Sunday, February 19, 2012

KPRJ DAN TEBRAU TEGUH

Ghani Othman Semakin LUPA!!!!


Hari demi hari nampaknya Menteri Besar Johor (Dato' Abdul Ghani Othman) semakin jauh jiwanya sebagai Orang Melayu!!!!, sudah banyak cerita kita dengar tentang tanah-tanah yang bernilai milik kerajaan Negeri di jual kepada bangsa lain....juga banyak cerita usahawan-usahawan melayu yang hangat di perkatakan hari ini bahawa Dato' Abdul Ghani Othman tidak berminat dengan usahawan Melayu, bagi Dato' Abdul Ghani Othman usahawan melayu yang ada di Negeri Johor tidak setanding dengan usahawan CINA, contoh yang jelas... terkini Dato' Abdul Ghani Othman sanggup dengan penuh rela hati memberi hak eklusif kepada Datuk Lim Kang Hoo Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) untuk memiliki saham sebanyak 33.15% dalam Tebrau Teguh (anak syarikat KPRJ), walaupun penafian dari wakil kerajaan mengatakan penjualan saham Tebrau Teguh sebanyak 33.15% ini tidak memberi maksud Datuk Lim Kang Hoo memiliki mejoriti saham dalam Tebrau Teguh sebaliknya untuk memacu pembanggunan Wilayah Iskandar khasnya di kawasan tanah pesisiran pantai milik KPRJ.
Hakikatnya orang-orang johor tahu apa yang akan berlaku dengan untuk masa panjang penjualan saham Tebrau Teguh kepada Datuk Lim Kang Hoo....

sumber: mbjohor.blogspot.com

***Bukan isu bangsa yang cuba ditonjolkan, maaf dengan sentimen bangsa yang dimainkan dalam blog mbjohor diatas...........Tebrau akan mengambil Danga Bay Sdn Bhd (DBSB) daripada current owners Credence Resources Sdn Bhd dan KPRJ. Datuk Lim mempunyai 70% DBSB melalui Credence Resources dan baki nya dipegang oleh KPRJ. Semua mengetahui KPRJ adalah 'baby' kepada Ghani Othman. Tidak lupa, Datuk Lim telah membeli 33% Tebrau dengan harga yang murah dari KPRJ. Apakah Datuk Lim akan menjual balik DBSB kepada Tebrau dengan harga yang tinggi? Kalau betul lah transaksi sebegini...pelbagai cerita buruk akan diperkatakan oleh rakyat. Mungkin inilah juga tangan superman yang diperkatakan oleh Tan Sri Mohd Ali Hashim bekas CEO JCorp baru-baru ini. ***