Sunday, May 27, 2012

KETURUNAN WAN DI TERENGGANU

Bila saja mengenal kan diri sebagai keturunan Wan di Terengganu, pasti ada yang bertanya "ini beloh wang Duyong ke beloh Wang Bukit Bayah?" Itulah soalan yang kerap didengar walaupun kedua 'cabang' Wan tersebut adalah satu keluarga ulama dari Patani . Keturunan Wan Bukit Bayas ini terdapat ramai di sekitar Bandar Kuala Terengganu (Kampung Tanjong, Cabang Tiga, Kampung Kolam, Paya Bunga dan sekitar nya).

Bersambung

Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas 
 
TIDAK dapat dinafikan bahawa yang mewarnai corak keIslaman di Terengganu mulai peringkat awal hingga abad ke-20, terdiri daripada dua golongan ulama atau penyebar Islam. Golongan itu ialah, pertama: Berasal daripada ulama-ulama Patani, dan kedua: Daripada keturunan Rasulullah s.a.w. atau golongan `sayid'. Di antara ulama yang paling besar pengaruhnya di Terengganu ialah Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani atau Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, Terengganu.

PENDIDIKAN
Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim mendapat pendidikan asas di beberapa pondok pengajian di Patani. Walaupun ditinjau dari segi pangkat, nasab beliau adalah peringkat datuk saudara kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, namun ditinjau dari segi umur pula Abdul Qadir lebih muda daripada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Menurut riwayat, Abdul Qadir dan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani pernah sama-sama belajar dalam sebuah pondok, sama ada di pondok Kuala Bekah (Patani) mahu pun di pondok-pondok lainnya. Bahkan pernah sama-sama belajar di Mekah. Dalam riwayat yang lain pula menyebut bahawa Syeikh Abdul Qadir pernah belajar kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Jadi beliau termasuk peringkat murid kepada Syeikh Daud Abdullah al-Fathani. Ketika beliau melanjutkan pelajaran ke Mekah, beliau berguru kepada Syeikh Muhammad Shalih bin Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani, Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaludin Aceh. Kepada ulama-ulama Arab pula beliau belajar di antaranya kepada Syeikh Muhammad Shalih bin Ibrahim, Mufti Syafi'ie di Mekah, Syeikh Ahmad al-Marzuqi dan lain-lain. Setelah memperoleh ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang di Mekah dan Madinah, beliau turun ke Jawi. Pertama kali ke sana beliau tidak langsung ke negeri asalnya Patani, tetapi beliau ke Pulau Duyung, Terengganu. Langkah itu diambilnya kerana di Pulau Duyung Kecil, Terengganu itu ahli keluarganya lebih ramai dan lebih dekat daripada di Patani sendiri. Di Pulau Duyung Kecil, Terengganu beliau memulakan aktivitinya sebagai seorang ulama.
AKTIVITI
Syeikh Abdul Qadir mulai mengorak langkah di mana sahaja beliau pergi dalam negeri Terengganu beliau memperkenalkan ajaran Islam menurut Mazhab Syafie dan iktikad Ahlus Sunnah wal Jamaah. Beliau merancang membuka sebuah institusi semacam pondok di Patani, kerana pada zaman itu pengajian pondok memang di Patani yang paling terkenal di rantau ini. Sama ada di Terengganu mahupun di tempat-tempat lainnya, pengajian pondok tidaklah sekukuh seperti di Patani sendiri. Apabila rancangannya itu telah mantap, beliau pulang ke Patani dengan tujuan mendapatkan rancangan kerja yang lebih mantap atau konteks kerjasama dalam dunia pendidikan pondok dengan beberapa orang Tok Guru mahu pun ahli keluarga beliau yang menjadi ulama yang memimpin pondok di Patani. Setelah sampai ke Patani, niat beliau tergendala kerana pada masa itu terjadi suatu peperangan besar antara Kedah-Patani terhadap pencerobohan bangsa Siam. Peperangan besar yang melibatkan beberapa orang tokoh ulama itu diikuti pula oleh Syeikh Abdul Qadir sendiri. 


Pengajian pondok
Dipercayai beliau datang ke Pulau Duyung kali kedua ini sekitar tahun 1830an M. Ketika itu beliau mulai mengajar di Kampung Paya Bunga, Duyung. Syeikh Abdul Qadir mendirikan sebuah mesjid di Bukit Bayas. Di kedua-dua tempat itu beliau membina pengajian pondok menurut tradisi di Patani. Kemudian oleh sebab beliau memusatkan aktivitinya di Bukit Bayas, maka terkenallah namanya kemudian hari dengan gelaran Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, pengganti kepada nama terkenal sebelumnya iaitu gelaran Syeikh Abdul Qadir Duyung (Tok Duyung sahaja).


