Posts

Showing posts from May, 2010

SYEIKH ABDUL KARIM IBNU IBRAHIM AL JAILI

Al-Jili: adalah seorang sufi terkenal dari Baghdad,lahir pada 1365 M (767 H) dan meninggal dunia 1409 M (811 H). Al-Jili rh adalah dari keturunan Syaikh Abdul Qadir al-Jailani rh yang nasab nya bersambung kepada Al-Hasan cucu Rasulullah SAWW, seorang pendiri dan pemimpin tarekat Qadiriyah dan murid Syaikh Syarafuddin Ismail ibn Ibrahim al-Jabarti rh, seorang tokoh tasawuf terkenal di negeri Zabit Yaman. Dalam dunia tulis menulis al-Jili termasuk seorang sufi yang cukup kreatif, karangannya tentang tasawuf tidak kurang dari 20 buah, yang paling terkenal diantaranya: al-Insān al-Kāmil dan al-Kahf wa al-Raqīm: **Allah Ta'ala telah menurunkan Taurat atas Nabi Musa AS. dengan sembilan alwāh (lembaran naskah kitab suci), dan Dia memerintahkan agar Nabi Musa menyampaikan kepada kaumnya tujuh naskah saja dan meninggalkan dua naskah yang tersisa, demikian ini karena ketika itu daya intelektual kaum beliau belum mampu untuk menerima ajaran-ajaran yang ada pada kedua lembaran naskah itu. Sea...

MAT KILAU

Image
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah bin Tengku Ali (Tok Sharom).Datuk nya, Tengku Ali meninggalkan takhta Kerajaan Bilah Paning,Sumatera setelah kemangkatan ayahandanya. Tengku Ali sukarela menyerahkan takhta nya kepada adinda nya. Sesudah itu Tengku Ali melarang memanggil beliau dengan gelaran Tengku.Tengku Ali berkahwin dengan Wan Siti Hajar juga dikenali Tok Dina. Tengku Ali dikurniakan lima anak ,Ranting Mas,Maimunah,Khatib Rasu (Tok Gajah), Min dan Khatib Mohd Arif. Ibu Mat Kilau adalah Teh Mahda (isteri ke 3 kpd Tok Gajah) iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1847 di Kampung Kedondong,Pulau Tawar,Jerantut. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau. Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang...

TOK GAJAH

Image
TOK GAJAH ?? Tok Gajah menjadi Orang Besar Pahang dizaman pemerintahan Sultan Ahmad AlMuazzam Shah. Tok Gajah atau Khatib Rasu diberi pegangan sempadan oleh Sultan dari Bau Redap sampai ke Kuala Piul. Dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa,dari Pedah sampai ke Tanjong Lindong dan juga lembahan Sg Budu di Lipis. Beberapa gelaran lain : Sultan Garang, Imam Perang Rasu, Datuk Imam Perang Pahang, Orang Kaya Imam Perang Indera Gajah Pahang. TOK GAJAH DAN TOK BAHAMAN DI KAKI TENGKU BESAR MAHMUD IBNI SULTAN AHMAD MUADZAM SHAH Keratan akhbar 'Media Terkini,10 September 2002' yang masih aku disimpan : LIHAT PADA PERSAMAAN RUPA DI AKHBAR DAN GAMBAR BERSAMA TOK BAHAMAN.

SHAMSUDDIN PASAI

Image
Lembaran pertama satu kitab karangan Syeikh Syamsuddin bin Abdullah As-Sumatrani Sheikh Shamsuddin al-Sumatrani yang hidup abad 16-17 Masihi. Beliau adalah Sheikhul Islam atau Mufti besar Aceh semasa zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah Sayyid al-Mukammil (1589-1604). Beliau juga terkenal sebagai salah seorang pendokong kuat fahaman Martabat Tujuh . Mungkin ramai yang tidak menyedari ini, ulamak yang termasuk di dalam kumpulan empat orang ulamak agung Aceh ini telah meninggal dunia dan dimakamkan di Melaka, bukannya di Indonesia! Ini kerana beliau dipercayai terlibat sama dalam serangan Aceh ke atas Portugis yang dilakukan tahun 1629, semasa Aceh berada di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam Johan Berdaulat (1607-1636). Tarikh wafat nya ada dicatatkan oleh musuh pegangannya,Nuruddin ar-Raniri,iaitu pada malam Isnin,12 Rejab 1039H/1630M. Dikatakan makamnya masih ada lagi di Kampung Ketek, juga dikenali dengan nama Kampung Pali, tidak jauh daripada Masjid K...

FUTUHAT AL-MAKIYYAH

Image
FUTUHAT AL MAKKIYAH IBN ARABI - ALLAH MELAMPAUI SEGALA SESUATU Mengenai Allah yang tanzih (putus hubungan) daripada sebarang bentuk tasybih (ada-perhubungan)  atau penjelmaan, terkandung di dalam ayat-ayat yang menunjukkan dengan jelas keadaan-Nya di dalam Kitab-Nya atau melalui lidah Rasul-Nya. “Maha suci Allah dan maha tinggi, melampaui apa yang mereka katakan.” (17:43).   Pada penyaksian hamba terhadap Tuhannya dalam ketulenan dan putusnya kekuatan dan ketinggiannya daripada dihubungkan dengan “bagaimana” atau yang seumpamanya adalah petanda yang memberikan keputusan muktamad tentang kedudukan hamba dan pujiannya keteguhan pengetahuan dan pengesahannya dan penolakan terhadap tuduhan dan perubahan [Segala pengetahuan dibekalkan kepada Akal Awal] Ketahuilah yang menanggung segala ilmu, baik mengenai yang di langit mahupun yang di bumi, adalah Akal yang menerimanya daripada Allah s.w.t tanpa perantaraan. Tiada sebarang pengetahuan mengenai makhluk al...