Sunday, May 29, 2011

FELDA BANGKRAP ?

PM Najib kikis wang FELDA, Rezab wang FELDA tiada
Posted on Thursday, May 26 @ 00:41:32 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Berita Oleh: mohdnoorawang

"PM Najib Razak mengambil alih FELDA TERUS DIBAWAH KUASA PERDANA MENTERI, wang rezab FELDA dikisis habis dan berlaku ketirisan yang cukup serius. Simpanan rezab wang FELDA kehabisan. Memang cakap Najib dan Ahmad Mazlan sibadot yang jaga felda tidak mengaku dan wang felda masih banyak. Tepat sekali felda bakal dibankrap oleh Najib dan Ahmad Mazlan. Untuk rekod pengerusi Felda ialah TS Isa Samad.

Tahun 2004 rezab yang Felda RM4 Billion. Tahun 2009 rezab yang felda menjadi susut RM1.35 billion. Tahun 2010 dan tahun 2011 rezab wang Felda dianggarkan sekitar RM200 juta hingga RM500 juta, mungkin kurang dari RM200 juta.

Pelaburan yang dibuat oleh kumpulan Felda tidak membawa keuntungan jelas. Kesilapan Felda melabur diluar negara dan pembelian berbillion ringgit wang malaysia daripada taikon gula atau raja gula Malaysia.

Sepatutnya Felda untung puluhan juta setahun memandangkan harga kelapa sawit dan kenaikan harga gula sehingga 30 sen sekilo. Untuk rekod harga gula dan pembekalan gula yang utama di Malaysia dibawah pentabiran Felda.

Terkini Felda dibawah Najib Razak dikatakan oleh media tempatan meminjam wamg dari KWSP sebanyak RM ENAM BILLION (RM6 BILLION). Jelas dan benar Felda kehabisan wang simpanan rezabnya.

Kemana perginya wang yang berbillion ringgit?. Warga Felda hanya dapat ratusan ringgit seorang menjelang hari rayaa dan waktu penggal pertama buka sekolah atau sesi awal tahun persekolahan.

Diminta Najib Razak dan Ahmad Mazlan yang menjadi badot upahan menyalak seluruh ceruk rantau bumi Malaysia mengambarkan kewangan Felda telus dan tiada ketirisan malah Felda tidak akan bankrap.

Jika benar tidak berlaku penyelewengan dan tidak berlaku salahguna kuasa di felda tatar urus kewangan Felda, kami rakyat Malaysia dan warga Felda yang perihatin meminta Najib dan Ahmad Mazlan membuat audit terbuka dan dibentang dalam sesi parlimen bersidang dengan segera.

Hakikatnya wang rezab Felda sudah susut dan hancur di makan oleh anai anai berkaki dua, bermata dua, bertelinga dua dan dihancur musnahkan oleh dua tangan yang bernama manusia. Siapa dia agaknya.?.

Kenapa FELDA Mohon Pinjaman ?
Posted on Wednesday, May 25 @ 13:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Berita Sumber TVS

SHAH ALAM 25 MEI : Perdana Menteri, Najib Razak dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan didesak memberi penjelasan terhadap laporan bahawa, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memohon pinjaman RM6 billion dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Bekas Timbalan Menteri Dr Tan Kee Kwong berkata pinjaman itu, jika disahkan, menimbulkan lebih banyak persolanan mengenai kedudukan kewangan FELDA yang sebelum ini mengalami penurunan simpanan rizab dari RM4.08 bilion pada 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada tahun 2009.


Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan aliman semalam mendedahkan Felda terpaksa mengambil pinjaman RM6 billion daripada KWSP.

Mazlan mengemukakan beberapa dokumen minit mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Rancangan Felda Nitar 2, Mersing Johor, untk mensabitkan dakwaannya itu.

Dr Tan berkata Felda sepautunya mencatat keuntungan kira- kira RM20 bilion ringgit dalam tempoh 10 tahun lalu, namun hasil itu diselubungi dengan pelbagai tanda tanya.

"Felda sepatutnya untung tiap- tiap tahun sekurang- kurangnya RM 2 billion jadi jika dikira selepas 10 tahun sepatunya Felda untung RM 20 billion, habis wang itu sudah pergi mana? Sebab itu kita, Mazlan Aliman dan pemimpin Pakatan Rakyat meminta Felda untuk beri penjelasan," katanya.

Justeru Tan berkata PKR dan Pakatan Rakyat sebelum ini, mencadangkan sebuah Suruhanjaya siasatan di raja ditubuhkan bagi menyiasat status kewangan Felda, namun cadangan itu ditolak oleh pemerintah.

"Sepatutnya untuk seluruh warga Felda termasuk keluarga dan warga peneroka lebih kurang 110 ribu buah keluarga, sepatutnya satu siasatan khas ditubuhkan, bila kita cakap ada masalah tapi mereka nafikan," katanya.

Dr Tan berkata masalah Felda hanya bermula setelah agensi itu diletakkan di bawah penjagaan Datuk Seri Najib Razak.

"Sebelum ini Felda di bawah Tan Sri Raja Alias sehingga 2004/2005 memang tiada masalah, semua masalah kewangan Felda bermula apabila Najib ambil alih," katanya.

Kenapa FELDA Mohon Pinjaman ?

Sumber: Tranungkite