Monday, January 25, 2016

AKU (SAJAK LAMA)

Semalam (24/1/16) terjumpa kertas lama dicelah album gambar. Tersenyum sendiri. Aku masih muda dan masih bujang ketika itu. Dapat aku rasa, terkapai, tercari-cari...bila membaca sajak itu skrg , dapat aku bayang diri aku kerana sajak ini masih dipenuhi dengan serba salah, tertanya2, tak tau punca.....terlalu muda ketika ini. Tiada yang memaksa , mungkin darah yg mengalir. Pernah semalaman tidak boleh tidur kerana kandungan isi kitab yg dibaca berputar didalam kepala, tidak mampu untuk menghurai....nasib diri ku baik tidak masuk ke 'wad besi' hihihi. Tulisan ini aku kira banyak pengaruh2 dari bacaan ku. Ketika ini, Hamzah Fansuri, Shamsuddin Pasai, Hallaj, Ibn Arabi, Rumi, Asy Syibli, Junaid ialah nama2 yang sentiasa ku cari buku nya.. Pernah aku melontar kan pandangan peribadi ku, aku tidak suka akan sosok diri Aljunaid kerana bagi ku tiada semangat setiakawan, tidak membela AlHallaj hihihi...darah muda!