Tuesday, October 18, 2016

TELANJANG

Dalam lapisan agama kuno, kebersatuan seksual diterima sebagai simbol kebersatuan spiritual. Dalam puisi Rumi, penyatuan telanjang difahami sebagaimana difahami dari ayahnya Bahaudin Walad sebagai keintiman antara Allah dan jiwa yang merujuk pada eksplisit hubungan antara suami dan isteri. Mistisisme Pengantin adalah bait  Rumi yang mengatakan bahawa tidak ada pensucian (wudhu) yang diperlukan setelah kebersatuan jiwa. Kebersatuan hasil dari Cinta.

Cinta bagi para teolog normatif adalah cinta pada ketaqwaan bukan ekspresi seperti bersatu dengan Dzat yang Esa. Mereka menolak kerana pasti syariat tidak dipatuhi lagi. Mereka menolak 'cinta dari kemabukan suci' ini kerana akan menyebabkan kehilangan identiti personal konon nya jiwa penuh dengan kehendak spiritual dan batas-batas ketetapan hukum terhakis dan tidak ada lagi.

Menyebut tentang telanjang..... teringat aku 10 tahun yang lalu aku diperkenalkan kepada AL (teka lah...seorang pengarang kitab yang diharam kan) disebuah restoran mamak di Sri Damansara. Duduk semeja bersama dengan 3-4 orang lagi murid nya. Kedatangan aku bukan untuk berguru tetapi dengan niat mencari kebersamaan kefahaman. Ketika asyik bersembang datanglah seorang anak muda bermotosikal, tidak silap aku mereka menyebut 'anak buah Pok Long Kg Pandan, Kuantan'..... anak muda itu berseloroh "nak kenal Tuhan, kena telanjang". Suasana senyap sekejap tanpa memberi respon kepada kenyataan anak muda itu.

Tiada apa-apa rahsia dikongsi kan di malam itu, mungkin kerana aku adalah kenalan baru yang baru pertama kali berjumpa. Hati aku masih belum puas dan dicuba lagi dengan berSMS. Kali ini aku cuba berSMS dengan satu ayat yang dipetik dari buku karangan Khan Sahib Khaja Khan berkenaan dengan wudhu. SMS jawapan diterima dan jawaban nya juga seperti didalam buku tersebut...jawapan yang masih tidak memenuhi kehendak ku. Mungkin AL memikir aku ingin menguji nya, aku terima lagi SMS dari nya , bertubi2 dengan kata (atau nasihat, aku konfius) yang pedas. Bila dihubungi, panggilan aku tidak dijawap. Itulah penghujung dari perkenalan yang amat singkat dengan AL....hihihi Maaf, dari ingin kaitkan sedikit pengalaman diri dengan perkataan telanjang, terus melalut hingga ke nama AL.

Pengalaman itu mengajar aku..apa pun bidang, bila kita sudah berada disinggahsana egois, akan mudah terasa diri tercabar.....kenal lah diri bagi ku ada lah telanjang kan diri.

Aku suka pada ayat ini....Metafora bagi ahli mistik adalah merupa jambatan menuju realitas. Kiasan/metafora ini terbuka untuk di kupas...ya terbuka kpd sesiapa, kerana ia bukan milik sesiapa...taksub akan menjadikan ia milik seseorang.