Wednesday, August 14, 2013

TANAH PERKUBURAN KG. SEBERANG TUAN CHIK


















Makam Moyang, Tuan Chik Bin Tuan Tengah
Penghulu Mukim Kuala Nerus.

Pada hari raya ke 3, terbuka hati untuk menziarahi Tanah Perkuburan kampung asal keluarga di kampung Seberang Tuan Chik (Seberang Bukit Tumbuh). Pertama kali ke situ bersama adik aku Syed AlHafidz. Tanah perkuburan tersebut berbukit yang terletak di belakang Surau Kg. Seberang Tuan Chik. Sekira nya tiada tanda nama, pasti aku akan tertanya2 kubur siapa. Tanda nama masih baru, aku kira itu hasil usaha Almarhum Ayoh Ko (Syed Abu Bakar AlKhirid @ Tuan Padang) ketika masih hidup. Batu nesan hanyalah ketulan batu sungai.

Dipuncak bukit terletak makam moyang Tuan Chik Bin Tengah juga makam Tuan Sembok (Syed Ahmad AlKhirid) dan isteri nya Tuan Kembang.