Saturday, August 20, 2011

TIN KOSONG DARI KEDAI KOPI ?

Menarik juga dengan tulisan Hishamuddin Rais ini dengan tajuk MALAPETAKA ROSMAH DAN NAJIB. Mungkin ada setengah orang menkategorikan nya sebagai tin kosong atau cakap-cakap kedai kopi yang kopi nya sedap diminum ketika hangat tapi dikencing kan juga dimangkuk tandas akhirnya. Mammak! lagi satu kopi......(ok bosss).

Kali ini saya meminta para pembaca terbuka hati untuk melupakan segala fitnah dan tohmah yang telah dilemparkan kepada Rosmah dan Najib. Saya ingin membawa pembaca kepada realpolitik. Politik tentang kelas, ekonomi dan masa depan negara ini. Seperti yang sering saya tuliskan - kuasa politik ialah kuasa ekonomi. Siapa menguasi ekonomi akan menguasai politik. Ini realpolitik yang di eja dengan huruf k.

Para pembaca yang budiman, sila lupakan cerita dari Lebai Desas anak Desus yang mengatakan bahawa Najib pernah beranak dan beristeri dengan orang puteh ketika dia belajar di UK dahulu. Ini bukan politik. Lupakan juga cerita tentang Rosmah berhasrat agar anaknya akan berkahwin dengan anak Sultan Berunai. Ini bukan politik. Lupakan juga kesah Rosmah menggunakan khidmat bomoh dari India. Ini bukan politik. Jangan terikut-ikut dengan kesah ‘ nasi kangkang Rosmah ’. Ini hanyalah labon-labon Mak Cik Felda sambil-sambil makan kuaci ketika menunggu laki pulang dari ladang.

Saya mahu para pembaca sedar tentang politik dan ekonomi negara kita ini. Saya ingin membawa pencerahan agar para pembaca dapat menilai garis dan dasar negara. Saya juga mahu para pembaca dapat memahami dan menganalisa bukan sahaja politik tanah air malah dapat memahami politik dan ekonomi dunia. Ertinya, saya berharap tulisan ini akan membawa pencerahan untuk melahirkan fikrah yang kritikal. Dengan fikrah yang kritikal tidak mungkin hidung pembaca akan dapat diikat.

Justeru saya ulangi lagi tentang makna dan tanda Nakba. Saban tahun warga Palestin akan menyambut hari Nakba pada 15 Mei. Tarikh ini ialah hari malapetaka yang menimpa bumi Palestine apabila Isreal diwujudkan pada 15 Mei 1948. Kita di Tanah Melayu ada hari Nakba - hari Malapetaka. Pada tarikh 31 Ogos setiap tahun ialah hari Malapetaka untuk kita. Ini kerana pada 31 Ogos 1957 dahulu, United Malay National Organisation telah dinaikkan tahtha oleh penjajah British. Ditarikh inilah bermulanya Malapetaka dan musibah menimpa kita semua.

Setiap tahun semenjak 31 Ogos 1957 Tanah Melayu telah menyambut Hari Malapetaka ini. Ertinya selama 54 tahun Malapetaka telah menimpa kita. Memang betul, pada awalnya ramai warga tidak memahami apa yang saya paparkan. Tetapai generasi muda agak terbuka dan selesa untuk memahami dan menerima konsep Malapetaka ini. Sadikit demi sadikit kesedaran telah sampai. Tahun demi tahun pemahaman tentang 31 Ogos semakin meluas untuk difahami umum.

Contohnya : warga Tanah Melayu kini telah sedar bagaimana mereka telah ditipu dengan lagu Negara-ku. Dengan bantuan Lebai Google, warga telah melihat bukti bahawa Negara-ku adalah lagu ciplak. Melalui YouTube warga juga telah melihat dengan jelas bahawa Negara-ku ini tidak ada sangkut paut dengan ‘kebangsaan’ Tanah Melayu. Negara-ku, Memula Moon atau Terang Bulan bukan ciptaan anak watan Tanah Melayu.

Bagitu juga dengan bendera Malaysia yang berkibar sebagai lambang negara kita. Ini juga hasil ciplakan dari bendera Amerika. Jalurnya ialah jalur Star-Spangled Banner dan tidak ada apa apa yang gemilang pada bendera ciplakan ini. Kerajaan United Malay National Organisation sering mengancam untuk menghukum sesiapa yang tidak hormat kepada bendera dan lagu ciplakan ini. Mengancam dan menghukum untuk mendapat penghornatan adalah ciri asli Malapetaka yang menimpa kita.

