Sunday, April 30, 2017

Beleber dalam hati

Mata masih cerah...semakin berumur, TV bukan pilihan...dah jarang menghabis masa didepan TV. Semakin berumur, ingin menghabis dan mengawal masa mengikut cara aku. Sudah bosan dengan kerjaya aku yg selama ini masa ku byk dikawal oleh pelanggan. Aku ingin bebas ke mana2 tanpa yang bertanya aku nak kemana. Semakin berumur, aku sepatutnya semakin matang dalam buat pilihan. Pilihan yang mesti dibuat ialah pilihan yang memerdekakan diri, tidak pilihan yang memenjarakan diri . Pernah seketika lama dulu, terpaksa ke ofis semata2 memenuhi permintaan pelanggan untuk membeli satu lot saham yang nilai nya tak sampai seribu, terpaksa meredah 'jammed' kerana tanggungjawab dalam memenuhi kehendak pelanggan tersebut. Ada masa, terfikir ingin melupuskan lesen wakil peniaga kerana tidak lagi mau pergerakan dan masa aku dikawal.

Dua tiga hari lepas, berwhatsapp dengan seorang sahabat. Seorang Guru memerlukan wang untuk pembedahan. Spontan dari aku bertanya, dimana murid2 guru itu. Sepatut sumbangan murid2 mesti dikumpul dulu, baki yang tidak cukup baru lah dicari melalui saluran lain. Kataku lagi..murid2 skrg banyak yang menipu diri. Dimulut mereka berkata...mahal buah guru, mahal ilmu guru itu. Bila guru dalam keadaan terdesak, rupa nya nilai duit lagi mahal dari mahal nya buah dan guru mereka . Berdusta pada diri adalah sebesar2 dusta. Ada guru ditinggal keseorangan dalam keadaan susah.

Nak tidur dulu...