PENULISAN 
At-Targhib wat Tarhib li al-Bai'i wa Asy-Syira, diselesaikan waktu duha, hari Isnin, 2 Rabiulawal 1234 H, di negeri Terengganu. Kandungannya membicarakan tentang perniagaan menurut ajaran Islam, mengemukakan hujah-hujah berdasarkan al-Quran dan hadis mengenai terlarangnya memakan riba. Di antara salinan terbaik yang pernah ditemui ialah yang diselenggarakan oleh Mahmud ibnu Muhammad Yusuf Terengganu.
Setelah Basmalah, Hamdalah, Selawat dan Salam, pengarangnya Syeikh Abdul Qadir menyebut judul karya ini dalam bahasa Arab, iaitu Risalah fi Bayani Hukmil Bai'i war Riba. Judul terjemahan oleh pengarangnya dalam bahasa Melayu: Risalah Pada Menyatakan Hukum Jual Beli Dan Riba. Berdasarkan kenyataan ini bererti karya ini terdapat dua judul yang berbeza dalam bahasa Arab, iaitu judul yang satu lagi yang tertulis pada bahagian depan manuskrip ialah: At-Targhib wat Tarhib li al-Bai'i wa asy-Syira.
Sebagai keterangan tambahan keseluruhan kandungannya diringkaskan oleh beliau sendiri, dengan katanya ``Ditambahi sedikit daripada dalil dan hadis pada menyatakan seksa dan azab atas tiap-tiap orang yang memakan riba, dan orang yang mengurangkan sukatan dan timbangan, dan orang yang menzalim atas harta manusia.'' Sasaran karangan beliau nyatakan, ``Supaya beroleh manfaat dengan dia oleh tiap-tiap orang yang membaca akan dia daripada segala orang yang berjual beli laki-laki dan perempuan, kecil dan besar, muda dan tua.'' (hlm. 1).
Setelah itu pengarangnya memasuki perbincangan yang merupakan subjudul awalnya, ialah Asal Yang Mengharuskan Jual Beli Dan Haram Riba. Bahagian ini mengemukakan hujah-hujah daripada al-Quran dan hadis lengkap dengan perbandingan pendapat para ulama tentang pentafsirannya. Hadis yang pertama diperkenalkan terjemahan menurut Syeikh Abdul Qadir, ``Bermula yang terlebih afdal usaha itu berjual beli yang baik, ertinya yang tiada tipu daya padanya dan tiada khianat, dan bekerja laki-laki dengan tangannya.''
Selanjutnya Syeikh Abdul Qadir memetik hadis- hadis yang lain, di antaranya yang dikeluarkan oleh Baihaqi daripada Muaz, hadis yang dikeluarkan oleh Ibnu Majah dan Hakim daripada Ibnu Umar, hadis yang dikeluarkan oleh Ishbahani dan Dailami, dan banyak lagi hadis yang dapat dirujuk pada bahagian ini (hlm. 2-4). Kemudian memasuki Tanbih Bersalah-salahan Ulama Pada Usaha Yang Terafdal, Syeikh Abdul Qadir memulakan kalimat bahagian ini dengan katanya, ``Telah berkata oleh beberapa ulama, yang terlebih afdal usaha itu berniaga. Dan telah berkata oleh setengah ulama yang Muhaqqiqin, bermula usaha yang terlebih afdal itu berbuat bendang, kemudian daripada itu usaha kepandaian. Seperti berbuat rumah dan perahu, menjahit dan barang sebagainya daripada segala kepandaian yang diharuskan oleh syara. Kemudian daripada itu pula berniaga.'' Pada bahagian ini dimulai dengan khabar daripada Muslim terjemahan menurut Syeikh Abdul Qadir, ``Tiada menanam oleh orang yang Islam akan satu tanaman dan tiada berbuat bendang ia akan satu bendang, maka makan daripadanya oleh manusia, dan tiada memakan akan dia oleh binatang, dan tiada suatu yang memakan akan dia melainkan adalah baginya itu sedekah.'' Setelah membandingkan pelbagai pendapat, lalu dimulai perbincangan mengenai jual beli, iaitu dimulakan dengan tiga macam bentuk jual beli: Pertama, berjual mata benda yang dilihat. Kedua, dijual akan mata benda yang belum lagi maujud. Ketiga, dijual mata-benda yang ghaib, yang tiada dilihat (hlm. 10-20).


