Thursday, May 27, 2010

MAT KILAU

Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah bin Tengku Ali (Tok Sharom).Datuk nya, Tengku Ali meninggalkan takhta Kerajaan Bilah Paning,Sumatera setelah kemangkatan ayahandanya. Tengku Ali sukarela menyerahkan takhta nya kepada adinda nya. Sesudah itu Tengku Ali melarang memanggil beliau dengan gelaran Tengku.Tengku Ali berkahwin dengan Wan Siti Hajar juga dikenali Tok Dina. Tengku Ali dikurniakan lima anak ,Ranting Mas,Maimunah,Khatib Rasu (Tok Gajah), Min dan Khatib Mohd Arif.

Ibu Mat Kilau adalah Teh Mahda (isteri ke 3 kpd Tok Gajah) iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1847 di Kampung Kedondong,Pulau Tawar,Jerantut. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.

Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikutdan sahabat nya. Sahabat nya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim (kedua nya anak Tok Gajah), Mat Kelubi (anak saudara Tok Gajah), Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

Mat Kilau memakai beberapa gelaran seperti Mat Siam,Mat Dadu,Muhamad Ibrahim.Bersama-sama pahlawan lain berjalan kaki menuju ke Golok,Selatan Siam. Ketika itu Selatan Siam dibawah Sultan Abdullah.Dari Golok berjalan kaki pula selama 5 hari 5 malam ke Chiengmai dan tinggal di Chiengmai selama 3 bulan sebelum berpindah ke Patani. Disini menuntut ilmu agama dengan Syed Ahmad Fadzullah yang berasal dari Bandung,Indonesia.

Kepada anak murid yang juga menantu nya Pakcik Abu Bakar, beliau membuka rahsia siapa sebenarnya Mat Siam ketika hendak memutuskan ilmu Mat Siam kepada Pakcik Bakar dan terpaksa membuka rahsia siapa beliau sebenarnya.Mat Siam bertanya kepada Pakcik Bakar "Kamu kenal tak aku? "Kenal,Aki lah Mat Siam" jawab Pakcik Bakar. Sambil menuding jari ke dada nya Mat Siam berkata " Aku lah Mat Kilau anak Tok Gajah".Namun rahsia itu disimpan oleh Pakcik Bakar. Silat yang diajarkan kepada Pakcik Bakar dinamai Tapak Setia Suci. "Silat ini Silat Mat Kilau dan buah nya dari Datuk Bahaman" kata Mat Kilau.

Haji Abu Bakar Awang menantu Mat Kilau

Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
Bersama Mek Munah,Mat Kelantan (berkaca mata hitam) dan Raja Ibrahim

Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Setelah Pengumuman ,Mat Kilau dibawa pulang kerumahnya semula di Batu 5 Jalan Gambang,Kuantan. Ketika itu kedengaran pula di Peramu,Kuantan akan seorang tua yang bergelar Tok Peramu.Pernah menantu nya Pakcik Bakar bertanya siapa gerangan Tok Peramu.Mat Kilau menjawab orang hanyut. Sebetul nya orang hanyut bermaksud orang dari hulu semantan yang kehilir ke Kuantan. Bermakna Tok Peramu adalah Datuk Bahaman. Pakcik Bakar telah membawa Mat Kilau berjumpa Tok Peramu. Bila dihadapan rumah Tok Peramu,Tok Peramu menuding jari kearah Mat Kilau dgn mengatakan Mat Kilau 'orang jahat mulut' yang bermaksud Mat Kilau telah membuka rahsia dirinya yang mana tidak disenangi oleh Tok Peramu.Selepas itu mereka berpelukan seperti orang yang sudah lama tak berjumpa atau mungkin berpelukan kerana tau ajal Mat Kilau sudah dekat.Mat Kilau dianggap seorang pahlawan yang engkar kerana telah melanggar sumpah yang pernah dibuat bersama sahabat-sahabat yang lain. Tok Peramu pernah berkata,kalau Mat Kilau hidup tak selamat,kalau selamat tak hidup,agaknya Mat Kilau itu nak pendek umur.Selepas pengakuan itu, Mat Kilau jatuh sakit,bengkak kaki dan mulut nya herot/senget.

Menurut cerita Pakcik Bakar, ketika nazak, Mat Kelubi pun datang menziarahi Mat Kilau walaupun mengikut catatan sejarah Mat Kelubi telah mati ditembak Inggeris sewaktu sedang berperahu.Orangnya kecil tidak sampai 5 kaki. Jelas Pakcik Bakar, pada suatu malam seorang yang tidak dikenali diiringi dua orang yang lengkap berpakaian hulubalang zaman dahulu datang menziarahi Mat Kilau. "Waktu tu saya agak letih dan tidak menghiraukan mereka. Orang itu mengucapkan terima kasih kepada saya kerana menjaga Mat Kilau. Mereka meminta izin untuk pulang dan terus hilang dari pandangan".

Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Mek Munah dari Pasir Nering,Kuala Brang dan rombongan dari Kelantan yang terdiri Mat Kelantan yang ketika itu berusia 150 tahun (telah buta) dan Raja Ibrahim Tan Kecik dipanggil utk pengesahan. Mat Kelantan dan Raja Ibrahim pernah sama2 berjuang menentang Inggeris di Kuala Tembeling pada 1894.Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran diatas pangkuan menantu nya Pakcik Bakar pada jam 6.46 pagi,Ahad 16 Ogos 1970. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.(Tok Guru Peramu/ Datuk Bahaman meninggal lewat 7 tahun dari tarikh Mat Kilau meninggal iaitu 23 Julai 1977).

Tekanan perasaan yang dialami membuatkan Mat Kilau terpaksa berterus terang walaupun tahu berhadapan dengan maut. Mat Kilau tidak mahu nanti anak-anak nya berkahwin sesama sendiri.Anak-anak tidak mengetahui siapa ayah mereka selagi pengakuan tidak dibuat.

'Pakaian' Mat Kilau:
Mat Kilau memakai buntat embun. Seseorang yang memakai buntat embun susah mati kecuali buntat itu keluar dari tubuh pemakai. Walaupun terpisah kepala dengan tubuh sekalipun tetapi pemakai buntat embun boleh hidup balik. Menurut Pawang Nong iaitu Pawang Diraja, Mat Kilau mendapat buntat embun daripada orang asli di Bukit Raya,Mukim Budu,Kuala Lipis. Pawang Nong dan adiknya Bilal Abu mengatakan juga Mat Kilau mempunyai buntat embun dicelah kaki kirinya diantara jari kelinking dan jari manis. Pernah seorang bomoh patah bernama Pak Tunggal mengintip pergerakan Mat Kilau dan ayah nya. Pak Tunggal dapati Mat Kilau bersama ayah nya sedang mandi embun. Mereka berdua duduk diatas daun pisang diatas pokok.