Saturday, March 31, 2012

ERTI KUASA RAKYAT DI INDONESIA

Parlimen Indonesia telah menolak cadangan kerajaan untuk menaik kan harga minyak. Inilah hasil perjuangan berani rakyat.



Demonstrasi Menolak Kenaikan BBM di Jakarta pada hari Jumaat 30 Mac 2012 di depan Gedung Parlimen Senayan Jakarta.

***Pada pagi Khamis 29 Mac 2012 aku kesebuah sekolah . Sempat aku memerhati anak-anak sekolah makan diwaktu rehat. Sayu juga bila melihat ada anak-anak baik berbangsa melayu maupun india yang makan nasi putih bersama kuah saja. Mungkin itu hanya yang termampu. Mungkin ada lagi yang lebih malang yang tidaklangsung ke kantin kerana tidak mempunyai wang. Bila melihat nasib anak-anak ini terus teringat RM250 juta skandal NFC, RM976.7juta geran kerajaan untuk pemilik Maju, RM589 juta hutang Tajudin Ramli . Bayang kan berapa lama duit itu akan habis kira nya disalurkan kepada anak-anak-sekolah yang tidak bernasib baik ini.***