Monday, September 3, 2012

LAT @ SU BIN AWANG

Aku kehilangan satu persatu insan-insan yang rapat dan sejak kecil mengenali mereka. Ada jasa-jasa mereka yang akan aku kenang hingga ke akhir hayat. Che Lat Bin Awang merupakan suami kepada ibu saudara Zainun bt muhammad. Kalaupun tidak ada hubungan perkahwinan, Che Lat masih juga menjadi bapa saudara pupu kepada aku. Malam ini 3 September 2012 beliau telah pergi. Meninggal dunia di hospital besar Kuala Terengganu. Alfatihah