Thursday, November 24, 2016

ZURIAT TENGKU EMBONG TERENGGANU DI KODIANG, KEDAH

Satu ketika dulu, aku ke Jitra menjejak satu nama yg diberitau oleh arwah Abah, Tengku Ayub (cucu kepada TET). Malang, pencarian aku gagal. Cerita dari arwah nenek dan arwah Abah ketika aku kecil dan remaja telah memberi aku satu azam untuk mencari keturunan Tengku Embong 'Tuli' di Kedah.......Dicerita kan Tengku Embong dititah lari selepas menampar seorang hakim. Tengku Embong lari bersama seorang 'budak suruhan'. Pada mula nya, tempat yang dituju adalah Pangkor.

'Pencarian' aku yang berpuluh tahun itu akhir nya menemui jawapan. Bukan Jitra tempat nya tetapi Kodiang. Tengku Embong 'Tuli' dikenali sebagai Tengku Embong 'Mata Merah' di Kedah. Berkahwin dengan Tengku Peah (Orang Kedah). Zuriat nya di Kedah, Tengku Saad, Tengku Lijah dan seorang lagi meninggal ketika kecil.

Bagaimana keluarga Tengku Embong Tuli di Trengganu dapat mengetahui ada zuriat TET di Kedah? Dihujung umur Tengku Embong Tuli, beliau balik dan meninggal dunia di Trengganu. Pusara nya di Kampung Titian Baru, Kedai Buluh (dulu nya disebut Ngadang Buluh). Pusara itu terletak dikawasan tanah perkuburan berdepan rumah Arwah Tuan Nik bt Tuan Chik  (adik bongsu kepada arwah datuk), Semasa pembahagian pusaka TET , keluarga di Trengganu baru tau bahawa mereka ada saudara mara di Kedah.

Sekarang (23/11/16) dengan rasa syukur, diperingkat cicit kepada TET, aku dapat berhubung semula dengan waris warah di Kodiang. (bersambung)