IMAM JAAFAR SADEQ BAPA ILMUAN YANG DILUPAKAN

Jawatan Khalifah bagaikan barangan yang direbut dan akan dirampas bagi yang mengidamkannya. Tumpah darah juga berterusan dikalangan mereka yang bernafsu besar didalam perebutan kuasa, sepanjang Khurasan ke Syria. Bilamana seorang wakil dari pihak berkuasa tiba di Madinah dengan tawaran jawatan politik kepada Imam Jaafar Ibni Muhammad Al-Sadeq, warisan Nabi SAWW yang sangat dihormati, diriwayatkan beliau dengan tenang membakar surat tawaran yang masih bersampul tutup itu dengan pelita berdekatan yang sedang menyala tanpa membaca kandungannya. Imam Jaafar Sadeq enggan mencampuri pergolakan rebutan jawatan Khalifah itu sama sekali. Apa yang Umayyah dan Abbasiah sedang menonggak bukanlah jawatan yang diberikan kepada Nabi Adam diketika ciptaannya oleh Yang Maha Kuasa dengan Firman Allah bermaksud "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang Khalifah di muka bumi"- Al-Quran 2:30.

Imam Jaafar mempunyai beberapa utusan yang lebih penting untuk dilaksanakan. Dia melibatkan diri nya dalam menggerakkan norma-norma yang membantu manusia dalam memungkinkan menjadi orang-orang Muslim yang sebenar. Maktab nya yang masyhur yang diasaskan oleh datuk nya setengah abad sebelumnya, Imam Ali Zain Al-Abidin yang terselamat dari korban peristiwa Karbala.

Kemuncak Maktab Imam ini dibanjiri lebih 4000 para ulama, skolar serta pelajar-pelajar. Penting diketahui di Maktab Akedemik nya, Imam Jaafar telah melatih para sarjana dan Ahli Sains dengan berbagai bidang ilmu seperti sejarah,teologi, hadis, tafsir, fikah, fizik, kimia dan perubatan. Imam membawa keharmonian dalam tata-tertib dikalangan agama dan sains, tiada kontradiksi diantara agama dan moral begitu juga diantara sembahyang dan sains.

Keilmuan adalah sifat turun temurun keturunan Sang Imam. Sepanjang kehidupannya, dia melakukan berbagai diskusi keatas apapun topik dimuka bumi ini. Jabir Ibnu Hayyan yang terkenal dimasa kurun Pertengahan Eropah yang diiktiraf sebagai Bapa Kimia adalah graduan dari Maktab Imam. Namun warisan terbesar yang ditinggalkannya kepada manusia adalah ilmu pengetahuan dalam undang-undang agama (Fikah). Fiqh Jaafari sebagaimana diketahui tidak seperti mazhab fikah yang lain, ia tidak berasaskan persamaan kias dan riwayat yang dikumpulkan tetapi ianya adalah yang asli dan sahih Sunnah Nabi Suci SAWW yang disampaikan kepada Imam Jaafar Sadeq oleh para Imam nenek moyang nya.

Jaafar Ash-Sadeq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zain Al-Abidin bin Husain Asy-Syahid bin Imam Ali (+ Fatimah Az-Zahra binti Muhammad SAWW)

Malek Ibn Anas , seorang pelajar Imam Jaafar Sadeq dan kemudian memulakan sekolah pengajian nya sendiri yang dikenali hari ini sebagai Mazhab Maliki berkata tentang Imam Jaafar Sadeq ini "tiada seorang pun lebih utama daripada Jaafar Ibn Muhammad dalam kebaikan, keilmuan, ketaqwaan dan kesucian". Abu Hanifa, pengasas Mazhab Sunni Hanafi, berkata tentang Imam Jaafar Sadeq bila mana Khalifah Abbasiah, Mansur memerintah dirinya berdebat dengan keturunan Rasulullah SAWW ini "Bila saya melihat Imam Jaafar Sadeq, saya merasa personaliti nya membuat saya lebih hormat dari Khalifah itu sendiri meskipun dia memerintah dunia Islam dan Imam Jaafar hanyalah seorang rakyat biasa".

Ketakutan Mansur bertambah. Akhirnya Imam Jaafar diracun oleh Khalifah Abbasiah itu. Imam Jaafar dilahirkan pada 17 Rabiul Awwal 83H sama tarikh nya kelahiran moyangnya Muhammad SAWW dan wafat pada 25 Syawwal 148H ketika usianya 65 tahun. Disemadikan diperkuburan Baqi, Madinah berdekatan makam moyang nya dan makam Imam Hasan Al-Mujtaba.

Imam Jaafar Sadeq tinggal bersama datuknya Imam Ali Zain Al-Abidin selama 12 tahun. Selepas wafat datuk nya, beliau terus tinggal bersama bapa nya Imam Muhammad Baqir selama 19 tahun. Imam Sadeq dihargai kerana banyaknya meriwayat hadis berbanding ahlul bait-ahlul bait yang lain. Lebih 4000 periwayat hadis terkenal mengasaskan ajaran hadis mereka dari ajaran-ajaran Imam Sadeq.

Dalam masa pertengahan pertama abad hijrah ke-2, ketika itulah Fiqah Islam muncul sebagaimana kita lihat nya hari ini dan berkembang. Tetapi Imam Jaafar Sadeq mengambil sumber-sumber dalam keilmuan Fikah dengan cara periwayatan hadis melalui rantai periwayat-periwayat bermula dari bapa nya Imam Baqir yang meriwayat dari bapanya Imam Ali Zain Al-Abidin, yang dari bapanya Imam Husain Ibn Ali dan yang dari bapa nya Imam Ali Ibn Abi Talib dan yang dari Nabi Islam Muhammad Ibn Abdullah SAWW.

Imam Jaafar Sadeq juga dikenali sebagai Imam Rohani bagi pengikut-pengikut Ilmu Tasauf dan Sufi di Nusantara. Didalam Faham Wahdatul Ujud nama Imam ini nyata terkait. Pasti Imam Jaafar Sadeq bukan nama asing didalam pengajaran Ilmu Hakikat. Beliau adalah Bapa Ilmuan yang saya kira begitu terpinggir di dunia Fikah Sunni. Jasa nya kepada ilmu pengetahuan tidak ternilai, beliau lah sebenar-benar bapa Sains dan matematik yang mana ada karya-karyanya tersimpan rahsia di Universiti-universiti tua didunia barat.

Popular posts from this blog

SHAMSUDDIN PASAI

KITAB BARENCONG BHG 11

KITAB BARENCONG BHG 3