ini. Ahli feqah dan mufti yang di dalam naungan Allah adalah lebih baik daripada mereka sekalipun mereka kurang ketelitiannya dalam segala aspek. Orang yang mempunyai keyakinan, sekalipun dia mengambilnya melalui tiruan, berada dalam suasana yang lebih baik daripada mereka yang berakal itu dalam apa yang mereka dakwakan. Jauh sekali daripada kedudukan seorang yang berakal dengan keadaan mereka yang demikian!
Kami telah menyaksikan sebahagian daripada mereka yang merupakan orang-orang yang paling mengetahui tentang skop Rasul-rasul dan mengikuti sunnah dengan bersungguh-sungguh, dan sangat memelihara Sunnahnya, ahli makrifat mengenai apa yang perlu mengenai keagungan Yang Haq dalam ketinggian, mengetahui apa yang Allah kurniakan kepada hamba-hamba-Nya di kalangan Nabi-nabi dan pengikut mereka dari kalangan aulia di atas jalan mengenali Allah dari arah limpahan suci yang pilihan yang terkeluar daripada pengajaran yang biasa pada jalan pembelajaran dan mujahadah yang akal tidak mampu mencapainya melalui pemikirannya.
Saya dengar salah seorang daripada orang yang terkenal dari kalangan mereka, yang telah menyaksikan sebahagian daripada apa yang Allah telah bukakan kepada saya mengenai ilmu tentang-Nya tanpa pemikiran dan pembacaan. Ianya daripada khlawat khusus yang saya lakukan dengan Allah ketika saya tidak berada bersama-sama mereka yang mencari. Dia berkata, “Segala puji bagi Allah yang mengizinkan daku berada dalam zaman yang dalamnya daku melihat seseorang yang Allah kurnikan rahmat daripada-Nya dan ilmu daripada hadrat-Nya!” Allah kurniakan rahmat kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah memiliki nikmat yang luas.
“Allah katakan yang benar dan memimpin kepada jalan yang benar”.