Hukum riba
Setelah mengupas sesuatu barang yang sah dijual beli atau tidak sahnya secara terperinci, lalu membicarakan mengenai riba. Syeikh Abdul Qadir membuka lembaran ini dengan kata beliau, ``Syahdan hendaklah mengetahui dan belajar pula akan hukum riba kerana wajib atas tiap-tiap orang yang berniaga itu berlajar segala hukum jual beli, dan hukum riba ...'' Menurut beliau, ``Barangsiapa berniaga dahulu daripada mengetahui hukumnya nescaya haramlah atas orang itu dengan ittifaq segala ulama...'' Mengenai asal hukum haram riba beliau kemukakan ayat al-Quran dan beberapa hadis. Di antara hadis yang disebutkan terjemahan menurut Syeikh Abdul Qadir, ``Satu dirham riba yang memakan akan dia oleh anak Adam itu terlebih sangat besar dosanya pada Allah Taala daripada tiga puluh enam kali mengerjakan zina. Riwayat Imam Ahmad daripada Abi Hurairah.'' Semua permasalahan riba dibicarakan mulai hlm. 20 sampai 31. Selanjutnya disambung dengan Tanbih Haram Menipu Daya Pada Berjual Beli. Di antara hadis yang dipetik pada perbincangan ini terjemahan menurut Syeikh Abdul Qadir, ``Dan barangsiapa menipudaya ia akan kami maka tiadalah ia daripada kami.'' (hlm. 32-41). Tidak kalah juga pentingnya beliau memberi subjudul Tanbih Suatu Perjagaan Pada Menyatakan Hukum Orang Yang Mengurangkan Sukatan Dan Timbangan''. (hlm. 46-49). 


KETURUNAN DAN MURID  
Syeikh Abdul Qadir ini sangat besar pengaruhnya sama ada kepada masyarakat luar mahu pun kepada pihak Kerajaan Terengganu. Sangat ramai murid beliau menjadi ulama besar dan pemimpin kerajaan Terengganu. Daripada keturunan (zuriat) beliau demikian juga adanya. Beliau meninggalkan anak 21 orang lelaki dan perempuan. Mereka ialah: 1. Wan Abdur Rahim, 2. Wan Muhammad Amin, 3. Wan Muhammad Sa'id, 4. Wan Muhammad Saleh, 5. Wan Jamilah, 6. Wan Maimunah, 7. Wan Putih, 8. Wan Hitam, 9. Wan Khatijah, 10. Wan Maryam, 11. Wan Abdullah, 12. Wan Halimah, 13. Wan Salamah, 14. Wan Abu Bakar, 15. Wan Ahmad, 16. Wan Kaltsum, 17. Wan Abdur Rahman, 18. Wan Aminah, 19. Wan Man, 20. Wan Salimah, 21. Wan Muda. Yang menjadi ulama dan pembesar di Terengganu di antaranya Wan Muhammad Saleh, iaitu berpangkat Tok Kaya Pahlawan atau Datok Sangsura Pahlawan. Cucu beliau bernama Wan Abdul Hamid bin Wan Muhammad Sa'id bin Syeikh Abdul Qadir juga sebagai Datok Sangsura Pahlawan.
Di antara murid Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas yang sangat terkenal sebagai tokoh atau pun ulama ialah Baginda Sultan Umar (Sultan Terengganu), Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani (Syeikh Duyung), Tok Ku Tuan Besar, Tuan Guru Mahmud bin Muhammad Yusuf Kemaman (penyalin pelbagai manuskrip) dan ramai lagi. 


WAFAT
Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani Bukit Bayas, Terengganu wafat dalam tahun 1864 M di Kampung Paya Bunga, Terengganu. Riwayat lain menyebut beliau wafat di Bukit Bayas, Terengganu.
 

Oleh: WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH 



  Tok Syeikh Duyong



Nama sebenarnya ialah Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin bin Ya’qub al-Fathani. Lahir di Cabang Tiga, Patani, tahun 1216 H/1802 M, Allahyarham wafat pada hari Khamis, pukul 4.00 petang, 12 Jamadilakhir 1306 H/24 Februari 1889 M.

Nama ayahnya ialah Syeikh Wan Muhammad Amin al-Fathani yang digelar dengan ‘Tok Syeikh Qadhi al-Fathani’. Beliau pula ialah anak Wan Ya’qub al-Fathani. Hanya sampai kepada Wan Ya’qub saja nasab dari sebelah ayahnya dapat dikesan. Ibu Tok Syeikh Qadhi (Syeikh Wan Muhammad Amin) bernama Wan Salamah binti Tok Wan Deraud bin Cik Wan Derahim yang kahwin dengan Tok Wan Nik. Ibu Tok Wan Nik ini bernama Wan Dewi binti Tok Kaya Rakna Diraja bin Syeikh Faqih Ali al-Malabari.

