Wednesday, September 4, 2013

DZIKIR


  • Dzikir Syariat : “La Ilaha Illallah” diucapkan berulang2 dgn lisan sampai masuk kedalam hati sehingga lisan/mulut tak berucap lagi, rahasia dzikir ini terdiri dari 12 huruf yg sama maknanya dengan Waktu 12 jam, dzikir ini selalu dikumandangkan oleh para malaikat bumi (Malaikatul Ahyar) ketika ALLAH SWT menciptakan setiap makhlukNYA di muka bumi.
  • Dzikir Tarekat : “ALLAH”ALLAH”ALLAH” diucapkan berulang2 di dalam hati saja dengan pengosongan pikiran fana (hampa) lalu fokus pada nama tadi sehingga nama ALLAH tadi membuat & menciptakan alam bayangan hidup  didepan mata anda sendiri, jangan kaget & takut oleh fenomena tersebut karena para jin syetan selalu mengintai anda tetapi berlindunglah Kepada ALLAH SWT yang Maha Menjaga Orang Beriman dgn ayat & doa : audzu billahi minas syathanir rajim…………… La ilaha illallah anta subhanaka inni kuntu minaz zhalimin……….lalu lafazkan… ALLAHU SALAMUN HAFIZHUN WALIYYUN WA MUHAIMIN ( Allah Yang Maha sejahtera, Maha Memelihara, Maha Melindungi lagi Maha Menjaga Hambanya yg beriman).
  • Dzikir Hakikat : “HU”HU”HU (DIA ALLAH) diucapkan dalam hati saja dengan keadaan fana (hampa) melalui perantaraan tarikan Nafas ke dalam sampai ke perut, usahakan perut tetap keras biarpun nafas telah keluar, dalam bahasa ilmu tenaga dalam ini adalah metode pemusatan power lahiriah dari perut, dalam istilah cina yin & yang ini adalah penyembuhan/pengobatan pada diri secara bathiniah dan kesemuanya itu benar adanya karena pusat perut adalah sumber daya energi kekuatan manusia secara lahiriah & bathiniah serta secara hakikat dzikir”HU” sebenarnaya tempatnya pada pusat perut dengan perantaraan cahaya nafas yg sangat berharga pada manusia.
  • Dzikir Ma’rifat : ” HU”AH”-”HU”AH”-HU”AH” atau HU-WAH” (Dia ALLAH Bersamaku”) sebenarnya bunyi dzikir ini sudah perpaduan antara hakikat & ma’rifat, dzikir tersebut dilantunkan dalam hati saja dengan gerakan nafas “HU” masuk kedalam “AH” keluar nafas, pada para sufi (wali Allah) ini adalah dzikir kenikmatan, kecintaan ( Mahabbatullah) yang sangat luas faedah hidayahnya & karomahnya sehinngga dapat menyingkap tabir rahasia2 Allah Swt pada gerakan kehidupan ini.
  • Dzikir rahasia  ma’rifat : ” Hu”wallahu Ahad (Allah Maha Tunggal) 
  • (copy n paste
     
     Makrifah berasal dari kata 'arafa-yurif, memiliki berbagai makna yang lahir dari padanya, antara lain, mengetahui dan mengenal lebih dalam (i'rfah), pengakuan dosa (i'tiraf), wukuf di Arafah ('arrafah al-hujjaj), Padang Arafah ('arafat), tempat antara surga dan neraka (a'raf), bersetubuh ('arafah al-ma'ah), saling mengenal satu sama lain (ta'aruf), warisan tradisi lama yang positif ('urf), terkenal, masyhur (ma'ruf), ilmu pengetahuan luas (ma'arif), dan pengetahuan yang mendalam dan komprehensif ('irfan/ma'rifah). Dari segi kebahasaan dapat dipahami makna makrifat memiliki konotasi lebih tinggi dan agung (hudhuri).
     
