Sunday, May 5, 2013

HARI MENGUNDI PRU 13, 5 MEI 2013

Aku ke pusat pengundian di Sek Keb Pandan Indah. Menakjubkan barisan ke bilik 8 begitu panjang, Bilik 8 untuk pengundi2 muda. Hari ini hari rakyat membuat keputusan. Masing-masing mempunyai satu harapan untuk menjadi kan Malaysia lebih baik. Bagi aku, isu hutang negara menjadi kebimbangan. Dianggar kan hutang kerajaan dan swasta melebihi RM700 bil, salah memilih dan salah memberi mandat, aku pasti hutang melebihi RM1 trillion dalam masa 5 tahun mendatang. Aku tak mau anak-anak aku menghadapi apa yang rakyat Portugal dan Sepanyol hadapi sekarang. Kadar pengangguran di Portugal 20% dari jumlah penduduk, sementara di Sepanyol 27%. Rasuah, boros dan tiris adalah pemyumbang yang amat besar kepada hutang negara tersebut...Selamat Mengundi!!!!


                                                                  Ke pusat mengundi



 Dakwat kekal pada jari aku???