Ibu Tok Syeikh Duyung (Syeikh Wan Abdullah) bernama Wan Aminah binti Tok Wan Drahmad bin Tok Wan Derahman bin Tok Kaya Pandak. Tok Kaya Pandak ini nama sebenarnya ialah Wan Ismail bin Nakhoda Wan Kang daripada perkahwinan dengan puteri Laksamana Johor.

Nakhoda Wan Kang yang dimaksudkan di sini adalah nama gelar pada Syeikh Faqih Ali al-Malabari. Ada riwayat menyebut bahawa beliau ini adalah seorang Arab keturunan Nabi Muhammad s.a.w. yang berhijrah ke Malabar (India) dan selanjutnya berhijrah ke dunia Melayu.

Berkahwin

Riwayat yang lain menyebut bahawa beliau berasal dari negeri Bugis. Syeikh Faqih Ali al-Malabari atau Nik Ali atau Saiyid Ali pertama sampai di Johor telah berkahwin dengan puteri Johor bernama Wan Tijah. Mastautin atau tempat tinggal terakhir Syeikh Faqih Ali al-Malabari ialah di Patani.

Keturunan beliau selain menjadi ulama seumpama Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Tok Syeikh Bukit Bayas dan lain-lain, termasuk juga tokoh-tokoh kerajaan seumpama Long Yunus Kelantan.

Tok Syeikh Qadhi al-Fathani (Syeikh Wan Muhammad Amin) adalah seorang ulama yang seangkatan dan sahabat dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Syeikh Wan Mustafa bin Muhammad al-Fathani (Tok Bendang Daya I) ketiga-tiganya adalah ulama besar. Oleh itu Wan Abdullah mendapat pendidikan daripada Tok Syeikh Qadhi al-Fathani, iaitu ayahnya sendiri yang ketika itu tinggal di Kampung Paya Bunga.

Pada masa yang sama Wan Abdullah bin Wan Muhammad Amin bersahabat dengan Saiyid Muhammad Zainal Abidin (Tukku Tuan Besar) dan selanjutnya belajar dengan Syeikh Wan Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani yang pada ketika itu tinggal di Bukit Bayas.

Tok Syeikh Qadhi al-Fathani dan Tok Syeikh Bukit Bayas kedua-duanya mendapat kedudukan yang tinggi pada zaman pemerintahan Sultan Omar Terengganu, bahkan kedua-duanya termasuk guru baginda.

Selanjutnya pelajaran dilanjutkan di Mekah kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Dalam masa yang sama sekurang-kurangnya ada tiga orang yang berasal dari Terengganu yang belajar dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang sangat terkenal itu.

Ketiga-tiga mereka kemudian menjadi ulama besar yang terkenal. Mereka ialah Wan Abdullah bin Wan Muhammad Amin, Saiyid Muhammad Zainal Abidin dan Syeikh Mahmud bin Muhammad Yusuf bin Abdul Qadir Terengganu.

Ulama nama yang terakhir ini diriwayatkan berasal dari Kemaman, Terengganu. Beliau merupakan tokoh besar yang menulis salinan karya-karya ulama dunia Melayu. Jumlah manuskrip salinannya seimbang dengan salinan Tok Kelaba yang datang kemudian daripada beliau. Hingga kini belum dijumpai ulama dunia Melayu yang menyalin manuskrip Melayu lebih banyak daripada kedua-duanya.

Setelah pulang dari Mekah pada tahun 1263 H/1846 M, Wan Abdullah bin Wan Muhammad Amin mengambil tempat kedudukan dan pusat aktivitinya di Pulau Duyung Kecil Terengganu. Selain mengajar di Pulau Duyung Kecil, beliau juga mengajar di beberapa tempat di antaranya Paloh, Losong dan Bukit Bayas.

Wan Abdullah bin Wan Muhammad Amin (Tok Syeikh Duyung) seperti ulama-ulama Patani lain tetap mengajar dua jenis kitab, iaitu yang berbahasa Melayu dan berbahasa Arab. Kitab-kitab bahasa Melayu yang diajarkan diutamakan karangan gurunya, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Kitab-kitab bahasa Arab yang diajarkan adalah karangan ulama-ulama yang terkenal dalam pelbagai disiplin ilmu. Yang paling diutamakan dalam tasawuf ialah Ihya’ ‘Ulumid Din oleh Imam al-Ghazali

Murid Tok Syeikh Duyung sangat ramai, termasuk yang datang dari luar Terengganu. Ada yang datang dari Patani, seluruh Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Brunei, Kalimantan dan lain-lain.

