Friday, September 21, 2012

SYED ABU HASSAN @ MUSTAPHA BIN AHMAD JAMALULLAIL


Syed Mustapha B Syed Ahmad B Syed Mahmud B Tun Uda Al-Jamalullail (diceritakan Tun Uda dari Kemaman, Terengganu sebelum bermastautin di Selama Perak)

Hari ini,21-9-2012 Jumaat subuh, telah kembali nya bapa mertua aku kerahmatullah. Jenazah nya dikebumi kan di perkuburan kampung megat segama, Temerloh selesainya solat Jumaat. Berasal dari Selama, Perak. Hari-hari akhir nya, pernah mengajak aku ke Lenggong yang katanya tempat 'permainan' nenek nya Raja Andak Bt Raja Endut yang dipanggil mak, itulah nama yang kerap disebut.

 Semoga roh nya dicucuri rahmat.
Alfatihah.
---------------------------------------------------------------------------

Jalur salasilah keluarga :

Menteri Chegar Galah Syed Mohd Shamsuddin b Syed Abu Bakar Jamalulail (+ Toh Puan Che Tanjong bt Tun Abdullah @ Sri Andika Toh Berolak) ----> OKB Maharaja Diraja Perak Syed Alang Mohd Kechil @ Tok Jawang (+ Che Anjang Irang Bt Wak Tugik Bugis) ---> Syed Ahmad Mentaha @ Toha (+ Long Meriam bt Toh Terosor) ---> Syed Omar (+ Sharifah Zahrah)---> Syed Shamsuddin (+ Siti Janatun)---> Sharifah Hatijah (+ Ngah Muhamad Amin B Che Idris)---> Yong Halimah (+ Raja Endut @ Tengku Bongsu Kenali)---> Raja Andak (+ Abdul Karim b Talib)

***Raja Andak bt Raja Endut (K) Abdul Karim bin Talib ---> Puteri Mariam (K) Syed Ahmad bin Syed Mahmud ---> Syed Mustapha ***

Abdul Karim bin Talib; bapa kandung Abdul Karim ialah Abdul Hamid Bin Hj Abdullah Siak  dan ibu Abdul Hamid adalah Anjang Saripah. Ibu kandung Abdul Karim adalah Wan Long Rafeah

***Raja Andak bt Raja Endut (Tengku Bongsu Kenali) b Tengku Long Muda (Tengku Kota) b Long Yunus (Raja Kelantan) b Long Sulaiman (Wan Anom)




Monday, September 3, 2012

LAT @ SU BIN AWANG

Aku kehilangan satu persatu insan-insan yang rapat dan sejak kecil mengenali mereka. Ada jasa-jasa mereka yang akan aku kenang hingga ke akhir hayat. Che Lat Bin Awang merupakan suami kepada ibu saudara Zainun bt muhammad. Kalaupun tidak ada hubungan perkahwinan, Che Lat masih juga menjadi bapa saudara pupu kepada aku. Malam ini 3 September 2012 beliau telah pergi. Meninggal dunia di hospital besar Kuala Terengganu. Alfatihah