Friday, December 21, 2012

KUCING KU KECIK

Setelah kematian Putih, aku pungut seekor lagi kucing jalanan kerana terlalu rindu pada Putih. Walaupun bulu tidak berwarna putih sepenuh nya tetapi sekurang-kurang nya rupanya ada mirip Putih. Aku berikan nama Kecik..

Kesihatan Kecik kini membimbangkan. Selera makan nya hilang. Fizikal nya kini kurus. Bila berjalan, badan nya tidak lagi stabil.. Aku cuba untuk menulis tentang Kecik sebelum kecik 'pergi'.

Pada 17 hb Disember lalu, aku membawa Kecik ke Fakulti Perubatan Veterinar UPM setelah dinasihatkan oleh seorang pembantu perubatan di Klinik Veterinar Cheras. 3 hari Kecik di'tahan' disana.
Pada 19 hb Disember aku dikehendaki ke FPV UPM untuk mengambil Kecik. Hasil ujian darah dan test lain, Kecik disyaki mengidap Feline Infectius Peritonitis (FIP) dan positif Feline Leukemia (FeLV). FIP akan memendek kan jangka hayat yang juga mungkin menyebabkan kerosakan organ lain , tanda-tanda neurologikal dll.

Setiap hari ,pagi tengahari dan malam, makan dipaksa dan di 'suap' kan. Walaupun diberi vit B complex bersama vit lain nya, selera makan Kecik tetap kurang. Aku juga meluangkan masa disetiap petang membawa Kecik menghirup udara segar di luar rumah. Aku mau Kecik menikmati kehidupan seekor kucing dihujung usianya.

Kasih sayang yang aku curahkan untuk Kecik tidak seberapa jika aku banding kan dengan seorang wanita berbangsa India yang aku jumpa di FPV UPM. Wanita itu mempunyai jiwa maknusiawi yang sangat hebat. Dengan rasa kasihan dipungut nya seekor anak kucing hitam yang lumpuh lebih sepuluh tahun dulu. Disuapkan makan dan dijaga hingga sekarang. Aku sempat mengusap kepala kucing tersebut.Aku bertekad akan menjaga Kecik sehingga kesudahan nya..aku berpegang maut ditangan tuhan.


Kecik dan Ketod.
Ketod yang dijagai dan dilindungi oleh Kecik sejak kecil. Puting Kecik yang tanpa susu menjadi tempat Ketod menghisap seolah-olah menghisap puting susu ibu nya.


                                         Kecik sentiasa mengusap Ketod
                                         Sentiasa melindungi Ketod.


Ubat-ubatan terakhir Kecik



Gambar terakhir Kecik. Mata nya yang kebiruan bertukar kekuningan.

                                                   Kesan test darah pada kaki Kecik.

Kecik adalah kucing pungutan ke 5 yang aku bela. Sebelumnya Titi, Oren, Putih dan Ketod. Kucing ke 6 selepas Kecik adalah Comot. 13-9-2012 Comot telah melahirkan 5 ekor anak yang ber'warganegara'kan rumah aku (Garfield, Sinba, Kiara, Salem dan Blackie). Bila anak-anak nya berumur 3 bulan, Comot dimandulkan.. Terkini ada 7 ekor yang masih dibela, bermakna 7 kali lagi perasaan sedih yang bakal aku rasa.  

Selamat jalan KECIK!