Pada bulan Ogos 2011 ini musibah Malapetaka ini semakin jelas. Malah musibah Malapetaka semakin menjadi-jadi apabila Rosmah dan Najib mengantikan Abdulal Badawi di Putrajaya. Malapetaka pertama yang dibawa oleh Rosmah dan Najib ialah pembunuhan Altantuya. Memang betul kes ini diperlihatkan seolah-olah telah selesai. Tetapi, sedarlah wahai pembaca yang budiman bahawa dalam reapolitik kes Altantuya ini masih hidup dan bergerak ligat.

Pembunuhan Altantuya ini telah adalah Malapetaka yang membawa tergadainya tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura. Tanah yang bernilai tinggi ini telah ‘dicekup’ oleh Singapura. Pasti para pembaca akan bertanya apa kaitan Altantuya dengan tanah KTM? Kehilangan tanah ini ialah Malapetaka ekonomi untuk kita semua. Justeru apa kaitan Altantuya?

Untuk memahami Malapetak ini biar saya gunakan metapora bom nuclear Isreal. Israel dari zaman Monshe Dayan , Golda Meir, Shimon Peres tidak pernah mengakui sama ada Israel memiliki bom nuklear atau tidak. Dari segi straterji pertahanan ini penting kerana dasar ‘ entah ada entak tidak ini ‘ akan menjadikan manusia Arab sentiasa was was dan gentar. Tidak ada kepastian ini adalah strateji yang amat menakutkan.

Inilah taktik yang sedang dijalankan oleh Singapura kepada Rosmah dan Najib. Umum tahu melalui akuan bersumpah P.Balasubramaniam bahawa Najib telah menemukan Razak Baginda dengan Altantyuya yang ketika itu bekerja sebagai ‘penyedap ‘ Najib.Mereka bertiga bertemu di pertunjukan Intan Berlian di Pulau Sentosa. Jadi apa hebatnya?

Yang hebat ialah ada kemungkinan polis rahsia Singapura telah mengambil gambar Najib dan Altantuya ketika mereka berada di Singapura. Justeru seperti rejim Arab yang merasa cuak dengan bom nuklear Isreal, Najib juga akan sentiasa merasa takut dengan ‘bom gambar’ Singapura. Najib tidak akan tahu sama ada Singapura ada gambar itu atau tidak. Untuk Singapura pula ada atau tidak gambar ini bukan penting. Yang penting ialah Najib akan sentiasa takut . Ketakutan Najib ini membuatkan Najib mengikut apa sahaja khendak Singapura. Najib buka kena nasi kang kang Singapura apabila menjualkan tanah KTM dengan murah. Ini bukan kes nasi kang kang - ini Malapetaka untuk kita semua.

Ketakutan Najib ini juga sedang dimainkan oleh Amerika dan Australia. Dua kerajaan ini tahu bahawa Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Dari Wikileaks kita diberitahu bagaimana Pak Duta Amerika memberi laporan terperinci kepada Rumah Puteh tentang keterlibatan Najib dalam kes pembununuhan ini. Najib terus merasa takut. Najib yang takut akhirnya membenarkan tentera kita pergi ke Afghanistan. Najib yang takut ini telah membenarkan askar kita menjadi barua Raja Bahrain yang kini mendapat tentangan dari rakyatnya. Ini namanya Malapetaka.

Ketakutan Najib ini telah juga memberanikan Australia untuk menumpang semangkok. Tahun ini Najib telah bersedia untuk menjadi barua Austarlia apabila Malaysia bersedia menerima orang-orang pelarian Australia untuk ditempatkan di Malaysia. Malaysia bersedia dijadikan wilayah Australia dimana kerja-kerja imigresen Australia dapat dijalankan. Ini namanya Malapetaka.

Tidak cukup dengan malapetaka ini - kilang radio-aktif Australia telah juga dibenarkan dibuka di Gebeng, Pahang. Kilang yang amat merbahaya. Rakyat Australia telah menentang kilang ini dari dirikan di Australia. Rakyat Austarlia sedar akan bahaya kilang ini tetapi Najib telah membenarkan ianya dibuka di Gebeng. Ini Malapetka namanya.

Perwatakan Najib bagitu lemah sekali sehinggakan membolehkan Rosmah Mansor mencelah masuk sebagai menteri kabinet. Pernah dilaporkan bagaimana Rosmah Mansor telah mewakili kerajaan Malaysia ke Saudi Arabia untuk membincangkan hal pembelajaran dan bukan Menteri Pelajaran Malaysia. Untuk menambahkan pedih dikaki yang luka - Sharizat Jalil seorang Menteri telah jatuh tarafnya dalam lawatan ini. Mengikut laporan Bernama Sharizat Jalil telah pergi ke Saudi Arabia sebagai pengiring. Merosot taraf anak Mami ini. Ini namanya Malapetaka.

