BATU BERSURAT
Bermula dengan sejarah jumpaan Batu Bersurat Terengganu di Kampung Buloh, Hulu Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari pada tahun 1902. Syed Husein al-Bukhari bin Sy Ghulam al-Rasul al-Bukhari bin Ma' Sum bin Muhammad bin Husein bin Ghulam Ahmad bin Tajuddin bin Ghulam Ismail bin Ahmad Jalaluddin bin Mahmud bin Husein bin Salim bin Jamaluddin bin Mahmud bin Yunus bin Ismail bin Husein......bersama cucunya yang bernama Syed Abdul Rahman (Ku Ngah) b Syed Salim (Tuan Muda) b Syed Husein al-Bukhari Batu Bersurat itu dibawa ke Singapura untuk disimpan dan dipamerkan di Muzium Gambar Raffles pada tahun 1923. Pada 3 Februari 1974, sebuah jawatankuasa untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan penubuhan Muzium Negeri telah dibentuk. Pentadbiran Muzium Negeri terletak di bawah kuasa Bahagian Pentadbiran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan usaha pengumpulan bahan bersejarah telah dipergiatkan pada tahun 1979. Pada tahun 1981, seorang kurator telah dil...