BATU BERSURAT

Bermula dengan sejarah jumpaan Batu Bersurat Terengganu di Kampung Buloh, Hulu Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari pada tahun 1902.


Syed Husein al-Bukhari bin Sy Ghulam al-Rasul al-Bukhari bin Ma' Sum bin Muhammad bin Husein bin Ghulam Ahmad bin Tajuddin bin Ghulam Ismail bin Ahmad Jalaluddin bin Mahmud bin Husein bin Salim bin Jamaluddin bin Mahmud bin Yunus bin Ismail bin Husein......bersama cucunya yang bernama Syed Abdul Rahman (Ku Ngah) b Syed Salim (Tuan Muda) b Syed Husein al-Bukhari

Batu Bersurat itu dibawa ke Singapura untuk disimpan dan dipamerkan di Muzium Gambar Raffles pada tahun 1923. Pada 3 Februari 1974, sebuah jawatankuasa untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan penubuhan Muzium Negeri telah dibentuk.

Pentadbiran Muzium Negeri terletak di bawah kuasa Bahagian Pentadbiran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan usaha pengumpulan bahan bersejarah telah dipergiatkan pada tahun 1979. Pada tahun 1981, seorang kurator telah dilantik untuk menerajui Muzium Negeri. Manakala menjelang tahun 1985, jawatan ini telah ditingkatkan kepada jawatan Pengarah.
Julai 1992, Batu Bersurat telah diserahkan kembali kepada Kerajaan Negeri Terengganu dari Muzium Negara. Pada bulan April 1994, segala urusan pentadbiran, pengurusan dan pameran telah berpindah ke ‘ rumah baru ‘, iaitu Kompleks Muzium Negeri Terengganu yang terletak di kawasan seluas 27 hektar di Kg. Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu.

Batu Bersurat Terengganu (1334 Tahun Masehi)


Pada tahun 1899, sebuah Batu bersurat didalam tulisan Jawi ditemui separuh tenggelam ditebing Sungai Tersat, Kuala Berang di Hulu Terengganu. Ianya ditemui setelah banjir surut.
Terpahat diBatu bersurat ini ayat seperti berikut:

"Juma'at di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua".

Ayat ini menerangkan batu bersurat ini dipahat selepas 702 tahun dari tarikh Nabi Allah Muhammad wafat. Secara kiraan bolehlah kita rumuskan dengan mencampurkan 702+632=1334 tahun masehi.

Kandungan batu bersurat secara terjemahan terus adalah seperti berikut:

Muka pertama:

RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.

Muka kedua:

Keluarga di Benua jauh kan
Datang berikan.keempat orang berpiutang.
Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas.
Kelima derma barang orang....(mar)dika.
Jangan mengmbil tugas buat temasnya.
Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang.
Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah.
Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.
Seratus ratun jika merdeka beristeri.
Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan.
Pinggang dihambalang dengan batu matikan.
Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika.....

Muka ketiga:

Bujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia.........

Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil....
Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang).....
Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak..........
Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara..............

Muka keempat:

..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.
..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya.
..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak.
..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya.
...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.



Popular posts from this blog

KITAB BARENCONG BHG 11

SHAMSUDDIN PASAI

KITAB BARENCONG BHG 3