Di antara murid Tok Syeikh Duyung yang menjadi ulama besar lagi terkenal ialah Syeikh Abdur Rahman Gudang al-Fathani, Tukku Paloh dan Haji Wan Muhammad (anak beliau sendiri) yang pernah menjadi Mufti Terengganu setelah Tok Syeikh Duyung wafat. Di kalangan Sultan Terengganu yang pernah menjadi murid Tok Syeikh Duyung ialah Sultan Omar dan Sultan Zainal Abidin III.

Baginda Sultan Omar telah melantik Syeikh Muhammad Amin al-Fathani (Tok Syeikh Qadhi) menjadi seorang pembesar negeri. Pada masa pemerintahan Sultan Terengganu itu anak Tok Syeikh Qadhi yang bernama Haji Wan Abdullah (Tok Syeikh Duyung) telah dilantik menjadi kadi, sekali gus menjadi penasihat kepada Baginda Sultan Omar.

Pada waktu yang sama gurunya Tok Syeikh Bukit Bayas menjadi mufti. Selanjutnya setelah gurunya itu wafat, Tok Syeikh Duyung dilantik menjadi Mufti Terengganu mulai tahun 1269 H/1853 M hingga beliau wafat pada tahun 1306 H/1889 M.

Sewaktu berlaku Pemberontakan Besut pada 1874, Sultan Omar telah menugaskan Tok Syeikh Duyung ke Kelantan dengan tujuan supaya Sultan Kelantan menghentikan bantuan kepada pemberontakan itu.

Tok Syeikh Duyung bersama-sama anak beliau Haji Wan Muhammad Wan Abdul Qadir dan angkatan kebesaran yang membawa perutusan berangkat ke Kelantan dengan menaiki gajah. Menurut riwayat, perundingan antara Tok Syeikh Duyung dengan Sultan Kelantan mendatangkan hasil yang memuaskan.

Daripada riwayat itu, dapat disimpulkan bagaimana bijaknya seorang ulama menangani sesuatu isu yang besar sehingga seseorang sultan dapat menerima buah fikirannya seterusnya peperangan terhenti dan perdamaian diperoleh.

Riwayat itu pula adalah bukti iaitu Sultan Terengganu mahupun Sultan Kelantan ketika itu terpaksa akur dan patuh atas besarnya kewibawaan seorang ulama yang bergelar Tok Syeikh Duyung. Riwayat ini pula adalah sebagai bukti karamah Tok Syeikh Duyung. Menurut cerita, sesiapa sahaja yang berjumpa dengan beliau, sama ada disengaja ataupun tidak, akan terpahat pada hati memandang beliau sebagai seorang yang sangat hebat.

Tok Syeikh Duyung selain berwibawa dan dihormati oleh Sultan Omar (Sultan Terengganu) dan Sultan Kelantan, beliau sangat berkesan pada hati seorang muridnya yang menjadi Sultan Terengganu berikutnya, iaitu Sultan Zainal Abidin III. Tok Syeikh Duyung pula sangat kasih kepada muridnya itu sama ada sebelum menjadi sultan mahupun sesudahnya.

Tambatan kasih sayang daripada guru kepada murid atau sebaliknya daripada murid kepada guru dalam istilah tasawuf dinamakan dengan ‘rabithah’. Rabithah yang dimaksudkan telah berlaku antara Nabi Muhammad s.a.w. terhadap para sahabatnya dan sebaliknya.

Sembahyang hajat

Maksud perkataan Saidina Abu Bakar as-Siddiq terhadap Nabi Muhammad s.a.w.: “Aku kasih dalam dunia tiga perkara, duduk bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w., membelanjakan hartaku untuk Nabi Muhammad s.a.w. dan mengucapkan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w.”

Oleh itu sewaktu pertabalan Sultan Zainal Abidin III menjadi Sultan Terengganu pada 18 Disember 1881, Tok Syeikh Duyung telah melakukan sembahyang hajat dengan doa yang bersungguh-sungguh untuk keselamatan Sultan Zainal Abidin III, semua rakyat dan kerajaan yang di bawah pemerintahan baginda.

Sesuatu pemerintahan Islam akan selamat apabila penguasa tertingginya dapat bekerjasama dengan ulama. Ulama yang membawa selamat dan berkat ialah ulama yang dapat memberi nasihat kepada pemerintah, berani berkata benar walaupun terhadap penguasa yang zalim.

Sesuatu pemerintahan Islam dan rakyat akan binasa apabila para ulamanya tidak berani memberi nasihat yang benar kepada pemerintah. Sesuatu pemerintahan Islam akan lebih binasa apabila pemerintahnya memusuhi ulama yang berani berkata benar seperti yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya.