    Hu (Sufisme) Daripada Wikipedia :  
    Hu atau Huwa adalah nama Allah dalam Sufisme. Secara harfiahnya bererti "Dia". [1] Dalam Sufisme Hu adalah istilah lain yang digunakan untuk Allah, dan digunakan sebagai nama Allah. Allah Hu bererti "Allah, satu-satunya Dia!" Dalam bahasa Arab, Hu sebagai tambahan intensif untuk perkataan Allah, sehingga Allah Hu bererti "Allah itu sendiri." Hu juga ditemukan dalam lafaz Islam La Ilaha Ilallah Hu: "Tidak ada Tuhan kecuali Allah," atau dalam intepretasi Sufi "Tidak ada kenyataan, kecuali Allah." [2]
     
    *** Zikir adalah kata puji tiada yang lain puji muhammad kpd kekasih atau puji allah pada kekasih nya. Zikir sir adalah zikir rahsia. Bila dikata rahsia, juga tempat berzikir juga semesti nya rahsia (fahamilah). Zikir rahsia berbunyi AH. AH adalah gabungan antara huruf alif dan haa (apakah hakikat alif dan haa?). Sifat dan laku alif adalah atas, bawah dan didepan. Tidak ada alif dibelakang. Alif diatas berbunyi A, alif dibawah berbunyi I, alif didepan berbunyi U. Sementara haa hanya bersifat didepan (tiada dalam zikir disebut ha atau hi hanya hu, kerana tiada bersifat diatas atau dibawah. Haa didepan berbunyi HU bersesuaian kedudukan Haa hanya didepan walau apapun kedudukan alif samada didepan, atas atau dibawah). Fahami lah dengan kiasan. Ada yg berzikir dengan A,I,U (ada amalan AH, IH, UH dalam ilmu perapuh) atau HU, tetapi yang sebenar-benar zikir sir adalah AH kerana zikir ini pada hakikat nya digelar zikir perkamilan allah dan muhammad di sidratul muntaha. Pada AH berada makam fana dan baqa,cari dan gali lah! Kalau tidak kerana makrifat, tidak bersama Alif dan Haa menjadi AH ***. 
     

Monday, July 26, 2010


CINTA

Cinta Illahi adalah Asyik. Bagaimana dengan Cinta Insani? Apa pun kedua-dua nya tetap dari kata Cinta. Sipencinta akan merasa kerinduan yang teramat didalam cinta yang mempunyai erti suatu tanda yang menggirangkan (Bahjah). Ibn Arabi menjelaskan didalam Futuhat Al-Makkiyah "Jika engkau mencintai suatu wujud kerana keindahannya,engkau tak lain mencintai Allah,kerana Dia adalah satu-satu nya Wujud yang Indah". Hakikat sebenarnya Cinta adalah hubungan yang mengakibatkan ketenangan iaitu setelah kembali 'ketanahair-negeri asal nya'. Al-Haqq adalah tempat kembali bagi Haqq dan tidak yang lain Haqq itu sendiri. Apakah maksud dengan 'ketanahair-negeri asalnya' itu adalah Al-Haqq?

Syahwat adalah punca untuk kembali ke 'asal mula' iaitu menutupi 'kekosongan' dan memadati 'lubang' kerana mustahil membiarkannya 'kosong'. Ada yang terkapai-kapai mencari 'martabat kosong'. Apakah 'martabat kosong'? Dimanakah ia? Martabat kosong tidak sama dengan martabat hampa. Berpegang kepada martabat hampa maka amat jauh untuk mencari Tuhan nya. Ada faham yang mengatakan Allah adalah kekosongan, tapi kosong bukan zatNya akan tetapi sifatNya. Juga ada faham yang menyebut La Ta'yun itu adalah martabat sepi.

Keadaan atau kewujudan Al-Haqq bergantung pada hubungannya dengan Haqq. Al-Haqq mewakili dan mempersembahkan aspek anugerah Tuhan. Dibiarkan Al-Haqq kosong bermakna tiada pengenalan untuk nya kerana Al-Haqq berhenti mewujud.

Syahwat merupakan Hijab. Hijab disini bukan seperti difahami oleh orang awam. Hijab bermaksud Kenal sebagaimana terkandung dalam khalimah 'kenal diri akan kenal Tuhan'. Apa pula maksud kenal disitu? Satu kemestian mengetahui maksud tersebut kerana ianya asas (basic) kepada ilmu mengenal. Kalau asas sudah terkapai bagaimana mahu menyelam keintinya.

'Pernikahan' bakal menenangkan agar terbuka hijab yang dimaksudkan. 'Pernikahan'ini cermin seolah berada diatas gambar yang saling menghadap dengan seluruh bahagian-bahagian yang bersifat jasmani yang sama antara satu dengan yang lainnya. Hijab juga bermaksud Dinding Jalal. Inilah tempat tajalli.