Saturday, May 25, 2013

AYAT DAN MENTERA 1

Sambungan dari 'AYAT DAN MENTERA'

Untuk Kebal :
Bismillahirrahmannirahim. Ashadu allailahailallah. Wujud ku wujud Allah. Ashadu annamuhammadarasulullah sifat ku sifat Allah. Maujud Muhammad maujud Allah. Kekal Muhammad kebal , kebal dunia kebal akhirat. Lahaulawala kuwatailla billah hilali yilazim. Ruh idhofi Zat Allah, Ruh idhofi sifat Allah, Ruh idhofi afal Allah, dengan berkat la ila hailla allah hu.

(rujuk kepada guru)

Penahan mani :
Mentera ini dibaca ketika air mani hendak keluar sambil menahan nafas, supaya tahan lama inilah mentera nya : hai di wadi mani manikam, kembalilah engkau keistana engkau, jika engkau tak kembalike istana engkau, derhaka lah engkau kepada Allahhh. 

***menjadi atau berkesan ke tidak, bukan persoalan bagi aku....tapi aku tertarik dengan susunan ayat dan perkataan yang digunakan yang tidak lari dari hakikat mengenal diri. Betul lah kata setengah-setengah guru tua bahawa hakikat mengenal diri itulah sebenar-benar nya Ibu Gayung***

Ayat Sekepal :
Nasi sekepal kepal
Aku tumbuk dilesung besi
Aku pakai ilmu sekebal
Kebal diluar kebal didalam
Kebal martabat Allah
Hu Haq
Mu tu Mutlaq
(amalan APC)

Penderas:
Nurullah ahli nur gerak
Gerak meliputi seluruh tubuh ku
Ku serta Allah
(amalan AF)



Sunday, May 5, 2013

HARI MENGUNDI PRU 13, 5 MEI 2013

Aku ke pusat pengundian di Sek Keb Pandan Indah. Menakjubkan barisan ke bilik 8 begitu panjang, Bilik 8 untuk pengundi2 muda. Hari ini hari rakyat membuat keputusan. Masing-masing mempunyai satu harapan untuk menjadi kan Malaysia lebih baik. Bagi aku, isu hutang negara menjadi kebimbangan. Dianggar kan hutang kerajaan dan swasta melebihi RM700 bil, salah memilih dan salah memberi mandat, aku pasti hutang melebihi RM1 trillion dalam masa 5 tahun mendatang. Aku tak mau anak-anak aku menghadapi apa yang rakyat Portugal dan Sepanyol hadapi sekarang. Kadar pengangguran di Portugal 20% dari jumlah penduduk, sementara di Sepanyol 27%. Rasuah, boros dan tiris adalah pemyumbang yang amat besar kepada hutang negara tersebut...Selamat Mengundi!!!!


                                                                  Ke pusat mengundi



 Dakwat kekal pada jari aku???