Tuesday, July 5, 2011

KEMBALI
























Abah, Tuan Abd Aziz Bin Tuan Hitam @ Syed Husin Bin Syed Abdullah Al-Idrus telah kembali ke rahmatullah pada 3 Julai 2011 pada jam 3-4 pagi. Nafas nya yang terakhir menyebut Allah 6-7 kali sebelum hembusan terakhir. Ramai sanak-saudara, anak-anak angkat dan anak-anak murid nya yang datang.

Melihat keadaan jenazah, adik beradik aku yang selama ini menolak atau takut untuk memegang pegangan Abah mula memasang niat untuk mempelajari pegangan Abah.

Tajuk 'Abah' bertarikh 13 Oktober 2010 ada gambar abah yang diambil pada hari raya tahun lepas yang aku abadikan disitu.

Sejak aku kecil, 'mati sebelum mati' selalu diperkata dan dihujah oleh abah. Apakah itu mati sebelum mati ? Pasti jawapan yang didengari adalah lawan dan mati kan nafsu....puaskah dengan jawapan itu bagi orang yang 'mencari' ?