Tuesday, June 12, 2018

RE-UNION KERABAT DATO' BALAI TERENGGANU


Dengan penuh syukur, akhir nya perhimpunan kerabat2 Datuk Balai Terengganu akan terlaksana.

Aku bermula dengan tulisan berkenaan Dato Balai hanya untuk mencari jawapan siapakah gerangan Dato Balai Che Umat. Bagi aku mesti ada keistimewaan yang ada pada diri Dato Balai Che Umat sehingga diperjodohkan dengan Wan Kalthum iaitu anak kepada Wan Abd Kadir B Wan Abd Rahim yg lebih dikenali Tok Syeikh Wan Bukit Bayas.

Terima kasih kepada ibu saudara ku Zainun Bt Muhamad B Ibrahim B Dato Balai Che Umat kerana telah menceritakan berkenaan Wan Kalthum juga menceritakan berkenaan dengan gelaran Dato Penghulu Balai ini. Kalau tidak kerana cerita beliau, aku masih terfikir kenapa keluarga2 lain selain keluarga Dato Balai Salim B Dato Balai Che Umat masih juga dikenali sebagai keluarga Dato Balai. Rupa2 nya gelar ini gelaran yang titis menitis generasi ke generasi, Dato Balai Salim adalah Dato Balai Terengganu yg terakhir dan gelaran itu dibiarkan kosong sehingga sekarang.

Keturunan ini adalah keturunan Che Bugis Kembayat. Arwah Tokki, Muhammad B Ibrahim B Dato Balai Che Umat menyebut keturunan ini sebagai 'Che Original'. Dahulu nya kenapa pembesar2 istana Terengganu ramai dari kalangan orang bugis adalah kerana mereka adalah kerabat2 dari istana Riau.

Akhir nya blog karami-suaraku, dapat juga memain peranan kecil nya sehingga dapat menjalin kan ikatan silaturahim keluarga Dato Balai Terengganu.

Selamat ber Re-union.