Monday, February 27, 2017

KE KUALA ROMPIN LAGI

Ringkas nya
25/2/17 bersama seorang sahabat telah ke Kuala Rompin. Tujuan Utama bertemu dengan Guru Tua dan 'Guru Muda' Lian Kwantung di Kg Gading. 26/2/17 sebelum balik ke KL, sempat buat pertama kali menziarahi dan berkenalan dengan Pok Sin Guru Silat Berok. Silat Berok dinamakan untuk menutup dam merahsiakan nama sebenar silat tersebut iaitu Silat Umar Umayyah. Walaupun uzur, sempat Pok Sin berdiri dan berjalan bulat dgn aku dengan menunjuk kan beberapa buah dari Silat Berok ini....fuhhhhh mmg unik. 

Pok Sin-----> Lebai Yaakob-----> Habib Bucu

Selepas Pok Sin mungkin silat ini akan pupus sekira tiada yg bersungguh sungguh untuk mewarisi nya. Sayang, kiranya silat yang se unik ini bertemu titik noktah.