Thursday, November 24, 2016

ZURIAT TENGKU EMBONG (TET) TERENGGANU DI KODIANG, KEDAH

Satu ketika dulu, aku ke Jitra menjejak satu nama, Tengku Ayub (cucu kepada TET). Malang, pencarian rambang aku gagal. Cerita ketika aku kecil dan remaja telah memberi aku satu tekad untuk mencari keturunan Tengku Embong 'Tuli'(TET) di Kedah.......Dicerita kan Tengku Embong dititah lari selepas menampar seorang hakim kerana tidak sabar menunggu perbicaraannya yg sentiasa ditangguh. Tengku Embong lari bersama seorang 'budak suruhan'. Ada 2 versi cerita, ada cerita TET dititah lari dari Trengganu dan ada cerita TET dibuang negeri. Pada mula nya, tempat yang dituju adalah Pangkor.

'Pencarian' aku yang berbelas tahun itu akhir nya menemui jawapan. Bukan Jitra tempat nya tetapi di Kg Pering, Kodiang. Tengku Embong 'Tuli' dikenali sebagai Tengku Embong 'Mata Merah' di Kedah. Berkahwin dengan Tengku Peah (Orang Kedah). Zuriat nya di Kedah, Tengku Saad, Tengku Lijah dan seorang lagi meninggal ketika kecil.

Bagaimana keluarga Tengku Embong Tuli di Trengganu dapat mengetahui ada zuriat TET di Kedah? Dihujung umur Tengku Embong Tuli, beliau balik dan meninggal dunia di Trengganu. Pusara nya di Kampung Titian Baru, Kedai Buluh (dulu nya disebut Ngadang Buluh). Pusara itu terletak dikawasan kecil tanah perkuburan keluarga berdepan rumah Arwah Tuan Nik Bt Tuan Chik  . Semasa pembahagian pusaka AlSultan hasil dari penjualan sebidang tanah ...Bahagian kepunyaan TET mesti dibahagi , ketika itu keluarga di Trengganu buat pertama kali bersua muka dengan saudara mara di Kedah. Pembahagian pusaka itu telah dibuat di Dalam Kota ketika itu.

Ayahanda Tengku Embong  (atau digelar Tengku Embong Tuli, panggilan dalam kalangan keluarga) ialah Tengku Wok ibni Sultan Zainal Abidin III. Putera yang paling tua yang meninggal dunia ketika usia muda dan meninggal terlebih dulu dari ayahanda nya. Apa alasan dan sebab nama itu tiada atau dipadam atau disorok daripada salasilah keluarga tidaklah diketahui.

Sultan Zainal Abidin III---> Tengku Wok---> Tengku Embong

Tengku Embong 1.0
Anak-anak:
Tengku Selama 1.1
Tengku Dalam 1.2
Tengku Saad 1.3
Tengku Lijah 1.4
Tengku Muda 1.5

(1.1 dan 1.2 bersama  isteri Cik Wook, 1.3 dan 1.4 bersama isteri Tengku Peah, 1.5 bersama isteri CikEmbong)

Tengku Selama 1.1
Anak-anak:
Tengku Mohd 1.11
Tengku Alias 1.12
Tengku Abd Rahman @ Tg Salim 1.13
Fatimah 1.14

Tengku Saad 1.3
Anak-anak:
Tengku Ayub 1.31
Tengku Esah 1.32
Tengku Embon 1.33