Tuesday, May 3, 2011

DIRI RASA SEMAKIN TUA

Aku copy and paste saja sebahagian tulisan Saudara Sayuti didalam blog MSO nya. Mengiyakan dengan apa yang ditulis nya itu. Kemauan diri tumbuh dan boleh berkembang didalam diri tidak kira lelaki atau perempuan, kadang-kadang kemauan itu diluar kemampuan jasmani. Sebagai tanda peringatan yang mungkin akan terus menyedarkan aku !

Catatan Peribadi (MSO)
Bila Anak Dipinang Diri Rasa Semakin Tua

TANPA disedari rupa-rupanya diri semakin tua. Ketuaan ini tidak pun terasa dan disedari jika tidak melihat keadaan di luar diri. Selagi kita hanya memandang ke dalam diri tanpa melihat cermin selagi itulah kita merasakan diri tetap masih muda belia. Terasa dunia kanak-kanak yang jauh ditinggal di belakang masih mengamit rasa.

Sebab itu segala kehendak dan naluri muda masih ada, masih tumbuh dan mengimbau rasa. Terasa nak berhibur, nak mengorat masih membubui di jiwa. Sesekali bila terdengar kawan seronok bercerita perihal berchating dengan rakan Fb, terasa juga untuk menirunya.

Sebenarnya nafsu tidak pernah mengaku kalah. Nafsu senantiasa mengajak kita agar kembali kepada kemahuan yang tidak akan dapat dilaksanakan oleh fizikal. Jasmani selalu bergaduh dengan rohani, rohani meminta yang bukan-bukan tak terlaksana oleh jasmani. Saat inilah berlaku pemberontakan dalam diri.