HURUF NURANIYYAH

Ulama’ membahagikan huruf-huruf hijaiyyah kepada 2 jenis huruf iaitu Huruf Nuraniyyah(gemerlapan/kilauan) dan Huruf Zulmaniyyah(kegelapan/kesuraman). Huruf Nuraniyyah sebanyak 14 huruf iaitu Sod, Ra’, Alif, Tho’, ‘Ain, Lam, Ya’, Ha, Qaf, Nun, Mim, Sin, Kaf dan Ha’. Manakala baki 14 huruf lagi merupakan huruf-huruf Zulmaniyyah.

Huraian untuk susunan huruf-huruf berikut :
Kaf- Ha'- Ya- 'Ain- Shod
Ha- Miim- 'Ain- Sin- Qaf

Huruf Kaf : Rahsia nya terbuka tabir.

Huruf Kaf ini bermakna kamalan. Kata kamalan berasal dari kata kamila-yakmalu-kamalan. Pada surah Al-Maidah 5:3, didalamnya terdapat kata berhuruf Kaf,Miim dan Lam. Firman Allah : Pada hari ini akmaltu (Aku sempurnakan) untuk kamu agama mu dan telah Aku cukupkan kepada mu nikmat Ku dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagi mu. Menariknya ayat ini diturunkan pada saat umat Islam merayakan Aidil Adha/Hari Raya Haji.

Huruf Ha' : Rahsia nya bermaksud Jiwa Keillahian yang keluar dari paru-paru sebagai ungkapan tasbih dan tahmid yang dia yakini bahawa dirinya dari Dia Al-Huwa, bermula diatas Al-Huwa dan berakhir pada Al-Huwa.

Huruf Ha' ini bermakna hidayatan. Kata akar terdiri dari huruf Ha',Dal dan Ya. Maknanya berkisar pada dua hal. Pertama, Tampil kedepan memberi petunjuk, dari sini lahir kata hadiy yang bermakna penunjuk jalan kerana ia tampil kedepan. Kedua, menyampai dengan lemah lembut. Dari sini lahir kata hadiah yang bererti penyampaian sesuatu dengan lemah lembut. Pengantin perempuan dinamai al-hadiyu kerana keluarga menghantarnya kepada suami dengan lemah lembut. Dari akar kata yang sama juga lahir kata al-hadiyu ialah 'ternakan' yang dipersembahkan ke Kaabah sebagai tanda pendekatan diri kepada Allah dan untuk memohon kasih sayang Nya.

Huruf Ya : Rahsia nya Hati Rasulullah yakni hati yang mampu untuk menampung seluruh isi alam.

Huruf Ya bermakna Yaqinan ertinya keyakinan. Yakin adalah sifat ilmu diatas makrifat.

Huruf 'Ain : Rahsia nya Hakikat Ujud. Ia asal segala yang ada.

Huruf 'Ain bermakna 'Ilman. Kata 'ilman berasal dari kata 'alima-ya'lamu-'ilman. Ilmu bererti menjangkau sesuatu sesuai dengan keadaannya yang sebenar. Bahasa Arab menggunakan semua kata yang tersusun dari huruf-huruf 'Ain, Lam dan Miim dalam berbagai bentuknya untuk menggambar kan sesuatu dengan jelas sehingga tidak menimbulkan keraguan. Allah SWT dinamai 'Alim kerana pengetahuan Nya yang amat jelas sehingga terungkap segala-gala.

Huruf Shod : Rahsia nya keteguhan ilmu Arifbillah.

Huruf Shod bermakna Shabran. Kata Shabran berasal dari kata shabara-yashbiru-shabran yang maknanya adalah kesabaran. Firman Allah : Mereka itulah orang-orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan salam didalamnya.

Huruf Ha : Rahsia nya pengisian alam dengan keindahan.

Huruf Ha bermakna Hikmatan. Kata yang menggunakan huruf Ha,Kaf dan Miim ini berkisar maknanya pada 'menghalangi'. Memilih perbuatan terbaik dari dua hal yang buruk pun dinamai hikmah dan pelaku nya dinamai hakim (bijaksana). Siapa yang tepat dalam penilaian dan dalam pengaturan nya, dialah yang hakim.

Firman Allah : Allah menganugerahkan alhikmah. Dan barangsiapa yang dianugerahkan al-hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak dan hanya orang-orang yang berakal sajalah yang dapat mengambil pelajaran. (Al-Baqarah 2:269)

Huruf Miim : Rahsia Tauhid. Rahsia nya damai.

Huruf Miim bermakna maghfiratan. Kata maghfiratan berasal dari kata ghafara-yaghfiru-ghafran-ghufranan-maghfiratan. Kata ghafara bererti menutupi sesuatu dan mengampuni dosa, yakni penutupan dosa-dosa kerana kemurahan dan anugerah Allah.

Huruf Miim juga bermakna mata'an yang maknanya kesenangan.

Huruf 'Ain : rahsia nya hakikat ujud.

Huruf 'Ain juga bermakna 'Afwan. Kata ini berasal dari kata 'afa-ya'fu-'afwan. Kata yang terdiri dari huruf 'ain,fa'dan wauw. Dari sini lahir kata 'afwu yang juga diertikan menutupi, bahkan dari rangkaian tiga huruf ini juga lahir makna terhapus atau habis tiada berbekas.

Huruf Sin : Rahsia nya Allah diatas arasy ujud.

Huruf Sin bermakna salamatan. Kata salamatan berasal dari kata salima-yaslamu-salamatan, yang maknanya keselamatan. Terdiri dari huruf sin,lam dan miim maknanya berkisar kepada keselamatan dan keterhindaran dari segala yang tercela. Allah memberi salam kepada hamba-hamba nya disurga kelak. Surah Yaasin 36:58 : Salam sebagai ucapan dari Tuhan Yang Maha Pengasih.

Huruf Sin juga bermakna sa'adatan yang berasal dari kata sa'ida-yas'adu-sa'adatan yang bermakna kebahagian dan keberuntungan.

Huruf Qaf : Rahsia nya penerimaan curahan keyakinan.

Huruf Qaf bermakna qurban. Qurban berasal dari kata qaruba-yaqrubu-qurban-qurbanan yang bermakna kedekatan.

Huruf Qaf bermakna qana'atan. Berasal dari qani'a-yaqna'u-qana'an-qana'atan yang secara bahasa bermakna rela atau suka menerima yang dibagikan kepadanya.

Popular posts from this blog

SHAMSUDDIN PASAI

KITAB BARENCONG BHG 11

KITAB BARENCONG BHG 3