Mufti-mufti Terengganu berketurunan Wan :
Tok Syeikh Wan Abd Kadir Bin Abdur Rahim Al-Fatani (Tok Syeikh Bukit Bayas)
Tok Syeikh Wan Abdullah Bin Muhammad Amin Bin Ya'qub Al-Fatani (Tok Syeikh Duyong)
Haji Wan Muhammad Bin Wan Abdullah
Haji Wan Mohd Saleh bin Ismail (Dato’ Indera Guru)
Haji Wan Sulaiman bin Daud (Dato'Kamal Wangsa)
Haji Wan Abdul Rahman bin Long (Dato’ Purba Di Raja)
Haji Wan Long Mohd. Saleh bin Ahmad (Dato’ Sangsura Pahlawan)
Haji Wan Abdul Manan bin Haji Wan Yaakob (Dato’ Indera Guru)

PENGHIJRAHAN DAN PENEMPATAN  MASYARAKAT MELAYU PATANI
Penghijrahan berperingkat masyarakat Melayu Patani (MP) ke Kuala Terengganu adalah didorong oleh faktor-faktor tertentu seperti hubungan politik , agama dan ekonomi. Proses kemasukan ini adalah merangkumi beberapa tahap status sosial tennasuklah golongan diraja dan kerabatnya, ahli agama dan juga rakyat jelata. Sumber sejarah Terengganu sendiri telah mengemukakan bagaimana kisah kedatangan lapan puluh keluarga Melayu Patani yang mengiringi Tun Zainal Abidin ke Terengganu untuk ditabalkan sebagai Sultan Terengganu di Tanjung Baharu, Kuala Berang pada l702M.1 Rombongan tersebut telah mendirikan sebuah perkampungan berhampiran dengan kawasan istana (Bukit Keledang) iaitu dikenali sebagai Kampung Petani/Patani yang kekal sehingga ke hari ini.' Namun sewaktu Tun Zainal Abidin berada di Patani, beliau telah berkahwin dengan saudara sepupu Phra Nang Chao Yang iaitu Nang Rugayah dan kemudiannya bergelar Che Puan Besar. Pusat pemerintahan di Tanjung Baharu tidak berkekalan dan ianya berpindah pula ke beberapa tempat lain iaitu ke Langgar, Pulau Manis, Chabang Tiga dan akhirnya di Bukit Keledang (Kota Lama).3 Terengganu telah lama menjalin hubungan dagangan dengan Patani'. Terengganu pernah mengimport garam dan lain-lain hasil daripada Patani. Malah ramai daripada para pedagang Melayu Patani yang menjalankan kegiatan ekonomi di Terengganu terus menetap di sana sepertimana di Pengkalan Maras dan lain-lain tempat. Pada hakikatnya Patani telah mengalami pertempuran dengan Siam sebanyak ll kali. Peperangan demi peperangan yang berlaku ini telah secara langsung mendorong ramai masyarakat Melayu Patani berhijrah ke seluruh pelusuk nusantara dan Asia Barat. Ianya termasuklah Semenanjung Tanah Melayu, Betawi, Sulawesi Selatan, Kalimantan Barat, Kepulauan Riau, Siak Seri Inderapura, Jambi, Acheh, Brunei, Makkah, Mesir dan Turki* Pengalaman ini turut dialami oleh Syeikh Daud al-Fatanis dan para pengikutnya yang terpaksa berundur dari medan jihad menentang pihak Siam. Beliau bersama pengikutnya telah berundur ke Pulau Duyong untuk menyusun strategi° Manakala kedatangan kelompok rombongan ahli keluarga Tuk Syeikh Qadi (bapa Tuk Syeikh Duyong) ke Pulau Duyong berlaku selepas daripada peristiwa huru-hara