Thursday, May 11, 2017

Tak berhuruf, tak bersuara

Panggilan tak bersuara tapi mencengkam
Tak bersentuh tapi amat terasa
Renungan yang penuh makna
Mata satu yang hilang akal
Bukan mata satu bermakna dajjal
Makna sebagaimana biasa difahami orang

Panggilan tak bersuara memanggil
Keperhentian awal tatkala akhir
Keperhentian mati sebelum mati
Keperhentian kesaksian
Keperhentian orang orang shahid
Berkorban demi mursyid nya
Ketahui mati sebelum mati
Maka ketahui juga
...nikmat ke Rahmatullah sebelum mati

Bergetar rasa diri
 Mendengar suara ghaib
Seolah Jibrail menjelma di Gua Hira
Menyuruh ku menjadi perkasa
 Menjadi seperti Musa membelah lautan
Pasti...aku tidak boleh lemah

(bersambung..)

***Jangan cuba menafsir, kerana ia sajak yang syok sendiri, kamu tidak akan faham....daripada  berpinar2 mata pening memikir, pegang lah apa saja yg kamu ada...