Thursday, August 23, 2012

TOKKI CHE HIM

























Bersama isteri Wan Teh (berkahwin baru setelah moyang Tok Che Mek meninggal dunia). 


Gambar moyang sebelah ibu. Pertama kali menatap gambar moyang. Terima kasih kepada bapa sepupu, Ayoh We (Wan Yahya Bin Wan Ngah) kerana menyimpan gambar ini .

Nama penuh Tokki Che Him ialah Ibrahim Bin Dato Penghulu Balai Umat. Berketurunan Che (Che diterengganu merujuk kepada berdarah Bugis dan tidak diletak didepan nama didlm IC). Didalam diri Tokki ada tersimpan selembaran sejarah negeri Terengganu. Tokki adalah salah seorang hulubalang yang menyertai rombongan kerajaan Terengganu menghantar Bunga Emas ke Siam yang diketuai oleh abang beliau Datuk Penghulu Balai Salim Bin Umat.

 Bunga Emas yang dihantar adalah sebagai tanda adanya hubungan diplomatik. Perjanjian Inggeris-Thai pada 1909 yang dikenali Perjanjan Bangkok yang merupakan tipu helah Inggeris telah mengubah segala-gala.

Kepada pengamal Gayong/Silat Syed Hamid, inilah gambar salah seorang sahabat Almarhum Habib Bucu (Syed Abdul Rahman Bin Alwi Alhaddad) sebagaimana yang diceritakan oleh arwah datuk, Muhammad Bin Ibrahim kepada aku. Tokki Che Him ke Mekah bersama2 Syed Muhammad Al-Haddad (adik beradik  kepada Habib Bucu) yang merupakan perjalanan terakhir Syed Muhammad ke Mekah kerana meninggal dunia diatas kapal.

# Setelah meninggal nya Tok Che Mek, berkahwin pula dengan Lijah berasal dari kg Kolam.
# Selalu bersantai bermain catur dengan Habib Bucu.
# Tokki Che Him pernah menulis catatan sejarah Terengganu dan perjalanan nya membawa bunga emas ke Siam. Buku catatan nya telah dipinjam oleh seorang kenalan dari Kuantan/Temerloh untuk di salin dengan janji akan memulang semula kepada Tokki Che Him. Tapi janji untuk memulangkan semula itu tidak ditepati. 

# Tokki Che Him juga dikenali dengan panggilan Pok Da.
# Pernah bersama-sama berjuang bersama Mat Kilau, ketika itu umur beliau lebih muda berbanding Mat Kilau.


# adalah cerita dari Ayoh Da, bapa sepupu penulis yang juga cucu kepada Tokki Che Him yang sempat bersama Tokki ketika kecil.

***Setelah selesai penghantaran bunga emas, Tokki Che Him tidak pulang terus ke Terengganu bersama rombongan, sebalik nya menetap di Kelantan. Sekira nya ada Gayung di Kelantan yang bermula gurunya bernama Pok Da @ Che Him, pohon dapat menghubungi penulis blog ini.


++Dato Balai Salim telah mengahwini seorang wanita Siam ketika penghantaran bunga Emas dan dibawa balik ke Kg Tanjung, Kuala Trengganu. Che Fatimah dan Che Jah antara anak hasil perkongsian hidup mereka.
++Tok Che Mek isteri kpd Tokki Che Him dari keturunan Tok Khatib Siput iaitu org yg dipercayai membuka Pulau Musang. Di Kuala Bekah berhampiran Pulau Rusa, terltak nya Tanah Perkuburan Tok Khatib Siput.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Rujuk ke posting 'Gayung Syed Hamid'  kerana saling berkaitan)