Posts

Showing posts from October, 2013

ASAL-USUL MELAYU?

MELAKA, 1 Okt (Bernama) -- Kajian sekumpulan penyelidik sejarah mendapati bangsa Melayu berasal dari Timur Tengah berbanding teori sebelum ini yang menyebut bangsa itu berasal dari Yunan. Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kajian 20 tahun itu dilakukan Felo Penyelidik Utama dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abd Rahman; Pensyarah Fakulti Pengajian dan Pengurusan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Prof Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dan Pengerusi Suara Pribumi Zaharah Sulaiman. Beliau berkata penemuan berkenaan disokong bukti saintifik sekaligus menyanggah penemuan sejarah terdahulu. "Dari segi genetik daripada kajian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan, DNA kita tidak sama dari negara di utara khususnya dari Yunan, DNA orang Melayu ini sama dengan orang Timur Tengah. "Kajian ini penting kerana DNA menentukan keturunan dan asal usu