akibat perselisihan di antara Datuk Pengkalan Raja Patani dengan Panglima Dajang pada l8O8M.7 Datuk Pengkalan Raja telah mengalami kekalahan teruk dan turut terkorban di tangan Panglima Dajang (pembesar keturunan Siam) yang dibantu sepenuhnya oleh tentera Siam di Ligor ( di bawah pimpinan Pya Kalahom). Nasib yang dialami oleh Datuk Pengkalan Raja tersebut telah menyebabkan para pembesar dan ramai rakyat jelata lari menyelamatkan diri ke selatan. Mereka yang terlibat ini termasuklah keluarga Tuk Syeikh Qadi (Wan Mohd Amin bin Wan Yaacub). Tuk Syeikh Duyong yang masih kecil pada ketika itu turut dibawa bersama ke Kelantan, namun desakan Siam yang mahu mereka menyerah din' menyebabkan sekali lagi mereka berhijrah ke Terengganu. Mereka terus memohon perlindungan daripada Sultan Terengganu (Baginda Sultan Omar) sejurus selepas sampai ke sanas Peperangan yang dahsyat juga pemah berlaku pada 30 Mac 1832 antara orang-orang Melayu Patani yang dibantu oleh orang Melayu dari Terengganu dan Kelantan dengan pihak Siam. Walaupun demikian, pihak orang Melayu Patani mengalami kekalahan dan sewaktu pengunduran angkatan sokongan dan' Kedah, Kelantan dan Terengganu, tentera Siam telah mengambil kesempatan menyiksa umat Islam di Patani. Malah daripada 54,000 orang penduduk bandar Patani yang dirundung malang itu, terdapat seramai 6,000 orang yang telah dibawa ke Bangkok sebagai tawanan perang sedangkan 4,000 orang yang berjaya menyelamatkan diri telah berhijrah ke negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Langkat di timur Sumatera dan seluruh Kepulauan Nusantara? Antaranya termasuklah pemerintah Patani dan ahli keluarganya yang telah melarikan diri ke Kelantan, manakala pemerintah Reman dan Nongchik pula ke Perak." ' Dalam pada itu, rantai panglima-panglima perang Patani yang berlindung di Kelantan dan Terengganu. Sultan Terengganu (Sultan Mansur Syah) pada masa itu telah didesak oleh Chao Phraya Phra' Khlang supaya menyerahkan panglima Patani yang berlindung di Terengganu, iaitu Panglima Muhammad, Panglima DanĂ¼t, Panglima Ahmad dan Panglima Pik kepada Siam. Pada awalnya, Sultan Terengganu berkeras tidak mahu menyerahkan panglima-panglima tersebut kepada Siam, tetapi terpaksa akur dengan tuntutan itu apabila pihak Siam menghantar sebuah kapal perang ke perairan Terengganu." Terdapat seorang lagi tokoh ulama yang datang bersama-sama dengan Tok Syeikh Qadi iaitu Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas”. Nama sebenar beliau ialah Haji Wan Abdul Kadir bin Wan Abdul Rahim (Tuk Wan Derahiml" Pada peringkat awalnya, beliau dan keluarganya telah berhijrah bersama dan telah menetap buat sementara waktu di Kampung Patani sebelum berpindah ke Bukit Bayas." Akhirnya generasi beliau turut berkembang di Bukit Bayas hingga ke hari ini.

