Saturday, December 17, 2011

AWAL ASAL KEJADIAN ANAK ADAM

TULISAN DI BAWAH KALAU TIDAK DI'GALI' HANYALAH SEKADAR BACAAN!

(Adapun) awal asal kejadian anak Adam ini iaitu daripada anasir yang empat perkara (tanah, air, api dan angin).
(Adapun) asal tanah itu daripada air dan air itu daripada angin dan angin itu daripada api dan api itu daripada rahsia Muhammad.
(Adapun) tanah itu badan Muhammad (adapun) air itu cahaya nur Muhammad (adapun) angin itu nafas Muhammad dan (adapun) api itu nazar Muhammad (adapun) tanah itu jadi daging kepada kita dan air itu jadi tulang pada kita dan angin itu jadi urat pada kita dan api itu jadi darah pada kita.
(Adapun) kemudian diri yang batin itu kejadian daripada anasir yang empat yang batin iaitu wujud, ilmu, nur, shuhud.
(Adapun) zat itu rahsia kepada kita dan sifat itu nyawa kepada kita dan isma itu hati kepada kita dan afal itu tubuh kepada kita.
(Adapun) asal kejadian daripada ibu bapa dan kejadian daripada Allah Taala. (Adapun) Kejadian daripada ibu empat perkara pertama iaitu lemak, darah, rambut, daging. Kejadian daripada bapa iaitu kulit, urat, tulang. Kejadian daripada Allah iaitu pendengaran, penglihatan, pencium,..(?? maaf tidak dapat dibaca), akal dan roh.


TERLALU PANJANG, AKAN DISAMBUNG LAGI !!