Abdulah Badawi dahulu dikenali sebagai menteri dula dalik. Najib ini bukan sahaja dulak dalik malah Najib ialah seorang yang amat amat penakut. Takut kepada Rosmah Mansor mungkin kita semua faham kerana Rosmah berbadan besar, gemok dan gempal. Takut yang maksudkan disini ialah takut untuk membuat keputusan. Ini Malapetaka.

Biar saya bawa ingatan tentang tunjuk perasaan 9 Julai dahulu. Lihat apa yang Najib lakukan. Ingatkan kembali kenyataan berdulak dalik Najib. Mula mula Najib ingin berjumpa Bersih kemudian kata tak nak jumpa pula. Najib juga membuat kenyataan boleh berdemo asalkan dalam stadium. Kemudian Najib berkata semua tidak dibenarkan. Flip flop atau dulak dalik Najib ini telah jadi bahan lawak.

Dulak dalik Najib yang awalnya jadi bahan lawak ini akhirnya membawa bahaya. Ingatkan kembali bagaimana Najib tetiba membuat kenyataan bahawa dia telah menyerahkan kuasa kepada polis untuk membuat apa sahaja keputusan vis a vis Bersih. Bunyinya pelik tetapi benar. Inilah perwatakan Najib Razak yang semakin mandul sebagai PM Malaysia. Ini Malapetaka.

Pada 31 Ogos ini kita akan menyambut hari Malapetaka. Tidak adalah malapetaka yang paling Malapetka sekali melainkan kemunculan Rosmah Mansor. Ini bukan fitnah. Ini realpolitik kerana Rosmah Mansor ini sedang mengawal ekonomi negara. Siapa mengawal ekonomi akan mengawal politik. Umum mengetahui bahawa apa sahaja projek sebelum diluluskan wajib mendapat lampu hijau dari Rosmah. Lampu hijau ini bukan tanda Rosmah sudah terbaring diatas katil menunggu Najib. Lampu hijau ini tanda projek ini lulus dan Rosmah telah mendapat potongan dari projek itu.

Jangan lupa Rosmah dan Najib ini adalah ‘ free loader’ atau bak kata Mak Cik Felda - suka makan free. Ini terbukti jelas apabila kenduri kendara perkahwinan anak Rosmah di Kazakhstan beberapa bulan dahulu telah menggunakan duit kerajaan untuk penerbangan, golek bantal dan makan minum di sana. Apabila kenduri yang sama diadakan di Kuala Lumpur - di buktikan sekali lagi bahawa bil jamuan makan malam kenduri ini telah dibayar oleh Jabatan Perdana Menteri. Kalau ini bukan Malapetaka ertinya maka Najib Razak tak kenal Ziana Zain dan Ummi masih anak dara lagi.

Kesampaian Malapetaka pada 31 Ogos akan datang sedang menunjukkan satu yang baru. Kini semakin ramai ahli United Malay National Organisation yang merasa kewujudan Malapetaka ini. Ada beberapa gerombolan United Malays National Organistaion kini telah mula berani menyuarakan keresahan mereka. Ada yang menubuhkan Ngo dan ada yang menerbitkan buku untuk menyedarkan pengikut United Malay National Organisation tentang Malapetaka yang sedang dibawa oleh Rosmah dan Najib.

Apa yang membezakan analisa mereka dengan pandangan dunia saya ialah Malapetaka untuk saya bukan dihasilkan oleh individu. Memang saheh, watak individu itu akan menyubur dan membugarkan Malapetaka. Najib yang lemah dan penakut akan membawa Malapetaka. Tetapi ada yang lebih penting yang melahirkan Malapetaka ini: sistem ekonomi. Pada 31 Ogos 1957 dahulu kita telah menerima pakai sistem ekonomi kapitalis.

Justeru Malapetaka yang saya hujahkan disini lahir dari sistem ekonomi yang dibantu oleh watak Najib yang lembik. Rosmah Mansor kini dibuktikan sebaghai pembawa sial bukan sahaja kepada Najib malah membawa Malapetaka kepada United Malay National Organisation.

Pada bulan Ogos 2011 ini media baru dan media antarabangsa telah mula meramalkan Najib Razak akan menjadi Perdana Menteri terakhir untuk United Malay National Organisation. Ini bukan Malapetaka untuk rakyat Tanah Melayu. Ini berita gumbira. Sebenarnya inilah dia Malapetaka untuk Muhyiddin Yassin.( TT)

Sumber : Tukar Tiub