POLA PENEMPATAN 
Penempatan awal masyarakat Melayu Patani di Kuala Terengganu bukan sahaja di Pulau Duyong, Chabang Tiga/Losong, Bukit Bayas, malah juga di Kampung Petani ( sebenarnya Kampung Patani) yang bertempat di pusat bandar Kuala Terengganu. Berdasarkan kepada peta yang terlampir, pola penempatan masyarakat Melayu Patani pada peringkat awalnya mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor tertentu. Faktor-faktor yang terlibat ialah status mereka dalam masyarakat pada masa itu iaitu sama ada mereka merupakan golongan diraja dan kaum kerabatnya ataupun para ulama dan cendekiawan sehinggalah kelas rakyat bawahan. Faktor pemilihan kawasan penempatan adalah tidak jelas pada peringkat awalnya. Namun demikian, perpindahan pusat pemerintahan dari Tanjung Baharu ke Bukit Keledang dapat menjelaskan bahawa kawasan yang strategik dan sesuai adalah penting untuk dijadikan ibu negen'. Oleh yang demikian, barangkali Sultan Zainal Abidin I telah melihat bahawa Kuala Terengganu lebih berupaya memainkan peranan yang penting ke arah itu. Pada masa itulah pengiring-pengiringnya yang terdiri daripada masyarakat Melayu Patani terus menetap dan membina sebuah perkampungan berdekatan Bukit Keledang iaitu Kampung Petani. Adalah berkemungkinan bahawa pada masa tersebut kawasan penempatan di Kuala Terengganu masih mempunyai ruang yang mereka boleh memilih satu kawasan yang luas untuk dijadikan Page 8 40 penempatan baru. lni adalah kerana sebagai kaum pendatang, mereka mungkin merasakan bahawa adalah tidak wajar untuk terus menetap di kawasan yang telah dihuni oleh ramai penduduk tempatan. Unsur identiti dan proses penyesuaian ini seolah-olah menjadi suatu kriteria kepada mereka sama ada mudah ataupun sukar untuk melalui proses sedemikian. Pada peringkat pertama, sewaktu Sultan Zainal Abidin I bertolak dari Patani dan seterusnya ditabalkan di Tanjung Baharu ( Kuala Berang) pada 1702, baginda diiringi oleh sejumlah 80 kelamin masyarakat Melayu Patani. ( lihat peta 2 ) Kemudiannya, baginda berpindah pula ke tempat yang lain iaitu Langgar, Pulau Manis, Chabang Tiga dan akhimya ke Bukit Keledang (Kota Lama). Manakala pengikutnya yang terdiri daripada 80 kelamin masyarakat Melayu Patani itu telah mendirikan suatu perkampungan yang dinamakan sebagai Kampung Petani/Kampung Patani yang berdekatan dengan istana Sultan. Namun demikian, tidak ada sumber yang menyatakan bahawa pengiring Sultan Zainal Abidin tersebut adalah terdiri daripada kerabat diraja Patani, kelas pertengahan atau kelas bawahan. Pada peringkat kedua pula, penghijrahan kumpulan Tok Sheikh Qadi dan Sheikh Abdul Kadir Bukit Bayas ke Pulau Duyong pada 1832 . Kedatangan mereka ini adalah disebabkan oleh faktor pergolakan politik di Patani. Tetapi sebelum itu Sheikh Daud Fatani juga pernah berundur dari medan perang di Patani ke Pulau Duyong, Oleh yang demikian, berkemungkinan bahawa Pulau Duyong sememangnya telah dijadikan asas ;apak yang ditinggalkan oleh Sheikh Daud Fatani dan kemudiannya disusuli Page 9 pula oleh kelompok Tok Sheikh Qadi yang menghadapi masalah yang sama di tempat tersebut. Oleh yang demikian, adalah jelas bahawa pola dan juga bentuk penghijrahan masyarakat Melayu Patani ke Kuala Terengganu pada masa itu adalah secara berkelompok dan berkumpulan. Pola penghijrahan seumpama ini berlaku semasa pertabalan Sultan Zainal Abidin I di Tanjung Baharu hingga ke Kota Lama, keluarga dan pengikut Syeikh Daud Patani, Tok Syeikh Qadi dan Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas. Kelompok masyarakat Melayu Patani yang bam datang pula menunjukkan pola yang berbeza dengan penghijrahan yang tidak teratur dan terancang. Fenomena ini menyebabkan kehadiran dan pola kedudukan mereka di Kuala Terengganu adalah berselerak dan tidak berfokus pada kawasan tertentu. Berdasarkan kepada kajian yang dibuat, didapati bahawa kebanyakannya mula berhijrah dan merantau ke Terengganu pada awal tahun 1980 ~ an. Penghijrahan ini meliputi dua peringkat iaitu mereka yang berhijrah terus ke Terengganu dan ada yang mulanya singgah di Kelantan sebelum ke Kuala Terengganu. Sekiranya motif penghijrahan masyarakat Melayu Patani pada peringkat awalnya adalah kerana faktor politik, tetapi pada waktu ini motif tersebut telah mula berubah kepada ekonomi. Walaupun bukan kesemuanya berhijrah ke Kuala Terengganu pada awal dekad yang lepas ini mempunyai motif yang sama, terdapat juga sebilangan daripada mereka yang merupakan pelarian politik. Secara umumnya dapat dirumuskan bahawa faktor penolak iaitu perkembangan semasa dalam negeri atau tanah Page 10 42 air sendiri amat mempengaruhi motif atau tujuan penghijrahan mereka ke suatu tempat yang lain. Kebanyakannya menyewa rumah dan menjalankan perniagaan sendiri. 

PERKEMBANGAN PENEMPATAN 
Kedua-dua keturunan Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas dan Tok Syeikh Duyong telah menyebar ke merata kawasan di Kuala Terengganu termasuklah Pulau Duyong dan Bukit Bayas sendiri serta lain-lain tempat seperti di Chabang Tiga, Losong, Bukit Besar dan Tanjung. 2.2.1 Perkembangan Penempatan Awal di Kampung Patani Penempatan paling awal masyarakat Melayu Patani adalah dipercayai di Kampung Patani yang mula wujud semenjak kedatangan 80 kelamin masyarakat Melayu Patani yang mengiringi Sultan Zainal Abidin I (1702 - 1726) ke Bukit Keledang (Kuala Terengganu), Tarikh yang tepat wujudnya Kampung Patani tidak dapat dipastikan dan berkemungkinan antara tahun- tahun zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin I tersebut. Ini adalah kerana sebelum daripada pusat pemerintahan kekal di Bukit Keledang (Kota Lama), Kuala Terengganu, ianya telah melalui beberapa tempat di Hulu Terengganu seperti di Tanjung Baharu (Kota Batang Mahang), Kuala Berang hingga ke Langgar, Pulau Manis dan Chabang Tiga.