ADAKAH KWSP KITA DICURI ?
                                                                                                                          Apakah senyuman mereka ada tanda yang menunjukkan kegusaran kepada duit kita di KWSP??  Pada 23 Jun 2011, KWSP telah membentangkan laporan tahunan kepada  parlimen, mengisytiharkan dividen 5.8% dan menjelaskan bahawa 27%  daripada pelaburan adalah dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM) dan 32%  pula adalah pinjaman dan bon kepada agensi-agensi kerajaan. Satu carta  yang mudah di bawah meringkaskan laporan itu. Dengan dana RM 440,52  bilion, KWSP adalah salah satu daripada dana yang terbesar di dunia dan  mewakili wang simpanan 12 juta pekerja sektor swasta.  Persoalannya adalah mengapa lebih 60% daripada dana KWSP adalah dalam  bentuk pinjaman kepada Kerajaan dan badan-badan Kerajaan? Adakah  Kerajaan Malaysia peminjam yang baik?   Mari kita lihat rekod kewangan Kerajaan BN ....  Berikut adalah ringkasan defisit tahunan Kerajaan. Bajet 2012 akan  menandakan tahun ke...